SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, October 16, 2017

Hari Lahir Yang Pilu

Saya tak tahu kenapa, bila tiba je hari lahir saya, saya rasa macam hari tu sangat berharga. Saya akan pakai baju yang cantik, akan berhias dan akan tersenyum sepanjang hari. Tapi... Hari lahir kali ni, saya teringat akan dia. Dia yang pernah membahagiakan saya pada setiap hari lahir saya sejak dia mengenali saya. Ingat lagikah dia pada hari lahir saya ni? Atau... Dia terus melupakan segala-galanya tentang saya? Oh, saya tahu dia takkan ingat birthday saya sebab, saya dah block dia kat FB. Dia mana ingat tarikh-tarikh penting ni. Selama ni dia ingatpun sebab FB yang remind dia. Tak apalah. Biarlah dia. Dan saya tahu, you pun takkan ingat birthday saya. Biarlah, biarlah mereka semua pergi dengan kebahagiaan masing-masing. Sedang saya masih di sini, menanti bahagia yang Allah janjikan buat saya. Terharu bila ada kawan-kawan yang ingat dan wish birthday saya tepat jam 12.00 malam ni. Terima kasih ya sahabat. Saya sangat menghargainya. Kalian buat saya rasa bahagia walaupun tanpa insan tersayang di sisi.

Pulau Pangkor, Peristiwa Yang Tak Mungkin Dilupakan 2

Assalammualaikum readers, Saya muncul lagi. Hahahaha... Bosan rasanya. Meh, saya nak sambung cerita fasal peristiwa di Pangkor tempoh hari. Nak baca tak? Yang tak nak tu, boleh tinggalkan blog saya sekarang. Sebab sekarang ni, saya memang ada mood nak bercerita. Hehehe... Maka kayak membuai ke kanan dan ke kiri. Tubuh sayapun ikut terbuai. Beberapa kali ia berbuai, dia semakin senget ke kiri. En. Mahathir: Kita jatuh Tinta, kita akan jatuh. Benarlah gerak hati saya. Demi mendengarkan itu daripada kapten saya, lantas saya rebahkan badan saya ke permukaan air laut yang dalam. Lebih baik saya jatuh dulu daripada jatuh bersama kayak, nanti susah nak keluar dari kayak. Kayak kat laut ni bertutup di bahagian paha hingga ke kaki bukan macam kayak kat tasik yang terbuka tu. Karang susah pulak saya terkial-kial nak keluar dari kayak yang terbalik. En. Mahathir juga jatuh. Saya cuba masukkan kaki ke dalam, tapi tiada dasar. OK, saya tahu, saya kena berenang. Hati saya sentiasa membisikkan kepada diri saya supaya tenang dan tidak panik. En. Mahathir cepat-cepat menyambar tangan saya dan memegang sambil berkata: En. Mahathir: Tinta, Tinta jangan panik OK. Tinta tenang. Jangan takut. Saya ada. Kita selamat. Kita kena berenang pergi rescue boat. Sebab rescue boat jauh, dia tengah selamatkan orang lain. Tinta OK? Tanya En. Mahathir terus memegang tangan saya. Saya: OK. En. Mahathir jangan risau. Saya OK je. Saya senyum untuk menghilangkan kerisauannya. Saya terus timbul ke permukaan air dan berbaring. Bestlah pulak jatuh ni. Dapat berenang kat laut dalam. Seronok pulak rasanya. Sewaktu saya timbulkan tubuh saya untuk telentang, kaki kiri saya tergeser dengan batu karang. Aduh, sakitnya. Tapi tak adalah sakit sangat. Mungkin kulit saya menggelupas kot. Ah, biasalah tu. Jap lagi OK la tu then saya akan turun berkayak balik. Fikir saya sendiri. En. Mahathir terus memegang saya untuk membawa saya ke bot. En. Mahathir: Lepas, lepas paddle tu. Saya: Lepas? Nanti hanyutlah paddle ni. Saya rasa saya OK. Boleh bawa paddle ni sekali. Saya terus memegang paddle saya. En. Mahathir: Nizam, ambil semua barang-barang ni bagi kat bot. Arah En. Mahathir kepada En. Nizam yang baru mahu berlepas setelah kayaknya terbalik sebentar tadi. Saya terus telentang seperti mahu tidur dan hanya membiarkan En. Mahathir menarik saya ke bot. Rasa best rupanya baring kat atas laut dalam ni. Tak lama lepas tu, saya keluarkan skill kuak lentang saya. Tapi kaki je yang menguak sebab En. Mahathir pegang tangan saya dan saya jugak memegang paddle. Boatman memberi isyarat kepada En. Mahathir supaya lepaskan tangan saya dan gunakan paddle yang ada di tangan saya untuk membawa saya ke bot. Mujur saya tak lepaskan paddle ni tadi. Best, best, best berenang kat laut dalam ni. Saya membantu mempercepatkan pergerakan kami dengan kayuhan kaki kuak lentang saya. En. Mahathir kata, kerjanya mudah sebab saya kelihatan tenang dan tak panik. Nampak macam nak tidurpun ada. Tenang macam masa buat water confident tadi. Nak buat apa lagi dah tak boleh jejak tanah kan? Terapung jelah supaya ringan dan mudah menuju ke bot penyelamat. Jauh jugak bot penyelamat ni. Sesampainya kami di bot penyelamat, En. Mahathir menyuruh saya berpaut pada tangga bot dan naik ke dalam bot. Aduh, kaki saya ni tak habis lagi rasa pedihnya. Tapi saya tak nak pegang kaki tu. Biarlah dia. Jap lagi eloklah tu. Dengan cermat, saya memanjat naik ke tangga bot dan terus masuk ke dalam bot. Saya terus duduk di kerusi sebelah tangga. Madam Lee dan Cecelia telah berada dalam bot. Mungkin merekapun mengalami nasib yang sama seperti kami. Kayak terbalik. Ya, Cecelia partner En. Nizam tadi. Lepas terbalik, terus naik bot. En. Nizam je yang masih berkayak. Madam Lee memang dari awal naik bot. Dia takut. En. Mahathir: Tinta, topi Tinta saya dah letak dalam bot ya. Laaa... Keadaan gentingpun En. Mahathir masih ingat nak selamatkan topi saya? Saya pun dah lupa fasal topi lepas terbalik tadi. Boatman: Kaki kakak ni koyak ni. Kakak ni tak boleh turun dah lepas ni. Kita ke darat dulu. Hantar kakak ni. Ni kena jahit ni. Darahpun banyak ni. Saya terkejut. Mula rasa takut. Takut kehilangan banyak darah dan takut kalau apa-apa yang tidak baik berlaku pada kaki saya. Kalau setakat jahit tu tak apalah. Nak buat macam mana? Saya terus tenangkan hati saya seperti mana saya jatuh ke laut tadi. Saya harus tenang agar orang-orang di sekeliling saya tidak panik. Kaki terasa makin pedih. Sesekali saya ketapkan gigi menahan kepedihan tersebut. Saya terus menguntum senyum bagi melindungi keresahan hati saya. Saya nak semua orang bertenang. Dari nada suara boatman tu, saya tahu dia cemas. En. Mahathir: Ya ke? Demi mendengarkan suaranya, saya tahu, En. Mahathir juga cemas. Saya terus membiarkan kaki saya tanpa mahu memegangnya. Saya takut untuk mengetahui keadaan kaki sendiri. Lantai bot yang bertakung air terus saya letakkan kaki. Tapi takungan tu taklah dalam. Boatman: Kakak sakit? Saya: Pedih. Boatman: Kakak tunggu kejap eh. Sabar tau. Keadaan bot mula menjadi kelam-kabut. Boatman: Bang, sebelum tu, abang kena turun balik bang. Abang kena ambil kayak tu. Kalau biar kat situ, kejap lagi kayak tu putus dua. Arus kuat ni. Nanti abang kena ganti. RM2,000.00 tau. En. Mahathir: Saya kena ambil? Saya tak pandai berenanglah. Boatman: Ya bang. Abang kena ambil. Jangan takut, abangkan pakai life jacket tu. Tadi OK je. En. Mahathir: Saya bergayut kat bot ni, awak bawa bot ni ke sana. Boatman: Tak boleh bang. Bot tak boleh ke sana. Abang kena pergi. Cepat bang, kakak ni sakit. Darah banyak ni. Tanpa berlengah, En. Mahathir terus terjun ke laut dan berbekalkan life jacket, terus menuju ke kayak yang tersadai di tempat kami jatuh tadi. Ya Allah, dahlah tempat tu jauh. Aku ni, sakit, darah banyak keluar. Sempat lagi dia suruh En. Mahathir pergi ambil kayak? Dahlah kapten saya tu tak tahu berenang. Kalau saya ni OK, boleh saya tolong dia. Macam mana dia nak heret kayak berat tu? Dalam air mungkin ringanlah kot. Boatman: Siapa ada kain? Tolong bagi kakak ni. Biar dia tekap luka dia. Darah banyak ni. Semua yang ada dalam bot diam. Manalah dia orang ada kain dalam bot ni? Kalau ada pun mestilah dah basah. Boatman menghampiri saya. Boatman: Akak, akak OK? Akak jangan pitam tau. Bawa bercakap. Tolong, tolong, bercakap dengan dia. Jangan sampai dia pitam. Darah dia banyak keluar ni. Saya: Saya pun tak tahu nak pitam tu macam mana. Saya cuba melawak supaya boatman tu tenang. Saya tengok dia cemas sangat. Boatman: Kita kena pergi klinik ni. Saya: Ada kain tak? Boleh bagi saya kain? Saya dah tak tahan. Takut darah semakin banyak mengalir. Takut pitam. Boatman: Ambillah tuala kecik saya ni. Akak guna ya. Balut kaki tu. Saya terus mengambil tuala tersebut. Boatman membantu saya membalut kaki saya. Boatman: Tolong berbual dengan dia. Cecelia: You luka... Banyak ke darah you. Saya: Janganlah cakap fasal luka I. Cakaplah benda lain. Saya tertinggi suara. Sebab saya rasa takut bila bercakap tentang kaki saya. Cecelia: Sorry aaa.. Sorry. En. Tak lama kemudian, En. Mahathir tiba di bot bersama kayak. Bersusah-payah En. Mahathir dan boatman berusaha mengangkat kayak ke dalam bot. Nantilah sambung. Dah tak ada mood pulak nak menulis.

Wednesday, October 11, 2017

Pulau Pangkor, Peristiwa Yang Tak Mungkin Dilupakan

Assalammualaikum readers, Apa khabar korang? Harap semuanya sihat walafiat. Rasa ada mood hari ni nak menulis malam. Banyak cerita saya nak kongsikan di sini. But, lately ni, saya amat terkejar-kejar dengan masa. Hari ni saja, dalam meeting karnival, bosssukan boleh bagi arahan untuk Asia Football 5 a Side. Lepas tu, our treasurer panggil discuss something. Sudahnya, saya meninggalkan bilik discussion dengan dibekalkan kerja lagi yang perlu dibentangkan this coming monday. Enough. I dont want to talk about work and office. I nak cerita fasal peristiwa di Pangkor yang takkan saya lupakan. 30 September lalu, saya bertolak ke Pangkor bersama kawan-kawan dan volunteer yang sangat baik hati. Yang memang berjiwa murni untuk habiskan masa mereka bersama kami. Tujuan ke Pangkor, sama macam tahun lepas, berkayak. Seperti biasa, kapten saya En. Mahathir. Kali ni kami naik kereta je ke Pangkor. En. Mahathir jemput saya di rumah, terus ke my office and pick-up other friends. Ato dan Kats juga naik kereta bersama kami. Alhamdulillah, perjalanan lancar sampailah ke Palma Beach Resort. So, seperti yang dirancang, petang tu, kami ke laut untuk berkayak. Asalnya kami nak mula berkayak di Teluk Nipah, berhampiran resort yang kami stay. Disebabkan laut beralun, maka kami decide untuk ke tempat tahun lepas sebab kat situ kurang alunannya. Memandangkan budget yang tak banyak, so percutian kali ni basic habis. Untuk kayak, tiada jurulatih macam tahun lepas. Just sewa kayak dan satu rescue boat. Namun, sebelum mula berkayak, kami tetap buat water confident dengan diketuai oleh Ayah Daud saya. Kami saling berpegang tangan dan membuat bulatan besar di dalam laut. Entah apa-apalah dorang ni. Bulat dah tak rupa bulat. Entah apa bentukpun saya tak tahu hahahaha... Sebelah kiri saya, kapten saya, En. Mahathir. Kanan saya entah siapa. Lelaki jugak rasanya. Saya tunggu jugak bila nak lepas tangan macam selalu kami buat tu. Tapi tak ada arahan buat macam tu. Ramai yang kelam-kabut bila kaki tak jejak ke dasar. Ada yang semakin menghimpit ke arah saya. So, kapten saya selalu alihkan saya dari mereka. Katanya, jangan kacau saya tidur. Sebab saya memang relax habis menelentang kat laut tu walaupun ombak datang dan kaki dah tak jejak dasar. Dah tak jejak dasar, nak buat apa lagi? Baring jelah diam-diam. Jangan risau, tak pakai life jacket pun insya-Allah kita akan terapung kalau kita lembutkan badan dan relax. Inikan pulak pakai life jacket. Lagipun, kapten saya sepanjang masa ada dengan saya dan pegang tangan saya. Yelah, buat bulatan yang tak menjadi tu. Yang belah kanan sayapun sentiasa pegang tangan saya, tapi dia kelam-kabut dan kadang-kadang buat saya nak jatuh ke dasar. Akhirnya, entah kenapa yang belah kanan tu lepaskan tangan saya. Mungkin terlepas kot. Kapten saya tu tinggi orangnya. Kalau saya ke tengah lagi, mesti dia boleh tarik saya dan bila dia boleh jejak tanah, dia heret jelah saya ke tempat yang cetek. Hahaha... Masa dia suruh saya berdiri, saya cuba berdiri tapi tak jejak dasar, dia ingat saya tinggi macam dia? Boleh berdiri kat tempat dalam? Lepas water confident, masing-masing ambil kayak. Kapten saya merupakan chif kali ni. So, dia sibuk pastikan semua orang naik kayak dan berdayung ke tengah. Ah, lambatlah. Sayapun duduklah bermain air. Dalam dia sibuk-sibuk tu, sempat lagi dia cakap dengan saya suruh tunggu kejap. Ya... Tunggulah. Takkan saya nak berdayung sorang kot. Last, baru kami naik. Mula-mula my captain try naik. Tapi ombak kuat. Gagal. So, penjaga kayak suruh saya naik dulu. OK, done. Ombak memang kuat kat tepi pantai. Takut jugak saya masa kapten saya nak naik tu, kayak macam nak terbalik. Kuat manalah sangat saya ni nak imbangkan kayak bila dipukul ombak. Mujur abang penjaga kayak tu tolong. Maka kami pun belayarlah ke tengah lautan yang bergelora. Kesilapan saya, saya tak pakai kasut sedangkan saya dah bawa kasut getah. Tulah, ikut orang sangat. Bila my captain kata dia tak pakai kasut, so sayapun tak pakai. Padahal kasut getah je pun. Tak sampai RM10.00 harganya. Entah apa yang saya sayang entah. Tapi masa tu saya tak ingatpun fasal kasut tu. Sempat kami menyanyi di tengah laut apabila kayak meluncur di atas air dalam. Kami perlu kejar orang-orang di depan sebab kami kan kayak last. En. Mahathir kan pastikan semua selamat naik dan berdayung baru kami berlepas, cewah. Hahaha... Sempat buat video atas kayak tu. Dua kali lagi buat video. Biasalah, my captain ni memang suka buat video dan bergambar. Sesuai dengan saya yang suka bergambar. of cause la dia kena jadi jurufoto saya. Hahahaha... Dia layankan je apa yang saya nak. Tapi... Kali ni, saya rasa lain. Kocakan air serasa ganas. Kayak kami teroleng-oleng. Tak seperti tahun lepas. Walaupun hujan lebat dan kabus tebal, alunan laut tak seperti kali ni. Hati saya mula diusik getar. Saya halau jauh perasaan getar yang mula bertapak di hati nurani. Insya-Allah, kami selamat. Sedang saya asyik berdayung, saya rasa kayak ni susah nak didayung dan rasa macam nak terbalik. Ya Allah, selamatkanlah kami. Dan andainya ditakdirkan kayak ini terbalik, Kau berikanlah aku keberanian dan ketenangan dalam menghadapi saat cemas itu. En. Mahathir mengarahkan saya supaya hentikan dayungan. Dia nak adjust kayak kami agar tidak berlanggar dengan batu sebab kami dah termasuk ke kawasan berbatu. Saya tanya dia, dalam tak tempat ni. Dia kata dalam. Kayak En. Nizam dan partnernya dah terbalik. Bot penyelamat sedang berusaha menyelamatkan mereka. Kami terus berdayung dengan cuaca baik dan air yang beralun. Saya pelik. Kenapa air ni beralun sedangkan cuaca baik. Tiada tanda hujan akan turun. Sekali lagi, En. Mahathir minta saya hentikan dayungan. Saya terus diam sebab saya rasa kayak teroleng-oleng lebih kuat. Malah saya takut nak bergerak walau seinci, takut akan memberi kesan yang buruk. Tiba-tiba, kedengaran bunyi hantukan dan geseran yang amat kuat dan panjang. Subhanallah, kayak kami terlanggar batu. Cubaan En. Mahathir untuk mengelak daripada batu tersebut gagal. Arus elektrik air telah menghempas kayak kami ke batu. Mujur kayak ni tak terbelah macam Titanic. Saya risau. Tapi saya sentiasa bisikkan pada diri, saya harus tenang. Jangan gelabah dan panik. Alhamdulillah, saya rasa tenang. Ketakutan beransur pergi. Ya, saya telah bersedia untuk sebarang kemungkinan. "En. Mahathir, kenapa ni? Kita langgar batu ke?" Tanya saya dalam tak percaya dan menunggu saat kayak terbalik. "Ya, kita langgar batu. Tinta jangan buat apa-apa. Kita kena keluar dulu dari kawasan batu ni, lepas tu baru Tinta dayung," "Kita nak terbalik ke?" Tanya saya tenang. "Tak, tak. Kita OK. Masih OK. Kita kena keluar dari kawasan ni. Kita pergi tengah lagi, tempat tak ada batu," "Tempat ni dalam ke?" Tanya saya ingin tahu untuk mengetahui keadaan laut supaya saya bersedia sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. "Dalam," Jawab En. Mahathir serius sambil berusaha keras untuk mengemudi kayak keluar dari taman batu laut ni. Sekali lagi, kayak kami teroleng-oleng ditolak air ganas. Kali ni tubuh saya juga terhuyung-hayang mengikut buaian kayak yang dipukul air. Bersambung.

Friday, October 6, 2017

Suatu Teguran

Assalammualaikum readers, Malam ni saya rasa nak bercerita. Rasa bosan. Sebenarnya I need somebody to talk. Tapi malas nak ganggu orang telefon sana sini. Mungkin mereka sedang menghabiskan masa-masa indah bersama keluarga dan pasangan masing-masing. Tak macam saya. Hidup saya, saya cuma fikirkan tentang kerja, kerja, kerja, diri saya dan Chiko kesayangan. Mengubat rindu pada keluarga, saya akan call mereka setiap minggu menghabiskan masa berjam-jam bercakap dengan mami atau mama. OK, sebenarnya, saya rasa ada privasi di sini walaupun saya tahu, orang-orang yang tak suka saya pun ada baca blog ni. Mungkin dia orang rasa saya tak tahu kehadiran mereka di sini. Tapi saya tahu, amat tahu siapa yang baca blog ni. Selagi mereka tak ganggu saya dan cerita dalam blog ni yang keluar saya masih boleh tahan, saya tahankan je. Lantaklah nak cakap apapun. Tapi esok, bila saya dah tak tahan, saya akan buat password untuk masuk ke blog ni. Ni blog saya, suka hati sayalah nak tulis apa. Saya memang buat blog ni untuk bercerita tentang apa yang saya lalui, apa saya rasa dan pastinya blog ni akan diwarna-warnikan dengan kesedihan dan kegembiraan saya. Kalau tak suka, tak perlulah baca andainya dengan membaca blog ni akan buat korang tambah dosa korang dan bagi pahala kat saya, buat apa baca. Korang pun tak dapat apa kan? Buat sakit hati korang je kan? Baru kejap ni, saya update status FB. Hmmm... Susah jugak kalau ramai yang membaca dan memerhatikan kita di FB hahahaha... Kau ingat, kau tu artis??? Tapi itulah yang terjadi pada saya. Kalau saya update something yang rasa macam nak berkongsi tapi dilihat seperti membahayakan saya, pasti ada je yang call or PM saya bagi tahu yang status saya tu bahaya. Tak apalah. Mereka menasihati benda yang baik. So, memang salah saya, saya terima dan ubah status tu. Tinta, tu tandanya, ada orang yang ambil berat tentang Tinta. Bersyukurlah. Ya, sangat bersyukur dan rasa seperti sentiasa dijaga. Baru kejap ni, En. Mahathir call. Saya tahu, dia sekadar berbasa-basi dengan saya pada awal panggilannya dengan beritahu saya tak sempat nak datang hantar first aid dan bagi duit kat Ato dan saya tahu, dia pun teragak-agak nak tegur status saya tu. Tak apa, selagi ianya membawa kebaikan kepada saya, saya akan terima. Kalau suatu hari nanti orang bagi teguran yang saya tak sukapun, saya akan terima. Kalau nasihatnya betul. Hahaha... Dia siap cakap En. Nizam yang suruh sampaikan pada saya. Tak apalah, kalau dua-dua cakap pun tak apa. Saya faham, status saya tu bahaya. Takkanlah saya nak marah pulak bila orang tegur. Sama je macam ada orang pernah tegur tulisan saya di blog ni. Saya OK je. Dan saya terima sebab apa yang dia cakap tu betul. Saya ni memang garang dan tegas tapi... Saya mempunyai sekeping hati yang lembut dan manja. Hanya orang-orang yang rapat dengan saya je yang tahu. Okaylah, dah lewat ni. Saya nak balik rumah dulu. Nak tinggalkan pejabat ni. Harap korang akan terus baca blog saya walaupun tak selalu saya update. Sejak kebelakangan ni saya sangat sibuk. Ada beberapa event besar saya kena handle dan saya jaga dua bahagian sekarang ni dan selalu buat kerja luar, tak ada kat pejabat. Balik rumah je penat. Nak tidur. Tu yang jarang update blog. Salam sayang to all readers yang sudi baca blog saya ni.