Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, December 18, 2016
Jaga Dia Untukku - Siti Nurhaliza
Ya Allah,
Rindu ini indah walaupun menyiksakan.
Biarlahku simpan kemas rindu ini dalam lubuk hati yang paling dalam.
Tak perlu ia tahu,
Kesumat rindu ini biarlahku rasakan sendirian
kerana jika ia tahu, belum tentu ia akan menghargainya.
Mungkin jua hati kan tersakiti.
Ya Allah,
Rindu yang kian menyiksa,
Ku adukan padaMu.
Kerana Engkau Maha Mengetahui hati dan jiwa hambaMu,
Dan Engkau jualah yang Mengetahui isi hatinya.
Ya Allah,
Siksaan rindu ini ku tangisi hanya padaMu,
Penyimpan rahsia hatiku,
Andainya telah tercatat dia milikku,
Maka pada hari yang dijanjikan,
Akanku hampar rindu seluas laut bergelora,
Buat dia pemilik hati yang pasti.
Ya Allah,
Jagalah dia untukku
Kerana aku tiada di sampingnya
untuk berkongsi suka dan duka.
Ya Allah,
Jika dalam pengetahuanMu
Dia baik untuk dunia dan akhiratku,
Maka permudahkanlah jalan untuk kami bersama.
Amin...
Motivasi hati:
Jika kita mencintai seseorang, berserahlah pada Allah. Andai dia Allah janjikan buat kita, dia pasti akan bersama kita, biarpun seribu halangan merintang.
*
Mahuku bersama
Mahuku ke sana diriku tak di sini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku.
Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada.
(Korus)
Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian.
Tuhan, jaga dia untukku
Selamanyaku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia.
Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langitpun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar.
Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saat ku tiada.
(Korus)
Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian.
Tuhan, jaga dia untukku
Selamanyaku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi.
Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cintaku dan dia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment