Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Dari Dapur Cik Tinta. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur Cik Tinta. Show all posts
Saturday, October 13, 2018
Felli Cutlery
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni entah datang semangat dari mana entah. Saya masuk office! Saya tak boleh bercuti lagi pada hari Sabtu sebab saya dah banyak kali cuti Sabtu. Sayanglahkan nak habiskan cuti macam tu je.
*********************
So hari ni nak cerita pasal cutlery. Saya mula mengenali makan di hotel dan restoran sejak zaman kanak-kanak. Saya suka makan kat sana salah satu sebab kecilnya sudu. Sudunya besar, tebal dan dalam. Kalau makan kuah, banyak kuah boleh disudu. Bila makan kat rumah dan asrama, hmmm... Tak best! Sudu tak tebal dan tak dalam. Dapat makan kuah sikit je sekali sudu.
Dulu-dulu saya fikir sudu cantik macam kat hotel tu hanya eksklusif untuk hotel dan restoran je. Yelah, tempat mewah. Bila saya cakap dengan mummy nak beli sudu baru, mummy belikan saya sudu sama je macam kat rumah. Alaaaa... Paling tidakpun, sudu yang ada hulu yang cantik seperti sudu hulu getah. Itu lagi saya tak suka! Saya ni memang cerewet orangnya. Dari pakaian sampailah sekecil benda seperti sudu dan berus gigi saya memilih! Hahahahahahaha... Tu yang orang kata saya high maintenance. Saya tak marahpun. Dah memang betul.
Suatu hari, saya ke rumah kawan saya. Dia bagi saya makan menggunakan sudu macam kat hotel tu. Waaa... Saya suka! Saya Tanya dia, mana nak beli sudu macam ni? Dia jawab, kat Sogo banyak. Kat mall selalu ada. "Tapi kau kenalah pandai pilih. Janganlah pilih sudu-sudu biasa. Sudu biasa tu berlambak kat mall. Kau cari yang ada jenama. Tengok dulu lepas tu beli,"
OK. Mulai hari tu, saya pasang niat nak beli sudu garfu macam tu. Beli biar mahal, tapi sekali je. Saya mula search kat internet pasal jenama-jenama sudu ni. Ada satu jenama ni saya nak beli. Berkenan. Ada satu set lengkap. Siap dengan sudu pencuci mulut dan pisau makan. Hahahaha... knife table or knife dinner nama dalam omputehnya. Jenama ni order direct dari UK. Dalam RM400.00 lebih je. Tak mahal. Berbaloilahkan? Ada 76 set kot. Dan yang best tu diperbuat daripada stainless steel 18/10 di mana ketahanan karat dan kilaunya bagus! Tapi harga di Malaysia, mak oiiii... Meninggal! Sementara saya belum buat kitchen cabinet, letaklah dulu web site ni dalam favourite google saya. Karang beli letak dalam store je.
Tapi... Setiap kali makan pakai sudu, geram betul saya bila sudu saya tu jenis nipis dan tak dalam. Makan kuah pun sikit. Kadang-kadang sudu tu bengkok bila ganas menggunakannya. Siapa suruh ganas? Ada jugak yang berkarat bila lama simpan. Ish, sabra jelah. Tunggu cabinet siap lepas tu baru beli barang dapur.
Sekali tu, saya pergi Sogo ditemani Cikgu Norimah. Hajat di hati nak hantar Sembonia handbag repair. Sayangnya Sembonia Sogo tak ada service repair. So apa lagi, merayaplah kami ke bahagian peralatan dapur. Saya bagi tahu cikgu, saya nak tengok sudu yang pernah dia belikan untuk sorang kawan saya. Cikgu pun bawa saya ke bahagian tu.
Sesampainya saya di bahagian tersebut, saya sangat teruja. Banyak sudu yang tebal, besar dan dalam. Cikgu menunjukkan saya sejenis sudu dari jenama Felli. Yes! Saya suka sudu tu! Keras dan tebal. Paling penting dia dalam dan stainless steel. Amboi, bukan main lagi kau eh. Mentang-mentang kau mahal, kau jual satu-satu sudu macam ni. Yang tak berapa tebal tu boleh pulak kau jual satu set RM76 la, RM100 la sekali dengan garfu dan pisau makan. Bila tang yang ni kau jual sebatang-sebatang. Cikgu kata, yang ni lebih bagus dari yang dia pernah belikan budak-budak lain tu. Harganyapun mahal sikit. Tengok harga, RM30 lebih sebatang! Mampus! Tak kuasa aku! Tunggulah cabinet siap dan order je dari UK tu. Dalam tak nak tu, duduk jugak membelek sudu tu. Tapiiii... Tiba-tiba cikgu cakap, Ada offer la sudu ni. RM10.00 je. Hah? Biar betul! Saya minta cikgu confirmkan. Yes, confirm! RM10.00 sebatang! RM10 sahaja! Senyuman mula mekar di bibir dan matapun dah bercahaya-cahaya. Bintang-bintang bersama love dah keluar dari kepala menuju angkasa. Sudu idaman di depan mata. Tak beli satu set pun, beli sudu je pun jadilah. Eh, beli sudu mesti beli pasangannya garfu. Takkan sudu tebal garfu nipis masa makan kot. OK, saya beli empat ke enam pasang. Tambah dengan tea spoon dan dua senduk lauk. Baruk RM100 lebih! Hahahahaha... Rasa nak lompat-lompat je kat Sogo dapat beli sudu idaman sekian lama.
Baru-baru ni saya pergi Sogo dengan cikgu lagi. Tapi jenis tu tak ada pulak. Nantilah beli lagi.
Sekali tu saya bawa sudu pergi office. Kata kawan saya, Mak oi sudu! Dia tengok harga kat sudu tu. "Ni makan sesuap terus kenyang eh makan pakai sudu ni?" Waaaa... Melampau kau, Wan! Ketuk kepala kau dengan sudu ni baru tahu! Dia ketawa. Katanya, kalau dia tak ada masa nak beli sudu rege senggitu. Eleh, nanti kalau bini kau esok nak beli padan muka kau!
Saya curious tentang jenama sudu ni. Then, mula search di internet. Sudu buatan Malaysia! Memeranjatkan, dah masuk pasaran antarabangsa! Dan syarikat ni merupakan pembekal cutlery kepada hotel-hotel terkemuka Negara sama ada berbintang lima mahu pun empat. Dia juga pembekal cutlery untuk restoran-restoran terkenal seperti Secret Recipe dan banyak lagi! Patutlah aku jatuh hati kat dia. Entah-entah memang jenama ni yang selalu saya gunakan waktu makan di restoran dan hotel. Tapi harga kalau tak sale memang gila mahal! Tengok kat web dia pun, harga mahal-mahal! Ada banyak jenis. Kalau dah siap cabinet nanti kita beli satu set terus!
Hari tu, acik datang rumah. Dia Tanya saya, "Sudu kau ni nak ketuk kepala orang ke apa ni? Dahlah tebal, berat pulak tu,"
Saya jawab, "Ha'ah, nak ketuk kepala kau."
Hahahahaha... Kami tergelak sama-sama.
Baru jap saya tengok kat Lazada harga Felli ni. Mahal jugak eh? RM37 kalau tak silap. Gila betul! Gila tak gila. Saya akan beli. Beli satu set je OK. Lepas tu duduk diam-diam. kau pakailah sampai tua!
Friday, June 1, 2018
Resipi Ayam Panggang Pantang Bersalin
OK, sesiapa yang teringin tu, boleh try resipi ni ya. Saya tak tulis sukatan sebab lauk ni senang, bergantung kepada kuantiti lauk dan kesukaan masing-masing. Kalau kek dan biskut jangan main-main.
Dah nama nak masak ayam, so korang kenalah sediakan ayam kan. Hahahaha
Untuk rempah-rempahnya:
Bawang Merah,
Bawang Putih,
Halia,
Lengkuas,
Kunyit (boleh guna kunyit hidup atau serbuk kunyit),
Lada Hitam (Boleh guna serbuk atau yang kasar tu),
Cili Padi,
Garam.
Kalau sesiapa nak rasa manis-manis sikit tu, tambahlah gula. Saya tak letakpun.
Blend atau tumbuk atau mayang kesemua bahan di atas. Elok ditumbuk atau di blend la ya supaya teksturnya lebih halus dan mudah meresap pada ayam.
Sapukan pada ayam dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Lepas tu, bakarlah.
Pasti anda makan sampai menjilat jari. Macam Chiko yang terus jilat bulu lepas makan ayam ni. Dia pun sibuk mengecek nakkan ayam. Tapi dia kan tak biasa makan lauk, bagi sikit je dia diamlah. Nak rasa je kot.
Selamat mencuba.
Ayam Panggang Pantang Bersalin
Kali ni nak cerita pasal masak pulak. Rasanya buat masa ni, masak dah jadi hobi saya. Tak tahulah sampai bila. Harapnya kekallah rajin ni.
OK, menu kedua yang saya masak adalah ayam panggang pantang bersalin. Apa tu? Saya je bagi nama ni kat ayam panggang saya sebab masakan ni adalah masakan untuk orang yang dalam pantang bersalin. First time masak guna oven amat mendebarkan. Takut hangus. Bila terdengar bunyi dari oven ni rasa takut jugak. Meletup karang. Hahahahaha... Jakun!
Saya set masa lebih kurang 30 minit. Suhu saya lupa sebab saya main bantai je letak. Sedap. Nanti saya nak try perap seharian dulu ayam ni baru panggang. Mesti lagi sedap. Dua ketul ayam untuk berbuka puasa sudah memadai bagi saya. Bila oven memberi isyarat selesai melakukan tugasnya, excited sangat nak tengok apa jadi dengan ayam saya? Kalau tak masak, tak apalah. Boleh masak balik. Kalau hangus saya dah rancang untuk steam bebola ikan, telur dan sosej jelah. Malas nak panggang ayam lagi.
Sebenarnya memang sepatutnya kita masak tak payah guna minyak. Tanpa minyak pun ayam tu berminyak semacam. Rasanya sedap hahahaha... Masuk bakul angkat sendiri ke apa ni? Memang dari dulu saya akan berselera makan kalau saya sendiri yang masak.
Lepas raya nanti, nak mula buat kek dan biskut. Dulu masa cuti sem UiTM dan sekolah menengah rajin jugak buat kek dan biskut ni terutamanya menjelang hari raya sebab abah suka anak-anaknya buat kuih. Meriah katanya. Tulis je senarai, abah pasti belikan bahan. Abah siap beli penimbang lagi untuk sukat bahan. Saya dah siap-siap order Loyang non stick kat Lazada. Tak sabarnya nak buat kek. Jangan bantat sudahlah. Lepas tu nak buat chees tat yang saya suka tu. Tak payahlah order dah. Mahal. Waaa... Sejak bila berkira nak order ni? Then nak buat cookies. Nak cari Famous amous punya resipi. Sebab dia mahal. Kalau pandai buat, tak payah beli dah. 100 gram RM10-11.
Wednesday, May 30, 2018
Sup Ayam Kukus
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Korang apa khabar? Sihat ke?
Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni Allah beri saya rasa sihat dan rasa bersemangat untuk melakukan sesuatu setelah bangun dari tidur. Saya mohon doa kalian agar Allah sentiasa memberikan yang baik-baik buat saya. Saya juga doakan agar kalian turut diberi semangat oleh Allah dalam menjalani hidup ini.
**********************
Macam yang pernah saya update, sekarang ni saya dah mula memasak macam dulu. Bezanya, dulu guna dapur gas. Memandangkan dapur saya belum diubahsuai, saya beli beberapa perlatan moden untuk memasak macam saya ceritakan dalam entri yang lepas.
Isnin hari tu, saya balik ke rumah berkobar-kobar nak masak sup ayam. Alamak, macam mana nak masak sup? Steamer ni tak dalam sangat so tak boleh nak masuk periuk. Mangkuk terlalu kecik nak buat sup.
Fikir punya fikir, Saya dapat idea, kita masak dalam rice cooker. Hadoi, ayam pulak beku. So saya guna steam untuk lembutkan dia. Lepas siapkan bahan yang tak cukup, saya cuba guna blender yang mami bagi. Tak hidup pulak. Apasal blender ni? Alamak, tak guna sekalipun lagi. Ke saya yang tak pandai guna? Blender ni pelik sikit. Dalam hati, tak sedaplah sup saya ni, dahlah kentang, daun salari dan daun sup tak ada. Bawang goring apatah lagi? OK, tak apa. Takkan nak buang bahan yang dah tersedia ni? Kita mayang jelah. Satu lagi tak ada, minyak. Masak dalam rice cooker boleh tumis. Tapi minyak tak ada. Nak sedapkan hati saya bisik kat diri sendiri "Tak apalah. Tak payah guna minyak. Kau kan nak jaga kesihatan. Minyak tak bagus untuk kesihatan,"
OK. Kita mayang jelah bahan-bahan ni. Tak sedap pun tak sedaplah. Diri sendiri nak makan. Kalau tak lalu buang jelah takkan nak bagi orang benda tak sedap?
Lepas mayang bahan tumis, saya guna rice cooker untuk mula masak. Tapi saya sangsi akan kebolehan rice cooker. Saya cuba ukur periuk kaca saya dengan kedalaman steamer. Boleh guna cuma, tutup steamer tu tak boleh tutup rapat.
Then, saya stopkan rice cooker dan tuangkan sup yang berapa pratus dimasak tu ke dalam periuk saya. Lepas tu saya sambung masak pakai steamer. Sebelum on steamer, saya dapat idea. Kalau saya tutup steamer tak rapat, nanti habislah memercik sup ni nanti ke persekitaran. So, saya tutup periuk tu dengan tutup dia tanpa gunakan tutup steamer. Kita set 15 minit jelah sebab tadi dah berapa lama dia duk dalam rice cooker. Waaaa... Bau sedaplah pulak masakan saya ni. Harapnya, rasa pun sedap
Ting!!!
OK, siap! Meh kita rasa. Wow!!!! Rasanya sedap tak seperti yang saya bayangkan. Tambah sedap apabila kuahnya bercampur dengan bahan tumisan yang tidak ditumis dan hanya dimayang. Patutlah orang kata, kalau bawang dan bahan menumis dimayang tu lebih sedap dari di 'blend' dan ditumbuk. OK. Lepas ni bolehlah saya masak campak-campak je.
Kesimpulan yang saya boleh buat, walaupun tak ditumis dengan minyak, supnya tetap berminyak. So, tak perlu beria nak tumis minyak sangatlah.
Menu seterusnya, ayam panggang pantang bersalin. Hahahaha... Belum bersalinpun dah makan makanan bersalin. Untuk kesihatankan? Tapi tak cukup bahan jugak. Saya tak ada lada hitam, kunyit dan lengkuas. Mungkin hari ni kita guna je apa yang ada. Hari lain kita buat set lengkap hahahaha... Looking forward to see you oven this afternoon.
Ada kawan call nak jumpa saya. Saya dah suruh dia beli serbuk lada hitam, kunyit dan lengkuas.
Sunday, May 27, 2018
Peti cantik, Kemas Dan Menarik Bersama FreezerMate
Macam yang saya cerita dalam entri sebelum ni, hari ni I was very busy with my kitchen work.
Segala peralatan yang nak digunakan, saya keluarkan dari store. Beberapa bulan lepas, saya ada beli FreezerMate dari Tupperware. Kalau dah nama produk tupperware, tentulah harganya lebih RM100.00. Berbaloi sebab waranti seumur hidup. Saya lupa exactly harganya. Tapi saya dapat 10 biji dalam satu set tu. Ke sebiji tu saya dapat masa reregister Tupperware ya? Lupalah.
Beberapa orang lelaki atau lebih tepat suami pernah meluahkan pada saya, yang isteri mereka suka simpan barang yang mereka belikan terutamanya barangan mahal termasuk tupperware dan barangan elektrik. Sayang nak guna katanya. Tapi bagi orang lelaki, mereka rasa tak puas hati atau rugi membelikan sesuatu untuk isteri konon nak bagi yang terbaik sebab tu beli yang mahal. Tapi akhirnya jadi hiasan. Yang buruk dan murah jugaklah yang isteri gunakan. Begitu juga dengan mama saya. Abah beli pisau Zwilling 11 pcs. Harganya ribu ringgit. Tapi mama guna pisau murah yang sering perlu diasah. Apalah dia orang ni. Kalau saya, confirm saya guna berulang kali. Dah beli mahal-mahal kan, gunalah. Simpan buat apa. Beli yang mahal simpan, beli lagi yang murah untuk guna. Membazir.
Begitu jugak dengan kawan-kawan perempuan saya. Baik isteri orang mahupun single. Mereka tengok barang semua nak beli. Tapi akhirnya simpan sebab sayang nak guna. Baik bagi saya barang tu.
Saya? Tak ada simpan-simpan. Kalau saya beli maknanya saya serius nak guna. Biar beli mahal tapi boleh guna lama.
Masa mula-mula dapat FreezerMate, saya terfikir, apalah saya nak buat dengan FreezerMate paling besar ni? Simpan jugaklah kot. Takkan nak guna bekas gedabak macam ni?
So hari nilah masanya, untuk saya memaksimumkan penggunaan FreezerMate yang dah telan banyak duit saya ni. Tak ada lagi mangkuk, piring, besen, talam atau plastik dalam peti ya Tinta. Dulu bolehlah sebab tak ada FreezerMate. Sekarang semua guna FreezerMate. Kau jangan mengada. Sementara nak beli bekas untuk fridge bawah tu, guna je FreezerMate. 10 biji kot. Semua makanan yang saya simpan dalam peti saya masukkan dalam FreezerMate selepas membersihkan peti ais.
Bila barang sampai, satu-satu saya keluarkan FreezerMate dari bilik store mengikut keperluan barangan yang ingin disimpan. Tak sangka, dua FreezerMate yang gedabak tu sangat saya perlukan. Lagi tak sangka dua gedabak tu muat masuk freezer saya yang kecik tu. Susun jadi dua tingkat.
Fridge bawah pun bersusun FreezerMate. Waaa... Peti ais saya cantik dan kemas sekarang ni. Tak adalah serabut macam dulu-dulu. Hahaha... Masa tu tak ada duit. Kalau guna tupperware nak simpan barang dalam peti pun guna tupperware aiskrim. Ada yang bulat, ada yang empat segi. Tapi tak cukup untuk simpan semua barang. Itu yang jadi simpan guna piring, plastik, besen dan lain-lain. Alhamdulillah, Allah beri rezeki kepada saya untuk memiliki semua ni.
OK, looking forward to buy One Touch Tupperware pulak untuk isi barang kering. Kita tunggu offer la ya. Macam biasa. Nak beli masa murah je. Mahal tak nak. Tahulah murah tu pun mahal. At least, murahlah berbanding tak offer. Tupperware, biasalah. Tapi boleh pakai lama dan berkualiti tinggi.
Sunday, December 24, 2017
Pisau Zwilling J.A. Henckels Abah
Seperti yang saya jangka, abah menemubual saya tentang robotic vacuum yang saya beli. Macam-macam abah Tanya. Yelah, guna credit card dia kan. The way he ask, shows that he agrees with me for buying that item.
Abah Tanya, kenapa tak beli Katcher? Wow!!! Jenama mahal tu!!! Nak beli Dibea pun takut abah marah, ni pulak nak beli brand Jerman yang mahal. Rupa-rupanya abah memang suka brand ni. Masa saya kecik dulu, abah dah beli vacuum brand ni. Bila check kat Lazada, harganya RM2,000.00 lebih setelah diskaun. Abah kata boleh je kalau nak beli. Tak apalah. Saya dah beli.
Cerita punya cerita, abah buka topic pisau. Saya memang ingat. Setiap kali abah ke KL, dia memang selalu cari pisau tu. Tapi abah tak beli kalau jumpapun. Katanya mahal. Tapi, abah kata, abah dah beli pisau tu. Waaa... Saya teruja. Macam mana bentuk pisau mahal tu???
Saya: Berapa harga abah dapat? Abah beli online ya?
Abah: Abah beli kat 11 Street.com.my
Saya: Berapa?
Abah: RM1,800.00 kalau tak silap.
Saya: Mahalnyaaaa...
Abah: Murah dah tu. Kalau tak sales harga dia RM2,,000.00 lebih.
Saya: Mahalnyaaa...
Abah: Benda yang elok memanglah mahal. Boleh guna lama, bertahun. Kalau beli yang murah, sekali dua guna dah merosot kualiti dia.
Saya: Abah beli set ke?
?Abah mengiakan. Ada 11 bilah pisau yang pelbagai seperti pisau roti, buah, daging, macam-macamlah. Siap ada user guide kau. Ada 1 pengasah pisau. Saya ingat batu rupanya besi tahan karat jugak. Dan ada satu blok kayu keras tempat simpan pisau. Abah kata, kalau nak asah, guna minyak. Jangan guna air nanti pisau tu haus.
Abah dengan riang menunjukkan kesemua pisaunya pada saya. Kotakpun dah cantik mana tak mahalnya? Abah memang suka barang branded, tu yang anak-anak ikut tu termasuk saya haahahaha...
Waaa... Siap ceal lagi. Memang tajam. Kalau kena jari tak terasa kot. Tahu-tahu darah dah meleleh.
Saya: Laaa... Beli mahal-mahal kenapa tak guna?
Abah: Entah mama tu, abah suruh dia guna, dia kata pisau kat dapur masih tajam.
Ish, tak fahamlah saya. Kalau saya jadi mama, saya guna je. Suami dah beli kan? Masakkan dia sedap-sedap pakai pisau tu buat potong-memotong dan hiris-menghiris. Lepas tu bodek untuk dapat benda lain pulak. Hahahahaha... Bankrap suami I nanti hahahahaha... Nasiblah. Kalau saya duk rumah, confirm saya yang akan rasmikan pisau-pisau ni. Saya, kalau saya beli mahal, lagi saya nak guna. Buat apa simpan? Dah duit aku habis, kau berjasa kat aku pulak. Hahahaha... Abah suka membeli barang-barang tapi mama suka simpan. Ish, tak faham aku. Esok, orang lain yang guna nanti bila dia orang dah tak ada.
Abah: Nanti belilah. Kalau nak, check kat Lazada atau 11 street.com. Musim krismas ni mesti ada sale.
Abah siap checkkan kat Lazada. Ada yang RM500.00 lebih tapi ada berapa bilah je. Saya nak yang banyak macam abah punya. Abah kata kalau complete set ada 24 bilah pisau. Tapi malam tadi saya check, ada yang banyak dan murah kat Lazada, 15 bilah pisau RM1,388. Murahkan? Tapi biar dululah. Saya baru je lepas beli vacuum. Nak renovate rumah lagi.
Saya dah jatuh cinta kat Zwilling Brand ni. Ni semua abah yang rekmen. Saya masuk tengok web dia, banyak rupanya barang dia. Ada cutlery, peralatan meja, gunting, periuk belanga. Saya berazam untuk dapatkannya satu persatu. Ada orang kaya nak sponsor tak? Hahahahahaha... Lambatnya dapur saya ni nak siap. Tak sabar nak masak macam-macam ni.
Tapi lepas vacuum ni kita beli air fryer dulu tau. Saya dah survey harga. Saya berkenan kat Tefal punya air fryer. Nanti saya nak Tanya pendapat abah.
Sedikit tentang Zwilling:
Set pisau Zwilling ni terkenal di kalangan chef hotel. Syarikat ni ditubuhkan pada tahun 1731 di Jerman. produknya diperbuat daripada besi tahan karat (stainless steel).
OK la. Nak berangan masak pakai Zwilling jap hahahahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)