Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, January 5, 2017
Sayang Yang Mengalir
Assalammualaikum pembaca blog saya,
Tak kiralah buat pembaca yang ikhlas membaca atau pembaca yang membaca untuk mengata atau menyampaikan pada orang lain untuk dikata, saya doakan agar anda semua diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah untuk menjalani hidup yang dalam perjalanan ke mati.
Alhamdulillah, pagi ni, saya rasa OK. Tapi tak boleh cakap jugak, sebab semalampun, pagi saya sihat-sihat saja. Tengahari membawa ke petang menderita sakit. Mohon doakan agar saya sihat sampai bila-bila ya.
Sayang siapa yang mengalir ni?
Hmmm... Sayang sayalah. Sebelum ni, saya memang cepat sayang kat orang. Tapi sekarang sayang tu lebih cepat. Saya tak tahu kenapa. Sejak kebelakangan ni, saya mudah jatuh sayang pada orang. Sebagai contoh, saya jatuh sayang pada mummy, isteri En. Luqman yang menjaga saya sakit masa di Litar Sepang tempoh hari dan pagi tadi saya jumpa seorang makcik tapi saya lebih suka panggil dia puan walaupun dia membahasakan dirinya makcik di Stesen LRT Ara Damansara. Puan ni bekerja di PETRONAS. Puan Rahaya namanya. Hanya dengan berbual seketika, saya rasa sayang padanya.
Begitu juga dengan Datin Fauziah. Saya rindukannya. Datin yang saya panggil umi itu akan berangkat ke Tanah Suci Mekah esok untuk menunaikan umrah. Mohon pembaca budiman untuk mendoakan keselamatan umi yang amat prihatin pada saya.
Seterusnya rasa rindu ini buat rakan-rakan yang ada saat saya susah. Walaupun kita jarang contact, saya rindukan kalian. Lebih-lebih lagi sekarang, bila saya sibuk dengan kerja, aktiviti dan sakit, ianya lagi membataskan saya untuk berhubung. Tapi kalian sentiasa dalam ingatan saya. Sayang Suni, sayang Hana, sayang Miza dan sayang Haida. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke Jannah. Insya-Allah, amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
maaf saya dah lama tidak berhubung dengan awak. saya tahu awak sibuk. saya pun rasa awak dah terkena gastreek sebab tu pedih sampai ke ulu hati dan membawa ke muntah. saya sedang menguruskan anak yang bersekolah di tahun 1 dan prasekolah. kalau betul-betul urgent pada waktu selepas pejabat hubungilah saya. Insyaallah saya cuba bantu. kerja di pejabat pun banyak. tak apalah bila ada yang melarikan diri. pasti Allah ganti dengan yang lebih baik. semoga mereka-mereka itu diberi hidayah. kita ni bukan lama nak hidup. permusuhan berterusan tak menguntungkan sesiapa. saya hanya mampu membaca setiap catatan awak dari jauh. harap awak kuat dan terus melangkah.
Terima kasih, Suni.
Saya faham akan kesibukan awak. Maaf juga sebab dah lama tak contact. Sayapun macam awak, sibuk kerja dan sakit. Tapi taklah sesibuk awak yang perlu uruskan keluarga. Semoga Allah permudahkan semua urusan awak.
Post a Comment