Assalammualaikum readers,
Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari.
Mana rotinya? Hahaha kat dalam gambar bawah ni.
Dah lama sebenarnya cover handset saya ni jadi Roti Kirai. Tapi disebabkan cover ni pemberian seseorang yang istimewa dalam hidup saya pada suatu ketika dahulu, saya tak berniatpun untuk tukar cover ni.
Suatu hari, En. Luqman Nampak dan dia minta En. Mahathir uruskan fasal cover saya ni. Hahahaha... Dia orang ni kan suka bergurau.
Tak sangka pulak En. Mahathir ambil serius. Dia bagi cover dia tapi tak muat.
Masa saya kat kampung hari tu, En. Mahathir call, minta saya Whatsapp brand dan model phone saya. Tak boleh lupa saya dia gelakkan cover handset saya ni lepas latihan kayak dulu.
Saya cakap pada dia, saya bukan tak mampu, cuma saya sayang nak buang cover ni.
Dia kata, kalau dah jadi Roti Kirai tu, buang jelah.
En. Nizam pulak cakap, kalau sayangpun, simpanlah. Pakai yang baru.
Masa diving hari tu, En. Mahathir lupa nak bawa cover phone ni.
So semalam, En. Mahathir call ajak dinner. Katanya, dia nak bagi cover phone saya sekali. Saya kira sebagai dia melawat saya yang sedang sakit jugaklah.
Makan-makan kat Sambal & Sauce sambil bual-bual dan tukar cover handset. Waaa... Cantiknyaaa... Walaupun warnanya berlatarkan putih dan berpetak hitam di hadapan. Boleh dirasa teksturnya. Kata En. Mahathir, design ni seksi. Apa yang seksipun tak tahulah. Sambil dia tukarkan cover saya, dia kata, "Bukan masalah mampu tak mampu. Dah jadi Roti Kirai, buang je," Hehehehe dia masih ingat saya cakap dengan dia, bukan saya tak mampu nak tukar, saya tak nak tukar.
Saya: Sebenarnya, cover ni dia yang bagi.
(En. Mahathir maklum akan dia yang saya maksudkan)
En. Mahathir: Dah agak dah. Saya letak dalam plastic ni dan simpan. Nanti boleh tunjuk kat dia kalau suatu hari nanti ... (bla, bla, bla) Cantik tau ni, warna pink tak ada. Asyik warna pink je, tukar pulak. Ni warna hitam putih kehidupan. So, dari Roti Kirai, handset Tinta bertukar menjadi Roti Pelantar.
(Sambungnya sambil bergurau)
Hahaha... Saya cuma ketawa je. En. Mahathir ni kelakar. So, berwajah barulah IPhone saya sekarang.
Terima kasih En. Mahathir sebab bagi Tinta cover cantik ni.
No comments:
Post a Comment