Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, December 26, 2016
Bertemankan Abah
Hai readers,
Mesti korang dah tidurkan?
Saya masih di ruang tamu, melayari internet.
You know what? Abah temankan saya. Rasa seronok sangat sebab bertemankan abah. Mama? Mama kan ratu tidur, dah masuk tidur dah.
Abahpun sebenarnya dah tidur kat sofa ni. Tadi, lepas dia mengaji, dia Tanya saya, buat kerja apa? Sebab saya pegang laptop. Abah ni tak kira masa, bila-bila masa dia rasa nak mengaji, dia akan buka Quran.
Saya jawab, mana ada buat kerja, saja surf internet.
Abah lalu merebahkan dirinya ke sofa. Mungkin dia dah ngantuk kot sebab selalunya abah tidur pukul 10.00 malam.
"Abah tidur sini. Nanti kalau nak masuk, kejut abah,"
"OK," Jawab saya. Bukan saja nak susahkan abah yang tak berapa sihat, tapi mestilah happy kan, sebab abah temankan saya yang konon-konon buat kerja ni. Maklumlah, masa kecil dulu tak pernah rasa buat kerja sekolah bertemankan abah. Lagipun, sofa ruang tamu ni besar, panjang dan lebar. Saiz Mat Salleh, alah saiz sofa kat hotel tu. Kalau tidurpun selesa. Macam katil. Empuk pulak tu.
Nak kejut abah nanti, kesian pulak dia tidur nyenyak.
Sepanjang beberapa malam kali ni saya balik, setiap malam abah temankan saya di ruang tamu. Walaupun saya terlena.
Best rupanya bila ibu atau bapa kita temankan kita. Siapa yang ada anak tu, temankanlah anak korang bila dia orang buat kerja sekolah. Pasti hasilnya membrangsangkan.
Cubalah abah selalu temankan saya buat kerja nak-naknya kalau saya terpaksa bawa balik kerja ke rumah. Mesti best.
Hahaha... Abah, agak-agaknya, along dapat tak suami yang boleh teman along macam ni? Ganti abah bila abah jauh.
Mama? Mama teman bual saya. Selalu keluarkan makanan buat saya. Kadang-kadang, dah kenyangpun, ada jelah makanan sampingan yang mama ofer kat saya. Tak boleh jadi ni, gemuk saya kalau lama-lama macam ni. Hahaha... Macam manalah abah tak sedih tengok makanan kat sekolah saya dulu? Anak dia dah besar panjangpun masih dihadapkan dengan pelbagai pilihan makanan. Tak payah cerita fasal lauk. Buahpun ada macam-macam buah yang menanti untuk dimakan, anggur, jambu penawar, delima, manga, nenas, limau bali, baby limau dan buah pelam. Banyakkan? Semua buah tu ada dalam rumah ni sekarang. Boleh pilih nak makan yang mana. Selalunya saya akan campur-campur. Masa surf internet ni pun, saya sempat pegang buah dan makan. Untuk hari ni, menu lauk kami, udang goring, kerang sambal, asam pedas ikan patin, daging goreng dan semestinya budu. Memang lauk kami setiap kali makan tiga empat jenis. Cuma hari ni tak ada sayur. Membazir? Taklah. Mama sangat pandai budget. Lauk banyak jenis, tapi dimasak dalam kuantiti yang sedikit dan akhirnya, semua lauk akan habis. Orang Kelantan memang macam ni, makan lauk banyak. Dan, mama tak simpan lauk lunch tu untuk dinner. Lunch masak lain, dinner masak lain. Balik KL nanti saya jadi orang susah baliklah. Hahaha diet Tinta, diet. Jangan nak over sangat. Nanti badan naik balik. Ops, tapi naikpun belum sampai tahap gemuk OK.
Airpun banyak pilihan. Sekarang yang ada dalam rumah ni, selain daripada kopi dan teh, ada kelapa pandan, laici, longan, Tropicana orange, teh kundo, teh bunga, asam jawa, halia. Ah, tak ingatlah, apa tah lagi mama bagi tahu saya untuk pilih hari tu. Aiskrimpun ada tiga bekas lain-lain perisa. Belum masuk lagi coklat, gula-gula, keropok biskut dan asam. Dah macam kedai runcit pulak rumah ni. Hahahaha... Yang kelakar tu, peti ais sampai dua. Yang kat dapur tu untuk letak barang basah seperti sayur dan lauk. Yang kat ruang tamu ni, makanan seperti buah, coklat, aiskrim dan air. Dua-dua peti ni saiz besar. Kalau buka peti ni, ada je makanan yang boleh dimakan.
Sedihnya, malam ni, saya dah nak balik KL. Kalau tak kerana kelas di Air Asia, boleh saya cuti sampai 29 haribulan.
Nanti along balik lagi ya, bah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment