SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, November 11, 2016

Whatsapp Yang Menyentuh Hati

Assalammualaikum readers, Dalam sibuk-sibukpun sempat lagi curi-curi tulis blog. Hehehe bukan apa, sebab rasanya momen ni penting bagi Tinta nak share kan di sini. Kalau orang tak nak bacapun, boleh Tinta baca semula kemudian hari nanti. Hari ni masih sibuk. Buat dua tiga kerja dalam satu masa. Terkejar-kejar supaya sempat semuanya sebelum keluar ke Air Asia bagi training. Dalam saya duk sibuk-sibuk menyemak laporan-laporan audit akses yang dihantar, balas email, balas official whatsapp, terima Whatsapp bertalu-talu dari group yang meminta saya buat itu dan ini, jawab panggilan telefon, saya terima satu Whatsapp yang amat menyentuh hati saya. Rasa macam nak balik ke zaman sekolah dulu supaya saya sentiasa ada bersamanya. Cikgu Fatimah Harun, guru kelas sewaktu saya darjah enam yang saya anggap macam ibu saya sendiri. Cikgu yang mengajar saya menjahit sembat dan jelujur, mengajar saya erti tanggungjawab dan amanah, menggalakkan saya belajar memasak, yang mengiringi saya ketika keluar, yang selalu bercerita itu dan ini kepada saya, yang selalu menduga kewibawaan saya dalam menyelesaikan masalah serta menyempurnakan tugas sebagai pelajar dan pengawas, yang selalu menasihati saya dan hehehe tak kurang membebel kepada saya dan rakan-rakan. Tapi bebelannya sangat lembut dan halus. Hehehe cikgu ni la jugak yang saya mengada-ngada, menangis, merajuk, saya cari ketika perlukan seorang ibu di sisi sampai diapun tahu apa yang boleh buat saya merajuk. Hehehe saya memang suka buat perangai dengan cikgu. Kami terlalu rapat sampai anak-anak cikgupun sangat kenal saya. Tak tahan tu, anak cikgu selalu cakap, "Mak tu garang, dengan Kak Tinta tak garangpun," Ni dalam kes belajar Matematiklah ni. Pernah suatu ketika kami ke Terengganu menyertai Tokoh Kanak-kanak Cemerlang, saya keluar bersama keluarga saya dan Cikgu Fatimah bawa kawan saya keluar. Cikgu cakap dengan kawan, entah-entah nanti saya merajuk sebab tinggalkan saya pergi jalan-jalan. Hehehe memang saya nak merajukpun masa tu. Tak adilkan? Saya tinggalkan cikgu boleh, cikgu tinggalkan saya, saya nak merajuk hehehe. Melampau! Tapi cikgu sangat pandai mengambil hati saya. Dia belikan saya sesuatu balik dari berjalan-jalan buatkan hati rajuk saya segera terubat dan tak jadi merajuk. Hehehe ngada-ngada tak saya cikgu? 'Assalammualaikum Tinta, lama tak dengar berita. Apa khabar?' Saya balas Whatsapp tersebut. 'Waalaikummussalam cikgu. Alhamdulillah. Tinta sihat. Cikgu macam mana? Sihat ke? 'Syukur Alhamdulillah. Sihat adanya. Lama tak ikut perkembangan anak cikgu di FB, tu yang bertanya khabar ni. Dah pindah rumah baru ke?' Sebenarnya dua tiga hari ni, saya memang teringatkan cikgu. Cuma tak Whatsapp cikgu. Maafkan saya cikgu sebab tak bertanya khabar cikgu. Maafkan saya cikgu sebab cikgu dulu yang harus bertanya khabar anak murid cikgu ni sedangkan cikgu itu dimuliakan Allah. Ampunilah saya Ya Allah kerana mengabaikan cikgu saya yang satu itu sedangkan saya tahu dia terlalu baik dan menganggap saya seperti anaknya. Jika tidak masakan dia datang mencari saya di pejabat suatu ketika dahulu kerana rindukan saya. Maafkan saya sekali lagi cikgu. Cikgu, bukan niat saya mahu menjauhkan diri daripada cikgu dan orang-orang yang saya sayang di FB tapi keadaan memaksa. Saya terpaksa cikgu, terpaksa demi hati yang lara. Saya harap cikgu faham dan sentiasa doakan kebahagiaan saya. Dan cikgu kata, Insya-Allah akan berkunjung ke blog saya yang tak seberapanya ni setelah diberitahu tentang blog ni. Cikgu selalu ikut perkembangan saya di media sosial dan media massa bagi mengubat kerinduannya. Jadi, saya berikan alamat blog ni supaya cikgu akan tetap bersama saya meskipun saya tiada di Facebook. Sayang dan rindu cikgu selalu.

No comments: