Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, August 18, 2015
Malaysia Hari Ini (MHI)
Salam readers,
Jangan bosan tau baca update saya. Over sikit kebelakangan ni bila ada semangat nak menulis.
Well, well, well, well...
Korang ingat tak hari tu saya cerita fasal MHI ni? Episod dualah ni.
Hari Sabtu hari tu, Ezzat dari MHI pulak call saya. Setelah confirm saya yang memohon slot, dia tanya, boleh tak kalau dia bagi saya slot Rabu 19 Ogos ni? Setelah berbincang dengan bos, kami terima. Kena bawa band yang bertanding lagi tu. Mujurlah ada satu group ni setuju nak pergi.
Malangnya, mereka kurang setuju kalau kami bawa pihak penaja. So, kami dengan persetujuan penaja tidak menghantar wakil PETRONITA.
Kalau orang tak tahu, orang kata saya gila glamor. Kali nipun, bos suruh saya yang appear di skrin. Dah bidang tugas saya relate dengan semua ni, nak tak nak, kenalah pergi. Slot jam 8 lebih, 7.30 pagi dah kena ada di Sri Pentas. Mujurlah En. Fairuz berkenan berangkat mencemar duli sama :)
Usaha tangga kejayaan. Setelah berkali-kali mencuba tanpa jemu, Tuhan bagi juga peluangnya. Puas hati rasanya. Tak sia-sia saya bersusah-payah selama ni. Berbaloi. Cabaran seterusnya, artis undangan. Hazama dah reject, kita tunggu jawapan Faizal Tahir pulak.
Oh ya, jangan lupa saksikan MHI esok. Amboi, macam diva sangat! Pada hal nak cakap tentang hal lain, bukan tentang diri sendiri hehehe
OK la. Daaaaaa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment