Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, December 29, 2016
Malam Yang Sakit
Assalammualaikum readers,
Hari ni, hari yang tak berapa bersinar bagi saya.
Malam tadi, buat ke sekian kalinya, saya rasa sakit perut yang amat. Malam tadi, saya kena waktu saya dalam LRT. Saya bertahan sampai stesen yang selalu saya turun. Seterusnya, saya gagahkan diri berjalan kaki sampai ke rumah. Maaf Chiko, along tak dapat layan Chiko, along sakit sangat. Amat sakit. Saya baring, duduk, serba tak kena. Saya hanya ingat satu je, Ya Allah, janganlah kau ambil nyawaku kala aku sendirian begini.
Saya sapu minyak dan cuba lelapkan mata. Mata pulak tak boleh lelap cepat sebab sakit. Bila saya hamper lelap, sakit perut makin terasa hingga saya terbangun. Tak semena-mena, isi perut saya keluar. Mujur sempat saya berlari ke tandas. Saya muntah semahu-mahunya. Banyak dan tidak boleh berhenti seakan-akan perut mahu keluarkan semua isinya. Setelah lama, muntah berhenti sendiri. Saya rasa perut saya kosong. Habis semua apa yang saya makan semalam keluar. Ya Allah, sakit apa sebenarnya ni? Dah banyak hari saya sakit macam ni. Tapi, malam tadilah sakit yang paling teruk saya rasakan hingga membawa ke muntah.
Saya tunggu beberapa minit lagi. Saya nak ke klinik office ni. Kalau dia kata sakit biasa-biasa, saya akan minta dia refer saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana sakit ni melarat dan berhari-hari. Apa yang saya perasan, saya tak boleh kenyang sangat terutamanya kalau saya makan nasi, ia lebih cepat terasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment