SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, May 17, 2022

Management Yang Lemah Dan Tak Cerdik

Kalau ikut marah dan kesal aku, nak je aku tulis tajuk kat atas dengan Bahasa kasar. Aku memang tak faham dengan orang yang jadi CEO tapi lembap buat kerja. Pada hal, dia hanya perlu buat keputusan dan arahkan je staff buat. Ini, keputusan dah ada, tapi sekeping surat pun tak siap-siap. Perlu ke aku yang bagi kursus cara nak buat surat macam mana? Kalau kelulusan belum ada, masakan orang terlibat telah diberitahu? Orang atasan pun dah maklumkan tentang halt tu kepada orang terlibat. Please la. Sepatutnya dia yang bagi contoh teladan kepada staff supaya kerja dengan cepat dan smart. Tapi, dia yang suka bertangguh. Aku memang dah rasa menyampah dah dengan dia ni. Sejak peristiwa tahun 2020 dulu, memang aku dah tak percaya dan menyampah dengan dia. Kerja dia, asyik membodek orang atas je. Kau nak bodek tu kau punya pasallah. Tapi jangan menyusahkan staff. Jangan sekat-sekat apa yang sepatutnya staff dapat. Ya Allah, bagilah ofis aku ni management tertinggi dan CEO yang ada kredibiliti. Yang jujur dan telus dalam menjalankan tugas. Yang boleh dipercayai, yang tegas dan yang benar-benar ikhlas nak bangunkan ofis ni.

Sunday, April 17, 2022

Kisah Karpet Baryali 2

Aku memang berkenan sangat karpet purple berbulu tu. Tapi kecik. Jenis lain tak ada warna purple. Tak apalah, since karpet dia lawa, kita ambik je dulu. Esok kalau tak nak guna untuk ruang tamu, kita hantar masuk bilik. Hahahahahaha… Tiba-tiba berkenan kat karpet Turki pulak. Corak Taj mahal. Ini bukan karpet berbulu tapi lembut jugak. RM1300? Memang bye bye la kau. Aku beli kalau dapat kurang dari RM500. Dia bagi aku RM500. mulut korang ni kalau bercakap memang manis ek. Dia Tanya boss dia, boss dia bagi RM450. Nak beli warna apa ni? Dalam kami duk berbincang pasal karpet tu nak ambik warna apa, dia turunkan pulak karpet yang dia tayang kat dinding. Yana: Wei, dia turunkan karpet kat dindin dia wei. Lagi lawa. Aku sebenarnya dari tadi lagi dah Nampak karpet tu. Lawa wei, Nampak kayangan sangat. Tapi aku tak berani nak Tanya. Mesti harga beribu tu. Yang dia bawa turun buat apa. Dia ingat kita nak beli mahal-mahal tu? Jurujual: Kakak, ini lagi lawa. Aku: Berapa ribu pulak harga tu? Jurujual: Kakak, tengoklah harga tu. Kata jurujual kepada Yana. Yana: Wei, RM1850 wei. Dian i gila agaknya. Aku ni nak pakai banyak duit ni. Tak adalah aku nak membeli kalau karpet harga seribu lebih buat masa ni. Aku berkata-kata dalam hati. Tapi untuk jaga hati bait u, aku tengok jugaklah karpet tu. Jurujual: Kakak, yang ni lagi padat. Waranti 10 tahun. Nanti saya letak bawah, kakak boleh try pijak. Aku: Eh, tak payah. Saya tak nak. Yana: Wei, memang lawa wei yang ni. Orang kaya-kaya selalu pakai corak dan warna ni. Aku: Masalahnya aku tak kaya nak membelinya. Aku ni rakyat marhin. Jurujual: Kakak, sekarang ada offer 50 percent. 50 percent kau, baru RM925. Memang taklah aku buat masa ni. Kalau kau bagi RM500 aku ambik. Hahahahha rasa mustahillah dia nak bagi harga tu. Jurujual: Harga kakak, RM600. Aku: Tak naklah. Jurujual: Cantik kakak. Aku: Memanglah cantik. Jurujual: Saya lipat ek. Aku: Eh, jangan! Dia ni asyik nak lipat je dari tadi. Orang cakap cantik, dia nak lipat. Cantik tak semestinya jadi Bai. Geram aku. Jurujual: Kakak, ini lagi cantik. Ini corak Arab Klasik. Gold Khan. Kakak tahu Gold Khan? Aku: Tak tahu. Jurujual: Kakak, ramai orang tahu Gold Khan kakak. Ini memang terkenal kakak. Aku: Buatan mana ni? Jurujual: Turki jugak kakak. Tauke Kedai: Tak apalah, kita bagi harga sama kat kakak. RM450. Kakak senang hati, kita pun senang hati. Kakak gembira, kita pun gembira. Amboi, memang korang ni mulut manis kan? Sebab tulah ramai gadis Malaysia ni jatuh hati kat bangsa korang. Kau senang hati sebab nak dapat duit aku kan? Aku ni yang koyak nanti. Dalam hati jelah aku membebel ni. Aku: Lawa mana Yana? Yana: Kalau aku, aku ambik yang ni wei. Aku: Display ek? Yana: Selalunya kalau karpet kat dinding ni, karpet baru sampai. Aku: Aku rambang mata la ni. Aku terus buat video call kat Amjat. Aku: Jat, mana lawa? Yana tolong tunjukkan pilihan karpet tu kat Amjat. Yana: Ni karpet corak Taj Mahal. Amjat: Lagi? Yana: Ni Gold Khan. Amjat: Amboi, kayangan sangat karpet kau Tinta. Yang ni lawa wei, kayangan sangat! Aku: Lantai aku coklat lembut nak ke krim gitu. Amjat: OK je wei kalau yang Gold Khan ni. Aku: Tak sempit ke Nampak rumah aku nanti. Amjat: Taklah. Kalau yang Taj Mahal tu yelah. Dia gelap sikit. OK, kita dapatkan pandangan kedua. Aku call seseorang. Aku: Abang, mana lawa? Dia: Apa tu? Aku: Karpet. Dia: Nak letak kat mana? Aku: Ruang tamu. Yana pun tunjuklah. Ni Taj Mahal. Ni Gold Khan. Dia: Yang ni lawa. OK, undian memihak kepada Gold Khan, so kita ambik Gold Khan la. Gold Khan masih di pejabat sebab tadi dah try nak bawa balik. Tapi rasa macam tak larat nak angkat dari bawah ke atas. Nantilah. Tapi asyik duk teringat kat dia. Nak duduk-duduk dan baring-baring kat atas tu. Aku memang berkenan sangat karpet purple berbulu tu. Tapi kecik. Jenis lain tak ada warna purple. Tak apalah, since karpet dia lawa, kita ambik je dulu. Esok kalau tak nak guna untuk ruang tamu, kita hantar masuk bilik. Hahahahahaha… Tiba-tiba berkenan kat karpet Turki pulak. Corak Taj mahal. Ini bukan karpet berbulu tapi lembut jugak. RM1300? Memang bye bye la kau. Aku beli kalau dapat kurang dari RM500. Dia bagi aku RM500. mulut korang ni kalau bercakap memang manis ek. Dia Tanya boss dia, boss dia bagi RM450. Nak beli warna apa ni? Dalam kami duk berbincang pasal karpet tu nak ambik warna apa, dia turunkan pulak karpet yang dia tayang kat dinding. Yana: Wei, dia turunkan karpet kat dindin dia wei. Lagi lawa. Aku sebenarnya dari tadi lagi dah Nampak karpet tu. Lawa wei, Nampak kayangan sangat. Tapi aku tak berani nak Tanya. Mesti harga beribu tu. Yang dia bawa turun buat apa. Dia ingat kita nak beli mahal-mahal tu? Jurujual: Kakak, ini lagi lawa. Aku: Berapa ribu pulak harga tu? Jurujual: Kakak, tengoklah harga tu. Kata jurujual kepada Yana. Yana: Wei, RM1850 wei. Dian i gila agaknya. Aku ni nak pakai banyak duit ni. Tak adalah aku nak membeli kalau karpet harga seribu lebih buat masa ni. Aku berkata-kata dalam hati. Tapi untuk jaga hati bait u, aku tengok jugaklah karpet tu. Jurujual: Kakak, yang ni lagi padat. Waranti 10 tahun. Nanti saya letak bawah, kakak boleh try pijak. Aku: Eh, tak payah. Saya tak nak. Yana: Wei, memang lawa wei yang ni. Orang kaya-kaya selalu pakai corak dan warna ni. Aku: Masalahnya aku tak kaya nak membelinya. Aku ni rakyat marhin. Jurujual: Kakak, sekarang ada offer 50 percent. 50 percent kau, baru RM925. Memang taklah aku buat masa ni. Kalau kau bagi RM500 aku ambik. Hahahahha rasa mustahillah dia nak bagi harga tu. Jurujual: Harga kakak, RM600. Aku: Tak naklah. Jurujual: Cantik kakak. Aku: Memanglah cantik. Jurujual: Saya lipat ek. Aku: Eh, jangan! Dia ni asyik nak lipat je dari tadi. Orang cakap cantik, dia nak lipat. Cantik tak semestinya jadi Bai. Geram aku. Jurujual: Kakak, ini lagi cantik. Ini corak Arab Klasik. Gold Khan. Kakak tahu Gold Khan? Aku: Tak tahu. Jurujual: Kakak, ramai orang tahu Gold Khan kakak. Ini memang terkenal kakak. Aku: Buatan mana ni? Jurujual: Turki jugak kakak. Tauke Kedai: Tak apalah, kita bagi harga sama kat kakak. RM450. Kakak senang hati, kita pun senang hati. Kakak gembira, kita pun gembira. Amboi, memang korang ni mulut manis kan? Sebab tulah ramai gadis Malaysia ni jatuh hati kat bangsa korang. Kau senang hati sebab nak dapat duit aku kan? Aku ni yang koyak nanti. Dalam hati jelah aku membebel ni. Aku: Lawa mana Yana? Yana: Kalau aku, aku ambik yang ni wei. Aku: Display ek? Yana: Selalunya kalau karpet kat dinding ni, karpet baru sampai. Aku: Aku rambang mata la ni. Aku terus buat video call kat Amjat. Aku: Jat, mana lawa? Yana tolong tunjukkan pilihan karpet tu kat Amjat. Yana: Ni karpet corak Taj Mahal. Amjat: Lagi? Yana: Ni Gold Khan. Amjat: Amboi, kayangan sangat karpet kau Tinta. Yang ni lawa wei, kayangan sangat! Aku: Lantai aku coklat lembut nak ke krim gitu. Amjat: OK je wei kalau yang Gold Khan ni. Aku: Tak sempit ke Nampak rumah aku nanti. Amjat: Taklah. Kalau yang Taj Mahal tu yelah. Dia gelap sikit. OK, kita dapatkan pandangan kedua. Aku call seseorang. Aku: Abang, mana lawa? Dia: Apa tu? Aku: Karpet. Dia: Nak letak kat mana? Aku: Ruang tamu. Yana pun tunjuklah. Ni Taj Mahal. Ni Gold Khan. Dia: Yang ni lawa. OK, undian memihak kepada Gold Khan, so kita ambik Gold Khan la. Gold Khan masih di pejabat sebab tadi dah try nak bawa balik. Tapi rasa macam tak larat nak angkat dari bawah ke atas. Nantilah. Tapi asyik duk teringat kat dia. Nak duduk-duduk dan baring-baring kat atas tu.

Kisah Karpet Baryali

Assalammualaikum korang, Mesti korang dah tidurkan? Yelah, kejap lagi nak bangun sahur. Aku dah tidur dari pukul 6.30 petang tadi. Terjaga pukul 11.00 malam. Itu pun sebab ada kawan call. Almaklumlah, bila cuti ni, tak adalah nak kena solat bagai. So, kita boleh tidur bila-bila masa dan berapa lama hahaha... Minggu depan, insya-Allah, kembalilah ke rutin asal bila dah solat nanti. Tiba-tiba rasa nak bercerita dengan korang. Nanti kalau termasuk ziarah kat blog yang dah bersawang ni, sudilah membaca. #JanganMembawang! Alkisahnya, tahun ni tak sempat nak buat collection untuk diinfakkan kepada mereka yang memerlukan. Tak sempat ke sebab kau yang malas or leka? Hahahaha… So aku decide nak taja one of the item untuk gift budak-budak pusat latihan pejabat aku tu katam Quran. Boleh jugakkan? Aku offerlah kat kawan-kawan aku kot-kot ada siapa yang nak join amal yang tak seberapanya ni. Adalah beberapa orang yang menyumbang. Ada sorang tu, siap kumpul duit RM5 dari tahun lepas sebab nak menyumbang kat projek aku ni. Sekali dia bagi, RM300.00. Terkejut aku. Tak apalah, semoga semua penyumbang tak kira banyak manapun, diberi kemewahan rezeki. Amin. Tahun ni aku decide nak bagi sejadah. Memandangkan aku sibuk dan tak boleh nak buat promosi besar-besaran macam tahun lepas, tak bolehlah nak bagi telekung or baju raya. Bagi sejadah Tetami la. Biar selesa sikit dia orang nak sujud dengan sejadah lembut dan tebal tu. Semoga makin dekat mereka dengan Allah. Memandangkan majlisnya Selasa ni, aku ajak Yana pergi beli sejadah kat Masjid India. Masuk kedai pertama, tak ada sejadah Tetami. Sejadah trand baru adalah. Tapi nipis dan simple sangat. Macam kosong je. Tak best la. Kami ke kedai sebelah. Pun tak ada Tetami. Kami ke kedai ketiga iaitu Baryali. Yes, ada Tetami. Memang rezeki budak-budak tulah. Ada pelbagai warna yang cantik belaka. OK, kena beli lebih ni. Nak hadiahkan kat mama dan abah. Jangan kata aku guna duit sumbangan ye. Duit sumbangan tu bahagian lain. Yang ni, aku topup asing daripada duit sumbangan. Peruntukan duit sumbangan tu untuk 35 je final jumlah yang diperlukan. Jadi, baik aku beli tambahan lima sejadah untuk my personal. Semoga dapat murah. Ramah betul jurujual kedai ni. Sambut kami kat pintu masuk terus layan kami. Perempuankan, sebelum sampai belakang, sempatlah membelek karpet. Karpet purple! Memang aku mencari karpet warna ni untuk matching dengan future wall aku. Karpetnya memang best, lembut, gebu dan berbulu. Tapi kecik. Tak sesuai dengan saiz ruang tamu rumah. OK tak apa. Kita ke tujuan asal dulu. Biar selesai amanah orang ni dulu. Lepas tu barulah kau nak beli karpet kea pa ke. Kata jurujual tu, dia boleh bagi aku RM300. Harga sebenar karpet tu RM400 setelah diskaun. Entah ye entah tidak entah. Entah-entah memang saja je letak harga tinggi supaya boleh bagi murah kat pembeli. Husnuzon Tinta hahahha… Ini memang betul ada tatami. Dia cakap, dia bagi aku RM25 untuk sebidang sejadah. Alamak, kalau RM25 untuk 35 sejadah memang tak cukup setelah termasuk dengan duit aku. Harga yang dia letak RM50. Aku mencongak dalam kepala. Duit orang bagi sekian banyak, tambah sumbangan aku, sekian banyak. Ish, kalau RM25 sehelai memang tak cukup duit. Aku tengok kat Lazada RM17 je. Cuma takut nak beli sebab nak beli banyak. Aku: Tak boleh kurang lagi ke? Saya nak beli banyak ni. Jurujual: Tak bolehlah kakak. Yana: Bolehlah. Dia nak bagi kat budak katam Quran ni. Wei, budget hang berapa? Aku: RM20 je. Jurujual: OK la kakak. Saya bagi RM20. Kakak mahu berapa? Aku: Saya nak 40. Masa duk pilih dan asingkan sejadah: Jurujual: Ambil 50 la kakak. Wei, nak buat apa banyak-banyak? Membazir je. Aku ni duduk sorang. Pun dah ada tiga ke empat sejadah. Aku: Tak naklah. Saya nak 40 je. Tauke Kedai: Kalau macam tu, saya bagi kakak karpet tadi RM150. Oooo boleh kurang lagi ek harga dia? Tunggu ek, jap lagi kita tawar-menawar karpet pulak.

Sunday, January 23, 2022

In Person

Assalammualaikum korang, selamat petang sekali lagi. Nak cerita kejadian yang pernah saya alami suatu ketika dulu. Masa tu malas nak update. Biasalah, yang baca blog saya ni kadang-kadang bukan boleh duk diam mulut tu. Kat depan baik je tapi kat belakang nak mengata orang. Better korang tak payah baca blog saya ni kalau nak mengata. Mestilah saya akan tulis benda-benda yang saya suka kan. OK la, back to our story. Dinner corporate ni membuatkan kita kenal ramai orang. Masa nilah kita nak buat networking, nak tambah kenalan baru. Saya dijemput ke dinner DBKL ni untuk terima anugerah. Staff DBKL ni ramai jugaklah yang saya kenal sejak berpindah ke department baru ni. Puan Emilia mendekati saya dan bertegur-sapa. Tak semena-mena dia panggil kawan dia. Emilia: Yati, meh la sini. Puan Yati kalau tak silap nama kawan dia tu. Puan Yati pun mendekati kami. Emilia: Kenalkan, nilah Cik Tinta. Hah? Macam dah pernah mengumpat hal saya je ni? Hahahahaha.... Yati: Ooooo cantik orangnya. Emilia: Cik Tinta memanglah. Yati: Ingatkan dalam gambar je. Bila jumpa in person pun cantik orangnya. Hayyyooooo... tak tahu nak letak mana muka ni dan tak tahu nak bereaksi macam mana. Kang salah reaction, orang kata kita perasan pulak. Kalau korang, korang nak buat apa? Masa tu saya Cuma senyum je dan cakap “Tak adalah puan, biasa-biasa je,” Seingat saya, masa saya budak-budak dulu, saya pernah tengok wajah saya. Saya rasa tak lawa pun. Pandangan orang berbeza atau wajah saya memang dah berubah? Kalau Allah menampakkan yang indah-indah pada kita, alhamdulillah, kita syukuri seadanya. Jauhkan Ya Allah dari rasa riak dan takbur. Amin.

Make P:rem UV Defense Me Blue Ray Sun Fluid SPF50+

Assalammualaikum semua! Time rajin nak menuliskan, sekejap-sekejap je keluar entry baru. Hehehehe... Ni satu lagi produk Korea yang saya dapat dari Channel Noil Faizal. Hahahaha... asyik promot channel dia je hari ni. Bagi komisen sikit bang. :) Banyak juga saya cuba sun block or sun screen ni. Kebanyakannya tak sesuai dengan saya sebab dia akan menyebabkan kulit muka tambah berminyak, lepas tu timbul jerawat. Tu yang paling saya lemah tu bila naik jerawat. Kadang-kadang saya terpaksa pakai jugak terutamanya kalau nak pergi adventure activity. But for daily use, saya memang tak guna sun block. Saya pernah cuba Nutrimetics sun block. Apa jadi? Muka saya jadi bertambah burn. Lepas tu memang taklah saya guna sun block kecuali SK-ii. SK-ii macam saya cakap dalam entry sebelum ni. Memang sangat mesra kulit saya tapi kalau RM250 kau nak kena beli setiap bulan, memang taklah kan? Saya baca dan tengok Youtube, sun block or sun screen ni, or what so ever la yang korang panggil, sangat penting untuk melindungi kulit kita. Kulit kusam pun berpunca dari tiada protection ni jugak. No wonder la kulit saya kusam. Rupa-rupanya, nak guna sun screen ni pun kena pandai pilih. Pilih ikut jenis kulit. Kalau kau main pakai je, memang timbullah segala mak nenek kat muka kan? OK, saya tertarik dengan produk Korea lagi untuk sun screen ni. Masa saya tengok review tu, Mak P:rem ni ada tiga jenis sun screen, Sun Fluid, Sun Gel dan Sun Cream. Tapi tadi saya baca ada satu lagi pulak, Sun Calamine. Rasa nak try la pulak yang baru ni tapi takut. Mula-mula saya salah beli. Saya beli cream kalau tak silap. Sekali pakai, berminyak sangat muka. Bila dah berminyak, adalah tumbuhan nak tumbuh. Hadoi la. Saya kentalkan hati untuk beli yang Sun Fluid, alhamdulillah, bila saya kenakan pada kulit wajah, dia terus meresap ke dalam kulit dan tak berminyak. Kulit jadi lembap dan halus. Mulai dari hari tu, saya guna sun screen ni sampai hari ni. Jerawat pun alhamdulillah tak muncul. Apa yang bestnya, Sun Fluid ni didatangkan dalam kuantiti 200ml dan boleh juga dipakai pada badan. Ia merupakan fizikal sun screen. Nantilah dalam entry lain saya tulis apa maksud fizikal dan kemikal sun screen ni. Untuk kulit combination macam saya yang ada part yang berminyak ni, memang kena guna fizikal sun screen. Kalau tak, macam-macamlah nanti. RM100.00 lebih untuk 200ml, sangat berbaloikan? Yes! Mesra poket! Botol kedua pun dah nak habis saya guna. Alhamdulillah, satu demi satu saya jumpa produk wajah yang sesuai dengan saya. Koran guna apa? Mehlah share kat ruang komen kat bawah ni. Oh ya, saya letak kat sini bahan-bahan dan fungsi Sun Fluid kegemaran saya ni. Make P:rem's Blue Ray line counteracts the damage cause by hot Infrared waves and radiation by cooling down the skin surface by multiple degrees while still providing superior UVA and UVB protection. The milky texture of the Sun Fluid glides across skin, spreading evenly and disappearing within seconds. Formulated with hydrating Chia seed extracts and calming Centella extract, the Sun Fluid refreshes and soothes overheated skin to protect from sun damage. Ideal for all skin types, especially combo and oily facial and body skin. It is free of parabens, Sodium Lauryl & Laureth Sulfates and Synthetic dyes

Some by Mi: Yuja Blemish Care Serum

Assalammualaikum semua! Selamat petang! Dah setahun lebih rupanya saya tak update blog ni. Kenapa? Malas +layout blog yang tak berapa nak accessible ni. Hari ni ada mood, rasa nak update tentang penjagaan wajah. Kalau korang baca blog saya sejak dulu, saya memang pengguna SK-ii tegar. Tapi untuk tiga produk je hahahahahaha... Apa dia? Cleanser, toner dan essence. Sebab tiga produk ni, beli sekali boleh pakai setahun lebih. Untuk serum, moisturizer, sun block dan mask, memang tak berbaloi. Berbaloi dengan kulit tapi tak mesra beg duit. Kang kebulur tak makan pulak hehehehehe... Harga serum dan moisturizer SK-ii yang pernah saya guna RM500 ke atas untuk 50g/30ml sahaja. Sun block dia 30ml RM200 lebih, mask sheet dia RM57 sekeping. Dahlah semua benda alah ni teksturnya krim/gel/pekat. Pakai kena secukupnya dan setiap hari. Memang idok le kita kalau kena beli setiap bulan ni. Sayapun berkelanalah di google dan Youtube mencari review produk yang bagus. Saya nak cari produk Jepun sebenarnya. Saya perhatikan kulit saya ni suka produk Jepun. Tapi produk matahari terbit ni, bila masuk Malaysia je harga terus jadi harga kayangan. Walaupun, dekat negara dia produk tu murah dan dijual di kedai macam Seven11 tu je. Masuk Malaysia, hampeh! Sayapun bertemulah dengan satu channel Youtube ni. Noil Faizal nama dia. Kak Fatimah pun pernah suruh saya tengok channel youtuber ni. Dia selalu buat review produk penjagaan wajah. Lepas tu, review dia complete dengan bahan-bahan dan keterangan fungsi bahan. Best kan? Banyak jugaklah saya tengok review dia. Tapi semua produk tu tak menambat hati saya. Sejujurnya saya takut nak try produk baru. Takut tak sesuai. Kulit saya ni kalau dia tak suka dengan satu-satu produk tu, dia memang bagi reaksi. Setakat sikit-sikit tu tak apalah. Takut lebih je. Hehehehe... Suatu hari, Noil Faizal ni buat review tentang satu produk ni. Macam best je. Sebab dulu orang selalu tegur muka saya kusam. Tapi bila saya guna serum/moisturizer SK-ii, dia eloklah. Bila tak guna, dia kusam balik. Nama produk ni Some by Mi Yuja Blemish Care Serum. Produk dari Korea. Tak dapat Jepun, kita try la guna produk Korea. Noil Faizal ni memang banyak review produk Korea yang mesra poket. Bagi saya kalau setakat RM80-RM90 tu OK lagi la kalau nak kena beli dua bulan sekali ke, sebulan sekali kan? Taklah melampau sangat. Yuja ni merupakan keluarga buah sitrus. Kandungan Vitamin C dia tiga kali ganda lebih dari buah lemon. Dalam serum ni terdapat 82.3 percent ekstrak buah Yuja dan 5 percent Niacinamide. Kata Noil Faizal, walaupun kandungan Vitamin C yang banyak +niacinamide, dia tidak merensakan kulit dia. So, saya tertarik untuk mencubanya. Tapi kena ingat ye, kesan sesuatu produk tu tak sama kat setiap orang. Jangan nanti korang pergi try lepas tu kulit merensa korang marah saya pulak. Apa lagi, saya search online. Watson pun jual benda alah ni. Kalau watson atau Guardian jual, taklah takut sangat nak try kan? Kemasan kotak dan botol berwarna kuning sesuai dengan warna buah Yuja dan baunya sangat menyegarkan. Tidak terlalu kuat. Bau buah Yuja, bukan bau pewangi katanya. Saya try dalam takut-takut. Alhamdulillah, Ia mampu mencerahkan kulit wajah saya yang kusam. Bukan memutihkan ye. Mencerahkan atau mengembalikan warna asal kulit kita. Kawan kat pejabat pun tegur yang kulit saya semakin membaik. Tapi ingat, kalau nak kulit berseri, jangan pakai produk je beria. Minum air putih kena banyak tau. Mula-mula kulit saya berubah tu, ada orang ingat sebab foundation kulit saya jadi elok. Tapi ada kawan yang tengok saya lepas solat tanpa mekap bagi tahu kat kawan tu, sebenarnya bukan foundation yang buat kulit saya nampak macam tu. Tapi kulit saya sendiri yang dah berubah. Tak macam dulu. Saya rasa sebak. Betapa Allah tu memberi kepada kita jika kita berusaha. Tapi semua ni memerlukan komitmen dan kerajinan. At least, dua kali sehari, kena buat rutin penjagaan kulit tu. Macam saya, kena paksa diri minum air putih sebab saya kurang minum air. Bak kata Doktor Nordin Darus, air putih ni primadona penawar bagi penyakit apapun. Nak kulit segar dan berseri ni, kena buat rutin penjagaan yang penuh dengan turutan yang betul. Nanti saya akan share lagi produk lain yang saya gunakan dalam rutin harian saya. Sekarang ni saya nak try sleeping mask Yuja dan moisturizer Yuja ni. Some by Mi ni bukan ada satu range produk je. Dia ada beberapa range. Tapi setakat ni saya Cuma try range Yuja je. Tu pun baru nak try sleeping mask dan moisturizer dia. Moisturizer dia tu nampak mesra poket. 100ml kalau tak silap RM68 kalau dekat Zalora. Harapnya OK la. OK, nanti kita jumpa lagi dalam entry yang lain ye. Bye!

Friday, July 17, 2020

Siapa Dia Sebenarnya?

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Dah lama tak tulis blog. Semalam ada kawan cakap, dia baca blog saya. Tiba-tiba rindu nak menulis. Dah empat bulan tak update blog ni. Banyak cerita sebenarnya tapi kemalasan mengatasi segalanya. ******************** 5 Jun lalu, ketika rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk kat rumah diam-diam, tapi masa tu dah boleh mula berkerja. Kami berkerja tiga hari seminggu. 5 Jun tu, hari Jumaat. Kebetulan, Hidayah pun berkerja. Kerja tak ada orang ni, bebaslah sikit. Kami ke cafeteria untuk makan. Balik makan, kami berbual-bual. Setibanya kami di kaunter tempat Hidayah bertugas, Subra cakap dia nak ke toilet. Dayah: Akak, duk la sini kejap. Sembang pun tak habis lagi. Saya bersetuju lalu duduk di tempat Subra. Baru nak memulakan perbualan, seseorang datang menegur kami dengan suara yang perlahan. Orang: Assalammualaikum. Kami: Waalaikummussalam. Orang: Saya nak buat donation. Kami terpinga-pinga. Siapa pulak yang nak main-mainkan kami ni? Cakap perlahan. Macam control suara je. Adalah ni yang nak pekenakan kami ni. Saya: Kau jangan ngada-ngadalah. Orang: Eh, tak, saya pelawat, saya orang luar. Katanya memberitahu. Perasaan malu segera menebal dan saya terdiam. Hidayah juga begitu. Sejurus, sama-sama terdiam. Dayah: Ya cik, ada apa boleh saya bantu? Saya tengok Dayah antara yakin dengan tidak menjalankan tugasnya melayani tetamu seperti biasa. Saya bercakap dalam bahasa yang tidak difahami tetamu. Saya: Bukan Rathkom ke ni? Dayah: Eh, bukan, bukan. Rathkom lain. Hidayah pulak ingatkan En. Mahathir berlakon nak kenakan saya. Sebab tu dia macam tak yakin nak layan bersungguh-sungguh. Takut diketawakan. Dayah: En. duduk dulu, saya panggil Bahagian Finance turun. Orang: Tak, tak. Saya nak donate kat awak berdua. Lagi kami terkejut dan tergamam. Dayah: Donate kat kita orang? Orang: Ye. Kat awak berdua. Saya tak nak bagi ofis. Awak berdua ni OKU kan? Saya: Kami blind. Orang: Ooo OK. Mungkin dia terkejut bila saya yang blind ni sebut blind kot. Agaknya dia nak jaga hati tak nak sebut blind tapi saya yang sebut. Dia mula mengira duitnya. Orang: RM50, RM100, RM150, RM200, RM250. Ni untuk cik. Dia menghulurkan RM250 kepada Hidayah. Saya yang menyaksikan tergamam. Banyaknya! Macam keluarkan duit RM2.50 je. Mungkin nak suruh saya kongsi dengan Dayah kot. Fikir saya. Tiba-tiba saya dengar dia membelek duit lagi tapi kali ni, tak dengar dia mengira. Orang: Ni RM250 untuk cik. Dia menghulurkan duit tersebut kepada saya. Saya terkejut. Hidayah juga begitu kerana dia pun berfikiran seperti saya. Duit yang dia dapat tu dia akan kongsikan dengan saya. Dalam terkejut tu, saya tak sambut duit yang dihulurkan. Saya: Betul ke En. nak bagi saya? Saya ni pekerja kat sini. Bukan orang bawah jagaan persatuan. Saya bukan apa. Takut dia tersalah bagi orang. Mana tahu kot dia nak bagi kepada mereka yang susah. Saya ni bukan senang tapi taklah susah sangat. Orang: Betul. Saya ikhlas nak bagi cik. Lambat-lambat, saya menyambut hulurannya. Saya: Terima kasih, En. Orang: Sama-sama. Dia terus berdiri di hadapan kaunter. Bersambung Malas nak tulis. Sakit perut. Nantilah sambung lagi. Hehehehe