SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Kerajaan Kecilku. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Kecilku. Show all posts

Wednesday, December 26, 2018

Polisi Insurans Yang Memberi Tanda Tanya

Saya termenung sambil tunggu update apps kat phone. Tiba-tiba Whatsapp masuk. Angah! Biasanya kalau angah whatsapp ni ada sesuatu yang serius. 'Assalam' 'Aku dgn Jamal pergi Thailand malam ni' 'Nt aku bg polisi insurans kt kau. Kalau pape jadi, kau uruskan ya. Bagi 2. 1 family kita, 1 family Jamal' 'Bahagian family kita kau buat faraid' Demi membaca text daripadanya, saya tersentuh. Hati tertanya-tanya, kenapa dia menghantar text ini kepada saya? Ya Allah, Kau selamatkan adikku dan suaminya. Saya tak mahu kehilangannya. Saya baru rasa yang angah dulu telah kembali. Angah yang pernah saya rasa seperti hilang. Hati ini cepat saja tersentuh. Lantas saya coretkan luahan di entri ini. Mana mungkin mahu kongsikan dengan sesiapa. Belum tentu ada yang sudi mendengarnya. Dengan keluarga? Tidak! Kalau angah menceritakan sesuatu kepada saya, secara automatik saya faham. Ianya rahsia dan tak perlu bercerita kepada family yang lain. Angah tak suka halnya diketahui orang lain melainkan orang yang dikehendakinya. Kecuali, dia sendiri bercerita kepada family yang lain. Saya tak mahu rosakkan kepercayaannya kepada saya. Saya mahu menjadi orang kepercayaannya seperti dulu. Dalam family, angah banyak memberi rahsianya kepada saya sehinggalah badai melanda yang membuatkan dia menjauh. Sebenarnya bukan salah sesiapa tapi angah sensitif dan perasa orangnya. Dia salah faham mungkin salah fahamnya termasuk kepada saya. Dan saya baru merasakan dia kembali seperti angah yang dulu sewaktu dia ingin berkahwin atau lebih tepat, semasa hariraya tahun lepas. Angah ni sangat positif terhadap saya. Banyak benda yang dia percaya saya yang boleh laksanakan untuk dia termasuklah dalam hal insuran ni. Saya tanyakan kepada dia untuk apa dia ke sana? Ke Patani ke atau Songkhla? Biasanya dua tempat nilah orang takut nak pergi. Jawabnya ringkas. Pergi jalan-jalan. Saya suka mendengarnya. Mungkin pergi honeymoon. Saya tumpang bahagia. Saya mohon Allah bahagiakan dia dan suami. Baguslah pergi bercuti, mengeratkan kasih sayang. Tapi kenapa bagi saya text ni? Saya risau. Pergi bercuti sebelum ni tak pernah pesan apa-apa. Tapi kali ni... Semoga angah dan Jamal baik-baik saja. Tak ada apa yang berlaku. Angah ni perahsia orangnya. Kalau ditanya, bukan nak cakap sampai habis. Nak kita faham sendiri. Tapi sukakan perhatian dan sukan orang manjakan dia. Hmmm... Nampaknya, untuk beberapa hari ni, saya akan jadi pemerhati whatsapp dia. Kalau dia online tu, maknanya dia OK. Kalau saya tanya berapa hari dia pergi pun, belum tentu dia balas text. Empat hari lagi, saya akan tanya dia dah balik ke belum. Jamal jaga angah tau. Along sayang dia. Terima kasih jugak kepada Jamal. Sebab rasanya angah ada perubahan sejak kahwin dengan Jamal. Mungkin Jamal banyak mengajarnya. Ya Allah, saya turut merasa bahagia dengan kebahagiaan angah.

Tak Nak Peluk Ke?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Menyampah dengan google ni. Nak suruh tulis text yang dia bagi segala untuk log in blog ni. Saya ni dahlah blind. Menyusahkan je! Mujurlah saya ambil gambar hantar kat acik, acik boleh baca text yang dia bagi. Mujurlah acik tu segera balasnya. Kalau tak, asyik kena ambil gambar sebab text tu bertukar. Dia kan valid berapa minit je. System audio pulak tak function. Mujur mood tak jadi rosak hahahaha... ****************************** Mak ai tajuk, boleh tahan. Masa Hakim datang hantar barang-barang kat rumah saya ni bulan lepas, dia datang dengan Halim, kawan baik dia. Waaa... Dah pandai suruh saya tutup aurat bagai sebab dia datang dengan kawan dia. Yelah pakcik, along tahulah. Takkanlah along nak togel je? Tapi bagus, saya suka. Sebab nampak sikap tanggungjawabnya. Hehehehe... Dah besar adik along. Lepas dah angkat semua barang, dia minta diri untuk balik. Saya sambut huluran tangannya untuk bersalam. Selesai bersalaman dan dia mencium tangan saya, saya menarik kembali tangan saya. Hakim: Tak nak peluk ke? Hahahaha... Kan selalunya, lepas salam, saya akan peluk dia erat dan lagakan pipi saya dengan pipi dia tiga kali. Malam tu saya tak buat sebab ada Halim. Saya OK je. Tapi saya takut dia malu bila saya buat macam tu depan kawan baiknya. Orang lelaki kan. Takut dia rasa tak macho bila kakak buat gitu depan kawan dia. Takut jugak nanti kawan dia ketawakan dia bila saya peluk dia. Tapi nampaknya, Hakim berkehendakkan sesuatu yang sebaliknya. Baguslah. Kasih sayang tu perlu selalu ditunjukkan sesama adik-beradikkan? Eleh, sebenarnya dia tu manja. Saya mengharapkan dia menjadi seorang lelaki yang tahu menghargai dan menzahirkan kasih sayangnya kepada perempuan yang ada pertalian dengannya. Perempuan kan suka dibelai dan orang berlembut. Kalau lelaki lembut dengannya, hati yang marahpun sejuk. Hati yang rajuk terus reda. Hehehehe... Tapi kalau lelaki marah, memang lambatlah sembuh hati yang rajuk or reda kemarahan perempuan. Tapi ini lelaki tak faham. Hehehehe... Nanti karang ada pulak lelaki yang marah pulak.

Thursday, October 4, 2018

Adik Yang Lembut Hatinya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni, pagi-pagi saya terima whatsapp dari acik bertanyakan khabar saya. Pelik, bukan selalu dia ni hantar whatsapp Tanya khabar. Rupa-rupanya, dia terbaca berita tentang saya di akhbar. Pada mulanya saya pelik. Tak ada reporter interview saya pun? Rupa-rupanya dia baca berita saya empat tahun lalu semasa saya buat pembahasan di Persidangan Puteri UMNO di PWTC. Katanya, dia bangga dengan saya. Hahahaha... Tak ada apa perlu dibanggakan. Saya ni biasa-biasa je. Taklah bergaji besar macam angah. Kata Acik, ada sebab kenapa Allah lahirkan saya dalam keluarga ni. Dia bangga dengan saya dan katanya, dia tahu yang saya ni seorang yang kuat sejak kecil lagi. Saya rasa sebak. Ada jugak orang nak bangga dengan saya walhal saya bukanlah sesiapapun. Jauh sekali bekerja baik dan bergaji besar. Bagi saya, itu cukup memadai malah kebanggaan acik amat bermakna buat saya kerana ia datangnya dari darah daging saya. Adik saya sendiri yang tak pernah tahu dunia saya, kehidupan saya. Kenapa? Sebab saya bukan suka bercerita tentang kehidupan saya kepada keluarga. Along sayang acik sangat-sangat. Rindu acik selalu. Along doakan acik sentiasa dalam jagaan Allah. Dalam perbualan kami di whatsapp, acik ada beritahu saya yang kawan-kawannya selalu pinjam duit dia lepas tu tukar nombor telefon. Kesian acik. Acik ni lembut hatinya. Mudah kasihankan orang. Tapi kawan-kawan dia suka ambil kesempatan padanya. Ya Allah, temukan acik dengan kawan-kawan yang baik. Jauhkan dia dari orang-orang yang berniat tak baik padanya.

Sunday, September 2, 2018

Jodoh Yang Tak Disangka

Bila bercerita pasal jodoh, semestinyalah bukan jodoh saya. Hahahaha... Sebab jodoh saya tak mahu kat mana lagi. Entah dekat, entah jauh. Entah orang dikenali, entah tidak. Saya nak bercerita pasal angah, adik saya yang baru kahwin tu. Sememangnya aturan Allah itu cukup cantik. Jodoh pula bagai satu misteri yang akan terungkai pada bila-bila masa. Pada hujung 2016, angah pulang ke kampung bersama seorang lelaki bernama Rizal. Rizal seorang duda beranak dua kalau tak silap. Rancangnya, mereka nak langsungkan perkahwinan pada tahun 2017 dan bertunang pada Oktober 2016. Masa tu saya sedang berduka-lara. Bila dengar angah nak bertunang, saya selalu minta dengan Allah agar permudahkan jodoh angah. Janganlah bagi dia rasa apa yang saya rasa kerana dia lebih kerap merasai kekecewaan berbanding saya. Ujian buat angah sebenarnya lebih teruk dalam hal ni. Bezanya, angah mudah melupakan dan jatuh cinta lagi tidak seperti saya yang payah melupakan serta payah untuk jatuh cinta lagi. Tapi ketetapan Allah itu lebih cantik. Saat angah dan bakal tunangnya membuat persiapan untuk hari pertunangan, angah dicurangi. Lantas, angah membawa hatinya yang rawan ke Pulau Redang untuk Diving seorang diri. Kalam melakar kisah, rupanya Allah dah siapkan jodohnya sedang menunggunya di pulau tersebut. Perkenalan sebagai kawan pada mulanya berkembang menjadi hubungan istimewa. Dan akhirnya pada 14 April, 2018, angah dan Jamal sah bergelar suami-isteri dengan satu kali lafaz berwalikan abah, juga dinikahkan oleh abah dan disaksikan keluarga kedua belah pihak. Saya rasa amat gembira ketika tu. Excited nak dapat adik ipar. Ada yang bertanya, tak rasa apa-apa ke adik nikah dulu? Memang rasa, rasa happy dan excited. Tak sabra tunggu hari bahagia tu. Rasa negative Alhamdulillah, tidak pula menjengah ke hati saya. Tak rasa sedih, tak rasa dengki pun. Malah, kami adik-beradik bertungkus-lumus menjayakan majlis berkenaan. Saya adalah orang paling awal balik untuk persiapan kenduri iaitu seminggu sebelum hari pernikahan. Lebih awal balik dari pengantin sendiri! Hahahahaha... Over kan? Dan hari ini bila mengingatkan mereka, saya sering tersenyum bahagia. Akhirnya, angah bertemu dengan jodohnya. Saya? Allah akan kirimkan seseorang yang tepat, pada masa yang sesuai untuk saya. Saya hanya perlu tunggu, usaha dan berdoa. Bila tiba waktu dijanjikan, jodoh akan sampai, tak akan salah alamat. Pastinya buat saya. Bila nak timang anak saudara pulak ni ha? Hahahahaha... Angah kata tahun depan.

Wednesday, May 16, 2018

Cubaan Memberi Rasuah

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni saya tak makan ubat selsema. So saya rasa bersemangat memandangkan selsema pun dah kurang. Insya-Allah, esok lusa baiklah. Bercakap tentang rasuah ni, ia ada di mana-mana. Masa abah saya kerja dulu, antara kerja abah, memberi kontrak kepada kontraktor melalui tander dan menjaga projek. Mama selalu ingatkan abah supaya tidak menerima sebarang rasuah daripada kontraktor. Kontraktor memang baik. Kalau tahun baru Cina, banyak hamper dan limau mandarin akan sampai ke rumah saya. Begitu juga dengan hari raya puasa. Mujurlah menurut Tun Mahathir, pegawai kerajaan atau menteri dibenarkan untuk menerima hadiah berbentuk bunga dan makanan sahaja. So, itu tidak termasuk rasuahlah kan? Suatu hari, mama berbual dengan seorang kontraktor Melayu. Sebenarnya ada beberapa kontraktor yang baik dengan abah dan keluarga kami. Kontraktor mengatakan, "En. Ruslan ni baik, tapi tak boleh main-main dengan dia," Rupa-rupanya, ada kontraktor yang baik dengan abah cuba memberi rasuah dengan memberikan abah satu sampul surat yang berisi duit tebal di dalamnya. Abah memberitahu kontraktor berkenaan, "Awak simpan jelah duit awak tu. Saya masih mampu untuk tanggung keluarga saya dengan gaji yang saya dapat," Kontraktor tersebut berubah muka dan terus terdiam. Akhirnya, dia meminta maaf daripada abah. Mama Tanya abah, berapa jumlah wang berkenaan? Abah kata, dia tak tengok dan tak kira pun duit tu. Buat apa nak ambil tahu kalau kita tak nak? Terima kasih abah sebab memberi pengajaran kepada kami.