SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, January 10, 2017

PPUMYang ...

Assalammualaikum readers, Dah beberapa hari tak update blog. Tak ada mood rasanya dengan sakit lagi. OK, ni nak cerita fasal sakit. Sampai hari ni, saya masih sakit. Kadang-kadang, lebih baik tak makan daripada makan. Sebab lepas makan rasa sakit tu lebih. Oleh kerana saya tak tahan sangat dengan sakit ni, dia banyak ganggu kerja saya, so saya minta doctor klinik sebelah ni hantar saya pergi hospital. Boleh dia nak refer saya pergi pesakit luar? Saya kata, kalau doctor refer saya pergi pesakit luar, sama je la macam saya jumpa doctor. Buat apa nak hantar saya pergi hospital? "Kalau refer specialist, you kena bayar RM35.00," "Is OK, I boleh bayar," Apalah sangat RM35.00 tu nak dibandingkan dengan sakit yang tak tertahan ni? Pergilah saya ke PPUM. Tahu apa jadi? Boleh pakar bagi saya appointment 28 Mac? Kalau nak mati, mati dulu saya ni. Bengangnya saya rasa. Dahlah masa mula-mula tu, saya pergi kaunter nak Tanya, suruh ambil nombor. Lepas ambil nombor, suruh tunggu nama dipanggil. Lepas tu, bila nombor saya naik, saya pergilah ke kaunter. Dia Tanya dah panggil nama ke belum. Saya cakap belum. Tapi nombor saya dah naik. Dia cakap tunggu nama. Ya Allah, kalau macam tu, tak payahlah suruh saya ambil nombor. Paling buat saya bengang, bagi appointment dua bulan lagi tanpa jumpa doctor dan ubat. Saya Tanya kalau saya sakit macam mana? "Cik pergi je kecemasan. Sebab pakar tengok, dia kata tak urgent sangat." Kalau saya ni tak sakit, tak adalah saya datang hospital. Tahu tak macam mana rasanya bila kita terpaksa menanggung sakit setiap hari? Setiap hari, bukan minggu. Kalau tak teruk, sikit. Tak sikit, muntah dan tak boleh bangun. Ingat saya suka ke pergi hospital nak tunggu lama-lama ni? Plan B, kalau saya sakit teruk lagi, saya akan pergi klinik lain pulak. Lepas tu, saya akan suruh klinik refer saya pergi GH pulak. Manalah tahu dapat jumpa pakar lebih cepat dari kat PPUM tu.

2 comments:

qasehqasrina said...

Pergi emergency kalau sakit lg.. Buat drama sakit tu lebih sikit...Baru diaorang layan.mana mana hospital pun memang bagi date appointment jer.

TINTA EMAS said...

Hahahaha... Nanti, bila saya tak tahan nanti, saya akan pergi kecemasan and berlakon lebih sikit hehehe