Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Keterampilan Diri. Show all posts
Showing posts with label Keterampilan Diri. Show all posts
Wednesday, January 22, 2020
Premium Beautiful Yang Merawat Hati
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Sejak akhir-akhir ni, emosi saya terganggu. Fikiran rasa tak tenang. Hati sering terluka dan pedih. Lantas saya sering menangis.
Tak apalah. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Allah kan uji kita sebab Dia sayangkan kita. Semoga Allah benar-benar sayangkan saya. Amin...
Dan sekali lagi hari ini hati saya tersakiti. Tak apa Tinta, sabra. Allah kan ada. Allah Nampak, Allah dengar dan Allah tahu segala-galanya. Janganlah kau risau.
Dan seperti yang dijanjikan, petang ni, Hadisah datang bertemu saya di pejabat.
Atas urusan apa?
Tahun lepas, mama ada bagi saya gurdle dari jenama Crony. Saiz mama dulu kan kecik jugak. Tapi mungkin bukan saiz saya. Then, mama pakai dua tiga kali je lepas tu simpan. Mungkin kainnya pun dah mereput. Tapi bolehlah dari tak ada. Cuma mama tak ajar saya cara pemakaian yang betul. Mungkin sebab mama dah lupa. Siap dah tenggelam banjir besar tahun 2014 dulu korset ni. Full set pulak tu.
Dah lama dia tunjukkan tanda-tanda tak mahu berkhidmat untuk saya. Tapi saya diamkan sebab sayang duit nak beli baru. Tapi, minggu ni, dia mula meragam lebih sikit. Tulannya patah, kain di bahagian pembalut tulang koyak. Bila saya pakai, besi tu asyik cucuk perut dan dada saya je. Eh, tak boleh jadi macam ni.
Saya try search kat Google kot-kot dapat jumpa penjual Crony ni. Mana tahu ada life warranty macam Premium Beautiful aka PB. Boleh hantar repair. Tak payah beli baru. Jimatlah duit saya.
Malangnya, saya tak jumpa penjual Crony. PB banyaklah. Siap tulis life warranty.
Kalau kita dah biasa pakai gurdle, kita rasa tak best kalau tak pakai. Nak tak nak, saya Tanya Disa, boleh buat ansuran tak? Nak beli sedebuk, mana ada duit. Banyak lagi komitmen lain.
Disa kata boleh. Alhamdulillah.
Maka hari ni, Disa datang ukur saiz saya. Harga PB ni kan ikut saiz.
Saya dah bagi duit bayaran pertama sebenarnya. Yelah, orang berniaga, mestilah nak ada jaminan pembelian kan walaupun kawan.
Proses mengukur selesai. empat bahagian yang diukur iaitu dada, bawah dada, pinggang dan punggung. Yelah, full set kan ada tiga komponen. Saya try pakai saiz yang diukur. Yang lain OK. Saya try tukar long gurdle ke saiz lebih kecik, tak sesuai. Jadi betullah ukuran Disa. Bengkung kata Disa, dia kena hantar esok sebab tak stok saiz saya. Saya try sample saiz saya. Kata Disa, tak sesuai sebab besar dengan saya. Baru pakai dah kena pakai line paling kecik. Maknanya bengkung tu besar dengan saya. Try satu saiz kecik dari tu, Alhamdulillah, sesuai. Jadi, dapatlah saya full set hari ni. Hehehehe bukan kepalang gembiranya saya. Lupalah sejenak kepada masalah yang melanda. Ni bila orang semua dah balik, mulalah teringat balik.
Rupanya, pemakaian gurdle ni ada caranya. Nantilah lain kali saya tulis. Kalau rajin.
Friday, December 20, 2019
Belajar Highlight Hidung
Assalammualaikum dan selamat tengahari semua.
Dah tengahari dah kan?
Saya rasa, zaman sekarang ni, tak perlu nak pergi operate bagai kalau nak hidung mancung ke, kemik ke, pipi kurus ke, gemuk ke. What so ever la. Dengan mekap pun kita dah boleh dapatkan bentuk hidung, bibir, mata, pipi dan apa saja macam yang kita nak. Cuma tak permanent la. Bagus jugak kalau tak permanent pun, boleh tukar-tukar bentuk.
So saya ni, jenis orang yang bosan kalau buat benda tu, benda tu je.
Macam mekap, saya dah pandai pakai foundation, eye brow, eyeliner, eye shadow, blusher, lipstik. Yang basic tu saya dah boleh buat sendiri sejak dua tiga tahun kebelakangan ni.
Saya suka tengok video kat Youtube tentang kecantikan. Malangnya, saya tak boleh belajar sebab tak nampak apa dia orang buat.
Lagipun, saya rasa bengang bila saya keluar TV, mummy selalu komen, hari tu masuk TV, mesti bukan mekap sendiri kan?
Saya: Kenapa?
Mummy: Mummy kenal sebab lain.
Saya: Kenapa, along mekap tak lawa ke?
Mummy: Lawa. Cuma kalau orang lain mekap tu nampak lain dari biasa.
So saya faham, MUA mekapkan saya memanglah. Siap shading, contour, highlight dan macam-macam. Sebenarnya sayapun dah bosan buat benda sama hari-hari. Eye shadow tu ada jugaklah tukar-tukar bentuk sebab Aqilah ajar. Siap belikan acuan lagi. Yang lain tu, tak tukar-tukar. Blusher pun selalu jugak berubah bentuk sebab kalau beli blusher kan ada kertas yang dia ajar pakai blusher, adalah dua tiga cara.
Time sales kat Lazada hari tu, tangan sayapun gatallah search bronzer. Sekali timbul bronzer dan highlighter. RM12.00 something je ada enam warna dan tona. Beli murah-murah je dulu sebab nak belajar.
Ingat nak buka Youtube then nak suruh Kak Sha ajar. Tapi saya teringat kat Kak Zura. Dia kan belajar mekap dari Nurul Syukur yang mekap Siti Nurhaliza tu, mesti pandai mekap.
So petang semalam, saya minta dia ajar. Kak Zura pun tak keberatan nak mengajar macam Kak Fatimah dulu.
Saya bawa la pallet Miss Rose saya tu. Kak Zura kata warna dia lawa-lawa.
Saya tanya Kak Zura, antara bronzer, cotour, highlight dan shading, mana paling senang? Saya nak belajar yang senang dulu.
Kak Zura putuskan untuk ajar saya buat hidung jadi mancung dulu. Katanya tu paling senang.
Tapi pallet Miss Rose saya tu tak ada warna gelap yang Kak Zura nak untuk buat garisan hidung. So, be creative. Kita guna pallet eye shadow Tarte yang saya beli dulu. Semua warna nude.
OK, memang senang nak buat hidung ni. Cuma, saya kena belajar untuk praktikkannya supaya perfect macam mekap-mekap yang saya buat selalu.
Mula-mula, saya try guna jari. Tapi jadi kembang pulak hidung saya. So, kita guna berus shading. Rasa dulu pangkal batang hidung, then, buat garis kiri dan kanan dari pangkal tu sampai ke hujung hidung.
Bila dah dapat satu garisan lurus, blend pakai berus lain supaya dia blend dengan kulit.
Lepas tu, ambil dengan jari hantu warna untuk highlight hidung dan sapukan secara lurus di antara dua garisan tadi dari tengah hidung ke bawah hidung. Kemudian, blend! Siap!
Dapatlah hasil hidung mancung!!! Kak Zura kata, garis jangan kembang, kalau tak nanti nampak kembanglah hidungnya.
Hahahahaha...
Hari ni saya buat sendiri, alamak! Kenapa dia tak nak blend? Kak Sha kata tak blend pun.
Saya naik jumpa Kak Zura, memanglah tak blend, sebab saya tekan masa buat garisan tu. So warna dah melekat kuat. Kata Kak Zura, jangan tekan. Buat lembut je, macam pakai eye shadow dan blusher. Hahahahha... Tapi Kak Zura kata, garis dah cantik. Lurus, cuma silapnya tekan. So, bila blend, dia tak boleh blend.
Hehehehehe...
Cayok, cayok, Tinta, kau pasti boleh.
Tuesday, December 17, 2019
Bodoh Dan Pemalas!!!
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Maaflah, tajuk entri pagi ni kurang menyenangkan.
Aku memang hot hari ni!
Kenapa? Sebab orang Finance ni bodoh dan pemalas! Kalau bodoh, rajin belajar, rajin buat kerja OK lagi. Ni dahlah bodoh, pemalas pulak tu!
Baru-baru ni, kita orang ada buat event. Karnival Sukan. Dari awal lagi Finance ni cari pasal. Sebab apa? Sebab tak libatkan dia dalam sekretariat.
Sebab apa semua menggeletis nak masuk sekretariat? Sebab ada elaun!
So, kau ingat, ada elaun aku nak suka-suka bagi kau free lepas tu kau bagi aku kerja yang tak setimpal? Dahlah kita orang, department aku ni, dari awal tahun lagi buat kerja, masuk meeting, kadang-kadang tak cukup masa sebab kita orang jaga dua department. Belum lagi termasuk dengan orang-orang buta yang tak sedar diri lagi. Mengata kita tak buat kerja. Pada hal, ada je benda kita orang fight then dia orang dapat senangnya. Tu bab lain. Nanti aku cerita.
Bukan tak pernah bagi peluang dia jadi sekretariat. Tapi hampeh! Berdasarkan pengalaman tulah, aku putuskan, yang kayu semua ni, tak payah nak berangan jadi sekretariat aku!
Kita orang ni nak berkerja, nak smooth kan event, nak urus benda dengan mudah. Kalau kau nak menyusahkan aku, sorry, bye bye la kau!
Bukan sekadar staff, penyelaras pun aku tukar yang mana ada pengalaman dengan aku, yang menyusahkan hidup aku!
Kau tahu apa yang Finance bodoh ni buat sampai aku hot satu badan?
Dalam office ni, department aku je yang diajar sejak turun-temurun dari x-boss aku ada supaya buat laporan kewangan secara detail setiap kali event walaupun, kita orang tak pegang cash!
Orang lain, belanja, bagi je receipt, quotation dan invois secara pecah-pecah dan satu, satu kat Finance bodoh tu. Lepas beberapa bulan, cuba kau minta dengan Finance tu, contoh fail yang dia orang buat untuk kewangan event, aku gerenti dia tak boleh bagi. Sebab apa? Sebab yang kita orang bagi sedebuk dalam fail tebal pun, bila kita orang minta nak tengok contoh, dia suruh staff aku cari sendiri dalam store. OK, kalau cakap dalam store tu kat bahagian mana, OK, kita tahu dia orang organize fail dengan betul. Ni tak, staff aku terpaksa cari satu-satu membuta-tuli untuk dapatkan fail lama kita orang. Belum tujuh tahun or lima tahun ek, fail tu, fail dua tahun lepas, macam mana kau boleh tak organize dengan baik? Bersyukurlah kau, bukan aku boss kau!
Then, habis event, kami mula siapkan laporan kewangan. OK, kita orang buat laporan kewangan secara keseluruhan. Finance bodoh lagi pemalas tu, suruh staff aku buat satu lagi dokumen yang kita orang ambil cash dari dia orang RM5,000.00! Dahlah laporan kewangan kita orang buat, kau tak payah susah-susah fikir, lepas tu, kau demand lagi. Kan kat dalam laporan tu dah ada semua benda. Kalau kau nak mudahkan kerja kau, kau yang kena buat summary sendiri, bukan kita orang. Tanggungjawab kita orang, pastikan semua perbelanjaan dan keluar masuk duit tu on paper dan ada bukti, bukan buatkan kerja kau yang lebih-lebih tu. Staff aku ni pun entah apa-apa yang baik sangat pergi buat. Pada hal, dia orang mempergunakan dia. Siapa boss kau sebenarnya? Kenapa kau tak boleh consult dengan aku dulu? Memang aku hangin pagi ni!
Bukan aku berkira buat kerja, tapi, aku memang menyampah dan benci orang pemalas dan suka menyusahkan orang lain. Nak senangkan kerja dia je!
Thursday, December 12, 2019
Komen Untuk Foundation Baru Saya
Seperti biasa, bila beli foundation baru atau produk baru, saya akan try produk tu dengan diperhatikan oleh kawan-kawan yang pandai mekap. Kalau dulu Kak Fatimah yang selalu tengokkan saya, sekarang Kak Sariha la orang yang sering saya minta tolong diikuti Amjat dan Kak Zura. Some times Qilah.
Yelah, saya belum biasa dengan kadar kuantiti yang perlu diletak.
Alhamdulillah, satu pam saja dah memadai untuk saya pakai ke seluruh wajah saya.
Kak Sariha kata, "Cantik Tinta foundation ni. Nampak kulit kau smooth je."
"Mana cantik kak? Yang ni ke Lancôme saya?" Tanya saya dengan hati masih sayangkan Lancôme Ultra Wear saya.
"Akak tak ingatlah. Tapi yang ni serius cantik. Dah, jangan tukar-tukar foundation dah. Pakai yang ni je," Pesannya kepada saya.
"Saya bukan suka tukar-tukar. Kalau tak ada masalah, saya pakai je Lancôme tu. Saya sayang dia sebenarnya. Sebab dia tu lawa. Saya tengok review pun ramai kata dia lawa," Jawab saya sedih.
"Dah. Tak payah ingat yang lama tu. Akak pun dah lupa yang lama tu macam mana. Yang ni cantik." Katanya memberi komen.
Pagi tadi, saya Tanya Kak Zura, "OK ke foundation ni, kak?"
"Ni foundation yang tunjuk kat Kak Sariha masa nak beli hari tu ek?" Tanya Kak Zura minta kepastian.
Hahahaha... Masa kat Sephora hari tu beria hantar gambar kat Kak Sariha, OK tak foundation saya nak beli?
"Ya," Jawab saya.
"Cantik. Sesuai dengan kulit Tinta. Masuk dengan kulit Tinta. Tak terang melampau, tak gelap, tak Nampak macam tepung gomak, tak Nampak macam pakai topeng. Nampak natural. Cantik."
Mujurlah pass dengan semua tukang komen office ni termasuk Amjat. Dia orang ni jujur semuanya. Sekali dia orang tak berkenan, pam je dia bagi. Lepas tu, saya yang down sebab dah beli.
Alhamdulillah.
Balik dari kerja luar, Kak Sha pulak komen, "Cantik dah foundation kau hari ni."
"Saya dah Tanya Kak Sariha dah nak pakai banyak mana," Jawab saya riang.
"Oh, patutlah. Nampak cantik," Katanya.
Alhamdulillah. Saya harap foundation ni friendly dengan kulit wajah saya. Janganlah break out kan kulit saya lagi. Jenuhlah nak try foundation lain. Kalau RM2.00 tak apalah. Saya beli sepuluh terus. Ni, demam seminggu kalau nak kena tukar-tukar lagi. Agaknya hari tu demam pasal beli foundation baru kot. Hahahahaha...
Doktor Konon!
Assalammualaikum korang.
Selamat petang. Ops, jangan kemas beg dulu ek, belum pukul 5.00 ni.
Masih lagi dalam mood untuk bercerita tentang kulit yang break out disebabkan foundation hari tu.
Bila beli foundation baru, trauma takut dia rosakkan kulit tu masih ada.
So, pada fikiran saya, saya kena buat perlindungan kulit sebelum ianya berlaku.
Nak tahu apa yang saya buat?
Saya sapukan ubat yang Kak Sha bagi kat tempat yang break out hari tu iaitu di sekeliling bibir. Lepas tu, saya pakai foundation.
Nak tahu apa hasilnya?
Hasilnya, kulit tempat saya sapu ubat sebelum pakai foundation tu timbul jerawat! Jerawat kecil-kecil. Nilah jerawat pasir kot. Bukan sebiji ya, dua tiga biji! Untuk orang yang Alhamdulillah dah pulih dari jerawat remaja dulu, sebiji jerawat pun masalah besar bagi saya! Rasa nak nangis!
Hayyyooooo!!! Macam mana ni?
Takkan foundation ni pun saya tak boleh pakai?
Dahlah mahal!!!
Matilah nak.
OK, OK, jangan panic. Saya nasihatkan diri sendiri.
Mengikut kata Noel Faizal di Youtube, jerawat pasir akan tumbuh apabila kulit kita ni basah yang keterlaluan. Maksudnya, minyak yang berlebihanlah. Jerawat pasir ni macam kulat. Dia suka tumbuh kat tempat yang basah. Noel siap bagi contoh bilik air dan longkang yang tumbuh kulat lagi.
Mungkin betullah kot. Ubat yang saya guna tu, berminyak. Berminyak sangat. Campur minyak muka saya, campur minyak foundation, mungkin dia dah over lembap.
Then, saya try pakai foundation tu balik minggu ni selepas jerawat kering dan beransur pulih tanpa memakai ubat.
Alhamdulillah kepada Tuhan yang memberi rahmat. Jerawat tidak lagi muncul.
Tulah, pandai-pandai jadi doctor sendiri.
Tuesday, December 10, 2019
Mekap Untuk Suamiku Mr. Blind
Assalammualaikum dan selamat petang you alls....
Mata mesti ngantuk kan lepas lunch?
Meh sini kita sembang.
Ada yang dah tahu bahawa saya pernah terlibat dalam shooting Suamiku Mr. Blind.
Masuk set location, mestilah kena mekapkan?
Memang best sebab yang mekapkan tu make up artist.
Ada salah satu hari shooting tu, make up artis tu kami panggil mak. Mak panggil saya untuk mekap. Dengan confidentnya dia pakaikan saya something.
Saya: Foundation apa ni, mak?
Mak: Ni bedak. Bukan foundation.
Saya: Habis tu, tak pakai foundation? Nanti tak elok pulak.
Mak: Tak apa. Muka Tinta bukannya ada jerawat atau parut, OK je kalau pakai compact powder tak letak foundation.
Alaaaa... tak cantiklah saya nanti.
Ramai jugak yang Tanya, saya pakai skin care apa?
Bila saya Tanya kenapa Tanya?
Dorang kata, sebab muka saya licin tak ada jerawat.
Hmmm... Nak dapatkan sesuatu bukan mudah. Ianya perlu penjagaan rapi dan perhatian. Duit pun perlu jugak.
Dulu-dulu,, muka saya banyak sangat jerawat. Kat dahi, pipi, dagu dan bawah mata.Kadang-kadang kat hidung pun ada. Puas saya buat nak hapuskan jerawat, tak hilang-hilang. Cara tradisional, moden semua saya buat tapi tak jugak bersih muka saya. Masa tu, remaja lagi. Tak pandai surf internet dan pergi pakar kulit. Kalau tak, mesti saya dah buat.
Alhamdulillah, berkat dari kesabaran dan kerajinan, akhirnya, jerawat ucapkan sayonara kat saya. Alhamdulillah jugak, jerawat yang banyak tu tak tinggalkan parut di wajah saya. Syukurnya saya, Allah je yang tahu. Stress betul kalau kita ada jerawat ni. Keyakinan diri pun hilang.
Untuk korang yang ada jerawat, banyak yang korang boleh baca, tengok kat Youtube dan cuba produk yang berlambak di pasaran. Ingat, jangan cuba sebarang. Tengok review dan syor yang dicadangkan oleh reviewer. Karang salah pakai, jerawat makin banyak.
Monday, December 9, 2019
Dior Forever Skin Glow Foundation
Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Dua minggu lepas, saya memutuskan untuk beli foundation baru sama ada dari Christian Dior atau She Eumura.
Preferable saya adalah Unlimited Breathable Shu Eumura Foundation. Selalunya kulit saya ni dia OK dengan produk Jepun atau Korea. Saya dah check isi kandungannya, bebas Paraben.
Pilihan kedua saya ialah Dior Forever Skin Glow Foundation dari Christian Dior. Yang ni, awal-awal lagi dia dah tulis Pareben free. Harganya lebih mahal dari Shu Eumura. Biasalah, siapa tak kenal dengan Dior kan? Sebatang lipstick yang saya beli kat airport beberapa bulan lalu pun dah RM148.00.
Sayangnya, kedua-dua jenama ini tak ada counter di NU Sentral.
Mujurlah NU Sentral ada Sephora.
Malang lagi, Sephora NU Sentral tak jual Shu Eumura. Sedangkan saya nak menghadiri kursus last week.
Nak tak nak, hanya Dior yang saya ada sebagai pilihan.
Dior pun Dior lah. Mujur foundation, kalau serum, pelembap, matilah nak. Foundation ni boleh pakai berbulan.
Saya mula test foundation sasaran dengan bantuan sales girl. Tapi tak best la. Better pergi counter dia. Lagi puas hati.
Dahlah yang teman tu Kak Sha yang kalau boleh pakai foundation biar tak Nampak warna foundation. Laaa... habis tu, beli foundation buat apa? Saya nak foundation yang mudah blend macam lancome tempoh hari.
Mujur otak saya ni berjalan. Saya keluarkan foundation Lancôme dan saya cakap, saya nak yang tone macam ni. Alhamdulillah ada.
Dah dapat tone yang saya nak, sales girl memakaikan foundation tersebut kepada saya.
Sales girl: You letak satu layer je cukup. Muka you tak banyak yang nak dicover. So, tak perlu letak banyak-banyak.
Sukatannya satu pam seperti Lancôme jugak untuk saya pakai.
Harga Dior Forever Skin Glow untuk November 2019 adalah RM225.00 tapi sebab beli masa black Friday, dapatlah RM191.25 sahaja dengan diskaun 15%.
Review? Masih dalam percubaan.
Saturday, November 30, 2019
Salah Beli, So Macam Mana?
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sambil-sambil tunggu nak jumpa kawan-kawan ni, kita update la kejap.
Selama ni, saya tak pernah titikberatkan pasal serum, pelembap dan terutamanya, sun screen atau sun block.
Saya hanya pentingkan cleanser, toner dan essence je.
Bila kulit saya diserang elegik, lepas dia iritasi, dia akan kering dan menggelupas. Kak Sariha tanya saya, "Pakai pelembap tak?""
"Tak," Jawab saya.
"Laaa... macam mana nak hilang cepat gelupas tu? Dia keringlah. Kenalah lembapkan dia."
"Oh, ye ke?" Tanya saya padanya.
Alamak, macam mana ni? Saya tak ada pelembap. Nak kena beli ni. Lepas tu nak kena try and error. Sesuai ke tidak dengan saya.
Mungkin betul jugak. Fikir saya dalam hati.
Sayapun mula mencari info berkenaan penjagaan kulit wajah yang sebenar. Saya tertarik dengan satu channel kat Youtube, Noel Faizal. Dia banyak mengajar cara menjaga kulit wajah, produk apa yang bagus, yang tak bagus.
Rupa-rupanya, sun screen atau sun block tu sangat penting dalam penjagaan wajah. Barulah saya tahu apa bahayanya UV terhadap kulit manusia.
Saya mula menonton video-video Noel Faizal tentang sun screen.
Saya tertarik dengan review dia tentang sun screen dari Make Prem iaitu satu jenama penjagaan kecantikan dari Korea.
Ada tiga sun screen dari blue range.
Entah apa yang saya berangan masa tengok video tu, saya pergi order kat Lazada Make Prem Blue Ray Sun Gel Defense Me.
Dengan excitednya saya pakai bila dia sampai. Alamak! Kenapa sun screen ni berminyak sangat kat kulit saya? Gel tu bukan untuk kulit berminyak ke? Jerawat pun mula tumbuh. Mujur sebiji dua yang kecil je. Fenomena biasa bila saya pakai sun screen. Sebab tu saya tak suka pakai sun screen. Baunya pun macam bau sun screen dari Sun Play dan Banana Boat yang saya sering kenakan jika beraktiviti lasak.
Saya baca description untuk fluid dan cream. Untuk kulit berminyak.
Tak puas hati, saya tengok balik video Noel Faizal. Laaaa... Patutlah. Untuk kulit berminyak, Make prem Blue Ray Sun Fluid Defense Me dan Make Prem Blue Ray Sun Cream Defense Me
Alaaaa... Membazirnya saya beli. Dahlah harga boleh tahan. Mujur tak semahal SK II.
Mujur saya dapat beberapa free sampel dari penjual dan antaranya termasuklah Blue Ray Sun Fluid. Saya mencubanya. Alhamdulillah rasa best sangat kat kulit. Dia terus meresap dan tak berminyak. Tekstur kulit pun rasa smooth dan licin.
Nak tak nak, saya order pulak yang fluid ni. Lagi mahal tapi datang dalam 200ML. Kalau dikira purata, taklah mahal sangat.
So, hari ni adalah hari kedua saya pakai sun fluid. Kalau rajin nanti saya review ya.
Sekian.
Wednesday, August 14, 2019
Lancome Teint Idole Ultrawear - Review
Hahahaha tak habis lagi nak review pasal foundation kegemaran saya ni.
Jangan lari dulu. Sila duduk.
Pesan saya kepada mereka yang nak jimat, belilah foundation berbentuk liquid. Saya hanya gunakan satu pam sahaja untuk foundation liquid. Cukup untuk seluruh muka. Tapi saya menggunakan brush mekap. Guna tangan tak tahulah.
Lancome Ultrawear ni, dari segi bau, memang wangi. Sekali bau macam bau jasmin. Teksturnya lembut tapi pekat. Cepat kering dan ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa kat muka. Ia senang bland dengan kulit sehingga menampakkan kulit wajah mulus, glowing dan licin. Disebabkan itu, mekap pun akan jadi lawa.
Selain tu, foundation ni tahan lama. Coverage selama 24 jam, retouch free. Korang tak payah nak touch up selama 24 jam kalau ikut dia tulis kat botol dia tu. Siapa nak pakai foundation 24 jam ni? Lainlah kalau korang jadi pramugari yang penerbangannya 24 jam. Silap-silap tu pun ada buang mekap. Takkan tak solat? Tapi saya pernah pakai foundation ni lebih kurang selama 18 jam sebab tak solat dan balik dari bersiar-siar, saya tertidur. Kulit wajah tetap lembut dan bila saya tanggalkan menggunakan mekap remover dan tisu basah, masih terang warnanya melekat kat tisu basah tu. Tak adalah kerjanya nak tanya orang elok ke tak kalau dah pukul 3.00 pagi tu. Hehehehe... Jap lagi orang marah ganggu dia tidur pulak. Oh, satu lagi, foundation ni mengurangkan minyak wajah saya. Kulit wajah saya kan berminyak. Foundation ni jugak mengandungi SPF 15. RM185.00 sebotol 30 ML. Mungkin harga ni berubah mengikut pasaran semasa.
Sekian. Bilalah Lancome ni nak bayar saya buat review produk dia ek? Hehehehe...
Lancome Beige Diaphane - Teint Idole Ultrawear
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni ada mood nak buat review pasal mekap.
Meh sini semua yang suka mekap terutamanya yang suka foundation.
Ultrawear ni antara foundation baru yang dikeluarkan oleh Lancome. Nak kata baru sangat tak jugak sebab dah dua kali saya dapat sample dia ni. Cuma mungkin orang tak perasan dan saya sendiripun tak perasan keistimewaan dia sebab tube kecik je. Pakai sekali dua dah habis.
Baru-baru ni foundation Lancome saya yang saya pakai macam pernah saya tulis dulu habis lagi. Hati tergerak nak cuba yang baru. Nak tahu jugak apa bezanya. Kalau tak best, bila habis kita balik pada yang lama. Hehehehe apa susah.
Kulit warna wanita Asia macam saya ni tak boleh pakai cerah dan gelap sangat. Tak susah orang Lancome nak cari shade yang sesuai dengan kulit saya. Almaklumlah, memang pernah pakai brand dia kan. So, dia syorkan saya untuk pakai code 03. Sebelum ni pakai 04 so agak cerah dengan kulit saya.
Kebetulan masa tu ajak si Mejat teman. Sebab dah tak ada orang nak teman. Sambil-sambil lalu nak balik tu, bolehlah menyinggah kejap.
Hari pertama saya pakai, Kak Sha tanya, "Ni foundation beli semalam ya?"
"Ha'ah. Kenapa?" Tanya saya kembali.
"Nampak licin dan kemas."
Alhamdulillah. Pada saya, mungkin Kak Sha ni bermain dengan psikologi. Yelah, benda baru kan?
Beberapa hari kemudian:
Amjat: Wei, mek, ni kau pakai foundation yang beli hari tu ek?
Saya: Ha'ah, kenapa? Apa lagi yang tak kena kat mata kau?
Hehehehe... Dia ni kan pengkritik saya.
Amjat: Wei, cantiklah foundation ni mek. Nampak sesuai dengan kulit kau. Nampak bland, lepas tu nampak smooth dan kemas.
Waaa... Jarang sekali si Mejat ni nak memuji.
Saya: Apa beza dengan yang lama, Jat?
Amjat: Tak retilah nak cakap. Tapi kalau tengok memang nampak ketara beza dia. Yang ni nampak bland dengan kulit kau. Tak nampak macam bertopeng. Lepas tu nampakkan mekap kau lawa. Mekap kau pun jadi smooth.
Saya: OK ke kuantiti foundation aku letak ni, Jat? Ke kena tambah lagi?
Amjat: Tak yah dah mek. Dah OK dah. Dia pun tak pecah.
Kak Sha yang kebetulan mendengar perbualan kami turut memberi komen.
Kak Sha: Memang nampak Tinta. Dalam gambar lagi ketara. Macam gambar yang dekat Sarawak yang kau upload kat FB tu, nampak kau glowing dan cerah.
Saya: Cerah sangat ke kak?
Takut jadi opera pulak.
Kak Sha: Taklah. Bukan cerah opera tu. Nampak kulit kau tu semulajadi, tak nampak bertopeng. Nampak flawless.
Alhamdulillah. Foundation ni akan menjadi koleksi tetap foundation saya. Siapa yang nak tengok tu, pergilah tengok kat FB saya ya. Malas nak upload gambar kat sini. Kalau dapat sponsor baru saya upload.
Lepas ni, saya nak try foundation MAC. Apa yang best sangat MAC tu? Orang kata foundation dia cantik. Mana cantik ek? Ultrawear Lancome ke MAC?
Tapi hati saya sememangnya telah menjadi milik Lancome untuk mekap. Saya suka Lancome. Nak try jugak Christian Dior. Apa yang mahal sangat foundation dia sampai RM200 lebih tu? Harga dah hampir macam foundation SK-ii yang pernah saya guna dulu. Kalau cantik dan memuaskan tak apalah. Kalau tak cantik, siap Dior!
Saturday, May 25, 2019
Ayda Jebat Pilihan Gaya Raya Tahun ini
Assalammualaikum dan selamat pagi menjelang tengahari para pembaca.
Macam mana dengan puasa? OK?
Saya percaya semua orang sedang sibuk membuat persiapan hariraya. So, tahun ni, awal sikit jelah saya beli baju raya. Sebab tulah tak berapa nak happy hour kot semalam.
Tahun ni, ada orang offer diri nak teman shopping raya. Risau jugak kalau tak tahan dengan kerenah saya ni. Tapi Alhamdulillah, shopping berjalan lancer.
Setelah beberapa tahun saya memilih design under jenama Scha Alyahya, tahun ni kita ubah angina. Bertukar kepada Ayda Jebat pulak.
Bajunya simple, elegant, sesuai untuk dipakai semasa event dan kalau masuk office pun tidak keterlaluan. Saya memang suka sebab rasa tak rugi membeli. Macam tahun lepas, bajunya vogue sangat. Baru berapa kali je saya pakai. Rasa membazir pun ada. Mujur jugak saya ni selalu jadi emcee. Tapi kalau dah banyak baju vogue, setiap satu tu pakai sekali dua jelah. Sayangkan?
So semalam, tengok jugak Scha Alyahya dan Hanis Zalika. Tapi hati lebih tertarik kepada Ayda Jebat. Tambahan pula yang tolong memilihnya orang koprat, confirm pilih baju yang elegant dan sesuai ke office. Katanya pergi event cantik. Better simpan untuk special day.
Saya beli dua pasang, kedua-duanya dari Ayda Jebat. Kebetulan.
Ada beberapa baju saya berkenan dan disenaraipendekkan. Kalau ikut saya, semuanya nak beli. Jadi kita dapatkan pandangan orang untuk memilih. Tukang pilih berkenan yang warna purple dan hijau. But to be fare, dia suruh saya pilih satu dan dia pilih satu.
Tukang pilih telah memilih warna hijau untuk saya. Baju kurung moden yang labuh separas paha, ada riben untuk diikat ke belakang, tangan kembang dan bahagian bawah bajunya ada sedikit design. Manakala kainnya pula diperbuat daripada kain broket berwarna hijau keputihan dan bunganya hijau seperti baju. Potongan kain adalah bentuk A.
Saya pula memilih warna peach dipadankan dengan lace hitam di bahagian kaki baju dan lengan, baju juga separas paha dengan potongan menyenget dari kiri pendek ke kanan, berhias taburan manik halus dan simple. Taburan manik tidak terlalu banyak cukup sekadar menambah seri baju. Manakala kainnya pula warna peach seperti baju dan ada design di bahagian kanan kain dari atas ke bawah yang saya panggil sirip ikan. Hehehehehe... Sirip ni yang buatkan saya terpaut hati kat baju ni. Sebab saya belum ada koleksi macam ni. Sayakan suka design atau material kain yang lain dari lain. Yang hijau tu saya suka material broket dia.
Lepas tu, saya singgah di Ariani untuk membeli tudung. Dapatlah sehelai tudung bawal. Sekarang kan bawal dah glamor balik. Tudung berwarna off white, ada sedikit gold dan coraknya berwarna hijau seakan hijau warna baju. Sementara sehelai tudung lagi belum ditemui sebab takkan nak beli Tanah putih dua-dua? Bosanlah. Lagipun saya bukan suka sangat pakai tudung putih. So, hari ni kejap lagi nak pergi tengok tudung Nialofa. Kalau tak ada jugak,, esok keluarlah berkelana mencari tudung.
Gambar baju? Nanti saya post kalau rajin ek. Kalau tak, tengok jelah bila saya pakai nanti. Hehehehe...
Tuesday, May 21, 2019
Lembutnya Pipi Dia
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Jom kita tulis blog dulu. Hari ni ramai yang cuti. So, mood cuti pun menyengat kat saya yang bekerja ni. Rasa tak meriah pejabat ni.
******************************
Kadang-kadang saya tertanya-tanya, bukan ke semua kulit perempuan tu lembut?
Rasanya semula jadi lembut kot. Cuma tangan jelah beza-beza sebab bergantung kepada penggunaan tangan dan bahan kimia yang digunakan seperti sabun basuh pinggan. Tapi kalau rajin letak lotion insya-Allah akan lembut jugak.
Baru-baru ni, Kak Lily pakaikan saya eyeliner. Biasalah, tiba hari mengada-ngada saya, saya suruh orang yang pakaikan padahal hari-hari pakai sendiri je. Hehehehe...
Kalau nak pakaikan eyeliner, mestilah kena pegang pipi kan. So, Kak Lily cakap "Iiii... lembutnya pipi dia."
Saya pelik. Habis pipi Kak Lily tak lembut ke? Kak Lily ketawa. Saya nak pegang pipi dia, tapi dia tak bagi.
Kak Lily bukanlah orang pertama yang cakap macam tu kat saya. Kawan-kawan perempuan lain selalu je tegur benda ni.
Dulu-dulu masa duduk serumah dengan Haida, dia suka pegang tangan saya dan cakap tangan saya lembut. Tapi saya rasa tak pun? Kalau nak ikutkan, ada je tangan orang lain yang lebih lembut.
Masa kawan Kak Maya datang buat demo produk Marry Kay, dia buat demo scrub tangan dan lotion tangan. Masa dia tengah letak pada Dayah dan sorang lagi kawan, saya tunggu giliran. Biasalah, saya letak tangan atas riba. Tiba-tiba dia cakap, "Tangan Tinta dah sedia lembut."
Hah? Macam mana dia tahu? Dia tak pegang pun tangan saya?
"Mana akak tahu?" Tanya saya hairan. Masalahnya saya rasa tangan Dayah tu lagi lembut dari tangan saya.
"Akak tengok pun dah tahu dah,"
Hah? Betul ke? Ke mata akak salah pandang? Kata saya dalam hati. Dah lepas tu kawan-kawan minta nak pegang tangan saya. Memang tak bagilah. Hehehehe...
Cuma apa yang saya perasan, kalau hari yang saya minum air masak banyak, makan buah dan sayur, kulit saya rasa lain. Sebenarnya kulit saya ni kering. Mungkin sebab kurang air. Saya bukan minat sangat minum air masak. Malas nak ke tandas. Hahahaha... Boleh tak gitu?
Nanti lepas raya saya nak buat azam minum air masak 1 L sehari macam dulu. Harap-harapnya istiqamahlah. Jangan hangat-hangat tahi ayam macam tahun lepas hahahaha...
Thursday, May 9, 2019
Beg Tangan Saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman.
Hahahaha... Baik tak intro hari ni?
Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
Tiba-tiba, poyo lebih!
Hahahaha...
OK, hari ni nak cerita pasal handbag.
Saya ni suka pakai sesuatu barang tu dalam jangka masa yang lama.
Dulu-dulu, saya suka beli handbag kat Sogo. Pantang ada sale, saya mesti beli. Pernah satu ketika tu, saya ada banyak beg kulit. Tapi saya pakai satu je sebab itu yang paling saya suka. Beg-beg lain tu akhirnya menggelupas. Barangan kulit ni tak boleh simpan lama-lama. Lagipun saya beli yang sales dapat RM100 lebih je. Mana ada duit nak beli mahal-mahal.
Akhirnya, saya rasa, saya tak perlu ada beg banyak. Nanti membazir. Cukuplah saya ada beg untuk dinner satu, pergi kerja satu dan santai satu. Hari ni saya tak adapun beg untuk santai. Yang saya suka dah putus dan dah bertahun saya buang. Tak menjadi nak beli.
Satu hari, saya rasa saya perlu beli satu beg yang saya boleh pakai lama. Biar mahal sikit. tapi puas hati.
So, saya beli Sembonia. RM575.00 kalau tak silap harganya masa tu. Beg tu special edision jadi, tak ada sales. Tahun 2013.
Lepas tu, saya tak adalah beli handbag dah sampai Sembonia tu rosak pada tahun 2017.
Masa pergi Romania, saya beli handbag baru sebab Sembonia saya yang saya bawa ke sana tu tak boleh tutup. Mujur tak berterabur barang saya dalam flight. Magnet dia dah jatuh.
Niat di hati nak baiki Sembonia tu. Jadi, saya beli beg murah je.
Beg kulit yang saya beli kat Romania tu hanya RM100.00 kalau convert ke duit Malaysia. Walaupun murah, original kulit tapi tak ada jenama pun. Mujurlah ada Romanian temankan saya beli handbag siapa lagi kalau bukan Stefan dan Emanuel? So dapatlah beli kat tempat yang betul-betul kulit. Ada je yang berjenama tapi saya tak berkenan. Agaknya orang Romania ni memang suka pakai beg besar kot. At last, terjatuh hati kat bag yang tidak berjenama tapi mempunyai ciri-ciri yang saya nak.
Walaupun murah, dah dua tahun saya guna. Masih OK tapi kulitnya ada yang dah mula nak merekah. Tak apa, Tinta. Pakai je. Kau kan suka pakai sampai barang dah reban?
Sembonia sayapun saya dah baiki dan boleh digunakan. Cuma kekurangan Sembonia ni tak ada zip. Hanya guna magnet je untuk tutup. Jadi keselamatan barang tu taklah seperti beg Romania saya. Lagi satu sekarang kan saya ada Apple Keyboard. Kalau letak dalam beg Sembonia tu, kemungkinan untuk kena air tu, tinggi kalau hujan. Tak apalah. Pakai je mana ada dulu.
Friday, May 3, 2019
Murahnya Buat Hati Tak Keruan!
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Dah lama tak update blog ni. Bukan setakat bersawang, dah bersemak-samun dah blog ni. Jangan ada binatang buas menyorok sudah.
Kepada penggemar minyak Wangi seperti saya ni, memang sukar menahan godaan perfume. Saya ada subscribe beberapa laman web perfume. Bila ada waktu free, kerja saya membelek website-website nilah.
Terbaru, saya subscribe FragranceX.com. Sebenarnya dah lama saya tahu website ni. Saya tak tahu website ni sebsite Malaysia ke bukan. Baru-baru ni, saya tengok dia ada di Facebook. Waaa... Saya tengok Feeling Sexy, Feeling Sexy pun ada di Facebook. Chemist macam mana? Tak nak menjelma di Facebook. Saya baca komen, ramai yang cakap perfume dari website FragranceX ni pun murah. Dari pelbagai Negara orang yang komen tu. Saya pun buka website dia then subscribe. Saya tengok Angel impian saya tu sangat murah. Tapi saya nak guna duit untuk benda lain still tak boleh beli. Hish, macam-macam pulak email FragranceX ni masuk promot kat email saya. Waaa... Siap buat akaun kau!
Pagi ni, bila tak ada orang teman saya berbual via phone on the way to office, saya check email. Adalah email FragranceX. Saya pun menghabiskan perjalanan saya dengan melayari website ni. Rupa-rupanya FragranceX ni dari US. Ala... Mesti mahalkan? Tak apalah, sekadar habiskan masa, kita tengok jelah. Amboi, murahnya Angel saya, 50 ML, RM218.00 sahaja? Tak apalah. Saya tengok Shalimar pulak. Pun lebih kurang harganya. Tapi lagi murah, 100 ML RM218.00. Tapi saya tak pernah bau Shalimar tu. 50 ML RM218.00 tu nantilah kita beli ek. Kalau tak berapa nak guna duit bolehlah.
Saya teruskan perlayaran untuk beberapa jenama lain yang menjadi cita-cita saya untuk memilikinya. Gucci, Lancôme, Paco Rabanne, Christian Dior, Chanel, semuanya mahal-mahal. Memang murah berbanding pasaran Malaysia, tapi saya nak guna duit untuk benda lain. Nanti nak Krismas mesti murah. Hari Ibu pun dah murah. Perfume berjenama ni pun, kalau mahal, baunya lebih sedap dan tahan lama. Macam J'adore dan Good Girl saya tu.
Tapi, kalau ada perfume bawah RM100 atau paling kurang bawah RM150.00 untuk 100 ML, confirm saya beli. Saya tertawa sendiri. Mimpilah kau! Takkan dapat punya! Saya terus merayau-rayau dari satu jenama ke jenama yang lain. Alamak! Biar betul! Ke saya yang salah baca??? Signorina by Salvatore Ferragamo tester 100 ML sahaja? Saya memang suka perfume tester ni. Sebab selalunya tester tu lebih Wangi dari perfume yang dia jual. Itu adalah review daripada mereka yang jual perfume. Bukan sorang cakap, banyak tulisan yang saya baca begitu. Ternyata perfume tester dari Jothy yang selalu saya belipun membuktikannya. Dan website ni memang jual perfume ori. Banyak review saya baca rata-rata berpuas hati dengan website ni.
Signorina 100 ML tester RM118.69 diskaun hanya RM100.88 sahaja! Yang bukan tester pun RM153 kot saya tengok tadi.
OK, sabar dulu, kita tengok Incanto Bloom pulak, Biar betul! Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo, enam tahun lalu di airport harganya RM272.00 100 ML. sekarang tak tahu berapa ratus. Tapi kat FragranceX hanya RM114.40 selepas diskaun menjadi RM97.24. Ya Allah, Pengsan!!!
Kedua-dua ni baunya sangat mengancam dan best! Bau seperti perfume sama kelas dengan Good Girl by Carolina Herrera! Hadoi, saya pening! Pengsan, bangun balik dan pengsan lagi!
Saturday, April 13, 2019
L'occitane - Aromachologie Intensive Repair Shampoo
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hai beauties!
Dah lama saya tak review pasal produk kecantikan kan?
Bukan setakat review, tulis blog pun kurang. Hahahaha
OK, semalam saya ke NU Sentral dan salah satu tempat tujuannya adalah L'occitane.
Dulu pernah pakai tapi terpengaruh dengan kawan yang jual shampoo Korea, saya stop pakai L'occitane dan try Amyna.
Namun, Amyna tidak sesuai dengan rambut saya. Tapi tak adalah sampai buat rambut saya jadi buruk. Cuma, dia tak selembut yang saya harapkan. Rambut saya pun bersimpul. Susah nak sikat kalau lepas mandi. Satu yang paling saya tak suka, dia tidak mampu menghilangkan minyak kulit kepala saya dalam jangka masa yang lama. Cepat je berminyak. Sedangkan L'occitane sebelum ni mampu mengawal minyak rambut saya. Pernah berlaku, saya tak cuci rambut seminggu sebab nak tengok keberkesanan L'occitane yang harganya boleh tahan ni. Memang best, rambut saya tak berminyak kalau ada pun sikit je. Dan semestinya kulit kepala saya tidak gatal.
Tapi, L'occitane Peony dan Revitalizing yang saya guna sebelum ni tak adalah buatkan rambut saya lembut macam yang saya nak. Hahahaha... Dasar perempuan. Padahal pakai tudung. Cuma, dia mengurangkan minyak kepala saya.
L'occitane ni sebenarnya salah sebuah company yang taja office saya untuk salah satu program. Sebenarnya boleh je saya minta staff yang deal tu minta diskaun 20 pratus sebab saya pernah attend meeting yang ada L'occitane, apabila staff dia tahu saya pengguna L'occitane, dia kata, L'occitane boleh bagi diskaun pada staff office ni 20 percent. Malangnya, saya tak ada contact dia. Nak suruh staff lain minta, seganlah.
Dan dulu, kami pernah dapat travel set shampoo, lotion, conditioner dan body shampoo dari L'occitane. Masa tu dia baru launch product tu. Shampoo tu sangat best! Bila saya pakai dia sangat melembutkan rambut saya dan senang diurus. Bila nak beli, mahal. Then sayapun pilihlah yang murah je. Kalau tak silap saya Repair shampoo nilah.
So semalam bila saya pergi L'occitane, dengan pembacaan yang dah saya buat, saya pun ingat nak beli Nourishing shampoo. Waktu duk memilih tu, saya didatangi sorang staff. Dia Tanya apa keperluan saya. Saya kata, saya nak shampoo yang boleh lembutkan rambut saya.
That staff cakap, ambillah repair shampoo sebab dia mampu melembapkan rambut dan melembutkan. Nourishing tu untuk rambut kering dan dia tak ada buih.
So, saya pun ikut cadangan staff tu.
Waaa... Malam tadi balik rumah excited gila nak guna shampoo tu. Baunya memang macam travel set yang saya dapat dulu.
Oh ya, botol produk L'occitane ni ada tulisan braille tau. So senang kita nak tahu itu botol apa.
Ops! Saya pergi tuang banyak pulak shampoo tu. Buihnya banyak. Patutnya sekali tuang je cukup. Tak apalah. First time kan? Agaknya product harga boleh tahan ni memang dibuat untuk digunakan dalam kuantiti sikit kot. Macam SK ii. Siapa nak beli setiap bulankan?
Memang senang dibilas. Tak perlu bilas lama sebab cepat je bersih.
Lepas mandi, rambut sangat senang disikat dan terasa kelembutannya. Tapi ini review awal tau. Sebab saya baru guna sekali. Dan review ini baik untuk rambut saya sahaja. Rambut orang lain mungkin sesuai mungkin tidak. Jangan marah saya pulak kalau korang try tak sesuai.
Kita tengok sebulan lagi, apa jadi dengan rambut saya.
Shampoo ni diperbuat daripada 5 essential oils (angelica, Ylang-ylang, sweet orange, Lavender and geranium).
OK la, bye.
Sunday, March 31, 2019
Cantik Itu Subjektif
Hahahaha... Nak tulis lagi.
Alhamdulillah, petang tadi, saya siap membuat rutin mingguan penjagaan kulit wajah saya.
Mula-mula tanggalkan mekap sebab hari ni berfoundation bagai pergi kerja walaupun simple dan malas.
Lepas tu scrub muka dan cuci pakai cleanser. Saya memang suka buat terbalik. Sepatutnya cuci muka pakai cleanser dulu, tapi saya suka scrub dulu baru cuci pakai cleanser. Sebab apa? Scrub tu kan menanggalkan kotoran dan sel kulit mati, then lepas tu baru kita cuci pakai cleanser. Buat apa pakai cleanser dulu lepas tu scrub tanggalkan sel kulit mati kita, kita just bilas gitu je? Jangan ikut tau, itu tiori saya sendiri yang saya gunapakai untuk diri sendiri.
Then lepas tu, saya pakai mask. Try mask yang Nik bagi kat saya. Dia kan bekas pekerja produk kosmetik. Adalah sampel dia. Dan dia distribute kat office. Kat saya dia bagi dua. Orang lain semua dapat satu hahahaha... Mungkin sebab saya je yang obvious suka benda-benda gitu.
Then settled, saya pakai Clear Lotion saya aka tonner. Lepas tu pakai Miracle Water.
Sesiapa yang pernah baca tentang produk yang saya guna, mesti tahu dari jenama apa kan? Diam tak diam, dah sembilan tahun saya gunakan produk dari jenama ni.
Kemudian, saya try krim yang Nik juga bagi dari jenama Aishi Toto. Entah ya entah tidak ejaan ni. Produk ni dah 20 tahun di Jepun dan baru masuk Malaysia.
Hahahaha... Kalau sesuai, kopaklah saya. Harganya lebih kurang je macam produk yang saya pakai sekarang. Tapi tak apalah. Beli sekali untuk setahun.
Lepas tu letak pelembap bibir. Kat dalam rumah pun nak pakai pelembap bibir. Kalau orang dengar kau memang mengada-ngada Tinta. Lantaklah nak kata apapun, saya memang suka bab-bab ni. Tak kiralah dalam ke luar rumah, saya pakai je. Cuma nak mekap dalam rumah je belum lagi. Esok kalau ada suami baru mekap kat rumah. Hahahahaha...
Ada kawan kata, saya bersusah-payah untuk mendapatkan kecantikan saya. Cantik ke masalahnya??? Hahahahaha... Sekali lagi, lantaklah apa orang nak kata. Saya tulis sebab orang cakap.
Bagi saya tidak. Saya tak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan kecantikan. Kan semua orang diciptakan sebagai makhluk yang indah? Cantik itu subjektif. Mungkin ada je orang yang berpendapat saya ni tak cantik. Cuma, kita sebagai manusia, harus menghargai apa yang Allah berikan. Bagaimana menghargainya? Kita jaga semampu yang kita boleh. Kalau rajin, kita serlahkannya dengan cara kita sendiri mengikut citarasa kita.
Semua tu bergantung kepada minat seseorang. Kalau dia minat nak buat, dia akan buat macam-macam untuk tampil bergaya serta serlahkan apa yang Tuhan dah bagi. Kalau tak minat, memang tak buatlah kan?
Kadang-kadang saya pelik dengan sesetengah orang ni. Isu cantik pun nak dibesar-besarkan. Setiap orang ada kecantikan dia sendiri. Daripada kita dengki dan irihati kat orang, lebih baik kita berbaik dan berkongsi macam mana nak jadi cantik. Itu kan lebih berfaedah daripada kita sakit hati kat orang, nanti wajah kita pun akan dipengaruhi oleh hati kita yang begitu.
Ada je sesetengah orang yang saya tahu dia tak puas hati dengan saya dalam bab ni. Sebelum saya bertukar kerja ke office saya sekarang lagi saya tahu siapa antara orangnya.
Awak tak perlu menyampah dengan saya. Ketahuilah, awak pun seorang yang cantik. Mama saya pun pernah cakap awak cantik. Awak tu berkulit putih. Itu bonus bagi awak. Tak cantik pun, tetap nampak cantik sebab kulit putih tu dulu yang menyerlah dan orang akan nampak. Kulit saya sawo matang je. Kulit Melayu. Sawo matang bukan hitam manis tau hehehehe...
Tuesday, January 1, 2019
Be My Eyes
Assalammualaikum dan selamat pagi menjelang tengahari semua.
Alhamdulillah, hari ni saya dibangkitkan dengan rasa syukur dan happy.
Terima kasih, Allah atas kurniaan ini.
So, hari ni nak cerita pasal Be My Eyes, satu aplikasi yang sangat berguna kepada blind. Orang lain dah guna lama dah benda alah ni. Due to phone yang penuh memori, saya tidak dapat menggunakannya walaupun dah tahu lama dah pasal apps ni.
Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk beli phone baru, jadi, macam-macam apps saya boleh download.
Hari ni, kali pertama saya guna Be My Eyes. Duduk saja-saja kat rumah ni, ingat nak manjakan diri. Nak try produk yang saya dapat tester. Bulan Disember, ada produk mekap yang dah habis setelah menggunakannya beberapa bulan dan ada yang setahun lebih. Masa membeli, kaunter bagi saya tester dan ada jugak yang bagi tester kat tepi jalan iaitu Marry Kay. Saya belum minat dengan produk ni. Tapi orang dah bagi free, jomlah kita habiskan. Masalahnya, saya tak tahu mana satu jenama Marry Kay ni? Takut bercampur dengan tester Lancome yang saya dapat masa beli barang Lancome hari tu.
Jom kita try Be My Eyes. Tak payahlah kita ganggu orang yang sedang berehat. Kalau dia dah assign nak jadi volunteer Be My Eyes, call je mesti yang available jawab.
OK, Be My Eyes ni, satu apps yang dibangunkan untuk membantu blind. Kat dalam apps ni ada dua pilihan sama ada blind user atau volunteer. Sebagai blind user, kita tekan je button first available volunteer. Maknanya kita buat video call kepada volunteer tulah. Tapi satu hal jugak nak kena pakai baju proper dan tudung. Krang yang jawabnya lelaki, tak ke naya.
Tadi yang sambut call saya namanya Raihana. Alhamdulillah perempuan. Taklah segankan? Dahlah nak tanya produk kecantikan hehehe... Melalui video call ni, kita bolehlah tanya dia apa-apa yang kita nak suruh dia tengok. Sangat membantukan?
Tuesday, December 11, 2018
Kening Yang Cantik
Meh, nak bincang pasal kecantikan sikit. Dah lama tak buat entri kecantikan. Tapi hari ni tak ada petua atau teknik yang nak dikongsikan. Malas. Cadangan produk pun tak ada.
Orang yang menjaga kecantikan, pastinya mengambil kira setiap inci wajahnya ketika bertatarias. Kening merupakan satu elemen wajah yang sering dititikberatkan dalam solekan. Bentuk kening yang menarik mampu mempengaruhi bentuk wajah seseorang sama ada kening yang dilukis, dicukur atau sebagainya. Bersyukurlah bagi mereka yang sememangnya dianugerahkan kening yang cantik. Kalau tidak ditatarias pun kening udah kelihatan cantik, apa lagi bila disolek.
Dalam solekan, sememangnya banyak teknik digunakan bagi menyerlahkan kecantikan seseorang. Ada yang sanggup mencukur kening agar keningnya terbentuk indah dan halus. Namun pada saya, dalam zaman yang serba cantik ni, tak perlulah kita nak cukur-cukur kening. Sebenarnya, keindahan kening boleh diperoleh dengan teknik lukisan menggunakan eye brow. Bukan setakat nak kening halus dan terbentuk, nak kening tebal, kening Sin Chan, semua boleh. Hal ini diakui sendiri oleh MUA yang sering menyolekkan saya.
Kening saya? Oh no, saya tak pernah cukur. Pakai eye brow je kalau rajin. Kalau tak, biar jelah.
Cuma orang sering tersalah sangka. Meskipun saya tidak memakai eye brow, ada yang bertanya kepada saya, adakah kening saya ini dicukur? Tak. Saya belum sampai ke tahap itu dan tak mahu sampai begitu.
Friday, November 23, 2018
Memilih Tetap Memilih Serta Pujian Bermakna (Bacaan Perempuan Sahaja)
Hai korang,
Hari ni agak free. So, tulis blog la kerjanya.
Saya dah bagi warning ya kat atas tu. Kalau ada kaum lelaki yang masih gatal membaca entri ni, jangan kata saya mengada lak benda macam ni pun nak tulis kat sini.
Diari saya, suka hati sayalah nak tulis apapun. Apa hal pulak bila korang baca saya nak tapis-tapis tulisan saya? Siapa suruh baca?
Jangan kata saya gatal dan tak malu. OK la tu, saya tulis ada tapis lagi.
Lantaklah, ada setengah pembaca blog saya ni jenis suka membawang dan mengata belakang. Hambeklah, korang nak dosa free sangatkan? Ambiklah.
Dah, jom terus masuk topic.
Just came back from NU Sentral. Hajat hati nak keluar duit dan beli makan je. Dah alang-alang masa banyak lagi, saya dan Kak Sha singgahlah di Audrey.
Season Clearence katanya. Bagus! So, tak yah sibuk nak cari jenama lain. Ada sale banyak tuuuu...
Beli yang kita suka dan puas hati. Biar mahal sikit janji boleh pakai lama. Tak adalah setiap bulan nak beli. Hahahaha... Audrey ni bukanlah jenama kegemaran saya. As long as ada material saya suka dan design menarik, sebat jelah.
Promoter ni promot yang cotton kat saya buat apa? Saya suka yang satin licin serta design menarik. Biarlah belum kahwin pun. Dah memang minat saya macam tu.
Reject! Tak berkenan coton ni. Murah memanglah murah, RM39, RM37 datang sekali tiga helai.
Dah, tak payah!
Saya Tanya promoter tu, yang licin dan berenda ada tak?
Barulah dia tunjuk design-design menarik dengan warna menarik. Materialnya usah dicakap, lembut, licin dan sejuk! Haaaa... Ini baru taste saya!
Memilih! Biarlah memilih. Memang saya memilih. Kalau yang di luar nak yang cantik, yang dalam pun samalah!
OK, harganya boleh tahan. Tapi tak adalah sampai tahap Victoria Secret, Triumph dan Pierre Cardin yang pernah saya beli. Hehehehehe.... Materialnya tak kurang hebat. Meh kita try.
Alaaaa... Tak dapat pakej tiga helai pulak. Satu helai harganya ada yang RM25 dan ada yang RM30. Tapi.... Kalau beli lima percuma dua! Katanya dah harga promotion. Yelah tu. Kalau tak promotion sehelai berapa eh? Congak punya congak, saya untung. OK, kita beli!
Hahahaha... Proses pemilihan warna dan design pun berlangsung. Lalalalalala... Semuanya warna cantik-cantik dan design menarik. Yang penting, ringan, nipis, sejuk, licin dan lembut. Senang dibasuh.
Masa kat counter, promoter merangkap cashier tu Tanya saya:
Cashier: Adik dah kahwin?
Saya: Belum.
Saya senyum. Agaknya dia ingat saya dah kahwin kot sebab cerewet benar memilih tadi. Lepas tu nak yang cantik je semua. Hahahahahah.... Nak benda cantik ni bukan orang dah kahwin je pandai kak. Orang single macam saya pun menitikberatkan kecantikan segenap segi. Hahahahaha.... Yang dah kahwin pun ada yang tak kisah pasal ni. Saya pakai untuk kepuasan saya, bukan untuk tontonan sesiapa.
Cashier: Cantik diakan kak?
Kata cashier kepada Kak Sha merujuk kepada saya.
Kak Sha ketawa.
Kak Sha: Memang cantik.
Hamboi, bukan main kau puji aku. Sebab dah dapat duit aku beratus. Hahahahahahaha...
Dagu Origenal
Semalam, ada orang kata nak hantar saya balik.
As I said, sekarang, saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja dan keluar dengan sesiapa sahaja asalkan dia tidak mengada-ngada. Tidak ada lagi sekatan seperti dulu. Malas dah nak sekat-sekat diri sebab orang. At last, saya yang ditinggalkan. So, selagi belum sah jadi isteri, saya akan berkawan seramai mungkin yang penting saya masih lagi sedar yang saya seorang perempuan muslim. Insya-Allah, batasan yang satu ni saya akan jaga.
So, tepat jam 6.00 petang, sampailah orang tu ke office saya. Actually before that, true phone, dia dah Tanya:
Dia: You penat hari ni?
Saya: Biasa-biasa je? Kenapa?
Dia: You kan seharian audit. Tak sakit kaki?
Saya: I pakai heel hari ni. OK la.
On the way balik, dia lencong ke laluan lain. Siap jalan KLIA lagi tu.
Saya: Eh, you nak pergi mana ni? Biar betul? Jauhlah KLIA tu.
Dia: Jalan je KLIA, nanti kita keluar balik dari jalan ni. Kalau KLIA pun apa salahnya. Bukan you yang drive, I yang drive.
Saya: Tak adalah. Terperanjat. KLIA kan jauh.
Dia: Alah, 1 jam je.
and akhirnya, kami berhenti di Awan Besar untuk dinner.
He ask me either we have to solat first or dinner first. I said solat nanti leka susah. Then he agreed.
After Maghrib, we back to our original plan, dinner.
Saya tak laparpun sebab during access, masa lunch I rosakkan diet dengan makan nasi.
Dia nak makan satay. Dia kata I kena makan jugak. OK. I nak dua tiga je. Satay bukan kegemaran saya. Dia nak order lain untuk saya. Tapi saya menolak. Memang kenyang gila sebab makan kat Gajah Mada lunch tu portionnya besar.
Masa duk menunggu satay dia siap, kami berbual-bual. Dia ambil tempat di depan saya. Tiba-tiba, dia Tanya soalan ni pada saya:
Dia: Dagu you tu dari asal macam tu ke sebab you jatuh ke, berlanggar ke macam mana?
Saya boleh agak apa yang dimaksudkannya. Mungkin soalan tu menjurus kepada lekuk di dagu saya. Untuk pastikan yang saya tak salah tafsir:
Saya: Dagu I yang mana? Kenapa?
Dia: Tu, yang kat dagu tu. Macam lesung pipit pun ada. Orang lesung pipit kat pipi, you kat dagu.
Saya tak mampu menahan gelak. Sambil tu berusaha menutup dagu saya dengan tudung walaupun saya tahu tudung tak mampu menutupnya. Kalau tutup nanti something wrong la dengan tudung saya.
Dia: Eh, janganlah tutup. Biar jelah.
Saya: Origenallah. Dari lahir dagu ni macam ni. Takkan I nak pergi buat pulak. Siti Nurhaliza pun ada gak. Tapi dia punya belahan dia halus dan rapat.
Macam mana saya tahu? Sebab saya pernah pegang dagu Siti masa shooting hahahaha...
Kebetulan nombor makanan dia naik. Dan dia ke kaunter.
Saya mengambil kesempatan itu untuk merasai belahan dagu saya. Ketara sangat ke sampai dia Nampak? Memang boleh rasa. Apatah lagi mata yang melihat.
Tiba-tiba:
Dia: Dia pegang dagu dia hahahaha...
Ish, macam hantu pulak dia ni. Tiba-tiba dah sampai.
Saya: Yelah. Nak tahu, ketara sangat ke sampai orang tegur?
Jujurnya belahan dagu saya ni bukan kali pertama ditegur.
Dia: Ketara you. Nampak jelas.
Kebetulan dia whatsapp saya, saya Tanya dia, apakah malam tadi tu kali pertama dia perasan lekuk dagu saya?
Dia: Tak adalah. Salah satu penarik I nak you la.
Dia: First time jumpa kat ofis tu I dah perasan.
Saya: Ramai tak orang yang you jumpa macam ni?
Dia: You are the first.
Patutlah jakun semacam je tengok dagu orang berlekuk. Kutuk saya dalam hati.
Saya: Jumpa may be I'm the first. Tapi Nampak, Siti Nurhaliza yang first kan?
Dia: Tak perasanlah pulak.
Siti Nurhaliza cantik jelita yang popular serata alam tu dia boleh tak perasan dagu berlekuk? Orang hangat memperkatakan tentang dagu Siti Nurhaliza suatu ketika dulu. Dia tak perasan? Boleh tak perasan? Wei, aku yang keluar entah dari ceruk mana ni kau perasan pulak dagu berlekuk? Heheheeheh.... Memang parah kau ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)