Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Perihal Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Perihal Sahabat. Show all posts
Monday, July 29, 2019
Mine Your Own Business
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
OK, entri ni saya tujukan khas buat semua kaki sibuk hal saya.
Boleh tak nak minta tolong?
Tolong jangan menyibuk hal saya, sebagaimana saya tak pernah sibuk hal korang?
Kenapa mesti sibuk nak Tanya orang yang sekarang saya berkawan dengan siapa? Orang yang saya kawan tu macam ni dan macam tu?
Masa awak tu dulu berkawan senyap-senyap dengan orang yang saya kenal, ada ke saya sibuk-sibuk Tanya awak kawan dengan siapa? Bila dapat berita awak tu nak kahwin, ada ke saya sibuk-sibuk Tanya nak kahwin dengan siapa? Even, masa awak bagi kad kat saya pun, saya tak ada pun jadi penyiasat Tanya sejak bila kawan? Macam mana boleh couple and so on?
So, pleaselah, jangan sibuk-sibuk nak jaga tepi kain orang. Jaga tepi kain sendiri, rumahtangga sendiri tu elok-elok. Jangan sibuk nak jadi wartawan tak bertauliah.
Kalau mulut tu gatal, dah tak tahan sangat hati tu nak tahu, datang sini or boleh je call or whatsapp saya, Tanya dengan siapa saya berkawan? Nak Tanya apapun boleh.
Kenapa tak nak Tanya saya sendiri? Tanya orang lain, kalau salah info? Tak ke jadi fitnah namanya?
Masa saya jatuh dulu, I need someone to wake me up, tak ada pun sibuk-sibuk nak Tanya khabar!
Oh, bila saya berkawan dengan orang, sibuk pulak nak Tanya saya kawan dengan siapa?
Sama je suami-isteri, menyibuk hal orang!
Dulu-dulu, persepsi saya kepada orang bertudung labuh ni, orang yang baik. Tapi disebabkan spesis yang macam nilah buatkan bila saya tengok orang bertudung labuh, respek saya tak datang sehinggalah dia buktikan yang dia tu bagus.
Orang yang bajet-bajet bagus, bercakap pasal agama, bertudung labuh, yang itu haram, yang ini haram, pandai komen orang je tapi perkataan sendiri, akhlak sendiri tak jaga. Ingat bagus sangat ke?
So, muhasabah dirilah. Biarlah apa yang kita cakap, kita pakai, sama macam perangai kita. Biar padan orang tengok. Orang pun tak sakit hati.
Kalau awak tu baik dengan saya, OK la nak Tanya-Tanya saya. Ni, baik pun tidak, motif Tanya-Tanya? Nak membawang? Saya tahu sangat perangai orang macam ni.
So lepas ni, tak payah nak Tanya-Tanya orang nak dapatkan bahan untuk membawang. Kalau berani, call or text saya. Lebih berani, Tanya depan-depan apa yang korang nak Tanya.
Jangan ingat selama ni saya diam, saya tak tahu apa yang korang buat dan cakap pasal saya.
Kalau saya nak marah, macam-macam saya boleh marah. Tapi mengenangkan korang tu satu komuniti dengan saya, saya diamkan je. Saya ingat kebaikan setiap orang yang pernah datang dalam hidup saya.
Biarlah apa orang nak kata saya dengan asbab dengar cerita sebelah pihak. Saya tak kisah sebab Allah tu ada. Suatu hari nanti, kebenaran akan terserlah.
Thursday, February 28, 2019
Kondomenium Milik Kawan
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Buat apa korang?
Saya bosanlah. Jom kita sembang-sembang.
Asyik cerita pasal saya je. Meh nak cerita pasal kawan yang rapat dengan saya ni.
Ahad lepas, saya sembang-sembang dengan sorang kawan rapat. Katanya dia baru beli sebuah kondomenium.
Waaaahhh... Excited betul saya dengar. Saya pun berangan jugak nak beli kondomenium suatu hari nanti. Korang doakan ya. Tapi bila kawan kita kata dia beli, rasa seronoknya macam kita yang dapat hahahaha... hiperbola sungguh!
Bagi saya harganya berpatutan dengan keluasan dan kemudahan yang dilengkapkan. tiga buah bilik dan tiga buah bilik air, tiga almari pasang siap, tiga water heater dan tiga buah aircon. Best kan?
Semoga kawan saya tu berbahagia dengan rumahnya yang bakal siap nanti.
Jangan lupa jemput kawan awak yang kepochi ni tau. Nak tengok rumah baru orang tu. Hahahahaha...
Friday, January 4, 2019
Rindu Kalian
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni hari Jumaat, esok cuti.
Menjelangnya hari Jumaat, teringat saya kepada dua orang x-housmate saya. Haida dan Hana.
Persahabatan yang terjalin di sekolah membawa ke zaman pekerjaan.
Kami tinggal serumah sejak tahun 2008 di Taman Melati. Hana keluar sebab berkahwin pada tahun 2010.
Dari Blok G Taman Setapak Indah, kami pindah ke Blok K. Tapi kali ini pindah bersama Haida je. Kami tinggal berdua. Memang tak nak ambil orang baru takut tak sesuai. Lepas tu pindah ke Wangsa Maju 2014.
Kami ni dah macam adik-beradik. Masa duduk bertiga dulu, saya kerja di Ampang. Masa tu kami masak hari-hari. Hana masak hari kerja sebab ofis dia dekat. Saya masak hari minggu. Siap bawa bekal pergi ofis.
Masa duduk berdua pun ada masak lagi. Kalau saya masak, Haida kata chef masak sebab semua bahan saya letak dalam bekas berasingan dan susun cantik-cantik. Haida akan teman saya masak dan tugas dia, basuh semua peralatan yang digunakan.
Antara kami bertiga, Hana paling diam. Tapi kami selalu habiskan masa bersama. Bersembang, bergurau, tengok TV bersama. Kadang-kadang bergelimpangan tidur depan TV kat ruang tamu. Ada masanya, saya dan Haida saja bentang toto dan tidur kat ruang tamu. Kerja kami asyik bergelak ketawa je. Tapi bila salah sorang sedih, kami akan ikut bersedih dan pujuk.
Cerita bab masak, teringat pasal masak nasi lemak. Hana pandai buat sambal ikan bilis yang banyak sambal. Tapi nasi lemaknya selalu tak menjadi. Saya pulak, nasi lemak menjadi. Cukup rasa lemak dan masak betul. Tapi bila buat sambal, selalu kering sambal saya. Selalu tension. Last-last, kalau nak makan nasi lemak, kami berpakat. Saya masak nasinya, Hana buat sambal. Baru ngam. Hahahaha...
Hari minggu adalah hari saya buat eksperimen. Tengok resipi kat internet dan masak. Haaaa... Tak sangka, saya punya nasi ayam, masak paprika, roti bakar chees sossage, adalah beberapa lagi menjadi. Bila hujung minggu, mesti dia orang Tanya saya nak masak apa. Saya cakap, korang jadi bahan eksperimen eh, kalau tak sedap pun korang makan jugak. Hahahaha...
Kalau ada masakan yang dia orang suka, dorang mesti cakap, "Awak, bila nak masak ..." Itu soalan Hana.
Kalau Haida pulak dia akan cakap "Dah lama kita tak makan bubur nasi Cik Long. Agak-agaknya esok ada tak bubur nasi?"
Hahaha bubur nasi saya ni pedas dan resipi ni dari angah. Tapi Haida sukakannya.
Kalau Hana pulak, saya suka dia masak ikan sambal. Best sangat. Pendek kata Hana ni kalau masak sambal memang sedap. So saya dan Hana akan saling belajar sebab masakan yang kami pandai tu berbeza.
Teringat suatu hari Hana masak daging. OK, potong daging pun kami dah gelak. Dia potong daging macam nak letak dalam nasi goring. Kecik. Lepas tu dia buat daging masak kicap. Keras gila. Haida biasalah akan melaporkan kepada saya. First saya komen cara dia potong. Katanya ni kali pertama dia siang daging. Laaa... Kenapa tak cakap? Ingatkan dah biasa siang daging?
Hana: Awak, cuba awak rasa daging saya ni? Kenapa daging saya keras? Tak boleh makan?
Saya cuba makan. Memang keras. Kami gelak sama-sama.
Saya: Ni mesti kali pertama masak dagingkan?
Hana dengan sedih mengaku.
Saya: Daging ni bukan macam ayam boleh masak sekejap je.
Hana: Boleh tak awak baiki daging saya ni supaya kita boleh makan?
Sayapun try la. Tapi taklah dapat empuk sangat. Cuma bolehlah untuk makan.
Hana: OK, esok awak masak daging eh, saya nak tengok.
Dan keesokan harinya saya memilih untuk masak daging lemak cili api resipi nenek Negeri Sembilan saya.
Hana Tanya saya, "Kenapa daging awak lembut?"
Saya beritahu dia, yelah, kan sebelum campur bahan saya masak daging tu dulu sampai lembut.
Akhirnya, Hana pun pandai masak daging dan siang daging.
Kalau saya masak, saya sendiri suka complain. Itu tak kena, ini tak kena. Haida dan Hana pun tension. Dorang cakap, dorang yang makan rasa OK je. Yang masak tu pulak complain pasal masakan dia. So, setiap kali saya masak, dorang tahu dah saya sendiri akan cakap tak sedap. Haida tu nakal sikit. Dia selalu cakap "Yang nak complain tu biar dia complain Kak Hana. Jom kita makan. Sedap tak?" Hana akan jawab "Sedap. Orang cerewet ni susah, dia snndiri masak, dia sendiri complain. Orang masak dia tak complain pulak,"
Hana ni sangat rajin masak. Hari-hari dia masak. Haida pulak suka paksa saya masak. Dia cakap, dia suka makan orang malas masak. Hahahahha...
kami hidup rukun damai. Kalau ada yang tak kena, sekejap je merajuk or marah. Usik-mengusik tu setiap hari. Itu yang buat kami hidup aman bahagia.
Rindunya zaman tu. Sekarang hari minggu, saya sorang je. Paling tak pun, gaduh dengan Chiko. Dah lama tak masak. Rindu nak masak. Apakah dapur gas akan kembali ke rumah saya? Hahahah... Tong gas pun jadi perhiasan je kat dapur tu sekarang.
Thursday, December 6, 2018
Misi Disah Dan Amjad
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hai korang.
Sibuk ke?
Ke tak ada mood nak buat kerja?
Saya baru balik fisio.
Eh, tak baru sangatlah.
******************************
OK, sekarang ni saya ada pengkritik dan perunding imej kat pejabat. Iaitu Amjad. Dan si Amjad ni akan berhubung terus dengan si Disa. Disa pulak akan komen berdasarkan gambar yang dihantar Amjad. Tapi telinga saya yang menanah. Kalau Disa yang bebel OK lagi. Tapi kalau si Mejad.... Hmmmm... tahi telinga keras pun jadi cair tau. Hahahahahaha...
Isnin lepas, masa hang out dengan Disa, Disa ada cakap, misi dia dan Mejad untuk 2019 ni ialah, untuk groom saya. Dia orang nak saya berpenampilan lebih moden sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan berkredibeliti. Hahahahaha... Saya ikut je. Saya memang suka bab-bab ni. Dah ada orang nak ubah penampilan saya lagi, then OK la.
Lepas tu, dalam voice whatsapp Selasa malam Rabu hari tu, Disa ulang lagi. Plan dia dan Amjad untuk 2019 adalah mencantikkan saya. Hahahahaha... Dia orang nak tengok saya lebih lagi dari saya yang sekarang. Katanya, dia orang nak saya ikut tren semasa.
Terima kasih korang sebab masukkan saya dalam plan tahun 2019 korang. Hahahaha...
Hadoi, cuma telinga kena tahan eh.
Tuesday, November 27, 2018
Biarkan Dia Meroyan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, kerja-kerja audit akses pemilihan untuk Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur telah selesai.
Bolehlah berehat-rehat kat office ni.
*********************
Kebelakangan ni, perasaan saya kurang enak. Beberapa perkara berlaku membuatkan saya memikirkannya dan perlukan pendapat.
Apa yang berlaku? Tak apalah. Saya belum bersedia untuk mendedahkannya.
So, saya ada hantar voice kepada kawan baik saya. Kawan yang saya kenali sejak kecil, sejak bangku sekolah rendah.
Saya ingat ianya tak jadi masalah. Sebab selama ni kami rapat dan pasangannya pun sedia maklum.
Saya juga percaya, voice saya tu bukanlah sesuatu yang dirahsiakan oleh suaminya dari pengetahuan sang isteri.
Memang pendapat yang saya perlukan tu pendapat tentang masalah peribadi saya. Tak ada kena-mengena dengan suami dia atau kawan-kawan lain.
Kebetulan hari yang saya voice tu, suami dia sibuk. So, suami dia janji nak call saya pada tarikh yang ditetapkan.
Si suami ni memang orang yang amanah dan natural. Berpegang pada janji. Sampai waktu yang dijanjikan, dia call saya.
Saya juga percaya, panggilan kepada saya juga bukan satu rahsia antara dia dan isterinya.
Kami bercakap seperti biasa. Tiada lemah-gemalai dan manja bermanja. Saya tetap saya yang semua orang kenal.
Kawan saya tu bercakap kuat dan terbuka. Tiada nada perlahan. Rasanya sesiapa saja boleh dengar apa yang dikatakannya.
Straight to the point, saya bertanyakan pendapat dia tentang permasalahan saya. Dia menjawab dengan rasional.
Entah apa kami bincangkan, dia cakap, dia sangat hargai isteri dia. Tak berani nak pasang-pasang. Takut senduk laksam naik kepala. Hahahaha... Kawan saya tu memang suka bergurau. Tapi saya tahu, ada keikhlasan dan kesungguhan dalam kata-katanya. Saya kenal dia siapa. Bukan dia je yang saya kenal sejak kecil malah, datuknya pun saya kenal.
Selang dua malam, awal pagi Isnin, saya terima whatsapp yang di forward kan.
Whatsapp dari isterinya.
Saya terkejut. Bukan setakat terkejut. Tapi amat terkilan dan berkecil hati. Dari tulisannya, saya tahu betapa buruknya prasangka dia terhadap saya.
Saya rasa bersalah. Tapi suaminya kata, tak apa. Biar dia selesaikan.
Apa tulisannya? Biarlah saya rahsiakan dulu. Nanti bila perasaan tak mampu saya tanggung, saya akan paparkan di sini. Semoga ianya tidak berlaku.
Paling kurang enak, katanya saya membuat luahan dari hati ke hati dengan suaminya. Gila ke apa? Luahan dari hati ke hati tu, luahan perasaan saya terhadap suami dia. Itu yang saya selaku orang penulisan faham ya. Tapi saya sabar. Orang tengah marah. Biarlah. Siap tulis nama saya dalam text tu. Pun tak apa, biarlah.
Apa yang menyedihkan, kata-katanya terhadap suaminya saya rasa amat melampau. Padahal, apa yang saya tahu, suaminya seorang suami yang baik. Sangat menghargai dirinya, rajin tulang membantu dia melakukan kerja serta penyayang kepadanya.
Suka saya berpesan kepada si isteri seperti berikut:
1. Ingatlah bahawa suami itu adalah pinjaman Allah kepada kamu. Dia bukan hak mutlak kamu. Namapun pinjaman, Allah akan ambil bila-bila masa yang Dia suka. Jadi, hargailah dia. Jaga hatinya. Jaga kata-kata meskipun sedang marah. Berfikirlah secara rasional. Jangan sampai kata-kata kamu berbekas di hatinya. Mungkin benar dia ada silap tapi berbincanglah dengan baik. Setahu saya, suami kamu adalah seorang yang rasional dan bertolak ansur. Mana mungkin dia akan memarahi isteri kesayangannya bila diajak berbincang?
2. Menyuruh si suami forward text yang kamu hantar kepadanya kepada saya bukanlah satu langkah bijak. Secara tidak langsung ia memberi gambaran bahawa kamu berdua sememangnya mempunyai masalah dalam rumahtangga sekaligus menimbulkan fikiran negative saya terhadap kamu. Kamu yang selama ini saya hormati atas dasar isteri kepada kawan baik saya yang sememangnya mempunyai tempat sedikit luar biasa di hati saya, menjadikan hormat saya itu terhakis. Lebih-lebih lagi tatkala membaca ayat-ayat kamu terhadap saya dan terhadap suami kamu.
3. Apa tujuan kamu menyuruh suami kamu hantar text tersebut kepada saya? Perlukah saya dimaklumkan dengan cara begini yang kamu marahkan suami kamu kerana mendengar cerita saya seterusnya memberi pendapat kepada saya? Kalau kamu rasa kamu di pihak yang benar dan saya salah, kenapa tidak kamu datang bersemuka dengan saya atau sekurang-kurangnya telefon atau text saya bertanyakan penjelasan saya serta luahkan kepada saya yang kamu tidak suka dengan cara saya? Agaknya orang ni hanya berani di belakang tapi takut berhadapan. Kenapa eh? Kamu rasa kamu tak ada sebab yang kukuh untuk marah sebenarnyakan melainkan emo kamu yang terlebih. Sampai ke hari ini, saya masih menunggu tindakan rasional kamu. Sebenarnya saya tidak keberatan untuk menghubungi kamu menjelaskan hal ini. Tapi setelah membaca status Facebook kamu yang saya rasa ada kena-mengena dengan hal ini, ia membuatkan hati saya tawar untuk melakukannya. Sebab kamu telah bertindak di luar batasan. Kalau saya dah tak boleh sabar nanti, jangan terkejut kalau saya memuatnaik status yang akan menghiris hati kamu. Buat masa ni, saya masih bertahan dengan kesabaran saya. Tapi ingat, sabar saya ada batasnya. Saya bukan adik-adik kamu yang boleh kamu lakukan sesuka hati kamu. Isteri kawan-kawan lain tak ada masalahpun. Kenapa kamu je yang suka besarkan benda yang remeh sedangkan ia isu kecil dan boleh diselesaikan dengan cara baik?
4. Kalau waktu suami kamu hubungi saya tidak kena pada masanya, perlukah saya yang dipersalahkan? Saya tak tahu jadual kamu. Dah dia kata dia free, so saya teruslah bertanyakan pendapatnya.
5. Ke saya perlu minta izin dari kamu sebelum bercerita dengan suami kamu? Atau suami kamu perlu minta izin dengan kamu sebelum memberi pendapat kepada kawan-kawannya? Sedangkan untuk berkahwin lebih pun sang suami tidak jadi kesalahan sekiranya tidak mendapat izin dari sang isteri. Jadi, kamu fikir-fikirkanlah. Tak salah cemburu. Tapi biar bertempat. Jangan melampau. Saya tak ada niat tersembunyi di sebalik persahabatan kami. Kalau saya menyimpang, dari dulu lagi, sebelum dia jadi milik kamu. Takkan baru sekarang? Setelah adanya kamu dan anak-anak baru saya nak macam-macam dengan dia? Saya kenal dia dari sekolah lagi. Kami membesar bersama-sama.
6. Ke saya perlu juga bercerita akan rahsia saya kepada kamu hanya kerana kamu isteri kepada kawan baik saya? Hal ini tak mungkin berlaku. Bagi saya, kawan baik saya itu yang saya percaya, tidak isterinya, bukan anaknya atau sesiapa hatta orang itu mempunyai hubungan dengannya. Rahsia saya, maka hak saya untuk bercerita kepada siapa. Kamu tak ada hak untuk mengetahuinya! Yang penting, rahsia itu bukanlah rahsia hubungan sulit antara saya dan suami kamu.
Selepas ini, tak akan ada lagi cerita saya buat suami kamu atau pendapat suami kamu buat saya. Meskipun saya sangat menghormati suami kamu, tapi demi kebaikan rumahtangganya, saya akan elakkan. Demi rumahtangga kawan baik saya. Bukan rumahtangga sesiapa. Kamu terlibat sebab kamu isteri kawan baik saya.
Macam mana kamu nak marah saya berkongsi rahsia dengan suami kamu tapi tak berkongsi rahsia dengan kamu kalau kamu pun tidak begitu mesra dengan saya macam isteri segelintir kawan yang lain? So jangan letakkan kesalahan tu seratus pratus pada saya. Saya ambil ini sebagai satu pengajaran. Lepas ni no more!
Thursday, September 20, 2018
Tiba-tiba Terimbau
Tiba-tiba terimbau kenangan dua dan tiga tahun lepas. Sekejapan mata, masa berlalu pergi. Kenangan-kenangan silam yang melukakan itu telah diganti dengan kebahagiaan dan kegembiraan yang saya rasa hari ini. Kalau difikirkan logiknya, saya rasa tak ada apapun yang bisa membuatkan saya gembira dan bahagia kini. Sebab orang kesayangan saya dan kawan-kawan baik saya telah lama pergi meninggalkan saya. Tapi, tanpa mereka yang menyakitkan sekarang ni, saya rasa gembira, bersemangat, kuat dan bahagia biarpun saya masih lagi saya yang dulu. Sorang, dan tiada kawan rapat. Hidup saya tenang. Rasa kehidupan saya lebih baik berbanding saya bersama mereka dulu.
Apa yang penting, janji Allah itu pasti. Apa yang diambil, pasti digantikan dengan yang lebih baik. Dulu saya punya teman akrab, dari sekolah lagi kami mula bersahabat. Siapa sangka, entah di mana silapnya, dia membuang saya dari hidupnya. Hahaha... Mungkin ada kawan-kawan baru dan mungkin jugak ada cucukan dari orang sekeliling. Tapi saya tak kata ianya betul sebab itu cuma andaian saya. Hal ni pernah terjadi dulu sekitar tahun 2011. Tapi bagi dia, pastinya sayalah yang jahat dan macam-macam. Bukan sekali dua saya dengar tomahan, panggilan yang kurang enak diberikan kepada saya, cerita yang tidak benar, kata umpatan dan cacian dilontarkan kepada saya. Semuanya sampai ke pengetahuan saya tanpa perlu saya mencari tahu serta bertanya. Saya yakin, jika kita benar-benar ikhlas, pasti Allah tolong. Allah akan sampaikan pada kita melalui orang-orang yang kasihankan kita. Kalau nak ditulis pun... Saya boleh tulis antara panggilan kurang enak yang diberikan buat saya.
Sedih? Tak sedih tu bohonglah. Terutamanya tahun 2016 dan akhir 2015 dulu. Sekarang, kalau orang bercerita pada saya apa yang mereka pernah dengar tentang saya dari pihak sana, saya senyum je. Saya tak perlu membalas dan tak perlu memanggil mereka dengan panggilan tidak elok sepertimana mereka lakukan kepada saya. Saya tak mahu di mata Allah tu, saya sama je macam mereka. Biarlah mereka menghina dan mengeji saya. Mungkin saya kelihatan jelek pada pandangan manusia tapi Allah kan Maha tahu. Lambat-laun, orang akan menilai. Biarlah cerita tentang kekurangan saya dicanang sehingga kawan-kawan di Timur dan di Utara tahu. Saya jaga mulut saya agar tidak melakukan hal yang sama. Kalau ada orang dengar cerita belah sana tentang buruknya saya, tak apalah. Saya tak perlu ceritakan kelemahan pihak sana. Biar orang tahu sendiri. Itukan lebih manis dan baik? Dan tak perlu saya nak betulkan persepsi orang terhadap saya setelah mendengar cerita mereka. Biar dia orang sendiri yang nilai saya apa adanya saya. Itukan lebih molek daripada saya menidakkan kisah yang diketahui dengan menceritakan kelemahan pihak sana.
Bayangkan, bagaimana pedihnya saya dua tahun lalu terpaksa menempuh kisah cinta dikhianati beserta pelbagai tomahan dari kawan terutamanya kawan baik. Tapi itu hak dia kalau dia bencikan saya. Sungguh, sampai hari ni saya tak tahu apa puncanya. Saya cuba imbas semua kenangan bersama sahabat itu. Saya cari pula keburukan dia. Tapi saya tak temui kerana bila saya mengangkat seseorang itu sebagai sahabat, saya akan pandang baiknya saja dan akan membuang segala perasaan tidak enak saya pada dia. Setiap manusia pasti ada kelemahan tapi saya akan ingat yang baik-baik saja. Bukan tak pernah berselisih faham. sebagaimana yang selalu saya tulis, saya bukan pendendam. Kalau dah selesai bergaduh atau kecil hati, saya akan lupakan terus apa yang dia buat. Dan rahsianya tetap menjadi rahsia saya sampai kini meskipun apa yang saya simpan itu boleh dijadikan modal untuk memalukannya atau membalas segala perbuatannya pada saya.
Syukur Alhamdulillah, Allah gantikan mereka dengan kawan-kawan yang baik, yang ikhlas. Meskipun tak selalu bersama, saya rasai keberadaannya. Meskipun tak sering bertemu, mereka sentiasa ada untuk saya kala saya memerlukan. Malah, merekalah yang meminjamkan bahu untuk saya menangis waktu diperlakukan seperti langsung tidak berharga dulu oleh kawan-kawan dan kekasih. Merekalah yang menghulur tangan, menarik saya ke atas. Merekalah yang mendorong saya untuk bangun semula. Merekalah yang membasuh setiap luka dihiris kekasih dan sahabat. Saya sayang mereka. Malah, sayang saya pada mereka melebihi sayang saya kepada kawan-kawan yang dulu kerana mereka menerima saya saat saya susah dan jatuh, dikala sahabat saya meminggirkan saya. Dikala orang lain sibuk bercerita keburukan saya. Saya tahu, ada mereka yang saya maksudkan ni membaca blog saya ni. Saya rasa nak jumpa korang sekarang dan nak peluk korang erat-erat. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Saya sangat menghargainya. Ya Allah, rindunya saya pada mereka semua. Orang-orang yang saya rasa hangatnya kasih sayang mereka pada saya. Tak sangka, dalam sahabat dan kawan kawan baik membenci saya, orang yang tak pernah rapat dengan saya merawat luka saya.
Ya Allah, kenapa sebak ni? Rasa hiba.
Untuk bekas sahabat saya, saya doakan semoga Allah berikan hidayah kepada awak. Janganlah mudah hanyut dengan kesenangan yang sementara. Hidup kita ibarat roda. Jika hari ni kita membenci orang, belum tentu orang menyayangi kita selamanya. Erti persahabatan itu terlalu besar. Bukan sekadar bersuka ria, lepak bersama, makan kongsi, selalu habiskan masa bersama. Malah persahabatan itu pasti diuji. Sekarang, saya redha dengan apa yang berlaku antara kita. Saya terima kebencian awak. Dan saya lepaskan awak pergi bersama siapa yang awak suka dan pilih. Mungkin, haluan kita berbeza. Matlamat hidup kita juga berbeza. Sebab tulah Allah pisahkan kita. Saya takkan berharap dan menanti awak kembali sebagai sahabat seperti dulu. Saya rasa, semuanya telah awak musnahkan. Nama saya, diri saya, kebaikan saya, persahabatan kita dan semuanya tentang saya. Biarlah yang hidup pada awak dan mereka kebencian awak, keburukan saya dan kekurangan saya untuk awak terus membenci. Ketahuilah, saya tak pernah membenci awak walau apapun tingkah awak, kata-kata awak, cacian awak. Saya tidak pernah dan takkan benci awak sampai bila-bila kerana yang hidup bersama saya adalah kenangan-kenangan kita yang indah yang sering saya semarakkan agar hati saya tidak hitam. Kenangan sejak zaman persekolahan sehingga yang terakhir sewaktu kita ke Shen Zen dan Gong Zhao. Walaupun saya tahu masa tu, awak dah mula bencikan saya. Sebenarnya saya baru tahu bila saya imbas semula sikap awak dan kata-kata awak terutamanya pada malam kepulangan kita dari Gong Zhao. Bila saya renung semula minggu-minggu sebelum ke Gong Zhao tu, memang ada beza sikap awak terhadap saya. seya ingat ianya biasa-biasa saja kerana kita masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing seperti yang pernah awak katakan. Kini, biarlah saya kenal awak sebagai orang yang berhak menerima perkhidmatan tempat saya bekerja seperti mereka yang lain supaya sekiranya kita perlu berurusan suatu hari nanti, saya mampu berurusan dengan baik dan professional.
Saya akan jadikan semua yang awak lakukan sebagai pedoman hidup untuk terus melangkah agar lepas ni saya takkan silap lagi menilai erti persahabatan. Semoga lepas ni saya takkan salah lagi memilih seorang sahabat untuk berkongsi susah dan senang.
Sunday, September 16, 2018
Berbahagi Makan Dan Kasih Bersama Karipap Kingkong
Sesiapa yang bekerja di airport atau akademi penerbangan sekitar Sepang mesti tidak asing lagi dengan karipap Kingkong. Kata Aqilah, karipap ni famous di kalangan pramugari. Sejauh mana kebenarannya, saya tak tahu. Kenapa saya panggil dia karipap Kingkong? Memang nama dia tertera di papan tanda dia karipap Kingkong.
Karipap Kingkong ni dijual kat tepi jalan je. Gerai tepi jalan macam gerai-gerai biasa kat tepi-tepi jalan. Saya memang suka singgah membeli si kingkong ni bila ke Air Asia. Memang besar karipap dia. Kalau makan, tak perlu makan malam dah. Selalu saya beli petang, lepas balik dari Air Asia. Harganya RM4.50 sebiji. Boleh pilih sama ada nak inti daging atau ayam. Isinya pun gemuk-gemuk dan padat. Memang berbaloi dengan harganya. Sedap pulak tu. Dah namanya duduk sorang, saya beli sebiji je selalunya.
Sementara assistant saya beli dua biji untuk dibawa pulang bagi dimakan bersama tiga anaknya dan seorang kakak. Saya kaget, dua biji karipap dikongsi bersama lima orang? Puas ke makan? Cukup ke? Kenyang ke? Itu permainan yang selalu bermain di benak saya. Katanya, memang cukup.
Mula-mula dulu saya rasa sedih bila mengetahui dua karipap dikongsi lima orang. Kalau dah lima orang, sorang sikit jelah. Puas ke anak-anaknya makan? Mungkin nikmat kasih sayang tu melebihi segalanya. Keadaan ni sangat berbeza dengan kehidupan saya. Sedari kecil, kami diajar untuk memiliki barangan sendiri termasuk makanan. Sebesar mana pun sesuatu kuih, abah atau mama membelikan kami sorang satu. Tak ada kongsi-kongsi. Semua orang makan masing-masing punya. Kalau ke kedai makanan segera pun, kami boleh memilih hidangan masing-masing untuk menjamu selera. Kalau tak pun, abah akan order set makanan yang banyak untuk kami semua makan sepuas-puasnya. Selalunya pasti ada lebih untuk dibawa pulang. So, saya tak boleh gambarkan macam mana dua biji karipap Kingkong tu boleh makan lima orang? Kalau saya sorang memang kenyang sebab saya makan pun tak banyak. Tapi untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja, macam mana? Cukup ke? Mesti orang dewasa akan jamah sikit je untuk memastikan kanak-kanak dapat menikmatinya. Sedangkan dalam keluarga saya, semua orang akan makan dengan puas.
Bila saya fikirkan, Allah memberi lebih di suatu sudut dan akan mengurangkannya di sudut yang lain. Sebagai contoh, saya dan keluarga dapat makan dengan cukup sorang satu tapi mungkin kami tak seerat mereka yang makan berkongsi. Sebab tu masa mula-mula tinggal di asrama, malah sehingga memasuki alam pekerjaan, saya tak suka kongsi-kongsi makan. Saya tak biasa dan saya tak selesa untuk makan bekas orang. Usahkan makan, kongsi minum pun saya tak selesa. Perkara ni tidak biasa dalam keluarga saya. Cuma sejak akhir-akhir ni, adalah sikit-sikit makan bekas adik-beradik. Mungkin masing-masing dah bercampur dan lihat orang sekeliling. Tapi untuk berkongsi dengan orang luar kalau tak terpaksa atau terdesak, saya masih tak selesa. Kalau benda-benda kering macam biskut dan keropok tu biasalah berkongsi. But still abah dan mama malah arwah chek dan mami akan belikan kami sorang satu. Tapi kalau besar, kami makan kongsi-kongsi dan buka satu-satu.
Kalau nak kongsi nasi atau makanan berat, boleh. Tapi make sure sebelum saya sentuh atau orang lain sentuh, bahagikan terlebih dahulu ke pinggan lain. Saya tak suka masa saya makan, orang ambil dari pinggan saya atau letak makanan dia dalam pinggan saya. Saya tak tahu kenapa. Saya memang akan hilang mood dan marah kalau orang buat. Bukan orang luar je. keluarga pun saya tak suka. Melainkan cakap dulu. Kalau terus main ambil dan letak, saya memang pantang. Tak kiralah siapa, boy friend ke, apa ke. Kalau cakap, saya OK. Kalau tak cakap, saya rasa macam saya ni ayam yang sedang makan. Suka-suka orang boleh ambil makanan saya dan letak makanan dia dalam pinggan saya. Saya tak boleh.
Ibu Yang Berusaha Membahagiakan Anak-Anaknya
Assalammualaikum semua.
Selamat sore,
Tiba-tiba teringat kepada staff saya. Hari ni, dia nak bawa anak kecilnya, Shifa berjalan-jalan.
Kematian suami dikala mempunyai anak masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah ditempuh. Anak kecil pastinya merengek nak keluar bersiar-siar sebagaimana lazimnya dilakukan semasa keberadaan bapanya.
Saya kagum dengan Kak Sha, walaupun tidak begitu mahir memandu, dia sering melayari laman sesawang untuk memberi pengalaman percutian mengasyikkan bagi Ashifa anaknya.
Baru-baru ni Kak Sha menyatakan hasratnya kepada saya untuk membawa anaknya terutama si kecil Shifa bercuti. Dia survey pakej percutian ke Cameron Highland. Saya ada jugak memberi cadangan kepadanya untuk menginap di Cameron dan buat booking melalui booking.com. Kak Sha kata dia akan survey lagi. Setakat ni pakej percutian ke Cameron dari KL Sentral hanya pakej sehari. Tapi dia prefer untuk bermalam di sana.
Hari ni pulak dia merancang membawa Shifa dan ditemani anak ketiganya Afikah untuk berjalan sekitar kota metro politan ni. Dia bercerita kepada saya yang dia merancang untuk ambil pakej RM65.00 untuk 2 dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Pakej termasuk perjalanan bersama bas Go KL yang akan membawa para pelancong atau penumpang ke tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur seperti Planetarium negara, muzium Negara dan lain-lain. Semoga misinya berjaya dan mereka bahagia. Menurut Kak Sha, dia mahu Ashifa turut merasai keseronokan bercuti dan berjalan-jalan seperti kakak dan abangnya semasa kecil ketika arwah suaminya masih ada.
Beberapa minggu lepas, saya dimaklumkan oleh Massuni yang juga mahu membawa anak-anaknya bersiar-siar ke Putrajaya kalau tak silap. Gigih kan ibu-ibu ni mahu membahagiakan anak-anak mereka walaupun tanpa suami di sisi? Semoga Allah menjadikan anak-anak mereka sebagai anak-anak soleh dan solehah yang juga akan membahagiakan mereka kelak. Amin...
Tuesday, September 11, 2018
Bukan Mudah Menerima Takdir
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tengah buat apa tu? Fikir pasal kerja esok? Dalam kepala saya ni dah berbaris rancangan kerja untuk esok. Kata Mr. Chan, saya ni memang bagus dalam perancangan hahahahaha... Rasa nak gelak guling-guling je GM cakap macam tu. Macam mana tak rancang? Saya nak kerja saya smooth. Tapi sekarang, GM yang berkalibel tu dah tinggalkan my office. Tak bestlah. Kata En. Omar HR consultant office pulak, saya ni kalau bekerja tak boleh sabar. Semua nak cepat je kerjanya. Agresif. Kalau sesiapa lambat atau melambatkan kerja saya, habislah kena bambu. Hahahahaha... Macam tok nujumlah En. Omar ni. Memang betul pun. Saya paling bengang kalau saya dah set sesuatu atau buat satu-satu kerja, sampai kat orang lain, lambat! Kalau boss lambat tengok kerja saya atau bagi keputusan pun saya asyik tanya je minta dia cepat. Kadang-kadang saya pulak yang membebel kat boss. Mujurlah X boss saya En. Fairuz tu masak benar dengan perangai saya. Dia buat relax je kalau saya membebel. Hahahahah.... Dia kata, orang muda, biasalah, darah panas. Hahahaha... Semua dah jadi kenangan. Sekarang ni saya duk membebel kat GM baru yang kayu. Staff saya tu OK, bila suruh buat kerja cepat je. Sometimes, kerja tak urgent pun laju buatnya. Saya tak aspek siap hari yang sama, tapi dia siapkan. Bagus! Macam nilah baru best!
**********************
OK la, berbalik pada cerita asal.
Jumaat lepas, untuk ke sekian kalinya saya ke Asian Aviation Center of Excellent (AACE) AKA Akademi Air Asia. Hari tu, students saya terdiri dari kalangan ground staff from China, India and Malaysia. 19 Orang semuanya.
Memandangkan pasangan tak cukup, so Kak Sha bawalah student nama Erin masa dia di 'blind forded' kan. Masa nak buat praktikal sebagai assistant, tentulah dia kena berpasangan dengan saya. Erin ni ramah orangnya, baik.
Dalam masa praktikal tu, sempat dia bercerita tentang dirinya. Dia bagi tahu saya yang dia seorang yang tak sempurna. Dia menghidap Vilitigo. Kulitnya kehilangan Melanin. Nantilah saya search tentang sakit dia tu. Kekurangan tersebut menyebabkan kulitnya menjadi putih dalam erti kata lain, sopak. Saya kagum dengan dia. Dia seorang yang tabah. Kalau saya di tempat dia, saya tak tahu bagaimana harus saya tempuh dugaan tersebut.
Segalanya bermula apabila saya tanya dia, tak nak apply stewardess ke? Almaklumlah, dia ni kurus orangnya. Tingginya lebih kurang saya. Bermakna, lepas untuk menjadi pramugari. Dah enam tahun dia jadi ground staff. Bukan tak ada ground staff promoted or masuk interview as a stewardess or steward. Itulah kelebihan bekerja di Air Asia berbanding airline lain. Bukan setakat jadi steward or stewardess, ada jugak steward or ground staff have been promoted as a pilot. Bestkan? Yang best tu bila diberi peluang promoted tanpa masuk interview. Ada jugak yang dah lama kerja tak nak tunggu lama apply sendiri masuk interview steward or stewardess.
Kata Erin, dia diuji. Kalau orang tengok dia, dia tak cantik macam orang lain. Dia pun bercerita tentang sakitnya. Dia pernah lulus interview stewardess Malaysia Airline. Tapi kantoi sebab mereka check kaki. Masa tu sakitnya baru bermula. Tompok putih tu hanya ada di kaki. Then dia di 'reject' dari menyertai cabin crew MAS.
Apa yang lebih menyayat hati, Erin sebenarnya seorang model. Menurut ceritanya, dia antara model yang top dalam agensi modelingnya dulu. Boss selalu bawa dia pergi show and event. Saya kira dia ni bukan calang-calang model. Dia sering memperagakan jenama-jenama terkemuka seperti Adidas, Roxy, Guess dan lain-lain. Namun akhirnya, dia terpaksa menarik diri sebagaimodel lantaran daripada sakitnya.
Saya tanya dia, bukankah masa tu belum naik di muka sakit ni? Katanya, bila jadi model, kita kena peragakan baju yang kadang-kadang menampakkan sakit tu.
Dan sekarang, tompokan putih tu sudah kelihatan pada wajahnya. Dia memberitahu saya, pernah seorang passenger lelaki menyindirnya dengan mengatakan, "Kat airport pun ada Puteri Michael Jackson?" Lalu lantaran hatinya yang sakit dia membalas. "Semoga suatu hari nanti, kalau tak encik, isteri atau anak encik akan rasa macam mana sakitnya hati saya sekarang," Passenger tu terdiam.
Bagi saya, gadis kelahiran Sabah ni, seorang yang kuat dan tabah. Sudah banyak wang dibelanjakan untuk merawat sakitnya. Namun, kata doktor, sakitnya tidak boleh dirawat lantaran daripada milaminnya telah mati. Kata Erin menggambarkan sakitnya, kalau orang yang gelupas kulitnya kerana mandi laut, akan kembali pulih dalam beberapa minggu tapi dia tidak. Kalau dia mengalami penggelupasan, pasti ia takkan kembali pulih kerana melaninnya telah tiada.
Saya tahu, tak mudah untuk Erin melalui semua ni. Tambahan pula, dia pernah berada di kemuncak kerjayanya sebagai seorang model di mana kecantikan wajah tu sangat penting baginya. Bayangkan, seorang yang mencari makan dengan wajah jelitanya terpaksa melepaskan apa yang dia ada lantaran sakit kulitnya yang diberi Allah sebagai ujian.
Saya tanya dia, Air Asia tak kata apa-apa? Jawab Erin, "Saya memang bersedia dengan segala kemungkinan. Mimi, instruktur grooming pernah cakap, kenapa kulit saya tak berjaga?" Lantas Erin menunjukkan gambar lamanya. Mimi terkejut. Mimi ni bekas stewardess yang kini menjadi instruktur. Mimi juga mengaguminya. Mimi sependapat dengan saya, jika dia di tempat Erin, dia tak tahu bagaimana harus dia lalui kehidupan ini. Sambung Erin lagi, "Saya dah ready dah. Kalau dia suruh berhenti, saya berhenti jelah. Apa nak buat? Anggap jelah ni bukan rezeki saya." Sedih saya mendengarnya. Tapi alhamdulillah, Mimi tak pulak suruh dia berhenti. Mimi OK je.
Kata Erin, membina keyakinan diri setelah semua ni berlaku, sangat payah. Dia selalu bersendiri. Dia rasa malu dan tiada keyakinan untuk bergaul.
Erin, saya doakan awak sentiasa dalam jagaan Allah. Saya sedih bila terkenangkan kamu. Saya harap awak terus kuat dan tabah. Yakinlah, awak mpunya kelebihan lain yang tiada pada orang lain. Saya harap, kita bertemu lagi dan ini bukan pertemuan terakhir kita.
Ya Allah, jagalah dia. Kasihanilah dia Ya Allah. Kau ringankan penderitaannya. Jika ada ehsanMu sembuhkanlah dia. Bukankah tiada penyakit yang tidak ada penawar melainkan mati?
Sampai hari ni, saya masih teringatkan dia. Semoga dia baik-baik saja.
Tuesday, June 5, 2018
Perempuan Gila
Kuih raya telahpun selamat tiba di office saya Sabtu lalu. Sejak semalam, para pelanggan mula mengambil tempahan masing-masing.
Petang tadi, Chong Wai Sam datang ambil Tat Nenas yang dia tempah. Saya kalau jumpa dia ni suka gaduh. Dia ni kalau bulan puasa je muncul untuk tempah kuih raya. Dia salah sorang pelanggan tetap saya beberapa tahun berturut-turut. Sebenarnya, dia tempah untuk kawan dia.
Kebetulan, di meja tempat saya berurusniaga tu, ada Gayathiri mungkin sedang berurusan dengan Chong jugak kot. Chong memberitahu saya:
Chong: Hooo... Kawan aku ni, kalau dapat tat kau ni, memang sukalah. Dia akan peluk botol ni bawa tidur seminggu.
Saya: Kawan kau tu lelaki ke perempuan?
Chong: Perempuan.
Saya: Alaaaa...
Chong: Kenapa?
Saya: Ingatkan lelaki.
Chong: Kalau lelaki kenapa?
Saya: Kalau lelaki, hansem, kaya...
Chong: Akulah lelaki hansem.
Saya: Kau buat apa?
Chong: Hensem tu aku, kaya tidaklah.
Saya: Tu yang aku tak nak.
(Kami dah mula ketawa)
Saya: Kalau kawan kau tu lelaki, hensem, kaya, aku tak perlukan perkhidmatan kau untuk jadi orang tengah.
Chong: Habis tu?
Saya: Aku sendiri yang akan buat delivery kat dia. Aku sanggup cuti tau.
Chong: Perempuan ni memang gila.
(Saya, Chong dan Gayathiri ketawa tak henti-henti.)
Chong: Perempuan gila ni memang. Kalau nak tahu, perempuan ni memang gila-gila. Dah datang gila dialah tu.
(Kami ketawa lagi.)
Chong: Aku tahu macam mana gilanya perempuan ni. Sebab aku pernah kerja dengan dia ni. Memang gila aku cakap kau. Tapi, gila dia boleh brek you tahu.
Gayathiri: Ye ke?
Chong: Hoooo... Kalau dia kerja I cakap you, memang serius habis. Tak ada dah gila dia. Memang kau takkan Nampak dia punya gila. Siapa deal dengan dia, memang terrible.
(Kami ketawa lagi.)
Chong: Memang. I tahu, sebab I pernah kerja dengan dia masa buat part time kat Diallogue in the Dark dulu. Terrible aku cakap kau dengan dia punya serius kerja. Lepas tu dia gila balik.
Gayathiri: Memang. Dia memang macam tu kalau kerja. Memang serius. Jangan main-main. Kalau tak, habis.
Hahahahahaha... Memang orang yang rapat dan faham saya selalunya memang tahu macam mana saya serius dalam bekerja dan tak ada main-main. Tak ada kompromi kepada perkara yang salah. Orang yang betul-betul baik dengan saya selalunya tak sentappun. Dia orang tahu lepas buat kerja tu, saya akan gila-gila balik dan dia orang boleh je bergurau dengan saya macam tak ada apa yang berlaku sebelum tu. Cuma orang yang kuat sentap je tak boleh. Kita marah dia buat salah, lepas tu kutuk belakang. Lepas tu gaduh dan tak suka kita. Kita relax je. Ada setengah tu pulak, kita melawak je, dah dia ambil serius pulak. Dah tu sentap then tak suka kita. Dia gurau buat kita sentap, kita tak ada pun marah. Biasalah bergurau. Orang niat bergurau. Dia bukan tahu kita sentap. Kalau tak nak sentap, jangan guraulah kan? Tak apalah, biarkanlah dia orang tu. Yang penting saya adalah saya. Tak ada dendam. Kalau saya marah, itu ikhlas saya menegur. Bukan untuk saya simpan dan ungkit di masa hadapan. Kalau dah habis, maka tamat. Tak ada simpan dalam hati.
Monday, January 22, 2018
Ujian Buat Sahabat
eAssalammualaikum semua.
Selamat petang.
Hari ini, seperti kebiasaannya whatsapp bersilih ganti menembusi talian, memasuki talian telefon saya. Hati saya tergerak untuk segera membuka whatsapp group perumahan saya.
Subhanallah! Dada saya berombak kencang dan jantung berdegup laju demi membaca tulisan namaseseorang yang dikhabarkan telah dijemput Ilahi. Tak mungkin! Desis hati saya. Sesungguhnya, meskipun sekadar kawan, saya tidak bersedia menerima berita ini secepat ini.
Saya lantas menyusun jemari saya, menaip aksara-aksara bisu di skrin telefon bimbit menyoal balas dalam group berkenaan.
'Idrus suami Mas Suni ke?'
Doa saya dalam hati agar jawapan balas mengatakan tidak. Idrus yang sekian-sekian.
Saya menanti balasan penuh debaran. Masa serasa lambat berjalan. Saya menutup cover IPhone. Menyambung kerja tertangguh.
Ting! Beberapa whatsapp menerobos, kembali memasuki telefon saya. Segala kekuatan saya himpun dengan harapan saya akan membaca aksara membentuk perkataan "tidak".
Saya lihat ada satu mesej tidak dibaca dalam group perumahan saya. Rabiatul Adawiah membalas 'Ya'.
Ya Allah!!! Kenapa cepat kau ambil dia? Isterinya masih memerlukannya. Saya lantas teringat kepada isterinya. Mereka suami-isteri sangat baik terhadap saya. Isterinya yang banyak memberi semangat kepada saya sewaktu saya dilanda musim murung dahulu. Sang suami sangat memahami. Memberi keizinan buat isterinya bercakap dengan saya meskipun panjang perbualan kami tanpa mengira masa. Pernah allahyarham membawa isterinya bertemu saya demi bertanya khabar dan memberi semangat untuk saya secara berhadapan. Malam tu, kami keluar bertiga. Mereka mengajak saya makan di Mc Donald. Suaminya memberi ruang kepada kami untuk berbicara dari hati ke hati. Dia cuma memerhati dan sesekali menyampuk memberi semangat atau sama-sama ketawa apabila ada kata-kata yang kelakar.
Allahyarham sangat baik. Ya Allah, kenapa cepat sangat orang yang baik pergi dari kita? Sedangkan saya hanya kawan merasa pemergiannya? Bagaimanalah perasaan isterinya? Bagaimana kehidupan mereka anak-beranak setelah ketiadaannya? Saya memikirkan nasib Mas Suni selepas ini. Siapa yang akan menguruskannya? Allah memberikan cahaya mata ketiga kepadanya. Anak itu baru berusia tiga hari suaminya pergi meninggalkannya.
Ya Allah,
Kau berikan kekuatan kepada Mas Suni untuk menjalani hidup ini tanpa suami tercinta.
Kau berikan rahmat kepada allahyarham agar ia tenang di sana. Dia orang yang baik. Berikan rahmatMu kepadanya.
Satukan kembali mereka di Jannah sana.
Amin...
Tuesday, January 16, 2018
Kasih Seorang Suami
Assalammualaikum dan selamat pagi semua,
Pengorbanan seorang isteri selalu kita dengar. Pengorbanan seorang suami tu agak jarang. Tapi ada. Bertuahlah sang isteri yang dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Kawan saya Lele, dimasukkan ke hospital akibat kuman di paru-paru. Katanya, dia, adik dan saudaranya menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun dia mengalami sesak nafas dan turun di Wakaf Che Yeh lalu menaiki teksi ke hospital. Dia dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Suaminya di Kuala Lumpur, tidak ikut pulang bersama. Namun, sebaik sahaja mendengar berita yang isterinya dimasukkan ke wad, sang suami bergegas pulang ke Kelantan menaiki flight. Apa yang saya tahu, sang suami menjaga isterinya di wad tanpa meninggalkan si isteri bersendirian. Sejak hari pertama dia tiba di hospital hinggalah sekarang, dia masih menjaga isterinya di wad. Mungkin faktor kerjanya membolehkan dia menjaga isteri yang dicintainya.
Ya Allah, terharunya saya mendengar cerita ini. Sesungguhnya Kak Lele memang beruntung dikurniakan suami sebaik ini. Dan apa yang lebih mengagumkan, suaminya seorang yang tidak Nampak tapi sanggup bersusah-payah demi kecintaannya. Orang normal pun belum tentu nak buat semua ni. So, Nampak atau tidak bukanlah faktor yang menghalang seseorang menzahirkan rasa cintanya waktu kesusahan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau sempurna macam manapun, ada je alas an untuk tidak melakukannya jika enggan berbuat demikian.
Saya doakan agar pasangan ini terus dilimpahi cinta serta kasih-sayang hingga ke Jannah. Ya Allah, janganlah Engkau uji mereka dengan perpisahan. Teguhkan cinta mereka seteguh Tembok China untuk menghadapi segala rintangan.
Amin...
Monday, January 15, 2018
Saya =TV
Assalammualaikum semua...
Selamat pagi...
Alhamdulillah, setakat jam 11.00 pagi ni, mood saya OK dan ceria. Belum ada lagi yang mengganggu mood saya. Harapnya mood ni akan baik sampai ke petang. Paling penting hari ni ada Air Asia. Korang tunggu miss datang eh. Hahahaha... Poyo!
Macam yang saya tulis kat FB, saya ni memang suka bersembang. Mungkin sebab saya duduk sorang kot. Tak ada orang nak sembang. Sembang dengan Chiko je. So, sesiapa yang call atau whatsapp saya, saya akan layan selagi dia tak mengada-ngada. Hahahaha... Pilih-pilih pulak tu. Kalau yang ngada-ngada sikit tu yang boleh diterima bolehlah saya layan. Tapi kalau melampaui batas, free pun saya cakap saya sibuk or lebih teruk, saya tak jawab call langsung.
So, adalah sorang mamat ni call saya minggu lepas. Kami pun sembang-sembang. Masuk cerita bab vacuum. Saya ceritalah pasal Lazada buat sale minggu lepas dan saya beli Aurora.
Entah macam mana, masuk bab dia beli smart TV. Mahal jugaklah harganya. Kalau tak silap RM4,000.00 lebih. Saya lupa jenama apa.
Saya: Amboi, mahalnya. Saya duduk sorang je. Tak perlulah TV mahal macam tu. Sayapun tak sempat nak tengok.
Dia: Yelah, smart TV.
Saya: Saya tahu TV tu. Macam-macam boleh tengok termasuk Youtube. Boleh guna thumb drive dan connect to wifi. Abah saya beli untuk rumah saya kat Kelantan.
Dia: Macam-macam boleh buat, sebab tulah mahal. Kalau bayar mahal tapi berbaloi OK la. Abang tak kisah bayar lebih yang penting berbaloi. Macam awaklah.
Saya: Hah? Saya? Apasal pulak saya disamakan dengan TV? Saya manusia, TV tu barang.
Dia: Yelah, kalau bagi awak hantaran mahal, abang tak kisah. Sebab macam-macam awak boleh buat, pandai masak, kemas rumah, gosok baju, jaga baby, rajin, suara sedap, cantik, bijak, manja.
Saya: Ah, melampaulah tu. Tak ada maknanya. Saya buat tu semua bukan sebab rajin, tapi sebab saya kena buat dan nak buat. Kalau bukan saya yang buat, siapa nak buat? Chiko?
Hmmm... Tak payahlah korang nak berkata-kata manis lelaki. Saya dah malas nak percaya cakap-cakap manis macam ni. Belum dapat, memanglah. Kalau dah dapat esok, silap-silap, saya pun dia tak layan. Nak kembang-kembang kena puji tu tak ada dahlah. Mungkin dah lali kot. Saya bukan lagi saya yang dulu. Saya sekarang ada focus dan focus saya bukan lelaki dan cinta. Kalau Allah bagi Alhamdulillah. Mencari, malas.
Yang tak boleh-belah tu samakan saya dengan TV. Hahahahahaha... Melampau sungguh perumpamaan dia. Nasib baiklah dia ni saya kenal dah lama. Dah 11 tahun dah tahun ni. Bayangkanlah, dari dia bujang sampai dah anak 3. So tak adalah saya rasa nak larikan diri. Sebab dah masak sangat dengan perangai dia tu. Bila ingat balik, sebenarnya dia lelaki yang baik. Pernah cuba tackle saya tapi masa tu saya ada someone. Hahahaha... So saya upgreat dia jadi abang angkat saya. Tu yang kadang-kadang katanya tak tahan rindu, so call saya. Diapun dah masak dengan perangai saya, garang, suka nangis, manja bak kata kawan saya, saya ni kememeh. Hahahaha... Dah itu perangai saya nak buat macam mana. Yang bab manja tu susah nak buanglah. Dari kecik dimanjakan so terbawa-bawa sampai sekarang.
Saturday, January 13, 2018
Semoga Allah berikan Kesembuhan Padanya
Minggu lepas, ada seorang rakan Facebook tulis kepada saya. Kami tak pernah bertemu. Sekadar berkawan di FB.
Katanya, walaupun dia tak komen status saya, tapi dia selalu baca dan like. Ya, saya selalu tengok dia like status saya.
Katanya lagi, dia tak tahu kenapa, dia sukakan status-status saya. Menurutnya, saya jujur dalam status, bila marah, saya tulis marah, bila saya happy, tulis happy. Dan macam-macam lagi. Katanya, status-status saya membuatkan dia rasa dekat dengan saya dan dia rasa sayangkan saya.
Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih kerana mengirimkan seseorang untuk menyayangi saya.
Beberapa hari lepas, saya terkejut bila melihat statusnya. Rupanya dia seorang penghidap barah tulang. Tanpa dibendung saya menangis. Ya Allah, Kau angkatlah sakitnya. Izinkan saya merasa kasih sayang dari seorang yang tulus itu lebih lama Ya Allah. Saya masih belum puas untuk merasai kasih sayang seorang kakak. Seperti tulisannya kepada saya yang dia rasa macam saya adiknya.
Dia dimasukkan ke hospital dan dirawat selama 15 jam. Barah tulangnya semakin menjadi-jadi. Sementara gula dalam darah kekurangan.
Kak Nani, Tinta doakan supaya Kak Nani sembuh. Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak. Tinta pun sayangkan akak. Insya-Allah suatu hari nanti, Tinta datang jumpa akak.
Kisah Seorang Kawan
Assalammualaikum semua,
Selamat tengahari...
Bahagianya rasa hidup saya hari ni. Nak tahu kenapa? Sebab sejuk. Hahahahaha...
Wednesday, December 6, 2017
Pesan Seorang Kawan
Hahaha... Entri kedua pulak. Dah ceritanya ada kaitan. Tulis jelah. Kejap lagi nak balik.
Malam tu... Saya balik semula ke office setelah tamat meeting di somewhere around here.
I asked Amjat to buy something for me. Kebetulan dia di NU Sentral. I was very hungry.
Tak lama tiba di office, Amjat hantar dinner food yang dia belikan untuk saya.
Macam biasalah, jumpa si Mejat ni, memang tak habislah ceritanya. Saling mengata antara satu sama lain. Hahahaha... Gaduhpun dengan Amjat, minta tolong pun dengan dia, minta pendapat pun dengan dia. Even pakaian dan mekap saya pun dialah salah sorang yang suka bagi komen.
Kami bersembang dan bergurau. Dan masuklah ke topic yang sedikit serius. Taklah serius sangat dengan dia ni. Diakan mengong. Sayapun jadi mengong la jugak hahaha...
Amjat: Ha, ni aku nak cakap dengan kau ni.
Alamak, apa ke hal pulak mamat ni? Macam serius je bunyinya?
Amjat: Kau jangan duk melayan lelaki sebarang-sebarang eh.
Saya: Apa hal pulak kau ni?
Saya pelik.
Amjat: Sebab, kau tu macam diva-diva. So, kau kena cari orang yang betul-betul faham kau. Yang boleh bagi perhatian kat kau. Yang boleh layan kau yang macam diva-diva tu dan yang boleh bagi full komitmen kat kau.
Saya: Wei, aku tak macam tulah. Orang je cakap aku macam tu. Kau cakap aku macam diva-diva, marah orang dengar tau. Nanti orang kata aku pulak yang perasan. Akuuu jugak yang kena.
Amjat: Lantak dia oranglah. Aku tak heran kalau orang tak suka kau. Sebab, dia orang tak faham kau. Aku dah lama kenal kau. Aku tahu perangai kau. Kau memang macam diva-diva. Yang tak suka kau tu, boleh belah. Yang betul-betul boleh terima kau je yang kawan dengan kau. Bagi aku, aku OK je dengan perangai diva-diva kau tu. Aku dah masak sangat dah. Bagi aku, kau jujur. Kau jadi diri kau yang sebenar, tak ada nak berlakon-lakon. Dah memang itu perangai kau. Tulah kau yang sebenar. Bukan kau buat-buat jadi diva. Tapi perangai kau memang macam diva. Diri kau yang sebenar. So, kau jangan main sapu je mana-mana lelaki yang datang. Fikir betul-betul. Nanti bila kahwin, dia tak dapat bagi apa yang kau nak, tak macam yang kau nak, susah. Karang mulalah menyesallah, apalah. Kau ingat pesan aku ni. Ni aku pesan betul-betul kat kau. Ingat, kau tu macam diva-diva. Tak semua orang sesuai dengan kau.
Saya: Kau ni gila eh, cakap aku macam tu?
Amjat: Tak beb, kau memang macam tu. Macam aku cakap, itu perangai semula jadi kau. Bukan kau saja-saja nak jadi diva. Even kau pun tak rasa yang kau tu diva kan? Kau rasa biasa je kan? Sebab tu kau tak boleh terima bila orang kata kau diva. Kalau orang kata kau berlagak diva, bagi aku tak. Kau memang macam tu dari mula aku kenal kau. Kau memang straight, kau suka kau cakap suka. Tak suka kau kata tak suka. Sebab tu orang tak suka kau. Sebab kau tegas. Kau tak ada nak pilih-pilih. Kawan ke, apa ke, kalau kau marah, memang kau marah. Kalau tak boleh, memang tak bolehlah jawabnya. Tapi itulah kau. Aku suka kawan dengan kau, sebab kau jadi diri kau. Dan kau tak dendam. Kau marah, kau bising. Bila habis, habis. Kau lupa dah semua yang kau marah. Even kita pun pernah gaduh. Tapi tak panjang. Gaduh fasal kerja, fasal kerja je la.
Saya: Hahahaha... Gaduh dalam email kan?
Amjat: Tulah pasalnya. Aku tak ambik pot pun dengan kau. Masa tu memang sakit hati. Tapi aku tahu, tu cara kau. Aku buat bodoh je. kita boleh kawan balik. Aku pun nak kawan dengan kau. Fikir jugak nanti kau nak minta tolong aku. Kita kawan macam biasa. Tak naklah kau segan ke teragak-agak ke nak minta tolong aku. Aku pun sama. Tak naklah gaduh lama-lama. Kita kan kawan. Tak naklah aku nak minta tolong kau ke, cakap dengan kau nanti rasa tak sedap. Kau pun bila sakit hati dengan aku kau buat bodoh kan? Bila jumpa, boleh je kawan macam selalu.
Terima kasih Jat, sebab faham aku. Kawan aku yang kawan dari kecik pun tak faham aku macam kau faham aku. Semoga Allah pelihara persahabatan kita ni dalam keadaan baik sentiasa.
Yang penting, kau teman aku beli baju kat Uniqlo nanti eh. Sibuk sangat komen aku suruh pakai tulah, pakai nilah. So kau kena teman aku. Hahahaha... Amjat kata OK je. Boleh je teman. Mejat kata, lepas kerjapun boleh pergi. Dekat je Uniqlo tu.
Tapi biasalah dengan si puaka ni, kena tahanlah telinga saya dengar dia membebel. Hahahaha... Bak kata Amjat, kalau jumpa dua-dua puaka jangan ngata dia je hahahaha...
Tuesday, November 21, 2017
Pengacara Paling Meletup
Hahahaha... Cerita fasal emcee tadi, teringat saya kat satu cerita ni.
Satu hari, ada sorang hamba Allah ni hantar voice Whatsapp dalam group yang saya ada di dalamnya. Sampai sekarang, saya terfikir-fikir motif penghantaran voice tu.
Dia hantar suara seseorang sedang jadi pengacara majlis. Saya kenal sangat si penghantar whatsapp dan pengacara berkenaan.
Pengirim: Cuba teka, suara siapa ni?
Kawan: Suara siapa tu ha?
Pengirim: Nilah suara Si Fulan. Bestkan dia jadi pengacara?
Ya, saya setuju. Memang saya tak nafikan. Pengacara tu memang ada bakat dan andai diberi peluang dan selalu dilatih mesti dia boleh mengacara dengan baik. Tambah grooming sikit pasti lagi OK. Sebab selain dari cara berbicara dan suara, penampilan jugak tak kurang pentingnya untuk mencuri perhatian penonton. Bak kata orang, dari mata turun ke telinga, terus masuk ke hati hahahaha.... Orang-orang yang bekerja di hadapan tabir ni, penampilan harus dititikberatkan sebab bagi yang melihat, dia lebih suka tengok dulu baru dengar. Betul tak orang yang melihat? Bukan kata tak groom tak boleh jadi pengacara tapi kalau ada pakej tu, bonus.
Kawan: Baguslah dah ramai orang kita boleh jadi pengacara.
Pun saya setuju. Sebab mesti ada pelapiskan? Kalau tak, yang pergi terus pergi. Saya dengar dan diam je. Memang saya tak banyak cakap dalam mana-mana grouppun. Dengar dan baca je. Kalau perlu baru komen.
Pengirim: Best dia jadi pengacara. Ramai orang puji. Cakap macam orang celik. Memang pandai cakap.
Fikir saya: Ada beza ke orang kita dengan orang celik cakap? Rasa nak ketawapun ada. Ayat tu membuatkan saya lagi nak dengar perbualan mereka. Nada si pengirim tu lain macam bunyinya. Ada motif lain ke?
Pengirim: Dahlah tu, pandai control mic pulak tu. Sedap je dengar dia cakap.
Fikiran saya: Kata pandai PA system. Kerja control mic tu kerja pengacara ke? Rasa nak ketawa guling-guling je. Dia ni cakap pakai akal ke tidak? Dah namanya PA system hotel, mestilah best. Tengoklah pulak hotel berapa bintang. Mic office saya tu pun best kalau penjaga PA system pandai setting dan dapat mic mahal. Kat office saya tu, saya pernah guna mic yang harga RM200.00 dan mic harga RM1,800.00. Memang ketara bezanya. Lagi satu tengok siapa yang jaga PA System. Tu pun mempengaruhi jugak. Masa saya berucap di PWTC, gila best bunyi yang dihasilkan. Tak payah cakap kuat. Kita jauh ke, kita dekat ke dengan mic, mic tu OK je, sama je. Tu gunanya PA System serta technician.
Pengirim: Dialah pengacara paling meletup sekarang ni.
Dalam hati saya: Hahahahahahaha.... Apa motif semua ni? Kalau niat nak sakitkan hati saya, lupakan jelah. Rasa nak ketawa guling-guling satu hari. Tak payahlah sibuk berebut pengacara paling meletup. Tak ke mana pun kita ni. Biarlah saya tak meletup pun. Yang penting saya happy dan minat jadi pengacara. Saya mengacarakan majlis sebab memang saya minat. Sebab tu orang tak bayar pun saya OK je.
Masa dalam flight hari tu, boss saya cakap:
Boss 2: Tinta, kalau orang panggil awak jadi pengacara, awak kena charge.
Saya: Entahlah boss. Kalau dengan budak-budak kita ni, saya tak kisah sangat. Saya kesian. Lagipun saya minat jadi pengacara.
Boss 2: Tak boleh macam tu, dia orang ada budjet patutnya. Kalau dorang nak panggil awak, dia orang sedialah untuk bayar. Awak bukan baru nak jadi emcee.
Saya: Laaa... Saya ni bukan bagus sangat pun. Nak charge tu saya rasa bukan tahap sayalah boss. Nak charge macam manapun saya tak pandai. Takut mahal sangat nanti orang kata tak adalah bagus manapun. Takut tak berbaloi.
Boss 2: Dahlah office awak buat free. Tak apalah, mungkin awak rasa tu office. Tapi kalau dengan orang luar, awak kena charge. Awak kena letak harga. Biar orang pandang awak ada harga. Jangan simply je panggil sebab nak jimat kos. Awak bukan bodoh-bodoh mengacara. Skrip awak buatkan?
Saya: Buat.
Boss 2: Ha, skrip lagi, masa lagi, tenaga, bercakap lagi. Kena kira semua tu. Kalau kena tambang lagi. Biar orang pandang awak tu ada harga diri. Jangan suka-suka buat suruh awak lepas tu tak bayar.
Boss 1: Hari tu dia orang bayar you tak?
Ingat pulak boss 1 ni. Beberapa minggu sebelum fly, dia ada dalam majlis yang saya acarakan. Tapi majlis tu majlis orang, bukan office.
Saya: Tak.
Boss 1: Tak? Makan?
Saya: Dia orang tak ajak pun saya makan. Lepas jadi emcee saya masuk office la.
Kebetulan majlis tu di dewan office saya. Boss kesal dengan kejadian tu.
Malam sebelum saya jadi pengacara tu, kawan saya cakap.
Aziah (bukan nama sebenar): Kau tahu tak kenapa dia suruh kau jadi pengacara kak?
Saya: Kenapa?
Aziah: Murah. Dia kan kedekut.
Saya: Mana ada murah. Tak bayarlah.
Aziah: Hei, kau tak mintak ke kak?
Saya: Dia tak cakap pun fasal bayaran. Tanya harga pun tak. Kalau Si ... tu selalunya dia bagi token RM50.00.
Aziah: Kak, kau kena mintak dengan dia. Ajar sikit. Dia tu banyak duit. Bukan tak ada duit. Program esok ada penaja lagi. Jangan token-token, kak. Charge je.
Saya: Tak apalah. Nak buat macam mana? Tak ada rezekilah tu.
Aziah: Ah, kau ni kak. Kau tu bukan emcee bodoh-bodoh.
Saya: Tak apalah. Mana tahu ada rezeki lain. Kalau tu niat dia tak apalah. Tuhan kan ada.
So, tak payahlah nak kata siapa pengacara paling meletup. Ambiklah gelaran tu. Saya tak kisahpun. Nak double letup? triple letup? Letuplah. Saya OK je. Ada orang panggil saya pergi. Tak ada, duduk diam-diam. Saya buat sebab minat. Bukan nak kejar glamor. Saya tak rasa tercabar dengan sesiapapun. Saya bukan nak bertanding. Sedap tak sedap tu subjektif. Ada orang suka kita, ada orang tak. Ada orang suka orang lain mengacara. Tak apalah. Masing-masing ada kelebihan. Masing-masing ada minat. Masing-masing bebas untuk memilih dan bebas untuk suka siapa.
Tuesday, August 29, 2017
Permohonan Maaf Dari Seseorang Yang Baru Dikenali
Assalammualaikum kawan-kawan,
Saya baru masuk office hari ni. Pergi Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Sebelum bertolak ke sana, saya ada sedikit kerisauan sebab saya tahu ada di kalangan peserta tu yang tak sukakan saya. Tapi tak apalah. Saya pergi sebagai urus setia. Kalau tak suka tak apa. Bukan saya nak kena duduk dalam kumpulan dengan dia orang.
Manusia ni pelikkan. Ada yang sorang tu, saya tahulah dia tak suka saya sebab tandem. Yang sorang lagi tu, saya tak tahu apa sebabnya. Seingat saya, saya pernah jumpa dua kali dengan dia sebelum ni. Kali pertama, kami ditempatkan sebilik sewaktu menghadiri kursus. Masa duduk sebilik tu, kami berkawan dan berbual. Saya lebih banyak mendengar sebab saya tengok, orangnya bercakap macam tak mahu kalah. Orang macam ni, tak perlu dilawan. Layankan je. Dia cerita fasal dia suka melancong dan macam-macam lagi. Saya sekadar dengar dan Tanya, apa yang best kat sana, apa beza Negara tu dengan Negara ni. Kali kedua, sewaktu program bakat seni suara. Masa tu, dia OK je dengan saya.
Tapi ada orang sampaikan pada saya, dia cerita kat orang, dia tak berapa ngam dengan saya. Laaa... Kenapa pulak? Saya ada buat salah ke dengan dia? Kalau boleh bersembang dan ketawa bersama... Tak ngam ke namanya? Sampai FB saya pun dia remove. Agaknyalah kot. Sebab dulu kami friend kat FB tiba-tiba tengok dah tak friend. Saya tak pernah remove dia.
Masa nak pergi kem tu, saya dapat tahu, saya sebilik dengan kawan dia. Mungkin Allah nak uji kot. Ada orang kata, kawan dia tu sombong. Tapi tak tahulah kan kebenarannya sebab saya tak kenal.
So masa masuk bilik tu, kawan dia tak tegur saya. Mungkin sebab tak kenal. Jadi, saya pun cuba meramahkan diri supaya semua orang yang sebilik dengan saya tu rasa selesa. Lama-kelamaan, kami boleh berbual. Kawan budak yang tak suka kat saya tu siap boleh cerita macam-macam pada saya.
Malam kedua, sewaktu bersembang berdua sebab roommate yang sorang dah tidur dan yang sorang lagi ke bilik sebelah, kawan dia... Saya namakan N supaya senang saya nak cerita. Dia minta maaf kat saya.
N: Kak, saya nak minta maaf dengan akak. Sebab selama ni, saya buruk sangka kat akak. Saya ni cepat terpengaruh. Bila dengar cerita orang, saya mudah percaya dan ikut mengata sekali.
Demi Allah, hati saya sejuk mendengar permohonan maafnya. Masakan saya mengatakan tidak. Silaturahim ini baru bermula takkanlah saya mahu memutuskannya? Hati saya juga jatuh kasih kepadanya.
Saya: Tak apa. Akak faham. Kalau dah orang bercerita, dan N pun tak kenal akak, mestilah N percayakan? Akak pun ada juga rasa percaya sikit bila ada orang kata N sombong. So, akak pun minta maaf.
Saya: Akak rasa, akak tahu siapa yang cakap. Sebab sampai ke telinga akak. Apa yang dia cakap dengan N?
N: Sebenarnya, N suka dengar suara akak. Suara akak sedap. Masa dengar akak buat ucapan, N cakaplah, suara akak ni sedap. Dia kata, harap suara je sedap. N tak kenal dia lagi, dia tu sombong, berlagak. Bila dah kenal nanti tahulah.
Saya hanya ketawa. Mungkin orang salah sangka dengan saya sebab sikap saya yang susah mesra dengan orang ni. Tapi kalau dah kenal, saya ni taklah sombong. Cuma tak pandai nak huha, huha dan beramah-mesra dengan orang.
Saya: Habis tu sekarang ni?
N: Masa masuk bilik hari tu risau jugak. Tapi tengok akak OK je. Bersembang dengan kita orang, tegur. Siap boleh ketawa-ketawa lagi. Akak tahu tak sampai saya kena marah dengan O (boy friendnya yang merupakan kawan saya sejak 10 tahun lalu).
Saya: O kata apa?
N: O kata, awak ni cepat sangat percaya cakap orang. Abang kenallah Tinta tu siapa. Dia kawan abang. Tinta tu baiklah. Mana ada dia sombong dan berlagak. Kadang-kadang, orang ni dengki, so macam-macamlah dia cakap. Sebab Tinta tu, ada banyak kelebihan, macam-macam dia buat. Orang je tak tahu. Dia tu berbakat sebenarnya. Tapi takkanlah semua benda dia nak cerita kat orang? Banyak benda yang dia buat, orang tak tahu. Awak contactlah dia. Awakkan suka mencipta, menulis, belajar dari dia. Boleh kongsi minat. Dia pernah tulis skrip, novel. Pandai baca puisi, suka nyanyi macam awak.
Laaa... Abang O, sampai macam tu Abang O ingat cerita-cerita saya? Terima kasih Abang O sebab bersihkan nama saya. Tapi novel saya tu belum publish tau. Baru sampai meja penilai je stop sebab saya malas nak panjangkan dia macam penilai minta. Hehehe... Tapi Abang O, saya ni bukanlah hebat mana. Tak payahlah abang cerita kat orang apa yang abang tahu fasal saya. Saya ni biasa-biasa je.
Hish, macam-macamlah manusia ni. Kalau yang tak suka tu, tak suka sangat. Kalau yang OK dengan saya pulak, sampai suka dengar suara saya. Tapi nasiblah N, kali ni N tak boleh dengar suara akak yang sebenar sebab akak batuk dan sakit tekak. Dengarlah suara serak akak ni. Kalau tak, kita mesti boleh duet kan masa malam kebudayaan?
Kalau nak dengar suara akak pergilah Sing Semule hehehehehehe...
Sebenarnya saya ni dah gian nak nyanyi ni. Tapi suara tak elok lagi. Saya ada lagu baru yang saya suka iaitu, Bulan Terbelah di Amerika dan satu lagi tak tahu tajuk. Fazura jugak tapi duet dengan Fatah Amin.
Apa pun, sekarang saya dan N menjadi kawan. Harapnya dia tidak seperti kawan dia yang cakap lain kat belakang tu.
Friday, March 17, 2017
Takziah Buat Kak Fatimah
Assalammualaikum readers,
Dah beberapa hari tak menulis. Busy lagi walaupun tak ke Air Asia minggu ni. Minggu ni giliran boss yang pergi.
Kak Timah,
Takziah buat Kak Timah yang baru kehilangan ibu tercinta. Maafkan saya sebab lambat mengucap takziah. Semoga akak sekeluarga tabah menerima dugaan dan perpisahan ini.
Semoga roh allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin...
Monday, February 27, 2017
Takziah Buat Kawan
Assalammualaikum semua,
Sejaka kebelakangan ni, banyak berita kematian yang saya terima.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan takziah buat kamu yang pernah menjadi kawan baik atau sahabat saya. Takziah atas pemergian ayah tercinta. Bukan saya tak mahu bersama kamu saat kamu berdukacita, tapi saya tahu, kamu tak perlukan saya dan kamu punya banyak teman untuk menemani kamu. Jelas kamu membuang saya lewat boice Whatsapp yang saya terima setahun yang lalu. Dan voice Whatsapp tersebut, turut memberitahu saya betapa hinanya saya pada pandangan mata kamu. Jadi, biarlah saya mendoakan semoga kamu tabah menerima kehilangan orang tersayang dari jauh.
Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama para solehin.
Insya-Allah.
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)