Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, December 28, 2016
Assalammualaikum
Assalammualaikum readers,
Haaaah... Rasa best sangat dah siap buat minit, buat caruman insurans untuk program, baca emal dan macam-macam lagi. Paling penting, hari ni tak ada kelas. So, bolehlah relax. Bukan setakat tak ada kelas, tak ada orangpun ganggu saya kat office hari ni. Jumpa boss besarpun, OK, jumpa board memberspun OK. dia orang nak pergi meeting, pergilah. Meeting elok-elok ya boss-boss sekalian.
Assalammualaikum. Ucapan ni pendek je. Tapi kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang, kita pendekkan menjadi salam la, askum la, akum la. Macam-macamlah saya pernah baca short form untuk kalimah ni. Sebelum ni saya sering gunakan salam. Tapi... Sejak saya kenal you, saya mula gunakan kalimah panjang ni 'assalammualaikum' apabila berwhatsapp.
Baru-baru kenal dulu, saya pelik kenapa you eja penuh kalimah ni. Langsung tiada pemendekan. Saya mula berfikir, sekarang ni, zaman data. Bukan lagi kena charge macam dulu, satu SMS 10 sen atau 20 sen. Logik jugak, dulu kita nak pendek sebab nak jimat kredit. Jadi apa pulak alas an kita nak pendekkan kalimah ni bila data yang kita guna tu bukan di'charge' berdasarkan SMS kita? Macam saya, saya suka eja penuh perkataan bila berwhatsapp. Tapi part bagi salam, tulis salam je. Kenapa saya tak muliakan kalimah ni?
You selalu tegur saya dengan lembut dan secara tak langsung. Dalam bab bagi salam ni pun, you tegur saya. Hahaha... Kadang-kadang bila nak cepat, saya lupa nak bagi salam. Straight to the point. Tulis apa yang saya nak cakap. Sebagai contoh,
'Have a safe journey you and take care yourself ... (bla, bla, bla)
'Waalaikummussalam you. Thank you. Now ... (bla, bla, bla)
'Maaf you, lupa, assalammualaikum ... (bla, bla, bla)
Ops, hahaha saya malu sendiri. Dah dua kali saya kena. Hehehehe sorry la you. Lupa, nak cepat. Tapi you tak pernah cakap, bagilah salam dulu ke, salampun tak ada ke. Lembut je tegurannya sekadar menjawab salam biarpun tidak diberi. Maknanya apa? Teguranlah tu kan? Terima kasih you, sebab banyak ajar I.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment