Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, January 31, 2017
Percaya Kata Hati
Orang kata, dengar kata hati. Dan... Percaya kata hati.
Tapi betul ke?
Orang kata, hati akan memandu kita.
Ya ke?
Kerana percaya kata hatilah, dua kali cinta saya hancur. Dibiarkan sepi tak berharga.
Masihkah saya boleh percaya kata hati saya?
Atau... Hati saya kotor, tak bersih?
Mungkin sebab tulah, saya menemui kegagalan bila percaya kepadanya.
Tapi, kalau kita solat Istikharahpun, Allah bagi petunjuk melalui hati kan?
Jadi, hati perlu dibersihkan agar ia dapat memandu kita kepada kebenaran.
Wahai hati Tinta, bersihkah kamu?
Sucikah kamu?
Dan bolehkah saya percaya kata hati saya untuk teruskan kehidupan ini?
Tuhan, bimbinglah hati saya.
Jagalah hati saya.
Supaya ia dapat memandu saya kepada kebenaran dan kebahagiaan.
P/S:
Tinta, jangan terlalu fikirkannya. Bersiaplah untuk tidur. Esok harus bangkit awal untuk mendaki Broga. Percayalah, kalau kita ikhlas, Allah akan pegang hati kita dan pandunya ke arah yang baik.
Insya-Allah.
Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment