Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, January 17, 2017
Rajuk Dan Pujuk
Assalammualaikum readers,
Alhamdulillah, kita dibangkitkan lagi hari ni. Semoga anda semua sihat dan ceria selalu. Amin...
Rajuk dan pujuk, macam kajian yang pernah saya buat masa belajar dulu terhadap sebuah filem. Hahaha... Tapi hari ni, bukan nak cerita fasal filem. Nak cerita fasal orang tu. OK, saya salah. Dan bagi penjelasan semua, but dia still dingin. Whatsapp pun macam nak tak nak je layan. OK, saya buat kesimpulan, mungkin dia masih tak boleh maafkan kesilapan saya. Then saya fikir, kesilapan tu cuma salah faham je dan saya dah jelaskan. Tapi kenapa dia still macam tak boleh maafkan saya walaupun dia kata dia maafkan saya? Peliklah perangai dia ni. Ah, heran apa, lelaki memang pelik. Tapi tak adalah pulak kawan lelaki saya yang buat macam ni sebelum ni walaupun kawan baik. Setahu saya dan sepengalaman saya, lelaki ni, kalau kawan-kawan buat salah, lepas bermaafan, dia let go macam tu je. Kadang-kadang tak sempat minta maafpun dah OK. Dah kenapalah dengan mamat sorang ni? Bukan takat saya minta maaf, siap ngaku salah lagi. Haaa... Hal ni bukan terpakai kat dia je, kat semua orang kalau saya tahu, saya salah. Dia tu, saya salah faham kat dia, tak jelaskanpun, setakat cakap saya salah sangka. Lepas tu, dia pulak yang marah kita dengan salah faham dia kat kita. Habis siapa nak bagi penjelasan kat saya lak ni? Tapi diam jelah, tak yah cakap apa-apa dulu. Karang tambah besar pulak hal ni. Allah kan ada, Allah tahu apa yang Dia rancang. Pasti yang terbaik.
Orang tengah marahkan, so biarlah dulu. Esok-esok dia sejuk, dia OK la tu. Fikir saya. Antara dua je, dia OK balik atau terus tak nak kawan saya. Saya redha jelah. Allah tahu apa yang terbaik. Pengalaman mengajar saya supaya lepaskan semua orang yang nak pergi dari kita. Tak perlu paksa mereka untuk bersama kita.
Sabtu hari tu, saya perlu Whatsapp dia inform sesuatu supaya tak berlaku salah faham lagi nanti. 'Take care' itu je balasannya. Confirm, memang tengah marah lagi. Apa boleh saya buat? Nak pujuk ke? Nanti apa pulak katanya? Karang kata saya saja nak tarikh perhatian dia. Saja nak ngada-ngada, saya bukan siapa-siapa dengan dia pun.
Jadi, hari Ahad, saya diamkan diri. Tak payahlah Whatsapp dia. Entah-entah orang tak suka kita text, nanti dicap mengganggu pulak. Kak Fatimah kan pernah cakap, orang kalau tak suka, kita mesej pun dianggap mengganggu. Dan saya langsung tak on Whatsapp hari tu. Malas ambil peduli fasal Whatsapp. Selalunya kalau dia OK, kalau saya tak Whatsapp, dia yang akan Whatsapp saya.
Dinihari semalam, saya tengok, ada Whatsapp dari dia yang dihantar 10.00 malam sebelumnya berbunyi: 'Assalammualaikum... Berapa KM last night's ride?'
Confirm dingin. Sikitpun tak panggil saya. Just Tanya gitu je. Selalunya mesti ada sebut you. At least, assalammualaikum you. Hmmm... Marah lagi ke? Kalau marah, kenapa dia Whatsapp? Kalau tak marah, ayatnya macam marah je? Peninglah saya. Nanti siang sikit saya reply. Putus saya.
So dalam jam 9.00 lebih saya reply macam biasa. Lepas tu saya Tanya dia buat apa semalam. Jawabnya, 'macam2'. Laaa... Itu je? Selalu panjang lebar jawabnya. Aduh, besar sangat ke salah saya sampai lama sangat nak marah ni?
Bila saya Tanya masih marah ke? Macam tak maaf kat saya lagi je? katanya, 'tak marah, cuma disappointed. Marah dengan disappointed tu lain. Susah nak terangkan' So saya ulang minta maaf. Then saya tambah, 'Kalau you masih marah tak apa, I faham. You ambillah masa untuk pulih'
'Cepat ngaku salah'
Hah? Bukan dari hari Jumaat lagi ke saya ngaku salah and minta maaf? Apa kena dengan mamat ni? Haah... Tak payah nak bertekaklah Tinta, ngaku sekali lagi. Tak yah banyak cerita. Nanti bila dia dah OK, slow talk dengan dia.
'OK, Mr. Erogan, I salah, I minta maaf ya'
'Mr. Erogan? OK bye'
Saya lepaskan keluhan. Salah lagi ke? Tulah, tangan gatal taip yang bukan-bukan. Celupar betul. Dahlah orang tengah marah. Boleh pulak saya buat gurau. Yelah, yelah, salah lagilah.
'You... Janganlah macam ni, I gurau je. Tapi salah lagi. Sorry K?'
'Lagi nak cakap Mr. Erogan. Dahlah tak pujuk'
Ooooooooooooo... Baru saya faham, rupanyaaa, nak minta pujuk. Kenapalah tak cakap awal-awal. Manalah I faham you. Kalau lelaki ni, susah sikit saya nak pujuk, nanti kata saya suka kat dia pulak. Takut nanti, orang kata kita ni terhegeh-hegeh. Kalau special boy friend tu lainlah. Patutlah dingin semacam je walaupun saya dah minta maaf. Nak kena pujuk sebenarnya. Saya ni lembap sikit dalam bab ni. You, you, kenapa hati tisu sangat ni? I rasa, sejak kebelakangan ni, you memang suka merajuk. Dahlah suka paksa orang mengaku merajuk. Tak ngaku, tak nak pujuk. Kalau saya, tak adalah saya nak ngaku saya merajuk. You tu suka dera perasaan orang. Suka buat orang terasa. Dia tak tahu, kita ni ratu merajuk. Nanti, kalau saya merajuk betul-betul, entah pujuk entah tidak. Kadang-kadang I rasa you tu saja je nak uji perasaan I. Pelik betullah you ni, kenapa nak merajuk-merajuk dengan I ni? Ke you tu memang suka merajuk dengan semua orang?
Then lepas tu, tanpa ditanya dan diminta, dia terus bercerita dan jelaskan semua salah faham saya pada dia tempoh hari. Alhamdulillah. Harapnya you OK sebab semua dah jelaskan? Malam tadi Nampak macam OK. Tapi tak tahulah hari ni. Harap OK la. Hari ni I busy sikit you, jangan merajuk-merajuk tau. Takut tak sempat nak pujuk. Hehehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment