Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, June 27, 2015
Kemalangan Atau Khianat 2
Dah lama rasanya tertangguh cerita ni.
Keesokan harinya, saya sibuk menghubungi vet kerajaan. Yelah, veterina ni bukan macam klinik manusia yang boleh didapati di mana-mana. Veterina UPM, harga mahal katanya, sebab semi government. Saya call vet Cheras, sudah tutup untuk pendaftaran dan akan dibuka jam 2.00 petang, pendaftaran sehingga jam 2.45 petang sahaja. Kak Long perlu selesaikan urusan di IJN baru boleh hantar kami.
Pencarian saya teruskan dengan menelefon vet Selangor, manalah tahu kalau ada vet yang berdekatan dengan rumah saya. Rumah saya kan dekat juga dengan Selangor. OK, Vet Damansara Damai dan saya perlu datang sebelum pukul 12.00. Susah betullah klinik haiwan ni, dahlah tak banyak, masa bukapun bukan sepanjang hari. Petang klinik Damansara Damai ni tutup.
So, saya call Wan Lah, teksi yang sering saya gunakan jika tiada kenderaan. Wan Lah bersetuju untuk menghantar kami tanpa banyak kerenah. Saya meminta Wan Lah mengambil Haida terlebih dahulu di pejabatnya dan mengambil saya dan Jarry di rumah. 10.50 Wan Lah tiba. Saya berdebar, takut tak sempat.
Selesai urusan pendaftaran di kaunter, Jarry terus dipanggil kerana tiada pesakit lain pada masa tu. Jarry seperti malam tadi juga, diam dan hanya membiarkan saja tubuhnya diperiksa.
Vet: Saya perlu bedah dia dulu, baru boleh jahit.
Tanpa banyak soal, saya setuju.
Kami menunggu di luar. Berkenalanlah dengan pemilik kucing Benggal yang selsema. Kami bercerita tentang vet swasta. Saya memberitahunya bayaran yang dikenakan kepada saya malam tadi. "Vet kerajaan ada. Tak payahlah pergi swasta. Mahal," Saya setuju, malam tadi tu, kecemasan. Pembela kucing mahalpun syorkan pergi klinik kerajaan.
Seorang lagi tuan kucing yang membawa kucingnya demam panas dan sawan. Kucingpun sawan? Banyak lagi yang saya kena belajar fasal kucing.
Selamat hampir setengah jam menunggu, kami dipanggil masuk.
Vet: Saya dah jahit luka dia. Ingat nak kasi sekali tapi luka dia dalam, so lain kali saya buat.
Tinta: Sekarang ni macam mana, doktor?
Vet: Saya buat dua kali jahitan, kurung dia dalam kandang. Jangan bagi dia keluar sampai luka sembuh. Pakaikan dia stoken supaya dia tak garu luka dia. Just guna stoken manusia dan ikat pakai getah tapi jangan kuat nanti darah dia tak berjalan.
Tinta: Baik, doktor.
Vet: Ubat bius belum habis. Dia akan sedar tak lama lagi tapi dia akan mamai. Malam nanti baru OK. Jadi jangan bimbanglah. Dia akan terkencing dan muntah, akibat daripada ubat bius tu.
Tunggu lagi beberapa ketika untuk ambil ubat. Pelik, vet sendiri yang bagi ubat.
Wan Lah menghantar kami pulang. RM110.00 jugalah tambang teksi. Tak apalah, rezeki ada di mana-mana, asalkan Jarry sembuh.
Ketika saya keluarkan Jarry daripada bekas pembawa untuk masukkan ke kandang, Jarry sedar dan cuba bangun tapi jatuh. Dia seperti lemah dan mamai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment