SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, May 31, 2016

Panggilan Yang Ditunggu

Masa kita mula-mula kenal dulu, ada beberapa kali awak call saya. Kali pertama berbual dengan awak, saya rasa berdebar sebab tak pernah sembang dengan awak. Lepas tu saya let go macam tu je. Alah, kawan FB, biasalah, mula-mula memang excited nak kenal, chatting dan call. Lepas tu lesap. Lepas malam tu, kita sering chatting, like-like dan komen kat status masing-masing. Makin lama makin mesra. Dan awakpun call saya lagi. Tapi saya tak call awak, segan. Lama-kelamaan, saya jadi tertunggu-tunggu panggilan dari awak. Yelah, awak bukan call saya setiap hari. Kadang-kadang saya rasa gelisah, tertanya-tanya, apa khabar awak? Sedang buat apa awak dan di mana awak? Saya mesti baca status awak setiap hari, macam awak juga, selalu baca dan like status saya. Saya tahu dan ingat sampai sekarang siapa yang sering like dan komen status awak. Kebanyakan mereka dah tak like dan komen awak dah sekarang. Masa tu likers awak tak ramai, komen status awakpun tak banyak. Sama macam saya. Almaklumlah, orang baru ada FB. Awak ingat tak awak pernah call saya masa awak out station kat Mata Ayer? Masa tu awak menginap rumah mak boss awak. Bila terima call awak, saya rasa happy. Kadang-kadang nak call, tapi takut dan malu. Jadi, saya cuma mengharapkan awak call jelah. Lagipun saya fikir, orang lelaki bukan boleh tunjuk kita tunggu dia, nanti naik lemak macam X BF saya. Ada masa-masanya, saya cuba matikan rasa indah yang mula terbit dalam hati. Takut bertepuk sebelah tangan dan takut sejarah lama berulang. Lagipun saya kena sedar siapa diri saya. Kalau orang tak mulakan, tak payahlah nak berangan. Siapalah saya pada pandangan awak. Ada sekali tu, awak kata nak call saya bila sampai Cameron Highland. Awak pergi out station masa tu. Malam tu saya tunggu awak call sebenarnya. Tapi awak tak call. Saya tunggu sampai saya tertidur. Hampa rasa masa tu. Tak apalah, saya bukan siapa-siapapun nak mengharap. Saya berkira-kira nak lupakan awak sebab takut kecewa. Adakalanya saya marah diri sendiri. Kenapalah hati ni degil sangat tak nak ikut kata akal? Malam esoknya, awak call. Hati yang terasa jauh riang kembali. Kita berbual-bual. Saya tanya awak: "Kata nak call bila sampai Cameron Highland?" "Sorry awak, saya tertidur awal semalam," Dan kita terus bersembang. Saling bercerita tentang diri masing-masing, saling mendengar dan mengenali hati budi. Dan sampai sekaranglah saya menjadi penunggu setia panggilan awak. Tapi sekarang sayapun call awak juga.

Sekadar Peringatan

Assalammualaikum readers, Sedikit peringatan kepada pembaca sebab saya tahu blog saya ni semua silent readers. Blog saya ni adalah diari harian saya, tempat saya meluah rasa suka dan duka. Blog ni bukan seperti blog orang lain yang banyak memaparkan isu semasa, membincangkan soal penting dan sebagainya. Jadi, sekiranya korang tak suka dengan isi blog ni, korang boleh abaikan blog ni. Saya tidak berkecil hati. Sebab tak ada apa yang penting korang akan dapat kat blog ni melainkan cerita saya. Daaa...

Monday, May 30, 2016

Allah Yang Maha Baik

Assalammualaikum readers, 

Saya rasa mengantuk. Tapi saya rasa perlu tulis entri ni malam ni juga. 

Malam ni, sekali lagi Allah menunjukkan kebaikanNya pada saya. Sesungguhnya Allah saja merancang agar saya menerima kebaikanNya. Saya tak tahu macam mana harus saya gambarkan perasaan saya kala ini. Saya bukan seorang yang warak tapi saya harus syukur padaNya malahan wajib. Saya rasa Allah sentiasa dekat dengan saya. 

Malam ni adalah malam perbincangan antara saya dan designer rumah saya. Quotation yang saya terima agak jauh beza jumlahnya dengan peruntukan yang saya ada. Setelah membuat keputusan untuk postpone buat kitchen cabinet, jumlahnya tetap tidak memadai dengan peruntukan yang saya ada. Hati saya resah walaupun tidak saya zahirkan. Tapi saya akan cuba memenuhi keperluan ini. Designer membuat tawaran kepada saya untuk membuat pelaburan dalam projek yang sedang dilakukannya. Setelah mendapat penerangan lanjut, keuntungan yang saya akan dapat mampu memenuhi keperluan perbelanjaan ubahsuai rumah saya hanya kurang beberapa ratus sahaja. Alhamdulillah, Allah datangkan rezeki saya tanpa disangka-sangka. 

Setelah itu, designer turut memaklumkan kepada saya bahawa design yang dia buat untuk rumah saya itu dianggapnya sebagai hadiah. Bermakna, saya tidak perlu membayar satu senpun untuk design rumah saya. Saya tanya dia, sebenarnya berapa harga design rumah saya tu? Jawabnya "Beribu-ribu, kak," Saya terdiam sejenak, mengucap syukur dalam hati dan melafazkan ucapan terima kasih padanya. 

Ya Allah, terlalu banyak kebaikanMu padaku dalam masa tak sampaipun setengah jam ianya datang. 

Terima kasih, Allah, terima kasih. Janganlah Engkau jadikan aku orang yang leka dengan nikmatMu. Sentiasalah Engkau dekat padaku Tuhan, menjaga dan memeliharaku dalam kasih sayangMu Yang Maha Indah. 

Sunday, May 29, 2016

Segalanya Bermula

Hahaha seperti yang saya cakap, update lagi.  

Nak imbas kembali cerita tentang awak. 

Awak ingat tak, lepas awak like-like status saya kat FB, sayapun mula like status awak juga. Saya baca biodata awak kat FB, tapi awak tulis biodata palsu. So, tak tahulah siapa awak sebenarnya. 

Saya messenger awak, tanya awak ni siapa? Hahaha awak skema sangat masa tu. Awak cakap, awak minta maaf, awak sedang bekerja, nanti malam awak PM saya. Hmmm... Yelah tu. Nanti malam entah PM entah tidak. Saya lupa pulak malam tu awak PM saya ke tak. Yang pastinya, lepas tu kita selalu chatting. Awak ingat lagi tak? Kita pernah chatting sampai Subuh? Awak ngantuk sebenarnya tapi awak still layan chat saya sebab tak sampai hati nak tinggalkan saya dan tidur. Masa chatting tu awak minta nombor telefon saya. Sayapun bagi dan awakpun bagi nombor telefon awak. 

Malam tu, awak minta izin nak call saya kejap. Waaa... Takutnya. Saya tanya awak, macam mana kalau suara saya ni suara makcik-makcik? Awak kata tak apa, suara tu tak penting. Then awak call dan kita sembang. Saya tak tahu nak sembang apa tapi awak pandai sembang. So, kita berbual mesra. Awak kata, tak sangka saya pandai berbual sebenarnya, sebab awak yang pandai sembang so saya bolehlah layan. Hehehe 

Lepas pada tu, adalah beberapa kali awak call saya. Awak kata, suatu hari nanti awak akan datang jumpa saya. Saya gelak je. Saya tak nak jumpa awak sebenarnya, segan. Dan saya tak harappun awak jumpa saya. Bagi saya, cukuplah sekadar kita jadi kawan FB je. 


Engkau Ada Harta

Assalammualaikum semua, 

Selamat berhari minggu. Duduk kat rumah ni tak sibuk sangat. So, hari ni saya mungkin akan tulis beberapa entri. Mula dengan entri ni ya. 

Suatu hari, saya berbual-bual dengan housemate saya tentang takdir dan jodoh.Dalam sembang-sembang tu, ceritalah fasal budak batch saya yang melangsungkan perkahwinan semalam. 

"Batch aku sorang demi sorang kahwin. Aku jugalah yang lewat. Tapi tak apalah, mungkin Allah tahu bila masa yang sesuai nak bagi aku jodoh," Kata saya kepada housemate. 

"Tak apalah Cik Long, biar je apa orang nak kata. Dah jodoh tu kerja Tuhan, kita nak buat macam mana," Katanya dengan membahasakan saya Cik Long, panggilan yang selalu dia gunakan buat saya.

"Tulah, dia orang ni suka tanya. Macamlah  aku tahu bila jodoh nak sampai. Kalau tahu senanglah. Aku paling tak suka orang tanya aku bila nak kahwin. Nanti aku nak tanya dia orang, bila nak mati? Kalau yang dah kahwin tu belum dapat anak, aku nak tanya dia, bila nak dapat anak. Sibuk hal orang. Kalau tanya aku bila nak makan tu bolehlah aku jawab," 

"Dia orang tu ngada-ngada. Yang selalu suka tanya orang macam tu, orang yang dah kahwinlah," Balasnya. 

"Bukanlah aku nak sakitkan hati orang nak jawab macam tu, aku cuma nak dia orang faham, jodoh tu di luar kawalan manusia. Setakat ni aku jawab, suruh tanya Allah je. Bila tak tahan nanti aku jawab macam tu. Kalau orang tanya dia orang, tak boleh, tapi kalau dia orang tanya kita bukan main lagi. Kadang-kadang yang tanya tu bukan yang rapat dengan kitapun. Apa hak dia orang nak tanya?" 

"Eh, tapi kau perasan tak sesuatu?" Tiba-tiba housemate saya mengajukan soalan. 

"Apa dia?" Balas saya ingin tahu. 

"Budak batch kau majoriti dah kahwin, ada anak, ada kereta. Kau tak ada semua tu," Saya ketawa.  

"La... Memanglah," 

"Tapi... Ada sesuatu yang Cik Long ada, dia orang tak ada," Konon nak bagi suspenlah tu. 

"Apa dia?" 

"Harta. Cik Long ada rumah. Walaupun dia orang ada isteri, ada anak, ada kereta, ada yang kerja government dan gaji lebih besar dari Cik Longpun. Dan dia orang lelaki. Tapi, Allah belum bagi dia orang harta," Saya terkesima. Rasa terharu dan sebak segera datang. Betapa cantiknya susunan Allah itu. Saya tak pernah fikir sampai ke situ tapi housemate saya nampak akan kebaikan Allah pada saya dan memberitahu saya kisah indah Allah ini buat saya. 

"Cik we, Cik Long tak pernah pulak terfikir sampai ke situ. Mungkin Allah nak lengkapkan hidup Cik Long dulu kot baru nak bagi Cik Long jodoh,"  

"Mungkin. Cik Long bukan ada satu, ada dua rumah termasuk rumah pusaka yang mami nak bagi Cik Long tu. Andai katalah, jodoh Cik Long dengan awak, manalah tahukan kalau awak pergi dulu dari Cik Long, sebab hukum alamnya yang tua akan pergi dulu. Jadi, Allah tak nak Cik Long susah lepas dia tak ada. Jadi, Allah siapkan Cik Long dengan persediaan rapi untuk hadapi sebarang kemungkinan. Cik Long kan perempuan. Mesti Allah tahu Cik Long akan susah bila suami tak ada. Diapun siap-siapkan dulu Cik Long. Cuba Cik Long fikir, kenapa Allah tak bagi budak batch Cik Long tu harta sekarang sedangkan dia orang lelaki dan perlu tanggung anak isteri. Mesti Allah ada sebab yang kukuh kenapa Dia buat macam tu," 

"Betul juga kata Cik We tu. Cik Longpun tak terfikir fasal tu. Yelah, Dia lebih tahu tentang hambaNya. Kita bukan boleh pinjam buku Loh Mahfuz, selak tengok siapa jodoh kita, macam mana masa depan kita, kalau kita tahu semua tu senang. Tunggu je tak payah usaha," 

Perbualan malam itu tamat dengan rasa syukur saya pada Allah Yang Maha Dekat, Maha Baik dan Maha Indah. 

Terima kasih Allah atas semua kebaikanMu pada saya. 

Terima kasih Allah kerana menjaga saya. 

Aku tahu, Engkau mengujiku kerana ingin menunjukkan kasih sayangMu padaku. 


Saturday, May 28, 2016

Memangku Sementara

OK, mood nak update fasal kerja. Walaupun saya telah dipindahkan ke department baru, saya perlu memangku sementara kerja PR sementara menunggu PR baru masuk. Saya sorang je PR sekarang ni. So kerja PR tu dari kerja boss sampailah kerja assistant saya kena buat. Berbeza sikitlahkan dari kerja saya dulu sebab saya kena buat kerja boss. Wow! Banyak Bahasa Inggeris perlu digunakan. OK, saya ambil cabaran ni. 


Selamat Pengantin Baru, Sahabat

Salam readers, 

Sambil-sambil menanti ketibaan pengantin ni, kita tulis bloglah dulu. Kat mana? Kat Bangunan Getah Asli, kawan satu batch dari darjah 4 kahwin. 

Selamat pengantin baru Yati dan Shafiri semoga perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah.  

Amin... 

Speak Like A Lady Skirt

Petang semalam, saya berbual-bual dengan En. Fairuz, boss baru saya. Sebenarnya saya amat kagum dengannya. Dia sangat bijak. Banyak benda yang dia tahu. Dan dia dapat membaca sesuatu isu, situasi dan rancangan orang dengan cepat. Kalau dalam meeting, dia cepat je kesan sesuatu impak yang akan berlaku sekiranya sesuatu keputusan diambil. Ramai orang takut nak berbahas dengannya sebab kalau dia utarakan sesuatu soalan kepada orang, selalunya orang akan terdiam kerana pemikiran seseorang tu tak sampai tahap dia berfikir. Macam mana dia boleh jadi bijak macam tu? 

Pagi semalam dia tanya saya soalan tentang isu dalam pekerjaan saya. Oh my god! Kenapalah saya tak terfikir sampai tahap tu? Ianya sangat menunjukkan kelemahan saya dan saya ni tak bijak, tak berfikir dengan cepat, cekap dan pantas. 

Lalu petangnya saya tanya dia, macam mana nak jadi bijak? Dia jawab, kena banyak membaca. Saya tanya lagi, apa yang nak dibaca? Jawabnya, apa saja. Kalau you hadkan pembacaan you pada sesuatu subjek, you akan terhad dan takkan jadi bijak. Saya menyatakan kekesalan saya mengapa tidak melihat isu pagi tadi seperti dia melihat sedangkan ia melibatkan nama pejabat. Dia ketawa, katanya, Is OK, sebab saya muda. Saya masih belum banyak pengalaman. Sekarang ni saya dalam proses pembelajaran dan mengutip pengalaman. Dia percaya, kalau saya mahu belajar, suatu hari nanti saya juga akan jadi bijak. You tak boleh compare I dengan you. I dulupun macam you juga. I belajar dari pengalaman semua tu. 40 tahun pengalaman dalam bidang ni, I dah banyak lalui macam-macam masalah, isu, kesilapan, belajar dari apa yang berlaku pada I dan belajar dari apa yang berlaku di sekeliling I. I pun banyak belajr dari SBM. One more thing, you must be able to speak and argue. 

Argue? Macam mana saya nak argue kalau dalam sesuatu isu yang saya tak banyak tahu? Nanti cakap macam orang tak ada ilmu. Is OK, you tanya je soalan. Biarlah kalau soalan bodohpun. Then you tahu and dapat input. This is learning process. Try dont keep quiet in the any meeting. You must speak and ask. Ya, saya tak pernah tengok dia diam dalam meeting tak kiralah internal meeting atau meeting dengan orang luar, DBKL ke apa ke? Ada je yang dia nak cakap. Pegawai DBKL pun boleh terdiam dengan soalan dia. Bak kata Kak Sariha, semua benda dia tahu. Dia ni internet bergerak ke? Tapi bukan internet kepoci hal orang tu. Maksudnya buka saja topik apapun dia tahu, dalam dan luar negara. 

En. Fairuz, saya paling takut kalau nak cakap dalam meeting Bahasa Inggeris. Jangan macam tu. You just talk. Pedulilah Inggeris you betul ke salah. Belajar dari kesalahan. Kalau orang betulkan, kita terima. Dulu my english also very poor you know. Pegang mic pun I menggigil-gigil dulu. Pegang je mic, terus blank. Tapi kalau selalu cuba kita akan improve. You kena banyak pergi seminar, forum. Ooo mesti lepas ni dia akan hantar saya banyak pergi seminar ni. Cuma kadang-kadang, you sendiri tak rasa yang you improve. Tapi orang lain akan nampak. 

Mungkin juga, sebab, bila pergi training di Hanoi tahun ni, saya dah berani cakap dan banyak cakap walaupun in english. Saya tak banyak vocabulary. Akui saya pada dia. You just talk. Tak perlu fikir bombastik punya perkataan. You akan dapat sikit demi sikit dengan sendiri. You must speak like a lady skirt. Saya ketawa. Kenapa cakap macam skirt perempuan pulak? Apa hubungkaitnya? Yelah, "Short enough to be interesting, long enough to cover the subject,". You tak perlu cakap terlalu panjang sampai orang bosan dan jangan terlalu pendek, orang tak faham. Cakap pendek dan simple supaya orang tertarik nak dengar. Logik juga peribahasa dia tu. Katanya, dia dapat peribahasa tu masa kursus kepimpinan SBM masa dia muda-muda dulu. Kelakarlah pulak. 

Dan akhirnya perbualan ini melarat kepada BBC. Saya dah mula mendengar BBC sejak dia sarankan beberapa bulan lalu. Cuma kebelakangan ni semakin kerap saya dengar. Saya bagi tahu dia, bukan semua saya faham. Sikit je yang saya faham. En. Fairuz kata, mungkin pada awalnya you akan faham 10 percent saja. Never mind, lama-lama you akan faham semuanya. It simple, macam you belajar JAWS. Dulu you faham tak? Tak. Masa mula-mula dulu, saya akan buka sound dengan kuat. Lepas tu saya suruh semua orang diam sebab nak dengar JAWS cakap. Siapa bercakap, saya akan marah dia. Sebab saya tension bila tak dapat tangkap apa JAWS cakap. Masa tu saya masih sekolah dan Adam la orang pertama yang bertanggungjawab mengajar saya komputer. Ha, sekarang you faham sangat apa JAWS cakapkan? Macam tulah you akan faham BBC program tu kalau you rajin dengar. OK, maka tamatlah kelas motivasi petang semalam selepas waktu kerja. 

Saya nak jadi bijak. So, saya perlu banyak baca, improve my english language. 

Friday, May 27, 2016

10 Coklat Terlazat Dunia

Salam readers, Ada tak antara korang yang suka makan coklat? Coklat yang macam mana yang korang suka? Cuba kita tengok, antara 10 coklat kat bawah ni, berapa jenis yang korang dah cuba? Bukan lagu je ada top 10, coklatpun sama. Mari kita lihat jenama, tahun diasaskan serta Negara pengeluarnya: 1. Lindt atau nama panjangnya Lindt & Sprungly (1949 - Swiss) Pengasas: David Sprungli-Schwarz dan anak lelakinya, Rudolf Sprungli-Ammann. - Antara produk popularnya Lindor * yang menjadi kegemaran saya sekarang hehehe. 2. Godiva (1926 - Brussels, Belgium) Pengasas: Joseph Draps. - Antara produknya termasuklah Coklat Liqueur selain daripada biskut, truffle, kopi, koko dan lain-lain. Bungkusannya keemasan melambangkan kemewahan. 3. Hershey's (1894 - Pennsylvania, Amerika Syarikat) Pengasas: Nilton Hershey - Antara produk popularnya, Kisses. 4. Guylian (1960 - Belgium) Pengasas: Guy Foubert (nama Guylian adalah gabungan pengasanya dan isteri) - Antara produk popularnya, Sea Shells. 5. Ghirardelli (Amerika Syarikat) Pengasas: Domenico Ghirardelli 6. Ferrero Rocher (1982) - Tidak banyak fakta dinyatakan tentang coklat ini. 7. Valrhona (1922 - Tain-l'hermitage, Perancis) Pengasas: Alberic Guirronet. 8. Neuhaus (1857 - Belgium) Pengasas: Jean Neuhaus. - Pengeluaran menggunakan buatan tangan serta turut mengeluarkan biskut dan aiskrim. 9. The Belgian (1956 - Belgium) - Pengeluaran menggunakan kaedah tradisional. 10. Thorntons (1911 - Inggeris) Pengasas: Joseph William Thorntons. - Antara produk popularnya, Toffee. Coklat ini dijual secara atas talian. Begitulah 10 coklat lazat dunia. Dah semak berapa yang dah korang try? Selamat mencuba.

Sayang Rambut

Belum pukul 6.00 pagi, dah dua post saya tulis. Sementara nak tunggu Subuh, tulislah. Nanti tertidur pulak. Kalau korang tak larat baca, abaikan je. 

Semalam, saya pergi cuci rambut. Tiba-tiba terimbau peristiwa beberapa tahun lalu. Kat Lawyat tu ada satu akademi rambut. Dulu saya suka pergi sana, masa adik saya stay kat KL. Kita boleh pilih siapa yang nak serve kita,  profesional, senior atau junior. Bergantung kepada kualiti dan budget la. 

Hari tu, terasa nak potong rambut pendek sebab dah lama saya berambut panjang. Sesekali nak ubah penampilan. Lalu saya bagi tahu tukang gunting tu. Diapun menjalankan kerjanya. Tak lama kemudian, siaplah dia menggunting rambut saya. Tapi... Dia tak gunting sampai paras yang saya nak. Saya mengarahkannya untuk menggunting lagi. Tak lama kemudian, sekali lagi dia siap menggunting. La... Kenapa tak gunting sampai paras yang saya nak. Ish, bengang jugaklah masa tu. I'll pay what. 

"Kenapa tak gunting sampai sini?" Tanya saya agak bengang. 
"Kenapa nak gunting pendek?" 
"Ubah fesyen. Kenapa tak boleh?" 
"Rambut you cantik ma. Sayang mahu potong pendek. Cukuplah sampai sini. Sayang ma" Saya terkedu. Ni rambut saya ke rambut dia? Yang dia sayang lebih tu kenapa? Rambut ni kan akan tumbuh lagi. Bukan saya nak kerintingkan rambut. 
"Gunting lagi sikit," Pinta saya. 

Tanpa banyak cakap, tukang guntingpun menggunting lagi. Tapi dari cara dia menggunting tu, saya tahu dia gunting tak sepenuh hati. Selesai menggunting, hasilnya tak sama macam yang saya nak. Dahlah malaslah. Berapa lama saya nak duduk kat kedai ni? Sampai malampun tak habis. Tak jadilah nak berambut pendek. 

"Sudah ma. Sini sudah cantik. Rambut you banyak cantik ooo. Sayang mahu gunting ma. You jaga elok-elok," 

Dah saya pulak yang dipesannya. Hadoi, saya bukan nak rosakkan rambut, sekadar nak tukar fesyen. Bukan nak pendek macam lelaki. Tapi pendek yang ada style. Bukan mengubah struktur rambut.Kalau nak kerintingkan atau dibonding tu mungkinlah akan merosakkan rambut dengan penggunaan bahan kimia tu. Ni gunting je. Takkan merubah tekstur rambut. Penampilan je berubah. Kalau pendekkan nampak lain sikit, nampak kebudakan sikit. Ah, dahlah. Lain kalilah buat fesyen pendek. Apapun, terima kasih pada si tukang gunting yang sangat ambil berat fasal rambut saya. 

Like Dari Awak

Awak, pagi-pagi macam ni, saya teringat kat awak. Kali ni kenangan masa kita mula-mula kenal dulu menerjah benak. 

Awak ingat tak, empat tahun lalu awak hantar friend request kat saya dalam Facebook? Dan saya selalu approve sesiapa je nak jadi friend saya. Masa tu kalau tak silap 28 Februari, 2012. Akhir-akhir tahun 2012 tu, awak selalu like status saya. Mulanya saya tak perasan. Cuma nama Facebook awak memang saya ingat sebab pelik. Satu hari, kawan saya Hadisah tanya saya, siapa ... tu? Dia selalu like status kau? Ha? Ya ke? Saya cuba cek, memang kebanyakan status saya awak like. Kadang-kadang komen. 

Suatu hari, awak komen status saya. Lepas tu saya PM tanya siapa awak? Awak balas, awak sebenarnya tak kenal saya just kenal dalam FB je. Lepas tu awak minta maaf kat saya sebab tak boleh chat lama, sedang kerja. Amboi, skemanya. Awak kata, malam nanti awak akan chat dengan saya. 

Sayapun mulalah siasat awak melalui FB. Daripada status awak, saya dapat agak yang awak ni sorang yang punya kerjaya. Tapi tak tahu kerja di mana sebab awak tak tulis betul-betul tempat kerja awak kat profil awak. Likers dan tukang komen status awakpun tak ramai masa tu. Lebih kurang macam saya je. 

Nantilah sambung lagi. Tiba-tiba cerita lain pulak yang datang hehehe 

Wednesday, May 25, 2016

Lindor


Lindor, pastinya tidak asing lagi bagi penggemar coklat terutamanya penggemar coklat mak datin. Hehehe kenapa mak datin? Sebab coklat ni mahal. Orang berduit je yang boleh makan coklat ni selalu. Masa training minggu lepas, ada sorang peserta dari Brunei ni dengan bangganya mengagihkan Coklat Lindor ni kepada kelas. Wow! Sedap sungguh rasanya. Lalu sayapun bertekad untuk mencari Lindor setibanya di KLIA. Free Duty Shoplah tu. Cari punya cari, harga untuk setin ni sahaja RM106.00. Yang besar RM200 lebih. Dah mengidam, beli jelah. Apa komen anda tentang coklat ni? Hari ni, dari pagi saya makan coklat. Dah jadi hari coklat ni. OK la, by. Swimming time.

Luahan Untuk Awak Di Pagi Yang Hening

Awak, 

Dinihari yang hening ini membawa kerinduan pada awak. Saya ingin awak selalu dekat dengan saya. Ingin selalu berbicara dengan awak. Ingin selalu di sisi awak. 

Awak, 
Saya rindu gelak tawa awak. Rindu usikan awak pada saya dan pada kucing saya. 

Awak, 
Saya rindu segala-galanya tentang awak. 

Tuesday, May 24, 2016

Design Rumah Baru Saya

Hai korang, saya ni dah jadi gian nak update blog. Hehehe ala, blog sendiri, apa salahnya. Kalau korang sudi, bacalah. Kalau tak, tak apalah. Nanti free saya baca sendiri. 

Ni nak cerita fasal rumah pulak. Masa saya kat Hanoi minggu lepas, designer saya hantar whatsapp bagi tahu design rumah saya dah siap. Waaaa... Sangatlah terujanya saya masa tu. Dia ajak jumpa tapi disebabkan jauh, saya minta dia hantar gambar. Berkonsepkan simple english modern, pemilihan warnanya menampakkan keluasan rumah dan dari blog-blog yang saya baca, warna ungu bisa menyerlahkan kemewahan sesebuah rumah. Designer tukarkan warna ungu kepada ruang tamu. Katanya lebih sesuai dan cantik. Memang saya berkenan dengan designnya. siap dengan susun atur perabot lagi. Tapi saya akan buat ubahsuai rumah dulu. Lepas tu sikit-sikit baru beli perabot yang dicadangkan. Kawan-kawan, mama dan adik sayapun sukakan design ni. So kat sini saya letak satu gambar overall untuk korang tengok. Nak gambar lagi? Tak boleh, tak boleh. Satu-satu ya. Nanti tak surprise pula. 

Kau ingat kau diva? Semua orang nak tengok design rumah kecik kau tu? Hehehehe 



SupKaki Katak

Hari pertama kursus di Hanoi minggu lepas, saya dan rakan sepejabat dikejutkan dengan hidangan eksotik, sup kaki katak. My god! Bayangkan, salah satu bbekas yang dihidangkan di atas meja berisi kaki katak yang dibuat sup. Nak buat macam mana? Kita dekat Negara orang... So, hormatilah budaya mereka. Kawan saya terus tak lalu makan.

Rezeki Itu Telah Disuratkan

Salam semua, Dah seminggu lebih saya tak update blog. Sebenarnya saya ke Hanoi, Vietnam untuk menjalani latihan di sana. Memang banyak cerita yang nak diceritakan. Satu-satulah. Bercakap tentang rezeki, seperti yang En. Fairuz pernah cakap dengan saya, kalau rezeki itu milik kita, maka ia tetap akan jadi milik kita sekalipun dihalang. Andai tiba masa yang sesuai, maka Allah akan berikan pada kita. Dan hari ni, setelah Allah uji saya, Dia telah memberikan rezekiNya buat saya. Seperti hari-hari yang lalu, saya membuat kerja-kerja saya di pejabat. Telefon berdering. Ternyata panggilan itu daripada Kak Sariha, dari HR Department. Dia minta saya bertemu dengannya di atas. Sedikit berdebar. Biarpun kami berkawan, tapi bila dipanggil secara rasmi atas urusan kerja, saya jadi tak keruan, takut ada salah yang telah saya lakukan. Kaki melangkah ke biliknya dengan tanda Tanya. Kak Sariha menghulurkan sepucuk surat kepada saya dan membacakannya. Alhamdulillah Allah, sememangnya Allah itu Maha Baik, Maha Dekat dan Maha Indah. Cantik sungguh perancanganNya buat saya insan lemah. Dia seakan tidak mahu saya jauh darinya. Terima kasih En. Fairuz, terima kasih Mejar Azhari dan terima kasih Dr. Radha kerana Nampak akan kebolehan saya dalam pekerjaan dan sedaya-upaya memberi recmendation untuk kenaikan pangkat saya. Terima kasih juga kepada Mr. Chin dan Mr. Santhira yang menyokong. Insya-Allah, saya akan buat lebih baik lepas ni atas tanggungjawab yang diberikan ini. Dan ini juga suatu ujian dari Allah untuk menguji sejauhmana syukurnya saya, sejauhmana kerendahan hati saya dengan pangkat yang diberikan. Semoga Allah sentiasa dekat dengan saya untuk memimpin saya agar tidak tersasar dari landasan. Terima kasih juga buat semua yang mendoakan saya. Lima tahun saya bekerja di sini, bermula dengan Public Relation Assistant. Orang lain ada yang naik pangkat dengan cepat meskipun bermula dengan jawatan seperti saya. Masuk kerjapun lebih kurang je dengan saya. Allah sentiasa uji saya dengan kesusahan dulu sebab, Dia nak ajar saya erti syukur, Dia mahu mengingatkan saya agar tidak lalai dengan nikmatNya apabila dikurniakanNya. Ya Allah, jadikanlah saya seperti padi, makin berisi, makin tunduk. Dan hari ni, dengan kuasa, izin dan kehendak Allah, saya dengan rasminya ditukar ke department lain sebagai Eksekutif Aksesibiliti Dan Advokasi, langkah satu gred iaitu pegawai, bertanggungjawab juga dalam Sukan Dan Rekreasi. Untuk sementara, saya juga perlu membuat kerja-kerja PR sehingga jawatan tersebut diisi tidak lama lagi katanya. Aksesibiliti, Advokasi, Sukan dan Rekreasi, bidang baru bagi saya walaupun saya sudah lama membantu dalam bidang ni. Sekarang saya perlu banyak belajar dan membaca agar apa yang diperjuangkan mengikut landasan yang benar. OK la, otak penat dengan Aksesibiliti dan Advokasi, lepas tention dengan Sukan dan Rekreasi. Hahaha banyak politik juga tu. Semuanya akan berkuatkuasa 1 Jun depan. Terima kasih, Allah.

Monday, May 16, 2016

Baju Besar Atau Saya Kurus?

Semalam, saya memutuskan untuk pakai dress pink ke pejabat hari ni. Dress tu saya gayakan di badan. Tapi tak fit macam dulu. Sebenarnya ini bukan kali pertama baju saya yang jadi macam ni. Sebelum nipun ada beberapa helai baju yang longgar dengan saya sedangkan sebelum ni ngam-ngam dengan saya. Bukan saja baju malah, jeans sayapun dah longgar, bukan sahaja pinggang tapi di bahagian pahapun sama. Lebih memeranjatkan saya, ketika membeli seluar slack. Biasanya untuk jenama Dolly saya pakai saiz L. Tapi bila saya cuba, L tu terlalu besar dengan saya. Cuba M pun still tak ngam. Sudahnya, saiz S baru OK. Masya-Allah, terlalu besar pengaruh emosi ni pada saya sehingga berat badan saya amat merosot. Ramai juga yang menegur tentang saya dah kurus. Ada juga yang syorkan saya jumpa doctor sebab kata mereka kurus mendadak seperti sakit. Sebenarnya saya tahu akan sebabnya. Bila orang Tanya, saya cakap je diet. Habis cerita dan orang tak banyak Tanya. Ya Allah, saya mohon, mohon agar kembalikan kebahagiaan dan kegembiraan saya yang dulu. Amin...

Selamat Hari Guru

Cikgu, pensyarah dan jurulatih serta sesiapa saja yang pernah menjadi guru dalam hidup saya, Saya mohon maaf kerana hari ni tak dapat mesej anda semua seperti tahun-tahun yang lalu sebab handset saya rosak dan saya tak ada back up nombor telefon anda semua. Sesungguhnya saya amat ralat dengan keadaan ini. Selama saya tamat sekolah, inilah tahun pertama yang saya tak dapat mesej anda semua mengucapkan selamat hari guru sebagai tanda terima kasih atas segala ilmu anda. Saya minta maaf... Benar-benar mohon maaf. Kalau ada yang membaca blog ni, selamat hari guru cikgu, saya rindu cikgu semua. Terima kasih dan halalkan ilmu yang telah cikgu berikan kepada saya. Seterusnya saya mohon doa cikgu-cikgu untuk kebahagiaan saya dunia dan akhirat. Salam rindu dari pelajarmu, cikgu.

Esok Kan Ada

Saya call awak. Tak berjawab. Saya tinggalkan pesan minta awak call balik. Yelah, dah dua tiga kali hari-hari sebelum ni saya call tak berjawab tapi awak tak return call. Ada benda nak tanya pendapat. Tak lama kemudian, awak whatsapp saya bagi tahu awak sakit belakang, salah tidur. Tak larat nak cakap. OK, saya faham. Sebab suami kawan saya pernah cakap, lelaki kalau tak ada mood memang malas nak bercakap. Buat benda lain yang dia suka boleh. Masa tu, saya tanya, main komputer boleh? Dia kata boleh. Saya dan isteri dia pada mulanya kurang setuju. Kata tak ada mood? Bantah kami. Jawabnya, tak ada mood main komputer boleh sebab guna tangan. Kalau bercakap melibatkan mood.OK, saya faham. Jadi malam ni tak perlu banyak cerita, bila awak cakap sakit belakang, ianya melibatkan mood. Bila sakit, mood tak baik. Bila tak ada mood mesti malas cakap. Kalau cakap nanti gaduh pulak. Jadi biarlah awak rehat. Esok saya boleh tanya pendapat awak. 

Awak, saya sayang awak. Saya nak awak sentiasa OK. Saya tak nak gaduh-gaduh dengan awak. Kitakan jauh. Lagipun saya nak pergi jauh ni. Kalau gaduh nanti, saya mesti tak boleh masuk training dengan tenang. 

Sunday, May 15, 2016

Rindu Mencengkam

Assalammualaikum awak,

Saya nak bagi tahu awak... Ada waktu-waktunya... Saya sangat rindukan awak. Macam pagi ni, saya terlalu rindukan awak. Tak tahu berapa kali tangis ni pecah kerananya. Apa yang mampu saya buat, hanya mengadu pada Allah agar disabarkan hati saya supaya tak mengganggu awak. 

Awak, saya tahu situasi awak sekarang. Jadi saya tak nak ganggu emosi awak. Biarlah saya sedih sendiri. Kalau inilah harga yang perlu saya bayar, saya relakan. Janji saya tak pentingkan diri saya sendiri. 

Awak, saya rindukan awak yang dulu. Yang mesra, yang suka bergurau, yang selalu ketawa dan buat saya ketawa. 

Awak, kadang-kadang saya tertanya sendiri. Kenapa Allah kurniakan perasaan ni dalam hati saya untuk awak? Saya masih belum ketemu jawapannya. Tapi saya yakin, Allah tak pernah mensia-siakan hambaNya. Pasti Dia akan beri jawapanNya suatu hari nanti. 

Awak, sebelum ni saya pernah diuji. Tapi masa tu, hidup saya dikelilingi kawan-kawan. Kawan serumah yang sentiasa memberi semangat dengan pelukan dan kata-kata prangsang. Kawan-kawan lain yang menyokong dan mendorong. Tapi kali ni, ujian Allah buat saya lebih hebat. Allah jauhkan awak di Utara sana, Allah uji dengan emosi awak yang dipengaruhi kesihatan awak, Allah uji dengan membiarkan saya keseorangan di kebanyakan masa saya, Allah uji dengan menjauhkan sahabat baik saya dari saya, Allah uji saya dengan kesukaran saya maju dalam kerjaya meskipun hal itu telah diputuskan menjadi hak saya, Allah uji dengan menjauhkan saya dengan sorang adik yang pernah saya rapat dulu. Kalau awak OK, mesti semua ni saya akan lalui dengan semangat dan kekuatan dari awak. Saya tak mahu semua ni membebankan mama dan abah. Lantas saya simpan sendiri. Yang saya ada hanya Allah. Hanya Allah. Saya yakin, pasti Allah nak beri sesuatu yang Maha Indah buat saya sebab tu kali ni Dia uji saya bertimpa-timpa dan berganda lebih dari dulu. 

Awak, saya sayang awak dengan izin Allah. Kalau Dia tak izinkan mana mungkin saya dapat menyayangi awak sebegini dan sampai saat ni walaupun ada masanya awak benar-benar melukakan hati saya. Kemaafan saya pada awak, seakan air mengalir. Semoga Allah jua mengizinkan awak menyayangi saya seperti yang Dia tanamkan dalam hati saya. Kata ustaz, sesudah derita itu bahagia. Saya sedang menanti bahagia itu dan berdoa agar bahagia itu akan saya sambut bersama awak. Enam bulan dalam keadaan begini, Allah izinkan saya belajar tentang banyak perkara. Mungkin ianya asas kepada kebahagiaan yang akan diberiNya kelak. 

Salam sayang buat awak yang jauh,
Dari saya yang sentiasa merindui awak. 

Saturday, May 14, 2016

Hati Yang Terusik

Saya tahu dan saya faham hak awak untuk menulis. Tapi bila tulisan awak seakan-akan situasi kita, saya sangat terasa hati. Saya sedih. Saya tahu, saya hanya perlu diamkan semua ni. Saya tahu, tak guna saya bersuara kerana saya tahu awak akan mempertahankan hak awak untuk menulis. Dan itu memang hak awakpun. Saya tak ada hak apa-apa. Cuma hati saya ada hak untuk terluka. Tak apalah awak, saya akan terus diam dan sabar selama Allah izinkan. Janji awak seronok dan suka hati sebagaimana yang awak selalu cakap 'suka hati sayalah'. Sekurang-kurangnya, awak tak cakap macam tu pada saya malam nipun, sedikit mengurangkan kelukaan saya. Saya dah rasa sangat bersyukur kepada Allah yang menguji. 

Friday, May 13, 2016

Awak...

Kalau awak di KL, mesti saya rasa happy malam ni sebab kalau awak tak jumpa saya malam ni,awak mesti jumpa saya esok. Saya rindu awak. 

Apa Khabar Rakan-rakan Skype?

Malam ni rasa bosan. Tak tahu nak buat apa. Esok cuti. Bolehlah tidur lewat sikit. Tak boleh lewat sangat ada meeting. Bosan-bosan ni saya jenguklah Skype yang dah lama tak terima notification tu. Majoritinya offline. Manalah dia orang semua pergi? Dahlah tengah bosan ni. Sudahnya blog ni jugalah yang saya habiskan masa. Nak jenguk Zello pulaklah. 

Hari Last Minute Sedunia

Saya sedang merasakan saya tak cukup nafas, kaki dan tangan. Semuanya last minute dia orang ni hari ni. Yang kelam-kabutnya saya. Contact person dari MPAJ ni petang ni baru nak confirm lawatan Isnin nanti. Ingat sekelip mata ke boleh arrange tempat lawatan, bilik taklimat dan refreshment? Staff bukannya semua kat tempat dia orang sentiasa. Dah tahu ada hal walaupun awak tu pegawai kerajaan, boleh tak bagi nombor handset? Tak adalah kita call asyik tak ada kat tempat je memanjang. Director saya ni pun satu. Ada meeting dengan pihak luar. Mula-mula Isnin Selasa tak boleh. Bila kita dah buat temujanji lain, nak saya ada baru nak adakan meeting. Saya dahlah tak ada kat office minggu depan. So, semuanya kena buat Isnin. Itupun nak tunggu saya. Siapa yang bos sebenarnya ni? Kalau saya tak adapun, boleh meeting kan? Tak perlu tunggu sayalah. Saya arrange, lepas tu meeting la. Saya bukan decision maker. Pening saya. Dahlah, ada lagi orang yang saya belum dapat confirmation ni. Kejap lagi semua orang nak balik. Semua lesap nanti.

Thursday, May 12, 2016

Lemah Badan

Awak, 
Hari ni saya rasa tak sihat. Rasa rimas, mata sakit dan kepala berdenyut. Kalau awak ada kat KL, mesti awak jemput saya balik dari pejabat malam ni. 

Saya rindu sangat kat awak. 

Hidung Berdarah

Baru-baru ni, awak ada bagi tahu saya yang hidung awak berdarah. Saya berdebar sebab salah satu tanda penyakit awak tu hidung berdarah. Tapi awak cakap dengan saya, berdarah sebab panas. Saya sangat risaukan awak sebab awak tak pernah cek sakit awak. So kita tak tahu tahap sakit tu. Belum sempat habis cakap, hidung awak berdarah lagi. Awak cepat-cepat mahu tamatkan talian sebab nak bersihkan darah. Awak, saya tak nak awak sakit. Saya sayang awak. Tuhan, berilah kesempatan untuk aku lebih lama bersamanya. Amin.

Sedikit Design Rumah Baru Saya


Hai readers, Mesti ramai yang tak faham dengan gambar kat atas tu. Nilah sedikit gambar design rumah baru saya. Designer kata, dia bagi tengok sisi luar je dulu, nak bagi surprise katanya. Hahaha rumah murah je pun, nak designer bagai? Sebenarnya ramai kawan yang syorkan kontraktor mereka kepada saya. Ada China, ada Melayu. Tak tahulah kenapa tak terbuka hati nak ambil dia orang tu. Ada yang saya call, kurang faham apa yang saya cakap. Alamak, risaunya saya. Nanti dia tak faham apa yang saya nak. Lain saya cakap, lain dia buat. Saya ni bukan banyak duit nak betulkan balik. Lagipun saya ada citarasa sendiri. Tak naklah serah bulat-bulat kat kontraktor lepas tu tahu siap je. Saya dah siap pergi survey harga barang dah. Punyalah excited. Lagipun rumah saya ni kecil dan gelap. So peranan warna tu amat penting untuk nampakkannya cerah dan besar. Sorang kawan syorkan pada saya designer ni. Menggeletar jugalah saya bila tahu akan profil dia. Dia pernah design rumah cucu Dato' Seri Samy Vellu yang harganya ratusan ribu ringgit, pernah design kediaman sultan Pahang di KL dan buat projek flora di Putrajaya. Nak mati??? Hahaha rupanya designer tu saya kenal cuma tak rapat dan saya tak tahupun dia designer sebenarnya. Saya cakap dengan kawan saya, saya tak nak. Takut tak mampu. Kawan kata, dia dah bagi tahu designer tu. Kawan kata juga, kalau mahal, buat sikit-sikit dulu apa yang mampu. Rumah sendiri, bagi cantik. OK la. Masa nak bawa dia pergi tengok rumah berdebarlah juga. Yelah, dia ni slalu design rumah orang kaya. Tiba-tiba nak datang tengok rumah murah kita. Orangnya ramah, gila-gila dan sporting. Malam tu adalah perbincangan yang dilakukan. Dia kata dia dah siap bayangkan rumah saya akan jadi macam mana. Siap dia reject corak lantai yang saya pilih sebab katanya semak dan akan Nampak kecil. Dia kata, kena fikir menyeluruh siap dengan perabot bagai. Rumah ni kena main warna dan susun atur. Siap dah cakap mana nak letak peti dan mesin basuh. Hehehehe Saya cakap dengan dia, saya nak renovate je dulu belum nak beli perabot. Kata dia, tak apalah. Nanti kalau dah ada duit nak beli perabot, panggil dia. Biar dia pilihkan perabot bersesuaian. Kalau quotation mahalpun, boleh pilih apa yang nak buat dulu. Soalan pertama dia: "Akak nak rumah konsep apa?" "Konsep tu saya tak berapa titik beratkan. Yang penting saya nak rumah ni Nampak luas dan cerah," "Mungkin kita boleh guna English Style. Tapi kita tengok dulu," Dan sekarang ni saya tak sabar tunggu email design rumah ni sepenuhnya dalam bentuk 3d.

Wednesday, May 11, 2016

Semoga Awak OK-OK Saja

Awak sakitt kaki lagi. Lupa nak tanya bengkak atau tak. Semoga awak cepat sembuh. Esok kan awak ada kursus. 

Awak, saya risaukan kesihatan awak. Dah banyak kali saya suruh awak pergi hospital. Tapi awak tak nak. Awak takut kalau doktor sahkan awak berpenyakit. Awak, biarlah kita tahu dari awal. Kalau tahu dah kritikal kan susah. Awak, tiap yang sihat pasti sakit. Kita harus hadapinya. Allah kan suruh kita ikhtiar. 

Saya sayang awak. Saya tak nak awak sakit. Tuhan, jaga dia untukku. 

Ada Sesuatu

Dalam hidup ni... Ada dua perkara yang Allah susah atau lambatkan buat saya. Kerja gaji setara dengan kelulusan saya dan jodoh. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, apa rencana Allah untuk saya? Bukan saya menyalahkan takdir sekadar memberi kekuatan pada diri untuk terus sabar dan yakin pasti Allah punya rencana indah buat saya. 

Saya akan terus berdoa dan menanti saat indah itu. Seperti komen sorang kawan di Facebook, 'bersabarlah. Sesudah derita itu bahagia. Bersedialah untuk menyambut bahagia itu.' Ya... Saya sedang bersedia dan mempersiapkan diri untuk menyambut bahagia itu. Datanglah pada bila-bila masa. Saya sentiasa menanti. 

Ada Apa Dengan Esok?

Esok, ada staff establishment meeting. Tipulah kan kalau saya kata saya tak mengharapkan apa-apa. Kata En. Fairuz, bertenang. Kalau rezeki tu milik kita, siapapun yang menghalang, ia pasti milik kita. Allah akan bagi. 

Mohon doakan ya readers. 

Tuesday, May 10, 2016

Jaga Kesihatan Awak

Malam ni, saya tak dapat cakkap lama dengan dia. Sebab tekaknya kurang selesa. Tak apa awak, yang penting awak jaga kesihatan. Saya tahu, awak cuba untuk bercakap dengan saya. Siap bagi tahu staff awak kena kilat. Dari awal perbualan, saya dengar suara awak tak berapa elok. Tapi awak cuba bertahan dan bercakap. Bila saya tanya awak sakit ke? Awak kata mungkin penat. Bila awak bercakap tersangkut-sangkut, saya tahu awak tak selesa nak berbual. Awak mengaku sakit tekak bila saya tanya. Tak apalah, tamatkan saja perbualan. Saya tak nak awak tak selesa. 

Awak, saya sayang awak. Awak jaga diri dan jaga kesihatan baik-baik ya. Saya tak nak awak sakit. 

Tuhan, Kau berilahh waktu lebih lama untuk saya menyayanginya dan berilah masa yang panjang untuk dia menemani saya kalau boleh biarlah ikatan ini dalam redhaMu hingga ke Jannah. Amin. Saya perlukan dia, Tuhan..  

Perangai Manusia Pelik

Kadang-kadang saya terfikir, kenapalah benda simple pun sesetengah orang tak boleh fikir? Ni bukan kali pertama saya terbau hancing di tengah jalan di KL Sentral. Siapa punya angkara ni? Dahlah KL Sentral ni tempat tumpuan pelancong. Kalau tak ada tandas berdekatan mungkin boleh difahami. KL Sentral dan NU Sentral kan banyak tandas. Takkanlah tak boleh fikir? Orang lalu-lalang pulak nak kena cium bau buangan dia. 

Berilah hidayah pada hambaMu berkenaan Ya Allah 

Ceritalah Apa saja

Awak, 
Sebelum saya tidur, saya nak bercakap dengan awak. Terima kasih, Allah kerana memberikan peluang malam ni untuk ke sekian kalinya. Apapun topiknya itu terserah. 

Dan malam ni, perbualan yang cukup informatif, tentang compose (tak tahulah betul tak ejaan ni). Saya tengok awak sangat minat dengan kerja awak. Saya suka awak macam tu. Berbalik pada compose, ianya merupakan suatu proses pereputan. Tapi yang sedang dilakukannya,  compose dari daun jati 100 pratus. 

Proses compose ini dilakukan dengan menghancurkan daun-daun tersebut menggunakan mesin. Kemudian, hasil mesin tersebut dibahagikan kepada dua iaitu hasil yang kasar dan halus. Kemudian, ianya dilapiskan dalam bekas dengan paling bawah hasil kasar, di atasnya hasil halus, diikuti ibu compose (compose lama) dan bahan-bahan lain. Ia boleh jadi sampai 10 lapis dengan lapisan yang berulang. Setiap hari atau minggu, saya lupa, bahan ini perlu dibalik-balikkan. Setelah tiga bulan, maka terhasillah compose yang boleh dicampur dengan tanah untuk tanaman. Katanya, compose mesti hitam dan tidak berbau serta hilang rupa asal. Namun ada juga compose yang berbau seperti compose tahi ayam, tahi lembu dan sebagainya. Manusiapun boleh jadi compose tau. Tanah kubur adalah antara yang mempunyai compose yang baik. 

Terima kasih awak sebab share semua ni dengan saya. 

Terima kasih Allah kerana masih mengizinkan saya berbual dengannya. 

Sunday, May 8, 2016

Kalau Awak Ada...

Awak,


Hari ni, boy friend kawan saya jemput kawan saya lepas habis majlis. Saya terus teringat kat awak. Awak kan selalu tunggu saya habis majlis dan hantar saya balik. 

Saya nak awak ada kat KL. Bila awak ada kat sini, saya duduk sorang kat rumah macam sekarang nipun saya tak rasa sunyi sebab saya tahu awak dekat dengan saya. Bila-bila masa saya nak jumpa awak, awak akan datang kat saya. 

Awak, saya harap awak akan pindah sini balik. 

Rindu Menjengah

Awak, pagi ni, saya rasa rindu sangat kat awak. Kalau awak masih di KL, mesti awak datang jumpa saya hari ni. Kita mesti keluar makan bersama.

Saya rindu sangat kat awak. Saya nak berbual dengan awak, nak makan sama dan nak jalan-jalan dengan awak macam dulu. Tapi sekarang awak jauh. Saya harap sangat awak dipindahkan semula ke KL. 

Saturday, May 7, 2016

Mihun Tomyam Phuket Yang Memeranjatkan



Terliur tak dengan tomyam ni? Kecur liur? Origenal dari Phuket Thailand. Hahaha kali ni, saya akan ceritakan kisah Phuket ni tak ikut kronologi sebab saya bukan pergi bercuti, pergi present report so, mana yang rasa menarik, saya tulis. Setiap kali ke Thailand, saya mengidamkan tomyam Thai yang kaw dan meletop. Tapi saya gagal menemuinya di Krabi dan Hatnyai masa saya bercuti dulu. So, bila ke Phuket minggu lepas, saya memasang angan nak makan tomyam. Kata Zakee budak pengangkat beg dari Pathani, dekat Royal Phuket City Hotel kami tinggal ni ada Restoran Muslim nama Anuar. Katanya makanan sedap dan murah. Sebelum brangkat ke Phuket, saya ada buat penelitian di blog-blog mereka yang pernah bercuti di Phuket. Kata mereka, makan memang murah kat Phuket ni dalam RM10-RM15 sekali makan. Agaknya makanan macam kat Malaysialah kot. OK la tu, lebih kurang je harganya. Teruja dengan cerita Zakee akan Restoran Anuar, hari pertama lepas forum kami dah merayap cari cenramata. Balik saja, teerus dapatkan Zakee dan Tanya arah restoran yang dia maksudkan. Alhamdulillah, walaupun terlepas, jumpa juga restoran tu. Sangat dekat. Tak berpeluhpun jalan. Air kelapa idaman dah habis, so ambil jus oren. Tengok-tengok menu, macam-macam tomyam ada. Saya memutuskan nak makan Mihun Tomyam. Saya dah membayangkan rasa tomyam yang sangat lazat dengan beberapa potong sotong dan dua tiga ekor udang. Udangnya mesti sebesar udang di Sandakan yang segar. Waaa... Tak sabarnya tunggu order saya siap. Macam order spaghetti la pulak, siap boleh pilih mi apa yang kita nak, mi ke, mihun ke, kue tiow ke. Terserah pada kita. Mihunlah pilihan saya. Dalam duk bersembang dan berangan tu, sampailah minuman. Wow! Gelas bentuk jag. Saya buat tak heran sebab air buah kat Kedai Gelas Besar di Keramatpun gelas besar dan murah. Tak lama lepas tu, sampailah semangkuk Mihun Tomyam. Kawan saya Farah dah tergelak dengan mangkuk besar persembahan waiter tu. Bila tengok isi dalam, kami sama-sama terkejut. Berapa harganya ni? Ah, tak apalah, duit saya masih ada dekat 3,000.00 Bath lagi. Saya bukan banyak shoppingpun kat sini, tak sempat nak merewang sangat. Mahalpun mahallah. Mak ai, besarnya sotong dan udang!!! Sampai tak nampak mihun! Tambah dengan dua kupang gemuk dan besar lagi. Kalau tahu, tak payah tambah mihun tadi. Masa order tadi, saya cakap nak pedas. Waiter tu kata, memang dah sedia pedas. Menepati citarasa saya tak? Menulis nipun saya dah kecur liur. Cepat saya merasa. Wow!!! Sangat sedap! Tomyam kaw dan pedas! Inilah yang saya cari sekian lama di Thailand! Jenuh nak menghabiskannya. Alhamdulillah, selera sungguh saya makan. Sayang, mihun tak habis. Terlalu kenyang. Tengok risit, Mihun Tomyam saya hanya berharga 150 Bath, bersamaan RM17 sahaja! Sangat murah! Kalau hidangan yang sama di Malaysia mungkin dah cecah RM70 kot. Dengan senang hati saya mengeluarkan duit tanpa merungut dan membayarnya. Harap dapat pergi Phuket lagi just untuk makan tomyam je.

Lokasi

Awak: Awak ada program basikal ke?? Saya: Bila? (Blur) Awak: Esok. Saya: Tak adalah. (Pelik dengan soalannya. Puas saya perah otak kot ada program tendem yang sepatutnya saya hadiri esok yang saya lupa. Saya ada bagitahu dia tentang program tandem ke? Bila program tu? Sayapun lupa.) Awak: Awak kat mana ni? Kat pejabat ya? Tidur sana? Saya: Saya baru sampai rumah ... Oh, mungkin dia tengok lokasi saya di Life360 malam ni yang menunjukkan saya di pejabat masa dia tengok tadi. Awakpun ada tengok saya juga ya di Life360? Terima kasih awak, sebab sudi ambil tahu lokasi saya.

Thursday, May 5, 2016

Awak Yang Selalu Saya Rindu

Semalam... Hati saya berdetik. Rasa rindu sangat kat dia. Setelah membuat "morning call", satu lagi panggilan saya buat menjelang tengahari untuk bertanyakan soal software. Agak pelik, bila saya tanya dia di mana, dia seakan enggan memberitahu saya dia di mana. Tebak saya dia sedang lunch. Akui dia, baru lepas lunch nak masuk kereta. Bila tanya nak balik office ke? Dia kata nak keluar. Selalunya dia bagi tahu ke mana nak pergi. Tak apalah, pujuk hati saya. Tak perlu banyak tanya, nanti saya dimarahinya. Sekarang ni, emosi dia tak berapa stabil. Dia boleh marah tiba-tiba. Nanti saya yang tak boleh buat kerja. Dia tak marah saya tanya tadipun dah syukur alhamdulillah. Hati saya terus berdetik dan tertanya-tanya, ke mana dia mahu pergi? Jangan memaksa Tinta, sabarlah. Pujuk diri sendiri. Petang tu, dek kerana tak mampu menahan rasa, saya minta kawan tengokkan di Handset lokasinya. Lebuhraya Utara Selatan. Saya yakin, dia datang Kuala Lumpur. Hati saya sayu. Kenapa dia enggan memberitahu saya akan kedatangannya ke KL? Saya benar-benar tidak bermaknakah bagi dia. Perkara paling baik dilakukan, diam. Tak perlu tanya dia atau mempersoalkannya. Biarlah saya beralah. Kalau dia nak sembunyikan akan kedatangannya ke KL dan tak mahu jumpa saya, apa boleh buat. Itukan hak dia. Dalam keadaan sekarang, sabar itu amat penting walaupun pedih. Saya jalani hari saya seperti biasa. Habis kerja balik rumah dan terhiburlah sikit hati ni sebab housemate saya balik semalam. Dalam saya mengemas barang yang baru dibawa pulang dari Phuket, IPhone saya berdering. Tertera namanya. Ya Allah! Syukurnya saya. Sekurang-kurangnya, dia mahu menghubungi saya. Saya amat mengharapkan dia memberitahu saya yang dia mahu berjumpa saya. Tapi awal-awal saya ingatkan pada diri, jangan terlalu mengharap, nanti kecewa. Bila kecewa tak boleh makan, sedangkan esok saya nak puasa. Dia: Buat apa? Dah tidur ke? Saya: Belum. Kemas barang. Dia: Dah makan? Saya: Belum. Tapi ada roti nak buat sahur. Tapi mungkin tak jadi puasa, sebab rasa lapar. Saya makan jelah roti ni malam ni. (Jujur saya beritahu sebab perut rasa lapar sangat) Dia: Awak nak makan apa? Nanti saya hantar. (Masya-Allah, saya sebak. Dia nak hantar makanan untuk saya?) Saya: Awak ada di KL ke? Dia: Ha'ah. Awak nak makan Mc D? Saya: Awak nak keluar ke? Dia: Saya nak pergi hantar buah kat awak. Harum Manis satu, dua lagi tu buah lain. Nak keluar makan sekali. Saya: Tak ada Mc D pun tak apa. Kue Tiow goreng pun dah OK. Dia: Tak apalah, Mc D lagi senang sebab saya nak pergi tempat awak dulu. Saya: Tapi boleh tak air tu saya nak tukar Rabina? Sebab saya tak nak air gas. Dia: OK. Kejap lagi saya sampai. Baru nak gerak. Terima kasih Allah kerana memberikan kegembiraan ini. Lepas matikan talian, saya terfikir. Memanglah Mc D, tapi apa menunya? Dia tak tanyapun nak makan apa? Tak apalah, terserahlah dia nak bagi apa. Kalau dia masih ingat makanan kegemaran saya, pasti sampailah menu tu pada saya kejap lagi. Tak lama kemudian, sampailah di rumah saya satu set ayam goreng Spicy kegemaran saya, Sunday Strawbery dan tiga biji mangga yang salah satunya Mangga Harum Manis. Terima kasih awak atas pemberian ni. Saya sangat suka dan hargainya. Terima kasih Allah, atas semua ni.