Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, July 10, 2015
Minat...
OK, kepada sesiapa yang tak suka saya, sila jangan baca pos ni, sebab korang akan berbulu mata dan telinga sekiranya korang baca pos saya malam ni. Niat saya bukan nak sombong atau mendabik dada. Tidak, saya sekadar nak luahkan perasaan je. Dah namanya blog saya, diari saya, so tak salah kalau saya nak tulis apapun kan? Kalau baca blog orang lain tu, siap tulis dia cantik dan sebagainya, tak jadi isu pun.
Saya ni bukan orang yang popular. Bukan juga dari kalangan orang yang cantik jelita. Saya tak punya apa-apa. Kehidupan saya, biasa-biasa je. Tapiiii... Peliknya tu, ada sebilangan kecil yang... Entahlah sesuai tak kalau saya guna perkataan ni, minat dengan saya. Kebanyakan mereka adalah rakan dari Facebook. Ada yang pantang tengok saya aktif FB so dia akan PM saya. Ada yang suka chating, saya OK je, janji tak merapu, selagi saya tak sibuk dan boleh layan, saya akan layan dengan baik. Ada juga yang sering menulis ayat-ayat cinta pada 'wall'nya kemudian PM saya, status saya tu untuk awak. Awak dah baca? Ada pulak yang PM saya, "mem, saya minta maaf, I love you so much," Hei, macam manalah awak boleh jatuh cinta sedangkan awak tak kenalpun sayakan? Entah betul entah tidak gambar saya kat FB tu. Entah betul entah tidak profil saya kat FB tu. Entah betul entah tidak status saya kat FB tu.
Ada sekali tu, saya tanya:
"Awak ni confident sangat, entah-entah gambar kat FB tu bukan saya yang sebenar,"
Nak tahu apa dia jawab???
"Saya sangat yakin itu awak!"
"Sebabnya?" Saya menguji.
"Ramai yang like dan komen. Kalau awak menipu, mesti kawan-kawan awak dah maki dan marah awak. Atau main-mainkan awak. Friends awak ramai, takkan semuanya awak baru kenal kat FB. Gambar-gambar awak tu, logik dan semuanya orang yang sama. Banyak pulak tu. Takkanlah awak nak letak gambar orang lain dalam jumlah yang banyak dan kerap?" Bijak juga mamat ni. Desis hati saya.
Kadang-kadang saya bosan. Bila selalu chat dengan seseorang, akhirnya saya akan bertukar nombor telefon nak jumpa orang yang saya tak kenal tu jauhlah, melainkan dia datang office saya. Bila saya tak balas PM dia luah perasaan, dia akan text saya pulak. Laaaa... Saya nak berkawan bukan nak mainkan orang. Ada yang saya tak layan dah berbulanpun still lagi PM dan call. Saya bukan sombong, tapi saya harus berhati-hati sebab saya perempuan.
Tapi dari kalangan mereka ni, ada juga yang perempuan. Kalau perempuan tu OK la. Tak adalah saya takut nak layan. Saya sangat suka berkawan dan sangat suka berkenalan. Saya tak ada niat lain, sekadar untuk menambah kawan. Kawan bertambah, ilmu juga akan bertambah. Betul tak? Apapun, saya hargai anda semua. Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Saya amat menghargainya. Semoga persahabatan kita, kekal sampai bila-bila insya-Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment