SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, July 5, 2013

BOSS WANNA BE!!!

Kenapa lain macam je cara tulis tajuk entri tu, Tinta? Sebab aku bengan sangat!

Actually hari ni, I have a good mood to do my work! Dalam erti kata lain, untuk buat kerja orang lain, orang yang tak tahu nak buat kerja. Takkan aku nak pendekkan lagi ayat aku ni jadi satu perkataan dengan lima huruf pulak? Korang faham-faham jelah sendiri. Aku ni simple je, I'm very straight and strict  person. Apa yang aku suka, aku cakap aku suka, apa yang aku tak suka, aku cakap aku tak suka. Dua-dua ada reason. Sebab tulah ramai orang tak suka aku. Manusia ni kan suka kepada kepura-puraan. Kalau kita cakap jujur lebih-lebih lagi tentang kekurangan dia, mulalah melenting lepas tu tak nak kawan. Lantaklah! Aku tak perlukan kawan yang macam tu, aku perlukan kawan yang boleh ditegur dan boleh tegur aku. Yelah, aku ni ada juga kelemahan atau perangai yang orang tak senang. So, meh sini, hari ni aku nak cakap fasal benda yang aku tak suka!!!!!

Balik kepada tajuk asal, aku ni serius orangnya dan tak berapa pandai nak berjenaka serta lambat mesra. Tulah kekurangan aku yang aku notice dah lama. Aku memang tak pandai nak bermesra ni sebaliknya, aku lebih suka fokus kepada apa yang aku buat. Kalau orang bagi kerja, aku akan buat bersungguh-sungguh atas nama tanggungjawab.

Baru-baru ni, office aku ada buat rombakan staff. Dalam carta organisasi tu, Bahagian PR aku sorang. No more boss! Jadi semua benda I have to report directly to head of unit. Sampai hari ni, tak adapun taklimat untuk unit kami ni. Kalau ya pun dia orang buat taklimat masa aku cuti, dia orang kenalah inform aku maklumat tu. Tapi yang aku pelik tu, x-boss aku tu act seolah-olah dia tu masih bos aku. Tahulah dia tu asst manager tapi cara dia keluar arahan, macam aku ni still lagi his staff! Pada hal, dia ditugaskan untuk jaga dua bahagian dan dia ada staff dia sendiri.

Dua minggu lepas, dia panggil aku. Bagi aku kerja untuk follow up something yang berkenaan kerajaan negeri. Eh! Apasal aku pulak? Bukan aku tak nak tolong orang, tapi staff dia tu, kalau sekali kita tolong, automatik kerja tu jadi kerja kita. Nanti kalau apa-apa jadi salahkan kita dan dia langsung tak ada rasa tanggungjawab pada kerja tu. Nak tolong atau rasa bersalah pada kita jangan haraplah!!! Masa jumpa x-boss tu:

X-boss: Tinta, you have to follow up bla... bla... bla...

Tinta: Benda tukan dah hantar awal tahun lagi, kenapa baru sekarang nak follow up?

(Marah mula menular tapi masih mengawal suara dalam ketegasan)

X-boss: Si Pulan dah pergi bahagian lain, so dia serahkanlah tugas ni pada kita.

(OK, I got it!!! Jadi kemarahan aku bukan saja pada X-boss dan staffnya, tapi pada x-boss bahagian ni yang buat follow up sambil lewa. Yelah, siapa yang nak kan buat follow up dengan jabatan kerajaan, confirm kena pas sana sini. Satu negeri kena follow up berkali-kali, baru dapat jawapan. Kalau dah 13 negeri??? Eh, tapi dia serahkan kerja tu pada bahagian x-boss aku, bukan pada bahagian aku! Melampaulah ni, kenapa dia tak suruh staff dia buat benda ni? Diakan saling membodek antara satu sama lain, kenapa tak saling berganding bahu habiskan kerja ni? Bodek boss pandai, yang si boss ni pulak, makan bodek, lepas tu, kerja suruh orang lain buat. Tak boleh jadi ni, aku kena bersuara walaupun akhirnya aku tetap kena buat kerja ni)

Tinta: En. "WANNA BE", saya tak fahamlah, dekat carta tu, saya bahagian PR, En. bahagian X dan X, Staff Tut tu pun bawah En., tapi kenapa saya kena buat benda ni?

X-Boss: You tak boleh fikir macam tu, kita ni satu unit. You have wrong attitude if you're thinking like that.

Tinta: No, I'm not wrong, I'm asking you. Why dont you ask "TUT" to do this for you? She suppose to do this.

X-Boss: You dont think like this, if not whose is going to do tut, tut, tut?

Tinta: How come the whole day she only do that? She cannot do the other thing like the others?

X-Boss: You cannot say that.

Tinta: I'm asking.

(Aku dah geram sangat. Dah tak boleh sabar, dah banyak kali jadi benda ni. Bengang aku. Dahlah Si Tut tu suka cari kesalahan aku. Dulu masa aku bawah X-Boss ni, benda kecilpun nak cakap dengan bos aku, padahal dia boleh cakap sendiri dengan aku. Lepas tu sibuk dengan boss aku, boss dia, tak pulak dia endahkan. Memang suka pilih bulu dan suka bodek. OK, aku pegang cakap dia, kena saling membantu sebab kita satu unit walaupun bahagian lain-lain. Habis kenapa kau selalu bising sampai sekarang, tak bagi aku cuti kalau aku ada pelawat. Boleh macam tu? Suka hati akulah, aku nak cuti bilapun, kalau dah ada hal tarikh tu, takkan aku tak boleh cuti? Kan satu unit. Kau tak boleh tolong? Atau tak boleh asign siapa-siapa tolong ganti entertain visitors? Kenapa bila kerja kau dan kerja Si Tut tu aku kena tolong sebab satu unit? Bila part aku, tak boleh? Melampau ni!)

Tinta: Give me the file.

(Tegas dan muka menyampah. Aku peduli hape, biar dia nampak yang aku memang bengang dari dasar hati aku ni. Dasar OK, bukan permukaan. Dasar hati aku ni dalam tau, lebih dalam dari jurang Mariana.)

X-Boss: I bagi you a paper yang ada contact every state, you just follow up with that.

(Tengok tu, banyak songel pulak! Aku nak tolong pun dah cukup bagus! So bagilah aku apa yang aku minta! Dia ingat, sekeping kertas tu cukup nak buat follow up??? Dahlah orang government tu suka tanya macam-macam!  Aku dah pernah buatlah kerja ni 2011 dulu, masa bahagian PR gabung dengan bahagian ni. Aku tahulah apa yang perlu dan patut ada.)

Tinta: No, I want the file. More easier for me. If not I dont want to do this.

(Suara perlahan tapi tegas)

X-Boss: OK, OK. You take this but take care of the file and give me back.

Tinta: Ya, ya, I know. That file is my file before.

(Macamlah aku ni bodoh sangat tak pandai jaga dokumen! Menyampah aku! Aku tinggalkan bilik Boss wanna be tu dengan muncung sepanjang 15 depa.)

Setelah aku peram fail tu dua minggu, baru hari ni aku nak mulakan kerja bodoh ni. Kenapa? Suka hati akulah nak buat bilapun, bukan kerja aku, mestilah aku utamakan kerja hakiki aku dulu. Kalau nak cepat, buat sendiri! Dia orang tak boleh salahkan aku kalau lambat. Yang aku marah balik hari ni ni, sebab call satu kerajaan negeri ni, dia pas aku entah dekat berapa orang. Tu pun belum selesai lagi. Apa Si Pulan sebelum ni buat ha? Ni dah Julai, sepatutnya benda ni dah selesai kalau takpun, dah separuh jalan untuk semua negeri. Ni tak, ada yang belum follow up langsungpun. Melampaulah dia orang ni, gaji mahal-mahal, tapi kerja macam hampeh!!! Kalau bodek, nombor satu. Habis tu aku nak kerat berapa badan aku ni? PR lagi, kerja Tut lagi, event lagi, kalau mak datin datang, lagi haru hidup aku. Tapi aku suka kerja yang sibuk cuma aku tak suka ada orang yang ambil kesempatan pada aku!!!

Thursday, July 4, 2013

Monday, July 1, 2013

Beg Tangan Bonia Idamanku

Hmmm... Sebelum aku mula, aku nak pesan, kepada sesiapa yang tak suka dengan aku, baik korang tak payah baca entri ni atau blog aku ni. Sebab aku tak nak nanti, lepas baca entri ni, korang pergi heboh satu dunia yang aku ni riak dan berlagak. Dah namanya ni diari peribadi aku, so terserahlah pada aku nak tulis apa kan? Kalau nak tulis diari peribadipun nak kena jaga hati orang, tutur kata dan pemilihan perkataan susahlah. Aku ni manusia dan aku perlu kebebasan untuk menulis terutamanya tentang hidup aku. Aku menulis bukan kerana riak atau untuk menunjuk-nunjuk, aku menulis jujur dari apa yang aku rasa. Semua entri kat sini bukan untuk riak kat siapa-siapa.

Dahlah tu, Tinta! Tak payah membebel panjang. OK on!!!

Semalam, lepas makan tengahari di Keramat, aku pergi ke Kafur semata-mata nak beli Evening Prime Rose yang tengah offer. Sebotol RM20.00 je. Murahkan? Kata je nak beli EPO, tapi bila keluar Kafur, adalah beberapa barang lain yang ikut aku keluar hehehe.

Distinasi seterusnya adalah Jusco Wangsa Maju yang sekarang dikenali sebagai Eon. Oh, Kafur pun kalau tak silap sekarang ni dipanggil Big Eon. Objektif utama pergi Wangsa Maju ni adalah untuk claim baucer Jusco yang aku dah kumpul ni. Hajat di hati nak beli seluar Dolly. Orang ramai, mesti ada offer juga ni. Tak semua bahagiaan yang offer cuma offer untuk Bonia group di bahagian tengah je 50-70 pratus. Bonia group ni termasuklah Sembonia dan Carlo Rino. Sebenarnya yang menarik perhatian aku Bonia tu. Carlo Rino jatuh tempat kedua. Dalam masa yang singkat, sempat aku berfikir, tak perlu beli seluar dulu, baik tengok offer tu, mana tahu kalau ada yang berkenan. Get ready ya Tinta, kau jangan berangan nak dapat beg Bonia bawah RM200.00 walaupun ada diskaun. OK!

Maka pengembaraanpun bermula di ruang legar diskaun. Pengembaraan dimulakan dengan kasut Bonia. Not bad, selalu jumpa design untuk orang yang matang, tapi kali ni designnya menarik. Harap-harap, adalah beg tangan yang menarik.

Beg tangan Bonia! I'm coming! hehehe kakak jurujual tu bukan main baik lagi melayan aku. Tidak sekejappun aku tinggalkan keseorangan. Ada jelah keterangan dia untuk setiap beg yang aku pegang. Aku ni kan cerewet, nak beg macam tulah, macam nilah. Aku ada kritiria tertentu untuk beli beg tangan. Dah lama membelek, ada dua jenis beg yang aku short list kan. Satu full leather dan satu campuran leather dan apa aku tak ingat, PVC kot. Yang full leather tu lembut sangat materialnya. Tu yang terus buat aku jatuh hati tu. Kalau tak beli rasanya termimpi-mimpilah malam ni macam beg yang kat Surabaya hari tu. Tapi jangan gelojoh Tinta, pilih betul-betul, pilih yang selesa dipakai. Kakak tu tetap menerangkan dengan bersungguh-sungguh walaupun aku dah cakap nak tengok dulu. Aku ni bukan cepat terpujuk lebih-lebih lagi bila nak beli benda-benda mahal macam ni. Nanti kalau silap beli rugi.

Aku ke bahagian Carlo Rino pulak. Tak tahulah kenapa, hari ni aku rasa design si Carlo Rino ni kurang memuaskan. Kat sinipun aku ada dua jenis beg yang aku suka tapi, yang satu tu beg besar, tali kecil sangat. Bila aku sangkutkan kat bahu rasa tak seimbang. Yang lagi satu tu pulak, compactment banyak tapi besar sangat. Karang berulang tragedi SK-II berkecai karang, susah pulak nanti. Dari segi harga, semestinya Carlo Rino lebih rendah. RM200.00 ke bawahpun dah boleh dapat sebuah beg.

Dalam sibuk membelek-belek ni, dapat juga aku belajar sesuatu, rupanya, walaupun beg berjenama yang terkenal dengan kualiti kulit, dia ada pelbagai jenis. Ada yang full leather ada yang kain, PVC, getah, plastik dan kebanyakannya adalah campuran leather dengan material yang aku senaraikan tadi. Menurut jurujual Carlo Rino tu, material yang paling tahan adalah full leather. Beg jenis ni selalunya tahan bertahun-tahun. Katanya, beg full leather ni tak pecah dan tak terkopek. Selain daripada ringan, beg tu juga tak mudah terbakar. Kalau nak kenal, full leather ni lembut. Ha... Macam beg yang akak tengah pakai ni full leather. Oh ya ke? Design cantik, compactment banyak, aku beli tanpa tahu full leather atau tidak. Nampaknya jurujual ni begitu arif dengan barangan kulit. Kedua, kain. Beg yang dibuat daripada kainpun lama jangka hayatnya. Cuma dia berisiko untuk koyak. PVC, getah dan plastik, selalunya cepat terkopek tapi ia mengambil masa dua-tiga tahun untuk terkopek sebab ia diperbuat dari PVC, getah atau plastik yang tinggi mutunya.

Bila ditimbang, ukur dan sukat, Bonia jugalah yang jadi pilihan. Aku patah semula ke bahagian Bonia. Sebab aku dah malas nak pergi ke bahagian lain. Nanti bertambah rambang mata aku. Lagipun, dua brand ni yang aku paling suka dalam Bonia group. Sebenarnya dah lama aku mengimpikan handbag Bonia ni. Nak-naknya yang full leather. Dengar kata, kualitinya bagus. Bolehlah aku buat raya nanti :)

Kakak jurujual tadi masih ada. Mesti dia seronok sebab akhirnya, aku datang untuk membeli. Kali ni jurujual lelaki pulak yang entertain aku.

Sekarang, mari kita pilih antara dua beg Bonia yang aku berkenan ni. Nak ambil dua-dua tak bolehlah, kurus kering beg duit aku lepas tu. OK, yang pertama ni, full leather, ringan dan lembut. Ada dua warna, biru lembut dan oren. Compactment banyak, cuma tak ada zip sebelah luar. Talinya juga leather dan dilengkapi dengan magnet untuk menutup beg ni sebagai ganti zip dan butang. Ada beg dalam yang boleh dikeluarkan. Ala-ala beg organizer gitu tapi diperbuat dari kulit. Siap ada zip dan compactment. Designnya ada sedikit takatan untuk kelihatan seperti kulit buaya meskipun diperbuat dari kulit lembu. Yang satu lagi warna oren berkilat. Campuran leather dan PVC, sedikit keras dan berat. Compactment banyak tapi talinya pendek membuatkan aku tidak selesa bila memakainya. Kesimpulannya, beg ni terkeluar daripada pencalonan beg yang akan dimiliki.

Tinta: Mana OK?

Jurujual: Dua-dua OK, cuma yang tu full leather dan full leather ni tahan lama dan bertahun sebab dia high quality. Bezanya yang full leather ni special edition, yang lagi satu tu, limited edition.

Tinta: Apa beza limited dan special ni?

Jurujual: Special ni dibuat khas dan limited ni terhad. Yang special edition ni selalunya harga kat pasaran mahal, dalam RM1,000.00 lebih. Ni kira dah murah sangat ni sebab kita bagi banyak diskaun.

Nasib baik jurujual Bonia yang cakap macam tu. Kalau beg lain mesti aku dah kata tipu. Memang harga Bonia ni tinggi dan kebanyakannya harga sampai ribu. Aku pernah tengok offer kat Sogo, paling murahpun RM300.00 setelah diskaun. Ah, tak adalah murah sangat harga beg ni, RM280.00 setelah diskaun 70 pratus. Apa lagi, sedikit daripada harga beg ni kita guna baucerlah. Tak banyakpun, kurang sikit bayar cash.

Biru ke oren? Biru ke oren? Fikir punya fikir, keputusan muktamat, oren! Maka terubatlah hajat aku yang tak kesampaian nak beli handbag kat Surabaya dulu.

SK-II Bergolek Dan Berkecai

Alkisahnya, Jumaat malam Sabtu hari tu aku pergo ke One Utama. Kononnya nak dapatkan boucer Jusco 50 pratus yang ditawarkan kepada setiap pembeli produk SK-II melebihi RM350.00. Kebetulan Clear Lotion dan Essence akupun dah habis. Apa lagi inilah masa yang sesuai untuk membeli skin care kegemaran aku tu :)

Seperti yang dirancang, akupun belilah dua items yang aku nak tu dengan dapat 50 pratus Juxco boucer, 40ML Clear Lotion free dan mask. Masa aku nak tinggalkan kaunter SK-II tu, kena lalu ruang sempit. Badan aku dah lepas, beg tangan aku pulak yang langgar dua tiga botol kaca SK-II yang diturunkan dari tempatnya. Apa lagi, bergoleklah botol-botol tu dan salah satu daripadanya pecah. Sorang amoi tu buat muka nak marah tapi nasib baik amoi yang layan aku tadi still senyum dan kata "Is OK,". Berkali-kali aku say sorry. Tapi amoi tu tetap kata tak apa. Nasib baik langgar tester, kalau langgar yang dijual, habis aku kena keluar duit untuk barang yang tak ada.

Terima kasih, Tuhan, selamatkan duit aku. :)

Malu gila, dahlah kat kaunter tu masih ada customer, belum lagi orang di sekeliling. Semua tergamam dan diam. Mata dia orang tak payah cakaplah, mestilah semua berpusat pada aku. Macam... Aku ni filem star yang datang membeli-belah kat situ.