Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, December 15, 2016
G-Force Dan Scuba Diving
Syukur Allah, atas semua yang berlaku, Allah bagi indahnya dan Allah bagi keseronokan di sebaliknya.
Kepada mereka yang mahu meninggalkan saya, pergilah kalian. Mungkin sudah tertulis bahawa jalan hidup kita berbeza. Kehilangan kalian bukanlah suatu pengakhiran kepada kegembiraan dan kebahagiaan saya kerana Allah tahu apa yang saya lebih perlukan dalam hidup ini.
Ya, Allah tahu bahawa hambaNya ini seorang yang lasak dan ingin mencuba untuk buat pelbagai benda yang menarik yang mungkin tidak mahu dibuat oleh semua orang. Dan mungkin tidak sejiwa dengan mereka yang menyisihkan saya.
Alhamdulillah, Allah buka jalan saya untuk semua tu. Ada dua aktiviti baru yang saya akan cuba insya-Allah tak lama lagi.
Pada 30 Disember nanti, saya akan merasai perlumbaan G-Force di Litar Fomular 1, Sepang dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang. Ya, saya akan jadi penumpang dalam kereta lumba berkenaan di Litar Sepang. Dan saya diberitahu bahawa saya harus memakai beberapa alat seperti jaket dan helmet kerana kelajuannya amat tinggi terutamanya ketika corner. Rasa excited-excited takutlah pulak. Tapi ini yang saya pilih. Nanti lepas tu, saya akan buat entri dan cerita pada pembaca semua pengalaman berkenaan.
Manakala pada 1 Januari, 2017 pula, saya akan dilatih untuk buat scuba diving di tempat latihan diving di Shah Alam. Jika OK, saya dan rakan-rakan akan dibawa untuk dive di pulau. Pulau mana tak tahulah.
Rasa tak sabar sangat nak tunggu kedua-dua hari tu.
Terima kasih Allah, terima kasih En. Luqman yang sentiasa mencari dan memberi peluang luar biasa ini.
Wednesday, December 14, 2016
Pangkor! Aku Kembali
Assalammualaikum readers,
Sorry, sorry. Lambat update ceritanya. Gambar dah bermalam dah kat sini.
Apa yang korang buat cuti tiga hari lepas? Balik kampong? Jomlah share kat sini. Komen eh nanti.
Saya? Saya ke Pulau Pangkor setelah lebih kurang 20 tahun mengunjunginya bersama keluarga ketika saya masih kecil. Dulu rasa Pulau Pangkor ni tak best. Kali ni, persepsi saya berubah.
Apa yang saya buat kat sana?
Haaa... Kali ni, saya cuba aktiviti baru iaitu, berkayak. Training kat Tasik Putrajaya, programnya kat laut. Boleh tak gitu? Bolehlah.
Seramai 39 orang mengambil bahagian. Ada yang berkayak, ada yang jadi pelancong. Kayaknya 12 buah je.
Kami bertolak 8.45 pagi Sabtu lalu. Ini semua anjuran Abang Luqman dan isterinya mummy. Dibantu oleh support team Che Man and the gang. Gang-gang OCBC la ni.
Untuk kayak, saya partner dengan En. Mahathir. Yelah, dah dia yang berya ajak saya join kayak, so, dialah partner dengan saya. Bukan setakat partner kayak, partner jalan, makan, bersiar-siar. Semuanya dia jaga saya.
Kami singgah lunch kat Teluk Intan.
Lebih kurang jam 3 petang, sampai di Marina Bay jeti. Ambil tiket feri dan bertolak ke Pulau Pangkor. Van yang sedia menanti terus bawa kami ke Pangkor Indah Resort.
Hari pertama ni, free and easy. En. Mahathir ajak kami bersiar-siar di pantai. Dia bawa kita orang ke port baik punya. Air yang jernih di hujung pantai, dihiasi batu-batuan indah diserlahkan dengan mentari petang. Wah, bergambar sakanlah kita. En. Mahathir ni suka ambil gambar. Hahaha... Dialah yang cari port untuk saya bergambar. Siap ajar posing lagi. Panjat-panjat batu lagi. Belum kira gambar melompat. Hehehe ada jugak orang yang suka melayan saya. Sebenarnya, En. Mahathir tak tahupun saya suka bergambar. Dia saja-saja suruh saya posing dan bergambar. Paling tak boleh belah, saya yang ber't-shirt' dan jeans ni diheretnya masuk ke dalam laut sampai paras leher. Katanya, gambar Cinta Hanyut Di Lautan Sepi. Ajar saya posing dalam air. Gambarnya? Hehehe nantilah saya upload kat sini. Lepas tu dia suruh je saya mandi. Dahlah banyak batu kat kawasan tu. Bila ombak dating saya menjerit takut ombak bawa saya langgar batu, dia cakap "Alah, ombak bawa you ke tepi, bukan ke tengah," Boleh dia buat bodoh dengan saya? Bila tengok ombak tolak saya ke batu baru dia selamatkan. hehehe jahat punya kapten! Partner kita orang panggil kapten. Terbawa istilah tandem.
Malamnya pulak, lepas dinner kat hotel, kami bersiar-siar di sekitar tempat penginapan. Banyak gerai jualan macam kat pasar malam pulak rasanya. Hahaha siapa pilihkan barang? En. Mahathir awal-awal lagi dah mengambil tugas pilihkan saya souvenir. Lepas tu, teman dia dan En. Firman shopping pulak.
Hari kedua:
Hari yang dinanti-nantipun tiba. Pagi tu hujan. So, kami bergerak ke tempat mula berkayak jam 10.00 pagi. Lepas buat water confident, kamipun bersama partner masing-masing, mengambil kayak. Dua rescue boat mengiringi kami. Sampai di laut dalam, kami berkumpul untuk buat rafting. Hahaha team Che Man yang dalam boat bagi kami makan main baling-baling je. Macam monyet pulak kami dibuatnya. Siap main sambut-sambut. Ops, satu kayak terbalik. Kayak En. Luqman dan mummy. Hehehe masa latihan dia sibuk suruh orang capsize sebagai passport untuk berkayak. Haaa... Kan dah kena. Adegan Titanic la pulak, "You jump, I jump,". Dia orang ni kan loving couple. Masa kayak terbalik tu, En. Luqman je yang jatuh. Demi cinta dan kasih saying, mummypun terjun sekali. Hehehe terus naik rescue boat. Tak adil punya En. Luqman.
Hujan mula turun lebat diiringi angin kuat bertiup. Gelombang besar membadai, kabus menebal, membataskan pandangan. Rescue boat terlalu risau kerana mereka tak Nampak kayak.
Kat bawah ni, gambar pemandangan laut sewaktu hujan lebat, kabus dan laut bergelora. Gambar ni diambil masa kami kat tengah laut dalam.
Perjalanan mesti diteruskan. Takkan nak berhenti kat tengah-tengah lautan dalam tu kot? Kami menuju pantai berhampiran. Sambil tunggu cuaca elok, Abang Piah Tanya saya, "Tak nak berenang ke, Tinta? Kat tasik berenang?" "Mestilah nak," Jawab saya. En. Mahathir mendapatkan saya. Mengambil topi dan glove saya dan disimpan. Dan dia terus menarik saya ke laut. "Jom mandi,". Terus bawa saya kat tempat dalam. Mentang-mentanglah ada life jacket. Lepas saya berenang-renang, dia mengarahkan saya berehat. Baring je katanya. Nanti penat. Relax. Last-last, saya sorang-sorang dihanyutkan ke tengah. Haaa... Baru dia tahu kelam-kabut ambil saya. Padan muka. Suruh saya tidur, saya tidurlah sungguh-sungguh. Kata abang boat, kami terpaksa berpatah balik. Keadaan cuaca tidak mengizinkan. Kata Che Man, satu lagi, sebab hanya lima kayak je yang betul-betul fit. Yang lain jauh ke belakang. Dan ini amat berbahaya. Yang best tu, lima kayak tu termasuklah kayak saya dan En. Mahathir. Alhamdulillah, Allah bagi saya keberanian masa dalam laut tu walaupun di laut dalam. Saya rasa confident. 1. Mungkin kerana saya Alhamdulillah sudah pandai berenang. Terima kasih Coach Hawari, Coach Jersi dan Coach Fauzi. 2. Kerana saya ada kapten yang berpengalaman dalam kayak. Saya yakin dengannya dan bersamanya insya-Allah saya selamat. Masa nak balik, kayak kami pulak terbalik. Saya hamper jatuh tapi mujur kapten dan yang lain pantas datang tahan kayak supaya tak terus tergolek. Hahaha taklah sehebat En. Luqman yang terbalik kat laut dalam. Kayak saya ni terbalik masa kat tepi, masa saya mula-mula naik sebab ombak besar tolak. En. Mahathir cuba masuk kayak tapi susah sebab ombak besar sentiasa menghempas. Saya terpaksa keluar dulu dan mereka tolak kayak ke dalam air. Waaa... Susah nak naik ni. En. Mahathir angkat saya dengan menarik bahagian belakang life jacket. Lepas tu pandai-pandai saya panjat kayak sebab kayak dekat air dalam. Yang lain-lain tolong pegang kayak kami sampai dua-dua dah ada dalam kayak, baru kami mula mendayung. Best jugak rasa teroleng-oleng di tengah lautan dalam ni. Kesejukan dibasahi hujan lebat. Angin deras pula sentiasa menampar-nampar kami dengan kuat sampai topi sayapun menutup muka. Dayungan terasa berat kerana kami melawan arus dan angin. Lunch kami kat tepi pantai. Tempat kami mula berkayak. Lepas lunch tu, hanya saya, Ayah Daud dan Dominic je yang nak sambung berkayak. Hmmm... Terpaksalah ikut majority. Baliklah. Balik naik boat laju. Best sangat dilambung ombak. Memang besar ombaknya. Petang tu, kami pusiak besar. Petang tu, kami pusing Pulau Pangkor, pergi Kilang Sate, tempat beli souvenir, dan Kota Belanda. Malam tu siap ada cabutan bertuah dan kara-oke. Saya dapatlah baucer Parkson. Esoknya, kami kembali ke KL. Sampai office jam 3 petang. Begitulah kisah percutian saya kali ni. Saya mula mencintai laut. Sebagai kesimpulannya, berkayak dalam laut lebih mudah dari berkayak di tasik.

Saturday, November 19, 2016
Hari Yang Penat Tapi Menyeronokkan
Assalammualaikum semua,
Terima kasih kerana masih sudi baca blog Tinta yang tak seberapanya ni.
Sebenarnya, malam ni, Tinta penat sangat. Bertandem dari pagi sampai malam selama 12 jam. Dah macam orang kerja kilang. Genting Peras pulak tu dan lepak-lepak kat Sungai Gabai. Hujan pulak turun dengan lebatnya sewaktu mendaki Genting Peras. Menggigil dibuatnya bila turun. Kalau panas bestlah, sebab berangin. Macam ekspedisilah pulak, 140 KM perjalanan hari ni. Bezanya, ekspedisi 140 KM tu boleh buat dalam masa 6-8 jam je. Pergi suka-suka ni, suka hatilah kan nak berhenti selama mana. Tu yang jadi lama tu.
Hari ni, tiga kapten bawa Tinta, Kapten tetap, Along (Khoirie), Along tak nak naik Genting Peras so, Tinta bergandingan dengan Daus. Masa balik, Along cramp, Fauzi adik si Daus pulak ambil tempat Along berpasangan dengan Tinta.
Esok, pagi-pagi dah kena pergi berkayak kat Tasik Putrajaya pulak. Lepas ni, tidur tau, Tinta.
Friday, March 27, 2015
Persediaan Belajar Renang
Renang lagi. Saya ni boleh dikatakan ziro dalam ilmu renang ni. Bila plan nak masuk kelas renang, saya mula membaca tentang renang. Lepas tu pergi kolam, minta kawan ajar cara menyelam dan apungkan diri. Yelah, sekurang-kurangnya tak adalah kita ni tak tahu satu bendapun depan coach nanti. Malu tuuuuuu...
Dah rasa confident nak masuk kelas renang, baru search fasal kelas yang ditawarkan. Banyak kali search, kebanyakannya di Putrajaya. Mahal pulak tu untuk enam sesi. Cari punya cari, jumpa yang RM300.00 untuk enam sesi di Bangsar. Sangatlah cantiknya. Nak pergipun senang. Nama coach ni Fauzi. Dari awal cakap nak masuk kelas renang, kami hanya guna SMS je. Tak pernah bercakappun. Sebenarnya saya takut nak call. Takut di'reject' disebabkan keadaan saya. Alhamdulillah, Ahad ni kelas akan bermula. Harapnya semua berjalan lancar.
Persediaan yang saya buat? Semestinya mental dan fizikal. Kelengkapan:
1. Baju renang
- Saya pilih yang satu helai dari atas ke bawah berzip di hadapan. Warna kelabu gelap dan biru terang. Jenama Arina RM200 lebih. Sayapun dah lupa harganya. Beli masa sales hujung tahun lepas.
2. Tudung:
- Jenama Ogival jadi pilihan sebab saya tak nak tudung beroning. RM45.90.
3. Goggle:
- Beli yang murah je RM36.95.
Mereka yang nak cari pakaian renang bolehlah buat / sediakan budget.
Sunday, July 13, 2014
Syukur Sangat
Hahahaha Syukur sangat tu, nama kumpulan aku masa kuiz PERKUM tadi. Over kan? Orang lain tak adapun nama kumpulan. Kami siap cakap dengan MC nama kumpulan setelah diperkenalkan sebagai kumpulan 2. Haha, ada Ali memang overlah kan. Objektif masukpun suka-suka. Tapi terganggu jugalah emosi masa kuiz tadi. Walaupun suka-suka, mesti tak nak malu kan? Haha... Akhirnya group kami dapat johan! Macam tak percaya je. Alhamdulillah, syukur sangat!!! Dapatlah RM100.00 sorang. OKlah tu.
Wednesday, April 6, 2011
Kem Jati Diri 2011 (Bahagian 1)
Jumaat, 1 April, 2011:
Hari yang dinanti telahpun tiba. Seluruh ahli jawatankuasa terlibat dan para peserta Kem Jati Diri 2011 berkumpul di ibu pejabat MAB. Walaupun aku memberitahu mereka masa berkumpul adalah pukul 8.30, namun seperti biasa ada saja yang lewat.
Jam 7.30 pagi aku, Ali dan Jebry ke MAB menaiki Putra LRT. Setibanya di MAB, kami ke bilik IBSA mengambil barang-barang yang ingin dibawa seperti peralatan menulis dan barang cenderahati.
Hati semakin berdebar. Takut kalau kem ini tidak jadi seperti yang diharapkan. Pastinya aku yang akan dipersalahkan. Namun debaran sedikit reda dengan semangat dan sokongan padu daripada En. Fairuz (penasihat kelab) dan keraninya, Hadisah. Setelah Hadisah memberikan aku dua kotak kemeja T peserta dan peti kecemasan, aku, Hadisah dan En. Fairuz berbual-bual dan seperti biasa perbualan kami akan disulami dengan gurauan dan gelak tawa. En. Fairuz, begitulah dia. Sejak aku mengenalinya empat tahun lalu, dia seorang yang bijak merancang, bertolak-ansur dan mengambil berat. Tapi tidak keberatan untuk menerima idea dan teguran orang lain. Dulu, aku, En. Fairuz dan Kak Sariza saling kejar-mengejar antara satu sama lain dalam bab kerja. Sekarang aku, En. Fairuz dan Hadisah pula. Begitulah kami. Apa yang bagusnya, walaupun dia ketua, tapi kami orang bawahan boleh ingatkan dia dan boleh desak dia untuk cepat dalam melakukan sesuatu. Dia tak pernah ambil hati dengan aku walaupun adakalanya aku bercakap lepas (tapi lepas yang bertapis tau, aku masih tahu batasnya) paling tidak dia sindir aku balik.
Ish, budak-budak ni, pukul 9.00 pun belum cukup lagi peserta. Bas dijangka berlepas jam 9.30 pagi. Terpaksalah aku menghantar Gopal sebagai utusan bertemu dengan pemandu bas setelah diminta berbuat demikian oleh Hadisah. Kata Hadisah, bimbang kalau pemandu bas merajuk sebab dia datang pukul 8.45 lagi sebab En. Fairuz bagi tahu dia yang peserta ingin bertolak jam 9.00. Ish, En. Fairuz ni, orang cakap pukul 9.30, dia cakap 9.00 pula.
