SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Bicara Cinta. Show all posts
Showing posts with label Bicara Cinta. Show all posts

Tuesday, March 19, 2019

Dalam Berjuta Hanya Satu

Assalammualaikum dan selamat petang you alls, Dah lama saya tak membebel kat sini. Dengan mood yang ada, nak menulis sikit hari ni. Dalam berjuta manusia yang ada di muka bumi ni, hanya ada satu je yang sanggup menemani kita untuk sepanjang hayat. Dulu, masa saya baru-baru kecewa, bukan saya tak tahu, ada desas-desus yang mengatakan, 'lelaki manalah yang boleh tahan dengan perangai Tinta tu?' Amboi, sedapnya bercakap. Korang tahu ke apa yang saya dan dia lalui? Lelaki mana yang boleh tahan dengan perangai saya atau perempuan macam mana yang sanggup tahan dengan perangai si dia? Buruk sangat ke perangai saya ni? Ya, memang saya cerewet. Memang saya tegas. Sebab saya diasuh supaya berpendirian. Tapi, kalau kena gayanya, pasti hati saya akan lembut selembut sutera. Cewah! Orang yang cakap macam tu, dia tak pernah jadi teman istimewa saya. Dia jugak tak pernah rapat dengan saya. Tak kenal saya sedalamnya tapi pandai nak menghukum. Tanyalah orang-orang yang pernah bersama saya. Baik dan buruk saya. Saya bukan baik sangat. Tapi kalau semuanya buruk, macam mana pulak dia orang tu boleh jatuh hati kat saya? Habis tu, tak sorang pun datang Tanya saya macam mana baik atau buruknya perangai si dia tu waktu bersama saya? Apa yang menyebabkan hubungan kami berderai? Kalau tak suka saya, jangan asyik tuding jari kat saya je sedangkan korang tak tahu apa yang berlaku. Empat jari tu menunjuk kat diri korang sendiri tau. Kalau dah saya tak ada jodoh dengan seseorang, maknanya Allah tak izin. Pasti Allah ada sebab kenapa Dia buat macam tu. Saya percaya bahawa kalau kita jujur dan ikhlas dengan seseorang, andainya orang menganiaya kita, pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik. Setakat ni Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan orang yang lebih baik dari yang terdahulu setiap kali Dia memutuskan hubungan saya dengan seseorang. Saya yakin Allah sangat sayangkan saya. Kebaikan orang yang datang dalam hidup saya dapat saya rasakan sama ada dari segi sikap, perbuatan, kata-kata, kasih sayang, rohani, agama serta dunia. Saya bukan memilih seperti yang selalu digembar-gemburkan. Saya cuma mencari orang yang benar-benar mampu membuat saya jatuh cinta kepadanya. Bila dia mampu menyentuh hati saya, pasti cinta dan rindu saya menjadi miliknya yang mutlak selagi Allah izinkan. Mohon doakan yang baik-baik buat saya ya. Saya rindukan seseorang yang bergelar jodoh yang telah Allah suratkan.

Saturday, January 5, 2019

Kesimpulan Cinta

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sementara menunggu pegawai khas Menteri Wilayah datang, jom kita sembang-sembang. Topik hari ni adalah topic cinta. Menarikkan? Ramai yang suka topic ni. Tapi maklum jelah, pembaca blog saya ni silent reader. Komen jauh sekalilah kan? Hehehe... Tapi berdasarkan google analytic ni, saya tahu ramai yang membaca. Ada yang dari KL dan luar KL. Ada yang dari Putrajaya, PJ, Pulau Pinang, Perlis, US pun ada. Ada gak nama Negara yang jarang didengar. Tapi mungkin tu scammer kot. Apa dia faham baca blog saya? Kecuali orang Malaysia tinggal kat sana. Macam US, Australia, tu memang ramai orang Malaysia. ****************************** Apa yang dapat saya rumuskan tentang cinta: 1. Perempuan suka lelaki yang mengayat. Sebab dengan ayat-ayat cinta tu, boleh buat hatinya kembang setaman. Tapiiii... Tahu tak kaum Hawa, yang sebenarnya, lelaki jugak suka diayat? Dia orang pun perlukan kata-kata semangat untuk terus mencintai. Cuma, kaum Adam kenalah mulakan dulu. Perempuan ni kan pemalu sifatnya. Kalau korang tak mengayat dia, jangan haraplah dia nak mengayat korang. Jarang jumpa perempuan dulu yang mengayat. 2. Sesekali, biarkan pasangan korang terdera dek rasa rindu supaya dia tahu menghargai korang dan siksanya bila korang tiada. Tapi awas, jangan biar dia rindu lama-lama sangat. Rindu tu akan bertukar menjadi dendam dan lepas tu, ia akan reda sedikit demi sedikit. Bila dah reda tu, dia akan menjadi biasa dengan ketiadaan korang sama ada secara fizikal atau pun menerusi telefon or text. Bila ini berlaku, maknanya, hubungan korang dah masuk zon bahaya. Pasangan akan jadi tak kisah bila korang tiada. Dah tak ada rindu-rindu dah. 3. Kekalkan rutin yang korang buat masa mula-mula korang nak tackle pasangan korang dulu. Jangan bila dah rasa korang dalam zon selesa, dia dah cintakan korang, korang pun berhenti buat apa yang korang pernah buat dulu. Teruskan rutin tu sebab ianya macam renew perasaan korang bersama pasangan. 4. Pernah tak korang dengar, orang tua-tua cakap, sayang dan cinta ni jangan diucapkan. Bimbang nanti sayang tu hilang. Tahyol semua ni! Pakar motivasi sendiri pun cakap, sayang, rindu, cinta perlu diucapkan saban waktu untuk pasangan tahu perasaan kita. Tapi janganlah sorang je yang nak cakap. Yang sorang lagipun mesti nak dengar jugakkan? 5. Cari idea baru setiap hari. Kalau korang ucap selamat pagi tu, janganlah hari-hari ayatnya sama je. Cuba buat penambahan or kelainan sikit. Biar dia tak sabra-sabra nak baca apa korang nak cakap hari tu. 6. Perlu mengada-ngada. Perangai macam ni perlu ada untuk menambahkan rasa kasih sayang. Tapi buat perangai mengada-ngada tu, mengada-ngada yang menerbitkan rasa kasihlah. Jangan mengada-ngada buat dia rimas or menguji kesabaran dia. Kejap lagi sayang pun melayang! Pendek kata, mengada-ngada yang comel. 7. Pick-up Line. Pick-up line ni pun satu elemen penting. Buat dia orang rasa terkena yang manja-manja gitu supaya dia rasa geram, malu dan saying sangat kat korang. Buat dia melayang. Contoh, korang hantarlah text kat dia: "Tumpang lalu sikit," Mesti dia Tanya, "Tumpang lalu apa ni?" "Tumpang lalu ke hati awak," Bayangkan apa perasaan dia bila dia dapat ayat ni. Banyaklah contoh pick-up line korang boleh tengok kat youtube tu. 8. Cemburu juga tak kurang hebatnya untuk menghangatkan kasih sayang. Tapi sama macam mengada-ngada tadi, cemburu yang berpada-pada dan jangan merimaskan. Cemburu-cemburu manja gitu supaya dia tahu korang tak nak kehilangan dia. 9. Merajuk satu lagi cara melahirkan perasaan kepada kekasih hati korang. Tapi jangan selalu, dia akan rimas. Jangan lama dia akan bosan. Merajukpun kena merajuk manja. 10. Buangkan ego korang dalam mempamerkan kasih sayang korang terhadap pasangan. Tak payah rasa aku lelaki tak boleh tunjuk sangat hilang macho. Korang tunjuk tu sebenarnya lagi buatkan korang tu macho di mata pasangan korang. Kalau korang ego tak nak tunjukkan rasa cinta korang, sampai bilapun korang takkan rasa cinta tu. Setakat tu jelah dulu. Nanti saya buat kajian lagi eh. Lepas tu saya update balik. Hahahahaha...

Friday, December 7, 2018

Jodoh Yang Tersembunyi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tunggu masa nak balik ni, nak buat luahan sikit. Hehehehe... ****************************** Awak yang bernama jodoh, Masih dalam rahsia Allah. Saya tak tahu awak siapa? Adakah awak yang kini mendekati saya... Atau sekali lagi, saya salah orang? Pleaselah jodoh, Saya takut. Jangan bermain-main dengan saya. Sebab, sekali saya mencintai, maka ianya dari dalam dasar hati saya. Ya Allah, Aku mohon petunjukMu Yang Maha Hebat. Kerana aku tak bisa mengetahui ketentuanku sendiri. Aku takut Ya Allah, Takut luka lagi.

Monday, December 3, 2018

Kata Tetap Dikota

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Rasa mengantuk. So kita tulis blog dululah. *********************** Jumaat lepas, ada orang kata nak hantar saya balik kul 6.00 petang. So, saya tunggu jelah kat office. Tiba-tiba telefon berdering. Dia: You, sorry. I lupa nak bawa kunci keretalah you. Saya: Laaa... Ye ke? Dia: Sorry sangat-sangat you. Saya: Tak apalah. So, you nak balik macam mana? Dia: I naik train la. Saya: OK. You pergilah. (Dengan harapan dia pergi meninggalkan saya sebab saya tengah online dengan kawan di telefon satu lagi.) Dia: Jom I hantar you pergi KL Sentral. (Alamak. Pergi jelah. Aku balik lambat pun tak apa. Bukan nak kejar apapun.) Bebel saya dalam hati. Hehehehe... Saya: Hah? Sekarang ke? Dia: Yelah. Saya: You baliklah dulu. Dia: Habis you nak balik pukul berapa? Saya: You kat mana sekarang? Dia: I kat depan pintu office you. (Alamak, terpaksalah saya berhenti bersembang. Orang dah kat depan pintu, takkan nak halau dia balik pulak kan? Karang kecik hati pulak. Sebenarnya saya dah lama tak sembang dengan kawan sorang ni.) Lantas saya matikan talian. So, kami berjalan menuju ke KL Sentral. Dia Tanya saya nak naik monorel ke? Saya OK je kalau berjalan. Hari-hari macam tu. Takut dia tak biasa. Saya: Up to you. Dia: Tak yahlah. Kita jalan kaki jelah. Saya: Betul? I dah biasa, tak apa. Dia: Betul. Sampai di eskelator LRT KL Sentral saya bagi tahu dia. Saya: OK. Kita berlainan arah. You pergilah belah sana. Kat sini pun OK. I dah biasa. Dia: Tak nak. Saya: Laaa... Kenapa pulak? Dia: I nak naik dengan you. Saya: Habis you nak tukar kat mana? Dia: I turun kat Ara Damansara. Saya: Habis tu? Nak naik apa? Dia: Naik Putra dari Ara Damansaralah. Kami terus menaiki train ke Ara Damansara. Setibanya di Ara, Dia ikut saya keluar dari train. Saya: I nak turun. You patahlah balik. Dia: Tak nak. (Dah kenapa dia ni?) Saya: Rumah I kena jalan kaki lagi tau. Jauh jugak. You hantar I kat eskelator luar tu pun tak apa. (Dia ni tahu tak kalau jalan kaki boleh tahan jugak jarak LRT ni ke rumah saya? Naik kereta tak apalah.) Gumam saya dalam hati. Dia: I hantar you sampai guard, OK? Saya: Dah alang-alang, kenapa you tak nak hantar I kat lif terus? Dia ketawa. Dia: I nak you cakap suruh hantar. Tu pun susah ke nak cakap? Saya: Mengadalah. Dia: At least, you cakap jugak. Katanya sambil menghabiskan sisa tawanya. Dia: Sekurang-kurangnya hari ni, I tunaikan janji I untuk hantar you balik. Saya: You, I tak kisahlah. Kalau you tak jadi hantar I balik pun tak apa. Lagipun kunci tertinggalkan. Dia: Tapi I nak jumpa you. Malam tu, saya terima text dari dia katanya, dia rasa seronok sangat petang tadi. Saya hairan. Apa yang seronoknya? Penat adalah. Katanya, dia seronok dapat berjalan dengan I. Rasa macam loving couple. Hahahahaha... Biar betul dia ni? Macam tu ke bila hati sukakan seseorang? Kalau awak ikhlas terhadap saya, berdoalah. Berdoa supaya Allah permudahkan jodoh kita dan kekalkan kita bersama hingga ke Jannah. Saya tak mahu lagi mengharap kepada manusia. Kelak saya yang akan kecewa. Esoknya, menerusi telefon, dia ulang lagi. Dia kata seronok dapat berjalan dengan saya. Saya: Apa yang seronoknya? Tak penat? Dia: Tak. Saya: Apa seronoknya? Dia: I dapat tumpukan sepenuh perhatian pada you. Saya: Gitu pulak? Dia: Ya. Just relax and enjoy our journey. Jalan sama-sama macam loving couple. Dapat tengok you, dapat sembang dengan you dari awal sampai akhir. Saya: Naik kereta pun sama jugak. Dia: Tapi I tak dapat focus. Nak drive lagi, takkan nak diam je. Mesti nak sembang. Nak tengok jalan, fikir pasal kerja. Fikir pasal you. Tengok you pun kejap-kejap je. Saya: Kenapa nak fikir pasal I? I dah ada kat sebelah. Dia: Yelah. Takkan nak biar you gitu je. Lain kali, hantar dengan train pun OK. Lagi I suka. I'm happy. Hmmm... Macam ni pun ada. Ya Allah, Jika Engkau ketahui dia baik bagiku, untuk agamaku, hidupku dan kesudahan urusanku, Maka cepat atau lambat, Kau takdirkanlah dia buatku, Kau berkatilah dan redhailah aku baginya. Andainya Engkau ketahui dia mendatangkan keburukan bagiku, untuk agamaku, hidupku, serta akhir urusanku, Sama ada cepat atau lambat, Jauhkan aku daripadanya, Dan gantikanlah dengan yang lebih baik, Kemudian redhakanlah aku baginya.

Monday, November 19, 2018

Bukan Kemahuan Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang buat apa? Dah balik? Saya masih lagi di office. Tiba-tiba rasa sedih. Rasa tak ada mood. Macam-macam berlaku sejak kebelakangan ni. Dah lama saya tidak menulis entri di bawah label Bicara Cinta. Malam ni... Dan mungkin entri-entri berikutnya, akan saya coretkan di bawah label ini andainya saya mahu mencurahkan isi hati yang terbuku di bawah tajuk ini. ********************** Mungkin bagi sesetengah orang, diminati atau dicintai, atau disukai, atau what so everlah yang seangkatan dengannya satu kebanggaan. Tapi bagi saya tidak. Saya tak suka berada dalam situasi ni. Saya tak suka berada dalam situasi untuk melukakan hati mana-mana pihak. Sebab saya tahu betapa pedihnya hati dilukai. Apatah lagi kesemua pihak terlibat adalah baik dan saya dapat rasa ketulusannya. Saya pernah alami keadaan ini sebelas tahun lalu. Tapi pada masa tu, beza antara keduanya antara langit dan bumi. Andainya saya hari ini berada di antara dua pemilik hati sebelas tahun lalu, senang untuk saya memilih. Tapi kali ini, ianya berulang. Bezanya, saya dihadapkan dengan dua pilihan yang baik. Yang tak mampu saya sangkal kebaikannya. Saya buntu. Tapi sepertimana yang pernah saya katakan dan tulis di sini, kali ni, saya berserah kepada takdir. Saya tidak mahu lagi menunggu mana-mana pihak. Saya tidak mahu lagi memaksa takdir. Tidak mahu lagi terluka atas perbuatan memaksa takdir. Memilih sesuatu yang saya suka padahal ia tidak baik bagi saya. Jadi, biarlah saya berkawan dengan semua. Andai jodoh, pasti ianya datang sendiri. Lalu apa harus saya lakukan? Selama ni, saya tak pernah bergantung pada Allah untuk membuat pilihan buat saya. Sebaliknya saya pilih dulu dan berdoa agar Allah merestui pilihan saya. Saya mohon agar Allah satukan saya dengan orang yang saya suka. Kali ni, biarlah Allah yang membuat keputusan untuk saya. Saya akan terima takdirNya dengan redha. Oleh itu, janganlah berharap pada saya. Tapi, mohonlah pada Allah, jika saya baik buat sesiapa, mintalah Allah satukan. Jika tidak, biarlah Allah beri yang terbaik. Satu saya mohon, andai ada hati yang terluka kerana saya, saya mohon maaf dari lubuk hati yang dalam. Andai jodoh saya satu antara dua, percayalah, pasti ada jodoh lain yang terbaik buat kalian kerana itulah Allah tidak memilih saya sebagai jodoh kalian. Janganlah ada benci antara kita kerana apa yang akan berlaku bukan sengaja saya ciptakan. Malah, saya tidak bisa memilih kedua-duanya kerana saya seorang wanita. Andai kedua-duanya bukan jodoh saya, saya redha. Ya Allah, Aku tidak mahu lagi meletakkan harapanku kepada manusia yang lemah. Lantas, aku berserah kepadaMu. Pautkan hatiku kepada jodoh yang Kau janjikan buatku. Tautkan hati kami dalam rahmat kasih sayangMu yang indah. Siapapun pilihanMu, aku redha. Namun aku mohon, izinkan hati ini aku serahkan buat lelaki yang baik, yang mampu membimbing dunia dan akhiratku. Amin...

Wednesday, November 14, 2018

Kritiria Perempuan Pilihan

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Sebenarnya saya kena semak perlembagaan office sukan saya. Tapi rasa mood menulis blog datang. You guess what? Ada sorang hamba Allah ni berkenalan dengan saya. Asalnya atas urusan kerja. OK, saya ni peramah. Orang ramah dengan saya, so saya ramahlah dengan dia. Diam tak diam, dia mengaku yang dia ada feeling kat saya tapi kan masih baru kenal so, berkawan jelah dulu. Hahahaha... Lelaki, jangan mudah terpedaya. Dia orang ni bukan boleh pakai sangat. Datang pada kita bila-bila masa dan pergipun boleh bila-bila masa. Saya minta Allah jauhkan saya dari derita cinta sekali lagi. Masa cakap pasal ni, terlintas di hati nak Tanya: Perbualan ni berlaku menerusi Whatsapp. Gila kau nak Tanya kalau berdepan. Malu kot. Saya pun bukan berani sangat dalam soal perasaan ni. Tapi hati nak tahu. Entah-entah dah berapa ramailah perempuan yang dia cuba ngoratkan? Saya: Boleh nak Tanya soalan tak? Dia: Apa dia? Saya: Sebelum you nak kenal I, you pernah nak kenal siapa? Salah soalan sebenarnya hahaha... Dia: Laaa... Banyaklah yang I kenal. Lepas tu bla... bla... bla... Dalam perbualan tu, saya dapati dia ni seorang mamat yang cerewet. Dia: I ni jenis yang sangat cerewet you. Not an easy for me to like anyone. Kesimpulannya, jawapan kepada soalan you tu adalah... NIL siapa get in touch seperti you. Selalunya adalah terfikir nak know further but at the early stage of berkawan pun dah tak berkenan. Saya: NIL tu apa? Dia: Tiada =NIL Dia: I have my own criteria. Saya: Apa yang membuatkan you tak berkenan tu? Dia: Cara dia bercakap, cara dia berfikiran. Nak berkawan tak adalah. But for office mater OK la. Huish, melampau mamat ni. Kalau setakat cara berfikir tu biasalah. Tapi kalau cara bercakap pun masuk kritiria... Cerewet tahap king! Dia siap mengaku dia cerewet. Saya: So, criteria you apa? Dia: Criteria I banyak you. Cara jalan pun I tengok tau. Even cara makan pun I tengok selain kesihatan family background dan sebagainya. Itu semua akan dinilai sedikit demi sedikit kalau nak go further. Saya: You nak orang yang berjalan macam model ke? Dia: Eh, tak adalah. I just nak dia jalan dengan bersopan yang benar-benar bukan yang dibuat-buat untuk jual saham hahahah... Amboi, kau punya kritiria kan? Habis yang kau feeling kat aku tu, aku cukup ke semua kritiria kau tu? Whatever! Kalau Allah tulis awak tu jodoh saya, ke mana saya lari pun, saya tetap akan jadi milik awak. Tapi kalau Allah kata saya bukan untuk awak, sederas mana awak mengejar pun, saya pasti akan hilang. Malas fikir! Sekarang ni, berkawan je sebanyak mungkin. Orang baik dengan kita, kita baik dengan orang. Nak feeling-feeling macam dulu tu... Tak payahlah Tinta. Nanti kau kecewa. Semua ni milik Allah dan pinjaman daripadanya. So, bersedialah untuk sebarang kemungkinan. Jangan berharap seperti dulu.

Saturday, September 1, 2018

Awak Yang Entah Di Mana

Assalammualaikum awak yang bernama jodoh. Tiba-tiba dinihari ni saya teringatkan awak. Tapi, saya tak tahu siapa awak? Jauh sangat ke awak ni sampai lama sangat nak jumpa saya? Ke... Awak saja nak main sorok-sorok dengan saya? Hehehe... Tak puas main sembunyi-sembunyi masa kecil ya? Awak cari tak saya sebenarnya? Ke awak pun macam saya malas nak cari? Tak apalah, kita sama-sama doa ya? Kalau dah jodoh, mesti kita akan jumpa jugak nanti. Agak-agaknya... awak tengah buat apa tu? Apa kegemaran awak? Apa yang awak suka? Siapalah awak? Dan macam manalah awakkan? Saya harap, awak seorang yang mampu untuk bimbing saya dunia dan akhirat. Mampu untuk saling membahagiakan hingga ke Jannah, Mampu setiap hari hidup dalam berkasih sayang, Mampu untuk setiap hari membuatkan dada saya berdebar, Mampu untuk setiap hari saya getarkan hati dan jiwa awak, Mampu untuk membuat kita saling tersenyum, Mampu untuk bersama dalam suka dan duka, susah dan senang, Mampu untuk setiap hari sama tersenyum. Awak, Saya ni perempuan yang selalu emosional. Jadi saya harap, awak adalah lelaki yang bijak dan rasional untuk mengimbangi saya. Saya seorang yang manja, jadi saya harap awak adalah seorang yang mampu memanjakan saya. Saya seorang yang suka meluahkan apa yang saya rasa, jadi saya harap awak seorang pendengar yang baik. Saya seorang yang suka berbicara, jadi saya harap awak seorang yang sentiasa senang melayan bicara saya. Saya seorang yang suka orang yang berterus-terang dalam kelembutan, jadi saya harap awak seorang yang suka nyatakan isi hati awak. Komunikasi tu penting untuk kebahagiaan. Saya seorang perindu, jadi, saya harap awak seorang yang tidak membuat saya ternanti-nanti. Saya seorang yang cemburu, jadi saya harap awak seorang yang sentiasa elakkan saya dari cemburu. Saya seorang yang sukakan kejutan, jadi saya harap awak seorang yang suka buat kejutan-kejutan mengeratkan kasih sayang kita. Awak, Seseorang pernah cakap dengan saya, "Kenapalah akak ni tak jumpa-jumpa jodoh lagi eh? Nak kata tak cantik, cantik. Beruntung siapa dapat akak, bijak, baik, manja." Saya harap, awaklah lelaki yang beruntung tu. Tapi betul ke beruntung? Sebab saya ni ada banyak kelemahan. Awak, Saya tahu, ada pembaca blog ni akan kecam entri-entri saya buat awak. Tapi saya tak kisah pun. Ni kan blog saya, diari saya. Apa salahnya saya luahkan isi hati saya buat awak kat sini. Biarlah apa orang nak cakap pun. Siapa suruh dia datang bacakan? Saya tulis untuk awak. Suatu hari nanti, kalau Allah temukan kita di dunia ni, saya akan bagi awak baca. Jangan lupa tau, saya tunggu awak. Nanti saya tulis lagi untuk awak.

Monday, August 27, 2018

Sakitnya Bila Cinta Ditolak 4

Antara kata-katanya yang masih saya ingat sewaktu pertemuan malam tu, "Kalau nak compare you dengan dia, she is ampty, dia tak ada apa-apa," Belahlah kau! Dia ada tanah, untuk kau buat business kan? Janganlah menipu! "Kita tetap kawan," "Tengoklah," Jawab saya menyampah. Ingat senang-senang macam tu ke? Kau dah sakitkan hati orang, lepas tu nak buang rasa bersalah kau nak orang jadi kawan kau? Saya tak bodoh macam X-girl friend dia yang boleh jadi kawan dia lepas ditinggalkan. Sorry la! Boy friend yang saya sayangpun tak ada jadi kawan lepas putus, ini pulak kau! "You macam tak nak kawan I je?" Duganya. "Bukan tak nak kawan, tapi I tak nak sakitkan hati I sendiri," Jelaskan? Faham tak? "Tulah you, kenapa you tak cakap awal-awal? Kalau tak, mesti tak jadi macam ni," Katanya mempersalahkan saya. Gila ke apa lelaki ni??? "You ingat I ni bodoh ke? Sekarang you cakaplah macam tu sebab you dah bertunang. Kalau tak bertunang lagi, lain pulak alasan you," Laju je ayat tu keluar dari mulut saya. Tak payah nak pusinglah encik abang! Saya bukan bodoh! "I pernahlah jatuh cinta dengan orang macam you. Tapi dia tak layan I." Hahahahahaha... Rasa nak gelak guling-guling. Pusingan mesin basuh auto ke ni? Eh, bukan auto, auta! "Siapa? Cakaplah," Duga saya pula. "Tak bolehlah bagi tahu." Dia berahsia. Sudahlah! Memanglah kau tak boleh bagi tahu, sebab kau reka cerita! Nanti sebut nama sebarang, saya pergi tanya, pecahlah rahsiakan yang awak tu sebenarnya menipu?! Patutlah Allah tak bagi saya bersama dia. Memang tak boleh dibuat laki orang macam ni! "You jadi rakan business I la. Boleh eh you?" Katanya masih memujuk. "Tak nak!" Sepantas kilat saya respon. "You ni, laju je tak nak." Katanya sambil ketawa kecil. "You ingat I apa? Tak ada perasaan? You nak tayang kebahagiaan you depan I? Ha? Nak bersayang-sayang, berabang-abang depan I masa bincang hal business?" Nampak sangat dia nak jadikan saya batu loncatan untuk dia maju ke depan. Ingat saya suka ke nak saksikan kebahagiaan dia nanti? Tu pun kalau bahagialah! Kau business la dengan tunang pilihan kau tu! Eh salah, pilihan adik kau tu! Entah-entah memang pilihan dia. "You, I minta maaf sangat-sangat. Jangan buat I rasa bersalah. I tahu berdosa pada you. Bagi peluang kat I untuk tebus semua salah I," Keluhnya. Huh, tak semudah tu. Saya bukan perempuan bodoh. Kalau kau dah pilih untuk melangkah pergi dari aku, silakan pergi! Jangan nak menyusahkan jiwa raga aku dah! Lenyaplah dari hidup saya agar saya boleh hidup tenang. "Kenapa hati you keras sangat?" "Sebab I tak bodoh." Balas saya cepat. "I perlukan you, perlukan sokongan you..." Katanya masih memujuk. "Kalau you perlukan I, you tak buat I macam ni. Nakkan sokongan I apa lagi? Tunang you dah ada, biarlah dia yang sokong you, kongsi semua masalah dengan you," Memang hati saya keras kali ni. "You, I kenal dia dulu dari you. So tak salahkan kalau I pilih dia?" Ujarnya. "Oooo... Memang you la yang pilih dia? Siapa kenal you dulu tu bukan soalnya. Kalau macam tu, kenapa you tak pilih Rina? You kenal Rina jauh lebih lama dari you kenal dia?" Dia terdiam. "You I tak tahu dah macam mana nak cakap dengan you." "You cakaplah apapun, you memang tipu I tu je. Kalau pun you tak tahu perasaan I, kenapa tak terus-terang bila I tanya pasal hal ni? Bukan sekali I tanya you, banyak kali!" "Semuanya berlaku terlalu pantas." "Bila you tahu kononnya, adik you nak you kahwin dengan dia?" Konon tu saya tekan suara. "Sebelum puasa tu, dia datang bermalam kat rumah I. Adik I tanya dia, dia mengaku dia sukakan I. Adik I very happy and told my mum. My mum ajak I bincang. Mulanya I tak nak, tapi kalau sampai semua porak-peranda kalau I tak nak, terpaksalah I setuju," Jelasnya. Rasa macam nak tepuk tangan kuat-kuat. Mamat ni suka baca novel kot. Macam orang besar-besar dalam novel nak jodohkan anak pulak. Padahal dia bukan orang kopratpun! "Kalau you tak nak kahwin dengan dia, apa jadi?" Saja saya melayan cerita dia. Nak tengok akal dia. "Macam-macamlah you. I tak naklah bebankan keluarga I pulak. I ikut jelah," Suara disedihkan. Meraih simpati. "Lagipun, bila my mum cakap macam tu, I terus pandang Icha, anak dia. You pun tahukan anak dia rapat dengan I. I rasa tanggungjawab. Rasa tak sampai hati bila pandang Icha." Kau tak sampai hatilah sebab kau dah gilakan mak dia! Tu je sebenarnya! "Lagipun I rasa macam dah nak ada tanggungjawab. Sebab tu I setuju," "Bukan masalah nak ada tanggungjawab. You ingat, kahwin dengan dia je ke ada tanggungjawab? Kahwin dengan orang lain tak ada tanggungjawab?" Saya hamburkan semua kemarahan saya. Bukan marah sebab tak pilih saya tapi saya benci orang yang menipu! Cakappun belit-belit! Mana satu betul kau ni?! "Bukan macam tu. I tak tahu nak cakap macam mana dengan you..." "Yelah, sebab you menipu," Sahut saya. "Sebelum puasa I tanya you pasal ni. Dalam bulan puasa pun I tanya jugak lagi. You tak mengaku. I dapat rasalah perangai you," "I ingat nak bagi tahu you. Tapi I busy sangat. Tak sempat," Dia beralasan. "You jangan cakap tak sempatlah. Bulan puasapun kita ada berbual kat whatsapp. Patutnya bila I tanya, takkan you lupa lagi? Mesti you ingat hal ni kan? Nak pergi meminang, mesti you pergi beli barang..." "I tak beli apa-apa you. Semua my mum uruskan. Kan I cakap I tak nak sebenarnya," Masih beralasan. Habis kau tak keluar duit satu sen pun ke untuk bertunang? "Habis, takkan dia orang tak update you. You pergi meminang, takkan you tak ambil cuti? You cakap dengan I, raya ketiga you dah kerja. Takkanlah your family did not tell you anything about the date? You yang nak kena drivekan?" Saya semakin geram dengan dalih-dalih bodoh dia tu. "You, I tak tahupun date I nak bertunang tu," Sudahlah! Malas saya nak layan lelaki macam ni. Tak payah tunggu lama, malam tu jugak, Allah dah tunjuk siapa dia pada saya. Dan Allah bagi tahu terus terang-terang kenapa dia tak boleh jadi suami saya. Gila punya lelaki. Janganlah kau nak menipu. Jangan ingat semua perempuan bodoh. Kalau 10 tahun dulu, bolehlah kau tipu aku. Tapi bukan sekarang! Saya tak pernah rasa marah macam ni walaupun dicurangi. Marah, memang marah tapi saya pun faham, orang yang mencurangi perlukan masa untuk berterus-terang. Akhirnya, bekas kekasih saya berterus-terang. Tak adalah terus-terusan menipu dan bagi alasan sebodoh dia ni! Tapi dia ni, saya memang menyampah sebab menipu, lepas tu bercakap macam dia teraniaya, macam dia mangsa keadaan, macam dia baik sangat. Pada hal dialah pemangsa! Sampai ke hari ni, kalau saya teringat kat dia, mesti saya akan cakap, "Mampuslah kau," dan kadang-kadang saya menangis, sebab saya tak pernah cakap macam tu kat orang walau macam mana pun dia buat saya menderita. Saya selalu minta dengan Allah, supaya Allah padamkan rasa benci dalam hati saya pada dia. Sebab benci ni akan merosakkan hati saya. Dah setahun berlalu, Dah kahwin pun agaknya dia. Tapi saya masih mengucapkan perkataan tu bila teringat dia menipu saya. Ya Allah, janganlah Kau uji aku sebegini. Janganlah izinkan hatiku rosak kerana benci ini. Saya maafkan dia. Tapi marah masih ada. Benci pun, seolah tak mahu pergi. Semoga seiring waktu beredar, padamlah semua rasa benci ini.

Sakitnya Bila Cinta Ditolak 3

Assalammualaikum dan selamat petang semua! Macam mana kerja hari ni? Okay? Kerjalah korang. Saya bercuti hari ni. Siapa suruh last minute boss suruh saya pergi forum? Saya ambillah cuti ganti satu hari hahahahaha... Dasar berkira! Lantaklah, saya ada cuti yang banyak! Kalau nak pergi Europe dan cuti raya pun masih lepas! Jom, sambung cerita malam tadi. Makcik dan pakcik bawang, tak yah baca kalau dah niat nak membawang. Saya tak redha. Saya sekadar berkongsi pengalaman sambil mencoret kenangan di sini untuk renungan masa hadapan. ********************** Last dia balas Whatsapp saya hari Jumaat memberitahu saya dia di Kedah. Sabtu dan Ahad langsung dia tak whatsapp saya. Saya hanya mampu berserah kepada Allah. Saya mohon Allah tunjukkan saya siapa dia sebenar. Biar senang, terus saya akan lepaskan agar derita cinta saya tak berulang. Isnin, saya ke Hospital Mata Tun Hussein Onn bagi menjalani major sergery di bahagian bawah mata saya. Saya duduk di ruang menunggu penuh debar. Walaupun minor, takut jugak. Bunyi personal whatsapp masuk. Saya lantas membacanya. 'Assalammualaikum you, apa khabar?' Kiriman whatsapp darinya saya baca. Hati saya tidak mahu merasa gembira dengan whatsapp daripadanya. Tangan mula sejuk dan jantung berdebar. Apakah berita yang akan disampaikannya? Selalunya, firasat serta naluri hati saya tentang orang yang saya sayang adalah benar. Mungkinkah? 'Waalaikummussalam. Tak berapa sihat. You dah balik?' 'Tak sihat? Kenapa? You kat mana tu?' Dia seakan mengelak dari menjurus perbualan kepada program hujung minggunya. 'Kat hospital. Ada minor surgery. You buat apa pergi Kedah?' Saya menahan sabar. 'Ya Allah, kenapa?' Tanyanya. 'You kat mana ni?' Malas melayan soalannya. Dia pulak yang nak menyoal. Soalan kita tak nak jawab! 'I kat office' Jawabnya. 'Bila balik?' Saya terus melontarkan soalan. 'Semalam. You ada minor surgery apa?' Malas nak jawab! Kedengaran nama saya dipanggil. Nurse meminta saya masuk ke bilik minor surgery. Saya mengetap bibir. Orang nak buat soal selidik, panggil pulak! Dah lama orang duduk kat sini tadi tak nak panggil! Gerutu saya dalam hati. Saya melangkah masuk ke bilik minor surgery. Nurse meminta saya baring di atas katil sementara menanti kedatangan doktor. Saya mengeluarkan IPhone. 'You pergi Kedah buat apa?' Saya sambung menyoal menerusi Whatsapp. 'Engagement' Demi membacakan satu perkataan itu, Hati saya dibelah terlebih dahulu berbanding mata saya. Bukan setakat dibelah, dirobek dan dicincang lumat. 'You bertunang?' Tebak saya ingin tahu. 'Yup' Balasnya ringkas. Entah apalah dalam hatinyakan kala itu? 'Dengan mama Icha?' Tebak saya lagi. 'Macam mana you tahu?' Bodoh punya soalan! Ada ke saudara-mara atau kawan-kawan dia kenal saya dan berpotensi untuk menceritakannya kepada saya? Saya berpegang kepada kata arwah chek, kalau kita jujur, benar dan ikhlas, Allah pasti menunjukkan kebenaran kepada kita. Tak perlu ada yang memberitahu. Gerak hati saya sudah mampu merungkainya. Cuma saya perlukan kepastian. 'You kata, you tak percayakan perempuan?' Tempelak saya. Mujur jururawat yang akan melakukan minor surgery bersama doktor keluar meninggalkan saya keseorangan dalam bilik tersebut. Tangisan tidak mampu lagi saya bendung. Esakan pecah dan gema kecil kedengaran dalam suara yang tertahan. Hati saya hancur. Luka yang baru ingin sembuh berdarah kembali. Pedihnya menjalar keseluruh tubuh dan jiwa. Tidak ada satu pun tempat di tubuh dan jiwa ini yang tidak terasa kesakitannya. Jiwa saya sakit! Hati saya pedih! Perasaan saya parah! Sambil menunggu jawapannya, saya merintih kepada Allah. Ya Allah, tidak layakkah saya merasa bahagia? Tidak layakkah saya memiliki sebuah cinta sejati? Kenapa saya sering disakiti? Adakah dosa saya yang menghalang kebahagiaan ini? Dalam sendu itu, terdengar suara Professor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, pensyarah mata pelajaran IMK iaitu subjek Agama Islam di UiTM yang pernah memujuk saya ketika saya dilukai buat kali pertama dulu. Walaupun kata-katanya ditulis menerusi aksara di Yahoo Messenger, saya terjemahkan menjadi suara Ustaz. Bersabarlah Tinta, berbanggalah kerana Tinta tidak menjadi kejam seperti mereka. Ingat Allah, sesudah derita itu kan bahagia. 'I memang tak percayakan perempuan pun' Balasnya. 'Tapi bertunang boleh pulak eh?' Sindir saya. Jari menyindir tapi diri menangis. 'Adik I yang sukakan dia. Semuanya keluarga yang atur.' Persetankan alasan yang dah muak saya dengar tu! Kalau betul kau tak sukakan dia, kenapa kau boleh bawa dia pergi family day la, dia datang tidur rumah kau la. Tak suka ke namanya tu? Jangan menipulah. Saya bukan bodoh. Kalau nak tipu tunang kau tu bolehlah! 'Adik I yang beria-ia sangat nak I kahwin dengan dia.' Bodoh ke apa kau ni? Siapa kau sampai nak kena ikut cakap adik kau? Adik perempuan pulak tu! Kau bukan adik perempuan yang kena ikut cakap abang! Kalau adik kau beria nak, kau boleh explain kat mak kau yang kau tak bersedia. Kau lelaki kot, bukan perempuan! Patutlah Tuhan tak jodohkan kau dengan aku, sebab kau bodoh! Macam mana nak bimbing saya? Kalau berjodoh nanti asyik bergaduh je! 'Whatever!' Saya tak sanggup lagi mendengar alasan bodoh dia. Mungkin dia rasa dia dah cukup pandai memperbodohkan saya. Tapi saya tak sebodoh itu! 'You, berdosa ke I bertunang?' Ya Allah, kenapalah mamat ni tanya soalan bodoh kat saya? Bertunang memanglah tak berdosa! Tapi kau tipu aku tu berdosa! Bagi harapan tu berdosa! Lainlah kalau saya tak pernah tanya, banyak kali saya tanya. Kenapa kau nafikan? 'Whatever!' Sungguh! Saya benci dia! Sebab apa? Sebab dia penipu. Walau pun yang dua orang yang tinggalkan saya tu buat saya menderita, sekurang-kurangnya mereka jujur bagi tahu yang mereka ada orang lain dan nak kahwin! Tapi dia ni, berlagak baik macam ustaz, cerita dia teraniaya dengan perempuan, teraniaya dengan kawan-kawan, tapi sebenarnya dia penipu besar! Lepas tu nak tanya saya berdosa ke tidak dia bertunang. Jangan guna agama, dosa, pahala untuk meraih simpati saya. Tak ada simpati lagi buat orang macam ni. Serius, saya tak pernah rasa marah macam ni bila ditinggalkan. Tapi perbuatan dia ni bukan setakat menghancurkan hati saya, buat saya kecewa, tambah satu! Buat saya marah! Marah yang amat sangat! Saya tak mampu menahan sedih. Lantas saya Whatsapp Kak Sariha, adukan kepada dia tentang apa yang saya rasa. Biarlah Kak Sariha tak tahu hujung pangkal pun, saya perlukan seseorang untuk merawat hati saya! Kemudian saya call Kak Sariha. Takut lambat guna whatsapp. Saya: Kak Sariha, kenapa orang suka buat saya macam ni? Buruk sangat ke saya ni? Teruk sangat ke saya ni sampai orang buat saya macam ni? Kak Sariha: Ya Allah, Tinta, sabar Tinta, sabar. Kedengaran Kak Sariha sebak di hujung talian. Kak Sariha: Sebab Allah sayangkan Tinta, sebab tu Allah selamatkan Tinta dari lelaki macam tu. Pasti, Tinta pasti akan jumpa dengan orang yang lebih baik dari dia orang semua. Akak doakan. Saya: Kak Sariha, saya penat. Saya letih macam ni. Saya lemah. Saya nak peluk akak. Kak Sariha: Tinta, tenang ya. Nanti balik akak peluk Tinta. Tinta jangan macam ni kan ada surgery kejap lagi. Setelah keadaan reda, saya tamatkan perbualan dengan Kak Sariha. Terasa kekuatan Kak Sariha sedikit membantu. Saya tak mampu menghentikan esakan saya. Pintu bilik dibuka. Doktor dan jururawat melangkah masuk. Sedaya-upaya saya mengawal perasaan dan berlagak tenang. Harap doktor tak tanya kenapa mata bengkak dan merah. Lepas minor surgery saya balik ke pejabat. Saya cari Kak Sariha dan memeluknya. Saya menangis dalam pelukannya. Seperti ibu memujuk anak, Kak Sariha mendakap saya erat lalu mengusap belakang saya serta membisikkan kata-kata perangsang. Saya teringat Kak Fatimah. Jika dia masih bekerja, pasti dia saya cari dan adukan kepadanya apa yang berlaku. Kak Fatimah pendengar yang baik. Pasti saya huraikan segalanya kepada dia. Terasa terhambur keluar beban perasaan saya. Terpujuk hati saya dek kata-kata semangat Kak Sariha. Kak Sariha: Jangan sedih-sedih. Jangan fikir sangat pasal dia. Dia tak layak untuk Tinta fikir dan tangisi. Akak tak nak Tinta jatuh sakit macam hari tu. Lebih kurang jam 3.00 petang, personal Whatsapp berbunyi: 'Done your surgery?' Whatsapp dari dia. Saya sedih kembali. Dia ni tak ada perasaan bersalah ke? 'Done.' Saya tak berhasrat nak berbalas whatsapp dengan dia. Tunang orang! Jangan dilayan! Tiga hari kemudian: 'You, salah I ke kalau I bertunang you?' Dia Whatsapp saya. 'I tak kata pun salah?' Saya harus keras dan tegas. 'Suka hati you la. Diri you. Tak ada kena-mengena dengan I.' Tak payahlah nak bermanis mulut dengan saya. Pergi jelah! Kau nak pergi sangatkan? 'You macam marah I je?' Hmmm... Baguslah kalau rasa. Gumam saya dalam hati. 'Siapa I nak marah you?' Balas saya acuh tak acuh. 'You, percayalah, semua ni bukan kehendak I,' Kenapa mesti terangkan kat saya eh? Saya berfikir sendiri. 'Kehendak you ke, tak ke, benda dah jadi,' Saya bengang. 'You tak faham.' Katanya. 'Faham, you kan kena ikut cakap adik you. Mak you pun suka dia, you pun suka dia,' Entah apa-apalah lagi yang kami bebalas whatsapp. Mungkin nak meraih perhatian saya. Ada juga dia menduga macam tak nak ganggu saya lagi. Saya kata terserah. Memang saya tak berniat pun nak terus berhubung dengan lelaki macam ni! Akhir sekali: 'You tak boleh fikir ke you, kalau sorang perempuan, ambil berat pasal you, edih bila you sedih, happy bila you happy, alert semua tentang you, boleh budget you sampai ke destinasi berapa jam, wish you safe journey walaupun pukul 4.00 pagi. You tak boleh rasa ke semua tu?' Saya tak malu untuk mendedahkan perasaan saya padanya. Sebab sebelum saya berlalu, biar dia tahu. Dan biar dia ingat sampai mati, yang dia pernah mempermainkan sekeping hati yang tulus. Biar dia ingat sampai mati, yang dia pernah mencampakkan cinta tulus ke tepi. Dan dia takkan dapat cinta ni kat mana-mana sekalipun dari tunang dia. Malam tu, dia datang jumpa saya di pakir kereta rumah saya. Lama kami berbincang. Berbicara dari hati ke hati. Perkara yang tak pernah saya buat. Saya: Tak apa. I faham kenapa you reject I. Sebab I ni tak setaraf dengan you. I tak sempurna. Itu je sebenarnya. Dia: Bukan macam tu you. Ya Allah, I tak bermaksud macam tu. Huh, tak payahlah nak cakap Ya Allah bagai, memang itu pun sebenarnya kan? Sebab tu la masa jumpa mula-mula kau macam suka kat aku sebab kau rasa tak ada perempuan nak kat kau. Lepas tu bila ada perempuan tergedik-gedik, kau mulalah cari alasan. Saya dah masak benarlah dengan perangai lelaki ni!

Sunday, August 26, 2018

Sakitnya Bila Cinta Ditolak 2

Masa tengah cakap kat telefon tu, saya nangis dalam diam. Dia tak tahupun. Dan saya mula rasa dia berubah. Whatsapp pun tak macam dulu. Saya whatsapp pun susah balas. Kalau balas pun, tak semesra dulu. Saya semak diri saya. Adakah apa-apa yang saya silap? Tak ada. Kami tak bergaduhpun. Ada ke apa-apa yang kurang? Rasanya, saya cuba buat yang terbaik. Ambil berat tentang dia, even kalau dia nak ke mana-mana 4.00 pagipun saya bangun semata-mata nak wish safe journey kat dia. Lepas tu boleh ngam-ngam dia sampai kat tempat tu, saya tanya dia dah sampai ke belum? Saya, kalau saya mula mencintai, saya akan buat sehabis baik. Saya akan jaga orang yang saya sayang. Saya akan selalu ingat dan rindukannya. Saya tidak pernah lokek menunjukkan kasih sayang saya. Bagi saya, cinta itu harus ditunjuk, supaya tiada sangsi di pihak pasangan. Belum sampai tahap saya melafazkan sebab saya sendiripun tak tahu dia anggap saya apa. Cuma di pihak saya, saya mula menerimanya sebagai seorang yang istimewa. Suatu hari, dia bagi tahu saya yang dia nak ke Indonesia, selesaikan masalah persekolahan anak saudara dia. Saya OK je. Dia seorang yang bertanggungjawab kepada keluarganya. Katanya, family dia ada problem. So, dia kena bantu. Dia bagi tahu saya waktu penerbangan dia. Macam biasa, saya wish dia. Saya dah tak nak tengok dia online ke tidak. Nanti saya fikir bukan-bukan. Malam tu, lebih kurang jam 1.00 pagi, saya terima panggilan dari nombor dia. Panggilan biasa, bukan whatsapp. Belum sempat saya jawab, panggilan tu mati. Saya risau kalau dia dalam kesusahan. Saya cuba hubungi dia balik. Dapat. Apa yang memeranjatkan saya, bunyi nada yang saya dengar adalah nada dalam negara. Bila kita call orang yang di luar negara, bunyi nada dia berbeza. Tapi tak tahulah kalau tiori tu salah. Dia tak jawab call saya tapi whatsapp dia online. Saya tanya dia, dia OK tak? Kenapa tak jawab call saya dan kenapa call saya tadi? Bila saya sayangkan seseorang, saya akan risaukan dia. Saya boleh menangis bila dia susah dan ketawa bila dia happy. Dan saya pernah menangis kerana dia susah. Dia tahu hal tu. Maksud saya, dia tahu saya menangis bila dia ceritakan kesusahan dia atau masalah dia. Whatsapp saya dia tak balas. Malam tu, saya gelisah memikirkan dia. Saya tengok tiket penerbangan airline yang ada di Malaysia. Ada tak penerbangan waktu dia cakap tu? Tak ada. Habis, dia naik penerbangan mana? Hati saya mempertikaikan kejujuran dia. Saya pujuk hati saya, mungkin penerbangan Indonesia atau lain-lain penerbangan kot. Pagi esoknya saya try call dia, panggilan tak bersambut. Nada masih seperti malam tadi. Saya cuba call dia lagi tapi dalam waktu yang dia beritahu saya penerbangan balik. Pelik, macam mana dalam penerbangan boleh dapat pulak saya call? Tak off handset ke? Saya whatsapp dia bila tengok dia online. Saja berbasa-basi tanya dia OK ke tak. Dia kata OK. Saya tanya, kata flight pukul 11.30? Dia kata nak off phone dah ni. OK, whatsapp saya tu sent. Saya saja tengok whatsapp tu beberapa ketika kemudian iaitu kalau dia betul dalam penerbangan balik, dia mesti takkan baca whatsapp saya atau online whatsapp dalam masa tu. Tapi memeranjatkan lagi, last seen dia jam 12.30 kot. Kalau betul dia naik flight, dia takkan buka phone waktu tu. Saya bengang. Dia ingat saya bodoh sangat ke dia nak tipu saya macam tu? Dia kat mana sebenarnya? Dalam group, kami bersembang tentang something. So, saya ambil kesempatan tu untuk cakap pasal tipu. Saya cakap, saya bukan bodoh untuk ditipu. Adalah kawan-kawan lain bagi respon. Dua minggu lepas tu, saya cuba dapatkan penjelasan dari dia. OK, dia buat drama pulak. Dia banyak masalah, pening nak fikir, saya pulak buat perangai. Saya layankan aje. Boleh pulak bila saya tanya dia naik flight apa dia lupa. Katanya bukan dia beli tiket. Habis tu, setiap airline kan counter dia berbeza? Lepas tu, kami baik balik. Sebelum puasa, dia minta saya datang KLCC sebab dia nak cerita panjang dengan saya. Saya suruh dia cerita melalui whatsapp. Katanya nak cerita depan-depan. OK, lepas office janji nak jumpa. Tiba-tiba dia call saya. Cakap tak jadi. Kena replace boss dia pergi event. Tak apalah, takkan nak nangis hentak-hentak kaki pulak tak bagi dia pergi event? Urusan kerja pulak tu. Bulan puasa, dia kejut saya bangun sahur. Bukanlah hari-hari. Kadang-kadang, dia wish kat saya selamat berbuka puasa. Mestilah saya balas. Masa raya, dia minta maaf kat saya atas semua salah dia. Sayapun macam tu jugak. Tapi saya cakap dengan dia, tolonglah, lepas ni, jangan buat saya susah hati. Jangan buat saya fikir bukan-bukan. Dia kata, dia cuba. Naik cuti raya, saya cuba whatsapp dia. Sepatutnya dia dah masuk kerja. Tapi whatsapp tak delivered, call tak dapat. Dia ke mana? Ada apa-apa berlaku ke? Tak pernah dia macam ni. Saya risau. Banyak jugak whatsapp saya hantar. Satu petang tu, dia balas. Dia kata dia kat Kedah. Saya tanya buat apa? Dia tak jawab. Tapi dia beritahu saya dia pergi dengan family bagi menjawab soalan saya dengan siapa. Demi membaca dia kat Kedah, hati saya berdebar hebat! Saya cuba tenteramkan hati saya tapi tak mampu! Hati tetap berdebar bercampur sedih, sayu, curiga dan macam-macam perasaan melanda. Saya istighfar banyak-banyak. Kenapa ni? Seakan-akan ada yang memberitahu saya yang dia pergi kahwin atau bertunang dengan mama Icha yang saya tak tahu nama tu.

Sakitnya Bila Cinta Ditolak

Mood nak bercerita tentang hati dan perasaan. Korang layankan jelah. Tak payahlah membawang pulak. Kalau tak suka, jangan baca. Masa saya sedang sakit putus cinta dulu, hahahahahahahahaha... Saya berkenalan dengan seseorang. Tak payahlah saya cerita kenal kat mana. Entah kenapa, boleh jadi rapat pulak. Mula-mula biasa-biasa je. Tapi bila setiap hari dia whatsapp, almaklumlah, hati sedang dirundung duka so, lama-lama rasa kesepian tu terisi. OK, salah sayalah sebab dibuai perasaan. Dia siap cerita kat saya tentang hatinya sakit dicurangi, tentang kawan-kawan yang melukakan hati. Saya faham semua tu. So, kami saling menasihati. Daripada whatsapp, dia mula call saya. Pernah jugak ambil saya dari office dan hantar balik rumah. Bayangkanlah, dia pergi travel pun still ingat nak whatsapp saya kat Malaysia. Dia pernah ajak saya travel berdua dengan dia. Bila saya lambat jawab, "You, you dengar tak apa I cakap ni?" "Dengar." "You macam tak sudi je nak temankan I travel?" Katanya berjauh hati. "Insya-Allah, kalau kena pada masanya, I ikutlah you," Mana boleh janji. Segan dan takut jugak nak travel berdua dengan orang baru kenal. Saya suka dia sebab dia lembut, pandai ambil hati, romantik dan pandai tegur saya dengan halus bila saya salah. Kami berhubung selama beberapa bulan. Dia pernah ajak saya ikut family day keluarga dia. Tapi saya ingat pesan mama dan mummy, anak dara yang tak ada ikatan tak manis bertandang ke rumah orang. Apa lagi ikut family orang pergi bercutikan? Saya menolak dengan lembut. Dia boleh call saya lagi walaupun depan adik dia. Kadang-kadang dalam group saya cakap saya tak ada semangat, dia boleh PM saya 'you tak ada mood sebab I ya?' Lama-kelamaan, dia mula kurang whatsapp. Kalau saya whatsapp pun, jawab sepatah sepatah je. Macam tak berminat. Baiklah, saya rasa, saya perlu buat sesuatu! Ya buat sesuatu iaitu, lupakan dia! Sebelum saya jauh kembara dengan perasaan sendiri, baik saya stop semua ni. Sayapun mula menjauhkan diri. Tiada lagi saya hantar whatsapp kat dia seperti selalu kalau dia tak whatsapp saya. Dia whatsapp pun, saya jawab biasa-biasa je. Tak perlulah nak tunjuk kasih sayang sangat. Nampak macam orang tak berminat dengan kita. Lagipun, kita ni siapa? Bila beberapa hari saya tak whatsapp, dia whatsapp saya setelah tengok saya aktif dalam group 'Assalammualaikum orang sombong,' Saya tanya dia siapa sombong? Dia macam tahu saya berjauh hati. Dia kata, saya boleh whatsapp dia anytime, kalau lewat balas maknanya, dia busy. Bila tak busy, dia akan balas. Baiklah, saya ikut rentak dia. Memang betul, kadang-kadang bila dah free baru dia balas. Tapi saya musykil, kenapa whatsapp dia online? Berbaik sangka, mungkin balas whatsapp penting urusan kerja. Bila saya rasa dia lain, saya cakap 'you, kalau you jatuh cinta kat siapa-siapa, you bagi tahu I eh?' 'Kenapa?' 'Saja nak tahu,' ''I memang dah ada someone,' Demi membacakan whatsapp tersebut, air mata saya bergenang, tangan sejuk dan lutut saya lembik untuk berdiri. Tak apalah. Allah tahu apa yang terbaik. 'Siapa?' Saya gagahkan jari untuk menaip. 'Adalah' Lama-lama dia cakap dengan saya, 'You dah lupa eh apa I cakap kat you?' 'Apa dia?' 'I kan dah tak percayakan perempuan? Tak adalah nak bercinta dah' 'Ya ke? Tapi I tengok you macam dilamun cinta je?' 'Cuba you cakap kat I, kalau I dilamun cinta nanti, kenapa?' 'I akan pergi jauh dari you.' 'Kenapa?' 'I tak suka perempuan lain whatsapp-whatsapp my boy friend. So, I takkan buat benda tu.' 'Tapi kitakan kawan?' Ya Allah, dia anggap saya kawan je? 'Sebab kawanlah kita tak boleh selalu whatsapp. You kenalah jaga hati your love,' Selang beberapa lama, saya tanya lagi soalan sama memandangkan dia ada keluar dengan sorang perempuan. Dan perempuan yang dia keluar tu dengan sorang lagi perempuan, janda beranak satu ikut dia pergi family day. Masa tu, saya whatsapp dia tak balas. Balik dari family day pun, dia still tak balas whatsapp saya. Malah, selang beberapa hari, dia tak whatsapp saya macam selalu. Hati saya rasa tak sedap. Saya masih menerima jawapan sama untuk soalan sama. Banyak kali saya tanya dia tentang hal ni. Saya tanya dia, siapa Rina yang selalu keluar dengan dia tu? Katanya, kawan baik dia yang dah lama dia kenal. Siapa pulak mama Icha tu pada dia? Katanya, pun kawan. Tibalah satu hari, saya rasa sungguh tak sedap hati bila dia kata, dia nak ke Kedah, nak tengok tanah untuk business jagung dia. Saya tanya, kenapa jauh sangat nak buat projek tu? Katanya, tanah tu tanah business partner dia. "Tanah siapa? Mama Icha?" Tanya saya curiga. "Ha'ah, mana you tahu?" Tanyanya peik "I boleh agak. You pergi berdua je ke dengan dia?" Sebaik mungkin saya sembunyikan gejolak hati saya. Bukan tak suka tengok orang kita sayang memajukan diri tapi rasa macam ada yang tak kena. Saya sering dengan soalan saya. Dia pernah cakap, kalau ada pun dia takkan cakap sebab dia tak nak kehilangan saya. Huh! Dasar tamak kasih sayang dan pentingkan diri sendiri. Ingat, orang tamak selalu rugi!

Bicara Tentang Cinta

Mood jiwang dah datang hahhahaha... Saat yang paling indah adalah saat ketika jatuh cinta. Tapi ianya menyiksakan tatkala cinta kita ditolak. Kita cuba untuk beri yang terbaik, tapi kasih kita dipandang sepi oleh si dia yang tak tahu menilai. Saya pernah rasa semua tu. Bukan setakat saat jatuh cinta, saat ditinggalkan pun dah rasa. Lebih dari itu, saat cinta ditolak pun pernah rasa. Sakit, ianya sangat menyakitkan. Nantilah, kalau rajin, saya akan ceritakan detik-detik penolakan cinta saya oleh seseorang.

Mimpi Di Tengahari

Tengahari tadi, masa baca novel, saya terlelap. Entah apa hal pulak mimpi dia yang dah pergi? Kacau jelah. Rindu? Tak rasa rindu pun. Kalau diberi pilihan untuk mengulangi kisah cinta bersama dia, jawapan saya tidak. Cukuplah sekali dia mempersiakan saya, mencampakkan cinta saya ke tepi seolah tak berharga langsung! Bila saya mencinta, saya akan mencintai sepenuh hati. Memang sukar untuk saya lepaskan. Tapi bila saya dah lepaskan, maka pergilah, jangan menoleh lagi! Apabila saya belajar melupakan, setelah berjaya, saya takkan berpatah balik. Kalau dah Facebook pun saya blok, memang saya tak nak ada kena-mengena dah dengan dia. Mohon berubahlah, usia pun dah tua kan? Esok lusa dah nak balik ke alam abadi. Kalau asyik nak berfoya dan mencari cinta, tak ke mananya.