SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Aku Sebutir Pasir. Show all posts
Showing posts with label Aku Sebutir Pasir. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

Kata Puan Zahirah

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak update blog ni. Sekarang saya sedang bercuti di kampung. Minggu-minggu akhir sebelum bercuti, agak sibuk menyelesaikan tugas yang perlu diselesaikan. Lepas tu tambah dengan tak ada mood nak update blog. Pada hal banyak je benda nak cerita. Punyalah tak ada kerja nak buat, tadi saya belek-belek whatsapp lama. Whatsapp dari Puan Zahirah, pegawai PTPTN. Saya dapat nombor handset dia masa settle kan semua bayaran PTPTN dua tahun lalu. Siapa nak nombor dia untuk urusan PTPTN, boleh tinggalkan komen ya. Nanti saya bagi atas kebenarannya. Saya baca whatsappnya yang mengucap tahniah kepada saya kerana telah selesai buat bayaran PTPTN. Ada satu whatsapp tu berbunyi: Puan Zahirah: Awak cantik Tinta Emas. Mak syapun cakap macam tu. Dia kata pernah nampak kat TV. Saya baca berulang kali whatsapp tu dan sebelum tu. Jarak masa dekat. Dalam minit yang sama. Tapi whatsapp sebelum tu cakap pasal PTPTN. Macam mana boleh masuk topic lain ni? Apapun, saya balas kat puan tu agar dia puji jugak yang menciptakan saya. Saya jugak minta dia sampaikan salam pada emaknya. Ya Allah, terima kasih atas ciptaanMu ini. Terima kasih kerana mengurniakan saya apa yang mereka kagumi. Jadikan wajah ini sebagai motivasi untuk saya perindahkan akhlak saya.

Saturday, March 18, 2017

Kakak Gerai Sebelah Pagar

Assalammualaikum readers, Baru ada mood nak update blog. Sementara tunggu masa nak pergi tandem malam ni, kita update dulu :) Oh ya, tadi, kawan saya datang jumpa saya. Hantar kerepek brownist yang saya pesan. Dah habis dah pun. Peduli apa saya, mahal tak mahal, kalau saya dah suka, kejap je habis. Nanti nak order lagi tau. Saya tahu diapun baca blog saya. Kelmarin, saya balik pukul 5.00. Sampai kat kawasan rumah, kakak yang jual pisang goring tepi pagar masih ada. Dah empat bulan saya duduk sini. Tak pernah sekalipun saya beli kuih kat kakak ni. Dah selalu balik lewat, kakak ni pun dah tak ada. Kalau adapun, tak terasa nak makan dan malu sebenarnya nak singgah. Tapi, sayakan dah mula tak makan nasi setiap hari balik, so agak laparlah kelmarin. Perutpun mendesak saya singgah ke gerai kakak tu. Kakak: Ya adik, nak apa? (Sapa sang kakak ramah sebelum saya betul-betul menghampiri gerainya.) Saya: Ada jual apa, kak? (Dengan senyum saya bertanya. Almaklumlah, tak pernah singgah.) Kakak tu pun memberitahu saya makanan jualannya. Saya: Bagi saya pisang goring seringgit, keropok leko tebal dua ringgit. Kakak tu mula membungkus. Kakak: Adik ni comey lah. Kakak selalu Nampak adik. Hah? Topik apa pulak ni? Hari ni, bukan hari saya pergi Air Asia. Kalau tak pergi Air Asia tu, tahu-tahu jelah. Ala kadar jelah saya pakai. Tak adalah nak melawa. Bajupun, baju duduk office je, bukan baju lawapun. Fikir saya dalam hati. Layankan jelah. Nanti orang kata sombong pulak. Saya: Biasa-biasa je, kak. Kedengaran anaknya berkata sesuatu kepadanya dengan suara perlahan seakan berbisik. Kakak: Adik, anak akak ni Tanya, adik ke yang masuk TV tu? Laaa... Ingat dah habis dah cerita fasal TV tu. Dah hampir dua tahun dah episod tu berlalu. Kak Nazura!!! Akaklah ni, pandai-pandai suruh saya tolong jayakan rancangan akak tu. Dah orang asyik Tanya je. Malu nak ngaku. Lain kali tak mau tolong dah hal-hal macam ni. Hehehehe... Saya: Hmmm... Yelah tu. Mula-mula tak nak ngaku. Tapi bila tengok akak dan anak dia tu excited, kesian pulak kalau tipu. Ingat lagi macam mana excitednya saya bila jumpa orang pernah keluar TV, bila Tanya dia kata tak, saya rasa hampa. Kakak: Rancangan apa dah? Saya: Raikan Wanita. Kakak: Tulah akak tengok, eh budak ni tinggal kat rumah kita. Saya: Hehehe tapi masa tu saya kat rumah lama. Belum pindah sini. Saya senyum mesra. Astro tayang lagi ke episode saya tu? Kakak: Adik belajar sampai university ya? Saya: Ya kak, Alhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana bagi saya kelebihan yang orang sebutkan ni. Sebenarnya itu adalah ciptaan serta kurniaanMu. Bukan milikku. Mungkin Kau sengaja perdengarkan padaku agar aku lebih bersyukur dan hargai apa yang Kau beri.

Monday, February 13, 2017

Mood Melayang Dan Pujian Di Pagi Hari

Assalammualaikum semua, Hari ni, lepas Subuh lagi mood elok saya dah melayang. Chiko buat perangai lagi. Saya dengar dia mengiau. Kat bilik air tak ada. Saya buka pintu bilik satu-satu. Dia keluar dari bilik belakang. Confirm dia buat perangai! Dia kencing kat tilam lagi!!! Mujur just kena tepi sedikit dan cadar. Kelam-kabut saya membasuh pagi-pagi. Air kencing kucing tak boleh dibiarkan lama, nanti busuk, susah nak hilang bau. Lepas siap basuh tu, saya bersiap nak pergi office. Alhamdulillah baju semua dah bergosok. Kalau tak, mahu lambat. Saya tergerak hati nak cari Si Chiko. Tergerak hati jugak cek bawah kerusi yang dia selalu duduk. Chiko!!!!!!!!! Dia kencing kat bawah kerusi ni jugak!!!! Patutlah kat tilam tu sikit. Tak puas agaknya!!! Sekali lagi saya harus tunda keluar rumah. Saya kena bersihkan segera sebelum baunya kuat nanti lagi dia suka kencing kat tempat yang sama. Astaghfirullahalazim... Apalah dosa saya jadi macam ni? Kenapalah dia buat perangai pagi-pagi hari kerja ni? Senyum sayapun ghaib entah ke mana. Geramnya saya. Pakkallah dia kucing. Kalau manusia, dah kena cubit dengan saya. Tu pun kena jentik dengan saya. Bila saya fikir balik, mungkin bagi Allah, ini yang terbaik untuk saya hari ni. Kan semua yang berlaku tu ada hikmah dan baik bagi kita. Tiba-tiba saya rasa nak nangis bila teringatkan Allah. Mungkin juga, Allah nak hapuskan dosa saya dan nak tambahkan amal saya. Bersangka baiklah dengan Allah Tinta. Saya pujuk hati sendiri supaya kemarahan saya yang membuak segera pergi. Saya merintih pada Allah, apalah dosa saya sampai Allah uji saya macam ni pagi ni? Lalu segera saya teringat potongan makna ayat Alquran yang pernah saya baca "Sesungguhnya aku ini menurut sangkaan hambaKu," Bersangka baik dengan Allah Tinta, kerana Allah itu menurut sangkaan hambaNya. Bila baik sangkaan kita, Insya-Allah, ada hikmahnya yang kita akan ketemu. Saya letakkan tisu bekas lap kencing Chiko dalam bilik air supaya dia faham yang bukan sekadar buang air besar di bilik air, kencingpun kena dalam bilik air. Saya letakkan Chikopun dalam bilik air beserta air dan makanannya. Bukan niat menyiksa. Sekadar ingin mengajarnya. Lagipun bilik air ni bukan sempit. Dua bilik air dia boleh berpindah-randah sebab dia boleh ke bilik air master bed room melalui jalan atas. Keluar je dia tak boleh. Alamatnya rutin saya sebelum masuk office tak dapat dilaksanakan hari ni. Saya kena curi masa lain. Saya melangkah ke pejabat dengan wajah keruh. Keceriaan terus lenyap. Dalam hati saya ingatkan diri sendiri supaya sabar. Kucing tu kan binatang peliharaan nabi. Dia juga selalu berdoa untuk tuannya. Sabarlah, pasti ada sebab kenapa Allah buat macam tu. Seorang perempuan menegur saya dan berjalan bersama saya ke LRT. Fadilah namanya dan bekerja di RHB. "Eh, you cantiklah hari ni," Hah? Dia ni pernah jumpa saya ke sebelum ni? Rasa tak pernah. Saya kan keluar awal. Saya terpinga-pinga. "Ya, pretty. Cantik." Ulangnya lagi. Saya blur. Dia ni tak Nampak ke muka saya yang keruh tanpa senyuman ni? Ada orang kata, senyuman saya manis. Mungkin itu yang buatkan saya Nampak cantik (bukan perasan. Fikir saya selama ni, senyuman tu yang menampakkan begitu ). Lagipun, hari ni, saya keluar rumah tanpa mekap. Usahkan bedak, krim alovera tanpa warna tu pun saya tak pakai. Macam mana dia boleh kata saya pretty? Betul ke tak betul mata dia ni. "Ya, you Nampak cantik," Cik kakak, pandangan cik kakak ni betul ke tak? Kata hati saya. Saya nak senyumpun tak ada mood. Mungkin dia ulang sebab saya Nampak terpinga-pinga. "Saya tak mekappun. Belum mekap lagi," Dia tahu tak saya rasa wajah saya ni tak bersih sebab saya tak cuci dengan scrub dan mask dah berapa minggu. "Ya, but its OK, cantik," Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan ini. Subhanallah, aku kembalikan pujian ini kepadaMu yang menciptakan. Andai benar pujian ini, sebenarnya ia adalah kecantikanMu, bukan aku. Kau yang menciptakan aku sebegini dengan segala sifatMu yang Maha Indah dan Maha Cantik. Saya coretkan di sini bukan riak. Sekadar untuk saya baca semula suatu hari nanti untuk menjadi motivasi kepada diri saya tatkala saya rasa rendah diri dan tak punya apa-apa. Agar saya dapat kekuatan daripada sedikit nikmat yang Allah bagi.

Tuesday, January 31, 2017

Percaya Kata Hati

Orang kata, dengar kata hati. Dan... Percaya kata hati. Tapi betul ke? Orang kata, hati akan memandu kita. Ya ke? Kerana percaya kata hatilah, dua kali cinta saya hancur. Dibiarkan sepi tak berharga. Masihkah saya boleh percaya kata hati saya? Atau... Hati saya kotor, tak bersih? Mungkin sebab tulah, saya menemui kegagalan bila percaya kepadanya. Tapi, kalau kita solat Istikharahpun, Allah bagi petunjuk melalui hati kan? Jadi, hati perlu dibersihkan agar ia dapat memandu kita kepada kebenaran. Wahai hati Tinta, bersihkah kamu? Sucikah kamu? Dan bolehkah saya percaya kata hati saya untuk teruskan kehidupan ini? Tuhan, bimbinglah hati saya. Jagalah hati saya. Supaya ia dapat memandu saya kepada kebenaran dan kebahagiaan. P/S: Tinta, jangan terlalu fikirkannya. Bersiaplah untuk tidur. Esok harus bangkit awal untuk mendaki Broga. Percayalah, kalau kita ikhlas, Allah akan pegang hati kita dan pandunya ke arah yang baik. Insya-Allah. Amin...

Wednesday, November 9, 2016

Ke Mana Harus Dilayar Rindu?

Malam sepi begini, terpanggil aku untuk melakar rasa di sini. Dalam mengusung saratnya rindu, aku tak tahu ke mana harusku layarkannya. Lalu ku mohon Tuhan, halakan rindu ini buatMu yang sentiasa merindui hamba-hambaNya.

Thursday, June 23, 2016

Suara Di Arasy

Ya Allah, Aku ini hambaMu yang hina. Berlumuran dosa tebal. Mungkin tidak layak Engkau pandang kerana Engkau Maha Suci. Tapi pada siapa lagi harusku gantungkan harapan selain daripadaMu Tuhan yang Maha Berkuasa? Maka aku hamba hina ini mengharapkan belas kasihanMu. JanjiMu, Kau akan memakbulkan doa hambaMu. Meskipun doaku mungkin tidak terdengar di Arasy seperti suara Nabi Yunus dari dalam perut Ikan Nun, namun aku tahu Engkau Maha Mendengar. Dengarkanlah Ya Allah akan rintihan-rintihanku.

Wednesday, June 22, 2016

Ketika Bintang-bintang Bergemerlapan

Ya Allah, 
Ketika kegelapan menyelubungi dunia 
Ketika bintang-bintang bergemerlapan 
Ketika unggas-unggas dan cengkerik bersahutan 
Ketika manusia lena diulit mimpi indah, 
Ketika pintu dunia tertutup 
Dan ketika pintu-pintu langit terbuka, 
Sudilah apa kiranya Engkau memandang aku barang sesaat 
Mendengarkan suara hinaku barang sejenak 
Yang datang berlumuran dosa selautan buih memutih. 

Thursday, June 16, 2016

Rindu Yang Tak Terucap

Pernah suatu hari, saya berbual-bual dengan Hana sewaktu tinggal serumah dulu. "Lambat betul nak boleh solat. Saya rasa rindu nak solat," Katanya kepada saya. Saya diam. Tak tahu nak balas apa. Masa tu saya rasa pelik. Allah dah bagi cuti, berehat dari solat. Tak perlu terkejar-kejar nak solat. Kan relax sikit. Fikir saya dalam hati tanpa melafazkannya di bibir takut teman baikku itu tersinggung. Selalunya kalau tak boleh solat, saya rasa bebas. Boleh ke mana sahaja tanpa fikir nak solat kat mana. Tapi kali ni... Saya rasa berbeza. Perasaan yang saya rasa selalu tu tak terasa. Sebaliknya, saya rasa takut, takut kalau Allah lupakan saya bila saya tak solat. Takut dia tak pandang pada saya. Takut Dia tak menggembira dan tak menenangkan saya kerana saya tak berbual denganNya. Takut dia biarkan saya keseorangan bila saya susah dan sedih. Kenapa ya? Kenapa berbeza kali ni? Saya menulis di sini bukan kerana saya mahu tunjuk saya baik. Saya menulis sebab saya tak tahu nak luahkan pada siapa tentang rasa ni. Takkan saya nak cerita kat kawan? Nanti dia orang kata saya riak. Dan sayapun tak aspek orang baca pos ni. Cukup sekadar saya melegakan perasaan saya. Nak cerita hal ni kat orangpun saya malu. Sebab saya bukan seorang yang warak dan alim. Saya rasa saya tak layak nak rasa begini. Tapi itulah hakikatnya. Ya Allah, janganlah Engkau jauh daripadaku selama aku dalam keadaan begini. Amin