Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, August 11, 2015
Diktator Yang Macam-macam
"Tolong buat pantun fasal GST membebankan hidup rakyat," Bunyi mesej saya terima pada hari buat ketupat lalu.
"Orang sibuk nak beraya, suruh buat pantun pulak," Balas saya.
"Tolonglah, tak ada idea ni. Tinggal seminggu lagi ni,"
"Untuk apa?"
"Majalah sekolah," Dahlah nak sepuluh pantun. Banyaklah dia.
"Dahlah tajuk susah," Sebenarnya saya malas nak tulis.
"Tak apalah, nanti saya suruh Rosmah Mansur buatkan," Betul ke tidak Mr. Diktator ni? Sayapun malas nak buat, apa lagi si Rosmah Mansur tu?
Ada masa terluang, saya kirimkan pantun yang saya karang seperti yang dikehendaki. Belum sempat habis sepuluh saya SMS dia. Mesej dia dah masuk.
"Lagi?"
"Amboi, ada upah ke tak ni?"
Habis sepuluh pantun saya kirim, saya terima lagi mesej daripada dia. Ingatkan nak ucap terima kasih. Rupa-rupanya,
"Nanti buat sepuluh pantun tentang adat-resam dan kehidupan masyarakat setempat," Radang sayapun dah mula naik.
"Pulak?"
"Ingat senang ke nak masuk dalam senarai penyair Nusantara tu?"
"Pantun tu mesti sampai pada organizer sebelum 31 Julai,"
Oh, yang ni tak boleh main-main.
"Upah yang tadi tu?" Saya menagih.
"Nanti saya belanja tiket pergi Singapura tahun depan,"
"Tipu dosa," Balas saya. Kalau dikira-kira banyak untung saya tu. Buat pantun sepuluh rangkap, dapat pergi Singapura. Mahal upahnya tu. Kalau dia bagi naik flight la. Bukan betul sangat Si Diktator ni.
"Aku tak pernah tipulah. Bukan dua juta masuk akaunpun,"
"Dah kena sampuk hantu Rosmah ke?" Saya tanya balik.
"Hahahaha,"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment