Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, December 18, 2016
Youtube Tempat Simpan Fail
Hahaha... Ni datang mood nak menulislah ni kalau dah tulis entri lebih dari satu ni. Sabo je la kan...
Sebenarnya dah lama saya buat akaun Youtube ni. Tapi sekadar untuk like, komen dan subscribes channel yang saya suka.
Tak boleh belah tu, saya ada tiga Akaun Youtube. Nak buat macam mana, lupa password. Lupa password je, saya buat akaun lain. Siap buat email Gmail baru, khas untuk Youtube. So tak tahulah berapa banyak Gmail saya yang terbiar.
Tapi akaun yang satu ni, saya memang ingat password dia. Hahaha akaun terkinilah ni.
IPhone saya ni dah bagi notis, ruang simpanan dah habis. Adoi, macam mana nak buat ni? Dulu saya suka simpan gambar-gambar saya kat Facebook. Berapa banyak album saya kat sana. So sekarang ni macam mana ni? Blog tak boleh buat album. Twitter pun tak boleh create album.
Kawan saya kata, video saya ni banyak. Kalau dapat buang video, jimat banyak ruang. Haaa... Video... Sayapun teringat kat Youtube.
Sedih sangat Youtube saya ni. No subscribers, no video, siap private lagi akaun saya. Entah bila saya set privatepun tak tahu. OK, kita public kan dulu akaun ni.
Dulu, saya pernah cuba nak upload video, tapi gagal. Leceh sangat, saya biarkan jelah akaun saya tu. Just like, komen and subscribes jelah.
Saya try upload satu video. Yay! Berjaya.
Apa lagi, saya upload la video yang saya ada. Tupun ada yang belum upload lagi.
Tak kisahlah tak ada subscribers pun, video biasa-biasa je yang saya simpan sebagai kenangan. Bukan video hebatpun. Tak ada orang view pun saya tak kisah. Tapi setakat ni, ada video yang dah ada viewer. Siapalah agaknya yang view video saya tu?
Kepada mereka yang tahu nama sebenar saya, bolehlah cari channel saya di Youtube. Tapi video kenangan jelah kat situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment