Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, November 6, 2016
6 November, 2010
Apa yang ada pada tarikh yang sama enam tahun lalu?
Pada tarikh nilah saya menghadiri temuduga di office saya sekarang ni sebagai Public Relation Assistant. Hahaha masa tu, hati tengah berdarah kelukaan buat kali pertamanya. Hahaha...
Beberapa hari sebelum tu, saya dikejutkan dengan panggilan daripada salah sorang staff office ni yang saya kenal, bertanyakan kepada saya sama ada saya terima atau tidak surat daripada organisasinya yang dihantar melalui City Link. Tak ada pun? Apa yang mustahak sangat tu? Mula-mula saya ingat surat dari SPA. Rupa-rupanya dari organisasi ni. La... Kenapalah susah-susah hantar dengan City Link? Saya kan kerja dekat-dekat sini je, call jelah suruh saya ambil surat tu. Jap, jap, saya peliklah. Surat apa tu?
"Surat panggil you interview. Dengar cerita, dia orang nak ambil you jadi PR." Hah? Saya terkejut. Bila masa la pulak saya apply jawatan tu kat situ? Bila ada kekosongan pun saya tak tahu. Iklan apatah lagi.
"Executive Director (Mr. George) dah keluarkan senarai calon. Lepas tu dia tulis pakai tangan kat list tu, +Tinta Emas. Kita orangpun pelik," Cerita staff berkenaan.
Betul ke? Dah orang dah panggil, cuba jelah.
Sayapun merisik khabar. Rupanya PR ni dia sekali dengan fund raising. So, sayapun mula study tentang PR dan Fund Raising.
Tibalah pada tarikh ni, saya datang interview.
Waaaa... Bukan calang-calang saingan saya. Ada student MASCOM, ada yang sedang bertugas sebagai PR. Alamak, habislah saya macam ni. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan saya rasa seperti ada sedikit harapan.
"PR tu senang. Habis tu kalau dia Tanya fasal fund raising tu apa ha? Macam mana nak buat untuk raise fund tu?" Saya dengar mereka berbual sesame mereka. Siapa suruh tak nak Tanya saya? Semuanya macam hebat-hebat je, langsung tak nak Tanya saya. Mesti dia rasa, kalau dia orang tak tahu, saya lagi tak tahu. Hahaha sebenarnya raise fund tu, saya tengah buatlah sekarang.
Masa saya melangkah masuk bilik temuduga, Puan Liza dan Mr. George kata, tak payah kenalkan diri, sebab dia orang dah kenal saya.
Orang lain punya interview lama. Saya punya kejap je. Ada jugaklah dia Tanya fasal fund raising. Alhamdulillah saya dapat jawab.
Tak lama lepas tu, saya dapat panggilan mengatakan saya diterima mengisi jawatan PR di organisasi ni.
Hahaha 10 bulan kemudian baru saya mula bertugas di sini iaitu pada 5 September, 2011.
Dan pada tarikh yang sama tahun ni, usia perkhidmatan saya di sini masuk lima tahun dua bulan. Ketika usia perkhidmatan saya mencecah lima tahun, saya ditukarkan ke Accessibility and Advocacy Department dan turut bertanggungjawab kepada Sukan Dan Rekreasi. Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki ini kepada saya. Saya sayangkan organisasi ni. Saya akan cuba buat sehabis baik untuknya. Harap-harap, saya dapat rasa pelbagai department lagi untuk perjalanan carreer saya di sini jika rezeki saya lama di sini.
Sepanjang duduk kat department baru ni, banyak perkara baru yang saya belajar dan saya mula mencintai tugas baru saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment