SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, June 17, 2018

Third Update: Senarai Koleksi Perfume Saya

Entri ni saya buat atas permintaan seseorang yang mahu saya tulis tentang koleksi perfume yang saya ada dan pernah saya pakai. 1. J'adore by Christian Dior: - Merupakan salah satu dari favourite perfume saya. Botolnya biasa saja tapi elemen mewah diterapkan pada tutup botolnya yang keemasan. Saya pernah pakai dua kali perfume ni tapi semuanya pemberian orang. First my secret admire bagi. Second, my mother bought for me masa dia ke Kota Paris bercuti ketika angah masih di sana. 2. Diva Rose by Emanuel Ungaro: - Warna pink dan botolnya unik didatangkan dengan tutup kaca yang bercorak sama seperti botolnya. Ini pun salah satu favourite saya. Ramai yang suka akan bau ni. Siap berebut tu nak beli perfume ni. Ada jugak kawan-kawan yang nak beli perfume Tanya saya siap call untuk dapatkan nama perfume ni. 3. Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo: - Juga favourite saya. Bau rose tapi berlainan dari Diva Rose. Ramai yang tegur bau ni sedap. Pergi latihan Gunung Kinabalu pakai ni orang tertanya-tanya siapa punya perfume ni? Bestnya. Yang ni, my second x boy friend bagi. Asalnya saya kirim kat dia beli di airport masa dia out station. Tapi dia bagi je katanya sebab saya berkelakuan baik. Hahahaha... Berkelakuan baik maksudnya saya tak merajuk dalam jangka masa yang lama. 4. Good Girl by Carolina Herrera: - Saya beli favourite perfume saya ni di Singapura sewaktu transit pulang dari Romania. Kat Romania lagi saya berkenan bau ni. Tapi kat Romania mahal. Ingat nak beli kat Jerman. Flight delay due to snow yang turun masa kami nak balik, sampai Jerman tak sempat nak buat apa. Mujur dapat beli kat Singapura masa transit kali kedua. Selain dari baunya yang mewah, Kotaknya bersalut baldu dan tulisan keemasan sudah cukup melambangkan kemewahan perfume ni. Botolnya pula diperbuat daripada kaca berbentuk kasut tinggi wanita atau steleto berwarna hitam dimewahkan lagi dengan tumit tinggi berwarna emas. Baunya sangat best. Basuh dan jemur pakaianpun masih bau minyak Wangi ni. 5. South Beach by Paris Hilton: - Pun termasuk dalam senarai favourite saya. Baunya yang lembut membuatkan orang terpukau. Botolnya bulat tinggi Nampak seperti biasa-biasa je. Tapi bau mengancam. Yang ni pun orang boleh call saya Tanya nama perfume saya pakai sebab dia orang nak beli. 6. Envy Me by Gucci: - Favourite saya jugak. Saya beli masa saya study dulu. Tu pun ada promotion masa dia baru-baru keluar. Tunjuk Student Card, saya hanya bayar RM50.00 je. Berulang kali saya Tanya sales girl tu betul ke ori sebab murah sangat? Dia kata betul, dia orang Gucci. Hahahaha... Budak-budak kelas selalu kata saya Wangi bila saya pakai perfume ni. Botolnya simple je, warna pink, empat segi tinggi macam tiang, bercorak. Sebenarnya saya lupa Gucci jenis apa sebab masa tu bukan alert sangat dengan perfume. Selalu orang cakap kat saya, Envy Me tu bau dia best. Bau kuat dan ada orang urut kata melekat bau dia. Kalau saya pakai katanya, dia tak tidur malam. Gila apa? Baru-baru ni masa saya update status FB pasal perfume ni, my best friend ingatkan saya pasal Envy Me ni. Dia masih ingat Envy Me ni favourite saya masa belajar dulu. Dulu tak tahu sangat pasal jenama Gucci ni. Dah beli murah ingatkan jenama biasa-biasa je. Rupanya Gucci ni jenama mahal bila saya dah tahu pasal jenama. Masa tu dah habis belajar. Patutlah abah asyik cakap Gucci je bila kami nak beli barang seperti beg tangan dan beg duit. Thanks to Mercella AKA Mishel sebab ingatkan aku akan nama perfume favourite aku ni. 7. Nina by Nina Ricci: - Perfume ni buah tangan dari angah masa dia belajar kat Paris. Masa dia nak balik bercuti, dia Tanya saya nak apa. Saya Tanya dia, perfume murah tak kat sana? Dia kata tengok brand. I requested J'adore tapi mahal, dia gantikan dengan Nina by Nina Ricci ni. Kali pertama menciumnya, saya terus jatuh cinta dengan bauan lembut ni. Botol berbentuk apple tapi yang ni warna merah. Siap ada daun dan tangkai berwarna silver yang dijadikan sebagai penutup. Best sangat bau dia. Paling best, beli perfume kat Paris dapat banyak gila miniature. Nasib angah bukan gila perfume macam saya. Semua miniature dia bagi saya. 8. Luna Blossom by Nina Ricci: - Haruman kedua saya miliki dari Nina Ricci. Kali ni menampilkan botol berbentuk apple warna ungu dengan tangkai berlainan design berwarna emas. Baunya tetap lembut. Tapi saya lagi suka Nina. Perfume ni saya beli sekali dengan Carolina Herrera di airport Changi on the way back from Romania. Harga kat Malaysia RM600.00 lebih. Saya beli 21 euro setelah diskaun. Murah sangatkan? Lepas free duty dapat diskaun lagi sebab beli dua botol. Hahahaha... boss saya pun ikut saya beli dua perfume ni untuk wife dia. 9. Mont Blanc: - Saya lupa Mont Blanc ni dari jenis apa. Perfume ni my first x boy friend bagi. Sayapun tak tahu sebenarnya dia betul-betul nak bagi saya ke nak bagi perempuan lain. Ada orang bagi tahu saya yang boy friend saya kirim perfume ni kat dia. Dah lama kot. Kalau nak bagi saya mesti dah lama bagi kan? So, saya Tanya dia, nak bagi siapa perfume yang dia kirim kat kawan saya tu? Tiba-tiba dia keluarkan dari beg dia bagi saya perfume ni. Hati saya memang tak percaya dia nak bagi sayapun. Tapi, ambil jelah. Daripada dia habis beratus kat perempuan lain, baik saya habiskan duit dia dulu sebab saya girl friend rasmi dia yang semua orang tahu. Walaupun menerimanya tanpa rasa happy, saya tetap ambil. Bukan materialistic. Biarkan dia. Padan muka. Mahal kot perfume tu. Saya tahu harganya sebab kawan saya yang beli. Walaupun promotion, beratus jugak. Secara jujurnya saya tak berapa suka bbau perfume ni sebab baunya keras. Saya bagi kawan saya pakai setelah beberapa tahun memilikinya dan minta dia pulang balik botol kat saya masa nak bagi dia tu sebab saya buat koleksi botol perfume. Kawan saya bagi balik botol tu. Teringat kat dia? Seriously, saya dah lupakan kedua-dua makhluk yang bbuat hidup saya sengsara tu. Saya ingatpun ingat sebab dia bagi macam saya ingat angah dan mama bagi perfume. Macam tu jugak dengan admire saya bagi. Ingat rindu dan istimewa tu taklah. Saya memang susah nak lupakan orang. Tapi kalau sekali saya dah lepas, pergilah kau jauh-jauh. Saya takkan rindukan korang lagi jauh sekali mengharapkan korang kembali. Cuma saya harap, Allah temukan saya dengan orang yang lebih baik dari korang yang menyakitkan hati saya. Kalau tengok botol tu pun tak ada feeling dah. Just botol sekadar koleksi saya. Semua saya simpan. Ada je botol perfume kawan yang saya simpan sebab botol dia cantik. 10. Siren by Paris Hilton: - Perfume ni saya beli sebab kawan saya pakai parti perfume bau sedap. Gigih saya cari original dia. Siap order kat Jothy tauke kedai perfume yang selalu datang buat volunteer work kat my office. Botolnya cantik Siap ada rantai lagi. Tapi bila pakai saya rasa tak best pulak. But still boleh diterima dan saya pakai sampai habis. 11. Incanto Charms by Salvatore Ferragamo: - Saya beli perfume ni kalau tak silap di Sasa Time Square. RM300 lebih kot masa tu saya beli. Sebenarnya rambang hidung hahaha... Banyak sangat incantonya. Bila balik miniature dia Incanto Bloom lagi best. Boleh jugak pakai bukanlah tak best. Best jugak Charms ni pun. Cuma saya lebih sukakan Bloom. Tu yang lepas tu beli Bloom pulak. Tapi dalam senarai ni, Bloom kat atas. Hahahaa... 12. Mediterranean by Elizabeth Arden: - Saya beli masa Sogo member sales kat tingkat 7. Tak banyak pilihan pun. Tapi saya suka dengan Mediterranean ni. Harga turun sampai RM105.00 untuk 100 ML. Apa lagi? Hambek jela. Tak payah fikir panjang. Malaysia ni bukan senang nak dapat perfume ori tapi murah. Balik rumah, buka je plastic belum buka kotak, meleleh perfume ni keluar. Rosak botol dia ni. Mujur saya simpan receipt. Esok hari last sales so gigih sekali lagi pergi Sogo dengan bersesak tu nak tukar perfume. Dan Mediterranean baru saya dah sampai from oversea untuk botol kedua. 13. Envy by Gucci: - Saya confuse sebenarnya antara Gucci ni dengan CK. Rupanya Gucci kawan saya ingatkan saya kat FB masa saya update pasal perfume. Envy ni abah yang belikan masa saya study kat UiTM dulu. Abah ambil saya masa cuti sem dan kami ke Sogo jalan-jalan. Abah pun suka pergi Sogo. Abah Tanya saya nak apa? Saya kata nak perfume. Sebelum tu kami ke counter CK tapi orang CK offer kami beli limited edition CK apa entah. Abah kata tak payah. Nanti kalau habis tak boleh beli lain. Abah bawa saya pergi counter Gucci. Rambang hidung jugak. Saya pilih Envy. Balik rumah baunya tak berapa best. Tapi saya still guna sebab abah bagi sehingga ia hilang dari simpanan saya. Botol empat segi panjang or tinggi tu sama macam Envy Me kegemaran saya. Macam tiang. Dia didatangkan dalam bekas plastic bertutup. Botol dalam bekas. Cantik. Dan saya terjumpa dalam almari roommate saya kat UiTM masa buat spot check kehilangan handset baru Nokia saya. Sampai sekarang saya tak habis fikir macam mana perfume tu boleh ada dalam almari budak yang ada habit mencuri tu? Saya bagi dia simpan atau perfume saya tu dah masuk senarai habit dia macam handset saya? Botol yang ada dalam almari dia tu sama rosaknya macam milik saya. Oh tak, bukan botol. Bekas plastic tu. 14. Splendor by Elizabeth Arden: - Perfume ni bau dia panas tapi best. Saya gelarkan dia perfume berhantu. Sebab bila kita pakai dia macam hilang lepas tu tiba-tiba bau dia datang lepas tu hilang balik. Lepas tu datang lagi. Berapa kali hilang berapa kali datang dah. Kalau kita tinggalkan sesuatu tempat tu pulak, baru dia akan berbau kat situ. Baunya tertinggal. Kadang-kadang masa kita kat situ orang tak bau pun perfume ni. Bila kita pergi, baru orang tertanya-tanya, bau siapa ni? Perfume ni saya beli dari Zawani kawan satu office saya dulu. Walaupun kami berlainan department dan blok, dia tahu saya peminat perfume origenal. Husband dia kirim perfume dengan kawan suami dia yang out station ke US. Banyak botol suami dia beli. Sedangkan, dia tak berapa sukakan minyak wangi. So, daripada simpan banyak-banyak, dia putuskan untuk menjualnya kepada saya. Dia jual murah je kat saya sebab beli dari US murah. Dia bagi saya RM100.00 sahaja. Kali pertama cium perfume ni saya dah sukakannya. Tambah pulak dengan harganya yang sangat murah, apa lagi, saya grab la. 15. Red Jeans by Versace: - Kalau Splendor merupakan perfume yang baunya panas, Red Jeans ni pulak perfume yang baunya sejuk. Saya beli ni sebab terpengaruh dengan sorang kawan yang pakai parti perfume ni. Bila Kak Rahimah ke Singapura, saya kirim dia beli perfume ni kat Kompleks Mustafa. Masa tu harganya 29 Dollar Singapore bersamaan lebih kurang RM70. Sesuai dengan namanya Red Jeans, ia didatangkan dalam botol berpenutup merah. Perfumenya juga berwarna merah. Selalunya perfume dibungkus dengan kotak tapi Red Jeans diletakkan dalam tin yang juga berwarna merah. 16. Elizabeth Taylor: - Saya lupa Elizabeth Taylor yang mana satu saya pakai dulu tu. Botolnyapun dah pecah sebab jatuh masa saya pindah tempat duduk di office. Mujur perfumenya tinggal berapa titik je lagi. Itu pun bau semerbak satu office. Saya beli ni tanpa dirancang. Saya jalan-jalan di Sogo. Lepas tu sales man to promot kat saya. Sangat murah masa member sales tu. RM99.00 sahaja OK. Kau gila kalau tak beli? Memang saya meroyan dan terus beli. Baunyapun memang sedap. 17. Girl Belle by Guess: - Saya sebenarnya terpikat dengan botol dan penutupnya yang menarik. Penutupnya ada riben yang digubah menjadi bunga. Baunya tak berapa best sangat. Tapi bolehlah. Penat saya pakai nak suruh habis. Tapi lambat bebenar habisnya. Saya beli dengan Jothy tauke perfume yang datang buat volunteer work kat office saya. Tapi saya beli tester yang kedai dia tak nak guna dah. Semestinya origenal. Nak murah, so kita beli je la. 18. Rihanna: - Saya beli perfume ni jugak dari Jothy. Tapi saya beli yang baru. Mahallah sikit. Cuma tak semahal harga pasaran. Mula-mula saya rasa bau dia best. Botol memang menarik. Tapi bila saya pakai baunya terlalu keras untuk saya. Rasa macam nak muntah pun ada. Bau memang kuat. Saya basuh tudung dan baju pun still bau lagi. 19. Lacoste: - Beli dari Jothy jugak. Tapi saya tak suka bau dia. Saya bagi kawan suruh tolong pakaikan then pulang balik botol dia kat saya. Saya nak buat koleksi. Kawan tu boleh cakap wangi? Tang mana wangi pun saya tak tahu. Biasalah. Cita rasa manusiakan berbeza. 20. Oceanus by The Body Shop: - Abah belikan saya perfume ni masa saya sekolah menengah. Kalau tak silap masa tu saya form 5. Sementara angah minta dibelikan White Musk juga dari Body Shop. Oceanus didatangkan dalam bentuk minyak atau parti. Dalam botol Body Shop yang kecil. Harganya 17 tahun dulu hanyalah RM36.00 boleh refeel 10 ML kalau tak silap bila dah habis. Refeel secara percuma tau. Penutupnya disertakan dengan brush untuk sapu perfume tu kat kulit kita or baju. Baunya semerbak harum. Tak perlu letak banyak nanti pening. Jenis bau yang panas. Botolnya sangat kecil. Tak tahulah masih ada ke tidak Oceanus ni kat Body Shop. 21. Japanese Cherry Blossom by The Body Shop: - Saya bersiar-siar dengan Ali di KLCC. Semasa melintas The Body Shop, kami bau satu bau yang sangat wangi dan segar. Ali kata ni bau Cherry Blossom. So, saya nak tengok perfume tu. Masa tu ada sales, saya beli dengan harga RM70 je. Memang baunya best sangat. Wangi dan segar. Botol empat segi biasa je. 22. The Body Shop: - Ada satu perfume yang saya beli di Body Shop dua tahun lepas. Baunya juga wangi. Saya lupa bau apa. Nanti saya tengok botolnya di office then saya akan update. 23. Nutrimetics: - Saya pakai perfume ni masa saya form 3 ke form 4. Sebenarnya perfume ni mama saya punya. Masa cuti sekolah saya asyik pakai perfume ni kat rumah. Mama tanya saya, nak ke perfume tu? Mestilah. Then mama bagi saya. Waaa... Melaram sakanlah saya ke sekolah. Hahahaha... 24. True Heart by Avon: - Saya beli perfume ni masa sekolah menengah antara form 1-3. Budak-budak. Mana ada duit sangat. Suka benar membelek katalog Avon. Ada offer belilah. Saya ingat lagi, saya beli perfume ni dari Cikgu Rokiah. Baunya lembut. Botol macam bukit kalau tak silap warna gelap dan tutupnya berbentuk dua hati bercantum. Hahahaha... Bentuk love la tuuuu... 25. For Away by Avon: - Ni pun saya beli masa sekolah menengah dulu. Tunggu je bila For Away ni offer. Maklumlah, For Away ni mahal masa tu. Semuanya terpengaruh dengan Cikgu Kasilawati yang sering mengenakan haruman ni. So, kita masa tu rasa best sangat. Suka sangat dengan bau cikgu tu. Apa lagi, belilah masa offer. Botol dia kalau tak silap warna purple. Tapi sekarang ni For Away ada versi baru kata Dayah. Tak sewangi For Away keluaran lama. But yang lama tu still ada kat pasaran katanya. Almaklumlah dah lama tak beli Avon. Botolnya gemuk kecil dan pendek. Penutup bulat macam bola. Ada rantai kalau tak silap. Tapi rantai rambu-rambu je. Nanti sambung lagi ya. Banyak lagi ni hahahahahaha... 26. Meow by Kathy Perry: - Saya jatuh cinta kat perfume ni masa bau kawan saya pakai yang dia beli dari Sogo. Waaa... Botolnya menarik. Penutup bentuk kepala kucing. Bau manis tapi taklah manis sangat. Masih boleh diterima. Saya pernah terbeli perfume yang baunya manis sampai tak tahan pakai. Lupa jenama apa. Nanti sambung lagi ya. Banyak lagi ni hahahahaha...

Perfume Yang Baru Tiba



Ni cerita sebelum raya hari tu. Baru nak update. Hahahahaha... ada lima botol semuanya. Kawan saya kirimkan semua perfume yang saya beli kepada kawannya yang kebetulan nak balik Malaysia. Macam saya tulis sebelum ni, perfume kat Negara sana tu murah. Tak mahal macam kat Negara kita. Cantikkan semua botol ni? Yang gemuk biru tu Mediterranean dari Elizabeth Arden. Saya pernah pakai perfume ni sebelum ni. Yang tutup bentuk kepala kucing warna pink tu siap pakai rantai M tu namanya Meow by Katy Perry. Yang ni saya pernah bau dia. Kawan saya pakai. Sejak kali pertama cium baunya saya dah berazam untuk dapatkannya suatu hari nanti. Botol berwarna-warni tu pulak Live Luxe by Jeniffer Lopez. Yang ni saya beli dengan membaca reviewnya saja. Mula-mula macam tak best bau dia. Tapi bila saya pakai, rasa Wangi pulak. Berkali-kali saya sembur. Bentuk hirisan buah tembikai tu namanya Euphoria by Calvin Kline. Bau orang kaya bak kata Datuk Sri Vida. Mula-mula saya rasa tak berkenan plak bau dia. Rasa macam bukan bau miniature yang pernah saya dapat dulu. Tapi Amjat memang dari awal kata bau ni best. Saya try pakai. Waaa... Sedap baunya. dialah yang paling mahal harganya kali ni. Dah ramai yang berkenan kat dia. Acik siap minta dengan saya perfume ni. Mami pun minta dengan saya kalau dah tinggal sikit bagilah dia. Aduh, bila saya dah jatuh cinta kat Euphoria ni ramai pulak yang berkenan. Mungkin saya akan bagi acik kot kalau hati saya tak berubah. Kesian dia. Saya boleh beli lagi bak kata kawan saya cuba memujuk hati saya. Ya, kesian acik. Nanti saya pesan kat dia. dah tinggal sikit nanti bagi mami. Baunya memang harum semerbak. Baju kotor bekas pakai diapun Wangi. Rasa tak nak basuh. Hadoilah badan. Nasiblah. Last but not list, Sun Flower by Elizabeth Arden. Yang ni taklah Wangi sangat. OK la untuk tidur malam. Saya pernah bau dia dulu. Macam Wangi. Tiba-tiba rasa tak best. Yang ni datang sekali dengan cleanser body dan lotion sebab saya beli gift set. Masa orang hantar perfume ni saya meeting kat luar. Rasa tak sabar nak balik tengok perfume. Mujur masa tu saya dah naik kereta untuk balik ofis. Tak adalah menderita sangat tunggu masa nak buka kotak perfume. Tuhan je tahu betapa happynya saya dapat perfume ni. rasa nak melompat ke langit je. Hahahaha.. Over kau jah.

Saturday, June 16, 2018

Sakit Tak Hati Kau?

Assalammualaikum readers, Salam sejahtera. Kepada yang muslim tu, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Manalah tahu kot-kot ada tulisan saya yang mengguris hati selama korang membaca blog ni. *********************** Amjat hantar whatsapp kat saya. Dia Tanya saya mana gambar saya berbusana Jakel and Jovian? Updatelah kat DP =Default Profile whatsapp la tu. Hahahaa... Mamat tu, dalam sibbuk berayapun masih ingat perihal saya. Siapa lagi yang melayan gila melawa saya selama ni kalau tak budak-budak office termasuk Amjat? Saya hantar sekeping gambar saya posing dengan baju diperbuat dari kain Broket yang saya beli di Jakel diiringi dengan soalan, mana OK, gambar DP sekarang ke gambar ni? "Tukar jelah. Nanti tukar balik. Mohon selalu tukar gambar DP," "Masalahnya aku sayang gambar DP sekarang," Balas saya. "OK, baik," Balas Amjat. "Raya ni, kau mekap sendiri ke?" Hadoi, kat mana pulak silap mekap saya ni bila Si Mejat ni tanya macam ni? Mata dia ni tajam. "Yelah. Apa yang tak kena?" Saya dah bersedia nak dengar komen dia yang boleh buat telinga saya menanah ni. Hehehehe... "OK le mekap kau ni. Memang tak perlu suruh orang lain mekaplah kau sekarang ni dol. Keep it up sis, hahahaha. Kalau orang lain buat, banyak yang tak kena je aku tengok ni hahahaha... Biasalah kan..." Hah? Betul ke? Alhamdulillah, nampaknya, skill mekap saya dah improve. Sayapun dah tak takut-takut dah bila nak buat gabungan warna dan bentuk pada mata termasuk eye shadow, eye brow dan eyeliner. Boleh selamba je buat garisan eyeliner sekarang ni. Boleh confident je buat bentuk eye shadow. Orang tak buat saya buat dan cuba then Aqilah pernah bagi komen Nampak mata saya besar bila saya buat bentuk dan gunakan gabungan warna sekali tu. Apa yang dapat saya simpulkan, untuk majlis, saya tak boleh guna MUA sebarangan. Saya kena guna hasil kreativiti orang yang dah biasa mekap saya seperti Kak Fatimah dan Kak Lin yang mana selama ni kalau dia orang buat, memang dapat feedback positif dari netizen. Huyyooo netizen. Kau ingat kau siapa? Berangan lebih. Hahahahahaha... Contohnya, masa angah kahwin hari tu. Saya guna MUA yang mekap angah. Sebenarnya saya nak mekap sendiri je tapi angah suruh guna MUA dia. Hasilnya sungguh mengecewakan. Bagi tetamu yang tak pernah jumpa saya seperti rakan-rakan sepejabat mama dan abah masa dia orang kerja dulu memanglah cakap saya cantik. Tapi bagi budak-budak office terutamanya si Mejat selamba je cakap mekap saya tak cantik. Dia orang terkejut bila saya kata MUA yang mekapkan saya. Dia orang ingat saya yang tak ada mood dan mekap tak menjadi hari tu. Amjat siap ulang Tanya untuk kepastian, betul ke MUA yang mekap kau dol? Lebih best, Amjat kata, mekap saya sewaktu menjadi pengacara di Tamu Hotel tempoh hari lebih cantik. Masa tu giliran saya pulak terkejut beruk. Biar betul? Tu saya mekap sendiri je sebab MUA Lin yang biasa mekap saya tu tak ada di KL masa tu. Takkan mekap saya lebih cantik dari mekap MUA masa angah kahwin? Bukan main lagi cakap dengan saya mekap saya tu mekap pinkish atau doll macam yang saya nak. Tapi tidak memuaskan hati saya. Kalau saya tahu, baik saya mekap sendiri je dari bazir duit bayar MUA tapi hasilnya tak macam MUA yang mekapkan. Sakit tak hati korang?kalau korang kat tempat saya? Sakitkan? Untuk special event, mestila kita nak kelainan dalam penampilan. Sebab tulah baya MUA. Tapi... Entahlah.

Sunday, June 10, 2018

Penemuan Baru Tentang Sakit Tumit

Saya baru baca blog sorang doktor berkenaan sakit tumit. Rupa-rupanya, berjalan dengan kaki ayam juga menyumbang kepada sakit tumit kerana kedudukan kaki yang rata akan menyebabkan tumit kaki terbeban. Oleh itu, pemakaian kasut yang dapat meninggikan sedikit tumit kaki adalah disarankan. Jadi saya rasa, mungkin Croc biru saya menyebabkan sakit tumit yang saya alami. Kenapa? Sungguhpun Croc ni tinggi seperti wages, ia menyebabkan kedudukan kaki saya sekata seperti berjalan di atas lantai berkaki ayam. Hadoi, nak cuba jaya beli kasut yang saya tak gemar ni. Tak apa. Pakai balik kasut rendah saya tu. Tengok dalam masa sebulan, bagaimana keadaan tumit? Semakin baik atau makin merosot? Kalau merosot, tukar kasut lain. Sayakan ada beberapa kasut. Cuma Croc sepasang lagi pun rasanya tak sesuai kot. Sebab dia rendah. Betul-betul flat. Tak ada tinggi sikit pun. Kasut rendah yang saya selalu pakai sebelum ni, ada sponch lembut dalam dia. So, dia membentuk ikut kaki. Bahagian lengkungan kaki saya juga terisi sepertimana yang dikatakan doktor dalam blog tersebut, bahagian lengkungan kaki perlu ada penyokong atau support. Kita buat kajian ya, Tinta.

Tumit Kakiku Yang Sakit

Cuaca hujan sejak akhir-akhir ni membuatkan saya kembali memakai sendal Croc yang saya beli tahun lepas. Dah lama saya tak pakai sendal Croc ni sejak saya mendapat kemalangan sewaktu berkayak di Pangkor dulu. Di pejabat saya pakai kasut tinggi. Waktu pergi dan balik kerja, saya pakai kasut rendah bertutup. Masa tu tak rasa sakit tumit ni. Sebenarnya dulu saya ada juga sakit tumit, masa sebelum berlaku kemalangan tu. Tapi saya fikir mungkin kerana kasut tinggi saya. Dah lama berhenti sakit tumit saya walaupun saya masih memakai kasut tinggi di pejabat atau lebih tepat untuk berurusan. Kebelakangan ni, sejak kembali memakai Croc biru saya tu, saya mula rasa sakit tumit balik. Nak pakai kasut rendah saya sayang, takut kena hujan nanti sepasang lagi rosak macam hari tu. Kali ni saya rasa risau sangat. Adakah faktor usia membuatkan saya sakit tumit? Saya bukannya umur 40 tahun lagi pun. Saya melayari google mencari sebab sakit tumit. Ada banyak sebab. Tapi lazimnya, kerana kasut atau sendal yang tidak sesuai. Kasut tidak sesuai dengan bentuk kaki juga menyumbang kepada sakit tumit. Tidak semestinya kasut itu tinggi membuatkan kita rasa sakit. Kesakitan ini disebabkan oleh berlakunya kecederaan kepada tisu pada tumit. Gambaran kesakitan yang ditulis dalam blog seorang doktor benar-benar seperti yang saya alami. Jika saya duduk lama atau bangun tidur pagi ketika mula-mula mahu memijak lantai, sakitnya terasa. Saya rasa ianya berpunca dari Croc saya. Croc biru saya tu ketinggiannya sekata dari hujung jemari kaki hingga ke belakang tumit. Pada fikiran saya sewaktu membeli, pasti ia baik untuk kaki saya sebab ketinggiannya sekata. Jadi kedudukan kaki saya normal tidak ada yang tinggi seperti memakai kasut tumit tinggi. Tapi permukaannya keras. Menurut blog yang saya baca, kerendahan kasut atau sendal juga boleh membawa kepada sakit tumit sekiranya bentuk kasut itu tidak sesuai dengan si pemakai. Kata doktor tu, ketinggian kasut tidak semestinya akan menyebabkan kesakitan dan kerendahan kasut bukan jaminan tumit kita tak sakit. Kalau bentuk tak sesuai ia tetap akan sakit. Habis macam mana? Takkanlah saya nak beli kasut untuk pergi dan balik kerja lagi? Croc tu masih elok. Mahal pulak tu. Sebelum ni saya pakai Croc sampai empat tahun. Ni baru setahun takkan nak biarkan dia? OK, mulai petang esok, kita pakai kasut rendah balik. Kita tengok keadaan tumit ni. Kalau betul saya tak boleh pakai Croc ni, terpaksalah saya beli kasut Croc bertutup dan flat untuk pergi dan balik kerja supaya ia boleh kena air hujan. Buat masa ni, pakai je kasut Such tu sampai rosak. Eh, betul ke ejaan ni? Malas nak tengok ejaan. Bertabahlah Tinta. Kasut ni bukan murah nak pakai waktu hujan. Nanti rosak. Saya sayang dia. Sangat best.

Siapa Kata Garment Steam Iron Tak Boleh Buat Side?

Assalammualaikum dan salam senja semua! Buat apa tu? Bersantai dengan keluarga ke? Dah beberapa hari Cik Tinta guna Elba garment steam iron ni. So tibalah masanya nak buat review pulak. Hari ni saya iron baju dengan Cik Elba. Ada satu baju kurung saya ni side dia cantik, tajam. So saya nak buat side macam tu. Bila saya iron, dia tak jadi tajam. Saya teringat kat komponen Elba yang saya dapat masa beli Elba ni. Saya ke bilik tengah mendapatkan kotak Elba untuk mencari pengepit untuk side dia. Yes, jumpa! Mari kita try. Saya memasang pengepit dan cuba kepit lengan baju tempat di mana saya nak buat side tu. Saya hidupkan Cik Elba then wapnya mula meruap. Saya lurut perlahan-lahan bahagian tepi lengan baju yang telah saya kepit. Yay!!! Lengan baju saya jadi tajam!!! Maknanya, saya still boleh pakai baju yang berlengan tajam dengan Cik Elba ni. Apa lagi, saya kepit semua tepi kain dan badan baju. Seronoklah pulak. Tapi kena hati-hati. Salah kepit, dia lari side dan susah nak betulkan sebab side dia tajam. So saya dapatkan bantuan dari Cik iron menual kesayangan saya. Selesai! So, siapa kata garment iron tak boleh buat side? As long as korang beli yang ada alatnya, mesti boleh buat. Tinggal berus dia je lagi yang belum saya cuba. Lepas tu, saya gosok tudung bawal saya yang bersulam dan bermanik. Bahagian sulam dan manik ni memang susah sikit nak iron dengan iron biasa sebab corak sulamannya tebal. Nampaknya Cik Elba mampu melakukannya dengan mudah. Saya rasa, Elba ni ada sistem auto yang mengawal kepanasan wap mengikut jenis kain. Sebab kepanasan wap sewaktu saya iron baju dengan tudung berbeza. Begitu jugak antara satu baju dengan baju yang lain. Almaklumlah, Cik Elba ni tak ada tempat adjust kepanasan. Ada on dengan off je. So saya rasa dia dilengkapi dengan sistem auto. Penat saya search pasal Elba Garment Steam Iron ni. Tapi macam tak popular je. Asyik-asyik keluar orang tulis pasal Philips dan Tefal. Tapi kat Lazada tu masa saya beli tinggal satu je untuk saya. Atau pengguna Elba ni tak suka menulis? Punyalah saya terperanjat, bila saya masuk page website Elba dan website orang jual barangan elektrik, Elba Egsi model saya guna ni harganya RM700.00. Gila! Kalau Lazada tak jual murah macam hari tu, memang tak belilah saya. Serius masa beli tu saya tawakal je. Ada jugak perasaan memandang rendah kepada Cik Elba saya. Maklumlah, harganya murah, so saya ingat dia ni cikai punya barang. Hahahahaha... Jahat tak? Tapi alhamdulillah. Dia telah membuktikan bahawa dia bukan calang-calang. Mula-mula, saya dikejutkan dengan banyak komponen datang bersamanya. Sedangkan Philips yang Fara guna kat rumah dia pun tak datang dengan komponen macam Cik Elba ni. Setakat datang dengan pengepit untuk gantung kain dan tudung je. Apapun, Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Friday, June 8, 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan

ssalammualaikum dan selamat petang semua. Setelah bercuti selama dua hari, hari ni masuk office. Ish, JKM ni pun tak senang orang nak bercuti. Call Tanya tulah, nilah. Tak apalah. Kerja kan. Bercakap tentang Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan di bawah Majlis Kebangsaan OKU, saya merupakan salah seorang jawatankuasa yang menerima surat perlantikan rasmi dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menganggotai jawatankuasa ini. Perlantikan saya ini mendapat rekmendasi daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Katanya, dia mahu saya duduk dalam jawatankuasa kerana hujah-hujah saya dalam mesyuarat yang beliau hadiri logic, bernas, padat, jelas dan ringkas. Hahahaha... Saya bukannya hebat sangat. Dia siap rekmen kat Ketua Pengarah MOT nama saya dan siap hantar gambar saya kat pengarah baru tu. Almaklumlah, En. Ashadi sedang cuti belajar. Kata beliau, kalau En. Ashadi ada, pastinya En. Ashadi akan invite saya masuk komiti kerana kredibiliti saya telah diketahui oleh MOT. Kredibiliti apa kebendanya? Hahahaha... Budak baru belajar ni. Pegawai berkenaan mengambil gambar saya dalam suatu bengkel yang kami hadiri dan terus whatsapp ke pengarah berkenaan. Selang beberapa hari, Puan Ayuni, KP MOT menghubungi saya untuk bercakap secara official tentang lamaran MOT berkenaan setelah wakilnya bercakap dengan saya bagi pihaknya. Atas persetujuan, suatu surat perlantikan rasmi dari kementerian dikeluarkan. Maka, hari ni merupakan mesyuarat bilangan 1 jawatankuasa diadakan di Bilik Samudera, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha. Menurut ucapan aluannya, mesyuarat sesi baru ini membariskan ramai muka baru. Bagi saya, ramai yang hadir itu kenalan saya yang pernah bekerja sama dengan saya seperti wakil Prasarana, Gamuda, MRT, PDP, Malaysia Airport Berhad dan staff dari MOT sendiri. Banyak perkara dari minit mesyuarat lepas telah dibincangkan. Antara yang menjadi perbincangan hangat pada mesyuarat kali ini ialah isu parker OKU. Jabatan Pengangkutan Jalan membentangkan tentang pengeluaran sticker pemandu OKU untuk dibincangkan memandangkan terdapat pihak lain turut mendesak agar sticker ini juga diberikan kepada OKU yang menjadi penumpang sesebuah kereta termasuk OKU Penglihatan. Persoalannya, di manakah pendirian saya sebagai wakil OKU Penglihatan? Dalam sesuatu perjuangan, kita haruslah memperjuangkan hak bukannya keistimewaan sama ada perjuangan hak itu menguntungkan atau merugikan pihak kita. Kita harus adil dan saksama. Kita harus melihat suatu isu dengan fikiran terbuka dan berpandangan jauh. Dalam isu ini, memberikan parker kepada pemandu OKU Fizikal yang memerlukan ruang parker yang luas, itu adalah hak mereka. Manakala memberi ruangan parker OKU kepada kereta yang membawa penumpang OKU itu adalah keistimewaan. Maka, saya bersetuju dengan JPJ yang mahu mewartakan parker OKU ini hanya untuk pemandu OKU dengan hujah-hujah berikut: 1. Allocation parker OKU amat terhad jika tidak silap saya, empat parker OKU bagi 100 ruangan parker: Sekiranya, pelekat parker OKU ini diberikan kepada semua OKU, bagaimana jika kereta yang membawa penumpang OKU misalnya OKU Penglihatan lebih awal meletakkan kereta di ruangan parker OKU. Kemudian, setelah ruangan parker OKU penuh, pemandu OKU yang memerlukan ruangan parker besar iaitu saiz parker OKU datang dan tiada tempat buat mereka? Sedangkan ia amat memerlukan parker OKU tersebut kerana lazimnya, pemandu OKU fizikal ini memerlukan ruangan besar untuk keluar dan mengeluarkan kerusi roda mereka. Siapa harus dipersalahkan? 2. Masalah Mobiliti: Parkir OKU ini tidak wajar diberikan kepada OKU yang tiada masalah mobility atau lebih tepat masalah fizikal. OKU Penglihatan misalnya, walaupun mereka tidak mampu melihat, mereka masih boleh berjalan jauh. Alasan susah untuk berjalan jauh itu hanyalah alas an semata sama ada bagi OKU Penglihatan atau pembawa OKU Penglihatan. 3. Walau bagaimanapun, saya setuju sekiranya diwujudkan priority parking bagi mereka yang membawa anak kecil, orang tua, OKU yang bukan pemandu di bahagian berdekatan premis tetapi ruangan parker tersebut sama seperti ruangan parker biasa. Manusia ni selagi nak mudah selagi tulah mereka cuba untuk mencari alas an agar mereka dapat park kereta kat tempat paling dekat dengan premis mereka mahu berurusan. Alasan saya bawa blind itu tidak boleh digunapakai untuk mendapat keistimewaan parker OKU dengan menafikan hak OKU lain yang lebih memerlukan. Ada jugak mereka yang berpendapat bahawa jika meninggalkan penumpang OKU atau kanak-kanak di suatu tempat dan pemandu meletakkan kereta di tempat parker itu berbahaya. Jawapan saya: Tiada masalah. Bagi OKU Penglihatan atau lain-lain OKU, mereka boleh diturunkan di drop off sesuatu premis. Jika merasakan tempat itu tidak selamat, bawa saja penumpang OKU berkenaan untuk park kereta dan seterusnya, berjalanlah bersama mereka ke premis. Kan saya cakap, semua orang akan cari alas an untuk menyenangkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain yang lebih sukar. Bilalah nak berubah attitude Malaysian ni? En. Fadzil dari MRT bersetuju dengan pendapat saya kerana katanya, turunkan penumpang OKU di drop off so kalau blind, mereka akan jumpa tactile dan mereka boleh berjalan sendiri atau mereka boleh menunggu penjaga mereka di sana. Hahahaha... En. Fadzil ni dah positif terhadap blind sejak beberapa sesi yang memberi ruang untuk saya berhujah. MRT pun dah pernah kena hentam dengan saya. Sebab tulah dia dah positif. Katanya lagi, jangan berandaian yang blind ni tak tahu bila kita turunkan mereka di drop off. Mereka tahu bagaimana nak manage diri mereka. Wakil JKM juga bersetuju dengan hujah saya. Manakala wakil MOT dan JPJ sangat happy dengan hujah saya kerana katanya, sekiranya sticker diberikan kepada semua OKU, ia akan menyukarkan proses penguatkuasaan kerana akan ramai yang mengambil kesempatan. Bagi Timbalan Ketua Setiausaha sebagai pengerusi mesyuarat pula, berpendapat, point memperjuangkan hak bukan keistimewaan yang saya utarakan amat menarik perhatiannya. Amboi, bukan main lagi si JPJ ni datang ucap terima kasih kepada saya lepas meeting kerana menyokongnya. Betul saya kata betul, kalau salah, saya kata salah. Jangan terkejut kalau esok lusa saya hentam JPJ pulak. Hahahaha... Maaf komuniti OKU Penglihatan, saya tidak boleh menyebelahi kalian dalam isu ini. Antara isu lain yang saya utarakan: 1. Sistem pengumuman destinasi bersuara dalam bas Rapid dan lain-lain yang menjalankan perusahaan bas. Sistem ini haruslah menggunakan system bersuara seperti yang digunakan dalam Bas Go KL, LRT, MRT, serta KTM. 2. Check in luggage yang tidak boleh dilakukan OKU di KL Sentral bagi penerbangan Malaysian Airline: Seperti yang pernah saya tulis di Facebook tentang hal ini. Saya mengatakan sekiranya OKU tidak dibenarkan berbuat demikian seperti mereka yang normal, itu adalah suatu diskriminasi. Saya turut memaklumkan bahawa aduan pernah dibuat tapi malangnya tiada maklumbalas. TKSU meminta pihak berkenaan berhubung dengan saya bagi isu ini. Harap dah minta contact saya tu, contact ya. Kalau tak contact, next meeting siap! Saya akan hentam. Tak ada lembut-lembut macam hari ni. Nanti kena hentam macam staff MRT hari tu. 3. Aksesibiliti Laman Sesawang: Saya juga mengsyorkan kepada semua penyedia perkhidmatan pengangkutan agar menjadikan laman sesawang mereka mesra OKU terutamanya OKU Penglihatan. Untuk itu, mereka haruslah menepati garis panduan W3C sama ada untuk laman sesawang dan aplikasi telefon pintar. TKSU mengarahkan secretariat agar mengeluarkan surat arahan bagi perkara berkenaan. Ini pun kita tengok ya. Kalau tak jalan, kita hentam. Dalam baik-baik saya pada meeting pertama ni, sempat jugak saya hentam dalam lembut. Dua agensi kena hari ni: 1. Prasarana yang memberi maklumbalas terhadap kes OKU Penglihatan jatuh ke platform monorel: Dah 17 kes ya. Bukan main-main. Tapi tak ada improvement pun. Katanya: a. Mereka telah berhubung dengan kontraktor agar pintu platform dibuka mengikut jenis train yang tiba di platform sama ada dua atau empat pintu. Sabar Tinta, mulut ni geram je nak cakap. Hai, meeting April tahun lepas, takkan Jun tahun ni tak siap lagi? b. Untuk itu mereka sediakan polis bantuan untuk bantu blind di platform dan pegawai berkenaan diberi latihan untuk membantu blind. Saya: Manusia tetap manusia. Menyediakan pegawai untuk membantu blind di platform bukanlah satu langkah bijak. Kecuaian dan kelalaian adalah tinggi apabila kita bergantung kepada manusia. Jadi, suatu system hendaklah dibuat sepertimana di stesen LRT dan MRT bagi memastikan OKU Penglihatan selamat ketika berada di stesen dan di dalam train termasuk ketika menaiki dan menuruni train. Satu lagi, siapakah yang memberi latihan kepada para pegawai berkenaan tentang cara membantu blind? Membantu blind ada caranya bagi memastikan mereka selamat dan selesa dibantu. Silap cara membantu, mereka akan jatuh dan cedera. So, tolong berhati-hati. c. Baikpulih tactile: Wakil berkenaan memaklumkan, tactile di stesen monorel juga dibaiki bagi mengatasi masalah sama berulang. Saya: Saya mengharapkan agar wakil OKU dilibatkan dalam proses pemasangan tactile kerana kontraktor atau arkitek sering merasakan itu adalah kepakaran mereka dan mereka confident untuk membuat pemasangan tactile. Tetapi mereka lupa bahawa, kepakaran yang mereka ada selalunya tidak memenuhi keperluan OKU Penglihatan. Pemasangan tactile menjadi salah dan seterusnya membahayakan penumpang. Hujah saya ini disokong oleh pihak MRT kerana mereka berpengalaman bagaimana memasang tactile mengikut MS1184 tetapi mereka salah interpretasi dan akhirnya tactile mereka salah. Saya mengatakan, adalah lebih baik berbincang dengan wakil OKU sebelum membuat pemasangan tactile kerana sekiranya tactile siap dipasang, kemudian diaudit, kebarangkalian untuk membetulkan semula tactile yang salah adalah rendah kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. 2. Malaysia Airport Berhad: Ini pun kena Tanya dengan saya. Wakilnya memaklumkan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya penumpang OKU mempunyai masalah untuk akses ke dalam KLIA 2. Saya mengingatkan beliau bahawa system ini susah sebab walaupun dipaparkan nombor telefon berkenaan, OKU Penglihatan dan bisu sukar untuk berinteraksi. Nak baca nombor pun susah bagi blind. Kata beliau pemandu teksi boleh tolong seperti kejadian dua hari lalu. Sekali lagi saya mengingatkan bahawa bergantung kepada manusia bukan cara yang terbaik. Bukankah dalam audit akses di KLIA 2 saya telah memberi teguran dan meminta agar information kaunter atau kaunter bantuan ditempatkan di bahagian drop off passenger kerana jika tiada pembantu, blind akan menghadapi masalah untuk akses ke dalam bangunan terminal kerana mereka perlu melintasi bangunan kompleks membeli-belah. Oleh itu, saya mohon agar teguran-teguran dan permintaan yang dibuat semasa audit akses KLIA 2 lalu dipenuhi. Untuk itu, TKSU memutuskan agar audit akses kali kedua ke atas KLIA 2 diadakan. Begitulah serba sedikit meeting pagi tadi. Memang kerja saya ni bercakap je la.

Tuesday, June 5, 2018

Perempuan Gila

Kuih raya telahpun selamat tiba di office saya Sabtu lalu. Sejak semalam, para pelanggan mula mengambil tempahan masing-masing. Petang tadi, Chong Wai Sam datang ambil Tat Nenas yang dia tempah. Saya kalau jumpa dia ni suka gaduh. Dia ni kalau bulan puasa je muncul untuk tempah kuih raya. Dia salah sorang pelanggan tetap saya beberapa tahun berturut-turut. Sebenarnya, dia tempah untuk kawan dia. Kebetulan, di meja tempat saya berurusniaga tu, ada Gayathiri mungkin sedang berurusan dengan Chong jugak kot. Chong memberitahu saya: Chong: Hooo... Kawan aku ni, kalau dapat tat kau ni, memang sukalah. Dia akan peluk botol ni bawa tidur seminggu. Saya: Kawan kau tu lelaki ke perempuan? Chong: Perempuan. Saya: Alaaaa... Chong: Kenapa? Saya: Ingatkan lelaki. Chong: Kalau lelaki kenapa? Saya: Kalau lelaki, hansem, kaya... Chong: Akulah lelaki hansem. Saya: Kau buat apa? Chong: Hensem tu aku, kaya tidaklah. Saya: Tu yang aku tak nak. (Kami dah mula ketawa) Saya: Kalau kawan kau tu lelaki, hensem, kaya, aku tak perlukan perkhidmatan kau untuk jadi orang tengah. Chong: Habis tu? Saya: Aku sendiri yang akan buat delivery kat dia. Aku sanggup cuti tau. Chong: Perempuan ni memang gila. (Saya, Chong dan Gayathiri ketawa tak henti-henti.) Chong: Perempuan gila ni memang. Kalau nak tahu, perempuan ni memang gila-gila. Dah datang gila dialah tu. (Kami ketawa lagi.) Chong: Aku tahu macam mana gilanya perempuan ni. Sebab aku pernah kerja dengan dia ni. Memang gila aku cakap kau. Tapi, gila dia boleh brek you tahu. Gayathiri: Ye ke? Chong: Hoooo... Kalau dia kerja I cakap you, memang serius habis. Tak ada dah gila dia. Memang kau takkan Nampak dia punya gila. Siapa deal dengan dia, memang terrible. (Kami ketawa lagi.) Chong: Memang. I tahu, sebab I pernah kerja dengan dia masa buat part time kat Diallogue in the Dark dulu. Terrible aku cakap kau dengan dia punya serius kerja. Lepas tu dia gila balik. Gayathiri: Memang. Dia memang macam tu kalau kerja. Memang serius. Jangan main-main. Kalau tak, habis. Hahahahahaha... Memang orang yang rapat dan faham saya selalunya memang tahu macam mana saya serius dalam bekerja dan tak ada main-main. Tak ada kompromi kepada perkara yang salah. Orang yang betul-betul baik dengan saya selalunya tak sentappun. Dia orang tahu lepas buat kerja tu, saya akan gila-gila balik dan dia orang boleh je bergurau dengan saya macam tak ada apa yang berlaku sebelum tu. Cuma orang yang kuat sentap je tak boleh. Kita marah dia buat salah, lepas tu kutuk belakang. Lepas tu gaduh dan tak suka kita. Kita relax je. Ada setengah tu pulak, kita melawak je, dah dia ambil serius pulak. Dah tu sentap then tak suka kita. Dia gurau buat kita sentap, kita tak ada pun marah. Biasalah bergurau. Orang niat bergurau. Dia bukan tahu kita sentap. Kalau tak nak sentap, jangan guraulah kan? Tak apalah, biarkanlah dia orang tu. Yang penting saya adalah saya. Tak ada dendam. Kalau saya marah, itu ikhlas saya menegur. Bukan untuk saya simpan dan ungkit di masa hadapan. Kalau dah habis, maka tamat. Tak ada simpan dalam hati.

Elba EGSI-C1540 (New Model)

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang puasa tak? Sambil-sambil tunggu waktu berbuka ni, meh sini nak sembang pasal garment steam iron. Kalau sesiapa yang membaca post saya sebelum ni tulis pasal benda alah ni yang saya beli dari anak X boss saya tu, ni lanjutan daripada cerita tersebut. Fara jual kat saya Philips Garment Steam Iron. Tak ingat model berapa. Pada mulanya dia hantar gambar kat saya dan beritahu saya bahawa garment steam iron tu ada penyepit untuk pegang baju. She wants to sell RM200.00 due to she had open the box. Saya punyalah happy waktu tu. Garment iron ni salah satu daripada wish list saya. Aqilah pasang garment tu then tak ada penyepit. Bila lihat gambar, ada penyepit tu. Saya Whatsapp Fara. Then dia datang tengok. Mungkin model yang ni berbeza dari model yang rumah mak dia gunakan dalam gambar tu. Fara ni professional orangnya. Dia minta maaf dan ambil balik garment tu. Saya pun belum transfer duit kat dia sebab gambar yang dia hantar dalam whatsapp tak sama macam yang saya dapat. Rasa kecewa jugaklah masa tu. Saya dah berangan dah boleh iron baju dengan mudah. Budget yang telah saya keluarkan untuk bayar Fara tu ada kat tangan saya. So, saya putuskan untuk tengok kat Lazada kot-kot ada yang under my budget. Philips, tak ada yang ada penyepit. Saya minat dengan Tefal, mahal. Bermula harga RM500 lebih. Yang lain tu entah brand apa-apa entah. Saya panggil Aqilah untuk sama-sama memilih. Cari punya cari, jumpalah si Elba ni. Not bad, at least Elba ni pun jenama yang kita familiar. Lepas jumpa boss kat atas, saya turun dan ke reception hari ni. Assistant saya dah siap sedia nak bawa Elba masuk dalam. Lazada saya dah sampai rupanya. So saya ambil dan dengan excited, saya, Aqilah dan Kak Sha buka kotak. Memang Allah tu janji, Dia akan bagi yang terbaik untuk hambaNya dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besar perkara. Masa kecewa tak dapat garment yang Fara jual hari tu, saya rasa sedih. Saya pujuk hati. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik, sebab tu Allah datangkan sebab supaya saya tak jadi ambil yang hari tu. Alhamdulillah, dengan harga RM239.00, lebih RM39.00 dari budget saya, saya dapat garment iron yang berjenama. Siap beroda macam Tefal yang saya berkenan tu, Ada hanger baju, ada hanger yang siap dengan penyepit untuk digunakan meng'iron' tudung dan kain, ada penyepit extra, ada berus untuk digunakan pada jenis kain tertentu dan ada pembuat line. Selalu orang kata guna garment iron ni kita tak boleh buat garis kat lengankan? Tapi Elba ni bagi alat untuk buat garisan tu. Oh ya, satu lagi ada sarung tangan supaya dapat menghindari panas. Semua ni tak dinyatakan pun dalam product details masa buat purchase kat Lazada. Tapi yang datangnya, Alhamdulillah. Malam ni saya akan naik Grab untuk bawa Elba Garment Steam Iron warna oren ni bersama kuih raya balik. Esok dan lusa saya cuti. Tak apalah balik lambat pun.

Monday, June 4, 2018

Acuan Eye Brow Dan Eye Shadow

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Monday Blues dan mood nak rayakan sekarang ni? Iiii... Saya kena buat report ni. Tolonglah. Kalau Bahasa Melayu sekejap je boleh siap. Ni kena buat in English. I will try my best. Lepas tu akan ada mangsa la untuk semak my English ni. ************** Datang kerja pagi ni, Aqilah awal-awal lagi masuk jumpa saya dalam bilik. Dia memberikan saya dua paket barang. Saya: Apa ni? Qilah: Aku belikan kau acuan untuk eye brow dan eye shadow. Kak Sha pun tertanya-tanya apa ke benda tu? Qilah: Lepas ni, kita akan tengok mekap Tinta yang lebih cantik. So, dia boleh pakai macam-macam design berdasarkan acuan ni. Hahahahha... Best! Memang best. Tak sangka Qilah ingatkan saya bila jumpa benda alah ni. Murah je acuan-acuan ni. Dua paket ni baru berharga RM5.40 di mana setiap satu harganya RM2.70. Tak boleh post gambar sebab handset saya penuh. Tak boleh ambil gambar dah. Malas nak pusing kepala nak fikir macam mana nak ringankan phone ni. Bertabahlah Tinta. Tunggu jelah iPhone baru dilancarkan hujung tahun ni. Beli paling besar tau storage dia nanti. Kau tu kalau pakai sesuatu nak pakai bertahun. Bukan nak tukar. Acuan eye brow ni ada enam. So, ada enam cara pakai eye brow yang mana saya sangat suka. Sebab selalunya asyik pakai satu cara je. Takut nak buat kening terangkat or what so ever. Takut jadi badut pulak. So sekarang saya boleh mekap dengan happy lalalalalalalalalala... Manakala eye shadow ni, sebenarnya saya tak perlu sangat pun yang eye shadow ni. Tapi kalau ada lagi bagus kan? Dia ada enam jugak, satu untuk pemakaian basic, 2 untuk layer kedua dan tiga untuk layer birai ketiga atau di birai kelopak mata. Nanti kita cuba ya.

Sunday, June 3, 2018

Makin Mahal Makin Merepek - Edited

Masih nak cerita pasal handbag. Maklumlah, hari ni asyik duk baca pasal handbag je. Bagi saya, beg ni semakin mahal semakin merepek dan makin tak cantik. Beg Birkin milik Datin Sri Rosmah Mansor misalnya, taklah cantik cuma mahal dan melambangkan kekayaan seseorang. Bak kata kawan saya, Birkin beg tu memang asli kulit buaya, tak proses pun kot. Kalau pegang boleh rasa tekstur kulit buaya sebenar. Begnya pun macam paper beg je. Hahahaha.... Memang kalau saya tak belilah. Mujurlah Allah bagi keinginan saya ni pada beg yang cantik design dan mahal tu pun bukan mahal yang melampau sampai boleh beli rumah sebiji. Tu membazir bagi saya. Pada orang yang minat itu mungkin satu kepuasan. Semalam, saya naik Grab. Driver Grab tu cukup marah dengan Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Paling dia marah pasal beg Birkin. Katanya beg tu diperbuat dari kulit buaya. Kenapa mesti ambil kulit buaya? Kata driver India itu lagi, Tuhan dah bagi kambing, lembu, guna jelah kulit yang Tuhan kata boleh guna tu. Kenapa mesti aniaya binatang lain yang Tuhan tak bagi kacau? Bila saya fikir balik. Betul jugak. Dah alang-alang Allah bagi kita makan kambing dan lembu, dah binatang tu mati, gunakanlah semua yang boleh digunakan. Buaya tu bukan untuk kita makan kan? Petang ni, Ruzi jemput saya buka puasa di rumahnya. Sambil makan, kami bercerita pasal Birkin. Kata Ruzi, buaya disiat kulit hidup-hidup untuk buat beg tu. Saya kan sifat ingin tahu tu tinggi. Tak naklah sekadar dengar cakap orang je. Entah betul entah tidak. So, saya pun berlegar-legar dalam google mencari kebenaran cerita Ruzi. Puas cari maklumat bahasa Melayu, tak ada satu pun yang sebut tentang tu. Indonesia pun sama. Saya search in english. Yes! ada satu artikal di Wikipedia tentang Birkin ni. Saya mula membaca. Ya Allah, tragisnya. Kalau saya, saya takkan beli Birkin. Kesiannya buaya-buaya yang jadi mangsa kerakusan manusia. Anak buaya berusia 1 tahun ditembak. Sebelum anak buaya tersebut mati dan masih mampu merasai kesakitan, kulitnya disiat untuk dibuat handbag Birkin. Sedihkan? Saya menangis. Kenapa sampai hati manusia buat binatang macam tu sedangkan binatang tu tak bersalah? Buaya tu memang ganas. Tapi kerana dia binatang, saya tak mampu membendung rasa sedih saya. Kenapa manusia sanggup buat macam tu? Tak boleh ke guna material lain atau cara lain untuk buat beg mewah? Jane Birkin akhirnya meminta agar Hermes menghentikan penggunaan namanya terhadap model beg tangan tersebut kerana perikemanusiaannya terhadap binatang. Hermes dibenarkan menggunakan namanya sekiranya apa yang dilakukan untuk pengeluaran beg tidak menyalahi etika. Satu yang bagus tentang Mat Salleh ni, biarlah banyak manapun duit tapi kalau menganiaya, mereka rela tidak mendapat bayaran. Bayangkan, berapa juta agaknya Hermes bayar Birkin untuk penggunaan namanya dalam pengeluaran beg milik Hermes? Kalau saya jentik Chiko bila dia salah pun, lepas tu saya rasa menyesal dan kadang-kadang saya nangis. Tapi saya harus ajar dia supaya jangan buat itu dan ini. Kalau saya jutawan sekalipun, saya rasa saya takkan beli Birkin. Selain dari designnya yang tak menarik walaupun diletakkan berlian, tambah pulak menganiaya binatang, memang tidaklah. Saya teringat pada satu rancangan TV yang pernah saya tonton ketika zaman kanak-kanak. Proses membuat tali jam dari kulit ular. Bayangkan, ular menimbun dalam tempat simpanan kaca, diambil satu persatu dan disiat kulitnya hidup-hidup. Kan bagus kalau ular tu patuk je manusia macam tu. Ish, saya tak boleh ingat semua ni. Saya sedih walaupun saya takut dengan reptilia tu. Mendengar namanya saja dah buat saya takut dan geli. OK la, nak search cara bawa kucing dalam perjalanan panjang. Saya masih menimbang sama ada nak bawa balik atau tinggal Chiko kat rumah raya ni.

Membeli Barangan Berjenama Suatu Pembaziran?

Masih nak bercerita lagi. Ramai orang tak nak beli barangan mahal katanya membazir. Tapi kalau beli barang murah then kena beli berulang kali, sama jugakkan harganya. Lain orang, lain pendapat. Kenapa saya suka beli barangan berjenama? Sebab saya nak pakai lama. Barangan mahal ni kualitinya berbeza dan tahan lama. Tengok jugak pada penjagaan kita. Saya rela habiskan ratusan atau ribuan ringgit untuk sesuatu yang saya nak selagi ia dalam kemampuan saya. Saya bukan orang kaya, so, saya beli untuk pakai. Bukan untuk koleksi. Kalau saya nak beli barang mahal dan keluar duit banyak, saya memang nak pakai dan nak rasa apa hebatnya barang tu diletakkan harga setinggi itu? Saya nak dia berbakti kepada saya sepertimana saya membayarnya. Tak ada maknanya beli, simpan. Sayang nak pakai sebab mahal. Sebab mahallah kena pakai. Tapi tabiat orang perempuan ni kebanyakannya beli barang mahal, simpan. Takut rosak. Apa takut rosak? Dah beli, pakailah. Takkan mahal cepat rosak? Rosak kerana dipakai lebih baik dari rosak kerana disimpan. Penyakit ni juga menyerang ibu dan nenek saya. Hahahaha... Semalam, saya luahkan sekali lagi kepada Hadisah nak beli Handbag LV. Kata Disah, diapun ada satu LV yang arwah suaminya belikan 2 tahun lepas. Disah: Aku boleh teman kalau kau nak beli. Nanti aku pilihkan. Saya: Bukan sekarang. Nantilah. Bila tiba masanya. Sekarang aku berangan je dulu. Aku pun sama macam kau suka berangan. Disah: Kau nak beli beg LV untuk kegunaan apa? Santai, event, kenduri? Saya: Nak beli untuk pakai harian. Pergi kerja hari-hari. Kalau boleh bawa pergi kenduri dan event pun bagus. Tapi tujuan utama aku untuk pergi kerja dan kegunaan harian. Disah: Astaghfirullahalazim. Beg LV tu mahal bodoh! (Hahahaha... Hambek kau. Kan dah dapat bodoh sebiji. Kami memang macam ni kalau bersembang. Saya ketawa. Tak ada sentap-sentapnya.) Disah: Sayanglah. Gila ke apa kau ni? Aku pun pakai masa raya je, mek. (Disah juga ketawa.) Saya: Ah, siapa suruh kau sayang? Kaulah bodoh. Rugilah beli mahal-mahal pakai sekali-sekala je. Sebab tu aku tak nak beli design untuk dinner, raya, kenduri ke event ke. Nanti pakai jarang-jarang je. Disah: Kau ni sengallah. Kau tahu tak beg tu mahal? Beribu tahu tak? Saya: Takkan aku tak tahu harga LV? Aku nak, mesti aku dah buat research. Kalau tak, takkan Rosmah Mansor pun buat koleksi. Datuk Vida pun suka. Disah: Hish, kau ni. Kau ingat main-main? Saya: Hei, aku yang beli dia. Aku keluar duit banyak kot. So, aku nak dia bebakti kepada aku sebanyak yang boleh. Biar berbaloi aku beli dia yang mahal tu. Kalau aku beli mahal-mahal tak pakai, rugilah aku. Dah kena beli handbag lain pulak untuk pakai. Tak nak aku. Dah beli yang tu, pakai yang tulah. Disah ketawa lagi. Disah: Nanti nak beli aku teman. So saya memang beli barang berjenama untuk dipakai bukan untuk simpan buat perhiasan. Saya nak dia berbakti kepada saya selepas saya berbakti kepada pengeluar dia dengan memberi wang yang banyak hahahahaha.... Begitu jugak kalau beli emas. Saya akan pakai. Memang tak pakai serentak tapi kena pakai. Beli untuk pakai. Bukan untuk simpan. Kalau tak, tak payah beli. Membazir. Bagi saya, yang beli then simpan, sayang nak pakai, itu yang membazir. Kalau pakai macam saya, lantak kaulah nak beli mahal manapun. Jangan beli mahal dan banyak macam Rosmah dengan Imelda pulak. Tu pun membazir. Bila masa pakainya? Setakat pakai sekali seumur hidup baik tak payah. Baik beli rumah then buat sewa untuk dapat hasil. Lagi satu, jangan beli dengan mengikis orang. Kalau orang bagi tu lain. Sebab tulah untuk beli barangan berjenama saya tak minta duit abah sejak saya kerja ni. Kesian abah. Duit dia saya buat joli pulak. Kalau duit sendiri tak rasa macam joli. Itu reward untuk diri sendiri. Saya tahankan je sampai duit ada baru beli atau mampu bayar baru beli. Masa kecik dan sekolah dulu minta abah tapi tak adalah mengamuk nak beli yang mahal. Kalau berkenan bagi tahu abah. Kalau abah bagi, bagilah. Selalunya abah bagi sebab dia tahu saya pakai satu tu je dan pakai sampai rosak. Abah kata saya pandai jaga barang. Nanti raya ni saya nak tunjuk kat dia yang saya masih pakai beg duit yang dia beli untuk saya 17 tahun dulu.

Cerita Tudung Saya

Hai korang. Tetiba panggilan kerajinan menyeru. So, I went to mop rumah kejap. Saya memang seorang yang suka barangan berjenama tak kiralah apapun. May be because I learn from my father yang suka belikan kami barangan berjenama sejak kami kecil. Mama selalu marah. Kata mama membazir. Abah OK je. Tapi, jangan minta barang yang sama dua kali. Kenalah kami. Lepas tu, if he buy something, please take care of it. Do not put every where. Dont let he see you buat tak peduli dengan barangan yang dia beli. Kalau dia nampak, siaplah! Walaupun saya suka barangan berjenama, saya tak adalah cakap dengan orang kecuali dalam blog ni. Siapa suruh korang baca kan? Hahahaha... Blog ni diari saya, suka hati sayalah nak tulis apapun. Kalau orang bercerita dia beli something dari jenama yang tidak dikenali, saya just dengar dan diam jelah. Tak adanya saya nak pandang rendah kat orang tu. Lain orang, lain kesukaannya. Atau mungkin mereka belum cukup duit nak guna barangan berjenama. Atau dia orang tak nak membazir. Tapi kalau untuk saya, confirm saya akan cari yang berjenama. Kecuali kalau saya sangat memerlukannya untuk sementara waktu. Tapi janganlah dah tahu setakat tu kemampuan kita, beli yang di luar kemampuan sampai nak merasuah bagai. Ada orang mempertikaikan kenapa saya beli tudung Ariani yang mahal tu sedangkan banyak je tudung lain lebih murah dan cantik-cantik? Malah ada yang lebih cantik dari Ariani. I just keep quiet and smile. Katanya, saya beli jenama, sebab tu mahal. Dengan harga ratusan ringgit yang saya beli tu kalau beli tudung lain, saya boleh dapat berhelai-helai tudung. Saya malas nak berdebat. Orang macam ni takkan faham kenapa saya pilih jenama. Silap hari bulan dia kata kita berlagak pulak. Kalau dah sesuatu tu ada jenama ya, mungkin saya beli jenama tapi, quality control dia mesti bagus. Kalau tak, takkan dia berani letak harga mahal under jenama dia yang dikenali ramai? Beli yang murah, untung nasib dapat kualiti tinggi. Silap hari bulan, kena beli berulang kali akhirnya sama je harga macam yang mahal tu satu. Tapi dalam bab tudung ni tak adalah memanjang je saya beli yang mahal. Ada je selendang saya harga RM10 tapi susah nak dapat sebab saya cerewet. Murah pun, kualiti kena menepati citarasa saya. Dan saya bukanlah orang yang suka beli tudung. Memang saya banyak tudung, tapi tudung-tudung tu kebanyakannya mami atau abah beli dari zaman saya sekolah menengah lagi. Masih baru dan cantik. Sebab terlalu banyak so saya tak pakai ianya berulang kali melainkan baju memerlukan tudung yang sama. Yang banyak tu pun tudung bawal kelantanlah. Tudung yang disulam rapi yang dah tak dapat sekarangni. Saya just modenkan cara memakainya so nampaklah cantik. Tudung bawal ni tak semahal bawal eksklusif pun masa saya sekolah dan duduk U dulu. Kualitinya sangat tip top. Sehingga sekarang ada yang menegur bertanyakan saya adakah saya memakai tudung bawal origenal? Kerana batunya yang bergemerlapan dan kainnya yang cantik. Kata mereka, sulamannya juga halus. Sayapun tak tahu nak jawab. Origenal ke tidak? Apa yang saya tahu origenal bawal Kelantan. But, if tudung from Vietnam yes, I tak banyak soal. Saya pakai kerana kualitinya setanding tudung origenal. Mana tidaknya, Lofa dan Ariani memang buat tudung kat Vietnam. Setakat ni saya mempunyai lebih 40 helai tudung bawal dan entah berapa selendang dan tudung lain.

Beg Tangan Idaman

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya hari ni nak pergi kelas mekap jemputan Hadisah. But I canceled it because if I want to go, I need to be in KL Sentral by 9.00 AM. Huyyooo... Kena keluar rumah lebih kurang time nak pergi kerja. LRT of cause will be comming late because of the weekend. Ada sorang guest dia nak ikut so that guest yang made confirmation earlier than me will be waiting Disa there. So takkan Disah nak patah-patah balikkan? Due to make up class ni ada every month, I decided to postpone it to other month yang lebih OK. Disah kata, tak apa. Nanti kalau tak ada perkara yang perlukan dia patah balik macam today, she will be pick me up from my house as usual. Malas! Dahlah semalam dah berjimba-jimba dengan Disah dari petang sampai ke malam, nak keluar awal pagi? Liat sikit. Better I stay at home and do whatever weekend duty. Iron baju pun rasa malas hari ni because I'm waiting my Elba garment steam iron will be arriving this week. ***************** Sambil-sambil vacuum rumah dan basuh baju which is these two duties are made by my 10 years Panasonic washing machine yang abah beli dulu and Aurora, so dapatlah saya bersenang-senang sambil melayari internet. Baru-baru ni, Paypal ada hantar diskaun voucher dan link untuk digunakan, tergerak hati saya membelek shop online tu. Waaaa... Sejajar dengan tajuk email shopping exclusive and luxuries branded, jenama yang dipaparkan memang mahal seperti Louis Vuitton dan Hermes. Honestly, I tak minat sangat dengan Hermes. Biarlah Rosmah Mansor pakaipun. Tapi kalau LV, memang dah lama saya berangan nak beli. Saya usha-usha harga LV. Tak adalah mahal sangat kalau beli terus dari US. Bawah seribu pun ada. Yang mahalnya bila benda alah tu dah sampai sini. OK, matlamat saya untuk membeli LV tapi bukan sekarang. Tunggulah bila saya dah beli semua benda yang patut beli dulu seperti almari, meja makan, sofa dan lain-lain yang dirasakan perlu. Handbag tu bukan suatu keperluan for me at this time. Cukuplah satu handbag yang sedang saya gunakan ni. Sebenarnya saya ada satu lagi handbag dari Sembonia Limited Edition yang saya beli pada tahun 2014. Masa tu, saya dapat bayaran RM1,200.00 kerana menjadi moderator untuk forum DBKL dan buat pembentangan di hadapan datuk bandar, Tan Sri Phesal berkenaan aksesibiliti. Saya belanjakan RM500.00 lebih untuk beli that handbag as a reward to myself. Maklumlah, masa tu gaji kecik, tak mampu nak beli apa yang saya nak dengan gaji sendiri. Kalau beli pun, beg tangan offer kat Sogo or Aeon yang kadang-kadang saya tak minatpun brandnya. Tapi dah itu yang murah, saya belilah. Setakat offer jadi RM100 lebih tu mampulah. But still tak banyak choice yang saya suka. Sembonia pun bukan jenama yang saya minat tapi design dan ringannya beg dia menarik minat saya walaupun masa tu saya hanya peruntukan RM300.00 je untuk beli handbag. Saya beli jugak sebab berkenan sangat dengan beg tu walaupun tak ada offer. Limitedlah katakan. Apa yang saya perasan, lepas saya beli beg tu, saya tidak lagi seperti dulu sibuk nak beli handbag pantang ada offer. Dulu asyik beli Polo je sebab masa offer, Polo paling murah. Mungkin kerana Polo tak berapa menepati cita rasa saya, so saya beli lagi dan lagi. Ada satu Polo yang saya pakai sampai rosak. Saya pakai 2 3 tahun kot yang satu tu. Sebab leathernya lembut dan ringan. Jangka hayatnya tak panjang sebab masa tu saya banyak handbag dan pakai tukar-tukar. Barangan kulit ni tak boleh simpan lama. Eh, tak, rosak tu sebab kain bahagian dalam yang rosak. Koyak. Beg luarnya elok je. Tapi macam mana nak pakai kalau isi barang je, barang masuk dalam kain dan punyalah susah saya nak keluarkan dari kain alas dalam beg tu. Hahahaha... Saya kalau dah suka sesuatu tu, sampai lebam saya kerjakan. Ni bukan tahap lebam ni, dah tahap hancur dah. Tahun lepas, Sembonia kesayangannya rosak. Bukan rosak apa, magnet untuk tutup beg tu tercabut. Mula-mula satu je lepas tu kedua-dua belah. OH my god! so my bag always terbuka sebab beg ni memang tak ada zip. Bahayakan? Some times, stranger tegur saya, told me that my bag is opening. Hati tetap sayang kat beg tu. Gigih pakai jugak. Tapi takut. Takut handphone hilang. Beg duit saya letak dalam compactment berzip. Tu pun tak tahu sejauh mana keselamatannya. Sayang punya pasal, gigih saya bawa dia pergi Romania last year. Kat Romania saya beli satu handbag kulit yang murah untuk saya pakai seketika sebelum hantar Sembonia pergi baiki. Handbag murah saya ni pun saya sayang. Ke hulu ke hilir saya pakai dia. Sibuk-sibuk, Sembonia terdampar dalam laci office. Ingat sebelum balik raya ni, saya nak pergi repair. Then nak suruh cuci sekali. Biar nampak bersinar dan baru. Bolehlah pakai masa raya nanti. Tu pun kalau ada masa Tinta. I hope, that handbag still can use sebelum saya boleh beli beg idaman saya. Actually, my my bag idaman tak banyak. So far, I have three brands in my list which is: 1. LV: LV yang harganya memang buat saya meninggal then bangun balik then meninggal then bangun balik mungkin 14 kali. Itu kalau saya robot yang pakai bateri la hahahaha... Saya tak nak beli yang harga ribu-riban tu. Cukuplah kalau boleh dapat at least RM2,000.00. Saya akan tengok, usha dan kaji. Kalau confirm nanti, saya nak beli terus dari US. Kalau kat Malaysia, berdasarkan kajian saya buat, paling murah harganya RM4,500.00. RM1,000.00 tu boleh dapat beg duit sahaja OK. Penat saya menelaah benda alah ni hari ni. 2. Braun Buffel: Ini beg buatan Jerman. Saya pernah tengok beg ni kat butik dia masa tu Kak Rahimah yang bawa saya lepas beli Sembonia. Dia nak tengok beg tu. Beg ni diperbuat dari kulit lembut. Beg saya berkenan masa tu RM1,800.00. Saya percaya tak ramai yang familiar dengan jenama ni. 3. Alain Delon: Jenama ni memang sering menggamit hati saya untuk memilikinya sedari dulu. Tapi sales setakat RM100 lebih tu yang kecik sangat. Macam mana nak isi barang-barang saya? Brand ni ada model-model mampu milik yang boleh didapati dalam harga RM200 RM300 empat tahun lalu. As i said, I'm not shopping handbag for a 4 years times. Might be the price has been increased. Rata-rata jenama ni dulu diperbuat dari kulit lembut. Hahaha... Semuanya kulit lembut. Cuma satu idaman saya yang keras badannya iaitu LV. Itu memang dah 10 tahun saya mengidam tu. Tak perlu ada 7 8 handbag dalam satu masa macam dulu dan akhirnya tersadai begitu saja. Kalau dapat semua jenama saya nak ni, mungkin saya akan ada 4 handbag saja yang betul-betul saya nak termasuk my lovely Sembonia. Kalau dah nak, insya-Allah saya akan gunakannya sentiasa. Semestinya saya takkan dapat semua ni dalam satu masa kan? So, saya tak mahu lagi membazir duit beli benda yang saya tak nak walaupun offer lepas tu tak pakai. Biar beli mahal, pakai lama dan ada sikit je. Beli berlainan warna tau Tinta.

Friday, June 1, 2018

Resipi Ayam Panggang Pantang Bersalin

OK, sesiapa yang teringin tu, boleh try resipi ni ya. Saya tak tulis sukatan sebab lauk ni senang, bergantung kepada kuantiti lauk dan kesukaan masing-masing. Kalau kek dan biskut jangan main-main. Dah nama nak masak ayam, so korang kenalah sediakan ayam kan. Hahahaha Untuk rempah-rempahnya: Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Kunyit (boleh guna kunyit hidup atau serbuk kunyit), Lada Hitam (Boleh guna serbuk atau yang kasar tu), Cili Padi, Garam. Kalau sesiapa nak rasa manis-manis sikit tu, tambahlah gula. Saya tak letakpun. Blend atau tumbuk atau mayang kesemua bahan di atas. Elok ditumbuk atau di blend la ya supaya teksturnya lebih halus dan mudah meresap pada ayam. Sapukan pada ayam dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. Lepas tu, bakarlah. Pasti anda makan sampai menjilat jari. Macam Chiko yang terus jilat bulu lepas makan ayam ni. Dia pun sibuk mengecek nakkan ayam. Tapi dia kan tak biasa makan lauk, bagi sikit je dia diamlah. Nak rasa je kot. Selamat mencuba.

Ayam Panggang Pantang Bersalin

Kali ni nak cerita pasal masak pulak. Rasanya buat masa ni, masak dah jadi hobi saya. Tak tahulah sampai bila. Harapnya kekallah rajin ni. OK, menu kedua yang saya masak adalah ayam panggang pantang bersalin. Apa tu? Saya je bagi nama ni kat ayam panggang saya sebab masakan ni adalah masakan untuk orang yang dalam pantang bersalin. First time masak guna oven amat mendebarkan. Takut hangus. Bila terdengar bunyi dari oven ni rasa takut jugak. Meletup karang. Hahahahaha... Jakun! Saya set masa lebih kurang 30 minit. Suhu saya lupa sebab saya main bantai je letak. Sedap. Nanti saya nak try perap seharian dulu ayam ni baru panggang. Mesti lagi sedap. Dua ketul ayam untuk berbuka puasa sudah memadai bagi saya. Bila oven memberi isyarat selesai melakukan tugasnya, excited sangat nak tengok apa jadi dengan ayam saya? Kalau tak masak, tak apalah. Boleh masak balik. Kalau hangus saya dah rancang untuk steam bebola ikan, telur dan sosej jelah. Malas nak panggang ayam lagi. Sebenarnya memang sepatutnya kita masak tak payah guna minyak. Tanpa minyak pun ayam tu berminyak semacam. Rasanya sedap hahahaha... Masuk bakul angkat sendiri ke apa ni? Memang dari dulu saya akan berselera makan kalau saya sendiri yang masak. Lepas raya nanti, nak mula buat kek dan biskut. Dulu masa cuti sem UiTM dan sekolah menengah rajin jugak buat kek dan biskut ni terutamanya menjelang hari raya sebab abah suka anak-anaknya buat kuih. Meriah katanya. Tulis je senarai, abah pasti belikan bahan. Abah siap beli penimbang lagi untuk sukat bahan. Saya dah siap-siap order Loyang non stick kat Lazada. Tak sabarnya nak buat kek. Jangan bantat sudahlah. Lepas tu nak buat chees tat yang saya suka tu. Tak payahlah order dah. Mahal. Waaa... Sejak bila berkira nak order ni? Then nak buat cookies. Nak cari Famous amous punya resipi. Sebab dia mahal. Kalau pandai buat, tak payah beli dah. 100 gram RM10-11.

Panggilan Gila

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Sejak beberapa hari ni, saya sering terima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali. Call, lepas tu buat suara lain mungkin tak nak saya kenal suara sebenar kot. Rasa bengang dan sakit hati. Dia ingat saya ada masa nak layan panggilan bodoh dia tu? Saya tak ada masa nak layan OK. Ingat saya nak perasan ada peminat misteri ke apa? Hello! Masa-masa tu semua dah berlalu bagi saya. Saya dah tak heranlah dengan panggilan misteri ke, peminat misteri ke. Tolong jangan kacau saya. Saya menyampahlah.