SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, January 3, 2017

Kenapa Dia Begitu?

Assalammualaikum readers, Hari nipun hari saya masih sirna. Korang pernah tak terfikir-fikir, kenapa tiba-tiba kawan kita menipu kita? Walhal dia baik dengan kita? Pernah tak korang tertanya-tanya, apa sebenarnya dalam hati dia bila dia menipu kita? Pernah tak korang tertanya-tanya, ikhlaskah dia pada kita apabila dia menipu kita? Saya terkejut sebenarnya. Sungguh saya tak sangka lebih-lebih lagi, bila perwatakannya baik dan beragama. Subhanallah, kenapa ada orang yang begini? Ada sorang kawan saya cakap, dia nak keluar Negara menguruskan tentang sesuatu. First, saya tertanya-tanya, takkan Negara tersebut beroperasi pada hari tahun baru? Tapi saya malas nak bersoal-jawab. Itu hak dialah kan? Buat apa saya nak sibuk-sibuk. Saya tak tahu kenapa. Mungkin Allah nak tunjukkan, pada malam yang katanya dia di luar Negara tu, dia miss call saya. Mungkin ter kot. Saya rasa bimbang akan dirinya kerana dia miss call saya jam 2.38 pagi. Manalah tahu kalau-kalau dia sedang mengalami kesulitan di Negara orangkan? Saya call balik. Alangkah terkejutnya saya, bila ringing yang kedengaran seperti dalam Negara. Dia menipu sayakah? Apa motifnya? Bermula dari situ, saya mula curiga dan ingin tahu akan kejujurannya. Saya mula menjalankan siasatan. Saya tak suka orang yang menipu. Berkata benarlah walaupun menyakitkan. Yang pelik tu, dia aktif Whatsapp seperti biasa. Cuma Whatsapp saya je dia tak balas. Tapi lupakah dia bahawa menerusi Whatsapp kita boleh tengok mesej yang kita hantar tu delivered ke, read ke. Memang ada waktunya dia tak baca whatsapp saya walaupun delivered tapi last seen dia tu selepas saya hantar mesej. Apa motif dia buat macam ni? Sedangkan sebelum ni bila dia ke luar Negara lambat delivered. OK fikir baik, mungkin perginya kali ni bukan bersiar-siar. Habis urusan, dia di hotel. Ada wifi. Saya hantar mesej. 12 sen je kredit saya ditolak. Kenapa murah sangat? Saya check dengan Maxis. Tapi Maxis kata, kalau ke Negara yang dia pergi tu 50 sen tapi tak pasti pulak kalau mesej dihantar menerusi nombor Malaysia yang digunakan. Saya cuba buat panggilan kepada sorang lagi kawan yang ketika ini berada di US. Ya, bunyi ringingnya berbeza. Saya hantar mesej. OK, murah sikit, 10 Sen. Mungkin kerana operator taliannya sama dengan saya. Bila saya Tanya dia, dia kata, dia roaming. OK. Mungkin kali ni perginya tak lama, so bolehlah roaming. Katanya call di'divered' sebab tulah bunyi ringingnya macam dalam Malaysia. OK. Saya tak ada pengalaman roaming. Mungkin betullah apa yang dia cakap. Saya malas mencurigai kawan sendiri. Tak baikkan? Waktu penerbangan yang dia kata dia nak balik tu, saya tengok dia online Whatsapp. Saya Tanya dia, pukul berapa dia balik? Dia kata sedang boarding," Saja saya Tanya berapa lama penerbangan ke KL dari tempat dia berada ketika tu? Dia tak balas. Sedangkan saya tahu, penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit. Saya saja hantar Whatsapp lama sedikit lepas dia cakap boarding. Delevered. Sungguh menghairankan. OK, tak apa. Kita tunggu jap lagi. Sejam kemudian, saya tengok last seen dia setelah sejam perjalanan. Aik, takkanlah on Whatsapp dalam penerbangan kot? Tak pernah ada airline yang membenarkan penumpang online masa penerbangan. Kalau nak on handsetpun, kena in offline mode atau airplane on. Dan selepas itu ada lagi last seen seterusnya. Dia ada beritahu saya bahawa dia menggunakan Air Asia. Saya terus check penerbangan Air Asia. Ternyata, dia membohongi saya. Penerbangan Air Asia ke Bandar yang dimaksudkan, tiada jam 6.30 pagi atau yang sebelum itu seperti yang diberitahunya. Begitu juga penerbangan pulang yang dimaklumkan kepada saya pada jam 10.30 pagi juga tiada. Penerbangan sebenar adalah pada 11.45 pagi. Ya Allah, kenapa orang yang saya percaya menipu saya? Lebih-lebih lagi dia adalah seorang yang selalu bercakap tentang Allah. Selalu menyebut tentang Allah, Alhamdulillah, Ya Allah, masya-Allah. Apa dia tidak tahu hukum menipu itu dan apa kesannya? Kalau dalam soal kecil beginipun dia tak boleh berlaku jujur, bagaimana dalam hal besar? Subhanallah, kenyataan ini memang pahit. Tapi jika benar ini suatu penipuan yang dirancang terhadap saya, maka saya bersyukur, sekurang-kurangnya, Allah menyelamatkan saya awal daripada orang yang begini. Sekurang-kurangnya, saya akan berhati-hati dengan dia selepas ni. Cuma saya pelik. Apa motif dia buat saya macam ni? Kalau dia cakap dia ada urusanpun, saya tak banyak soal. Dia bukan siapa-siapa dengan saya. Tak perlulah sampai nak menipu cakap pergi luar Negara bagai. Apa ni? Tidak bersihkah hati dia setelah selalu solat fardhu, Dhuha dan sunat lain? Atau semua tu sengaja diceritakan pada saya tapi kenyataannya... Dan dari situ timbul satu persoalan lagi, apa dia benar-benar ikhlas berkawan dengan saya selama ni? Atau sebaliknya? Adakah banyak hal telah dia tipu saya tanpa saya sedari? Kenapa Ya Allah? Kenapa saya sering dipertemukan dengan orang-orang begini tatkala saya ikhlas menerima sesiapa sahaja dalam hidup saya sebagai kawan atau kekasih? Tak apalah. Pasti ada hikmahnya. Insya-Allah. Kepada dia, saya doakan dia berubah dan sedar akan kesilapannya. Sebagai kawan, saya masih sayangkannya. Saya amat berharap dia berubah dengan izin Allah. Berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.

No comments: