Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Perihal Aku. Show all posts
Showing posts with label Perihal Aku. Show all posts
Thursday, November 28, 2019
Teka-teki Mula Terjawab
Assalammualaikum.
Selamat petang semua.
Dah balik ke?
Saya masih di office. Rasa bosan nak balik awal. So, stay jelah kat sini.
Setelah bibir kering dan merekah, suatu hari, selepas saya mencuci muka, bahagian bawah bibir sebelah kanan saya terasa gatal. Saya gosok. Makin gatal dan saya tekan pakai jari. Tiba-tiba keluar air. Gatalnya Tuhan je yang tahu. Kalau kulit bahagian lain, mesti saya dah garu.
Saya letak minyak zaitun tapi stil gatal. Then, saya letak detol. Alamak, sebenarnya, dia macam berbiji dan ada air kat dalam. Kenapa ek? Takkanlah elegik lipstik sampai kulit muka sekali kena?
Esoknya, saya mekap seperti biasa. Alamak, kenapa ada kulit menggelupas di sebelah kiri bawah bibir pulak?
Saya hentikan pemakaian mekap.
Birai bibir sebelah kiri atas pun bengkak. Mungkin sebab lipstik la kot. Fikir saya.
Bila ada meeting, saya kenakan mekap. Entah kali ke berapa, Kulit atas bibir sebelah kiri menggelupas. Takkan kuat benar kesan lipstik ni? Tapi lipstik yang mana satu?
Tak lama lepas tu, Kulit hujung kiri bibir pulak menggelupas. Mekap remover ke? Sebab saya perasan lepas cuci muka ada benda-benda ni semua.
Kak Sha kebetulan jumpa pakar kulit. Dia bagi saya ubat sapu dia yang tak terusik pun.
Bila saya pakai ubat tu, alhamdulillah. Penggelupasan dan bengkak tu semakin pulih. Tapi yang first sekali bawah bibir kanan ni lambat sikit. Nampak dia paling teruk.
Lama saya tak bermekap. Sebab nak tahu apa sebenarnya yang bermasalah.
Masa Karnival Sukan dua minggu lepas, tiga hari berturut-turut saya bermekap. Penggelupasan mula berlaku.
Masa tu, saya terfikir, mungkinkah foundation yang menjadi punca semua ni? Logik jugak sebab bila kita sapu foundation pakai berus mekap, bibir pun kena sekali.
Bila saya berhenti mekap, kulit saya mula OK walaupun sedang mencuba serum, pelembap wajah dan sun screen.
Kelmarin, saya test. Saya mekap. After lunch, kulit saya mula terasa panas dan gatal kat bahagian tepi, atas dan bawah bibir.
Saya semakin yakin yang masalah ini sebenarnya berpunca daripada foundation yang saya gunakan. Susah jugak nak terima kenyataan ni sebab foundation ni cantik dan pricy. Tapi saya harus pilih, sayang foundation atau sayang kulit?
Saya mula membaca dan membuat penelitian di internet. Punca kulit elegik adalah Paraben. Tulis beberapa artikal di internet.
Saya baca lagi tentang paraben. Ada beberapa jenis. Saya baca fungsi dan kesannya. Ada satu bahan yang disebut sebagai butylparaben yang sering dicampurkan ke dalam kosmetik. Nantilah. Kalau free saya tulis tentang paraben yang saya baca tu.
Saya mula mencari tahu tentang isi kandungan foundation yang saya kenakan. Ya, butylparaben tersenarai di dalamnya. Menurut artikal yang saya baca, butylparaben boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Kata doktor Medic City pula, kulit kita boleh bertahan dengan sesuatu bahan. Tapi lama-kelamaan, sampai satu tahap, dia tak mampu lagi untuk bertahan dan iritasi akan berlaku.
Saya bandingkan isi kandung dalam foundation yang saya guna sebelum ni. Ternyata, foundation tersebut tidak mengandungi butylparaben atau mana-mana keluarga paraben.
Jadi, mungkin betullah, saya alah kepada paraben. Jadi, saya kena check satu-satu produk yang saya ada sama ada ia mengandungi paraben atau tidak. Mujurlah ada internet dan laman web yang memaparkan isi kandungan produk kosmetik yang boleh dipercayai. Kena menelaah lagilah ni.
Pengajarannya, jangan simply pilih mekap asal nampak cantik. Sama macam kasut jugak. Korang baca dulu sebelum beli skin care atau barang solek.
OK la. Bye!
Friday, November 22, 2019
Elegik Bibir
Assalammualaikum semua.
Selamat petang you all.
Genap sebulan blog ni tak berupdate. Tetiba hari ni rajin nak menulis. Rasa malas nak balik awal.
Sebenarnya banyak je cerita nak tulis. Tapi kemalasan dan kesibukan melanda +tak ada mood.
Kalau sesiapa friend dengan saya kat Facebook, mesti korang pernah terbaca status saya pasal bibir.
Saya ni jenis yang tak minum air banyak.
Suatu hari, kulit bibir saya merekah dengan teruk dan kering. Saya ingatkan biasalah, sebab tak minum air putih banyak. Saya teruskan pemakaian lipstick dan mula minum air banyak. Rekahan tu dah sampai tahap nak buka mulut suap makanan pun sakit dan pedih.
Beberapa hari saya minum air dengan banyak. Tapi, kering bibir saya tu tetap tak beransur pulih. Malah, semakin teruk dan mula berkuping seperti kudis. Dekat tepi bibir pun mula berkeping keras.
Saya ke klinik. Kali pertama, doctor bagi saya ubat krim. Bila saya letak, semakin teruk.
Lepas tu, saya pergi Klinik Medic City pulak. Doktor bagi saya ubat dalam botol kecil seperti minyak. Still sakit dan saya hentikan pemakaiannya setelah dua tiga kali pakai bila tak ada kesan.
Doktor kata, elegik lipstick. Saya hentikan pemakaian lipstick.
Macam mana boleh elegik ek? Sedangkan saya pakai semuanya jenama yang saya pakai sebelum ni.
Saya mula cari alternative lain untuk rawat bibir saya. Memandangkan dia berkeping seperti kudis, saya gunakan minyak gamat untuk menanggalkannya. Eh, tak boleh jadi. Bukan makin baik. Makin teruk pulak.
Puas saya fikir, nak buat macam mana dengan bibir ni?
Hari tu hari Ahad. Rasa malas nak keluar rumah. Saya baca kat laman web kesihatan, salah satu benda yang boleh merawat masalah bibir ni adalah vaselin. Sayangnya, vaselin saya tak tahu kat mana. Kalau ada pun, takut dah tak boleh guna sebab dah lama.
Saya mengarahkan otak saya berkerja keras untuk memikirkan bagaimana harus saya mengurangkan rasa perit pada bibir saya. Nak makan pun susah.
Saya teringatkan sesuatu. Masa saya pergi Romania dulu, saya ada beli lip balm musim sejuk kat sana. Teksturnya memang pekat dan melekit. Mungkin saya boleh gunakannya untuk merawat bibir saya. Jenama Neutrogena tapi khas untuk musim sejuk. Tak ada kat sini.
Saya lantas mencarinya. Mujur ada. Sebenarnya saya ada dua pelembap bibir. Sebelum berangkat ke Romania, saya beli butter lip dari jenama Nivia.
Baiklah, kita cuba salah satu. Mula-mula, saya cuba Nivia. Macam tak ada tanda nak luruh pun kulit yang dah mengeras dan merekah ni. Ni pertama kali bibir saya jadi macam ni.
Kemudian, saya sapukan Neutrogena pulak. Memang berat teksturnya dan sangat lembap. Setelah sejam dua letak, saya berus gigi untuk tidur. Waktu kumur, kulit bibir saya mula tanggal sedikit demi sedikit setelah digosok menggunakan tangan.
Alhamdulillah, yang berkeping pun dah mula nak tanggal. Rupa-rupanya penawar ada depan mata.
Bila semua kulit yang rosak tanggal sehari dua kemudian, saya teruskan pemakaian Neutrogena tersebut. Kulit saya mula merekah semula. Dah kenapa pulak? Bukan ke Neutrogena ni yang merawat kau, bibir? Yang kau nak merekah lagi ni kenapa?
Circle bermula semula. Bibir merekah, kering dan keras kulitnya. Saya rawat dengan Neutrogena jugak. Cuma bezanya, setelah kulit yang rosak tanggal, saya hentikan pemakaian Neutrogena. Saya gantikan dengan lip butter dari Nivia. Alhamdulillah, sampai hari ni saya masih pakai lip butter tersebut dan kulit bibir saya lembut dan licin. Ianya lebih elok dari sebelum sakit dulu. Saya juga mula menjaga bibir dan kulit dengan meminum air putih yang banyak setiap hari. Antara bahan yang terkandung dalam lip butter Nivia ni ialah shea butter yang memang bagus untuk menjaga kelembapan bibir.
Benarlah janji Allah. Dia menjadikan sesuatu itu tanpa sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Kalau dulu bibir saya sentiasa kering dan merekah manja, sekarang Alhamdulillah, tiada lagi masalah tersebut. Allah buat macam tu supaya saya jaga dan hargai nikmat kurnianNya.
Terima kasih Neutrogena dan Nivia.
Sekarang saya faham, Neutrogena untuk membersihkan atau menanggalkan kulit bermasalah. Nivia pula merawat dan menjaga kelembapan bibir saya. Harus diingat, lain orang, lain keserasiannya. Kita sendirilah yang kena cuba dan jaya. Hehehehe macam buat kerja Matematik pulak.
Tuesday, October 22, 2019
Muka Pink, Betulkah?
Sejak awal saya keluar dengan Ita, Ita suka tegur saya. Katanya, dia suka tengok muka saya berubah jadi pink tatkala terkena panas mentari.
"Merah macam udang bakar ke?" Tanya saya risau. Sebenarnya saya risaukan kulit wajah saya yang sekarang dalam zon elegik.
"Taklah. Udang merah tu, teruk. Ni akak nampak comel je kalau kena panas. Saya suka tengok." Katanya.
Biar betul budak ni? Sekonyong-konyong saya teringat kepada Hana, X-housemate saya dulu. Dia adalah orang pertama yang cakap kulit saya merah. Dia suka tengok wajah saya dan sering memanggil saya si merah.
"Akak, comellah muka akak pink. Kenapa saya tak jadi macam tu bila kena panas?" Dia sering menegur wajah saya bila muka saya menjadi kemerahan tatkala berpanas.
"Mana akak tahu." Saya ketawa jelah.
"Akak, ni muka akak tengah pink."
"Ye ke? Akak tak rasa apa-apa." Jawab saya.
"Masa first saya tengok akak secara dekat masa tandem hari tu, pun saya dah perasan muka akak pink. Masa tu kan kita kayuh basikal tengah panas. Saya tengok je muka akak. Suka bila dia jadi pink macam pakai blusher," Blusher? Masa tandem tu mana saya pakai mekap? Bedakpun tak pakai. Sekadar pakai sun block je. Sun block mana ada warna. Blusher memang taklah masa buat aktiviti lasak.
"Muka akak nampak licin dan halus kan?" Katanya sesekali apabila kami berjalan di Bukit Bendera sambil tangannya memegang pipi saya. Hadoi, mujur tak pegang lama. Sebab saya sendiripun tak pegang muka saya kalau tangan saya tidak dijamin bersih.
"Sebenarnya, akak ni bukannya lawa sangat. Ada jugak kadang-kadang jadi problem. Dulu-dulu, masa remaja, muka akak ni banyak sangat jerawat. Macam-macam produk akak pakai. Semua tak jadi. Alhamdulillah, akhirnya akak jumpa satu produk ni dan dia OK. Harapnya OK la sampai bila-bila. Muka akak ni sensitif sebenarnya. Tak boleh pakai sebarang. Susah jugak nak pilih produk nak-naknya skin care," Saya beritahu dia. Saya tak nak orang tengok saya sempurna dan cantik. Sebab orang tak tahu apa yang saya lalui sebelum ni. Dan kecantikan tu milik Allah. Sekadar pinjaman je. Bila-bila masa Allah nak, Dia boleh ambil balik. Selagi ada, saya berusaha untuk menjaganya. Tapi saya bukanlah secantik orang lain.
Sedang berjalan-jalan, dia cakap lagi.
"Akak, sukalah muka akak pink. Kenapa kulit saya tak macam akak? Akak tahu tak, saya banyak jerawat, kulit kering. Pas tu tak pink macam akak bila kena panas." Katanya mengadu.
"Ita, sebenarnya, Ita pun boleh cantik dan kulit Ita pun boleh jadi halus dan licin. Akak dulu pun banyak jerawat jugak. Ita kena pandai jaga, minum air banyak..." Adalah beberapa tips yang saya bagi kat dia untuk dia jaga kulit wajahnya dan mendapatkan kulit wajah yang dia idamkan.
Waktu berjalan-jalan dalam perkampungan orang kerdil, kami melintasi satu kawasan baju-baju fairy tales.
"Akak, ada baju snow White, akak nak pakai ambil gambar?" Tanya Ita kepada saya.
"Nak! Mahu tak nak, Snow White kot. Saya ni memang gila fairy tales.
Baju tu sarung je. Tak perlu buka baju kita. Dia terbuka di belakang untuk orang ambil gambar. Just ikat tali yang ada. Ita membantu saya memakai baju Snow White dan Azwan pula menjadi jurugambar.
"Memang boleh jadi Snow White akak, dahlah muka akak tengah pink ni. Sesuai sangat. Cute akak pakai macam ni," "Nah, Snow White Malaysia,"
"Eh, merapulah." Saya takut dikecam orang. Nanti orang kata, saya yang perasan. Saya nak jadi Snow White? Kulit pun warna Asia. Dahlah kat situ ada orang lain lagi. Harapnya dia orang tak dengar apa yang Ita cakap.
Secara jujurnya, saya memang tak rasa kulit saya lawa. Sebab jika dibandingkan dengan orang lain, ramai lagi yang lawa, halus dan licin kulitnya. Fenomena merah tu saya tak tahu kenapa dan macam mana boleh berlaku. Nak kata sebab skin care saya, sebelum saya pakai skin care ni pun memang dah macam tu. Hana tegur kulit saya merah 2008 dan saya pakai skin care ni 2011. Saya ingat, semua orang akan jadi merah kalau kena panas matahari. Tapi Ita kata, merah saya tu lain. Eh, Ita kata saya ni pink. Hana pun pernah cakap, katanya, sayalah orang yang dia jumpa kulit merah macam ni. Tang mana merahpun saya tak tahu sebab saya ni kulit sawo matang, bukan putih. Sebaliknya, Ita tu yang kulit kuning langsat. Tapi dia tak jadi pink pulak bila kena panas. Saya cuba cari sebab kulit pink dalam internet. Yang saya jumpa semuanya kerana sensitif dan burn. '
Masa dalam bas, saya tanya Ita, pink tak kulit saya sekarang? Ita kata tak sebab dah tak panas. Masa mula-mula naik bas adalah pink. Tapi masa kat tengah panas memang pink. Lama jugaklah pink tu nak hilang dari tengah panas bila saya masuk ke tempat teduh.
Sebenarnya sekarang ni, kulit saya sedang mengalami ellegik iaitu kulit bibir. Nanti tu saya cerita dalam entri yang lain.
Friday, August 9, 2019
Jelita Itu Melampau
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Semalam saya menghadiri satu bengkel. So, ramailah orang kementerian dan NGO yang saya jumpa.
Masa nak balik, saya bersalaman dengan sorang Dr. Saya selalu jugaklah jumpa Dr. ni.
Saya: Balik dulu Dr.
Kata saya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Dr.: Tinta yang sentiasa jelita.
Katanya sambil menyambut tangan saya.
Saya: Ish, tak adalah Dr. ni.
Dr.: Eh, tak. Saya tak main-main. Cakap betul ni.
Katanya serius.
Whatever! Kalau dulu, sesekali orang puji rasalah kembang. Tapi bila dah selalu, dah rasa biasa dan kadang-kadang rasa sebak kerana Allah memberikan anugerahnya kepada saya. Semoga wajah ini akan terus indah di Masyar nanti, saat bertemuNya kelak.
Amin...
Tapi bagi saya, kalau melabelkan saya sebagai jelita itu melampau. Saya ni biasa-biasa je. Kalau macam Erra Fazira tu betullah jelita.
Saya harus sedar diri bahawa saya taklah sepertimana yang diperkatakan. Ramai lagi orang lain yang jelita dan cantik.
Thursday, February 28, 2019
Perasankah Saya?
Kebelakangan ni, dah dua kali saya terima jambangan mawar merah. Yang pertama tu jambangan mawar semata-mata. Kali kedua, jambangan mawar bersama bear.
Seperti biasa, saya kongsikan apa yang saya rasa di Facebook. Bukanlah niat nak menunjuk. Dah namanya Facebook, tempat kita post apa yang kita sukakan?
Ada sorang hamba Allah ni, dia sibuk duk kata saya sombonglah, dah ada boy friend la. Malas nak contact saya sebab dah ada boy friendlah. Bukannya nak tanya saya siapa bagi dan sebagainya. Sibuk duk merungut belakang. Sayapun tak faham apa masalah dia. Dulu selalu cakap kat saya, cepatlah kahwin. Jangan memilih sangat. Baru saya post pasal terima bunga, dah lain macam. Kenapa?
Lepas tu cakap, orang buta suka perasan. Laaa... Saya ni masuk dalam kategori perasan ke? Sedangkan, saya tahu siapa pengirimnya dan memang bunga tu dialamatkan kepada saya. Siap ada nama saya. Perasan ke? Saya tak ada pun canang serata alam yang saya ada peminat, ramai orang suka dan sebagainya. Lepas tu siap cakap nak tengok siapa pengirim bunga tu. Jaga saya elok-elok ke tak. Ya Allah, kenapa macam tu? Habis awak tu, elok ke jaga perempuan? Dengar khabar mengorat sana sini. Kalau dah suka, kahwin jelah. Kata mampu, so tak ada masalah nak poligami kan? Janganlah sibuk melayan lepas tu tak kahwin dengan alasan dah ada isteri. Cuba letak diri awk tu kat tempat orang yang awak layan tu. Apa perasaan dia kalau dia dah betul-betul sayangkan awak, lepas tu awak tinggalkan dia atau still layan tapi tak ada hala tuju perhubungan. Kesianlah kat dia. Kita hidup ni ada kifarah. Mana tahu kalau buat orang, esok lusa Allah uji pulak kaum keluarga kita dan anak-anak kita? Hidup ni macam roda, sekejap di atas, sekejap pulak kita kat bawah.
Wednesday, January 23, 2019
Kepantangan Saya
Assalammualaikum semua.
Salam sejahtera.
Dah lama tak update blog. Saja je nak bagi makcik-makcik bawang kat blog ni berehat sekejap daripada mengata saya. Lain kali, kalau nak mengata, kata depan-depan. Tak payah nak membawang sangatlah. Kalau nak Tanya tentang sesuatu isu yang saya tulis, Tanya je. Tak boleh jumpa, call, whatsapp or macam-macam cara boleh contact saya. Saya tahu, blog ni ramai yang kenal saya yang baca. Takkanlah korang tak tahu nak contact saya kat manakan?
OK, dah penat membebel. Meh nak membebel hal lain pulak.
Salah satu yang menjadi kepantangan saya ialah, orang duduk dan tak masukkan balik kerusi yang dia duduk bila dia bangun. Saya tengok memang habbit orang Malaysia la macam ni. Bangun dari meja makan tak masukkan balik kerusi, datang jumpa orang pun tinggal kerusi macam tu je. Datang office orang pun nak balik tak sorong balik kerusi ke bawah meja. Memang benda ni remeh. Tapi bagi saya itu adab seseorang. Tak ada disiplin dan protocol kalau buat benda ni.
Kat office ni pun, usah kata orang luar, orang-orang office ni pun sama. Majoriti kalau duduk depan saya, lepas tu kerusi bersepah. Hadoi... Kita pulak nak kena kemas bila dia bangun. Bukan berkira, tapi saya dapat baca attitude korang kalau korang buat macam ni. Ni mesti jenis orang yang ala kadar je. Tiada ketelitian. Ada jugak yang saya dah tegur, tapi still buat benda ni. Mungkin lupa kot sebab tak biasa buatkan? Jangan nanti saya membebel sudah.
Ada sorang ni, dia cakap, dulu x-executive director marah sangat bila dia duduk dan tak masukkan balik kerusi. Memang patutlah, kau duduk tempat aku pun kau tak boleh masukkan kerusi. Duduk kat kantin pun bangun belah macam tu je. Ini pulak bilik boss besar kau buat macam tu. Padan muka. Katanya boss besar tu pernah panggil dia masuk balik untuk sorong kerusi dia duduk ke bawah meja. Nantilah, jap lagi, saya pun akan buat macam tu. Kau nak menyampah ke, apa ke, nasiblah. Kalau korang tak pernah belajar benda ni sejak kecik, so tua-tua ni korang belajar.
Sebenarnya saya tak suka marah-marah, tapi bila sesuatu tak mencapai apa yang saya nak, marahlah. Tempat saya kot. Takkanlah setiap kali korang datang tempat saya, saya nak kemas? Memang simple. Jangan cakap simple kat saya je. Part korang tu pun kalau korang buat pun simple kan? Kalau saya berkira, mana lebih simple, korang bangun simpan balik kerusi bawah meja atau korang bangun dan keluar, saya pulak nak kena bangun dari kerusi saya, berjalan ke depan meja, simpan kerusi korang duduk lepas tu berjalan balik ke tempat saya dan duduk. Mana simple lagi?
Saya cukup tak suka benda yang saya dah cakap, nak kena ulang banyak kali. Pleaselah. Lepas tu, saya ni blind. Korang tak simpan kerusi tu, saya berjalan kat situ, saya langgar. Saya ni manusia, sakit bila langgar. Kalau robot tak apalah jugak.
OK, selamat membawang kepada mereka yang suka membawang. Saya dah boleh agak dialog apa yang korang nak cakap lepas baca entri ni. Bagilah pahala korang banyak-banyak kat saya.
Thursday, December 20, 2018
Merisik Khabar
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Jom nak sembang. Dah pening dah kepala ni. Hmmm... Macam-macam dia orang ni. Ada orang kena pukul then bagi police report dia kat saya. Saya ingat report sebab jatuh kat mana-mana sebab tak accessible. Tak apalah. Layankan je. Biasalah, kadang-kadang orang ni dah kenal kita nak kita yang uruskan hal dia. Tapi kat office ni kan ada department masing-masing. So, saya terima je report tu dan minta department berkenaan yang uruskan. Nanti kalau dia Tanya, saya akan terangkan pada dia.
******************************
Oktober lalu, saya menghadiri event di Sabah. Saya ditempatkan bersama dengan pengerusi Komiti Sabah untuk penginapan. Konsep apartment. Bilik masing-masinglah. Tapi dah duduk serumah tu mestilah bersembangkan?
Pengerusi: Tinta bila nak makan nasi beriani?
Saya: Nasi Beriani? Maksudnya?
Pengerusi: Alah, takkan tak faham. Orang kan selalu cakap bila nak makan nasi Beriani?
Saya: Nasi Beriani ke Nasi Minyak?
Pengerusi: Oooo... Sorry, sorry, Nasi Minyak. Saya tak berapa familiar sangat dengan adat orang Melayu ni.
Pengerusi tu dari suku kaum Sabah tapi saya tak ingat dia suku kaum apa.
Saya: Belum ada jodoh madam.
Jawab saya sambil menghabiskan tawa yang tersisa.
Pengerusi: Eh, bukan kamu ada boy friendkah? Saya dengar, orang cakap kamu ada boy friend.
Saya: Itu dulu.
Pengerusi: Jadi sekarang kamu single la?
Saya hanya menjawab soalannya dengan tawa.
Pengerusi: Itu hari, ada someone Tanya saya, Katanya, Tinta Emas itu sudah berpunya ka belum?
Saya: Siapa?
Pengerusi: Inda payah dibilanglah siapa. Nanti dia betul-betul berkenan, datanglah tu.
Saya: Madam jawab apa?
Pengerusi: Saya bilang sama dia, aku inda tahu. Kamu Tanya sendiri bah. Nanti aku bilang tiada kamu sudah menaruh harapan. Nanti ada, kamu yang menderita. Saya inda mahu bertanggungjawab kepada penderitaan jiwa orang. Pedih tu. Baik kamu Tanya dia sendiri.
Amboi, ayat madam ni, memang tak boleh belah.
Saya ketawa mendengar ayat yang dituturkan. Geli hati.
Pengerusi: Jadi selepas ini kalau ditanya, saya boleh bilang kamu single. Tapi untuk confirmation kena Tanya kamu sendirilah.
Ada-ada je dia orang ni. Orang-orang Sabah ni memang concern tentang jodoh saya. Ada yang suruh saya cari orang Sabah. Katanya, bila kahwin dengan orang Sabah, saya boleh menetap terus di Sabah. So, boleh selalu dengan mereka.
Malah, semasa kontingen Sabah menyertai Karnival Sukan yang saya anjurkan tahun lepas pun dia orang cakap benda yang sama kepada saya sewaktu saya mengucapkan selamat jalan kepada mereka sebelum pulang. Ada yang siap cakap dia ada anak lelaki boleh buat menantu. Entah apa-apalah. Layankan jelah. Saya tak ambil serius pun semua tu. Cukup sekadar kita mesra dengan mereka dan layan mereka sebaiknya. Kalau mereka suka, Alhamdulillah. Saya bukan nak lelaki je suka saya. Saya nak semua orang senang dengan saya sama ada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, alam dan haiwan. Jadi, saya ramah je dengan semua orang yang nak bercakap dengan saya. Bergurau pun saya layan janji tidak melampaui batas.
Wednesday, October 24, 2018
Komen Jurumekap
Assalammualaikum...
Salam sejahtera semua...
Dah lama tak update ni.
Alkisahnya last weekend I went to Sabah for my last event in Culcural, Art and Social Committee. Pertandingan Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan 2018. After this we focus on youth pulak eh.
OK, malaslah nak cerita pasal event tu. Nanti kalau ada mood baru kita cerita. Sebab apa? Tak best. Event tu best tapi yang belakang-belakang tu ada yang kurang memberi senyuman buat saya. Hahahaha...
Saya suruh AJK Sabah cari tajaan mekap. Then dia orang dapatlah tajaan daripada Avon Malaysia. Siap mekapkan peserta dan jawatankuasa lagi. Saya pun tak terkecuali dari disolek.
Saya dimekap oleh Cecilia Gau, manager Avon.
Kelaziman orang mekapkan oranglah letak foundation. Cecilia tegur saya:
Cecilia: Kening you cantiklah. Ada bentuk sudah. Senang dibentuk ni.
Sabahan cakap kan.
Saya senyum. Ni bukan kali pertama saya dengar ayat ni. Dari MUA Intan yang selalu mekapkan sayapun cakap benda yang sama.
Dan diapun merapikan kening saya dengan lukisan eye brow.
Saat dia mahu memakaikan saya mascara, saya beritahu dia:
Saya: Bulu mata saya ni suka tidur, macam bulu mata unta.
Cecilia: Oh ya la kan? Tapi panjang bulu mata kamu ni.
Dia mengenakan mascara kepada bulu mata saya. Seperti selalu, bulu mata saya ni memang susah nak bangun melentik walaupun panjang. Nak-naknya yang belah kiri ni. Cecilia mencuba sehabis baik. Entah apa yang dia letak selepas letak mascara tu saya lupa dan bulu mata sayapun jadi lenting.
Cecilia: Waaa... Bulu mata kamu macam bulu mata palsu. Tengok, dia naik! Inda payah pakai bulu mata palsu. Panjang betul bulu mata kamu. Dah macam pakai bulu mata palsu.
Cecilia: Untuk bibir kamu, saya akan letakkan warna pink di tengahnya warna putih. Tengok bibir kamu, terlalu kecil bibir atas. So, inda perlu susah-susah. Kamu punya bibir yang halus di atas. Inda perlu pakai pelukis bibir.
Thursday, October 18, 2018
Bila Pujian Itu Datang
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa yang korang rasa bila orang sering memuji korang?
Dulu-dulu, masa jarang orang memuji, saya rasa rendah diri bila dengar pujian orang terhadap kawan-kawan terutamanya masa sekolah dulu. Yelah, pengasuh dan cikgu selalu bercerita orang ni cantik, orang tu cantik. Puji dia orang depan-depan. Sedangkan saya? Sorang dua je yang puji. Tu pun bukan selalu. Tapi orang selalu puji saya kemas dan bersih. Mungkin masa tu saya tak pandai melawa. Tak pandai pakai baju moden-moden. Cara pakai tudung pun lipat banyak kat muka macam makcik hahahaha... Hanya orang yang betul-betul memerhati saja boleh kata saya cantik. Tak tahulah sememangnya saya tak cantik atau cara pakaian saya yang menyebabkan kecantikan tu tak terserlah.
Suatu hari, masa tu saya sekolah menengah. Salah sorang kawan yang rapat dengan saya Nor Bahiyah, tegur saya cara pakai tudung. Dia lipatkan tudung bahagian muka saya supaya tidak lipat banyak. Lipat sikit je. Masa tu saya rasa rimas. Rasa macam tudung tu tutup muka. Tapi Nor selalu cakap, jangan usik apa yang dia dah buat. Lepas tu tudung yang jatuh ke bawah diletakkan baik-baik di atas bahu saya. Pun saya tak selesa. Rasa macam seksi je. Tapi Nor kata, mana ada seksi. Sebab dada saya masih bertutup. Nor kata kalau saya pakai tudung macam tu nampak muda dan cantik.
Hahahaha... Nor kata dia suka tengok senyuman saya. Masa sekolah dululah. Tapi ada yang kata senyuman saya ni senyuman berhantu. Hahahah... Macam hantu senyum. Nak-naknya masa mula-mula nak senyum. Sebab saya akan senyum perlahan-lahan. Dari tidak senyum kepada senyum. Dia orang kata kalau tengok part tu waktu malam lagi takut. Bukan buruk tapi macam mana entah dia orang kata. Dia orang kata macam pontianak, manis. Entah betul entah tidak. Budak-budak kan?
Tapi... Sejak saya putus dengan my first boy friend, saya mula berubah. Terutamanya apabila saya masuk kerja kat office saya sekarang. Masa tu saya jadi PR. PR kan banyak jumpa orang. Saya berkenalan dengan Hadisah. Hadisahlah yang bertanggungjawab merubah penampilan saya dari segi pakaian, cara pakai tudung. Disumbangkan juga bekas kawan baik saya, Ali. Kemudian dilanjutkan oleh Kak Fatimah yang ajar saya cara mekap. Dari simple pakai foundation, sampailah mekap sepenuhnya. Sikit demi sikit Kak Fatimah ajar. Mula-mula dia buatkan. Tapi lama-lama saya segan nak minta dia buatkan. So, saya suruh dia ajar saya. Kak Timah ni memahami. Dia ajar step by step. Lepas tu Qilah pun ada menyumbang. Qilah banyak ajar cara pakai eyeshadow sebab masa tu Kak Timah dah tak kerja. Kak Timah pun dah ajar basic pakai eye shadow cuma Qilah ajar kepelbagaiannya. Baru-baru ni Aqilah siap belikan saya acuan pakai eyeshadow dan eye brow. Pengkritik pun ramai kat office.
Malam tadi, Amjad suruh saya pakai selendang untuk hari tongkat putih. Kata Amjad, saya dah pandai pakai selendang sekarang. Dah kemas dan cantik. Tak macam dulu, serabai.
Bab tudung ni Disah dengan Qilah yang ajar. Ada jugak saya search kat youtube then Disah, Qilah dan Kak Sha ajarkan. Saya memang suka nak cantik-cantik.
Sekarang ni, tudung bawal pun saya dah pandai pakai macam selendang.
Sekarang... Saya banyak terima pujian. Sampai kadang-kadang saya rasa saya tak layak dipuji. Dan bila terlalu banyak pujian tu datang, saya rasa sebak. Rasa kerdilnya saya. Bukan tak bersyukur atau tak suka. Tapi perasaan tu datang tiba-tiba. Rasa Allah tu baik sangat. Dia ciptakan saya dengan keindahan ni. Kadang-kadang bila baca komen yang memuji, saya nangis sendiri. Yang cantik itu kejadian Allah. Bukan saya. Saya hanya dipinjamkan sementara. Dan saya harap Allah bagi saya pinjam sampai ke akhir hayat saya bersambung di akhirat.
Saya tak tahu kenapa? Perasaan ni selalu datang bila menerima pujian-pujian tu. Dalam hidup ni, saya banyak doa dan permintaan. Salah satu daripadanya adalah doa untuk menjadi cantik. Mohon Allah pinjamkan sebahagian daripada kecantikan Nabi Yusuf dan Siti Mariam kepada saya. Setiap kali mengenakan produk wajah sama ada skin care dan mekap, saya berdoa dan mengamalkan doa yang saya baca dalam artikal dan dengar dalam ceramah. Tak terkecuali selawat ke atas nabi junjungan. Mungkin Allah dengar permintaan saya kot. Lalu Allah pinjamkan kepada saya. Semoga pinjaman Allah ini tidak membuatkan saya riak dan lupa diri. Semoga Allah indahkan hati dan keperibadian saya macam Dia indahkan wajah saya yang tak seberapanya ni. Jangan salah faham statement saya ni. Orang lain tu ramai lagi yang cantik. Istiqamahlah dalam berdoa. Nescaya Allah dengar.
Kadang-kadang, bila orang puji saya depan kawan-kawan, saya takut. Takut kawan tu tersinggung. Sebab saya pernah rasa semua tu. Saya jadi serba salah. Bagaimana harus saya bereaksi? Tak perlulah tunjukkan kegembiraan dipuji. Menjaga hati kawan tu penting. Memang ada kawan yang saya tengok bila ada orang puji saya depan dia, dia macam tak berapa suka. Ada yang cepat-cepat alih topik dan ada yang terus diam. Tak apalah. Mungkin mereka tak suka nak dengar. Saya tak marah. Saya faham perasaan perempuan. Mestilah ada rasa iri kan bila orang puji orang lain. Nak-naknya bab kecantikan ni.
Kadang-kadang, saya tak faham di mana cantik itu? Bila saya beriya mekap dan pakai baju lawa, mungkin betul cantik sebab mekap dan baju kot. Tapi adakalanya, saya pakai sesimple mungkin, t-shirt dan jeans, ada juga yang menegur. Kadang-kadang pakai bedak dan lipstik je. Kadang-kadang pakai bedak dan eyeliner dan lipstik. Pakai baju yang bagi saya dah buruk pun masih ada yang menegur. Jadi saya faham, penglihatan dan pendapat orang itu subjektif. Kadang-kadang tak perlupun pakai tudung yang digaya belit-belit still ada yang tegur.
Pernah saya pakai bedak, lipstik, blusher dan eyeliner tanpa eyeshadow, orang yang jumpa saya bila balik whatsapp saya yang dia suka penampilan saya hari tu.
Tapi, cantik itu subjektif. Mungkin ada orang lain yang lihat saya tak cantik. Lihat saya biasa-biasa je. Mungkin ada yang kata saya hodoh. Saya tak kecil hati. Sebab pandangan manusia tu sememangnya berbeza. Kalau tak, tak adalah orang kata Erra Fazira tu tak lawa. Apa lagilah saya yang tak seberapa ni.
Ya Allah, kurniakan kecantikan pada hati dan peribadi saya agar kecantikan yang sedikit ini tidak membawa saya kepada menyakiti orang lain dan keburukan kepada diri sendiri.
Monday, October 15, 2018
Gula Dalam Darah
Rasa sakit tekak. Sebenarnya minggu lepas pun rasa perit-perit manja. Cuma may be last weekend sibuk mengemas, so habuk kot. Hari ni perit tu rasa lebih lagi. Jom pergi klinik. Hahaha... Saya ni kan manja, sakit sikit je nak pergi jumpa doktor.
Masa menunggu giliran kat klinik office ni, saya teringat yang tahun ni belum check gula dalam darah. Sebenarnya saya takut sikit nak check kali ni sebab kan hari tu makan coklat banyak. Semalam makan Kit Kat dan angah bawa nasi untuk dimakan bersama Hakim dan mummy. So makan nasi la semalam. Tapi yang takut tu sebab banyak makan coklat. Tahu jelah. Bila makan nasi, saya ni mengantuk tak hingat. Tu pun salah satu benda yang buat saya takut nak check gula dalam darah. Memanglah sejarah keluarga saya sebelah mama Alhamdulillah, tak ada diabetes. Tapi sebelah abah, adik-beradik abah ada diabetes.
Lagipun, saya pernah jaga arwah chek yang menghidap diabetes. Nak makan pun susah. Makan ni sikit, gula naik. Kurang gula pun susah. Arwah chek tu bukan keturunan saya la kiranya kan, sebab dia moyang tiri. Lepas tu isteri my uncle, diabetes sampai buah pinggang rosak. Mata pun dah mula kabur. Glukoma. Melihatkan dia orang ni saya jadi takut dengan diabetes. Kalau nak kena, bila-bila pun boleh. Tu belum lagi kawan yang kena inject insulin. Saya tengok dia orang semua makan sangat perlu berjaga-jaga. Kalaulah nikmat ni ditarik Ya Allah, sedihnya.
Tambah cerita angah yang sepupu her husband dah buruk kaki. Pergi buat rawatan, doktor korek. Tapi katanya mula memburuk di dalam pulak. Ya Allah, kesiannya. Saya kenal Kak Edah tu. Baik dan ramah orangnya.
Saya menimbang-nimbang. Nak check glukosa ke tak? Nak ke tak? Ah, daripada risau tak tentu pasal, tak bertempat, kita check jelah. Semuanya kuasa Allah. Berserah sajalah. Dalam hati bermohon agar segalanya baik-baik saja.
Doktor Tanya, sakit tekak je ke? Saya kata ya.
"Doktor, check glukosa boleh tak?" Saya dah biasa dengan doktor ni.
"Kenapa?" Tanya doktor lembut.
"Saja. Tahun ni belum check. Tahun lepas check," Sebenarnya setiap tahun saya check.
"Tahun lepas ada check?" Tanya minta kepastian.
"Check. Masa yang luka tak nak bercantum tu," Jawab saya membawa doktor ke ingatan itu.
"Tahun lepas, normal?" Tanya doktor sambil mempersiapkan peralatannya.
"Normal,"
"You puasa?" Tanya doktor.
"Puasa." Jawab saya senyum. Cuba melindungi keresahan.
"Kenapa tak datang awal pagi? Kalau tak awal you boleh makan. Ni dah lewat dah," Doktor kesiankan saya.
Saya senyum. Sebenarnya saya puasa bukan sebab nak check gula dalam darah. Saya puasa sebab dah lewat pagi tadi. Tak sempat nak singgah beli makanan. Tambah nak kurangkan makan gandum dan makanan berminyak.
Hahaha... Siaran tergendala kejap sebab PR panggil saya nak tunjuk kat visitors dia yang blind boleh mekap sendiri macam orang lain. Kebetulan saya mekap hari ni. Cuma eyeliner je baru habis. Punyalah excited budak-budak tu jumpa saya. Hahahaha... Apa yang excited pun tak tahulah. Saya biasa-biasa je.
OK, back to our story.
Doktor meminta jari saya. Tanpa keberatan, saya menghulurkannya. Dah biasa dah check darah ni. Tak takut pun untuk di inject.
"So thin eh your fingers," Saya senyum. Doktor ni nak ambil darah ke nak tengok jari saya? Ramai yang cakap jari saya halus. Saya rasa biasa je. May be sebab jari sendiri kot. Nenek saya macam-macam digelarkannya jari saya ni. Jari kera la, jari penari Mak Yung la, jari serai manis la. Saya tak kisahpun. Panggillah apapun.
Saya rasa satu tembakan jarum kena pada hujung jari. Tak rasa pun darah mengalir? Pernah satu ketika, nurse terpaksa tembak beberapa kali sebab tak kena salur darah kot.
"Ada tak darah doktor?" Saya bersedia untuk diulang tembak.
Doktor menghulurkan saya secebis kapas basah untuk lap jari. Saya Doktor suruh saya tekap jari bekas cucukan tu.
"Ya, normal. Tak ada apa," Beritahu doktor kepada saya sejurus kemudian.
"Berapa doktor?" Tanya saya tersenyum. Syukur segera saya panjatkan dalam hati.
"4.8,"
"Turun dari tahun lepas." Balas saya riang.
"Tahun lepas berapa?" Tanya doktor.
"5.6 tapi saya tak puasa masa tu. Dah breakfast,"
"OK, now go and take your meal," Ujar doktor.
Terima kasih Allah kerana mengizinkan saya sihat lagi. Ya Allah, kenapa tiba-tiba sebak ni? Rasa Allah tu baik sangat. Saya ni bukan bagus sangat dalam menjaga makan. Buat apa yang mampu je. Bila jumpa coklat tak boleh tahan. Makan dan makan. Tapi Allah masih bagi saya sihat. Insya-Allah lepas ni saya akan cuba menjaganya. Alhamdulillah.
Sunday, October 7, 2018
Kelembutan Saya Bukan Untuk Semua
Sorang lagi kawan cerita kat saya petang tadi, ada suami orang kata, saya ni garang sangat, cengih. Lantak dialah nak fikir saya apa. Apa hal saya nak lembut dan manja-manja dengan suami orang? Cari masalah namanya tu. Hanya orang yang rapat dengan saya je tahu macam mana saya sebenarnya. Kelembutan dan kemanjaan saya tu bukan untuk semua orang. Hanya orang tertentu je yang dapat merasakannya. Hanya orang tertentu je yang Allah izinkan untuk merasai kemanjaan dan saat romantis bersama saya.
Orang tak tahu sikap saya sebenar yang suka merajuk, sukakan perhatian, suka manja-manja, suka nangis, cepat terguris. Perlu ke saya tunjuk semua tu kat orang? Perlu ke bagi semua orang rasa semua tu? Tak perlu! Kalau dia orang yang bijak pasti dia dapat membaca personaliti saya sebenarnya. Bak kata Abang Zikri, saya suka buat-buat garang untuk melindungi siapa saya sebenarnya.
Monday, October 1, 2018
Bila Saya Marah
Saya bukanlah seorang yang suka marah. Apatah lagi marah dalam jangka masa yang panjang. Kalau saya marah, saya tak suka pendam. Saya akan luahkan dan cakap apa yang saya tak suka. Lepas tu, kemarahan saya akan lenyap dan saya akan lupakan segalanya apa yang orang tu buat kat saya. Seolah-olah orang tu tak pernah buat saya marah.
Saya akan kembali seperti asal.
Tapi, bila saya marah, dan orang tak endahkan kemarahan saya, tak kisahlah apapun alasannya macam alas an bodoh yang orang selalu cakap, dia tengah marah. Biarkanlah dulu. Nanti bila dia dah sejuk, baru tegur or contact dia. No! Itu bukan saya ya. Saya ni seorang yang ingat apa saja yang orang buat kat saya melainkan kalau saya dah lepaskan kemarahan saya. So, membiarkan saya marah bukan makin mengurangi kemarahan saya. Malah ianya menyebabkan kemarahan saya berganda-ganda. Sebab apa? Sebab dia memaksa saya untuk pendam marah saya. Bila marah saya pendam, ianya akan menjadi makin besar. Dan jika keadaan itu berterusan, saya akan semakin berjauh hati dan akhirnya menjauhkan diri.
Ingat ya, saya selalu terkena dengan kawan-kawan atau kekasih. Kalau dulu saya rela disakiti untuk membahagiakan orang, sekarang tidak lagi. Hati siapa perlu saya jaga? Semestinya hati saya. Kalau orang menyakitkan hati saya lalu membiarkan saya marah, biarlah saya sendiri yang jaga hati saya.
Jangan kata bertahun lepas tu saya akan lupa. Takkan sekali-kali! Saya akan terus berkecil hati biar berapa tahun pun berlalu. Saya mempunyai ingatan tajam terhadap apa yang orang lakukan terhadap saya. Marah yang saya pendam seperti api yang membakar. Hanya satu perkataan maaf saja bisa melenyapkannya. Tapi kena dengarlah marah saya dulu. Kalau makin lama dibiarkan perkataan maaf pun tak sepantas air memadam marah saya.
So, pengajarannya, bukan semua orang korang boleh guna fomular biar dia sejuk baru tegur dia atau contact dia. Bila dah sejuk nanti dia OK la. Saya tidak ya! Minta maaf! Makin dibiarkan saya marah, maka makin saya berjauh hati dan kemarahan saya akan bertambah!
Sunday, September 16, 2018
Berbahagi Makan Dan Kasih Bersama Karipap Kingkong
Sesiapa yang bekerja di airport atau akademi penerbangan sekitar Sepang mesti tidak asing lagi dengan karipap Kingkong. Kata Aqilah, karipap ni famous di kalangan pramugari. Sejauh mana kebenarannya, saya tak tahu. Kenapa saya panggil dia karipap Kingkong? Memang nama dia tertera di papan tanda dia karipap Kingkong.
Karipap Kingkong ni dijual kat tepi jalan je. Gerai tepi jalan macam gerai-gerai biasa kat tepi-tepi jalan. Saya memang suka singgah membeli si kingkong ni bila ke Air Asia. Memang besar karipap dia. Kalau makan, tak perlu makan malam dah. Selalu saya beli petang, lepas balik dari Air Asia. Harganya RM4.50 sebiji. Boleh pilih sama ada nak inti daging atau ayam. Isinya pun gemuk-gemuk dan padat. Memang berbaloi dengan harganya. Sedap pulak tu. Dah namanya duduk sorang, saya beli sebiji je selalunya.
Sementara assistant saya beli dua biji untuk dibawa pulang bagi dimakan bersama tiga anaknya dan seorang kakak. Saya kaget, dua biji karipap dikongsi bersama lima orang? Puas ke makan? Cukup ke? Kenyang ke? Itu permainan yang selalu bermain di benak saya. Katanya, memang cukup.
Mula-mula dulu saya rasa sedih bila mengetahui dua karipap dikongsi lima orang. Kalau dah lima orang, sorang sikit jelah. Puas ke anak-anaknya makan? Mungkin nikmat kasih sayang tu melebihi segalanya. Keadaan ni sangat berbeza dengan kehidupan saya. Sedari kecil, kami diajar untuk memiliki barangan sendiri termasuk makanan. Sebesar mana pun sesuatu kuih, abah atau mama membelikan kami sorang satu. Tak ada kongsi-kongsi. Semua orang makan masing-masing punya. Kalau ke kedai makanan segera pun, kami boleh memilih hidangan masing-masing untuk menjamu selera. Kalau tak pun, abah akan order set makanan yang banyak untuk kami semua makan sepuas-puasnya. Selalunya pasti ada lebih untuk dibawa pulang. So, saya tak boleh gambarkan macam mana dua biji karipap Kingkong tu boleh makan lima orang? Kalau saya sorang memang kenyang sebab saya makan pun tak banyak. Tapi untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja, macam mana? Cukup ke? Mesti orang dewasa akan jamah sikit je untuk memastikan kanak-kanak dapat menikmatinya. Sedangkan dalam keluarga saya, semua orang akan makan dengan puas.
Bila saya fikirkan, Allah memberi lebih di suatu sudut dan akan mengurangkannya di sudut yang lain. Sebagai contoh, saya dan keluarga dapat makan dengan cukup sorang satu tapi mungkin kami tak seerat mereka yang makan berkongsi. Sebab tu masa mula-mula tinggal di asrama, malah sehingga memasuki alam pekerjaan, saya tak suka kongsi-kongsi makan. Saya tak biasa dan saya tak selesa untuk makan bekas orang. Usahkan makan, kongsi minum pun saya tak selesa. Perkara ni tidak biasa dalam keluarga saya. Cuma sejak akhir-akhir ni, adalah sikit-sikit makan bekas adik-beradik. Mungkin masing-masing dah bercampur dan lihat orang sekeliling. Tapi untuk berkongsi dengan orang luar kalau tak terpaksa atau terdesak, saya masih tak selesa. Kalau benda-benda kering macam biskut dan keropok tu biasalah berkongsi. But still abah dan mama malah arwah chek dan mami akan belikan kami sorang satu. Tapi kalau besar, kami makan kongsi-kongsi dan buka satu-satu.
Kalau nak kongsi nasi atau makanan berat, boleh. Tapi make sure sebelum saya sentuh atau orang lain sentuh, bahagikan terlebih dahulu ke pinggan lain. Saya tak suka masa saya makan, orang ambil dari pinggan saya atau letak makanan dia dalam pinggan saya. Saya tak tahu kenapa. Saya memang akan hilang mood dan marah kalau orang buat. Bukan orang luar je. keluarga pun saya tak suka. Melainkan cakap dulu. Kalau terus main ambil dan letak, saya memang pantang. Tak kiralah siapa, boy friend ke, apa ke. Kalau cakap, saya OK. Kalau tak cakap, saya rasa macam saya ni ayam yang sedang makan. Suka-suka orang boleh ambil makanan saya dan letak makanan dia dalam pinggan saya. Saya tak boleh.
Sunday, September 9, 2018
Pemeriksaan Gigi Berkala
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Dah seminggu saya tak update blog.
Tak sempat dan terkejar-kejar.
Semalam, sekali lagi saya ke Klinik Pergigian Zalinda. Kali ni bukan kerana sakit tapi kerana menjalani pemeriksaan berkala yang disarankan oleh mana-mana pakar pergigian setiap enam bulan sekali. Saya dah bersedia. Mesti habis RM200 ke RM300 ni.
Seperti biasa, Doktor Azizah menyambut kedatangan saya ramah. Doktor kata lama tak jumpa saya? Sibuk ke? Saya jawab, bukan sebab sibuk tak jumpa doktor, sebab tak sakit. Hahahahaha... Kami ketawa bersama.
Alhamdulillah, menurut Doktor Azizah, gigi saya berada dalam keadaan baik, bersih, cantik dan putih. Doktor cuma nak buat sedikit scaling dan polish agar ia tambah bersinar. Wow! Ayat doktor, Nak bagi gigi bersinar. Hahahahaha...
Memang betul sedikit saja cucian pada gigi saya. Kejap je dah siap. Cuma polish tu rasanya macam lebih teliti doktor buat. Lama pulak tu. Tambah sinar katanya.
Bila dah siap, saya ke kaunter untuk buat bayaran. Rasa nak menari-nari kat depan kaunter tu, RM80.00 sahaja!!! Waaaa.... Happynya rasa! Dulu saya pernah tanya kaunter harga untuk scaling gigi. Kata kaunter, paling murah RM150.00 dan tengok pada kekotoran gigi. Makin banyak kotoran, makin tinggi harganya. Tapi saya tak tahu berapa harga scaling gigi saya dulu sebab dah masuk bil rawatan akar gigi. Cuma doktor pernah cakap, gigi saya putih dan cantik. Saya sakit akar bukan gigi.
Masa kali pertama buat scaling dulu, saya rasa macam scaling tu membuatkan gigi saya renggang. Rasa macam menyesal buat scaling. Bila saya baca kat blog pergigian, memanglah kita akan rasa renggang sebab selama ni kita rasa gigi kita rapat kerana ada plak antara gigi. Bila dah scaling, plak dah tak ada, so kita akan rasa gigi kita renggang. Kali ni, saya tak rasa dah semua tu. Yang ada cuma renggangan kali pertama scaling dulu. Mungkin kerana sisa makanan tak sempat menjadi plak sebab saya sentiasa flos gigi. Dalam sehari dua tiga kali jugak saya flos. Flos dengan benanglah sebab flos gigi tak muat nak masuk celah-celah gigi saya. Hahahaha....
OK doktor, kita jumpa enam bulan lagi pada 2 Mac, 2019. Insya-Allah. Bye, bye.
Wednesday, August 22, 2018
Flos Gigi Yang Besar
Kelakarlah dengan Chiko ni. Dia dah faham kot saya tak bagi dia tidur dulu. Saya sentuh je kepala dia, dia mesti cepat-cepat angkat kepala dia. Nak bagi tahu saya yang dia belum tidur kot. Tapi dia tetap setia teman saya. Tak bergerakpun walaupun saya kacau dia tidur.
________________________
Saya pernah tulis tentang rawatan gigi kat sini. Dan saya pernah tulis pasal doktor cadangkan agar setiap orang flos gigi pada setiap hari.
OK Doktor Azizah, dua minggu lagi kita jumpa ya untuk pemeriksaan gigi berkala enam bulan sekali.
Menyahut cadangan doktor dan kerana rasa sayang pada gigi, saya pun beli flos. Flos pertama saya beli, flos yang ada batang. Halus je benang dia tapi kalau tempat yang sukar susah sikit nak flos sebab dia ada kayu pemegang. Jadi kita tak boleh tarik flos tu terus keluar, kena tarik ke permukaan gigi. Kalau siapa yang biasa buat flos gigi, mesti tahu permukaan gigi tu lebih rapat dengan gigi sebelah berbanding bahagian bawah gigi yang sedikit renggang.
Saya beli flos kedua. Balik try guna, apa hal, tak muat nak masuk celah gigi saya? Sudahnya saya bagi adik saya.
Saya beli lagi flos ketiga. Kata sales girl Guardian, flos ni flos paling halus tanpa batang. OK, hati berbunga-bunga balik dengan harapan dapat flos gigi setiap hari.
Susah jugak nak masuk kat celah gigi tapi saya paksa. Alamak, sekali nak tarik keluar, rasa ngilu dan sengal. Tak bolehlah. Nanti tak memasal gigi saya yang renggang pulak. Rapat betul gigi saya ni. Sudahnya, saya buat keputusan untuk tidak lagi membeli flos. So tak nak flos gigi ke? Flos. Mana boleh tak flos. Sehari tu dua tiga kali saya flos. Tapi saya tak guna flos dah. Saya guna benang menjahit. Benangkan halus. Benang pun susah nak masuk celah gigi saya. Tapi tak adalah sakit bila saya masukkan. Dan saya boleh tarik keluar di bahagian bawah gigi. Betul kata doktor, kadang-kadang kita rasa makanan tak masuk kat celah gigi. Tapi bila kita flos, ada je sisa makanan terselit. Saya pernah buat kajian, gosok gigi dulu kemudian flos. Sekali lagi saya terpaksa bersetuju dengan doktor Azizah. Walaupun kita gosok gigi, ada ruangan gigi yang tak dapat berus gigi bersihkan. Lepas gosok, bila flos pun still ada sisa yang keluar. So, sisa ni la jika dibiarkan akan menjadi plag gigi. Sisa ni akan mengeras serta melekat pada gigi kita. Bayangkan kalau kita bertahun tak flos, gelikan? Nanti 8 September, Doktor Azizah akan cuci gigi saya atau lebih tepat lagi, saya akan buat scaling gigi. Tak apalah berhabis. Yang penting gigi saya sihat. Nanti sakit beribu pulak saya kena belanja.
Bercakap pasal gigi rapat ni, angah lagi teruk. Gigi dia sakit sebab terlalu rapat. So, doktor suruh dia potong gigi tu supaya ada jarak. Hahahaha... Macam-macamkan?
Tuesday, August 21, 2018
Memang Takkan Puaskan Hati Semua Orang
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Masa belajar dulu, saya selalu pakai baju kurung besar jatuh bahunya. Sebab malu nak melawa. Kak Ida selalu suruh saya pakai baju-baju cantik yang saya ada seperti kebaya nyonya. Tapi saya tak nak. Takut orang kata. Kak Ida kata, tak perlu fikir apa orang kata. Baju Tinta, suka hati Tintalah. Puas Kak Ida pujuk suruh saya ubah penampilan. Tapi saya tetap tak mahu!
Penampilan saya dulu dan sekarang sangat jauh bezanya. Sebab tu kawan-kawan UiTM terkejut lihat saya sekarang. Mereka tak sangka saya boleh jadi macam sekarang.
Bercakap pasal puaskan hati orang, memang susah. Hari tu, saya hadir ke satu majlis dengan kawan-kawan blind kebetulan saya lupa nak update kat FB. Bila saya nak update, gambar pun tak ambil. Sebab tak ada orang nak melayan saya ambil gambar.
Hari tu ada orang tegur saya:
Kawan: Bedak Tinta ni teballah.
Blind ni memang suka bagi komen macam ni. Saya senyum je. Dah biasa sangat dengan orang macam ni. Ada je yang tak kena dengan mekap orang. Satu lagi orang yang tak mekap. Pun sama jugak. Habis, nak suruh saya pakai bedak dan foundation gelap ke? Time saya salah beli yang gelap, tak tegur pulak gelap. Kita kena tahu match warna kulit, warna foundation dan warna bedak untuk dapatkan keserian wajah.
Saya: Tak adalah. Sukatan selalu saya pakai.
Kawan: Memanglah tapi kulit Tinta gelap, bedak ni tebal. Bila tebal nampaklah beza kulit dengan bedak tu. Macam pakai topeng pulak.
Hahahaha... Itu melampau tu, Kalau pakai topeng, maknanya warna foundation yang cerah sangat berbanding kulit. Saya ni bukan hitam ya, sawo matang je. Lagipun saya pakai tudung, so mana dia tengok perbezaan kulit dengan bedak saya tu? Leher tutup. Mungkin faktor penglihatan yang membatasi dia untuk melihat secara jelas dan keseluruhan mekap saya. Yang gelap kat pipi berbeza dengan bedak tu, blusher tau. Bukan kulit hahahaha...
Saya: Saya ni dah selalu mekap dan inilah bedak harian saya. Sebelum keluar, saya dah Tanya orang dulu OK ke tidak.
Kawan: Ya, tapi tebal.
Saya senyum je. Maafkanlah dia. Dia rabun. Tak perlu risau dengan komen orang macam ni. Wife diapun bukan jenis orang yang mekap. Lantak kaulah. Malas nak layan!
Satu lagi mungkin dia Nampak saya cerah hari ni sebab tudung hitam yang saya kenakan. Kawan-kawan Nampak selalu cakap, saya akan Nampak cerah dan lebih berseri kalau pakai tudung hitam. Warna hitam membuatkan saya Nampak cerah tidak seperti biasa. Cuma saya je jarang pakai hitam kerana bagi saya tu warna klise. Tak berwarna-warni.
Saya pernah pakai mekap yang sama dengan tudung berbeza warna. Kawan kata, yang pakai tudung hitam tu memang Nampak saya cerah. Tudung satu lagi tu pulak mekap OK jugak cuma Nampak tak secerah yang tudung hitam. Saya ada beberapa warna tudung yang bila saya pakai ia mampu menambah seri wajah saya.
So, hari ni saya pakai mekap sama, kenakan tudung kelabu gelap. Saya send gambar kat Kak Fatimah, dia kata OK je mekap saya. Saya Tanya Qilah, Qilah kata pun OK. Saya suruh dia tengok betul-betul sebab ada orang kata tebal, Qilah kata mana ada tebal? Habis nak pakai bedak macam mana? Takkan nak pakai warna gelap? Qilah kata kalau tak percaya, Tanya si Amjat yang puaka tu. Jap lagi akan minta komen dia pulak.
Saya bukanlah orangnya menggunakan mekap untuk tutup wajah buruk saya. Saya pun bukan buruk sangat. Bukan saya tak pernah dipuji walaupun tanpa secalit mekap. Saya tak malu pun untuk keluar tanpa secalit mekap. Sebab kulit saya bukan teruk. Mekap tu sekadar penambah seri. Tak ada apa yang nak saya sembunyikan pada wajah saya. Sebab tu saya rela berhabis untuk skin care saya. Untuk menjaga kulit saya. Begitu jugak untuk mekap saya. Bila cuci mekap, saya ambil masa menyamai waktu mekap sebab untuk kesihatan kulit. Saya bukan macam orang lain pakai mekap tebal-tebal untuk tutup kekurangan kulit. Saya suka orang tengok kulit sebenar saya. Ada waktu-waktunya saya nak bebas mekap. So pergi office pun tak mekap la.
Saya akan dengar cakap orang yang mata terang dan tahu pasal mekap dan fesyen je. Yang lain tu, malas layan. Kalau nak dengar cakap semua orang, jenuhlah nak tukar foundation dan bedak. Time salah beli foundation gelap tu tak komen pulak. Budak ofis la yang tegur dan ajar macam mana nak campur foundation tu agar dapat warna sesuai dengan kulit saya. Foundation yang saya pakai ni jugak pernah dipakaikan oleh MUA untuk saya cuma masa MUA pakaikan tu lain cara solekannya sebab saya nak pergi dinner. Takkan MUA nak pakaikan saya foundation yang tak kena dengan kulit saya? Cuma campuran foundation je untuk jadikan mekap tu mekap dinner. Tapi untuk harian, MUA kata foundation ni saja bersama bedak cukup untuk saya. MUA tak bagi saya beli tona lebih cerah. Katanya nanti jadi mawas! Cukup dengan tona ni.
Sunday, August 12, 2018
Pujian Yang Menakutkan
Suatu hari, saya ke Kedai Yusuf Ali nama lama. Nama baru apa entah. Saya sorang. Sebab hari kerja dan saya cuti. Ketika saya sampai di kedai tu dan nak cari tempat kat dalam, saya melintasi beberapa meja pelanggan lain. Tiba-tiba...
Lelaki: Adik, adik ni cantiklah dik.
Saya relax je. Takkan dia nak usik saya, usik orang lain kot.
Lelaki: Adik, adik cantiklah dik.
Lelaki 2: Wei, jangan kacaulah. Kau ni.
Lelaki: Adik, adik cantiklah.
Lelaki 2: Abang ni jahat dik. Kacau adik.
Dan akhirnya saya melintasi meja tu.
Lelaki: Dik, cantiklah adik ni.
Dia memperlahankan suaranya.
Saya berdebar. Untuk sayakah? Kata-kata tu? Bukan kot. Buat tak tahu jelah.
Saya makan sorang. Lepas makan, saya mula beredar dan sekali lagi melalui jalan yang sama.
Kedengaran suara lelaki tadi.
Lelaki: Adik, adik.
Saya: Saya ke?
Lelaki: Ya. Adiklah.
Saya: Dah.
Saya takut.
Lelaki: Adik, adik.
Saya berpaling. Mungkin dengan saya dia baik kot. Sekadar menunjukkan keprihatinan dia kot. Mungkin dia kesiankan saya. Takkanlah dia nak kacau saya? Fikir saya dalam hati.
Lelaki: Adik ni cantiklah dik.
Lelaki 2: Abang ni jahat dik. Kau ni, janganlah kacau dia.
Saya terus berjalan laju meninggalkan kedai tersebut. Senyum saya segera mati. Saya takut sebenarnya. Apa hal dia nak ulang-ulang puji saya? Kalau tadipun dia cakap kat saya, memang tak betul lelaki ni. Sangat menakutkan.
Apa yang cantikpun saya tak tahu. Saya just pakai seluar slack hitam dan kemeja hitam. Tudung Bok Kita merah bercorak hitam. Simple. Cantik tang mana? Mekappun tidak, sekadar foundation, bedak, lipstitk dan blusher. Basic je.
Ya Allah, aku bersyukur atas pinjamanMu ini. Namun, aku mohon jagaan dan pemeliharaanMu sentiasa ke atas diriku dan hidupku. Temukan aku dengan orang-orang yang baik. Jauhkan aku dari orang-orang yang jahat, yang boleh mendatangkan mudharat bagiku. Amin, Ya Allah.
Bagaimana Harus Saya Bereaksi?
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!!!
Macam mana weekend korang? Mesti bestkan habiskan masa dengan yang tersayang?
Kalau korang jadi saya, apa yang harus korang katakan atau reaksi bagaimana yang korang akan tunjukkan bila berhadapan dengan situasi macam ni?
Dalam entri lepas, saya ada mention yang saya baru balik meeting DBKL.
Meeting tu berjalan seperti biasa dan saya dah mula baik dengan sorang demi sorang yang sama-sama jadi jawatankuasa pemilihan untuk anugerah datuk bandar tu. Dah satu komiti dan selalu jumpa, alhamdulillah, lama-lama bolehlah bertegur sapa dan melawak. Tapi ada beberapa orang yang saya dah kenal lama seperti Puan Sharifah, Puan Cheng, Puan Zaini, Puan Masuri dan En. Zahri.
Meeting berjalan seperti biasa. Hahahaha... Majoriti pakai baju kemeja jawatankuasa. Saya dan beberapa orang je tak pakai baju tu.
Balik dari simulasi, kami ambil gambar beramai-ramai dan terus ke bilik jamuan. Apa lagi? Makanlah!
Masa saya duduk kat meja makan tu, Puan Sharifah datang menyapa saya:
Puan Sharifah: Tinta, Tinta ni cantilah. Sentiasa cantik. Tinta tahu tak?
Alamak! Ni yang saya lemah ni. Saya nak ucap terima kasih, takut dikata perasan. Nak senyumpun takut dikata perasan jugak. Nak tunjuk tak suka, nanti orang kata sombong. Saya malu sebenarnya ditegur begitu. Kot orang lain salah sangka cap kita perasan. Mahu tak mahu:
Saya: Tak adalah, puan. Biasa je.
Pipi saya rasa panas.
Puan Sharifah: Mana ada biasa. Selalu cantik. Tubuh pun cantik, kecik.
Kecik? Bila pulak saya kecik ni? Oooo... Mungkin yang dia maksudkan, tubuh saya kecik tu bersesuaian dengan tinggi saya kot.
Hayyoooo... Sampai tubuh pun puan perhati ke? Tanya saya dalam hati. Nasib baik perempuan, kalau lelaki, nak je saya masukkan kepala ke dalam badan macam kura-kura. Biar tak kelihatan wajah ni.
Dan saya cuba mengalihkan tajuk perbualan dan berjaya hahahahahahahah....
Masa nak balik pulak, sebagai tanda hormat kat pengerusi mesyuarat, Puan Sharifah tu, saya dan assistant ke meja Puan Sharifah untuk bertemu mata dan bersalam sebelum beredar. Dr. Naziati dan Puan Zaini turut ada di meja tersebut. Kata Puan Masuri, Puan Sharifah dan Puan Zaini ni sama pangkat. Boss-boss. Sebab tu Puan Masuri duduk semeja dengan kami. Diapun malu nak duduk dengan boss-boss kat meja Puan Sharifah.
Saya dan Kak Sha bersalaman dengan Puan Sharifah dan Dr. Naziati.
Puan Zaini: How many people tell her that she is pretty.
Hayyyoooo... Ni lagi sorang. Mana nak letak muka saya ni. Pipi saya panas lagi. Nak balik! Nak tinggalkan dia orang semua ni. Tak nak salam Puan Zaini boleh tak? Saya buat-buat tak dengar dan terus bersalam dengan Dr. Naziati.
Puan Sharifah: Itulah.
Puan Zaini: Tinta, dengar tak saya cakap?
Alamak, kalau nak cakap, cakap jelah. Tak payahlah suruh saya dengar. Dan tak payahlah tunggu reaksi saya. Saya tak tahu nak cakap apa. Ramai lagi kot yang cantik kat muka bumi ni. Saya nak jawab apa ni?
Saya: Ya.
Puan Zaini: Awak ni cantik tau, manis.
Akhirnya, idea gila saya datang!
Saya: Puan, jangan cakap macam tu, kembang saya jap lagi. Nanti tak muat keluar pintu ni.
Kebetulan meja dia orang tu dekat dengan pintu.
Puan Zaini: Ish, takkanlah tak muat. Muat punya. Saya cakap betul ni. Tinta cantik. Selalu cantik.
Saya: Jangan puan, nanti saya kembang, satu hal pulak DBKL kena pecahkan pintu ni keluarkan saya.
Semua yang dengar jawapan saya tergelak. Kak Sha pun ikut ketawa.
Puan Zaini: Tak, she is beautiful. Awak cantik, awak tahu tak? Tak ada kembang-kembangnya.
Hadoi, berapa kali dia nak ulang ni. Dahlah, saya harus cepat tinggalkan tempat ni.
Saya: OK, puan. Balik dulu.
Saya mensalami tangan Puan Zaini dan terus berpusing menuju pintu.
Entah apa-apalah lagi dia duk cakap cantik dengan Puan Sharifah dan Dr. Naziati tu. Lantaklah. Saya kena tinggalkan mereka cepat. Tangan dah sejuk, muka dah panas. Riak macam manapun tak tahu nak tunjuk kat dia orang.
Wednesday, August 8, 2018
Apa Ada Dengan Sehelai Tudung Tua?
Assalammualaikum dan selamat petang semua!
Saya just came back to the office after meeting with DBKL. Meeting hari ni mood saya OK je. Tak perlu hot. Sebab, ni meeting anugerah Datuk Bandar.
Nak cerita pasal malam tadi.
Setelah mencari kasut penawar kaki saya yang sakit di Sogo, saya balik ke rumah.
Sempatlah snap-snap gambar yang nak digunakan untuk report Ministry of Transport di Ara Damansara LRT.
OK, rasanya nak senyumpun dah tak larat sebab kaki mula rasa sakit untuk melangkah. Maklumlah, banyak berjalankan. So, lepas snap gambar, saya terus menaiki eskelator untuk turun dan keluar dari stesen.
Rasanya dah tak mampu untuk turun sendiri lantaran tumit yang mula sakit dan penat. Kalau tak sakit tumit tak rasapun penatnya. Tapi bila ada satu bahagian sakit, mulalah penat segalanya. Hahahaha... Saya lantas berdiri je atas eskelator di bahagian kiri. Sekumpulan minah saleh turun eskelator secara menual di sebelah kanan saya. First lady went down melepasi saya sambil mengatakan sorry sebab terlanggar sedikit bahu saya diikuti dua atau tiga orang rakannya yang juga minah salleh. Masing-masing minta sorry. Setelah beberapa anak tangga eskeletor melepasi saya, first lady berhenti dan berpaling ke arah saya.
"You are wearing hijab. So pretty," Katanya.
Tindakannya membuatkan rakan-rakannya turut terhenti.
Saya diam kerana tak pasti dia bercakap dengan siapa.
Minah salleh yang ingin meneruskan langkahnya, berhenti seolah menanti reaksi seseorang. Dia bercakap dengan saya ke?
Beberapa detik, saya diam dan mereka juga diam.
Dan akhirnya, saya senyum sambil mengucapkan "Thank you,".
"Yaaa. Its true," Kata mereka hamper serentak sambil ketawa ramah. Kemudian mereka terus menuruni eskelator meninggalkan saya yang masih setia menunggu eskelator membawa saya ke bawah.
Alhamdulillah atas kurniaan Allah. Tapi dalam perjalanan ke rumah, saya terfikir, apa yang cantiknya dengan sehelai tudung bawal hitam pemberian mami berusia 11 tahun yang sedang saya pakai ni? Saya sayang barang, saya akan jaga selama yang boleh. Selagi orang tak kata dah tak boleh digunakan, saya tetap akan pakai. Tudung ni dah merata tempat saya pakai dia. Daki Gunung Tahan, Ekspedisi Tandem KL-Taman Negara dan macam-macam aktiviti lasak lagilah termasuk berkayak di laut dalam Pulau Pangkor. Kat Gunung Tahan, berapa hari saya pakai tudung ni. Dan malam ni ada yang cakap pretty dengan tudung ni?
Nak kata cara saya mengenakan tudung ni pun tak mungkin. Sebab semalam saya hanya memakainya secara ringkas iaitu kerongsang di bahagian dagu, hujung tudung sebelah kanan saya pinkan di bahu sebelah kiri dan hujung tudung sebelah kiri pula saya kerongsangkan di bahu sebelah kanan. Cukup ringkas, tiada belit-belit atau gaya sebab malas.
Syukur sajalah. Pandangan manusia tentang cantik itukan subjektif.
Monday, August 6, 2018
Allah Marah...
Assalammualaikum semua.
Selamat petang.
Bila dah terbaca Novel Eksperimen Cinta ni, rasa seronok pulak duk pejabat lepas waktu kerja.
Tapi... Bila tiba bab dikhianati ni, rasa macam dah tak sanggup untuk dilalui dalam kehidupan sendiri. Hahaha... Tapi jugak, jangan terpedaya ya. Orang yang dikhianati ni, pun boleh mengkhianati kita. Saya pernah lalui hal ni. Jangan cakaplah orang dikhianati ni lebih tahu menghargai. Sama je. Malah, kadang-kadang orang yang pernah dikhianati ni lagi tak sedar diri.
Stop, stop, stop. Malas nak cerita pasal hati dan perasaan ni. Sebab hati saya buat masa ni memang kering kontang dengan semua perasaan ni. Cukuplah saya ada kawan-kawan yang baik bersama saya tak kira lelaki atau perempuan. Love all of you.
******************
Lebih kurang sebulan lalu, kononnya nak melegakan rasa sakit kaki saya, saya pergi urut kat rumah kawan yang blind. Hahahaha... Siap booking dua jam tu urut badan.
Proses mengurut berjalan seperti biasa. Sampailah kepada akhir sekali urut di bahagian kepala dan dahi. Masa tu, Kak Yati tu urut dahi saya. Dia tiba-tiba macam terkejut.
Kak Yati: Eh, Hang ni tak ada kening ke?
Saya terkejut. Takkan kening saya dah hilang kot?
Saya: Adalah, kak.
Kak Yati: Mana?
Saya: Ni.
(Sambil memberi Kak Yati pegang kening saya.)
Kak Yati: Halusnya kening hang.
(Saya ketawa)
Kak Yati: Allah marah tau cukur kening.
Astaghfirullahalazim. Ke situ pulak Kak Yati ni.
(Saya senyum)
Saya: Ish, taklah, kak. Saya tak pernah cukur kening.
(Saya tak marah Kak Yati. Sebenarnya saya dah biasa dengan persoalan macam tu. Alangkan orang Nampak pun Tanya soalan macam ni, apa lagi orang yang tak Nampak.)
Kak Yati: Ni nipis sangat kening hang ni?
Saya: Kening saya memang macam nilah kak. Memang orang Nampak pun pernah Tanya saya cukur kening ke? Memang dari kecik macam ni.
Kak Yati: Berdosa tau kalau hang cukur.
Saya: Hahahaha... kak, saya ni masih tahu hukum lagi. Takkanlah saya nak buat macam tu.
Kak Yati: Manalah tahu kalau hang nak cantik.
Saya: Ish, tak pernahlah kak. Even MUA yang selalu mekapkan sayapun cakap kening saya dah halus, tak perlu cukur dah.
Hahahaha... Terserahlah kat kakak tu nak percaya ke tak kata-kata saya. Yang penting Allah tahu apa yang saya buat. Dia pasti tahu saya tak pernah mencukur kening saya. Memanglah saya ni sukakan kecantikan. Tapi belum lagilah nak ubah kejadian Allah tu. Setakat ni tak pernah terlintas nak cukur kening ke, nak cucuk vitamin C ke, nak pakai botox ke. Tak pernah. Setakat mekap dan guna barangan penjagaan wajah, penjagaan badan dan kulit dari kaki sampai kepala tu yelah. Nak cucuk-cukuk atau buang-buang atau bedah-bedah tu belum lagi. Harapnya saya kekal begini.
Cuma saya doa kepada Allah, agar ia mengindahkan akhlak saya sebagaimana ia mengindahkan wajah saya. Dan indahkanlah wajah saya, agar senang orang melihatnya. Saya juga mohon agar Allah pinjamkan sedikit kecantikan yang pernah dipinjamkan kepada Yusuf dan Mariam kepada saya. Tiba-tiba rasa sayulah pulak.
Kepada mereka yang tak suka saya tu, jangan risau, saya tak cantik manapun. Siapa tahu kalau korang tu jauh lebih cantik dari saya. So, tak payahlah tambah dosa mengumpat saya lepas baca entri ni. Hahahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)