Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, August 2, 2015
Pantang Menyerah Sebelum Usaha
Hai readers, Assalammualaikum...
Sibuk sangat beraya sampai tak ada masa nak update blog ni. Kesian Suria Khatulistiwa kesunyian.
Ganaskan tajuk awal pagi ni?
Asyik merapu fasal kehidupan harian je kan? So, hari ni saya nak cerita tentang kerjaya saya pulak. Apa lagi? PR la kan?
Sebenarnya PR ni tak pernah tersenaraipun dalam senarai cita-cita saya. Tapi saya memang minat kerja-kerja layan orang ni hehehe...
Bila jadi PR ni, salah satu kerjanya, anjurkan event. Dan pastinya, media, promosi dan publisiti tu menjadi tanggungjawab utama kita termasuk protokol.
Bab promosi dan publisiti ni ada sikkkkit susah. Kalau kita ni PR artis, bab nilah paling senang. Kalau media tak mau layan, suruh jelah artis kita tu buat kontroversi sikit. Then, mesti berduyun reporter kejar dia. Namapun naik, buruk baik tu terserahlah kan. Yang penting glamor, popular, dabom dan meletop. Tapi, kalau nak cari publisiti dan buat promosi untuk event pejabat kita yang tak berapa glamor ni... Susah sikit. Panggil wartawan tu senang, datang tidak tu yang tak tahu. Kalau menteri ke, pengerusi company besar ke yang datang memang ramailah reporter datang. Sambil menyelam minum airlah katakan.
Masalah saya sekarang ni, nak dapatkan slot dalam Malaysia Hari Ini dan Selamat Pagi Malaysia. Nak on air gitu. Hebahan melalui radiopun satu hal juga. Kalau radio swasta just online jelah detail event kita tu. Tahun lepas saya tulis surat, bila follow up, dia orang suruh online. So, tahun ni tak yah buang masa, terus online. Radio RTM, oh god! Tulis surat tu prosedur wajib. Tak ada masalah. Saya dah memang ada surat yang saya buat dulu-dulu, cuma ubah sikit je. Masalahnya, nak tanya kepada siapa surat tu perlu dialamatkan tu yang problem. Biasalah call kerajaan, dia akan pas kita sana sini. Tu belum lagi call tak jawab, cuti, tak ada kat tempat so on and so on. Tension saya! Saya tak suka main agak je berdasarkan jawatan dia orang kat internet. Langsung tak dilayan nanti kalau salah orang. Nombor faks kat internet pun kadang-kadang tak updated. Jadi kena call confirm. Lepas hantar surat, call lagi make sure dia orang dapat surat saya. Seminggu dua lepas tu, kena call follow up dan berterusan follow up sampai dapat result. Tak semua orang suka buat follow up ni sebab tu kadang-kadang kerja orang lain saya yang kena buat follow up. Tambah satu lagi tension. Tips, bila nak buat follow up, kita mesti ada tajuk surat, tarikh surat, tarikh faks, nombor yang kita faks dan siapa yang sign surat kita tu. Yelah, dia akan tanyalah, kalau tak nanti, dia orang kata tak dapat. Kena faks balik dan kembali pada langkah pertama semula. Buang masa kan?
Macam tu juga kalau kita nak buat hebahan kat TV. Lain siaran lain kerenahnya. So, banyakkanlah bersabar. Kena rajin usaha, kreatif, rajin bertanya, sahabat paling akrap PR kan telefon. Paling penting jangan putus asa. Saya memang berpegang pada prinsip pantang mengalah sebelum berjuang. Kalau orang kata sesuatu benda tu susah, itu yang saya akan usahakan.
La... Punyalah panjang lebar saya cerita, tak tulispun event apa. Battle of the Band (BOTB). Tapi sekarang ni saya tengah handle dua event. Selain BOTB, Ekspedisi Tendem Taman Negara. Sekarang ni sibuk dengan BOTB sebab hari langsungnya 12 September. Tendem tu Disember, so, tengah kumpul maklumat untuk paper work.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment