Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Dari Kaca Mata Tinta. Show all posts
Showing posts with label Dari Kaca Mata Tinta. Show all posts
Saturday, December 29, 2018
Suami Saya Tak Suka Saya Mekap
Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan yang budiman.
OK, rasa ngantuk. Tapi belum boleh tidur. Kita tulislah dulu. Mana tahu jap lagi terlelap?
Perempuan ni ada macam-macam. Ada yang suka berhias, ada yang tak suka berhias. Terserahlah pada diri masing-masingkan? Itu hak individu.
Paling tak boleh belah, perempuan yang tak suka mekap ni, suka sangat bajet-bajet bagus. Bajet-bajet memiliki kecantikan asli. Bukan semua. Segelintir. Yang tak ada kena-mengena tu jangan sentap pulak.
Dulu-dulu, saya pun fikir, orang yang mekap ni kecantikan dia palsu. Mekap tu yang buat dia cantik. Tak ada mekap, habis semuanya. Tapi, mummy pernah cakap, "Kalau mekap pun tak cantik, maknanya tak lawalah orangnya." Kak Fatimah pulak pernah kata, "Kalau dah tak cantik, mekaplah macam manapun, tetap tak cantik. Tapi kalau cantik, mekap sikit pun, nampak menyerlah. Mekap tu bukan palsu tapi penyerlah kecantikan,"
Lantaklah apa orang katapun, yang penting minat saya memang ke situ. Bukan sebab cantik tak cantik.
Tapi saya tak suka bila dengar SESETENGAH perempuan yang tak mekap ni bercakap. Konon orang yang mekap ni kecantikan palsu. Orang yang tak mekap tu kecantikan dia asli. Ada jugak yang cakap, "Oh, saya tak mekap sebab suami saya tak suka saya mekap. Dia suka tengok saya yang asli."
OK, tak dinafikan, taste lelaki pun ada macam-macam. Mungkin betul, ada lelaki yang tak suka tengok perempuan mekap. So, beruntunglah isterinya, tak payah nak bersiap bagai dan tak payah keluar duit beli mekap.
Tapiiii... Isteri yang macam ni, nasihat saya, korang kena tengok, betul ke suami korang tak suka perempuan yang mekap? Ke dia tak suka tengok korang mekap je? So, perhati betul-betul mata suami korang bila dia memandang perempuan lain. Ada tak dia pandang perempuan tu dengan gaya, "cantiknya!"
Kalau ada gaya macam tu, baik korang cari puncanya. Adakah kata-kata dia yang suka tengok korang dengan kecantikan asli tanpa mekap tu betul? Pernah berlaku, macam nilah kesnya. Tapi sang suami bila tengok perempuan lain berhias, bukan main lagi mata dia. Sekiranya ini berlaku, sebenarnya, suami tu bukan tak suka tengok korang mekap. Mungkin, cara korang mekap tu yang buat dia tak suka tengok. So, mulalah belajar mekap supaya suami korang tu tak pandang perempuan lain je tapi dengan korang cakap tak suka korang mekap. Orang lain mekap pandang tak mau lepas.
Jadi, jangan feeling-feeling koranglah paling cantik bila korang tak mekap dengan alasan kecantikan asli. Setiap orang ada kecantikan dan boleh serlahkan kecantikan tu. Cuma, jangan riak dan cakap besar. Semua pinjaman Allah. Bila-bila Dia nak ambil, Dia berhak.
Nasihat ni, hanya untuk orang yang sudi nak dengar. Kalau ego, susahlah.
Thursday, October 18, 2018
Cerita Fairy Tales Nenek
Seawal dari usia saya kanak-kanak, saya telah diceritakan dengan kisah-kisah penglipur lara dan fairy tales oleh mummy. Abah pun tak kurang membelikan buku-buku kisah berkenaan buat saya dan angah. Dari kecil lagi saya dah kenal Snow White, Cinderella, Puteri Saadung, Puteri Lindungan Bulan, Puteri Tidur Seratus Tahun dan banyak lagi. Setiap malam sebelum tidur, mummy pasti bercerita tentang kisah-kisah berkenaan. Satu cerita kalau saya lewat tidur, sampailah dua atau tiga cerita satu malam.
Dari kecik saya ditanamkan buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Dan ianya amat berkesan dalam kehidupan saya sehingga ke hari ini. Jadi, kepada ibu bapa yang membaca tulisan ni. Janganlah bagi anak main game sepanjang masa. Berceritalah kepada mereka tentang fairy tales dan kisah-kisah rakyat seperti mummy buat kepada saya. Selain mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak, ianya juga dapat menasihati anak-anak. Kan antara waktu bagus menasihati anak-anak sebelum mereka tidur.
Dari kecik saya dah kenal Si Tanggang dan watak-watak super hero Melayu yang lain.
Daripada kisah-kisah yang saya dengar tu, saya berangan nak jadi macam watak dalam kisah-kisah tu. Kebanyakan watak digambarkan sebagai seorang yang cantik jelita, dikenali ramai, disayangi dan disukai ramai termasuk lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak dan binatang. Bersuara merdu, baik, sopan. Saya nak sangat jadi macam tu. Nak cantik, suara merdu, disebut-sebut ramai, disayangi dan disukai. Memang hari-hari saya berangan macam tu sampai sekarang. Sebab ianya dah sebati dalam hidup saya.
Jadi, bagi saya, kisah-kisah begini mampu membentuk sahsiah kanak-kanak agar menjadi orang yang baik dan positif. Cubalah kalau tak percaya. Tapi sepatutnya kena mula dari awal. Dari dia kecil dan baru mula nak mengenal hidup. Hahaha... Kalau dah biasa dengan game tu tak tahulah boleh ke tidak. Kalau tidak dari awal tu, tak tahulah dia orang nak tak dengar korang berceritakan?
Friday, October 12, 2018
Cubic Zirconia Dan Berlian
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Korang sihat? Hope all of you are well.
Hari ni nak cerita kat korang pasal batu permata yang merupakan antara barang kesukaan saya. Saya mula ambil tahu sikit-sikit pasal batu permata ni sejak main kutu emas. Alhamdulillah dah dua tahun saya main kutu emas. Insya-Allah, masuk tahun ketiga untuk sesi seterusnya. Batu permata ni bukan boleh dibuat main. Silap hari bulan, orang tipu kita.
Beberapa hari ni hangat kat Youtube kes Aishah kononnya ditipu oleh usahawan terkemuka, Datuk Sri Vida. Sewaktu Aishah menjuarai Gegar Voganza musim ke berapa entah, katanya DSV taja hadiah set barang kemas bertatahkan berlian bernilai RM80,000.00.
Aishah kononnya nak pergi redesign kalung tu dan diberitahu tukang emas yang batu di kalung tu bukan berlian. Ada juga wartawan Tanya betul ke nak redesign, ada sumber mengatakan Aishah nak gadai kalung tu. Tapi Aishah menafikannya.
Saya tertanya-tanya, takkan DSV ni penipu? Dia tak saying ke dengan perniagaan dia yang semakin naik tu? Dia banyak duit kot. Takkan nak menipu? Setahu saya meskipun ada gedik sikit, DSV ni baik orangnya.
Saya search kat Youtube untuk mengetahui respon DSV. So saya jumpa satu video press conference DSV berkenaan perkara tu.
Daripada kedua-dua video terbabit, saya dapat simpulkan bahawa, kedua-duanya bukan orang yang arif tentang batu permata terutamanya berlian. Walaupun Aishah mengatakan dia meminati barangan kemas ternyata, sebenarnya dia sendiri tidak arif tentang jenis batu permata. Apatah lagi DSV yang memang mengaku dia tidak arif tentang perhiasan tersebut. Nampak cantik, dia beli. Tapi netizen ni lebih sudu dari kuah. Kalau korang pun tak faham pasal batu ni, janganlah sibuk nak mengata orang. Siap mengutuk lagi. Tak pasal-pasal korang dapat dosa free. Padahal, kalau korang kat tempat dia orangpun, belum tentu korang tahu yang ada kat tangan korang tu berlian ke bukan.
Dalam penjelasan DSV bersama peguamnya, ternyata barangan berlian yang dihadiahkan itu sebenarnya bukan berlian tapi ia adalah batu permata dari jenis Cubic Zirconia. Zirconia? Lantas saya memegang sebentuk cincin di jari manis kiri saya. Inilah Zirconia. Memang Nampak cantik, berkilau seperti berlian. Sehinggakan kawan-kawan saya tidak mampu membezakan Zirconia ni dengan cincin berlian yang mama saya beri kepada saya.
Cubic Zirconia ni sejenis batu yang dibuat di dalam makmal. Dia bukan juga berlian buatan di makmal. Jauh sekali berlian asli dari perut bumi. Tapi penampilannya seakan-akan berlian. Hanya orang yang pakar sahaja mampu mengenalinya. Itu pun ia perlu diuji untuk mengetahui jenisnya.
Sememangnya saya terkejut tatkala menonton video DSV tentang penjelasan perkara ini. Bila DSV memaklumkan rantai hadiahnya kepada Aishah mempunyai batu safir dan berlian, hati saya terdetik, mustahil berlian asli kerana harganya terlalu murah RM80,000.00 untuk satu set berlian siap dengan batu safir lagi. Bila dia sebut Zirconia, saya setuju harganya sebegitu. Sebab Zirconia ni juga sejenis permata yang boleh diikat dengan emas seperti cincin kepunyaan saya.
Sebenarnya Cubic Zirconia dan berlian buatan ni banyak dipakai even diikat dengan emas sebagai ganti kepada berlian asli yang jauh lebih mahal harganya. Bila Aishah kata rantai yang DSV tu tak bernilai, saya sANGAT TIDAK SETUJU> Butiran putih batu itu Zirconia tetap berharga apatah lagi diikat dengan emas walaupun emas putih. Usahkan rantai, cincin saya ni pun saya saying. Ribu harganya, bukan murah. Puluh ribu ya rantai tu.
Cubic Zirconia ni kelihatan serupa dengan berlian buatan makmal dan berlian asli tapi jauh bezanya.
Jom kita tengok apa itu Cubic Zirconia:
Cubic Zirconia diperbuat daripada zirconium dioksida. Ia tidak mempunyai warna serta relative sempurna. Oleh kerana sifat optic dan fiziknya mirip kepada berlian, ia sering digunakan sebagai ganti berlian dalam pembuatan barang kemas.
Mari kita tengok pula berlian sintetis atau buatan:
Namanya berlian buatan, ia dibuat di makmal. Sama seperti Zirconia. Kalau yang asli tu datang dari dalam perut bumilah. Berlian ni dikenali sebagai berlian laboratorium/makmal, berlian budidaya, berlian sintetis, berlian buatan atau berlian olahan. Jangan silap, berlian ni bukan berlian palsu OK. Ia juga berlian asli kerana sifat fiziknya serta komposisi kimia yang sama seperti berlian alami.
Beza antara Zirconia dan berlian sintetis ni ialah pada sifat fizik dan kimianya.
1. Daya tahan:
Berlian sintetis mempunyai daya tahan yang lebih lama berbanding Cubic Zirconia. Berlian sintetis mempunyai nilai 10 pada skala kekerasan Mohs, sama seperti berlian asli, Sedangkan cubic zirconia memiliki nilai 8,5. Oleh itu, Cubic Zirconia lebih mudah terguris
potongan dan bagian sisi cubic zirconia lebih lembut daripada berlian sintetis. Sementara berlian sintetis sama seperti berlian asli memiliki sisi yang tajam tidak seperti Zirconia yang bersegi mempunyai sisi membulat. Semakin lama sisinya makin membulat apabila ia kian terhakis.
2. Tingkat dispersi dan pembiasan warna:
Cubic Zirconia mempunyai dispersi yang lebih tinggi. Apabila terkena cahaya, ia akan memantolkan kerdip cahaya yang lebih berwarna berbanding berlian sintetis.
3. Keberatan:
Cubic Zirconia memiliki material lebih berat berbanding berlian sintetis. Sekiranya saiz Zirconia dan berlian sintetis sama ditimbang, kita akan mendapati Zirconia lebih berat.
Itulah antara perbezaan Zirconia dan berlian sintetis serta berlian asli.
So, Aishah tak perlu rasa sedih atau terhina apabila dihadiahkan dengan Set barang kemas bertatah Zirconia kerana Zirconia juga popular dalam pembuatan barang kemas. Cuma silap DSV tidak menjelaskannya. Seperti yang diakuinya, dia pun tidak arif tentang Zirconia dan berlian. Tengok hamper sama. Mana tahu sebenarnya ia berbeza.
Tapi OK jugaklah sebab DSV nak gantikan barang kemas Aishah tu dengan barang kemas lain yang sama nilai RM80,000.00. Saya rasa kalau DSV tak buat macam tu pun tak apa. Dah memang Zirconia tu permata. Bukan palsu. Hanya permata buatan manusia seperti berlian sintetis cuma kualitinya tidak sama seperti berlian sintetis.
Terpulanglah kat dia orang.
Korang baca tak entri ni sampai habis? Saya dah siap ringkaskan dah supaya korang tak pening. Saya baca kat web site lagi pening. Ayatnya panjang dan berbelit.
Oh ya, saya ada Tanya tukang emas yang saya main kutu tu. Takut dia. Dia ingat saya nak kata dia tipu kot bila saya Tanya pasal Zirconia. Beriya-iya dia cakap yang dia dah maklumkan kepada saya yang cincin saya ni bertatahkan Zirconia sebelum saya beli. Hahahaha... Lepas tu baru dia faham kenapa saya Tanya. Diapun akui bahawa Zirconia dan berlian susah untuk dibezakan. Memang orang selalu kata berlian. Tapi belum tentu itu adalah berlian. Katanya tengok gambar lagi susah nak kenal.
Hahahaha... Tahun depan nak order cincin berlianlah. Nak sebiji berlian kecil yang asli dari perut bumi seperti zamrud saya tahun ni. Pening lagilah si Azrah nak layan kehendak saya. Nak ori la, nak design macam tulah, macam nilah. Tak nak yang gitulah, yang ginilah. Mesti tiba turn saya Azrah dah bersedia dengan cerewet saya ni. Hahahaha... Tapi Azrah ni memang keibuan orangnya. Lembut dan baik je bila bercakap. Kat belakang kutuk tu tak tahulah kan. Siap tunjuk kat saya sample cincin macam cincin Queen Elizabeth lagi. Hoi, saya tak kaya macam tu laaaaa... Nak bagi saya cincin Queen Elizabeth. Berapa ribu nak tambah duit Azrah oiiii... Mungkin cerewet sangat kot, yang tu tak nak, yang ni tak nak. Sudahnya tahun ni, hantar design sendiri suruh tukang emas dia buat. Custom made kau. Hahahaha... Cerewet sangat!
Sunday, October 7, 2018
Cerita Kawan Yang Kurang Enak
Assalammualaikum dan selamat malam semua.
Seharian hari ni saya ketiduran. Letih! Yelah, pergi balik Sabah selang semalam je. Bukan sesuatu yang menyeronokkan kalau dah selalu.
*********************
Teringat cerita kawan dua minggu lepas membuatkan saya rasa kurang enak. Katanya, ada seseorang bertanyakan pada dia, "Kenal Tinta Emas?"
"Kenal gitu-gitu je," Jawab kawan saya. Katanya dia malas disoal tentang saya selanjutnya.
"Dia tu cantikkan? Kalau dapat tackle dia tu bagus jugak,"
Motif! Kau suami orang kan? Jangan nak mengada-ngada nak mainkan hati dan perasaan orang! Bukan semua perempuan boleh dibuat main. Saya dah tua ya. Tak ada masa nak layan cinta tak tentu arah ni. Penat! Boleh tak jaga mata tu? Pandanglah wife kau yang kat rumah tu. Cuba set dalam minda, tak ada perempuan lain dapat menandingi kecantikan wife kau tu. Ingat, kecantikan perempuan lain tu ujian yang boleh jadi bala kat hidup kau. Ingat macam mana ikhlasnya isteri awak tu menerima dan mencintai awak seadanya. Tak payah sibuk nak mengorat orang lain. Cuba cari jalan nak mengorat isteri sendiri supaya cinta korang tu berkekal hingga ke Jannah. Jadikan rumahtangga tu, sebagai sesuatu yang mengasyikkan. Makin hari makin cinta.
Kaum isteri, korang tawan dan peganglah hati suami masing-masing supaya hatinya tak terusik dengan perempuan lain. Saya tahu susah. Tapi usaha dan berdoalah supaya rumahtangga korang kekal abadi. Selagi saya masih waras, insya-Allah, saya akan sedaya-upaya dengan izin Allah untuk tidak merampas kebahagiaan korang walaupun suami korang tu jejaka idaman Malaya.
Please la kaum Adam, hargai isteri korang. Hargai kasih sayangnya, penat-lelahnya menjaga korang dan anak-anak korang. Saya pun belum tentu mampu menjadi sebaik wife korang tu.
Monday, September 17, 2018
Kebencian Yang Tak Terpadam
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Dah tidur ke korang?
Saya nak buat luahan perasaan kejap sebelum tidur.
Kalau siapa pembaca setia blog ni, pasti korang ingat tentang Abang Zikri (bukan nama sebenar) yang pernah saya tulis kat sini beberapa kali dalam beberapa entri. Tahun bila tu tak ingat.
Saya memang tak suka lelaki curang. Tapi, di sebalik kecurangan tu saya suka mengkaji apa sebenarnya yang berlaku. Adakah lelaki tu memang tak cukup satu atau masalah rumahtangga yang membawa kepada situasi tersebut?
Bila saya kaji, sebenarnya lelaki curang atau mahukan perhatian perempuan lain di terbahagi kepada dua jenis:
1. Lelaki yang mempunyai isteri baik, tapi dia yang tak tahu diuntung nak menggatal dengan perempuan lain.
2. Yang ni agak sensitif sikit bagi kaum perempuan. Tapi korang harus terima hakikat ni dan jadikan pengajaran. Lelaki baik sebenarnya tapi isteri yang kurang bagi perhatian kepada lelaki tersebut. Orang lelaki ni macam perempuan jugak, suka dibelai dan dimanja. Ganas macam mana pun dia, kalau korang manja-manja, mesti dia cair punyalah.
Berdasarkan pemerhatian, cerita kawan terdekat dan kiasan Abang Zikri, saya rasa dia ni tergolong dalam golongan kedua. Satu kesilapan yang dia buat, berkahwin dengan target usia. Dia target nak kahwin umur sekian, sekian, so dia kahwin dengan perempuan baru dikenalinya meskipun tak cinta sepenuh hati. Mungkin dengan harapan, bercinta selepas kahwin. Sedangkan, pada masa tu, hatinya pada saya. Dek kerana saya menunggu kekasih hati yang entah apa-apa dulu, makanya, dia ambil keputusan untuk kahwin dengan perempuan yang nak kahwin dengan dia.
Masa tu saya bersyukur. Dalam keadaan saya yang entah sampai bila nak tunggu makhluk halus tak berapa halus tu, saya takut dia kecewa. Bila dia ambil keputusan nak kahwin, saya lega. Sekurang-kurangnya, tak adalah saya mengecewakan dia.
Dua atau tiga tahun selepas perkahwinannya, dia hubungi saya menyatakan kerinduannya pada saya dan meluahkan betapa dia rindu akan kenangan kami sebelum dia mendirikan rumahtangga. Saya tak ada hubungan pun dengan dia. Saya anggap dia macam abang angkat. Dia selalu tenangkan saya bila saya dirundung duka dipermain kekasih hati yang tak berapa nak betul tu.
Suatu malam, dia menghantar messenger kat saya mengatakan dia rindukan saya apabila mendengar lagu Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya sering didengarnya tatkala dia gagal memenangi hati saya suatu ketika dulu. Saya terus membalas messenger tersebut dengan menasihati dia agar melupakan kisah-kisah silam. Semuanya telah menjadi sejarah. Tak lupa saya ingatkan dia, betapa hancurnya isteri dia sekiranya isterinya membaca messenger tersebut.
Kata-kata saya tu jadi kenyataan. Isterinya membaca messenger kami. Apa lagi, mengamuklah isteri dia. Siap nak call saya. Cuma Abang Zikri meminta agar dia tidak berbuat demikian kerana kata Abang Zikri, tengok berdasarkan messenger tu, siapa yang kacau siapa? Nyata-nyata dia yang memulakan tapi tidak dilayan oleh saya malah saya menasihatinya agar menjadi suami yang baik. Isterinya tidak jadi menghubungi saya. Tapi, dari saat tu, isterinya membenci saya hingga ke saat ni. Pantang dengar nama saya, pasti menanah telinga Abang Zikri disindirnya. Malah, dia turut bercerita kepada rakan-rakannya bahawa Abang Zikri pernah buat perangai dengan sorang perempuan.
OK, saya tak salahkan isteri Abang Zikri kerana membenci saya. Mungkin kalau saya di tempatnya pun, saya akan merasakan hal yang sama. Tapi, untuk kebaikan rumahtangga korang, cukup-cukuplah bersengketa. Apa yang boleh saya cakap, Abang Zikri sebenarnya seorang suami yang baik. Dia sendiri menyatakan dia tidak pernah terlintas untuk berpoligami apatah lagi bercerai. Cuma pada waktu-waktunya, dia rindu akan insan yang pernah dicintainya sepenuh hati setelah dia gagal memperoleh cinta serta perhatian sang isteri. Kak Su, akak beruntung menjadi isteri dia. So, saya rasa korang duduklah discuss hal ni. Dah berapa tahun berlalu. Enam tahun dah kot peristiwa tu. Kalau asyik nak menyindir suami tentang kesalahan dia, tak ada sudahnya. Makin mengeruhkan keadaan adalah. Saya rasa korang ni dah seri satu sama. At least, suami akak tu sekadar menyatakan kerinduan pada saya. Kerinduan akan masa lalunya. Mujur dia rindu dan contact saya yang setakat ni belum terlintas untuk memikat hati Abang Zikri. Bersyukurlah. Kalau dia melayan orang lain, saya rasa mungkin rumahtangga akak dah porak-peranda. Lagipun, kesilapan Abang Zikri tak sebesar kesilapan akak yang curang dengan lelaki lain. Lelaki yang juga melayan akak sampai keluar berdating ke sana-sini. Abang Zikri masih boleh maafkan akak. Masih boleh terima akak. Akak tak fikir ke betapa susahnya dia untuk memaafkan isteri yang pernah mencurangi dia? Sebaliknya, akak yang suka mengungkit hal messenger Abang Zikri dan saya yang tak ada ura-ura nak memadu kasihpun.
Saya rasa, dah tiba masanya korang duduk semeja dan berbincang. Buanglah eo masing-masing. Dalam berumahtangga ni, tak boleh sorang je nak perbaiki keadaan. Ianya memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Jangan risau tentang Abang Zikri dan saya. Insya-Allah, selagi Allah izinkan saya waras, saya tidak akan merampas dia dari akak. Kalau akak masih rasa dia still ada perasaan kat saya, akak kaji apa yang membuatkan dia tak boleh lupakan saya. Bila dapat jawapannya, akak berusahalah untuk menewaskan saya supaya seluruh cintanya akak miliki. Saya pun tak nak menang dengan akak. Saya tak sampai hati nak sentiasa larikan diri tatkala dia hubungi saya. Kalau dia dah jatuh cinta kat akak balik mesti saya dapat jalani kehidupan saya tanpa rasa serba salah kepada sesiapapun. Saya memang nak akak menang dan lebih segalanya dari saya agar rumahtangga akak dan dia bahagia. Satu saya nak bagi tahu akak, Abang Zikri sukakan orang yang manja. Sayapun tak tahu tang mana manjanya saya. So, akak cubalah berubah menjadi seorang yang manja. Yang sentiasa perlukan perhatian dia dan memberi perhatian kepadanya. Kalau akak jadi macam tu, tak mustahil dia akan sentiasa melekat dengan akak.
Okaylah. Selamat malam.
Saya nak mimpikan jodoh saya pulak.
Sunday, August 26, 2018
Dari Pandangan Saya Yang Kerdil
Masih lagi dalam mood nak bercerita pasal forum semalam.
Dalam banyak-banyak presentation, presentation berkenaan talking ATM Machine from India tu yang saya nantikan. Aspectation to that guy memang tinggi.
International la katakan, mesti hebat! At least, datang dengan slide presentation!
Tapi, saya hampa. Tak ada slide presentation sedangkan target audience hari ni adalah bankers. Bankers tu orang yang nampak, so they need a slide to see. Biasalah, orang nampak ni, belajar dari penglihatan. Kalau dia nak fokus pun mesti ada something yang dia boleh tengok. For me, the way blind present their presentation melambangkan imej blind keseluruhannya. Tambah pulak dia present benda penting kot, Talking ATM Machine. How they fight and how their government support this issues to be rectified? Mendengarkan presentation dia, banyak slide yang boleh tayang sebenarnya.
Tambah menyedihkan, he wanted to shows how the Talking ATM Machine function, saya mengharapkan video yang keluar. Tapi dia just bagi dengar audio sedangkan, audio dimainkan dengan laptop dan projektor. Apalah salahnya, kalau dia buat video? Video pendek menggunakan handphone pun jadilah. Again, orang nampak ni belajar dengan mata bukan dengan telinga. Kalau semua blind dalam tu OK la bagi dengar audio!
Tapi organizer pun tayang the demonstration of the use of Talking ATM Machine from Singapore, pun audio jugak, bukan video. Hadoi, target participance siapa sebenarnya ni?
Lepas tu, lama sangat that guy ni bercakap. Certain things tu tak related pun dengan tajuk dia. Hmmm... Tak tahulah. Dia ni buat rangka ke tidak apa dia nak cakap?
Maaflah, saya bukan suka-suka nak complain, tapi kita ambil pengajaran supaya presentation yang kita buat menarik untuk semua orang serta tersusun. Saya nak tengok semua blind hebat dalam presentation dia orang. Biar presentation tu sama macam orang nampak. Barulah dia menimbulkan rasa wow! di kalangan audience yang nampak.
Ada juga penceramah yang kurang bertenaga dan keyakinan sewaktu menyampaikan presentation. Saya rasa masalah membaca teks dalam braille tak boleh dijadikan alasan. Ingat point dan cakap spontan tu lebih baik. Atau kalau perlu jugak menggunakan teks braille, request awal-awal dari penganjur stand mic or clip mic. Supaya presentation tu nampak lancar. Yelah, mungkin present in english tu perlukan teks untuk dibaca so, itulah penyelesaian terbaik bagi saya. Request awal tu beberapa hari sebelum bukan sebelum forum baru request. Aura penceramah tu penting untuk memberi tenaga dan semangat kepada audience untuk mendengarnya.
Satu lagi, rangka program pun kena betul. Kalau boleh, elakkan pengulangan isi. Presenter first cakap benda ni, datang second presenter pun cakap benda sama, third presenter pun benda sama. So, orang pun hilang tumpuan.
Saya rasa semua orang bertanggungjawab untuk buat program tu menarik walaupun dah banyak kali orang dengar benda sama yang dia cakap.
OK la, cakap banyak nanti orang marah pulak. Saya bukan nak kondem orang. Tapi itu komen ikhlas saya sebagai audience. Korang mesti bengangkan kalau korang present orang tak bagi perhatian? Ini juga peringatan dan pengajaran bagi saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)