Kehadiran peserta dan sukarelawan disemak. Hatiku tambah lega apabila Ayah Daud, ketua sukarelawan telahpun tiba. Ayah Daud, selama empat tahun mengenalinya, dia seorang yang baik hati, rajin dan bertanggungjawab. Ayah Daud ku kenali semasa mendaki Gunung Nuang yang merupakan salah satu sesi latihan untuk ke Gunung Tahan tahun 2007 lalu. Ukhwah kami menjadi lebih erat sewaktu ekspedisi Gunung Tahan. Dia membahasakan dirinya sebagai "ayah" denganku. Pada mulanya, aku kekok untuk memanggilnya ayah. Tapi, takkan aku nak panggil dia encik sedangkan dia sering membahasakan dirinya ayah terhadapku. Lama-kelamaan, akupun memanggilnya ayah. Kami sangat mesra seperti anak dan bapa. Ku kira, kemesraan tersebut berakhir setelah tamatnya ekspedisi Gunung Tahan, tapi tidak. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, kami sering berhubung dan bertanya khabar. Aku amat menghormati Ayah Daud yang benar-benar seperti ayah. Sering menasihati aku dalam pelbagai perkara termasuk hal peribadi walaupun tidak secara khusus. Apa yang sering dipesan? Jaga diri baik-baik Tinta. Jaga kehormatan. Awak tu perempuan. Macam-macam lagilah. Aku selesa dengannya kerana dia tidak pernah mengambil kesempatan atas diriku. Sebab itulah, seminggu atau dua minggu sekali, aku pasti menghubunginya untuk bertanya khabar tentang dirinya. Ada juga aspek kehidupannya yang diceritakan padaku. Orangnya periang. Kalau bercakap dengannya, sering membuatkan aku tertawa. Kemesraan ini dieratkan lagi dengan perkenalan bersama Ayab, anaknya. Ayab pula pandai-pandai susun kedudukan adik-beradiknya dengan menyenaraikan namaku. Kelakarkan? Kata Ayab, Kak Tinta anak Mohd Daud, Ayab anak busut anak pinang. Entah apa-apalah si Ayab tu. Apa beza Mohd Daud dan Busut Anak Pinang? Mohd Daud tu nama ayah dalam IC. Busut Anak Pinang tu nama gelaran ayah sebab ayah suka masuk hutan.
Bila Ayah Daud ada bersamaku, aku berasa kuat. Walaupun kami tidak sentiasa bersama tapi kehadirannya membuat aku yakin tentang kelancaran aktiviti. Lagipun, Ayah Daud seorang yang berpengalaman. Pasti dia akan memberi tunjuk ajar yang baik. Soal kerja? Tidak dapat dinafikan lagi, bukan sekadar Ayah Daud tapi anak-anak buahnya juga tidak perlu diajar dan disuruh. Mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan. Kebajikan peserta menjadi keutamaan mereka. Rozaimi, Fadzlee dan Alif, sama seperti Ayah Daud, amat mementingkan kebajikan peserta. Apa yang bagusnya, meskipun mereka adalah orang-orang yang berpengalaman, mereka tetap menghormati dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa.
Syukurlah! Ayah Daud dapat bersama kami dalam menjayakan kem kali ini. Ayah Daud sebenarnya ada hal lain pada tarikh ni. Kalau tak silap, dia mahu ke Gunung Nuang. Meskipun aku memberitahunya tentang kem ini sejak Januari lalu, namun, tarikh asal 12 Mac ditukarkan ke 1 April kerana kem telah penuh untuk tarikh-tarikh sebelumnya. Apabila Ayah Daud memberitahuku tentang ekspedisinya ke Gunung Nuang, aku tidak berkecil hati kerana bagiku, terserahlah pada Ayah Daud untuk mengikuti mana-mana program yang disukainya. Alhamdulillah, malam sebelum ke kem, ayah memberitahu yang ekspedisinya batal.
Setelah memberi taklimat ringkas, para peserta bergambar beramai-ramai bersama penasihat kelab. Jam 10.00 pagi, kami bertolak ke Kem Pusat Bina Semangat Kecemerlangan Dan Pembangunan Modal Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Subscribe to:
Posts (Atom)