SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, December 15, 2016

G-Force Dan Scuba Diving

Syukur Allah, atas semua yang berlaku, Allah bagi indahnya dan Allah bagi keseronokan di sebaliknya. Kepada mereka yang mahu meninggalkan saya, pergilah kalian. Mungkin sudah tertulis bahawa jalan hidup kita berbeza. Kehilangan kalian bukanlah suatu pengakhiran kepada kegembiraan dan kebahagiaan saya kerana Allah tahu apa yang saya lebih perlukan dalam hidup ini. Ya, Allah tahu bahawa hambaNya ini seorang yang lasak dan ingin mencuba untuk buat pelbagai benda yang menarik yang mungkin tidak mahu dibuat oleh semua orang. Dan mungkin tidak sejiwa dengan mereka yang menyisihkan saya. Alhamdulillah, Allah buka jalan saya untuk semua tu. Ada dua aktiviti baru yang saya akan cuba insya-Allah tak lama lagi. Pada 30 Disember nanti, saya akan merasai perlumbaan G-Force di Litar Fomular 1, Sepang dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang. Ya, saya akan jadi penumpang dalam kereta lumba berkenaan di Litar Sepang. Dan saya diberitahu bahawa saya harus memakai beberapa alat seperti jaket dan helmet kerana kelajuannya amat tinggi terutamanya ketika corner. Rasa excited-excited takutlah pulak. Tapi ini yang saya pilih. Nanti lepas tu, saya akan buat entri dan cerita pada pembaca semua pengalaman berkenaan. Manakala pada 1 Januari, 2017 pula, saya akan dilatih untuk buat scuba diving di tempat latihan diving di Shah Alam. Jika OK, saya dan rakan-rakan akan dibawa untuk dive di pulau. Pulau mana tak tahulah. Rasa tak sabar sangat nak tunggu kedua-dua hari tu. Terima kasih Allah, terima kasih En. Luqman yang sentiasa mencari dan memberi peluang luar biasa ini.

No comments: