SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, January 2, 2017

Cinta Membawa Aku Ke Sana

Kan dah banyak entri sekali post ni. Biasalah saya kan? Korang percaya tak bahawa kuasa cinta tu luar biasa? Korang percaya tak cinta tu menjadikan kita boleh buat apa yang kita tak boleh buat? Korang percaya tak, kerana cinta, sang raja bisa menjadi hamba? Dan orang-orang yang kenal saya, pasti mereka tahu, saya tak pernah naik bas sorang-sorang terutamanya untuk perjalanan jarak jauh. Demi mengejar sebuah cinta dan menyelamatkannya, saya pernah ke Perlis sorang diri dengan menaiki bas waktu malam. Itulah kali pertama saya naik bas sorang-sorang untuk perjalanan jarak jauh. Dan itulah kali pertama saya jejakkan kaki di negeri Harum Manis tersebut. Ianya datang dari semangat seorang sinior di pejabat, "Kalau Tinta betul-betul sayangkannya, Tinta kena berusaha untuk selamatkan hubungan ni. Tinta kena all out," Maka, berbekalkan kata-kata semangat itu, saya ke sana. Untuk memperbaiki hubungan kami. Masa tu, saya tak ada rasa takutpun. Yang saya tahu, saya harus tiba segera ke sana untuk menyelamatkan cinta saya yang saya lihat menuju kehancuran menerusi Facebook. Tapi, benarlah kata orang, kalau orang dah tak suka, apapun yang kita buat, tetap dipandang sepi meskipun pada mulanya ada bibit-bibit pemulihan. Tapi setelah itu... Mungkin pilihan banyak kot di Facebook. Jadi, belahnya tidak bisa lagi bercantum. Orang memang akan kata saya gila. Saya tak kisah. Dua orang je kawan saya yang tahu akan pemergian saya ke sana. Sorang kata, pergilah kak, selagi mampu untuk berusaha, berusahalah. Supaya akak tak menyesal. Sorang lagi pulak kata, awak tak payahlah pergi sana. Bahaya. Saya risaukan awak. Lantas saya yakinkan dia, bahawa saya boleh dan Insya-Allah, tidak ada apa yang buruk berlaku. Saya tinggalkan nombor telefon si dia buat kawan saya tu. Kalau dia tak nak jawab call saya, merekalah yang akan hubungi dia untuk memberitahunya tentang pemergian saya ke sana menjejaknya. Diapun terkejut bila tahu akan kedatangan saya. Dia kata saya jangan jadi gila. Ya, jangan jadi gila. Tapi dia yang buatkan saya jadi gila. Nak seribu daya, tak nak seribu dalihkan? Itulah kata-kata yang sering saya pegang kala melakukan sesuatu. Hampa tetap hampa. Cinta itu musnah jua akhirnya. Tapi sekurang-kurangnya saya tak ralat. Saya dah sehabis daya berusaha. Ianya hampa bukan kerana saya membiarkannya begitu saja. Saya berikhtiar untuk memulihkan hubungan. Tapi, bila tiada kerjasama dari pihak sebelah sana, maka ianya hancur. Ianya disebabkan oleh kehancuran itu disumbangkan oleh pihak sana yang mahu cepat ianya hancur. Maka keputusannya hancurlah. Hancur di depan mata saya. Hanya dengan perkataan "ya." Semoga, susah-payah saya yang tak seberapanya ni akan awak ingat suatu hari nanti. Bila saya dah jauh pergi dari hidup awak. Mungkin pada awak, ada orang lain yang jauh lebih baik, yang akan berkorban lebih besar untuk awak. Itulah yang awak kejarkan sangat. Dan kerana dia, segala yang pernah kita lalui, hilang begitu saja dari ingatan awak. Mungkin awak dah hilang ingatan kot. Kerana dia jugak, semua kebaikan saya yang pernah awak puji dan sebut-sebut semua jadi buruk. Tak apalah, Allah ada. Lepas ni saya takkan layan orang baik macam ni? Tak. Saya tetap saya. Insya-Allah, kalau Allah kembalikan dia pada saya atau Allah gantikan dia dengan orang lain, saya akan tetap berikan yang terbaik dan insya-Allah lebih baik daripada tu. Tahukah kalian, saya ada sekeping cinta yang amat mahal dan sekeping hati yang tulus yang pernah saya berikan pada orang. Orang menolaknya dan saya menyimpannya kembali untuk saya hadiahkan kepada orang yang benar-benar Allah janjikan buat saya. Insya-Allah.

No comments: