Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Diari Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Diari Hatiku. Show all posts
Tuesday, December 11, 2018
Saya Harus Bagaimana?
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Pernah tak sesiapa cakap dengan korang, kita kena berkomunikasi untuk melestarikan sesuatu persahabatan, ikatan, hubungan dan yang seangkatan dengannya?
Tapi... Kadang-kadang susah untuk kita bercakap tentang apa yang kita rasa. Sebab bukan semua orang yang cakap macam tu, terbuka untuk terima apa yang kita cakap apabila tiba waktunya. Tak cakap, kita yang terasa. Bila cakap, kita jugak yang salah atau mungkin kita dimarahi. Ataupun, kita dianggap pembuat orang serabut. Habis, saya harus bagaimana? Kalau dah macam ni... Nampaknya saya perlu diam dan terima jelah apa yang orang buat kat saya. Selagi boleh sabar, sabar. Bila dah tak boleh nanti, kita jauhkan diri jelah untuk mengelakkan pergaduhan. Salah kot bila kita cakap apa yang kita rasa.
Monday, November 12, 2018
Boleh Tak Kalau Tak Nak?
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari pertama masuk kerja dah kena pergi walkabout Brickfields. Ditakdirkan hujan lebat. Habis semua lencun.
Kebetulan balik dari walkabout ada orang call. Offer nak hantar balik bila tahu saya lencun.
Hadoi, hati ni entah kenapa semacam je. Rasa tak nak.
Tapi Nampak dia macam berkecil hati.
Rasa tak best buat orang berkecil hati.
So macam mana?
Nak tak nak, saya terima pelawaan tu.
Janji 6.15 dia datang jemput saya kat office.
Saya kalau boleh tak nak berduaan dengan dia.
Tak nak susahkan dia.
Tak nak delay dia balik.
Lagipun setahu saya dia tak drive balik. Tinggal kereta kat office then naik moto balik.
Tapi kenapa pulak hari ni nak hantar saya?
Kan kena drive tu?
Hati rasa semacam menunggu waktu jam 6.15.
Jantung rasa laju je bila tengok jarum jam melepasi angka 6.
Boleh tak kalau saya tarik balik cakap tak jadi?
Saya tak tahu kenapa perasaan ni macam ni petang ni.
Saya takut.
Tapi takut apa?
Dia bukan jahat setakat yang saya kenal.
Yang penting hati saya tak enak.
Semoga tiada apa yang kurang baik berlaku.
Doakan saya ya.
Saya kena bersiap sekarang dah 6.05.
Dia ni tak takut jam ke nak hantar saya balik ha?
Tak nak ke call or whatsapp cakap tak jadi?
Hailah, dah kenapa dengan aku ni?
Tebiat ke apa?
Jangan mengada boleh tak?
Masa, tolong berhenti kat sini je boleh untuk hari ni?
Rasa tak nak lalui detik 6.15 tu.
Jarum ni degil, nak jugak berpusing.
Boleh tak faham apa yang saya rasa?
Boleh tolong tamatkan hari ni setakat ni je tak?
Sunday, September 2, 2018
Malam-malam Terlewati
Aku masih lagi seperti malam-malam sudah.
Sendirian di kamar ini meniti kesepian.
Aku masih lagi aku yang dulu.
Sendiri tatkala suka dan duka.
Aku masih lagi di sini.
Tiada apa yang bedanya dengan aku yang dulu.
Tuhan,
Aku mohon,
Hapuskanlah kesunyian ini agar aku bisa tenang dan bahagia.
Sunday, August 26, 2018
Assalammualaikum Jodoh
Assalammualaikum awak.
Saya doakan awak sentiasa dalam jagaan Allah dan baik-baik selalu.
Entah kenapa, hari ni saya rasa terlalu rindukan awak. Mungkin kerana novel-novel cinta yang saya baca menyeru rindu ini bertandang. Namun, saya tak tahu ke mana rindu ini harus dilayarkan kerana saya tak tahu awak siapa dan di mana keberadaan awak. Lalu, saya pendamkan rindu ini sampai ketikanya kita ditakdirkan bertemu.
Agak-agaknya, awak rindukan saya tak? Agak-agaknya rindu ni turut menyerang awak tak? Jauhnya perjalanan awak untuk bertemu saya. Awak kat mana sebenarnya? Awak tak kesiankan saya ke? Saya tak ada teman untuk berbicara, untuk meluahkan apa yang saya rasa, untuk berkongsi suka dan duka. Tak apalah. Saya akan terus tunggu awak. Saya yakin, awak mesti dalam perjalanan untuk bertemu saya. Cuma kita sama-sama dirahsiakan tempat dan waktu pertemuan kita. Sementara tunggu awak datang, saya jalani dulu kehidupan saya. Nanti, awak datanglah. Datanglah sebagai seorang yang bertanggungjawab, baik akhlaknya, pemimpin yang berwibawa, yang kaya dengan cinta dan kasih sayang. Saya tunggu awak tau.
Okay lah, saya nak solat, nanti saya tulis lagi. Nanti bila jumpa, saya akan bagi awak baca semua ni.
Wednesday, May 16, 2018
Pernah Tak?
Pernah tak korang rasa, korang macam tak diingat?
Saya tahu budi saya tak banyak.
Saya tahu, sumbangan saya tak ada.
So memang patut kalau orang tak ingat saya.
So lepas ni, saya takkan whatsapp atau telefon orang dulu. Bimbang nanti menggangu orang. Takut nanti hati ini yang terasa bila call tak berjawab, atau call engage.
Saya bukan tak faham orang busy, tapi bila kita call dan whatsapp tak berbalas, kita rasa kita je yang terhegeh-hegeh nak bercakap dengan orang. Sedangkan orang tak kisahpun bila kita tak ada.
Saya dah selalu rasa macam ni.
So kali ni, biarlah saya jaga hati saya supaya saya tak sedih.
Kalau orang rasa dia ingat saya, dia whatsapp la.
Kalau orang rasa dia ingat kat saya, dia call la.
Tuhan je yang tahu hati saya, perasaan saya dan apa yang saya rasa.
Dahlah Tinta, jangan sedih. Jangan nangis. Sebab belum tentu orang fikirkan kita.
Thursday, January 18, 2018
Pesan Buat Bakal Jodoh
Assalammualaikum awak,
Saya tak tahu awak di mana.
Saya tak tahu siapa awak.
Saya tak tahu segala tentang awak.
Saya tak tahu adakah awak jauh dari saya
Atau sebenarnya awak dekat dengan saya.
Saya tak tahu sama ada kita tidak mengenali sesama kita
Atau kita sememangnya kenal rapat.
Namun,
Ketahuilah bahawa hati ini pernah mengalami musim lara yang panjang.
Dan saya mengharapkan kehadiran awak nanti akan membawa musim bunga yang beraneka dalam hidup saya walaupun sesekali musim luruh menjengah kita.
Ketahuilah, awak sentiasa dalam doa saya.
Saya tidak mendambarkan awak sesoleh Muhammad kerana saya bukan salehah seperti Khadijah.
Saya tidak dambarkan awak setampan Yusof kerana saya bukan secantik Zulaikha.
Saya tidak dambarkan awak sekaya Sulaiman kerana saya tidak sehebat Balqis.
Cuma harapan saya pada awak,
Bersamalah kita membina cinta dan bahagia dalam agama Allah.
Saya tak kisah siapapun awak, sejarah silam awak kerana manusia itu dibekalkan dengan segala kekurangan. Semua manusia mempunyai sejarah silamnya sendiri. Siapalah saya yang mahu menghukum awak di masa lalu sedangkan saya tidak sesuci Rabiatul Adawiah.
dari manapun awak tidak saya titikberatkan.
Yang penting, awak ikhlas terima segala kekurangan dan kelemahan saya.
Awak,
Selagi waktu berjalan,
Selagi Bumi beredar
Dan nafas masih saya hela,
Saya nantikan awak di sini.
Jagalah diri awak kerana saya akan cuba sebaiknya menjaga diri saya untuk awak.
Bersiap sedialah untuk menjadi imam sekurang-kurangnya untuk saya dan zuriat kita
Dan saya juga akan mempersiapkan diri saya untuk menjadi makmum awak.
Jika hari ini awak belum lagi mampu menjadi imam,
Belajarlah untuk menjadi imam.
Kerana pada awaklah nanti segala tanggungan dipersoalkan.
Saya harap awak setia menanti dan mencari saya
Sebagaimana saya juga sentiasa menanti kehadiran awak dalam hidup ini.
Andai kata bukan di sini tempat kita bertemu, Jannah jua saya mohon untuk kita disatukan.
Sekian untuk kali ini.
Saya akan terus mencoretkan isi hati saya buat awak di masa-masa akan datang.
Saya nak balik. Harap awak doakan keselamatan saya sebagaimana saya selalu mendoakan awak.
Daripada
Saya yang menanti.
Sunday, December 31, 2017
Coretan Malam Akhir
Assalammualaikum... Salam sejahtera semua,
Malam akhir di kampung membuatkan perasaan saya bercampur-baur. Sedih, pilu dan sayu bersilih ganti mengambil tempat dalam hati ini.
Saya duduk di set sofa L, ruang tamu. Tempat kesukaan abah. Setiap malam kami pasti duduk di sini bersama. Makan, minum, berbual-bual, dengar abah mengaji, dengar ceramah agama di Youtube, abah bacakan buku atau surat khabar, tengok barang di Lazada dan 11 Street dan kadang-kadang kami sama-sama terlelap. Abah di bahagian sana, saya di bahagian sini. Tapi malam ni... Abah tak ada. Saya keseorangan di sofa Empuk kesukaan abah bersama bantal-bantal sofa yang lembut.
Sedang buat apa agaknya abah di wad? Sudah tidurkah abah? Abah ingat along tak?
Saya sedih sebab tak dapat habiskan malam akhir ini bersama abah.
Kesedihan pasti menghurung hati saya tiap hari terakhir saya di kampong. Perasaan yang saya rasakan waktu kecil tatkala mahu berpisah dengan abah masih saya rasa dan ianya tak pernah berubah.
Abah, kenapa takdir kita begini? Saya butuhkan waktu bersama abah. Tapi Allah uji agar kita sering berjauhan. Pasti ada sebabkan abah?
Saya tak tahu kenapa perasaan saya amat sensitive apabila membicarakan tentang perpisahan.
Dan esok... Buat ke sekian kalinya saya akan melalui perpisahan itu.
Tapi esok... Bukan abah yang akan hantar saya ke lapangan terbang. Saya sedih.
Mama suruh saya balik ke KL sebab katanya abah OK cuma darah dan gula belum stabil. Abah pun suruh saya balik. Mereka tak mahu saya tinggalkan pejabat lama-lama. Mereka mahu saya jadi seperti mereka yang memberikan komitmen tinggi dan berdisiplin dalam kerjaya mereka.
Abah, along sayang abah. Abah cepat sembuh tau. Rajin-rajin makan ubat. Nanti along balik lagi dan along tak nak abah masuk wad lagi.
Salam sayang buat abah.
Selamat malam semua, saya tidur dulu. Esok jam 6.30 pagi saya dah kena bertolak ke airport untuk penerbangan 9.20 pagi ke Kuala Lumpur.
Friday, December 29, 2017
Bikin Kepala Pusing
Saya muncul lagi! Hahahaha...
Rasa bosan. Nak sambung tulis novel tak ada mood.
Sebenarnya, I need somebody to talk. Tapi tak ada siapa boleh layan saya bercakap rasanya. So, saya sembang dengan korang je la walau pun saya je yang membebel. Hehehe...
Nampak tak? Tajuk pun dah terpengaruh dengan Ustaz Hanan Attaki susunan bahasanya. Tambah deh kat belakang terus jadi Indonesian kan?
Korang pernah tak rasa, korang nak kawan je dengan seseorang tu tapi dia meminta lebih?
Lepas tu bila kita terangkan baik-baik dia tak boleh terima.
Saya bukan jenis yang suka bagi harapan kat orang. Kalau saya rasa dia lain macam, saya akan Tanya. Kalau didapati perasaannya dah ke lain, saya akan cakap yang saya anggap dia kawan. Saya takkan biar bertahun. Berbulan pun tidak. Kalau saya rasa pelik, dan saya rasa saya tak boleh. saya akan cakap. Supaya saya tak sakitkan hati dia setelah dia pergi jauh dengan perasaannya.
Yang jadi masalah ni bila dia orang tetap mengejar saya sampai saya rimas dibuatnya.
Tak layan call, whatsapp, tak whatsapp messenger. Tak layan messenger, komen kat FB.
Ada sesetengah tu macam mendesak pulak. Ya Allah, ujian apakah ini? Yang saya suka tak nak kat saya. Yang saya rasa tak bersedia nak bagi hati, susah nak lepaskan saya.
Saya cerewet?
Mungkin kot. Tapi saya ada sebab. Sebab paling utama nak jaga hati sendiri. Siapa lagi nak jaga hati kita kalau tidak kita? Pengalaman mengajar saya semua ni. Saya harus berfikir waras dan rasional dalam soal ni. Tak boleh ikut hati dan perasaan macam dulu.
Kalau yang datang tu suami orang macam mana?
Kalau yang menghampiri tu terlalu muda bagaimana?
Kalau yang dekat tu tak ada ciri yang saya nak macam mana?
Kalau yang mencuba tu seolah mahu mengambil kesempatan atas saya, takkan saya nak serahkan hati saya?
Nanti sejarah lama berulang lagi.
Sebab tu sekarang ni saya malas nak layan sangat kalau lelaki.
Saya tak nak rapat sangat dengan kaum Adam.
Kadang-kadang saya fikir, lebih baik saya buat tak tahu je kalau rasa macam dia suka saya.
Yang pelik tu, yang kenal saya kat FB pun susah nak lepaskan saya pergi.
Ni lagi parah. Belum kenal, belum jumpa dah ajak ke peringkat seterusnya. Betul ke tak betul ni?
Korang ni janganlah main sebarang je. Lepas tu rasa tak sesuai korang belah gitu je.
Maaflah, saya dah penat. Saya dah serik. Saya letih dengan semua ni.
Saya dah tua kot walaupun tak adalah tua mana. Tapi ni bukan masanya saya nak main-main macam dulu. Nak bercinta bertahun. Kecewa bertahun.
Saya cari suami. Bukan boy friend.
Saya perlukan imam dan pemimpin saya. Bukan teman istimewa.
Kalau saya tiada jodoh di dunia ni, biarlah saya tidak dilukai dan dipermain lagi. Saya penat dah dengan semua tu.
Bagilah saya rasa kebahagiaan dengan cara saya andai korang tak mampu membahagiakan saya.
Sunday, December 24, 2017
Perasaan Yang Tak Terluah
Assalammualaikum readers, dan selamat sejahtera kepada yang non muslim...
Saya menulis dari Kg Keroh Baru Jajahan Kuala Kerai yang dingin lagi permai ini hahahaha...
Saya kurang sihat. Itu yang FB dan blog tak ber 'update'. Tak ada mood.
Sebenarnya banyak benda yang saya nak cerita. Memandangkan blog ni ada jugak dimasuki oleh makhluk asing yang suka mengata saya, so better I'm not write something yang saya rasa terlalu peribadi kat sini. Tujuan saya nak luahkan perasaan nanti karang ada pulak yang duduk berkumpul dan pembaca membacakan entri tu untuk gang dia. Lepas tu buat 'conference' berdasarkan persepsi sendiri yang bukan-bukan tanpa tahu hal sebenar. Lepas tu cerita pun tersebar. So, saya putuskan untuk tulis hal-hal tersebut kat blog rahsia saya. Biar tak ada orang baca. Kalau adapun, orang-orang yang tak kenal saya. Atau orang tertentu yang tahu blog tu.
OK.
The end.
Wednesday, December 6, 2017
Strong Personality
Assalammualaikum readers,
I'm in the office. Malas balik, panas! Kak Sariha ajak balik, saya cakap tak nak. Panas! Kak Sariha kata diva sangat! Hahahaha....
Pagi tadi, saya rasa malas nak bangun. So, sayapun ambil IPhone. Nak tengok kot-kot ada komen Facebook or whatsapp dari sesiapa. Biasalah, handset saya ni orang boleh whatsapp bila-bila masa je. Public la katakana.
So saya tengok ada personal Whatsapp dari Australia.
Pengirim tu copy saya punya status whatsapp:
'Aku maafkan. Namun luka yang kau guris, tak mungkin aku lupakan. Maka aku, bukan lagi yang kau kenal dulu,' Whatsapp dihantar pada jam 12.13 pagi.
Diikuti tanda bagus.
'Saya pasti Tinta boleh move on,'
'Dia bukan jodoh untuk awak'
Terus bugar mata saya demi membacakan whatsapp tersebut.
Pengirim kata dia tahu yang hal tu dah setahun lebih berlalu dan disebabkan itu jugalah saya hilang dari FB.
Aik, macam mana dia tahu?
Katanya, 'sbb saya memang tahu tentang awak'
'Kerana Tinta sangat popular'
Boleh pulak gitu eh? No, no, no. Saya bukan retis yang semua orang boleh tahu. Setahu saya, dia tak tahu tentang blog saya ni.
Tak tahulah kalau dia tahu dari orang lain.
Kami berbalas whatsapp buat seketika.
'Please no, you should fine someone better' Antara nasihatnya.
Sebagai kawan, dia menasihati saya dan nasihat ini adalah nasihat kedua yang saya terima dari seorang kawan.
'Tinta ada personaliti yang strong. So, tak semua orang sesuai dengan Tinta. Mungkin ada orang akan try. Tapi... Try to avoid dari bagi harapan kat semua orang. Personaliti you strong, so, you should fine someone yang boleh faham. Yang sama strong, yang boleh pimpin you'
Pulak dah. Apa ke strongnya personality saya ni?
Saya tak tahulah.
Malas fikir.
Lagipun, siapa saya nak memilih?
Ya Allah, hanya Kau yang Maha Tahu, siapa yang terbaik untuk saya. Maka saya serahkan segalanya kepadaMu.
Readers, mohon doakan agar saya dipertemukan dengan lelaki yang baik dan sesuai dengan saya.
Thursday, November 30, 2017
Manusia Ni Pelik
Assalammualaikum readers,
Best kan, esok cuti?
Walaupun saya dah tak melepak macam dulu, tapi setiap kali cuti, mesti perasaan happy tu semacam je.
Hmmm...
Perangai manusia ni pelikkan?
Sekarang ni, saya rasa trauma dah nak baik-baik sangat dengan orang. Takut orang tak suka. Kalau takat tak suka tu lumrahlahkan? Tapi saya takut kalau jatuh pada benci. Susahkan?
Kadang-kadang manusia ni baik depan belakang tidak.
Kadang-kadang manusia ni kawan sendiripun boleh benci dan difitnahnya.
So now, I prefer to be alone. Biarlah orang suka ke, tak ke, lantaklah. Yang penting saya tak susahkan orang sangat dah. Sebab, saya selalu sorang.
Dalam kita menyepi dan buat hal kitapun, orang tak suka jugak.
Pelikkan?
Ada orang cakap, saya ni tak bercampur dengan orang.
Yang best tu, kawan saya jawab, "Baguslah. Tak banyak dosa,"
Tak fahamlah dengan manusia ni. Bila kita buat hal sendiripun, dia orang masih nak mengata.
Takkan bila saya berkawan dengan sesiapa saya nak canang serata alam saya ada kawan?
Habis tu, nak suruh saya bercampur dengan dia?
Kalau dah asyik mengata saya kat belakang, perlu lagi ke saya bercampur dengan dia?
Saya tak suka orang berpura-pura ni.
Macamlah saya tak tahu korang suka mengata saya. Macamlah saya tak tahu korang anggap saya bukan-bukan.
So bila kita tahu macam tu, ingat kita nak ke lagi berkawan dengan orang macam tu? Setakat mengata sikit-sikit tu, fahamlah nak luah perasaan. Maklumlah kitakan manusia. Ada jelah yang tak kenanya. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Ni kalau mengata lepas tu menimbulkan rasa kebencian kat saya, buat apa saya nak bercampur dengan orang macam tu? Kalau korang, korang nak ke kawan dengan orang yang mengata korang? Baik depan belakang mengata, buat apa?
Monday, November 27, 2017
You Yang Pernah Hadir Di Sini
Assalammualaikum readers,
Malam ini saya ingin menulis. Menulis dari hati yang sedih.
Kadang-kadang, saya terfikir, apakah Allah ciptakan saya untuk mencintai seseorang dari hati yang dalam kemudian, saya terpaksa lepaskannya untuk kebahagiaan orang lain?
Kadang-kadang saya tertanya sendiri, apakah saya tidak layak untuk dicintai sehingga lelaki yang saya cintai pergi meninggalkan saya?
Kadang-kadang hati terdetik, apakah cinta saya, kasih sayang saya dan diri saya tidak berharga sampai orang yang saya cintai tidak mampu melihat keistimewaan saya?
Atau sememangnya saya diciptakan tanpa keistimewaan yang mampu menambat hati orang yang ikhlas?
Untuk you,
Biarpun seketika kehadiran you di sini, you tetap istimewa dalam hati I.
You yang akhirnya I harap mampu mengubati kelukaan itu rupa-rupanya lada yang you pipiskan.
You,
Walaupun tidak sesukar dia untuk I lupakan you, namun I tetap tersiksa dengan apa yang berlaku.
You,
Biarlah I kutip semua kasih, sayang, cinta dan rindu ini semula. Biar I simpannya kembali sampai saat pemilik tulang rusuk ini datang mencari. Dan masa tu I akan berikan padanya.
You,
Maafkan I. I tak mampu lagi untuk menjadi teman you setelah apa yang berlaku. Bukan hari you untuk I lupakan you, makan bulan.
Dan hari ini, Allah uji I lagi dengan menemukan kita tanpa sengaja. Dan luka ini berdarah kembali. Hati ini kembali terusik.
Salah I kan you? Sebab berputiknya rasa itu terhadap you.
Ya Allah,
Aku yakin, pasti ada sebab dan hikmah mengapa Kau temukan aku dengannya hari ni.
Jam 5 petang tadi, saya bersama Kak Sha dan Kak Sariha keluar tepat jam tamat pejabat.
Sampai separuh jalan, Kak Sha terpaksa berpatah balik ke pejabat kerana lauk yang dibelinya tertinggal. Saya bersama Kak Sariha meneruskan perjalanan pulang. Usai mengeluarkan wang di mesin ATM, masing-masing berpecah di bahagian dalam stesen LRT untuk ke destinasi masing-masing.
Saat menaiki escalator, sebuah LRT telahpun tersedia di platform. Saya malas mahu mengejarnya seperti selalu. Lalu saya biarkan ia lepas.
LRT seterusnya tiba lalu saya menyusup masuk ke dalam. Selepas Stesen Bangsar, seseorang memberi saya duduk.
You: Tinta, awal balik hari ni?
Saya tak perasan siapa dia. Sambil duduk saya menjawab.
Saya: Tak ada kerja, baliklah.
Sedang hati tertanya, siapakah dia? Tak mungkin Andy, Andy kan selalu naik kereta atau motor. Tapi suara... Bukan macam Andy. Mustahil you, you kan drive.
You: Turun mana?
Saya: Ara Damansara.
Hati berdebar. Muka terasa berubah. Takkan you? Saya mengharapkan agar lelaki itu bukan you.
You: Kenal tak siapa ni?
Otak berputar ligat. Saya nak jawab apa? Ah, jujur jelah.
Saya: Tak kenal.
You: You la (sebut nama sebenar).Sekarang I naik LRT. I tak drive dah.
Muka saya berubah. Keruh wajah yang bertandang cuba saya sembunyikan sebaiknya. Saya tak mahu kelihatan lemah pada matanya.
Saya terus membuka beg dan mencari earphone dan handset. Saya sibukkan diri dengan handset. Kebetulan saya ada something yang nak confirm dengan En. Mahathir. Lalu saya call dia. Tak jawab pulak En. Mahathir ni saat orang perlukan dia. Beberapa detik kemudian, En. Mahathir call dan kami pun bersembang. Saya tak tahu you turun di stesen mana.
Biarlah. Saya dah penat ambil tahu dan ambil berat fasal orang. Bukan orang hargai pun. Mujurlah sifat ingin tahu saya tidak begitu tinggi. Sebenarnya nak tahu jugak kenapa dah tak drive dan naik train pulak? Tapi malas. Nanti dia kata saya masih ambil berat tentang dia meskipun dia dah lukakan hati saya. So nanti dia rasa lega. Sakitkan hati saya, rasa bersalah. Lepas tu saya OK je. Minta maaflah saya bukan macam tu. Memaafkan tu ya. Melupakan apa yang telah dilakukan seseorang dalam hidup saya tidak. Lebih-lebih lagi bila melibatkan soal hati dan perasaan.
Saya dah terlalu letih untuk jaga hati orang dan lukakan hati sendiri. So sekarang, biar saya utamakan hati sendiri dulu.
Terserahlah you apa anggapan you pada I. Itu sekadar anggapan, betulnya belum tentu. You nak fikir I apa, fikirlah. Karang cakap banyak-banyak, you yang tak tahan dengan mulut pedas I nanti. Ada je benda kalau I nak bagi panas. Banyak je benda yang I boleh sindir you.
Monday, October 16, 2017
Hari Lahir Yang Pilu
Saya tak tahu kenapa, bila tiba je hari lahir saya, saya rasa macam hari tu sangat berharga. Saya akan pakai baju yang cantik, akan berhias dan akan tersenyum sepanjang hari.
Tapi... Hari lahir kali ni, saya teringat akan dia. Dia yang pernah membahagiakan saya pada setiap hari lahir saya sejak dia mengenali saya. Ingat lagikah dia pada hari lahir saya ni? Atau... Dia terus melupakan segala-galanya tentang saya? Oh, saya tahu dia takkan ingat birthday saya sebab, saya dah block dia kat FB. Dia mana ingat tarikh-tarikh penting ni. Selama ni dia ingatpun sebab FB yang remind dia. Tak apalah. Biarlah dia.
Dan saya tahu, you pun takkan ingat birthday saya.
Biarlah, biarlah mereka semua pergi dengan kebahagiaan masing-masing. Sedang saya masih di sini, menanti bahagia yang Allah janjikan buat saya.
Terharu bila ada kawan-kawan yang ingat dan wish birthday saya tepat jam 12.00 malam ni.
Terima kasih ya sahabat. Saya sangat menghargainya. Kalian buat saya rasa bahagia walaupun tanpa insan tersayang di sisi.
Friday, July 28, 2017
Masih Belum Mampu Tersenyum
Assalammualaikum semua...
Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya yang tak seberapanya ni.
Dah lama saya tak update blog ni.
Kalau saya menyepi di media social tu, bermakna ada sesuatu yang berlaku dan membuatkan saya tak bersemangat dalam menjalani hari saya.
Saya pun tak tahu kenapa, setelah kejadian setahun lalu, saya jadi tak semangat bila ada sesuatu berlaku selepas tu. Maksud saya tak bersemangat nak menulis di media social.
Baru-baru ni, ada sesuatu menimpa. Tapi saya tak rasa nak kongsikan di sini sebab saya tahu, ada orang-orang tertentu yang tidak mahu saya kongsikan soal peribadi saya baca blog ni.
Kalau kita bercerita lepas tu ada yang bercerita di belakang dengan nada atau reaksi yang kurang baik, pastinya kita tak selesakan?
Jadi, biarlah saya simpan dulu hal ni selagi saya mampu. Nak tulis kat blog satu lagi, saya belum ada mood nak tulis kejadian yang baru ni.
Tapi saya memang tak mampu untuk tersenyum dari hati sampai ke detik ini.
Sekadar memaniskan muka agar tidak dilihat masam bolehlah.
Ya Allah, berilah saya khabar gembira agar dapat saya senyum dari hati ini.
Buat masa ni, saya sekadar boleh senyum untuk menyedapkan hati orang memandang atau berbual dengan saya.
Saat-saat macam ni, rasa nak mengajar di Air Asia dari pagi sampai petang dan setiap hari. Supaya hati lara ini dapat dihiburkan oleh gelagat cabin crew dan guess service staff kat sana.
Monday, July 3, 2017
Kawan-kawan Sekolah
Assalammualaikum readers,
Hari ni, pejabat saya ceria sikit sebab ramai yang dah bekerja. Tapi ada jugak yang masih bercuti. Orang Pantai Timur. Mungkin nak elak jam kot. Kalau saya naik keretapun, saya akan balik KL lepas semua orang dah balik. Barulah lancer perjalanan.
Baru-baru ni, saya tampil di kaca televisyen bersama Siti Nurhaliza. Oooo... Saya belum cerita tentang hal tu kan?
Dari siaran tu, kawan-kawan masa sekolah menengah dulu, kawan-kawan Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) atau lebih dikenali sebagai English College (EC), sorang demi sorang menjejaki saya di Facebook. Khairy Misry kawan baik saya sejak form one dah lama jadi friend saya. Begitu jugak Nazry Hisham. Mat Noh, Hosni, Nazarul dan lain-lain baru je jumpa di FB. Sekurang-kurangnya mereka tak lupakan saya. Ada yang cakap dia pernah cari saya sebelum ni tapi tak jumpa. Kalau dalam masa setahun kebelakangan ni memang tak jumpalah. Sayakan deactivate akaun FB saya.
Waaahhh... Seronok tengok kejayaan kawan-kawan. Kebanyakan mereka memang kerja bagus-bagus. Budak EC, biasalah. Kenapa semua lelaki? Sebab sekolah tu memang sekolah lelaki. Kawan-kawan masa masuk form 6 kejap dulu adalah yang perempuan dan mereka pun baru add saya di FB.
Tapiii... Hati saya rasa tersentuh jugak bila tengok kehidupan dia orang. Yelah, umur baya saya majoritinya dah kahwin, ada isteri, ada anak. Ada yang dah dua tiga anak. Bila tengok dia orang, terasa macam dah tua. Tapi saya masih saya yang dulu. Masih tak ada apa-apa perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Saya masih Tinta yang di bangku sekolah. Hidup sorang-sorang, bujang, tak ada teman hidup, tak ada anak-anak. At least, dia orang ada penghibur dikala sunyi. Ada teman untuk berkongsi susah senang. Sedangkan saya? Saya hanya ada Chiko. Bercinta asyik gagal je. Apatah lagi untuk kahwin dann ada anak. Jauhlah kan.
Tak apalah Tinta. Ni semua ujian Allah. Bersabarlah dengan dugaanNya. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Dan pasti Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik. Yakinlah. Allah takkan pernah mempersia-siakan hambaNya.
Ya Allah, bantulah saya. Berikanlah saya berita-berita gembira. Berikanlah perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Temukanlah saya dengan orang yang benar-benar ikhlas menerima apa adanya saya. Saya mempunyai selautan cinta, seladang sayang, sebening kasih dan sehangat rindu untuk dipersembahkan tetapi pada siapa masih menjadi misteri.
Thursday, June 29, 2017
Mengapa Rindu?
Ya Allah,
Kenapa hati ini rindu? Kenapa hari ni rindu ni mengamuk?
Siapa dia dalam hati saya? Kenapa Ya Allah? Kenapa saya rindu dia?
Dia OK ke tak?
Kenapa? Kenapa saya rindukannya?
Rasa tak tertahan rindu ni hari ni.
Ya Allah,
Tolonglah hambaMu ini.
Jika dia sememangnya Kau takdirkan buatku, maka Engkau permudahkanlah jalan cerita ini.
Amin...
Friday, June 23, 2017
Pulang Ke Kampung
Alhamdulillah, you dah selamat sampai ke kampungnya. Kampung pun tak berapa nak kampunglah kalau dah balik bandaraya jugak hehehe...
You bila driving suka hantar kat I voice whatsapp. Tapi hari ni, rasa macam tak selesa nak balas dengan voice sebab ada orang dekat I.
Hehehe tapi you tu, depan adik you pun you boleh record voice. Depan kawan pun sama, selamba je record your voice and hantar kat I. Apalah agaknya adik dan kawan you fikir.
Pernah sekali I call, you driving dengan sister, I cakap, I tak nak ganggu dan nak matikan talian. Tapi you tak bagi, you suruh cakap je. I rasa tak sedap sebab ada adik you. Kesian dia tak ada orang layan. Tapi masa tengah cakap tu, adik you pun cakap sekali dari belakang.
Dan masa you hantar I balik, adik you call Tanya kat mana?
I ingat you nak jawab, kat luar or dengan kawan.
Tapi tak. You cakap, kat bawah rumah Tinta.
You ni ada masanya sukar nak diramal.
Tapi bila you stress dan busy, I pun jadi stress sebab tak faham you.
You tu kalau apa-apa, suka diam dan tak nak cerita kat I.
Bila you OK, then you text me.
Tapi I bukan nak kawan you masa you senang je. Masa susah pun sama.
Kenal pun tak sampai setahun, mungkin sebab tulah kita belum faham sesama sendiri.
Alhamdulillah, akhir-akhir ni you macam faham sikit I macam mana. Harapnya keadaan jadi makin baik. Moga Allah permudahkan segalanya.
Siapa you?
Setakat ni kami kawan tapi selalu contact.
Mohon korang doakan yang terbaik buat kami.
Friday, May 12, 2017
Maafkan I
You,
I minta maaf sebab selalu berprasangka buruk pada you. Mungkin you tak tahu, tapi kadang-kadang I rasa bersalah berperasaan begini pada you. I tak tahu kenapa you. Mungkin kerana pengalaman lepas. Tambah pulak, I tak kenal you sangat. I tak tahu sikap you, perangai you dan untuk apa you datang dalam hidup I.
I pun tak faham dengan diri I. Adakah kerana kenangan silam membuatkan I takut dengan semua orang yang baru I kenal?
Terima kasih you sebab masih lagi sabar melayan kerenah I walaupun kadang-kadang you bengang dengan I. Yang pastinya, setiap kali I berprasangka bukan-bukan kat you, I mesti jadi tak tenang, jadi sedih dan resah. Kenapa ya you?
Terima kasih you, dalam bengang pun you still can explain me something yang buat I rasa OK.
Kadang-kadang I rasa you mula faham dengan sikap I. Bila you rasa I bengang mesti you main-main atau buat lawak.
You,
Terima kasih sebab jadi kawan I. Terima kasih sebab selalu teman I kat Whatsapp walau pun you sibuk. Terima kasih sebab menjadi salah sorang yang ada dengan I waktu I susah. I mohon supaya Allah atur yang terbaik buat semua ni. Insya-Allah.
Sudah Terlambat
Assalammualaikum readers,
Hari ni saya rasa tak ada semangat. Rasa sedih. Rasa sayu. Tambah dengan senggugut.
Tadi dia call. Nak ajak makan.
Sebenarnya saya malas nak terlibat lagi dalam hidup dia. Bimbang perasaan yang dah mati ni hidup balik. Dia kan suami orang.
Akhir perbualan, dia cakap, "Saya masih sayangkan awak,"
Cukuplah. Kalau dulu mungkin saya akan terbuai. Tapi sekarang tidak. Perasaan saya dah tak ada buat dia. Saya tak nak lagi dipermainkan. Dan saya balas:
"Kenangan yang lama-lama tu sudahlah. Awak kena terima takdir. Awak tu suami orang. Belajarlah terima orang baru. Orang yang ada dengan awak sekarang,"
"Saya tak boleh."
"Awak kena cuba," Tegas saya.
"Dah cuba. Tapi tak boleh,"
"Memanglah tak boleh kalau awak asyik tak balik je. Cuba layan dia baik-baik. Lama-lama boleh. Cuba layan dia macam awak layan saya,"
"Saya dah cuba. Tapi memang tak boleh. Itu perasaan saya,"
"Itu keputusan yang awak buat dulu. Belajar untuk bertanggungjawab atas keputusan sendiri. Dia isteri awak. Saya faham perasaan perempuan yang mencintai. Jangan sia-siakan dia. Saya dah redah dengan apa yang berlaku. Saya tak pernah kesal," Jawab saya enggan mengalah.
"Keputusan saya tu kesalahan saya."
"Belajar terima takdir Allah. Ada hikmahnya kenapa Allah buat macam ni. Yakinlah, ini yang terbaik buat kita. Kita kawan je,"
"Awak pernah hadir dalam hidup saya dan saya pernah hadir dalam hidup awak. Saya..." Bla... Bla... Bla...
Ya Allah, tolonglah selamatkan saya dari semua ni. Tolonglah Allah, tolonglah jaga hati saya. Jangan izinkan sesiapapun sakitkan hati saya lagi Allah. Saya letih, saya sakit. Cukuplah Allah, jangan uji saya dengan semua ni lagi.
Ya Allah, tak adakah orang yang benar-benar ikhlas untuk saya? Mencintai saya? Kenapa saya mesti lalui benda ni berulang kali?
Saya selalu ikhlas dengan cinta saya, kasih sayang saya terhadap orang. Tapi kenapa tidak orang terhadap saya? Kenapa saya sering dipertemukan dengan orang yang akhirnya mempermainkan saya?
Ya Allah, tolong saya Ya Allah.
Saya perlukan orang untuk bercakap. Kak Timah...
Saturday, April 15, 2017
No Mood
Assalammualaikum semua,
Saya rasa penat. Rasa tak ada mood.
Seharian hari ni saya berbengkel di Putrajaya.
Sekarang, baru je siap nak pergi tandem pulak.
Tapi saya tak ada mood.
Kalau penat badan je tak apa. Mood boleh dicari.
Tapi... Hati dan perasaan saya juga penat.
Ya Allah,
Kenapa Allah? Kenapa perasaan ni macam ni?
Aku tahu, Kau mahu menguji aku.
Tak boleh ke Ya Allah, kalau kali ini Kau izinkan dia juga merinduku?
Boleh ke Ya Allah, kalau kali ini, Kau izinkan kami berkongsi rasa yang sama?
Sampai bila Ya Allah?
Sampai bila Kau mahu menguji aku begini?
Aku tidak menyalahkan Engkau Ya Allah, aku cuma mencari hikmah di sebalik semua ini agar aku mensyukuri segala yang Kau beri padaku.
Bagaimana aku harus berhadapan dengan para sukarelawan sekejap lagi kalau tangis ini menukar air mukaku?
Perlukah aku batalkan niatku untuk bertandem?
Nanti perasaan ini bagaimana?
Subscribe to:
Posts (Atom)