Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, August 10, 2015
Penyair Nusantara
Kepada mereka yang telah sekian lama mengikuti perkembangan blog ni, pastinya nama Mr. Diktator tidak asing lagi pada pengetahuan kalian. Sudah bertahun saya tidak coretkan di sini kisah diktator tersebut. Sebenarnya Si Diktator tu belum lenyap dari hidup saya.
Suatu malam, bunyi bib dari telefon bimbit saya menandakan ada mesej masuk.
"Awak nak tak baca puisi kat Singapur tahun depan?"
Wah!!! Saya teruja.
"Nak!!!" Saya membalas ringkas.
"Emailkan pada saya semua puisi awak,"
Beberapa hari lepas tu, saya kirimkan semua puisi saya padanya.
Beberapa minggu kemudian,
"Sukalah tu, puisi diterima. Nanti dapat royalti puisi dapatlah buat belanja kahwin,"
Sewel agaknya. Desis hati saya. Siapa yang nak kahwin? Ah, biasalah, Mr. Diktator ni kan memang suka merapu, cakap je apa yang dia suka.
"Yang mana satu diterima?"
"Semua,"
"Semua? Betul ke?" Saya seakan tidak percaya.
"Lepas ni kena serius menulis. Buat 30 puisi lagi. Penerbit nak. Kalau tak ada aral, Ogos nanti publish,"
Ya Allah, betul ke? Dan saya sedaya-upaya menyiapkan puisi berkenaan. Tujuh puisi lagi perlu disiapkan segera sebelum Diktator bertanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment