SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, December 30, 2018

Imam Zuhur Dalam Toilet

Bila ada masa terluang ni, banyak kenangan zaman sekolah dulu yang terimbau. Kalau semalam cerita pasal Ustaz Ibrahim, hari ni nak cerita pasal ustazah sekolah agama, Cikgu Zaleha. Kita orang panggil cikgu je kat ustazah ni, tak panggil ustazah. Cikgu Leha. Cikgu Leha ni guru besar sekolah agama Puteri Elizabeth. Dialah yang akan pastikan semua pelajar solat berjemaah waktu Zuhur dan Asar selain daripada mengajar sekolah agama. Hari Jumaat, budak-budak lelaki pergi masjid solat Jumaat. Kami yang tinggal ni akan solat Zuhur di surau sekolah. Imamnya dari kalangan pelajar perempuanlah. Masa saya junior, ikut jelah senior jadi imam. Tapiii... Bila saya jadi senior, sayalah yang disuruh menjadi imam. Cikgu Leha ni tak adil, asyik saya je kena jadi imam. Cikgu: Dah Tinta, ke depan. Saya: Kenapa saya kena duk depan? Cikgu: Kamu jadi imam. Pelajar senior lain ketawa perlahan sebab dia orang lepas. Saya: Minggu lepas saya dah. Dah banyak kali dah cikgu Cikgu: Eh, budak ni, banyak cakap. Lekas ke depan. Cikgu Leha menolak saya ke depan. Saya tarik muncung tak puas hati. Kenapa orang lain asyik selamat je? OK, tak apa. Tahulah saya apa nak buat minggu depan. Minggu depannya, bila loceng solat Zuhur berbunyi dan cikgu Leha round asrama, saya cepat-cepat beratur. Tapi bila barisan dah cukup dan lurus, ketika cikgu suruh bergerak ke surau, saya masuk semula ke asrama dengan alasan nak pergi toilet. Cikgu Leha suruh saya cepat. OK. Saya pun masuk toilet. Lepas masuk toilet, saya tunggu beberapa ketika di asrama sebelum ke surau. Bila dah agak-agak orang dah mula solat, baru saya naik ke surau. Hehehehe... Nakalkan? Cikgu Leha pun mula membebel marah saya lambat. Kalau nasib saya baik, saya jadi makmum masbuk. Kalau ramai yang lambat, saya kena jadi imam kedua. Hayyyoooo... Bila difikirkan balik, apa yang susah sangat jadi imam tu? Nak solat jugak. Yang menyorok tu kenapa? Mungkin sebab tak puas hati orang lain tak kena kot. Hahahahaha... Bila cikgu tanya siapa nak jadi imam? Kawan-kawan mesti ramai-ramai sebut nama saya. Benganglah. Dia orang tu tak nak pulak jadi imam. So, tak payah lawan, kita buat cara lembut heheheehe... Akhirnya, malas dah saya nak menyorok. Ikut jelah. Dan, Cikgu Leha ni selalu bawa saya balik rumah dia. Masakkan saya sedap-sedap. Kalau tak balik rumah dia pun, kalau saya minta nak makan mihun Singapura, dia mesti masakkan saya dan bawa satu bekas bagi saya kat sekolah. Siap dengan sambal kicap atau lada jeruk lagi. Cikgu Leha ni orang Singapura. Kawan-kawan selalu kata saya anak cikgu. Bukan sorang cikgu ramai cikgu yang dorang kata mak sayalah, kakak sayalah, abanglah, ayahlah. Dah cikgu-cikgu tu baik dengan saya, saya baiklah. Lagipun ramai yang tahu saya ni manja dan hati tisu. Hehehe... Rindulah zaman sekolah.

Almari Display Mesti Beli, Arahan Dari Mam Besar!

Assalammualaikum semua. Salam Ahad. Korang buat apa tu? Berehat ke? Rasa bosan. search almari display tak jumpa-jumpa. Manalah Diana ni, nak teman saya pergi Ikea ke tidak ni? Year end ni selalu ada sales. Mummy semalam call saya dah bising-bising suruh saya beli almari display suruh letak dia punya periuk belanga tembaga yang dia bagi saya hari tu. Yelah, yelah, nanti along beli. Amboi, siap kirim duit suruh saya beli. Saya cakap dengan dia, simpan je duit dia tu untuk belanja dia. Dia kata dia banyak duit hahaha... yang penting, saya mesti beli almari tu dalam masa terdekat! Tak boleh tidak! Kalau tak beli, siap! Dia kata saya degil! Hahaha... Katanya, kunjungan hormat dia sekali lagi ke teratak kecil saya ni, dia nak tengok almari tu dah tersergam indah kat ruang tamu saya bersama barang-barang perhiasan yang dia bagi. Bulan lepas mummy mengotakan katanya dengan memberikan saya beberapa periuk, sudip, sudu, garfu diperbuat daripada tembaga kepunyaan keluarga kami turun-temurun. Periuk tu katanya berusia lebih 200 tahun milik arwah ibu kepada arwah moyang saya. Dulu-dulu ceritanya periuk tu digunakan untuk memasak harian. Kata mummy, dalam banyak-banyak anak dan cucunya, dia percayakan saya. Dia nak bagi semua barang kesayangannya kepada saya. Katanya, dia nak bagi sedikit demi sedikit sebelum dia meninggal. Nanti kalau dia dah tak ada, orang lain tak tahu menilai sesuatu barang tu berharga atau tidak. Kata mummy lagi, dalam banyak-banyak cucunya, saya adalah cucu yang paling dekat di hatinya. Cucu sulung dan cucu yang diasuhnya bersama arwah moyang. Katanya saya memang ada tempat istimewa di hatinya menerusi panggilan telefon semalam. Daripada saya berkeras tak nak dia kirim duit untuk beli almari, saya mengalah. Saya bukan tak boleh beli almari tu. Tapi saya nak beli almari baju dulu. So mummy kata tak apa, dia yang nak bagi saya almari pameran berkaca tu. Siap suruh call dia kalau saya jumpa almari tu. OK mummy, hamba yang menurut perintah. Tapi ia bergantung kepada kawan along boleh teman atau pun tidak. Sebab along bukan macam dulu lagi, anytime ada je orang teman along beli barang. Cakap je bila dan di mana mesti teman. Tapi last-last orang mengungkit, mi. Hahaha tapi tu dalam hati jelah. Diana kata hari ni nak confirm balik. Kalau Diana tak boleh teman, kita tengoklah siapa boleh teman. Janganlah mummy call sebelum saya pergi beli. Kalau tak nanti, menanah telinga saya ni. Hehehehe... Mummy dan arwah chek, dua wanita yang selalu buat saya lembut hati dan kalah. Yelah, pengasuh kita dari kecilkan? So, dia tahu macam mana nak patahkan kedegilan kita. Tapiiii... Ada ketikanya, dorang pulak akan kalah dengan saya. Saya pun kalau saya nakkan sesuatu, saya tahu jugak macam mana nak pujuk dia orang. Hehehehe...

Saturday, December 29, 2018

Seperti Selalu

Tadi pergi kenduri kawan kahwin. Masa saya lintas jalan depan Public Bank, ada seseorang sentuh bahu saya dan cakap "Cantik awak hari ni," Rupanya Kak Nisa kedai Mahmud. Mata manusia ni pelik jugakkan? Rasanya saya ni pakai seperti selalu tak ada bezanya sebab saya pakai baju dan tudung yang selalu saya pakai pergi ofis. Tak payah nak melawa sangat. Kenduri pun dekat kafeteria office saya je. Mekap pulak, mekap ala kadar je. Mekap bukan mekap pejabat. Just pakai foundation, bedak, blusher dan lipstik. Eye brow, Eye liner dan eye shadow tak ada. Malas! Nak kata dia tak pernah tengok saya mekap, ada je hari kerja saya pergi kedai dia. Hmmm... Tak apalah. Terima kasih Allah atas kurniaan ni. Dan saya mohon indahkanlah budi bahasa serta akhlakku sepertimana Kau indahkan paras rupaku. Dan indahkanlah paras rupaku, agar senang hati orang yang melihatnya. Korang amalkanlah doa ni setiap kali korang berhias atau pakai bedak. Hmmm... Kalau dah namanya kenduri kahwin, saya pasti tak lepas dari dihujani soalan, "Tinta bila lagi?", "Awak bila pulak?", "Nak rasa nasi minyak Tinta pulak," OK, jawapan saya seperti selalu jugak, "Insya-Allah, doakanlah. Doalah, supaya Allah bagi saya jodoh yang baik. Nanti kahwinlah saya," Nak cakap apa lagi? Bukan kita tahu jodoh kita kan? Dia orang ni pun macam tak ada soalan lain nak tanya. Tanya yang saya sendiripun tak ada jawapan.

Ketua Yasin Di Belakang Surau

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera. OK, ada orang ajak saya sarapan esok. 7.30 pagi. Lama tak sembang katanya. Siapa lagi, En. Mahathir yang telah dianggap seperti abang sendirilah. Dahlah bukan main dia mengata saya masa call saya tadi. Memang esok sambung kena bahanlah nampaknya. Dia kalau bab mengata saya, bukan main lagi. Tak boleh kalah ni. Esok saya bahankan dia balik. ****************************** Masa saya kecil dulu, sekolah pendidikan khas ni ada dua je yang berasrama seluruh Malaysia. So, my parent kena pilih nak hantar saya ke Johor ke, ke Pulau Pinang? Dia orang pilih hantar saya ke JB sebab sekolah tu pakej dengan sekolah agama kerajaan negeri. Tapi sekolah tu sendiri pun memang titikberatkan bab agama ni walaupun bukan under sekolah agama. Nama je Princess Elizabeth School tapi kami ni selalu kena paksa dalam bab agama ni. Masa tu ada dua orang ustaz. Ustaz Ibrahim dan Ustaz Rashid. Kali ni saya nak cerita pasal Ustaz Ibrahim dulu atau kami panggil dia Cikgu Yim. Setiap hari Khamis malam Jumaat lepas Maghrib, kami wajib baca Yasin dan Tahlil. Ketuanya budak-budak lelakilah. Dah namapun Yasin dan Tahlil. Takkan perempuan jadi ketua kot? Entah mana Ustaz Ibrahim ni dapat idea entah. Dia tambah satu malam lagi untuk baca Yasin dan Tahlil lepas Maghrib iaitu hari Jumaat malam Sabtu. Ketuanya budak-budak perempuan dimulai dengan students form 5 sampai yang darjah enam. Katanya untuk pembelajaran. Biar budak perempuan pun mahir jadi ketua Yasin. Kalau budak lelaki tak ada, ada jugak orang boleh jadi ketua. Memang berdebar masa notis ni naik. Kalau baca tak lancar, mesti kena ketawakan dengan budak-budak lelaki yang mahir jadi imam dan ketua Yasin sebab jadi ketua ni untuk semua termasuk students lelaki. Dorang tu dahlah suka ketawakan orang. Jadi, setiap hari Jumaat, mikrofon akan dipasang di surau perempuan selepas Maghrib. Tahun pertama, turn saya lambat. Sebab saya bukan senior. Dia mula dengan pelajar senior. Tapi alhamdulillah, bila tiba turn saya, Allah izinkan saya untuk mengetuai Yasin dan Tahlil dengan lancar. Dah namanya ketua, bermula dari Ilahadratin nabi, sampailah ke Yasin, Tahlil dan doa Tahlil. Paling risau bab doa Tahlillah sebab doa Tahlil kan panjang. Saya tarik nafas lega setelah selesai membaca doa Tahlil. Kalau semua orang aminkan dan diam, tak ada yang bising dan Ustaz Ibrahim pun diam maknanya, lepaslah tu. Tahun kedua, turn saya yang pertama ke kedua entah. Sebab saya senior masa tu. Dah ada pengalaman, so saya relax je. Yang tak best tu, kalau ketua minggu tu tak ada, nama saya dipetik untuk ganti ketua minggu tu. Biasalah perempuan, ada waktu cuti kan? Setiap hari Jumaat masa Maghrib, saya mesti check, ada tak ketua Yasin minggu tu. Sekali dua ganti, OK la. Bila dah lama-lama, saya pun malas. Sebenarnya, lancar pun, saya tetap segan nak jadi ketua Yasin Tahlil depan bebudak lelaki tu. Ish, tak suka betul. Hahaha... Kat sekolah dulu, dorang kata saya ni anti lelaki. Yelah, budak lelaki selalu kena marah dengan saya. Dah perangai tak betul, marahlah. Saya ni bukan baik sangat. Ada nakalnya jugak. Tapi nakal dalam diam heheehhe... Kalau saya tahu minggu tu ketua Yasin perempuan tak ada. Lepas Maghrib je, saya cepat-cepat keluar surau. Nak tahu saya pergi mana? Balik asrama tak boleh. Sebab Ustaz Ibrahim or waden ada kat luar surau. Saya akan ke belakang surau. Saya akan buka kain telekung, telekung saya akan angkat ke bahu dan saya duduk bersandar pada dinding surau diam-diam, siap duduk atas simen kau. Semua orang tak tahu saya kat mana. Seperti yang saya jangka, nama saya dipanggil untuk ganti ketua Yasin. Saya terus diam di belakang surau. Memang kecohlah dia orang cari saya hahahaha... Nakalkan? Ada yang cakap saya pergi toiletlah. Hadoi, dorang siap tunggu tu. Tapi bila dah lama tak datang-datang, orang lainlah kena. Yes! Selamat aku! Tulah saya fikir dulu. Sekali lagi yang saya akan lari, bila nak masuk doa Tahlil. Sebab bukan semua orang lancar baca doa tu walaupun buku di tangan. Kalau orang yang jadi ketua tu tak lancar, nanti saya jugak kena panggil. Bila diingatkan kembali, nakal jugak saya ni heheehhe...

Suami Saya Tak Suka Saya Mekap

Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan yang budiman. OK, rasa ngantuk. Tapi belum boleh tidur. Kita tulislah dulu. Mana tahu jap lagi terlelap? Perempuan ni ada macam-macam. Ada yang suka berhias, ada yang tak suka berhias. Terserahlah pada diri masing-masingkan? Itu hak individu. Paling tak boleh belah, perempuan yang tak suka mekap ni, suka sangat bajet-bajet bagus. Bajet-bajet memiliki kecantikan asli. Bukan semua. Segelintir. Yang tak ada kena-mengena tu jangan sentap pulak. Dulu-dulu, saya pun fikir, orang yang mekap ni kecantikan dia palsu. Mekap tu yang buat dia cantik. Tak ada mekap, habis semuanya. Tapi, mummy pernah cakap, "Kalau mekap pun tak cantik, maknanya tak lawalah orangnya." Kak Fatimah pulak pernah kata, "Kalau dah tak cantik, mekaplah macam manapun, tetap tak cantik. Tapi kalau cantik, mekap sikit pun, nampak menyerlah. Mekap tu bukan palsu tapi penyerlah kecantikan," Lantaklah apa orang katapun, yang penting minat saya memang ke situ. Bukan sebab cantik tak cantik. Tapi saya tak suka bila dengar SESETENGAH perempuan yang tak mekap ni bercakap. Konon orang yang mekap ni kecantikan palsu. Orang yang tak mekap tu kecantikan dia asli. Ada jugak yang cakap, "Oh, saya tak mekap sebab suami saya tak suka saya mekap. Dia suka tengok saya yang asli." OK, tak dinafikan, taste lelaki pun ada macam-macam. Mungkin betul, ada lelaki yang tak suka tengok perempuan mekap. So, beruntunglah isterinya, tak payah nak bersiap bagai dan tak payah keluar duit beli mekap. Tapiiii... Isteri yang macam ni, nasihat saya, korang kena tengok, betul ke suami korang tak suka perempuan yang mekap? Ke dia tak suka tengok korang mekap je? So, perhati betul-betul mata suami korang bila dia memandang perempuan lain. Ada tak dia pandang perempuan tu dengan gaya, "cantiknya!" Kalau ada gaya macam tu, baik korang cari puncanya. Adakah kata-kata dia yang suka tengok korang dengan kecantikan asli tanpa mekap tu betul? Pernah berlaku, macam nilah kesnya. Tapi sang suami bila tengok perempuan lain berhias, bukan main lagi mata dia. Sekiranya ini berlaku, sebenarnya, suami tu bukan tak suka tengok korang mekap. Mungkin, cara korang mekap tu yang buat dia tak suka tengok. So, mulalah belajar mekap supaya suami korang tu tak pandang perempuan lain je tapi dengan korang cakap tak suka korang mekap. Orang lain mekap pandang tak mau lepas. Jadi, jangan feeling-feeling koranglah paling cantik bila korang tak mekap dengan alasan kecantikan asli. Setiap orang ada kecantikan dan boleh serlahkan kecantikan tu. Cuma, jangan riak dan cakap besar. Semua pinjaman Allah. Bila-bila Dia nak ambil, Dia berhak. Nasihat ni, hanya untuk orang yang sudi nak dengar. Kalau ego, susahlah.

Wednesday, December 26, 2018

Polisi Insurans Yang Memberi Tanda Tanya

Saya termenung sambil tunggu update apps kat phone. Tiba-tiba Whatsapp masuk. Angah! Biasanya kalau angah whatsapp ni ada sesuatu yang serius. 'Assalam' 'Aku dgn Jamal pergi Thailand malam ni' 'Nt aku bg polisi insurans kt kau. Kalau pape jadi, kau uruskan ya. Bagi 2. 1 family kita, 1 family Jamal' 'Bahagian family kita kau buat faraid' Demi membaca text daripadanya, saya tersentuh. Hati tertanya-tanya, kenapa dia menghantar text ini kepada saya? Ya Allah, Kau selamatkan adikku dan suaminya. Saya tak mahu kehilangannya. Saya baru rasa yang angah dulu telah kembali. Angah yang pernah saya rasa seperti hilang. Hati ini cepat saja tersentuh. Lantas saya coretkan luahan di entri ini. Mana mungkin mahu kongsikan dengan sesiapa. Belum tentu ada yang sudi mendengarnya. Dengan keluarga? Tidak! Kalau angah menceritakan sesuatu kepada saya, secara automatik saya faham. Ianya rahsia dan tak perlu bercerita kepada family yang lain. Angah tak suka halnya diketahui orang lain melainkan orang yang dikehendakinya. Kecuali, dia sendiri bercerita kepada family yang lain. Saya tak mahu rosakkan kepercayaannya kepada saya. Saya mahu menjadi orang kepercayaannya seperti dulu. Dalam family, angah banyak memberi rahsianya kepada saya sehinggalah badai melanda yang membuatkan dia menjauh. Sebenarnya bukan salah sesiapa tapi angah sensitif dan perasa orangnya. Dia salah faham mungkin salah fahamnya termasuk kepada saya. Dan saya baru merasakan dia kembali seperti angah yang dulu sewaktu dia ingin berkahwin atau lebih tepat, semasa hariraya tahun lepas. Angah ni sangat positif terhadap saya. Banyak benda yang dia percaya saya yang boleh laksanakan untuk dia termasuklah dalam hal insuran ni. Saya tanyakan kepada dia untuk apa dia ke sana? Ke Patani ke atau Songkhla? Biasanya dua tempat nilah orang takut nak pergi. Jawabnya ringkas. Pergi jalan-jalan. Saya suka mendengarnya. Mungkin pergi honeymoon. Saya tumpang bahagia. Saya mohon Allah bahagiakan dia dan suami. Baguslah pergi bercuti, mengeratkan kasih sayang. Tapi kenapa bagi saya text ni? Saya risau. Pergi bercuti sebelum ni tak pernah pesan apa-apa. Tapi kali ni... Semoga angah dan Jamal baik-baik saja. Tak ada apa yang berlaku. Angah ni perahsia orangnya. Kalau ditanya, bukan nak cakap sampai habis. Nak kita faham sendiri. Tapi sukakan perhatian dan sukan orang manjakan dia. Hmmm... Nampaknya, untuk beberapa hari ni, saya akan jadi pemerhati whatsapp dia. Kalau dia online tu, maknanya dia OK. Kalau saya tanya berapa hari dia pergi pun, belum tentu dia balas text. Empat hari lagi, saya akan tanya dia dah balik ke belum. Jamal jaga angah tau. Along sayang dia. Terima kasih jugak kepada Jamal. Sebab rasanya angah ada perubahan sejak kahwin dengan Jamal. Mungkin Jamal banyak mengajarnya. Ya Allah, saya turut merasa bahagia dengan kebahagiaan angah.

Tak Nak Peluk Ke?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Menyampah dengan google ni. Nak suruh tulis text yang dia bagi segala untuk log in blog ni. Saya ni dahlah blind. Menyusahkan je! Mujurlah saya ambil gambar hantar kat acik, acik boleh baca text yang dia bagi. Mujurlah acik tu segera balasnya. Kalau tak, asyik kena ambil gambar sebab text tu bertukar. Dia kan valid berapa minit je. System audio pulak tak function. Mujur mood tak jadi rosak hahahaha... ****************************** Mak ai tajuk, boleh tahan. Masa Hakim datang hantar barang-barang kat rumah saya ni bulan lepas, dia datang dengan Halim, kawan baik dia. Waaa... Dah pandai suruh saya tutup aurat bagai sebab dia datang dengan kawan dia. Yelah pakcik, along tahulah. Takkanlah along nak togel je? Tapi bagus, saya suka. Sebab nampak sikap tanggungjawabnya. Hehehehe... Dah besar adik along. Lepas dah angkat semua barang, dia minta diri untuk balik. Saya sambut huluran tangannya untuk bersalam. Selesai bersalaman dan dia mencium tangan saya, saya menarik kembali tangan saya. Hakim: Tak nak peluk ke? Hahahaha... Kan selalunya, lepas salam, saya akan peluk dia erat dan lagakan pipi saya dengan pipi dia tiga kali. Malam tu saya tak buat sebab ada Halim. Saya OK je. Tapi saya takut dia malu bila saya buat macam tu depan kawan baiknya. Orang lelaki kan. Takut dia rasa tak macho bila kakak buat gitu depan kawan dia. Takut jugak nanti kawan dia ketawakan dia bila saya peluk dia. Tapi nampaknya, Hakim berkehendakkan sesuatu yang sebaliknya. Baguslah. Kasih sayang tu perlu selalu ditunjukkan sesama adik-beradikkan? Eleh, sebenarnya dia tu manja. Saya mengharapkan dia menjadi seorang lelaki yang tahu menghargai dan menzahirkan kasih sayangnya kepada perempuan yang ada pertalian dengannya. Perempuan kan suka dibelai dan orang berlembut. Kalau lelaki lembut dengannya, hati yang marahpun sejuk. Hati yang rajuk terus reda. Hehehehe... Tapi kalau lelaki marah, memang lambatlah sembuh hati yang rajuk or reda kemarahan perempuan. Tapi ini lelaki tak faham. Hehehehe... Nanti karang ada pulak lelaki yang marah pulak.

Thursday, December 20, 2018

Merisik Khabar

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Jom nak sembang. Dah pening dah kepala ni. Hmmm... Macam-macam dia orang ni. Ada orang kena pukul then bagi police report dia kat saya. Saya ingat report sebab jatuh kat mana-mana sebab tak accessible. Tak apalah. Layankan je. Biasalah, kadang-kadang orang ni dah kenal kita nak kita yang uruskan hal dia. Tapi kat office ni kan ada department masing-masing. So, saya terima je report tu dan minta department berkenaan yang uruskan. Nanti kalau dia Tanya, saya akan terangkan pada dia. ****************************** Oktober lalu, saya menghadiri event di Sabah. Saya ditempatkan bersama dengan pengerusi Komiti Sabah untuk penginapan. Konsep apartment. Bilik masing-masinglah. Tapi dah duduk serumah tu mestilah bersembangkan? Pengerusi: Tinta bila nak makan nasi beriani? Saya: Nasi Beriani? Maksudnya? Pengerusi: Alah, takkan tak faham. Orang kan selalu cakap bila nak makan nasi Beriani? Saya: Nasi Beriani ke Nasi Minyak? Pengerusi: Oooo... Sorry, sorry, Nasi Minyak. Saya tak berapa familiar sangat dengan adat orang Melayu ni. Pengerusi tu dari suku kaum Sabah tapi saya tak ingat dia suku kaum apa. Saya: Belum ada jodoh madam. Jawab saya sambil menghabiskan tawa yang tersisa. Pengerusi: Eh, bukan kamu ada boy friendkah? Saya dengar, orang cakap kamu ada boy friend. Saya: Itu dulu. Pengerusi: Jadi sekarang kamu single la? Saya hanya menjawab soalannya dengan tawa. Pengerusi: Itu hari, ada someone Tanya saya, Katanya, Tinta Emas itu sudah berpunya ka belum? Saya: Siapa? Pengerusi: Inda payah dibilanglah siapa. Nanti dia betul-betul berkenan, datanglah tu. Saya: Madam jawab apa? Pengerusi: Saya bilang sama dia, aku inda tahu. Kamu Tanya sendiri bah. Nanti aku bilang tiada kamu sudah menaruh harapan. Nanti ada, kamu yang menderita. Saya inda mahu bertanggungjawab kepada penderitaan jiwa orang. Pedih tu. Baik kamu Tanya dia sendiri. Amboi, ayat madam ni, memang tak boleh belah. Saya ketawa mendengar ayat yang dituturkan. Geli hati. Pengerusi: Jadi selepas ini kalau ditanya, saya boleh bilang kamu single. Tapi untuk confirmation kena Tanya kamu sendirilah. Ada-ada je dia orang ni. Orang-orang Sabah ni memang concern tentang jodoh saya. Ada yang suruh saya cari orang Sabah. Katanya, bila kahwin dengan orang Sabah, saya boleh menetap terus di Sabah. So, boleh selalu dengan mereka. Malah, semasa kontingen Sabah menyertai Karnival Sukan yang saya anjurkan tahun lepas pun dia orang cakap benda yang sama kepada saya sewaktu saya mengucapkan selamat jalan kepada mereka sebelum pulang. Ada yang siap cakap dia ada anak lelaki boleh buat menantu. Entah apa-apalah. Layankan jelah. Saya tak ambil serius pun semua tu. Cukup sekadar kita mesra dengan mereka dan layan mereka sebaiknya. Kalau mereka suka, Alhamdulillah. Saya bukan nak lelaki je suka saya. Saya nak semua orang senang dengan saya sama ada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, alam dan haiwan. Jadi, saya ramah je dengan semua orang yang nak bercakap dengan saya. Bergurau pun saya layan janji tidak melampaui batas.

Wednesday, December 19, 2018

Insan Yang Ingin Mengenalimu

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang selalu tak dapat call or text dari nombor yang tak dikenali? OK. Hari ni saya dapat text dari nombor yang tidak dikenali. Tapi bagi saya itu normal. Sebab saya bekerja dengan public. So, saya tak fikir lain bila nombor tak dikenali naik kat phone saya. 'Assalammualaikum Tinta Emas,' 'Waalaikummussalam. Maff, siapa ni?' Tanya saya seperti lazimnya menerima text dari orang yang tak dikenali or nombor asing. 'Insan yang ingin mengenalimu' Hamboi, ayat kau kan? Memang tak ingat. Jiwang karat ke apa ni? 'Ye ke? Siapa?' Nak tahu jugaklah kan, siapa empunya gerangan dan dari mana dapat nombor saya? 'Semalam, saya ada bergurau dengan awak,' Eh, biar betul! Siapa? Saya ni memang peramah. Siapa sembang dengan saya, saya sembanglah. Kalau orang bergurau, saya guraulah. Takkan nak buat bodoh je kot? Tapi tak ada maksud lain. Cuma melayan tetamu or client sebaik mungkin. Tapi tak ada bagi nombor kat sesiapa pun semalam. Biarlah. Abaikan. Bukan sombong. Cuma malas nak layan kalau merapu.

Tuesday, December 18, 2018

Pucuk Dicita, Ulam Mendatang

OK, saya happy, happy, happy, happy. Kenapa? Setelah monorel, kini giliran Air Asia pulak mencari saya. Di mana kedua-dua agensi ini adalah wanted! Monorel dengan kes kemalangan blind di stesen mereka, sementara Air Asia pulak adalah isu berkenaan web aksesibiliti. Air Asia ni bukan mudah nak link dengan mereka walaupun saya ni one of the instructor Air Asia. Sebab Air Asia tu, saya mengajar je, bukan orang yang deal. Lagi pun sekarang ni, Akademi Air Asia bukan lagi under Air Asia, dah out source. Dia email kat email general so PA boss forward kepada saya dan PR. Apa hal forward kat PR entah. Dorang ni tak faham kerja Accessibility kot. Tak apalah, janji saya dah contact dan bercakap dengan that guy. Dia pun dah susuli dengan whatsapp. Insya-Allah akan ada perbincangan dengan mereka macam mana nak improve website mereka tu supaya comply dengan W3C or WCAG. Semoga Allah permudahkan agar faedahnya dapat dinikmati oleh komuniti OKU Penglihatan dalam dan luar Negara. Semoga bertambahlah majunya Air Asia.

PR Ke Aksesibiliti?

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Meh sini nak buat luahan sikit. Hari ni rasa bengang. Sebenarnya, bukan saya yang tak boleh move on dari PR Department. Tapi office ni yang tak boleh move on yang saya dah bukan under PR. Mula-mula memanglah saya tak suka nak pindah ke Accessibility Department. Nak stay kat PR. Memandangkan politik banyak sangat kat PR, ikut nasihat x-boss saya, so saya belajar Aksesibiliti dan pada awalnya saya paksa diri untuk jatuh hati dengan Aksesibiliti. Saya tak suka Aksesibiliti sebab banyak kerja luar dan bermain dengan fakta dan akta. Bukan macam PR, auta banyak hahahahahaha.... Janji pandai cakap, mulut manis, senyum manis, penampilan menarik. Dah boleh buat orang yakin dengan kita. Tapi Aksesibiliti ni, cantik manapun kita, pandai cakap macam manapun, mulut manis semanis gula, senyum semanis madu, kalau kau bercakap tak ada fakta tepat, siaplah kau kena kondem dan hentam! Alhamdulillah, akhirnya saya pun jatuh suka kepada Aksesibiliti. Masalahnya sekarang, management termasuk board members suka suruh saya buat kerja PR. Kalau nak buat teks ucapan, mesti cari saya suruh buat. Sebenarnya ni adalah salah satu kerja PR yang saya tak suka. Ramai orang kata saya mempunyai kemahiran dalam penulisan ucapan dan teks yang menarik serta berfakta. Tapi korang ingat senang ke nak hasilkan teks yang macam tu? Kena focus dan buat kajian tau. Nanti orang besar-besar tu salah cakap, habislah saya! Bukan dapat terima kasih, kena panggil dan soal lagi ada! Ada juga orang cakap suka baca tulisan saya walaupun bukan tulisan rasmi. Dulu-dulu lagi best, siap jadi tukang edit surat kat pejabat ni. Edit surat senior staff ya, bukan junior. Hadoi. Tapi tak apalah. Masa tu saya PR. Masalahnya sekarang ni, event sorang umat ni 24 Disember depan. Tapi dah kecoh-kecoh Tanya saya draf ucapan. Bukan satu draf ya, dua draf. Habis apa fungsi PR baru? Dia dibayar gaji kot untuk jadi PR. You don't aspect all PR are same. Masuk kerja terus pandai. Kalau dia tak boleh then nak mudahkan kerja kau cari x-PR. Kau kena ajarlah PR baru tu supaya dia pun mempunyai kebolehan yang sama. Kalau tak boleh jugak, koranglah yang salah. Siapa suruh tak pilih staff betul-betul masa interview. Tulah, siapa suruh buat interview kedai kopi? Sorang candidate je kau interview, lepas tu terus bagi kerja. Yang interview pun tak tahu kerja PR lepas tu mula nak campak kerja kat orang lain. Korang ingat Accessibility ni duduk saja ke? Tak payah buat kerja? Tunggu je kerja yang orang tak boleh buat then kita buat. Sukan saya lagi tu nak letak mana? Pertandingan goal-ball tak lama lagi. Ada persiapan yang belum siap. Tourism accessibility ada dua buku tebal kat atas meja saya ni untuk dibaca dan diberi komen. Kena compare MS1184. Maknanya kedua-dua naskah ni saya kena baca. Ingat baca benda berfakta ni baca tiga hari habis macam baca novel? Dahlah draf ucapan ni saya sendiri tak terlibat dalam event tu. Apa saya nak tulis? Memanglah simple, nak lancer buku bibliografi. Tapi ingat buat teks ucapan tu mudah? Stress aku! Nasiblah siapa yang baca entri hari ni. Rasa tak macam mana hotnya saya?

Tuesday, December 11, 2018

Kening Yang Cantik

Meh, nak bincang pasal kecantikan sikit. Dah lama tak buat entri kecantikan. Tapi hari ni tak ada petua atau teknik yang nak dikongsikan. Malas. Cadangan produk pun tak ada. Orang yang menjaga kecantikan, pastinya mengambil kira setiap inci wajahnya ketika bertatarias. Kening merupakan satu elemen wajah yang sering dititikberatkan dalam solekan. Bentuk kening yang menarik mampu mempengaruhi bentuk wajah seseorang sama ada kening yang dilukis, dicukur atau sebagainya. Bersyukurlah bagi mereka yang sememangnya dianugerahkan kening yang cantik. Kalau tidak ditatarias pun kening udah kelihatan cantik, apa lagi bila disolek. Dalam solekan, sememangnya banyak teknik digunakan bagi menyerlahkan kecantikan seseorang. Ada yang sanggup mencukur kening agar keningnya terbentuk indah dan halus. Namun pada saya, dalam zaman yang serba cantik ni, tak perlulah kita nak cukur-cukur kening. Sebenarnya, keindahan kening boleh diperoleh dengan teknik lukisan menggunakan eye brow. Bukan setakat nak kening halus dan terbentuk, nak kening tebal, kening Sin Chan, semua boleh. Hal ini diakui sendiri oleh MUA yang sering menyolekkan saya. Kening saya? Oh no, saya tak pernah cukur. Pakai eye brow je kalau rajin. Kalau tak, biar jelah. Cuma orang sering tersalah sangka. Meskipun saya tidak memakai eye brow, ada yang bertanya kepada saya, adakah kening saya ini dicukur? Tak. Saya belum sampai ke tahap itu dan tak mahu sampai begitu.

Saya Harus Bagaimana?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah tak sesiapa cakap dengan korang, kita kena berkomunikasi untuk melestarikan sesuatu persahabatan, ikatan, hubungan dan yang seangkatan dengannya? Tapi... Kadang-kadang susah untuk kita bercakap tentang apa yang kita rasa. Sebab bukan semua orang yang cakap macam tu, terbuka untuk terima apa yang kita cakap apabila tiba waktunya. Tak cakap, kita yang terasa. Bila cakap, kita jugak yang salah atau mungkin kita dimarahi. Ataupun, kita dianggap pembuat orang serabut. Habis, saya harus bagaimana? Kalau dah macam ni... Nampaknya saya perlu diam dan terima jelah apa yang orang buat kat saya. Selagi boleh sabar, sabar. Bila dah tak boleh nanti, kita jauhkan diri jelah untuk mengelakkan pergaduhan. Salah kot bila kita cakap apa yang kita rasa.

Sunday, December 9, 2018

Mood Yang Melayang

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Malas nak berbasa-basi. Korang tengok tajuk pun dah tahukan keadaan saya macam mana? Mesti korang dapat agak perasaan saya masa ni. Actually I was very happy yesterday membawa ke malam tadi. Tambah lagi bila Suzi datang tidur rumah saya. Adalah teman berbual, bergurau dan gaduh-gaduh manja. Sempat minta dia urut saya malam tadi. Macam biasa, bila jumpa sembang-sembang, gosip dan membawang, usik-mengusik dan semestinya kami tak berhenti ketawa. Tak dia usik saya, saya usik dia. Tidur pun sekatil. Minah ni demand sikit sibuk nak tidur tepi dinding. Dahlah saya ni kecik, dia tu besar. Disuruhnya tidur bahagian luar. Wah, siap claim tepi dinding tu tempat dia. Hehehe... Sembang punya sembang, lewat malam baru tidur. Tapi tidur saya sering diganggu Suzi. Dia suka limpas sempadan tempat saya sampai saya nak jatuh katil. Melampau minah ni. Dia sedar tak yang kami tidur ni katil bujang? Dia ingat dia tidur katil king size agaknya. Entah berapa kali saya kejut dia. Saya: Suzi, sanalah sikit. Aku nak jatuh dah ni. Suzi: Hmmmm... Sambil dia rapat ke dinding. Sudahnya, dua-dua tak boleh tidur. Lepas Subuh, kami sambung sembang. Pagi-pagi buta kami dah bergelak-ketawa. Dan Suzi tinggalkan saya jam 9.30 pagi untuk pergi kerja. Maka kesepianlah saya duduk seorang diri. Masa tu mood baik lagi. Tiba-tiba ada seseorang cakap something dengan saya. Puuuuuuu... Terus mood saya melayang entah ke mana. Tak sempat nak kejar. Tangkap apa lagi. Saya tahu, bukan niat dia nak buat saya bad mood. Tapi entahlah. Sayapun tak tahu kenapa dengan saya? Memang ayat tu buat saya hilang semangat. Dari saya elok-elok nak tanya pasal sakit dia, terus tak jadi! Sudahnya, mood saya tak pulih-pulih sampai malam ni. Sampai saat saya tulis entri ni. Saya terasa hati dengan ayat tu. Dan terasa tu buat saya berjauh hati. Memang jenis saya, bila saya rasa berjauh hati dan sedih, saya takkan banyak cakap. Saya akan mendiamkan diri. Tapi bila saya mendiamkan diri sebenarnya itu petanda tidak baik. Sebab rajuk saya akan lama. Marah? Saya tak marahpun. Cuma, antara jauh hati dan marah, lebih baik saya marah dan saya cakap. Sebab bila saya cakap atau saya luahkan apa saya rasa tak kiralah orang nak anggap saya membebel or what so ever, marah tu takkan lama. Saya akan pulih segera. Kalau saya diam, lambatlah saya nak pulih. Nak-naknya kalau dibiarkan. Kalau dipujuk tu adalah ampun sikit.

Friday, December 7, 2018

Jodoh Yang Tersembunyi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tunggu masa nak balik ni, nak buat luahan sikit. Hehehehe... ****************************** Awak yang bernama jodoh, Masih dalam rahsia Allah. Saya tak tahu awak siapa? Adakah awak yang kini mendekati saya... Atau sekali lagi, saya salah orang? Pleaselah jodoh, Saya takut. Jangan bermain-main dengan saya. Sebab, sekali saya mencintai, maka ianya dari dalam dasar hati saya. Ya Allah, Aku mohon petunjukMu Yang Maha Hebat. Kerana aku tak bisa mengetahui ketentuanku sendiri. Aku takut Ya Allah, Takut luka lagi.

Thursday, December 6, 2018

Misi Disah Dan Amjad

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai korang. Sibuk ke? Ke tak ada mood nak buat kerja? Saya baru balik fisio. Eh, tak baru sangatlah. ****************************** OK, sekarang ni saya ada pengkritik dan perunding imej kat pejabat. Iaitu Amjad. Dan si Amjad ni akan berhubung terus dengan si Disa. Disa pulak akan komen berdasarkan gambar yang dihantar Amjad. Tapi telinga saya yang menanah. Kalau Disa yang bebel OK lagi. Tapi kalau si Mejad.... Hmmmm... tahi telinga keras pun jadi cair tau. Hahahahahaha... Isnin lepas, masa hang out dengan Disa, Disa ada cakap, misi dia dan Mejad untuk 2019 ni ialah, untuk groom saya. Dia orang nak saya berpenampilan lebih moden sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan berkredibeliti. Hahahahaha... Saya ikut je. Saya memang suka bab-bab ni. Dah ada orang nak ubah penampilan saya lagi, then OK la. Lepas tu, dalam voice whatsapp Selasa malam Rabu hari tu, Disa ulang lagi. Plan dia dan Amjad untuk 2019 adalah mencantikkan saya. Hahahahaha... Dia orang nak tengok saya lebih lagi dari saya yang sekarang. Katanya, dia orang nak saya ikut tren semasa. Terima kasih korang sebab masukkan saya dalam plan tahun 2019 korang. Hahahaha... Hadoi, cuma telinga kena tahan eh.

Monday, December 3, 2018

Kata Tetap Dikota

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Rasa mengantuk. So kita tulis blog dululah. *********************** Jumaat lepas, ada orang kata nak hantar saya balik kul 6.00 petang. So, saya tunggu jelah kat office. Tiba-tiba telefon berdering. Dia: You, sorry. I lupa nak bawa kunci keretalah you. Saya: Laaa... Ye ke? Dia: Sorry sangat-sangat you. Saya: Tak apalah. So, you nak balik macam mana? Dia: I naik train la. Saya: OK. You pergilah. (Dengan harapan dia pergi meninggalkan saya sebab saya tengah online dengan kawan di telefon satu lagi.) Dia: Jom I hantar you pergi KL Sentral. (Alamak. Pergi jelah. Aku balik lambat pun tak apa. Bukan nak kejar apapun.) Bebel saya dalam hati. Hehehehe... Saya: Hah? Sekarang ke? Dia: Yelah. Saya: You baliklah dulu. Dia: Habis you nak balik pukul berapa? Saya: You kat mana sekarang? Dia: I kat depan pintu office you. (Alamak, terpaksalah saya berhenti bersembang. Orang dah kat depan pintu, takkan nak halau dia balik pulak kan? Karang kecik hati pulak. Sebenarnya saya dah lama tak sembang dengan kawan sorang ni.) Lantas saya matikan talian. So, kami berjalan menuju ke KL Sentral. Dia Tanya saya nak naik monorel ke? Saya OK je kalau berjalan. Hari-hari macam tu. Takut dia tak biasa. Saya: Up to you. Dia: Tak yahlah. Kita jalan kaki jelah. Saya: Betul? I dah biasa, tak apa. Dia: Betul. Sampai di eskelator LRT KL Sentral saya bagi tahu dia. Saya: OK. Kita berlainan arah. You pergilah belah sana. Kat sini pun OK. I dah biasa. Dia: Tak nak. Saya: Laaa... Kenapa pulak? Dia: I nak naik dengan you. Saya: Habis you nak tukar kat mana? Dia: I turun kat Ara Damansara. Saya: Habis tu? Nak naik apa? Dia: Naik Putra dari Ara Damansaralah. Kami terus menaiki train ke Ara Damansara. Setibanya di Ara, Dia ikut saya keluar dari train. Saya: I nak turun. You patahlah balik. Dia: Tak nak. (Dah kenapa dia ni?) Saya: Rumah I kena jalan kaki lagi tau. Jauh jugak. You hantar I kat eskelator luar tu pun tak apa. (Dia ni tahu tak kalau jalan kaki boleh tahan jugak jarak LRT ni ke rumah saya? Naik kereta tak apalah.) Gumam saya dalam hati. Dia: I hantar you sampai guard, OK? Saya: Dah alang-alang, kenapa you tak nak hantar I kat lif terus? Dia ketawa. Dia: I nak you cakap suruh hantar. Tu pun susah ke nak cakap? Saya: Mengadalah. Dia: At least, you cakap jugak. Katanya sambil menghabiskan sisa tawanya. Dia: Sekurang-kurangnya hari ni, I tunaikan janji I untuk hantar you balik. Saya: You, I tak kisahlah. Kalau you tak jadi hantar I balik pun tak apa. Lagipun kunci tertinggalkan. Dia: Tapi I nak jumpa you. Malam tu, saya terima text dari dia katanya, dia rasa seronok sangat petang tadi. Saya hairan. Apa yang seronoknya? Penat adalah. Katanya, dia seronok dapat berjalan dengan I. Rasa macam loving couple. Hahahahaha... Biar betul dia ni? Macam tu ke bila hati sukakan seseorang? Kalau awak ikhlas terhadap saya, berdoalah. Berdoa supaya Allah permudahkan jodoh kita dan kekalkan kita bersama hingga ke Jannah. Saya tak mahu lagi mengharap kepada manusia. Kelak saya yang akan kecewa. Esoknya, menerusi telefon, dia ulang lagi. Dia kata seronok dapat berjalan dengan saya. Saya: Apa yang seronoknya? Tak penat? Dia: Tak. Saya: Apa seronoknya? Dia: I dapat tumpukan sepenuh perhatian pada you. Saya: Gitu pulak? Dia: Ya. Just relax and enjoy our journey. Jalan sama-sama macam loving couple. Dapat tengok you, dapat sembang dengan you dari awal sampai akhir. Saya: Naik kereta pun sama jugak. Dia: Tapi I tak dapat focus. Nak drive lagi, takkan nak diam je. Mesti nak sembang. Nak tengok jalan, fikir pasal kerja. Fikir pasal you. Tengok you pun kejap-kejap je. Saya: Kenapa nak fikir pasal I? I dah ada kat sebelah. Dia: Yelah. Takkan nak biar you gitu je. Lain kali, hantar dengan train pun OK. Lagi I suka. I'm happy. Hmmm... Macam ni pun ada. Ya Allah, Jika Engkau ketahui dia baik bagiku, untuk agamaku, hidupku dan kesudahan urusanku, Maka cepat atau lambat, Kau takdirkanlah dia buatku, Kau berkatilah dan redhailah aku baginya. Andainya Engkau ketahui dia mendatangkan keburukan bagiku, untuk agamaku, hidupku, serta akhir urusanku, Sama ada cepat atau lambat, Jauhkan aku daripadanya, Dan gantikanlah dengan yang lebih baik, Kemudian redhakanlah aku baginya.

Tuesday, November 27, 2018

Biarkan Dia Meroyan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, kerja-kerja audit akses pemilihan untuk Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur telah selesai. Bolehlah berehat-rehat kat office ni. ********************* Kebelakangan ni, perasaan saya kurang enak. Beberapa perkara berlaku membuatkan saya memikirkannya dan perlukan pendapat. Apa yang berlaku? Tak apalah. Saya belum bersedia untuk mendedahkannya. So, saya ada hantar voice kepada kawan baik saya. Kawan yang saya kenali sejak kecil, sejak bangku sekolah rendah. Saya ingat ianya tak jadi masalah. Sebab selama ni kami rapat dan pasangannya pun sedia maklum. Saya juga percaya, voice saya tu bukanlah sesuatu yang dirahsiakan oleh suaminya dari pengetahuan sang isteri. Memang pendapat yang saya perlukan tu pendapat tentang masalah peribadi saya. Tak ada kena-mengena dengan suami dia atau kawan-kawan lain. Kebetulan hari yang saya voice tu, suami dia sibuk. So, suami dia janji nak call saya pada tarikh yang ditetapkan. Si suami ni memang orang yang amanah dan natural. Berpegang pada janji. Sampai waktu yang dijanjikan, dia call saya. Saya juga percaya, panggilan kepada saya juga bukan satu rahsia antara dia dan isterinya. Kami bercakap seperti biasa. Tiada lemah-gemalai dan manja bermanja. Saya tetap saya yang semua orang kenal. Kawan saya tu bercakap kuat dan terbuka. Tiada nada perlahan. Rasanya sesiapa saja boleh dengar apa yang dikatakannya. Straight to the point, saya bertanyakan pendapat dia tentang permasalahan saya. Dia menjawab dengan rasional. Entah apa kami bincangkan, dia cakap, dia sangat hargai isteri dia. Tak berani nak pasang-pasang. Takut senduk laksam naik kepala. Hahahaha... Kawan saya tu memang suka bergurau. Tapi saya tahu, ada keikhlasan dan kesungguhan dalam kata-katanya. Saya kenal dia siapa. Bukan dia je yang saya kenal sejak kecil malah, datuknya pun saya kenal. Selang dua malam, awal pagi Isnin, saya terima whatsapp yang di forward kan. Whatsapp dari isterinya. Saya terkejut. Bukan setakat terkejut. Tapi amat terkilan dan berkecil hati. Dari tulisannya, saya tahu betapa buruknya prasangka dia terhadap saya. Saya rasa bersalah. Tapi suaminya kata, tak apa. Biar dia selesaikan. Apa tulisannya? Biarlah saya rahsiakan dulu. Nanti bila perasaan tak mampu saya tanggung, saya akan paparkan di sini. Semoga ianya tidak berlaku. Paling kurang enak, katanya saya membuat luahan dari hati ke hati dengan suaminya. Gila ke apa? Luahan dari hati ke hati tu, luahan perasaan saya terhadap suami dia. Itu yang saya selaku orang penulisan faham ya. Tapi saya sabar. Orang tengah marah. Biarlah. Siap tulis nama saya dalam text tu. Pun tak apa, biarlah. Apa yang menyedihkan, kata-katanya terhadap suaminya saya rasa amat melampau. Padahal, apa yang saya tahu, suaminya seorang suami yang baik. Sangat menghargai dirinya, rajin tulang membantu dia melakukan kerja serta penyayang kepadanya. Suka saya berpesan kepada si isteri seperti berikut: 1. Ingatlah bahawa suami itu adalah pinjaman Allah kepada kamu. Dia bukan hak mutlak kamu. Namapun pinjaman, Allah akan ambil bila-bila masa yang Dia suka. Jadi, hargailah dia. Jaga hatinya. Jaga kata-kata meskipun sedang marah. Berfikirlah secara rasional. Jangan sampai kata-kata kamu berbekas di hatinya. Mungkin benar dia ada silap tapi berbincanglah dengan baik. Setahu saya, suami kamu adalah seorang yang rasional dan bertolak ansur. Mana mungkin dia akan memarahi isteri kesayangannya bila diajak berbincang? 2. Menyuruh si suami forward text yang kamu hantar kepadanya kepada saya bukanlah satu langkah bijak. Secara tidak langsung ia memberi gambaran bahawa kamu berdua sememangnya mempunyai masalah dalam rumahtangga sekaligus menimbulkan fikiran negative saya terhadap kamu. Kamu yang selama ini saya hormati atas dasar isteri kepada kawan baik saya yang sememangnya mempunyai tempat sedikit luar biasa di hati saya, menjadikan hormat saya itu terhakis. Lebih-lebih lagi tatkala membaca ayat-ayat kamu terhadap saya dan terhadap suami kamu. 3. Apa tujuan kamu menyuruh suami kamu hantar text tersebut kepada saya? Perlukah saya dimaklumkan dengan cara begini yang kamu marahkan suami kamu kerana mendengar cerita saya seterusnya memberi pendapat kepada saya? Kalau kamu rasa kamu di pihak yang benar dan saya salah, kenapa tidak kamu datang bersemuka dengan saya atau sekurang-kurangnya telefon atau text saya bertanyakan penjelasan saya serta luahkan kepada saya yang kamu tidak suka dengan cara saya? Agaknya orang ni hanya berani di belakang tapi takut berhadapan. Kenapa eh? Kamu rasa kamu tak ada sebab yang kukuh untuk marah sebenarnyakan melainkan emo kamu yang terlebih. Sampai ke hari ini, saya masih menunggu tindakan rasional kamu. Sebenarnya saya tidak keberatan untuk menghubungi kamu menjelaskan hal ini. Tapi setelah membaca status Facebook kamu yang saya rasa ada kena-mengena dengan hal ini, ia membuatkan hati saya tawar untuk melakukannya. Sebab kamu telah bertindak di luar batasan. Kalau saya dah tak boleh sabar nanti, jangan terkejut kalau saya memuatnaik status yang akan menghiris hati kamu. Buat masa ni, saya masih bertahan dengan kesabaran saya. Tapi ingat, sabar saya ada batasnya. Saya bukan adik-adik kamu yang boleh kamu lakukan sesuka hati kamu. Isteri kawan-kawan lain tak ada masalahpun. Kenapa kamu je yang suka besarkan benda yang remeh sedangkan ia isu kecil dan boleh diselesaikan dengan cara baik? 4. Kalau waktu suami kamu hubungi saya tidak kena pada masanya, perlukah saya yang dipersalahkan? Saya tak tahu jadual kamu. Dah dia kata dia free, so saya teruslah bertanyakan pendapatnya. 5. Ke saya perlu minta izin dari kamu sebelum bercerita dengan suami kamu? Atau suami kamu perlu minta izin dengan kamu sebelum memberi pendapat kepada kawan-kawannya? Sedangkan untuk berkahwin lebih pun sang suami tidak jadi kesalahan sekiranya tidak mendapat izin dari sang isteri. Jadi, kamu fikir-fikirkanlah. Tak salah cemburu. Tapi biar bertempat. Jangan melampau. Saya tak ada niat tersembunyi di sebalik persahabatan kami. Kalau saya menyimpang, dari dulu lagi, sebelum dia jadi milik kamu. Takkan baru sekarang? Setelah adanya kamu dan anak-anak baru saya nak macam-macam dengan dia? Saya kenal dia dari sekolah lagi. Kami membesar bersama-sama. 6. Ke saya perlu juga bercerita akan rahsia saya kepada kamu hanya kerana kamu isteri kepada kawan baik saya? Hal ini tak mungkin berlaku. Bagi saya, kawan baik saya itu yang saya percaya, tidak isterinya, bukan anaknya atau sesiapa hatta orang itu mempunyai hubungan dengannya. Rahsia saya, maka hak saya untuk bercerita kepada siapa. Kamu tak ada hak untuk mengetahuinya! Yang penting, rahsia itu bukanlah rahsia hubungan sulit antara saya dan suami kamu. Selepas ini, tak akan ada lagi cerita saya buat suami kamu atau pendapat suami kamu buat saya. Meskipun saya sangat menghormati suami kamu, tapi demi kebaikan rumahtangganya, saya akan elakkan. Demi rumahtangga kawan baik saya. Bukan rumahtangga sesiapa. Kamu terlibat sebab kamu isteri kawan baik saya. Macam mana kamu nak marah saya berkongsi rahsia dengan suami kamu tapi tak berkongsi rahsia dengan kamu kalau kamu pun tidak begitu mesra dengan saya macam isteri segelintir kawan yang lain? So jangan letakkan kesalahan tu seratus pratus pada saya. Saya ambil ini sebagai satu pengajaran. Lepas ni no more!

Friday, November 23, 2018

Memilih Tetap Memilih Serta Pujian Bermakna (Bacaan Perempuan Sahaja)

Hai korang, Hari ni agak free. So, tulis blog la kerjanya. Saya dah bagi warning ya kat atas tu. Kalau ada kaum lelaki yang masih gatal membaca entri ni, jangan kata saya mengada lak benda macam ni pun nak tulis kat sini. Diari saya, suka hati sayalah nak tulis apapun. Apa hal pulak bila korang baca saya nak tapis-tapis tulisan saya? Siapa suruh baca? Jangan kata saya gatal dan tak malu. OK la tu, saya tulis ada tapis lagi. Lantaklah, ada setengah pembaca blog saya ni jenis suka membawang dan mengata belakang. Hambeklah, korang nak dosa free sangatkan? Ambiklah. Dah, jom terus masuk topic. Just came back from NU Sentral. Hajat hati nak keluar duit dan beli makan je. Dah alang-alang masa banyak lagi, saya dan Kak Sha singgahlah di Audrey. Season Clearence katanya. Bagus! So, tak yah sibuk nak cari jenama lain. Ada sale banyak tuuuu... Beli yang kita suka dan puas hati. Biar mahal sikit janji boleh pakai lama. Tak adalah setiap bulan nak beli. Hahahaha... Audrey ni bukanlah jenama kegemaran saya. As long as ada material saya suka dan design menarik, sebat jelah. Promoter ni promot yang cotton kat saya buat apa? Saya suka yang satin licin serta design menarik. Biarlah belum kahwin pun. Dah memang minat saya macam tu. Reject! Tak berkenan coton ni. Murah memanglah murah, RM39, RM37 datang sekali tiga helai. Dah, tak payah! Saya Tanya promoter tu, yang licin dan berenda ada tak? Barulah dia tunjuk design-design menarik dengan warna menarik. Materialnya usah dicakap, lembut, licin dan sejuk! Haaaa... Ini baru taste saya! Memilih! Biarlah memilih. Memang saya memilih. Kalau yang di luar nak yang cantik, yang dalam pun samalah! OK, harganya boleh tahan. Tapi tak adalah sampai tahap Victoria Secret, Triumph dan Pierre Cardin yang pernah saya beli. Hehehehehe.... Materialnya tak kurang hebat. Meh kita try. Alaaaa... Tak dapat pakej tiga helai pulak. Satu helai harganya ada yang RM25 dan ada yang RM30. Tapi.... Kalau beli lima percuma dua! Katanya dah harga promotion. Yelah tu. Kalau tak promotion sehelai berapa eh? Congak punya congak, saya untung. OK, kita beli! Hahahaha... Proses pemilihan warna dan design pun berlangsung. Lalalalalala... Semuanya warna cantik-cantik dan design menarik. Yang penting, ringan, nipis, sejuk, licin dan lembut. Senang dibasuh. Masa kat counter, promoter merangkap cashier tu Tanya saya: Cashier: Adik dah kahwin? Saya: Belum. Saya senyum. Agaknya dia ingat saya dah kahwin kot sebab cerewet benar memilih tadi. Lepas tu nak yang cantik je semua. Hahahahahah.... Nak benda cantik ni bukan orang dah kahwin je pandai kak. Orang single macam saya pun menitikberatkan kecantikan segenap segi. Hahahahaha.... Yang dah kahwin pun ada yang tak kisah pasal ni. Saya pakai untuk kepuasan saya, bukan untuk tontonan sesiapa. Cashier: Cantik diakan kak? Kata cashier kepada Kak Sha merujuk kepada saya. Kak Sha ketawa. Kak Sha: Memang cantik. Hamboi, bukan main kau puji aku. Sebab dah dapat duit aku beratus. Hahahahahahaha...

Dagu Origenal

Semalam, ada orang kata nak hantar saya balik. As I said, sekarang, saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja dan keluar dengan sesiapa sahaja asalkan dia tidak mengada-ngada. Tidak ada lagi sekatan seperti dulu. Malas dah nak sekat-sekat diri sebab orang. At last, saya yang ditinggalkan. So, selagi belum sah jadi isteri, saya akan berkawan seramai mungkin yang penting saya masih lagi sedar yang saya seorang perempuan muslim. Insya-Allah, batasan yang satu ni saya akan jaga. So, tepat jam 6.00 petang, sampailah orang tu ke office saya. Actually before that, true phone, dia dah Tanya: Dia: You penat hari ni? Saya: Biasa-biasa je? Kenapa? Dia: You kan seharian audit. Tak sakit kaki? Saya: I pakai heel hari ni. OK la. On the way balik, dia lencong ke laluan lain. Siap jalan KLIA lagi tu. Saya: Eh, you nak pergi mana ni? Biar betul? Jauhlah KLIA tu. Dia: Jalan je KLIA, nanti kita keluar balik dari jalan ni. Kalau KLIA pun apa salahnya. Bukan you yang drive, I yang drive. Saya: Tak adalah. Terperanjat. KLIA kan jauh. Dia: Alah, 1 jam je. and akhirnya, kami berhenti di Awan Besar untuk dinner. He ask me either we have to solat first or dinner first. I said solat nanti leka susah. Then he agreed. After Maghrib, we back to our original plan, dinner. Saya tak laparpun sebab during access, masa lunch I rosakkan diet dengan makan nasi. Dia nak makan satay. Dia kata I kena makan jugak. OK. I nak dua tiga je. Satay bukan kegemaran saya. Dia nak order lain untuk saya. Tapi saya menolak. Memang kenyang gila sebab makan kat Gajah Mada lunch tu portionnya besar. Masa duk menunggu satay dia siap, kami berbual-bual. Dia ambil tempat di depan saya. Tiba-tiba, dia Tanya soalan ni pada saya: Dia: Dagu you tu dari asal macam tu ke sebab you jatuh ke, berlanggar ke macam mana? Saya boleh agak apa yang dimaksudkannya. Mungkin soalan tu menjurus kepada lekuk di dagu saya. Untuk pastikan yang saya tak salah tafsir: Saya: Dagu I yang mana? Kenapa? Dia: Tu, yang kat dagu tu. Macam lesung pipit pun ada. Orang lesung pipit kat pipi, you kat dagu. Saya tak mampu menahan gelak. Sambil tu berusaha menutup dagu saya dengan tudung walaupun saya tahu tudung tak mampu menutupnya. Kalau tutup nanti something wrong la dengan tudung saya. Dia: Eh, janganlah tutup. Biar jelah. Saya: Origenallah. Dari lahir dagu ni macam ni. Takkan I nak pergi buat pulak. Siti Nurhaliza pun ada gak. Tapi dia punya belahan dia halus dan rapat. Macam mana saya tahu? Sebab saya pernah pegang dagu Siti masa shooting hahahaha... Kebetulan nombor makanan dia naik. Dan dia ke kaunter. Saya mengambil kesempatan itu untuk merasai belahan dagu saya. Ketara sangat ke sampai dia Nampak? Memang boleh rasa. Apatah lagi mata yang melihat. Tiba-tiba: Dia: Dia pegang dagu dia hahahaha... Ish, macam hantu pulak dia ni. Tiba-tiba dah sampai. Saya: Yelah. Nak tahu, ketara sangat ke sampai orang tegur? Jujurnya belahan dagu saya ni bukan kali pertama ditegur. Dia: Ketara you. Nampak jelas. Kebetulan dia whatsapp saya, saya Tanya dia, apakah malam tadi tu kali pertama dia perasan lekuk dagu saya? Dia: Tak adalah. Salah satu penarik I nak you la. Dia: First time jumpa kat ofis tu I dah perasan. Saya: Ramai tak orang yang you jumpa macam ni? Dia: You are the first. Patutlah jakun semacam je tengok dagu orang berlekuk. Kutuk saya dalam hati. Saya: Jumpa may be I'm the first. Tapi Nampak, Siti Nurhaliza yang first kan? Dia: Tak perasanlah pulak. Siti Nurhaliza cantik jelita yang popular serata alam tu dia boleh tak perasan dagu berlekuk? Orang hangat memperkatakan tentang dagu Siti Nurhaliza suatu ketika dulu. Dia tak perasan? Boleh tak perasan? Wei, aku yang keluar entah dari ceruk mana ni kau perasan pulak dagu berlekuk? Heheheeheh.... Memang parah kau ni.

Dagu Berlekuk Pakar Mengurat, Betulkah?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Saya terjumpa artikal yang ada kena-mengena dengan saya. So, nak share kat sini. Ianya menjadi satu motivasi bagi saya. Bukan riak tapi ia sekadar untuk saya baca sekiranya terasa diri rendah dan lemah. Tapi betul ke statement tajuk artikal ni? Macam melampau je hahahahahah... **************** Dagu Berlekuk Pakar Mengurat TIDAK perlu segan, ia tarikan tidak dimiliki semua orang. MEMPUNYAI dagu berlekuk atau terbelah, dikatakan begitu istimewa berikutan tidak semua orang dilahirkan dengannya. Selain memberikan tarikan untuk rupa paras, lekukan pada dagu menyerlahkan simetri di mana seseorang tampak fotogenik. Ini memberi bonus untuk dilamar menjadi model kerana dek wajah sempurna. Bagi insan biasa, wajah fotogenik menjadi dambaan kerana membuatkan setiap gambar yang dimuat naik ke facebook kelihatan cantik dan persis gaya seorang model. Dagu berlekuk umpama pelaris untuk tampak lebih jelita atau kacak, selain membuatkan seseorang sentiasa awet muda di sebalik senyuman yang dilemparkan. Dalam pemahaman saintifik, simetri wajah dicapai apabila peratusan jarak dari dahi ke hidung, dari hidung ke bibir dan dari bibir ke dagu adalah 33 peratus iaitu sama banyak. Jika kurang atau lebih daripadanya, wajah menjadi tidak simetri dan kelihatan tidak sempurna. Ramai orang India mempunyai dagu terbelah. Bagi yang memiliki dagu terbelah, ada tampak ketara dan sesetengah lagi seakan tidak kelihatan. Ini bergantung kepada genetiknya sama ada gen tunggal atau disebabkan dua gen. Peratusan kecilan terhadap genetik menunjukkan, mitos itu kurang tepat berikutan ia hanya perantaraan pembentukan dagu seseorang. Realitinya, lekukan di dagu mempunyai pelbagai bentuk termasuk kelihatan menegak, bentuk Y dan bulat. Dalam satu jurnal penyelidikan Jerman yang dilakukan Gunther sekitar 1939 menunjukkan, lekukan dalam dan ada yang hampir tidak kelihatan berikutan ditutupi janggut. "Ini memperlihatkan lekukan samar di tengah-tengah dagu dan ada orang yang mempunyai lekukan jelas atau tampak seperti lubang kecil. "Ini membuatkan tidak semua orang yang mempunyai dagu terbelah jelas kelihatan dan hanya nampak sama dengan orang yang tiada genetik itu," katanya. Populasi masyarakat India yang mempunyai dagu terbelah antara empat hingga 71 peratus seperti yang diperoleh dalam penyelidikan Bhanu and Malhotra pada 1972. Malah kajian itu mendapati, kanak-kanak lelaki lebih ramai mempunyai dagu berlekuk tanpa mengira kumpulan umur mereka. Penyelidikan Gunther pada 1939 pula mencatatkan, 9.6 peratus lelaki Jerman mempunyai dagu berlekuk berbanding 4.5 peratus wanita dari negara sama. INDIVIDU berdagu lekuk kebiasaan menjadi seorang yang selalu mendapat perhatian. Lebih mempesona Namun apakah sebenarnya dagu berlekuk? Adakah ia sama lesung pipit terjadi kerana disebabkan 'kecacatan' pada otot wajah, ramai begitu menginginkannya? Ada yang berpendapat, lekukan pada dagu lebih mempesona jika empunya diri adalah wanita. Paras wajah wanita itu akan kelihatan memukau dan memberikan bonus untuk kelihatan menarik, jelita serta anggun. Bagi yang mempunyai kelebihan ini, kebiasaannya mereka lebih mudah diingati, berikutan tidak semua orang ada lekukan di dagu. Antara selebriti yang mempunyai lekukan pada dagu adalah Sandra Bullock, Russell Crowe, John Travolta, Jessica Simpson dan ramai lagi. Justeru, mereka yang mempunyai dagu lekuk tidak perlu segan kerana ia membuatkan seseorang bertambah cantik dan lebih mempesona berikutan tarikan yang tidak semua orang memilikinya. Tidak boleh diwarisi Seperti lesung pipit, dagu berlekuk juga disebabkan genetik. Ini kerana otot mentalis gagal menutupi bahagian dagu dan meninggalkan lekukan. Berikutan dikatakan satu genetik, dagu berlekuk bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak kerana gen berkenaan menjadi dominan dan tidak resesif. Ini menjadikan, ada sesetengah anak mempunyai dagu berlekuk namun tidak dimiliki semua dalam sesuatu keluarga. Tidak dinafikan, individu berdagu lekuk kebiasaan menjadi seorang yang selalu mendapat perhatian, namun itu tidak memberi masalah kerana ada yang mentafsirkan, kebanyakan daripada mereka dalam kalangan kelakar dan membuatkan orang sekeliling terhibur. Dari segi personaliti pula, orang mempunyai dagu berlekuk dikatakan, cenderung untuk suka mengurat dan memang 'pakar' dalam hal itu. Dikatakan juga, naluri seksual hebat dan menghiburkan. Dalam satu kajian personaliti lain, orang yang mempunyai dagu berlekuk dilihat lebih beremosi, mudah menangis tidak kira ketika gembira, sedih atau teruja. Mitos Jika sumbing dianggap cacat, sebaliknya lekukan dilihat sebagai satu kelebihan. Justeru, tidak hairanlah apabila seseorang itu sumbing, akan melakukan pembedahan untuk mengembalikan bentuk bibir asal kerana tidak mahu mencacatkan penampilan. Lekukan pada dagu boleh dilakukan sendiri tanpa pembedahan meskipun tidak terjadi sama seperti yang asli. Sedikit belahan pada dagu, dikatakan dapat menambahkan manis pada senyuman. - AGENSI INFO Bahagian badan wanita yang menarik perhatian Mata - Mata yang dimiliki gadis dan wanita mencerminkan keperibadian seseorang. Bibir - Bibir mulus atau halus ini akan memberikan daya tarikan dan menampilkan seseorang wanita yang berkarisma. Wajah - Lelaki akan memberikan sepenuh kasih-sayang dan perhatian jika wanita yang menjadi pasangannya sentiasa menitikberatkan penjagaan wajah, sentiasa tampil jelita. Perut - Perut gebu dengan memperlihatkan warna kulit dan jalur kulit yang halus dan gebu menjadikannya adalah penggerak kepada daya rangsang seks tinggi. Belakang badan - Wanita yang memiliki bahagian belakang yang kental dan menarik sememangnya menjadi idaman lelaki. Pinggang - Potongan ramping mencerminkan wanita berkenaan seorang yang hebat naluri seksnya.

Wednesday, November 21, 2018

Penjurian Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hai korang apa khabar? Saya masih di office. Baru je sampai office. Hari ni adalah hari kedua audit akses untuk penjurian bagi Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk bangunan yang accessible. Isnin, hari ni dan esok juga beberapa hari lagi, jadual saya memang penuh. Dari pagi sampai petang, berjalan, periksa dua atau tiga bangunan. Penat oooo.... Isnin hari tu kami check bangunan Muzium Bank Negara, Hospital Rehabilitasi Cheras dan Menara TM. Hari ni kami check MRT Phileo Damansara, Bukit Bintang dan Mid-Valley Mega Mall City. Wooo... Penat wei. Cuma hari ni tak sakit tumit sebab pakai kasut tinggi. Hahahahaha... Terbalik kot kan? Isnin hari tu sakit sebab pakai kasut tumit rendah dan rata. So, hari ni saya tawakal pakai kasut tinggi. saya. Alhamdulillah, berjalan pun laju, tak sakit macam Isnin. Sikit-sikit tu adalah. Namapun belum sembuhkan? Rupanya kasut tinggi saya ni pun mampu merasai tactile. Hahahaha ikutlah saranan seseorang hari tu kan cuba pakai kasut tinggi untuk audit akses. Berehat sekejap sebelum balik. Lenguh gila kaki dan paha ni ha. Heheheheh.... Dapatlah sagu hati beg dan organizer bag dari management Mid-Valley tadi.

Monday, November 19, 2018

Bukan Kemahuan Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang buat apa? Dah balik? Saya masih lagi di office. Tiba-tiba rasa sedih. Rasa tak ada mood. Macam-macam berlaku sejak kebelakangan ni. Dah lama saya tidak menulis entri di bawah label Bicara Cinta. Malam ni... Dan mungkin entri-entri berikutnya, akan saya coretkan di bawah label ini andainya saya mahu mencurahkan isi hati yang terbuku di bawah tajuk ini. ********************** Mungkin bagi sesetengah orang, diminati atau dicintai, atau disukai, atau what so everlah yang seangkatan dengannya satu kebanggaan. Tapi bagi saya tidak. Saya tak suka berada dalam situasi ni. Saya tak suka berada dalam situasi untuk melukakan hati mana-mana pihak. Sebab saya tahu betapa pedihnya hati dilukai. Apatah lagi kesemua pihak terlibat adalah baik dan saya dapat rasa ketulusannya. Saya pernah alami keadaan ini sebelas tahun lalu. Tapi pada masa tu, beza antara keduanya antara langit dan bumi. Andainya saya hari ini berada di antara dua pemilik hati sebelas tahun lalu, senang untuk saya memilih. Tapi kali ini, ianya berulang. Bezanya, saya dihadapkan dengan dua pilihan yang baik. Yang tak mampu saya sangkal kebaikannya. Saya buntu. Tapi sepertimana yang pernah saya katakan dan tulis di sini, kali ni, saya berserah kepada takdir. Saya tidak mahu lagi menunggu mana-mana pihak. Saya tidak mahu lagi memaksa takdir. Tidak mahu lagi terluka atas perbuatan memaksa takdir. Memilih sesuatu yang saya suka padahal ia tidak baik bagi saya. Jadi, biarlah saya berkawan dengan semua. Andai jodoh, pasti ianya datang sendiri. Lalu apa harus saya lakukan? Selama ni, saya tak pernah bergantung pada Allah untuk membuat pilihan buat saya. Sebaliknya saya pilih dulu dan berdoa agar Allah merestui pilihan saya. Saya mohon agar Allah satukan saya dengan orang yang saya suka. Kali ni, biarlah Allah yang membuat keputusan untuk saya. Saya akan terima takdirNya dengan redha. Oleh itu, janganlah berharap pada saya. Tapi, mohonlah pada Allah, jika saya baik buat sesiapa, mintalah Allah satukan. Jika tidak, biarlah Allah beri yang terbaik. Satu saya mohon, andai ada hati yang terluka kerana saya, saya mohon maaf dari lubuk hati yang dalam. Andai jodoh saya satu antara dua, percayalah, pasti ada jodoh lain yang terbaik buat kalian kerana itulah Allah tidak memilih saya sebagai jodoh kalian. Janganlah ada benci antara kita kerana apa yang akan berlaku bukan sengaja saya ciptakan. Malah, saya tidak bisa memilih kedua-duanya kerana saya seorang wanita. Andai kedua-duanya bukan jodoh saya, saya redha. Ya Allah, Aku tidak mahu lagi meletakkan harapanku kepada manusia yang lemah. Lantas, aku berserah kepadaMu. Pautkan hatiku kepada jodoh yang Kau janjikan buatku. Tautkan hati kami dalam rahmat kasih sayangMu yang indah. Siapapun pilihanMu, aku redha. Namun aku mohon, izinkan hati ini aku serahkan buat lelaki yang baik, yang mampu membimbing dunia dan akhiratku. Amin...

Saturday, November 17, 2018

Cara Berjalan, Sekadar Memperbaiki Penampilan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Mesti best kan korang bercuti di rumah? Me? Hahaha apa lagi, kerjalah. Tapi tak ada mood nak bekerja. Sabtu kan? So, kita datang jelah office untuk penuhkan kehadiran. Kalau tak tolak cuti. Lagipun department saya ni siapalah nak berurusan hari cuti? Semua agensi kerajaan dan swasta tutup. Ada surat buat, dokumen tu tulislah siapkan. Tapi mood bercuti tu still bercutilah. Tak selaju hari biasa membuatnya. Hari ni ada sikit je surat saya nak siapkan sebab semalam tak sempat. ****************** OK, bercakap pasal berjalan ni, saya rasa bersyukur sebab orang-orang yang ikhlas berada di sekeliling saya ni sentiasa menitikberatkan penampilan saya sampai perkara yang sering dipandang remeh oleh orang ramai seperti berjalanpun mereka ambil kira. Lima tahun lalu, Hadisah sahabat saya juga officemate saya, pernah tegur, saya ni jalan bersepah. Macam gangster pun ada. Katanya, pakai dah lawa dah. Tiba bab berjalan, mak ai, faild. Hahahahaha... Kalau orang yang membaca blog saya ni dari dulu, mereka pasti tahu kisah tu. Mesti tahu bagaimana Hadisah memaksa saya untuk berjalan cantik. Siap buat kelas macam nak ajar model berjalan. Hahahaha... Tak boleh belah, suruh saya junjung buku untuk cantikkan langkah. Dan Alhamdulillah, terima kasih Sa. Ajaran kau Berjaya dan hari ni aku boleh berjalan seperti mana yang kau ajar. Malah ianya menjadi kebiasaan bukan lagi buat-buat. Pernah ada kawan tegur, "Eh, kenapa kau jalan macam tu?" Jawab Kak Sha, dia memang jalan macam tulah." "Ye ke? Tak perasan,". Balasnya. Aqilah pulak suka nyanyi lagu dia datang bila saya menghampirinya. Hahahaha... Manakala Kak Zi tegur saya, "Cantiknya kau berjalan Tinta. Bergaya-gaya macam model." "Bukanlah Kak Zi, model jalan lagi teruklah," Kak Zi ni tegur kat khalayak lak tu. Malu saya. Model tu berjalan setentang antara dua kaki bila melangkah. Maksudnya kalau kaki kanan kat depan, kaki kiri dia betul-betul di belakang kaki kanan. Tapi saya tak adalah sampai macam tu, ingat nak 'cat walk'? Ada show ke apa? Cukuplah sekadar saya susun langkah tu supaya kemas dan teratur. Dan saya rasa antara faktor yang menyumbang kepada kecantikan langkah adalah penggunaan girdle dan kasut tumit tinggi. Lagi senang nak kemaskan langkah. Tapi bila dah biasa, korang tak pakai girdle dan berkaki ayam pun, korang boleh berjalan macam tu dengan relax dan bukan dibuat-buat. Satu pagi, sewaktu saya masuk ke pagar office, Liana tegur saya dari jauh "Waaa... Tinta, jalan." "Kenapa?" Tanya saya pelik. Salah lagi ke saya berjalan? Nak kena masuk kelas balik ke? Disa dah tak ada kat sini. Mungkin masa tu saya jalan laju. So cara berjalan tu lebih terserlah. Sebab kalau jalan laju memang lebih ketara cat walk kot. Kot la. Saya tak pasti. Saya mula terfikir, takkanlah saya ni baru menjadi jalan macam Disa ajar? Ke Liana yang tak perasan? Sebab dia kan selalu jumpa saya dalam surau je. Bukan waktu saya berjalan banyak. Tiba-tiba semalam, Kak Suzi pulak cakap. Hatta saya melangkah masuk ke officenya dia kata: "Diva, diva. Diva datang. Tengok dia datang nak cat walk," Hayyyoooo... Saya tak jadi nak melangkah masuk. Sebaliknya saya terus control langkah supaya tak berjalan macam selalu. Semua orang gelak. Dia orang kata saya tak jadi jalan. Lepas tu masa bersembang, saya dan Kak Suzi bercerita pasal sakit kaki. Kak Suzi Tanya, sakit lagi ke kaki kau? "Sakitlah. Siap pergi fisioterapi lagi," Jawab saya. "Betul ke? Aku tengok kau jalan maintain je?" Katanya mohon pengertian. "Jalan boleh je." "Kau tahu tak, dulu masa mula-mula kau up status Facebook sakit tumit, aku macam percaya tak percaya je. Sebab kau berjalan OK je, Berjalan diva kau tu, cat walk sana sini. Bukan main lagi kat office. Aku tengok berjalan masuk pagar pagi-pagi walaupun panas, kau tetap maintain jalan cat walk kau tu." Hahahaha... Macam saya cakap, saya bukan cat walk macam model. Sekadar memperbetul langkah. Tapi biasalah, kawan-kawan saya ni over. Senang dia nak cakap, cat walk. Oooo... OK. So maknanya, cara berjalan saya tu bukan barulah. Dah lama saya jalan jadi macam Disa ajar kalau Kak Suzi pun cakap masa mula-mula up status tu saya dah jalan cam tu. "Hahahaha... Dia bukan sakit yang membuatkan aku berjalan tak betul kecuali kalau pakai kasut rendah. Adalah sampai tahap jalan terhincut-hincut." "Tulah. Sekarang ni pun aku tengok jalan OK je jalan diva kau tu. Ingat dah baik." Ujar Kak Suzi berseloroh. "Tak ada maknanya. Kena tukar kasut lagi ni," OK, siapa nak betulkan cara berjalan, meh sini, saya ajar. Free je. Kadang-kadang orang tak Nampak ni, kita tak Nampak cara kita tu tak kena atau kurang elok. So ilmu yang sikit ni kita share supaya sama-sama berpenampilan menarik.

Wednesday, November 14, 2018

Kritiria Perempuan Pilihan

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Sebenarnya saya kena semak perlembagaan office sukan saya. Tapi rasa mood menulis blog datang. You guess what? Ada sorang hamba Allah ni berkenalan dengan saya. Asalnya atas urusan kerja. OK, saya ni peramah. Orang ramah dengan saya, so saya ramahlah dengan dia. Diam tak diam, dia mengaku yang dia ada feeling kat saya tapi kan masih baru kenal so, berkawan jelah dulu. Hahahaha... Lelaki, jangan mudah terpedaya. Dia orang ni bukan boleh pakai sangat. Datang pada kita bila-bila masa dan pergipun boleh bila-bila masa. Saya minta Allah jauhkan saya dari derita cinta sekali lagi. Masa cakap pasal ni, terlintas di hati nak Tanya: Perbualan ni berlaku menerusi Whatsapp. Gila kau nak Tanya kalau berdepan. Malu kot. Saya pun bukan berani sangat dalam soal perasaan ni. Tapi hati nak tahu. Entah-entah dah berapa ramailah perempuan yang dia cuba ngoratkan? Saya: Boleh nak Tanya soalan tak? Dia: Apa dia? Saya: Sebelum you nak kenal I, you pernah nak kenal siapa? Salah soalan sebenarnya hahaha... Dia: Laaa... Banyaklah yang I kenal. Lepas tu bla... bla... bla... Dalam perbualan tu, saya dapati dia ni seorang mamat yang cerewet. Dia: I ni jenis yang sangat cerewet you. Not an easy for me to like anyone. Kesimpulannya, jawapan kepada soalan you tu adalah... NIL siapa get in touch seperti you. Selalunya adalah terfikir nak know further but at the early stage of berkawan pun dah tak berkenan. Saya: NIL tu apa? Dia: Tiada =NIL Dia: I have my own criteria. Saya: Apa yang membuatkan you tak berkenan tu? Dia: Cara dia bercakap, cara dia berfikiran. Nak berkawan tak adalah. But for office mater OK la. Huish, melampau mamat ni. Kalau setakat cara berfikir tu biasalah. Tapi kalau cara bercakap pun masuk kritiria... Cerewet tahap king! Dia siap mengaku dia cerewet. Saya: So, criteria you apa? Dia: Criteria I banyak you. Cara jalan pun I tengok tau. Even cara makan pun I tengok selain kesihatan family background dan sebagainya. Itu semua akan dinilai sedikit demi sedikit kalau nak go further. Saya: You nak orang yang berjalan macam model ke? Dia: Eh, tak adalah. I just nak dia jalan dengan bersopan yang benar-benar bukan yang dibuat-buat untuk jual saham hahahah... Amboi, kau punya kritiria kan? Habis yang kau feeling kat aku tu, aku cukup ke semua kritiria kau tu? Whatever! Kalau Allah tulis awak tu jodoh saya, ke mana saya lari pun, saya tetap akan jadi milik awak. Tapi kalau Allah kata saya bukan untuk awak, sederas mana awak mengejar pun, saya pasti akan hilang. Malas fikir! Sekarang ni, berkawan je sebanyak mungkin. Orang baik dengan kita, kita baik dengan orang. Nak feeling-feeling macam dulu tu... Tak payahlah Tinta. Nanti kau kecewa. Semua ni milik Allah dan pinjaman daripadanya. So, bersedialah untuk sebarang kemungkinan. Jangan berharap seperti dulu.

Monday, November 12, 2018

Boleh Tak Kalau Tak Nak?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari pertama masuk kerja dah kena pergi walkabout Brickfields. Ditakdirkan hujan lebat. Habis semua lencun. Kebetulan balik dari walkabout ada orang call. Offer nak hantar balik bila tahu saya lencun. Hadoi, hati ni entah kenapa semacam je. Rasa tak nak. Tapi Nampak dia macam berkecil hati. Rasa tak best buat orang berkecil hati. So macam mana? Nak tak nak, saya terima pelawaan tu. Janji 6.15 dia datang jemput saya kat office. Saya kalau boleh tak nak berduaan dengan dia. Tak nak susahkan dia. Tak nak delay dia balik. Lagipun setahu saya dia tak drive balik. Tinggal kereta kat office then naik moto balik. Tapi kenapa pulak hari ni nak hantar saya? Kan kena drive tu? Hati rasa semacam menunggu waktu jam 6.15. Jantung rasa laju je bila tengok jarum jam melepasi angka 6. Boleh tak kalau saya tarik balik cakap tak jadi? Saya tak tahu kenapa perasaan ni macam ni petang ni. Saya takut. Tapi takut apa? Dia bukan jahat setakat yang saya kenal. Yang penting hati saya tak enak. Semoga tiada apa yang kurang baik berlaku. Doakan saya ya. Saya kena bersiap sekarang dah 6.05. Dia ni tak takut jam ke nak hantar saya balik ha? Tak nak ke call or whatsapp cakap tak jadi? Hailah, dah kenapa dengan aku ni? Tebiat ke apa? Jangan mengada boleh tak? Masa, tolong berhenti kat sini je boleh untuk hari ni? Rasa tak nak lalui detik 6.15 tu. Jarum ni degil, nak jugak berpusing. Boleh tak faham apa yang saya rasa? Boleh tolong tamatkan hari ni setakat ni je tak?

Wednesday, November 7, 2018

Kata Puan Zahirah

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak update blog ni. Sekarang saya sedang bercuti di kampung. Minggu-minggu akhir sebelum bercuti, agak sibuk menyelesaikan tugas yang perlu diselesaikan. Lepas tu tambah dengan tak ada mood nak update blog. Pada hal banyak je benda nak cerita. Punyalah tak ada kerja nak buat, tadi saya belek-belek whatsapp lama. Whatsapp dari Puan Zahirah, pegawai PTPTN. Saya dapat nombor handset dia masa settle kan semua bayaran PTPTN dua tahun lalu. Siapa nak nombor dia untuk urusan PTPTN, boleh tinggalkan komen ya. Nanti saya bagi atas kebenarannya. Saya baca whatsappnya yang mengucap tahniah kepada saya kerana telah selesai buat bayaran PTPTN. Ada satu whatsapp tu berbunyi: Puan Zahirah: Awak cantik Tinta Emas. Mak syapun cakap macam tu. Dia kata pernah nampak kat TV. Saya baca berulang kali whatsapp tu dan sebelum tu. Jarak masa dekat. Dalam minit yang sama. Tapi whatsapp sebelum tu cakap pasal PTPTN. Macam mana boleh masuk topic lain ni? Apapun, saya balas kat puan tu agar dia puji jugak yang menciptakan saya. Saya jugak minta dia sampaikan salam pada emaknya. Ya Allah, terima kasih atas ciptaanMu ini. Terima kasih kerana mengurniakan saya apa yang mereka kagumi. Jadikan wajah ini sebagai motivasi untuk saya perindahkan akhlak saya.

Wednesday, October 24, 2018

Rahsia Yang Dirungkai

Minggu lepas, saya menyambut hari kelahiran saya buat ke sekian kalinya. Seperti tahun-tahun sudah, ramai yang mengirimkan ucap selamat buat saya melalui Facebook, Twitter dan Whatsapp. Tak kurang jugak yang menghubungi saya menerusi panggilan telefon. Dua tiga hari sebelum hari ulang tahun kelahiran tu, ada seseorang yang suka komen status saya. Bagi saya, itu perkara biasa. Mungkin update saya tu membuatkan dia tertarik untuk komen. Namun alangkah terperanjatnya saya apabila saya menerima personal whatsapp daripada di hari lahir saya berbunyi: 'Happy birthday yang! hari ini tak boleh marah tau. Nanti tak romantic. Senyum-senyum selalu' 'Jangan marah tau, I gurau saja. Tapi I memang tertarik pada you. You cakap betul. I dah kahwin sebab tu I control diri saya' 'Sebenarnya I takut PM you selepas baca posting you semalam. I bukan jenis lelaki yang you maksudkan tu!!!' Ya Allah, biar benar tertarik kat saya? OK, kita buat tak faham jelah. Putus saya. Kalau buat tak faham lagi selamat. Kalau dia tahu kita faham, nanti melalut macam yang sorang tu. Just say thank you je la. Saya tak sangka dengan perwatakan dia yang serius dan macam garang tu boleh tertarik dengan saya? Nak kata kami rapat, tak pun. Hari yang saya nak ke Sabah pulak: 'hi! Dah lambat to wish you a safe journey. Hope you have a good trip' 'Tak Nampak you post di airport. Sebab tu I PM' 'Di Facebook' OK, think positif! Orang baik dengan kita. So, say thank you la. Perasaan orang tu milik dia dan milik Allah. Apa yang Allah nak bagi dia rasa, maka dia rasa. Siapa saya mahu menghalangnya? Asalkan ianya terkawal itu sudah baik. Saya hargai setiap perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada saya. Tapi biarlah ianya berbatas jika ia milik orang. Tapi saya taklah berapa yakin dia serius dengan kata-kata dia tu. Entah-entah saja nak menguji saya. Nak tahu saya ni perempuan yang macam mana. Sorrylah, selagi tak betul-betul slow talk dengan saya, so bagi saya tak ada apalah tu. Tapi kalau dah suami orang, tak payahlah datang slow talk dengan saya. Bila saya check balik whatsapp, rupanya dia ni selalu hantar whatsapp ucap selamat hari raya dan sebagainya kat saya.

Komen Jurumekap

Assalammualaikum... Salam sejahtera semua... Dah lama tak update ni. Alkisahnya last weekend I went to Sabah for my last event in Culcural, Art and Social Committee. Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan 2018. After this we focus on youth pulak eh. OK, malaslah nak cerita pasal event tu. Nanti kalau ada mood baru kita cerita. Sebab apa? Tak best. Event tu best tapi yang belakang-belakang tu ada yang kurang memberi senyuman buat saya. Hahahaha... Saya suruh AJK Sabah cari tajaan mekap. Then dia orang dapatlah tajaan daripada Avon Malaysia. Siap mekapkan peserta dan jawatankuasa lagi. Saya pun tak terkecuali dari disolek. Saya dimekap oleh Cecilia Gau, manager Avon. Kelaziman orang mekapkan oranglah letak foundation. Cecilia tegur saya: Cecilia: Kening you cantiklah. Ada bentuk sudah. Senang dibentuk ni. Sabahan cakap kan. Saya senyum. Ni bukan kali pertama saya dengar ayat ni. Dari MUA Intan yang selalu mekapkan sayapun cakap benda yang sama. Dan diapun merapikan kening saya dengan lukisan eye brow. Saat dia mahu memakaikan saya mascara, saya beritahu dia: Saya: Bulu mata saya ni suka tidur, macam bulu mata unta. Cecilia: Oh ya la kan? Tapi panjang bulu mata kamu ni. Dia mengenakan mascara kepada bulu mata saya. Seperti selalu, bulu mata saya ni memang susah nak bangun melentik walaupun panjang. Nak-naknya yang belah kiri ni. Cecilia mencuba sehabis baik. Entah apa yang dia letak selepas letak mascara tu saya lupa dan bulu mata sayapun jadi lenting. Cecilia: Waaa... Bulu mata kamu macam bulu mata palsu. Tengok, dia naik! Inda payah pakai bulu mata palsu. Panjang betul bulu mata kamu. Dah macam pakai bulu mata palsu. Cecilia: Untuk bibir kamu, saya akan letakkan warna pink di tengahnya warna putih. Tengok bibir kamu, terlalu kecil bibir atas. So, inda perlu susah-susah. Kamu punya bibir yang halus di atas. Inda perlu pakai pelukis bibir.

Thursday, October 18, 2018

Cerita Fairy Tales Nenek

Seawal dari usia saya kanak-kanak, saya telah diceritakan dengan kisah-kisah penglipur lara dan fairy tales oleh mummy. Abah pun tak kurang membelikan buku-buku kisah berkenaan buat saya dan angah. Dari kecil lagi saya dah kenal Snow White, Cinderella, Puteri Saadung, Puteri Lindungan Bulan, Puteri Tidur Seratus Tahun dan banyak lagi. Setiap malam sebelum tidur, mummy pasti bercerita tentang kisah-kisah berkenaan. Satu cerita kalau saya lewat tidur, sampailah dua atau tiga cerita satu malam. Dari kecik saya ditanamkan buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Dan ianya amat berkesan dalam kehidupan saya sehingga ke hari ini. Jadi, kepada ibu bapa yang membaca tulisan ni. Janganlah bagi anak main game sepanjang masa. Berceritalah kepada mereka tentang fairy tales dan kisah-kisah rakyat seperti mummy buat kepada saya. Selain mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak, ianya juga dapat menasihati anak-anak. Kan antara waktu bagus menasihati anak-anak sebelum mereka tidur. Dari kecik saya dah kenal Si Tanggang dan watak-watak super hero Melayu yang lain. Daripada kisah-kisah yang saya dengar tu, saya berangan nak jadi macam watak dalam kisah-kisah tu. Kebanyakan watak digambarkan sebagai seorang yang cantik jelita, dikenali ramai, disayangi dan disukai ramai termasuk lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak dan binatang. Bersuara merdu, baik, sopan. Saya nak sangat jadi macam tu. Nak cantik, suara merdu, disebut-sebut ramai, disayangi dan disukai. Memang hari-hari saya berangan macam tu sampai sekarang. Sebab ianya dah sebati dalam hidup saya. Jadi, bagi saya, kisah-kisah begini mampu membentuk sahsiah kanak-kanak agar menjadi orang yang baik dan positif. Cubalah kalau tak percaya. Tapi sepatutnya kena mula dari awal. Dari dia kecil dan baru mula nak mengenal hidup. Hahaha... Kalau dah biasa dengan game tu tak tahulah boleh ke tidak. Kalau tidak dari awal tu, tak tahulah dia orang nak tak dengar korang berceritakan?

Bila Pujian Itu Datang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Apa yang korang rasa bila orang sering memuji korang? Dulu-dulu, masa jarang orang memuji, saya rasa rendah diri bila dengar pujian orang terhadap kawan-kawan terutamanya masa sekolah dulu. Yelah, pengasuh dan cikgu selalu bercerita orang ni cantik, orang tu cantik. Puji dia orang depan-depan. Sedangkan saya? Sorang dua je yang puji. Tu pun bukan selalu. Tapi orang selalu puji saya kemas dan bersih. Mungkin masa tu saya tak pandai melawa. Tak pandai pakai baju moden-moden. Cara pakai tudung pun lipat banyak kat muka macam makcik hahahaha... Hanya orang yang betul-betul memerhati saja boleh kata saya cantik. Tak tahulah sememangnya saya tak cantik atau cara pakaian saya yang menyebabkan kecantikan tu tak terserlah. Suatu hari, masa tu saya sekolah menengah. Salah sorang kawan yang rapat dengan saya Nor Bahiyah, tegur saya cara pakai tudung. Dia lipatkan tudung bahagian muka saya supaya tidak lipat banyak. Lipat sikit je. Masa tu saya rasa rimas. Rasa macam tudung tu tutup muka. Tapi Nor selalu cakap, jangan usik apa yang dia dah buat. Lepas tu tudung yang jatuh ke bawah diletakkan baik-baik di atas bahu saya. Pun saya tak selesa. Rasa macam seksi je. Tapi Nor kata, mana ada seksi. Sebab dada saya masih bertutup. Nor kata kalau saya pakai tudung macam tu nampak muda dan cantik. Hahahaha... Nor kata dia suka tengok senyuman saya. Masa sekolah dululah. Tapi ada yang kata senyuman saya ni senyuman berhantu. Hahahah... Macam hantu senyum. Nak-naknya masa mula-mula nak senyum. Sebab saya akan senyum perlahan-lahan. Dari tidak senyum kepada senyum. Dia orang kata kalau tengok part tu waktu malam lagi takut. Bukan buruk tapi macam mana entah dia orang kata. Dia orang kata macam pontianak, manis. Entah betul entah tidak. Budak-budak kan? Tapi... Sejak saya putus dengan my first boy friend, saya mula berubah. Terutamanya apabila saya masuk kerja kat office saya sekarang. Masa tu saya jadi PR. PR kan banyak jumpa orang. Saya berkenalan dengan Hadisah. Hadisahlah yang bertanggungjawab merubah penampilan saya dari segi pakaian, cara pakai tudung. Disumbangkan juga bekas kawan baik saya, Ali. Kemudian dilanjutkan oleh Kak Fatimah yang ajar saya cara mekap. Dari simple pakai foundation, sampailah mekap sepenuhnya. Sikit demi sikit Kak Fatimah ajar. Mula-mula dia buatkan. Tapi lama-lama saya segan nak minta dia buatkan. So, saya suruh dia ajar saya. Kak Timah ni memahami. Dia ajar step by step. Lepas tu Qilah pun ada menyumbang. Qilah banyak ajar cara pakai eyeshadow sebab masa tu Kak Timah dah tak kerja. Kak Timah pun dah ajar basic pakai eye shadow cuma Qilah ajar kepelbagaiannya. Baru-baru ni Aqilah siap belikan saya acuan pakai eyeshadow dan eye brow. Pengkritik pun ramai kat office. Malam tadi, Amjad suruh saya pakai selendang untuk hari tongkat putih. Kata Amjad, saya dah pandai pakai selendang sekarang. Dah kemas dan cantik. Tak macam dulu, serabai. Bab tudung ni Disah dengan Qilah yang ajar. Ada jugak saya search kat youtube then Disah, Qilah dan Kak Sha ajarkan. Saya memang suka nak cantik-cantik. Sekarang ni, tudung bawal pun saya dah pandai pakai macam selendang. Sekarang... Saya banyak terima pujian. Sampai kadang-kadang saya rasa saya tak layak dipuji. Dan bila terlalu banyak pujian tu datang, saya rasa sebak. Rasa kerdilnya saya. Bukan tak bersyukur atau tak suka. Tapi perasaan tu datang tiba-tiba. Rasa Allah tu baik sangat. Dia ciptakan saya dengan keindahan ni. Kadang-kadang bila baca komen yang memuji, saya nangis sendiri. Yang cantik itu kejadian Allah. Bukan saya. Saya hanya dipinjamkan sementara. Dan saya harap Allah bagi saya pinjam sampai ke akhir hayat saya bersambung di akhirat. Saya tak tahu kenapa? Perasaan ni selalu datang bila menerima pujian-pujian tu. Dalam hidup ni, saya banyak doa dan permintaan. Salah satu daripadanya adalah doa untuk menjadi cantik. Mohon Allah pinjamkan sebahagian daripada kecantikan Nabi Yusuf dan Siti Mariam kepada saya. Setiap kali mengenakan produk wajah sama ada skin care dan mekap, saya berdoa dan mengamalkan doa yang saya baca dalam artikal dan dengar dalam ceramah. Tak terkecuali selawat ke atas nabi junjungan. Mungkin Allah dengar permintaan saya kot. Lalu Allah pinjamkan kepada saya. Semoga pinjaman Allah ini tidak membuatkan saya riak dan lupa diri. Semoga Allah indahkan hati dan keperibadian saya macam Dia indahkan wajah saya yang tak seberapanya ni. Jangan salah faham statement saya ni. Orang lain tu ramai lagi yang cantik. Istiqamahlah dalam berdoa. Nescaya Allah dengar. Kadang-kadang, bila orang puji saya depan kawan-kawan, saya takut. Takut kawan tu tersinggung. Sebab saya pernah rasa semua tu. Saya jadi serba salah. Bagaimana harus saya bereaksi? Tak perlulah tunjukkan kegembiraan dipuji. Menjaga hati kawan tu penting. Memang ada kawan yang saya tengok bila ada orang puji saya depan dia, dia macam tak berapa suka. Ada yang cepat-cepat alih topik dan ada yang terus diam. Tak apalah. Mungkin mereka tak suka nak dengar. Saya tak marah. Saya faham perasaan perempuan. Mestilah ada rasa iri kan bila orang puji orang lain. Nak-naknya bab kecantikan ni. Kadang-kadang, saya tak faham di mana cantik itu? Bila saya beriya mekap dan pakai baju lawa, mungkin betul cantik sebab mekap dan baju kot. Tapi adakalanya, saya pakai sesimple mungkin, t-shirt dan jeans, ada juga yang menegur. Kadang-kadang pakai bedak dan lipstik je. Kadang-kadang pakai bedak dan eyeliner dan lipstik. Pakai baju yang bagi saya dah buruk pun masih ada yang menegur. Jadi saya faham, penglihatan dan pendapat orang itu subjektif. Kadang-kadang tak perlupun pakai tudung yang digaya belit-belit still ada yang tegur. Pernah saya pakai bedak, lipstik, blusher dan eyeliner tanpa eyeshadow, orang yang jumpa saya bila balik whatsapp saya yang dia suka penampilan saya hari tu. Tapi, cantik itu subjektif. Mungkin ada orang lain yang lihat saya tak cantik. Lihat saya biasa-biasa je. Mungkin ada yang kata saya hodoh. Saya tak kecil hati. Sebab pandangan manusia tu sememangnya berbeza. Kalau tak, tak adalah orang kata Erra Fazira tu tak lawa. Apa lagilah saya yang tak seberapa ni. Ya Allah, kurniakan kecantikan pada hati dan peribadi saya agar kecantikan yang sedikit ini tidak membawa saya kepada menyakiti orang lain dan keburukan kepada diri sendiri.

Monday, October 15, 2018

Gula Dalam Darah

Rasa sakit tekak. Sebenarnya minggu lepas pun rasa perit-perit manja. Cuma may be last weekend sibuk mengemas, so habuk kot. Hari ni perit tu rasa lebih lagi. Jom pergi klinik. Hahaha... Saya ni kan manja, sakit sikit je nak pergi jumpa doktor. Masa menunggu giliran kat klinik office ni, saya teringat yang tahun ni belum check gula dalam darah. Sebenarnya saya takut sikit nak check kali ni sebab kan hari tu makan coklat banyak. Semalam makan Kit Kat dan angah bawa nasi untuk dimakan bersama Hakim dan mummy. So makan nasi la semalam. Tapi yang takut tu sebab banyak makan coklat. Tahu jelah. Bila makan nasi, saya ni mengantuk tak hingat. Tu pun salah satu benda yang buat saya takut nak check gula dalam darah. Memanglah sejarah keluarga saya sebelah mama Alhamdulillah, tak ada diabetes. Tapi sebelah abah, adik-beradik abah ada diabetes. Lagipun, saya pernah jaga arwah chek yang menghidap diabetes. Nak makan pun susah. Makan ni sikit, gula naik. Kurang gula pun susah. Arwah chek tu bukan keturunan saya la kiranya kan, sebab dia moyang tiri. Lepas tu isteri my uncle, diabetes sampai buah pinggang rosak. Mata pun dah mula kabur. Glukoma. Melihatkan dia orang ni saya jadi takut dengan diabetes. Kalau nak kena, bila-bila pun boleh. Tu belum lagi kawan yang kena inject insulin. Saya tengok dia orang semua makan sangat perlu berjaga-jaga. Kalaulah nikmat ni ditarik Ya Allah, sedihnya. Tambah cerita angah yang sepupu her husband dah buruk kaki. Pergi buat rawatan, doktor korek. Tapi katanya mula memburuk di dalam pulak. Ya Allah, kesiannya. Saya kenal Kak Edah tu. Baik dan ramah orangnya. Saya menimbang-nimbang. Nak check glukosa ke tak? Nak ke tak? Ah, daripada risau tak tentu pasal, tak bertempat, kita check jelah. Semuanya kuasa Allah. Berserah sajalah. Dalam hati bermohon agar segalanya baik-baik saja. Doktor Tanya, sakit tekak je ke? Saya kata ya. "Doktor, check glukosa boleh tak?" Saya dah biasa dengan doktor ni. "Kenapa?" Tanya doktor lembut. "Saja. Tahun ni belum check. Tahun lepas check," Sebenarnya setiap tahun saya check. "Tahun lepas ada check?" Tanya minta kepastian. "Check. Masa yang luka tak nak bercantum tu," Jawab saya membawa doktor ke ingatan itu. "Tahun lepas, normal?" Tanya doktor sambil mempersiapkan peralatannya. "Normal," "You puasa?" Tanya doktor. "Puasa." Jawab saya senyum. Cuba melindungi keresahan. "Kenapa tak datang awal pagi? Kalau tak awal you boleh makan. Ni dah lewat dah," Doktor kesiankan saya. Saya senyum. Sebenarnya saya puasa bukan sebab nak check gula dalam darah. Saya puasa sebab dah lewat pagi tadi. Tak sempat nak singgah beli makanan. Tambah nak kurangkan makan gandum dan makanan berminyak. Hahaha... Siaran tergendala kejap sebab PR panggil saya nak tunjuk kat visitors dia yang blind boleh mekap sendiri macam orang lain. Kebetulan saya mekap hari ni. Cuma eyeliner je baru habis. Punyalah excited budak-budak tu jumpa saya. Hahahaha... Apa yang excited pun tak tahulah. Saya biasa-biasa je. OK, back to our story. Doktor meminta jari saya. Tanpa keberatan, saya menghulurkannya. Dah biasa dah check darah ni. Tak takut pun untuk di inject. "So thin eh your fingers," Saya senyum. Doktor ni nak ambil darah ke nak tengok jari saya? Ramai yang cakap jari saya halus. Saya rasa biasa je. May be sebab jari sendiri kot. Nenek saya macam-macam digelarkannya jari saya ni. Jari kera la, jari penari Mak Yung la, jari serai manis la. Saya tak kisahpun. Panggillah apapun. Saya rasa satu tembakan jarum kena pada hujung jari. Tak rasa pun darah mengalir? Pernah satu ketika, nurse terpaksa tembak beberapa kali sebab tak kena salur darah kot. "Ada tak darah doktor?" Saya bersedia untuk diulang tembak. Doktor menghulurkan saya secebis kapas basah untuk lap jari. Saya Doktor suruh saya tekap jari bekas cucukan tu. "Ya, normal. Tak ada apa," Beritahu doktor kepada saya sejurus kemudian. "Berapa doktor?" Tanya saya tersenyum. Syukur segera saya panjatkan dalam hati. "4.8," "Turun dari tahun lepas." Balas saya riang. "Tahun lepas berapa?" Tanya doktor. "5.6 tapi saya tak puasa masa tu. Dah breakfast," "OK, now go and take your meal," Ujar doktor. Terima kasih Allah kerana mengizinkan saya sihat lagi. Ya Allah, kenapa tiba-tiba sebak ni? Rasa Allah tu baik sangat. Saya ni bukan bagus sangat dalam menjaga makan. Buat apa yang mampu je. Bila jumpa coklat tak boleh tahan. Makan dan makan. Tapi Allah masih bagi saya sihat. Insya-Allah lepas ni saya akan cuba menjaganya. Alhamdulillah.

Comforter Kegemaran Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hai, apa khabar Monday korang hari ni? Is it OK? Ke blues? Hahahaha... Alhamdulillah, saya OK, OK je. Minggu ni, mood rajin sampai. Mana taknya, kalau dah vacuum walaupun Aurora yang buat, mop, basuh sinki, basuh dua bilik air dalam satu malam. Tak ke pelik namanya tu? Bosan sebenarnya +rajin nak mengemas. Kalau tak tunggu sianglah, petanglah, pagilah. Hahahah... Nak buat pun paksa diri. Si Chiko pun pelik agaknya. Lepas basuh baju, terasa nak basuh anak telekung warna putih, so rendam dengan tuala putih buat kawan. Then, rasa nak tukar cadar. Saya ni suka tidur atas comforter. Sebab rasa best. Tambah tidur atas tilam spring Vono lapan inci. Lembut dan tebal. Rasa macam tidur atas apa entah. Sebab tu saya beli selimut bulu-bulu untuk pakai dalam bilik berhawa dingin. Hahahah... Sayang nak selimut dengan comforter nanti habislah alas lembut saya. Sebenarnya saya tak banyak comforter. Maklumlah, saya ni kalau pakai satu barang, nak yang tu je. Tak nak yang lain. Sayang nak tukar. Sebab tu kalau beli, beli yang puas hati. Saya bukan kaya macam Datuk Vida hari-hari boleh shopping barang mahal. Beli satu yang mahal, then pakai bertahun. Tapi saya adalah beli satu cadar Patchwork. Dan dulu ada saya beli comforter second hand hotel. Memang best comforter tu. Tapi dah rosak sebab dah lama. So, buang dah rasanya. Saya beli patchwork dalam harga RM100 lebih sikit. Sebenarnya tak adil nak bandingkan patchwork dengan comforter sebab ianya dari kategori berbeza. Comforter best yang saya suka ni berwarna biru lembut. Saya beli kat Mid-Valley masa sale, RM300.00 lebih. Dah lebih empat tahun saya beli. Alhamdulillah masih elok. Sebab tu saya kata, alah membeli menang memakai. Saya jenis suka beli barang mahal tapi tak banyak. Pakai sampai rosak. Bukan simpan ya, pakai! Aku dah beli kau mahal, so kau kena berbakti kat akulah hahahah... So saya tukar cadar patchwork saya dengan comforter kegemaran saya tu. Rasa cantik je bilik saya ni dengan warna biru tersergam indah. Sejuk mata memandang. Macam berlayar di laut luas. Sekali baring fuh, lembutnyaaa... Rasa macam tidur dalam pelukan pun ada. Sebab kita akan tenggelam dalam kelembutan dia. Memanglah tak tebal. Tapi ibaratnya gitulah feeling dia. Tebal comforter kan, tebal mana sangat? Tapi ketebalan dia, material tekstile dia, memang buat saya terbuai. Rasa dah boleh beli satu lagi buat ganti-ganti. Sebab saya tak berapa suka sangat cadar patchwork tu. Ingat nak beli warna purple pulak. Patutlah abah suka sangat beli comforter kalau shopping. Tapi tak boleh minta abah sebab comforter dia semuanya untuk queen/king bed. Saya katil single je. Bila berganti dengan patchwork ni, baru rasa bestnya comforter. Saya nak beli set comforter anti dust macam yang pernah abah belikan untuk saya masa saya di UiTM dulu. Itu dia punya material kain, lagi best! Lembut dan licin-licin manja gitu. Hahahaha... Tak tahu macam mana nak gambarkan. Bukan licin yang licin tu. Macam mana entah.

Saturday, October 13, 2018

Felli Cutlery

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni entah datang semangat dari mana entah. Saya masuk office! Saya tak boleh bercuti lagi pada hari Sabtu sebab saya dah banyak kali cuti Sabtu. Sayanglahkan nak habiskan cuti macam tu je. ********************* So hari ni nak cerita pasal cutlery. Saya mula mengenali makan di hotel dan restoran sejak zaman kanak-kanak. Saya suka makan kat sana salah satu sebab kecilnya sudu. Sudunya besar, tebal dan dalam. Kalau makan kuah, banyak kuah boleh disudu. Bila makan kat rumah dan asrama, hmmm... Tak best! Sudu tak tebal dan tak dalam. Dapat makan kuah sikit je sekali sudu. Dulu-dulu saya fikir sudu cantik macam kat hotel tu hanya eksklusif untuk hotel dan restoran je. Yelah, tempat mewah. Bila saya cakap dengan mummy nak beli sudu baru, mummy belikan saya sudu sama je macam kat rumah. Alaaaa... Paling tidakpun, sudu yang ada hulu yang cantik seperti sudu hulu getah. Itu lagi saya tak suka! Saya ni memang cerewet orangnya. Dari pakaian sampailah sekecil benda seperti sudu dan berus gigi saya memilih! Hahahahahahaha... Tu yang orang kata saya high maintenance. Saya tak marahpun. Dah memang betul. Suatu hari, saya ke rumah kawan saya. Dia bagi saya makan menggunakan sudu macam kat hotel tu. Waaa... Saya suka! Saya Tanya dia, mana nak beli sudu macam ni? Dia jawab, kat Sogo banyak. Kat mall selalu ada. "Tapi kau kenalah pandai pilih. Janganlah pilih sudu-sudu biasa. Sudu biasa tu berlambak kat mall. Kau cari yang ada jenama. Tengok dulu lepas tu beli," OK. Mulai hari tu, saya pasang niat nak beli sudu garfu macam tu. Beli biar mahal, tapi sekali je. Saya mula search kat internet pasal jenama-jenama sudu ni. Ada satu jenama ni saya nak beli. Berkenan. Ada satu set lengkap. Siap dengan sudu pencuci mulut dan pisau makan. Hahahaha... knife table or knife dinner nama dalam omputehnya. Jenama ni order direct dari UK. Dalam RM400.00 lebih je. Tak mahal. Berbaloilahkan? Ada 76 set kot. Dan yang best tu diperbuat daripada stainless steel 18/10 di mana ketahanan karat dan kilaunya bagus! Tapi harga di Malaysia, mak oiiii... Meninggal! Sementara saya belum buat kitchen cabinet, letaklah dulu web site ni dalam favourite google saya. Karang beli letak dalam store je. Tapi... Setiap kali makan pakai sudu, geram betul saya bila sudu saya tu jenis nipis dan tak dalam. Makan kuah pun sikit. Kadang-kadang sudu tu bengkok bila ganas menggunakannya. Siapa suruh ganas? Ada jugak yang berkarat bila lama simpan. Ish, sabra jelah. Tunggu cabinet siap lepas tu baru beli barang dapur. Sekali tu, saya pergi Sogo ditemani Cikgu Norimah. Hajat di hati nak hantar Sembonia handbag repair. Sayangnya Sembonia Sogo tak ada service repair. So apa lagi, merayaplah kami ke bahagian peralatan dapur. Saya bagi tahu cikgu, saya nak tengok sudu yang pernah dia belikan untuk sorang kawan saya. Cikgu pun bawa saya ke bahagian tu. Sesampainya saya di bahagian tersebut, saya sangat teruja. Banyak sudu yang tebal, besar dan dalam. Cikgu menunjukkan saya sejenis sudu dari jenama Felli. Yes! Saya suka sudu tu! Keras dan tebal. Paling penting dia dalam dan stainless steel. Amboi, bukan main lagi kau eh. Mentang-mentang kau mahal, kau jual satu-satu sudu macam ni. Yang tak berapa tebal tu boleh pulak kau jual satu set RM76 la, RM100 la sekali dengan garfu dan pisau makan. Bila tang yang ni kau jual sebatang-sebatang. Cikgu kata, yang ni lebih bagus dari yang dia pernah belikan budak-budak lain tu. Harganyapun mahal sikit. Tengok harga, RM30 lebih sebatang! Mampus! Tak kuasa aku! Tunggulah cabinet siap dan order je dari UK tu. Dalam tak nak tu, duduk jugak membelek sudu tu. Tapiiii... Tiba-tiba cikgu cakap, Ada offer la sudu ni. RM10.00 je. Hah? Biar betul! Saya minta cikgu confirmkan. Yes, confirm! RM10.00 sebatang! RM10 sahaja! Senyuman mula mekar di bibir dan matapun dah bercahaya-cahaya. Bintang-bintang bersama love dah keluar dari kepala menuju angkasa. Sudu idaman di depan mata. Tak beli satu set pun, beli sudu je pun jadilah. Eh, beli sudu mesti beli pasangannya garfu. Takkan sudu tebal garfu nipis masa makan kot. OK, saya beli empat ke enam pasang. Tambah dengan tea spoon dan dua senduk lauk. Baruk RM100 lebih! Hahahahaha... Rasa nak lompat-lompat je kat Sogo dapat beli sudu idaman sekian lama. Baru-baru ni saya pergi Sogo dengan cikgu lagi. Tapi jenis tu tak ada pulak. Nantilah beli lagi. Sekali tu saya bawa sudu pergi office. Kata kawan saya, Mak oi sudu! Dia tengok harga kat sudu tu. "Ni makan sesuap terus kenyang eh makan pakai sudu ni?" Waaaa... Melampau kau, Wan! Ketuk kepala kau dengan sudu ni baru tahu! Dia ketawa. Katanya, kalau dia tak ada masa nak beli sudu rege senggitu. Eleh, nanti kalau bini kau esok nak beli padan muka kau! Saya curious tentang jenama sudu ni. Then, mula search di internet. Sudu buatan Malaysia! Memeranjatkan, dah masuk pasaran antarabangsa! Dan syarikat ni merupakan pembekal cutlery kepada hotel-hotel terkemuka Negara sama ada berbintang lima mahu pun empat. Dia juga pembekal cutlery untuk restoran-restoran terkenal seperti Secret Recipe dan banyak lagi! Patutlah aku jatuh hati kat dia. Entah-entah memang jenama ni yang selalu saya gunakan waktu makan di restoran dan hotel. Tapi harga kalau tak sale memang gila mahal! Tengok kat web dia pun, harga mahal-mahal! Ada banyak jenis. Kalau dah siap cabinet nanti kita beli satu set terus! Hari tu, acik datang rumah. Dia Tanya saya, "Sudu kau ni nak ketuk kepala orang ke apa ni? Dahlah tebal, berat pulak tu," Saya jawab, "Ha'ah, nak ketuk kepala kau." Hahahahaha... Kami tergelak sama-sama. Baru jap saya tengok kat Lazada harga Felli ni. Mahal jugak eh? RM37 kalau tak silap. Gila betul! Gila tak gila. Saya akan beli. Beli satu set je OK. Lepas tu duduk diam-diam. kau pakailah sampai tua!

Friday, October 12, 2018

Cubic Zirconia Dan Berlian

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang sihat? Hope all of you are well. Hari ni nak cerita kat korang pasal batu permata yang merupakan antara barang kesukaan saya. Saya mula ambil tahu sikit-sikit pasal batu permata ni sejak main kutu emas. Alhamdulillah dah dua tahun saya main kutu emas. Insya-Allah, masuk tahun ketiga untuk sesi seterusnya. Batu permata ni bukan boleh dibuat main. Silap hari bulan, orang tipu kita. Beberapa hari ni hangat kat Youtube kes Aishah kononnya ditipu oleh usahawan terkemuka, Datuk Sri Vida. Sewaktu Aishah menjuarai Gegar Voganza musim ke berapa entah, katanya DSV taja hadiah set barang kemas bertatahkan berlian bernilai RM80,000.00. Aishah kononnya nak pergi redesign kalung tu dan diberitahu tukang emas yang batu di kalung tu bukan berlian. Ada juga wartawan Tanya betul ke nak redesign, ada sumber mengatakan Aishah nak gadai kalung tu. Tapi Aishah menafikannya. Saya tertanya-tanya, takkan DSV ni penipu? Dia tak saying ke dengan perniagaan dia yang semakin naik tu? Dia banyak duit kot. Takkan nak menipu? Setahu saya meskipun ada gedik sikit, DSV ni baik orangnya. Saya search kat Youtube untuk mengetahui respon DSV. So saya jumpa satu video press conference DSV berkenaan perkara tu. Daripada kedua-dua video terbabit, saya dapat simpulkan bahawa, kedua-duanya bukan orang yang arif tentang batu permata terutamanya berlian. Walaupun Aishah mengatakan dia meminati barangan kemas ternyata, sebenarnya dia sendiri tidak arif tentang jenis batu permata. Apatah lagi DSV yang memang mengaku dia tidak arif tentang perhiasan tersebut. Nampak cantik, dia beli. Tapi netizen ni lebih sudu dari kuah. Kalau korang pun tak faham pasal batu ni, janganlah sibuk nak mengata orang. Siap mengutuk lagi. Tak pasal-pasal korang dapat dosa free. Padahal, kalau korang kat tempat dia orangpun, belum tentu korang tahu yang ada kat tangan korang tu berlian ke bukan. Dalam penjelasan DSV bersama peguamnya, ternyata barangan berlian yang dihadiahkan itu sebenarnya bukan berlian tapi ia adalah batu permata dari jenis Cubic Zirconia. Zirconia? Lantas saya memegang sebentuk cincin di jari manis kiri saya. Inilah Zirconia. Memang Nampak cantik, berkilau seperti berlian. Sehinggakan kawan-kawan saya tidak mampu membezakan Zirconia ni dengan cincin berlian yang mama saya beri kepada saya. Cubic Zirconia ni sejenis batu yang dibuat di dalam makmal. Dia bukan juga berlian buatan di makmal. Jauh sekali berlian asli dari perut bumi. Tapi penampilannya seakan-akan berlian. Hanya orang yang pakar sahaja mampu mengenalinya. Itu pun ia perlu diuji untuk mengetahui jenisnya. Sememangnya saya terkejut tatkala menonton video DSV tentang penjelasan perkara ini. Bila DSV memaklumkan rantai hadiahnya kepada Aishah mempunyai batu safir dan berlian, hati saya terdetik, mustahil berlian asli kerana harganya terlalu murah RM80,000.00 untuk satu set berlian siap dengan batu safir lagi. Bila dia sebut Zirconia, saya setuju harganya sebegitu. Sebab Zirconia ni juga sejenis permata yang boleh diikat dengan emas seperti cincin kepunyaan saya. Sebenarnya Cubic Zirconia dan berlian buatan ni banyak dipakai even diikat dengan emas sebagai ganti kepada berlian asli yang jauh lebih mahal harganya. Bila Aishah kata rantai yang DSV tu tak bernilai, saya sANGAT TIDAK SETUJU> Butiran putih batu itu Zirconia tetap berharga apatah lagi diikat dengan emas walaupun emas putih. Usahkan rantai, cincin saya ni pun saya saying. Ribu harganya, bukan murah. Puluh ribu ya rantai tu. Cubic Zirconia ni kelihatan serupa dengan berlian buatan makmal dan berlian asli tapi jauh bezanya. Jom kita tengok apa itu Cubic Zirconia: Cubic Zirconia diperbuat daripada zirconium dioksida. Ia tidak mempunyai warna serta relative sempurna. Oleh kerana sifat optic dan fiziknya mirip kepada berlian, ia sering digunakan sebagai ganti berlian dalam pembuatan barang kemas. Mari kita tengok pula berlian sintetis atau buatan: Namanya berlian buatan, ia dibuat di makmal. Sama seperti Zirconia. Kalau yang asli tu datang dari dalam perut bumilah. Berlian ni dikenali sebagai berlian laboratorium/makmal, berlian budidaya, berlian sintetis, berlian buatan atau berlian olahan. Jangan silap, berlian ni bukan berlian palsu OK. Ia juga berlian asli kerana sifat fiziknya serta komposisi kimia yang sama seperti berlian alami. Beza antara Zirconia dan berlian sintetis ni ialah pada sifat fizik dan kimianya. 1. Daya tahan: Berlian sintetis mempunyai daya tahan yang lebih lama berbanding Cubic Zirconia. Berlian sintetis mempunyai nilai 10 pada skala kekerasan Mohs, sama seperti berlian asli, Sedangkan cubic zirconia memiliki nilai 8,5. Oleh itu, Cubic Zirconia lebih mudah terguris potongan dan bagian sisi cubic zirconia lebih lembut daripada berlian sintetis. Sementara berlian sintetis sama seperti berlian asli memiliki sisi yang tajam tidak seperti Zirconia yang bersegi mempunyai sisi membulat. Semakin lama sisinya makin membulat apabila ia kian terhakis. 2. Tingkat dispersi dan pembiasan warna: Cubic Zirconia mempunyai dispersi yang lebih tinggi. Apabila terkena cahaya, ia akan memantolkan kerdip cahaya yang lebih berwarna berbanding berlian sintetis. 3. Keberatan: Cubic Zirconia memiliki material lebih berat berbanding berlian sintetis. Sekiranya saiz Zirconia dan berlian sintetis sama ditimbang, kita akan mendapati Zirconia lebih berat. Itulah antara perbezaan Zirconia dan berlian sintetis serta berlian asli. So, Aishah tak perlu rasa sedih atau terhina apabila dihadiahkan dengan Set barang kemas bertatah Zirconia kerana Zirconia juga popular dalam pembuatan barang kemas. Cuma silap DSV tidak menjelaskannya. Seperti yang diakuinya, dia pun tidak arif tentang Zirconia dan berlian. Tengok hamper sama. Mana tahu sebenarnya ia berbeza. Tapi OK jugaklah sebab DSV nak gantikan barang kemas Aishah tu dengan barang kemas lain yang sama nilai RM80,000.00. Saya rasa kalau DSV tak buat macam tu pun tak apa. Dah memang Zirconia tu permata. Bukan palsu. Hanya permata buatan manusia seperti berlian sintetis cuma kualitinya tidak sama seperti berlian sintetis. Terpulanglah kat dia orang. Korang baca tak entri ni sampai habis? Saya dah siap ringkaskan dah supaya korang tak pening. Saya baca kat web site lagi pening. Ayatnya panjang dan berbelit. Oh ya, saya ada Tanya tukang emas yang saya main kutu tu. Takut dia. Dia ingat saya nak kata dia tipu kot bila saya Tanya pasal Zirconia. Beriya-iya dia cakap yang dia dah maklumkan kepada saya yang cincin saya ni bertatahkan Zirconia sebelum saya beli. Hahahaha... Lepas tu baru dia faham kenapa saya Tanya. Diapun akui bahawa Zirconia dan berlian susah untuk dibezakan. Memang orang selalu kata berlian. Tapi belum tentu itu adalah berlian. Katanya tengok gambar lagi susah nak kenal. Hahahaha... Tahun depan nak order cincin berlianlah. Nak sebiji berlian kecil yang asli dari perut bumi seperti zamrud saya tahun ni. Pening lagilah si Azrah nak layan kehendak saya. Nak ori la, nak design macam tulah, macam nilah. Tak nak yang gitulah, yang ginilah. Mesti tiba turn saya Azrah dah bersedia dengan cerewet saya ni. Hahahaha... Tapi Azrah ni memang keibuan orangnya. Lembut dan baik je bila bercakap. Kat belakang kutuk tu tak tahulah kan. Siap tunjuk kat saya sample cincin macam cincin Queen Elizabeth lagi. Hoi, saya tak kaya macam tu laaaaa... Nak bagi saya cincin Queen Elizabeth. Berapa ribu nak tambah duit Azrah oiiii... Mungkin cerewet sangat kot, yang tu tak nak, yang ni tak nak. Sudahnya tahun ni, hantar design sendiri suruh tukang emas dia buat. Custom made kau. Hahahaha... Cerewet sangat!