Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, September 24, 2015
Cemburukah Saya? Bahagian 2
OK, ni episod akhir untuk entri sebelum ni.
Sipulan akhirnya bekerja secara sambilan harian dan kini kontrak di sebuah kementerian. Kontraknya disambung dengar khabarnya kerana ada orang besar dalam kementerian berkenaan yang berusaha untuk disambung kontraknya.
Demi memajukan diri, semestinya saya juga mencari peluang yang lebih baik. Setelah menghantar resume kepada kementerian yang sama atas nasihat kawan yang kenal dengan orang di kementerian berkenaan, saya dipanggil temuduga dan lulus. Kata orang tersebut, Ketua Setiausaha kementerian tersebut amat kenal dengan saya bila diberitahu kerana saya pernah mengacarakan majlis dengan beliau hadir sbagai tetamu kehormat. Yang tak bestnya, status Pekerja Sambilan Harian ditawarkan kepada saya. Bagaimana kalau selepas tu saya tidak disambung perkihmatan? Bagaimana dengan komitmen bulanan saya? Melihat kepada gaji dan nama semestinya lebih di sana berbanding tempat saya sekarang. Ada rakan yang berpendapat lebih baik saya pergi kerana bila orang tanya kerja di mana, saya dengan proud boleh jawab kementerian sekian-sekian yang agak gah juga namanya. OK, mungkin itu pendapatnya. Tapi saya bukan kejar glamor, saya perlukan status pekerja tetap untuk menjamin kehidupan saya. Kalau tempat saya kerja sekarang ni tak glamor dan jika semua staff berfikiran begitu, siapa yang mahu memajukan golongan sasar perkhidmatan kami? Masyarakat Melayu, fikiran belum terbuka dan matang bagi segelintirnya.
Saya menghubungi sipulan untuk bertanyakan pendapatnya dengan harapan, dia dapat memberi pendapat yang ikhlas selaku pekerja kontrak di sana. Nasihatnya, saya terima tawaran kementeriannya dengan alasan, sampai bila saya harus bekerja di organisasi saya? Saya terkejut juga, sebelum ni dia beria-ia sukakan jawatan PR yang saya pegang dan pernah bercakap dengan CEO menawar diri untuk menjadi PR di organisasi saya sebagaimana yang sering disebut bos saya menggantikan tempatnya setelah beliau bersara. Bos saya tu pun memang mulut manis. Depan sipulan baik sangat tapi bila buat kerja semua suruh saya. Yelah, sayakan staffnya. Bila saya cakap mungkin kerja ni sipulan boleh tolong. Dia kata, tak payah, you je yang buat. Nanti tak tahu apa jadi. Dalam hati saya, padanlah tu, masing-masing mulut manis dan sorang membodek, sorang makan ampu. At last, bila kerja, di hadapan saya juga dilambakkannya. Saya tengokkan saja drama yang dia orang lakonkan. Bukan sayalah nak menyampai pada sipulan yang merasakan dirinya selesa mendapat perhatian bos saya dan beberapa staff lain. Biarlah, janji kerja saya siap.
Akhirnya, dengan pertimbangan yang saya buat, nasihat mama, nenek dan beberapa kawan senior, saya memutuskan untuk terus berkhidmat di organisasi saya sekarang. Biarlah gaji tak semewah di sana, tapi di sini saya bekerja tetap. Tak perlu pening nak cari kerja lepas enam bulan. Kalau disambungpun, kena tunggu juga beberapa bulan. Macam mana dengan sewa rumah, kucing, bil-bil, makan minum, dan sebagainya?
Tiba-tiba si sipulan baru-baru ni menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan kosong di organisasi saya. Tambah saya terkejut. Hari tu bukan main nasihatkan saya suruh terima tawaran di kementeriannya. Kenapa pulak dia yang kontrak tahun demi tahun nak apply kerja di organisasi saya yang dikatakannya tak stabil ni? Saya hanya memberi pendapat ikhlas walaupun hati saya berkata-kata. Tak perlulah mencipta sengketa. Terserahlah pada dia sekiranya nasihatnya kepada saya dahulu tersembunyi agenda di belakangnya. Maka sampai hari ni saya berfikir, kenapa dulu dia menasihati saya untuk tinggalkan organisasi saya dan terima tawaran di kementeriannya? Adakah sebab... Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menyelamatkan aku dari musibah. Syukur padaMu, Tuhan. Terima kasih mama, nenek dan kawan-kawan yang memberi nasihat yang baik kepada saya.
Dan hari ni, saya terima khabar. Kononnya, saya tidak terima tawaran di kementeriannya sebab saya tak boleh tengok orang lebih dari saya. Maksudnya, saya tolak tawaran tu sebab saya tak suka dia lebih tinggi dari saya kat sana. Yelah, diakan dah kontrak, saya pulak pekerja sambilan harian, kan rendah taraf saya berbanding dia. Dont talk rubbish! Saya ditawarkan dalam department lain. So apa masalahnya kalau dia lebih tinggi dari sayapun? Kalau sama departmentpun, saya peduli apa, yang penting gaji dan faedahnya lebih baik apa yang saya dapat sekarang. Peduli apa saya kalau jawatan dia lebih tinggi dari saya? Yang penting kehidupan saya lebih baik dari sebelumnya. Dan saya akan buktikan bahawa kementerian tak sia-sia mengambil saya bekerja dengan segala kemahiran dan pengalaman yang saya ada. Jangan cakap benda yang merepek kerana saya tahu keupayaan dan kerja dia. Kalau benda tu menguntungkan saya, buat apa saya tolak dan merugikan diri sendiri? Peluang datang hanya sekali. Baik saya rebut terus. Isu cemburukan dia tidak ada kena-mengena langsung dengan penolakan tawaran yang saya buat. Antara status tetap dan sambilan harian, mana yang korang pilih? Siapa yang percaya cerita sipulan tu, maka saya tahulah setakat mana IQ orang yang percaya cerita tu. Rasionallah sikit kalau nak tambah perisa dalam cerita supaya bukan orang yang rendah IQ je percaya dan menampakkan kelemahan IQ diri sendiri.
Kawan, baik di depan belum tentu baik juga di belakang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment