Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, January 2, 2017
Cinta Yang Merosakkan
Cinta itu pernah membahagiakan saya suatu ketika dahulu. Mengubat lara hati yang pernah dilukakan cinta sebelumnya.
Tapi kini, cinta yang membahagiakan itu bertukar menjadi cinta yang merosakkan saya. Merosakkan hati saya, merosakkan perasaan saya, merosakkan kepercayaan saya buat seorang lelaki dan paling penting, kala ini, ianya sedang merosakkan diri saya, kesihatan saya.
Ya, saya tak salahkan cinta kerana cinta itu suci. Saya yang salah. Hanyut dan akhirnya membakar diri. Mana mungkin saya boleh menjadi seperti biasa kala hati dilanda duka nestapa?
Orang tanya saya, diet ke? Ya, memang saya diet. Tapi diet saya bukan untuk kurus begini. Diet saya sekadar untuk mendapatkan tubuh yang cantik, yang ideal bagi seorang perempuan. Diet saya juga untuk kesihatan saya. Kalau tak, takkanlah saya beria-ia pergi kelas renang kan?
Tatkala ujian melanda, selera makan saya semuanya hilang. Lantas hasilnya? Nah! Lihatlah. Lihatlah hasilnya yang ada depan mata kalian sekarang. Saya bukan lagi saya yang dulu. Rata-rata orang mengatakan saya terlalu kurus. Mungkin over diet seperti kata En. Nizam siang tadi. Katanya, saya banyak susut dari kali pertama dia jumpa saya 2015. Saya ketawa je. Malas mengulas.
Pakaianpun semua bertukar ke saiz S malah ada yang XS. Setiap kali nak pakai live jacketpun, orang terpaksa cari yang paling kecil untuk saya. Masa kayak, pakai live jacket budak. Mujurlah ianya tak effect pada bentuk tubuh. Mujurlah belum jadi papan macam dulu, lurus je dari atas ke bawah.
Dan sekarang, saya mula menghidap gastrik. Walaupun doktor belum mengesahkan, tapi saya tahu ia memang gastrik berdasarkan tanda dan apa yang berlaku. Doktor klinik pejabat yang tak berapa nak betul tu kata angin. Tapi saya tahu ia bukan angin biasa. Kalau angin bagi ubat gastrik tu kenapa?
Saya pernah kena angin walaupun jarang. Tapi tak macam ni.
Dah seminggu lebih saya sakit macam ni, angin lagi ke?
Saya sakit pada ulu hati. Kemudian angin akan menggelodak dalam perut. Rasa pedih perut bila ia kosong. Bila makan terlebih, ia akan sakit jugak pada ulu hati. Angin mula menggila. Kemudian saya akan diserang rasa sakit yang amat. Akan muntah sampai perut kosong dan berak-berak. Saya mesti tak mampu nak buat apa dah masa tu dan akan terbaring, terus tidur. Nak lelappun susah sebab sakit. Susah sangat nak jaga makan. Lewat pun tak boleh, kurangpun dia buat hal, terlebih lagi dia mengamuk. Paling susah bila terlebih makan. Muntah, sakit perut yang amat, sukar saya gambarkan dan berak-berak sampai saya rasa macam umur saya dah tak panjang. Dan setiap kali sakit tu datang, saya pasti berdoa, "Ya Allah, janganlah kau ambil nyawaku kala aku keseorangan begini." Yelah, nanti busuk pulak mayat saya sorang-sorang kat rumah saya ni. Apalah Chiko boleh buat kalau ianya berlaku. Kesian Chiko nanti.
Sekarang, nak makanpun saya kena pilih. Kena fikir, masakan ni letak apa. Takut salah makan. Salah sikit je, saya yang habis. Nak makan tu tak boleh, ni tak boleh. Kata kawan, buat sementara je. Bila dah OK nanti, saya boleh makan semua benda balik. Ni dah seminggu lebih, dia still rasa sakit. Still tak boleh makan sesuka hati. Kuantiti makanpun kena jaga. Perut ni terasa hampir sepanjang hari. Kalau tak sakit, rasa pedih, takpun rasa angin menggelodak. Hanya sedikit masa yang dia rasa OK. Mujur masa aktiviti dia OK nak-naknya masa tandem Sabtu kelmarin. Sekarang nipun dia mula dah bagi saya isyarat. Mula rasa pedih. Saya tak tahu apa dia nak. Saya yang kurang makan roti ni, kini roti sentiasa ada. get ready takut perut kosong. Makan kosongpun jadilah. Kata kawan, dua jam sekali kena makan. Jangan makan berat, sekadar alas perut. Dia tak boleh kosong langsung. Kena makan jap ni.
Paling sedih, segala jus kegemaran saya, pedas, keju dan susu saya tak boleh ambil. Malah, buahpun bukan semua buah saya boleh makan buat masa ni. Semoga Allah bagi saya sembuh cepat. Dah dua tiga jenis ubat saya beli selain daripada ubat yang doktor bagi. Tapi sakitnya masih ada. Saya dah set dalam minda, kalau saya sakit sangat, call je 999 biar ambulan datang dan bawa saya pergi hospital. Tak payah susahkan orang. Manusia sekarang bukan boleh sangat kita minta tolong nanti bosan dan mengungkit. Saya tak nak benda tu jadi lagi dalam hidup saya. Penyelesaian paling baik, ambulan. Dah memang tugas dia kan bawa orang pergi hospital. Tak payahlah naik teksi sorang-sorang malam-malam buta, bahaya. Sekarang saya faham kenapa abah mengelak sangat untuk minta tolong orang. Abah kan makan garam dulu dari anak dia ni. Pernah jugak saya terfikir nak ajar Chiko call 999 ni macam Mat Salleh ajar anjing. Tapi susahlah. Chiko tak macam anjing. Tahulah Allah apa yang Dia rencanakan. Tak payah fikir sangatlah.
Awak,
Tahukah awak bahawa saya sangat menderita dengan segala perbuatan awak pada saya? Kenapa awak? Kenapa awak sanggup buat saya yang pernah awak sayang macam ni? Tiadakah sekelumitpun perasaan belas awak pada saya lagi? Dulu bila saya sakit, awaklah orang pertama akan ambil tahu dan cepat-cepat bawa saya ke klinik untuk rawatan. Kalau sekarang saya beritahu awak, pasti awak marah saya macam saya bagi tahu awak fasal kena sengat dulu. Saya terkejut awak boleh marah saya malam tu. Macam tak ada perasaan simpati langsung pada saya. Lantas saya berfikir, ke manakah saya telah awak campak dari hati awak? Saya bagaikan orang asing. Macam musuhpun ada. Kalau saya keluar sorang-sorang lewat malam pergi klinik sebab sakitpun awak macam tak rasa apa. Bimbang jauh sekali. Tak apalah awak, Allah tu ada dan Maha Adil. Hidup kita ni ibarat roda. Mungkin sekarang awak di atas jadi, dengan mudah awak pijak saya. Saya pasrah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment