SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, January 25, 2017

Suami Orang

En. Abang yang beristeri, tetapkanlah hati awak untuk isteri awak kerana dia yang lebih layak mendapat perhatian awak. Tentang saya, cukuplah perhatian yang setakat mana saya ada sekarang. Biarpun sekarang saya tiada perhatian dari orang yang istimewa, saya still OK. Saya nak minta maaf, saya perlu bataskan hubungan saya dengan awak sebab saya tak mahu melukakan hati kaum sejenis saya. Mungkin saya ni belum kahwin walaupun dah sampai usia yang patutnya dah kahwin. Tapi saya belum terdesak untuk mencari pasangan. Saya serahkan segalanya pada Allah tentang jodoh dan pertemuan saya. Cuma kalau boleh, saya tak mahu melukakan hati wanita lain walaupun sekadar keluar bersama. Memang tak salah keluar bersama tapi kalau ada perasaan lain dari pihak awak, ianya cukup melukakan hati sang isteri dan saya tak nak terheret sama dalam permasalahan tu nanti. Kalau untuk berurusan tak apalah. Tapi kalau berjumpa, keluar tanpa urusan, dengan ada perasaan lain, biarlah kita elakkan. Makan di hotel berbintang lima? Tak apalah, lebih baik awak bawa isteri awak candle light dinner dengan dia. Boleh bincang apa masalah yang melanda kalian sambil menikmati makan malam romantis. Kalau saya teringin nak makan kat hotel lima bintang nanti, saya keluar duit sendiri. Kalau tak cukup, saya kumpul sikit-sikit. Untuk berseronok dengan suami orang yang ada secebis perasan, saya tak nak. Biarlah saya kesunyian dari saya memporak-perandakan hidup orang lain. Lebih bahaya, jika saya tahu, hubungan suami-isteri tu tidak berjalan dengan baik meskipun kelihatan tidak begitu. Ingatlah, itu jodoh awak, dan itulah yang baik bagi awak, sebab tu Allah temukan awak dengan dia. Janganlah melihat kelebihan saya jika dibanding dengan dia sebab kita tak hidup bersama. Siapa tahu kalau saya yang ada dengan awak, saya tak jadi sebaik dia atau tak boleh terima awak macam dia terima awak. Dari segi rupa, dari segi sikap, dari segi tutur kata, janganlah bandingkan saya dengan dia kerana cinta itu menerima seadanya pasangan kita. Mungkin dalam diri dia, ada potensi yang boleh awak dorong serta kembangkan menjadi seorang isteri idaman awak. Ya Allah, Permudahkanlah jodoh saya agar saya lebih tenang dan tenteram andai itulah penyelamat kepada saya dari semua ini.

No comments: