SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, February 14, 2011

Pasar Seni Gedung Seni

Petang Sabtu lalu setelah habis kerja, aku bersama Abang D bersiar-siar di Pasar Seni. Kalau tak silap, kali terakhir aku mengunjungi Pasar Seni tujuh tahun lalu. Sebenarnya dah lama aku ingin bersiar-siar di tempat yang begini tapi tak ada kawan yang berminat dengan benda-benda macam ni. Alhamdulillah, ku peroleh kawan dengan minat yang sama.

Jam 6.30 Petang, kami tiba di Pasar Seni. Di sinilah, baru ku dapat perhatikan sepuas-puasnya tentang senjata Melayu, permaidani buatan tangan, kasut buatan tangan, Kimono sutera dan apa yang paling menarik perhatianku adalah jam dinding yang pelbagai bentuk dan saiz. Jam yang paling mahal ku temui berharga RM39,000.00 ha memang besar gabak, haganyapun besar. Aku cakap dengan Abang D, tunggulah aku jadi jutawan baru aku beli jam tu. Abang D cuma gelak. Jam 9.00 malam baru kami meninggalkan Pasar Seni untuk makan malam.

Tapi, sebaik sahaja melangkah keluar, Abang D terus membawa aku ke bahagian lukisan. Kata Abang D, sekali lagi berkunjung ke sini, dia mahu melukis gambar kami. Siap "survey" harga tu. Aku ikutkan sajalah. Alah, nanti kalau nak lukis betul-betul aku cakaplah tak elok. Lukisan yang paling mahal kami tengok berharga RM20,000.00 lebih, lukisan potret Yang Dipertuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin yang lengkap berpakaian rasmi seorang agung. Gambar Siti Nurhaliza dan Erra Fazira pun ada. Anwar Ibrahim pun ada.

Kemudian, kami berjalan-jalan mencari tempat yang sesuai untuk makan sebab kami mahu gunakan laptop. Abang D beria-ia nak tengok vidio dan gambar Ekspedisi Gunung Tahan 2007 yang lalu. Gagal. Kami ambil keputusan untuk makan di MC Donald. Sebelum tu sempat lagi masuk kedai buah tropika. Di kedai ini, meja dan kerusi disediakan untuk makan buah seperti kedai makan.

Sudahnya, pukul 10.00 baru kami menjamah makanan. Setelah siap makan MC D, kami bergegas ke Star LRT untuk pulang. Bimbang perkhidmatan LRT tamat. Pada mulanya, aku mahu turun di Masjid Jamek dan ambil Putra LRT untuk balik ke rumah. Tapi Abang D menyuruh aku mengikutnya mengambil kereta yang ditinggalkan di Tasik Selatan. Oleh kerana bimbang kehabisan Putra, aku menerima cadangan Abang D. Kami ke Tasik Selatan mengambil kereta dan Abang D menghantar aku ke rumah.

Sabtu kali ni bolehlah dikatakan Sabtu yang menyeronokkan. Aku mencadangkan Abang D untuk ke muzium pula selepas ni sekiranya muzium mengadakan pameran. Cadangan itu disambut dengan baik.

Oh ya, Abang D ni kelakar orangnya. Aku tak boleh lupa peristiwa di surau, Pasar Seni. Ada ke patut dia panggil aku masa aku dalam surau. Ish, mamat ni, duduklah diam-diam kat surau lelaki kalau ya pun dah siap solat. Tahu jelah kalau perempuan bersiap mesti lama. Nanti aku call lah. Satu bagusnya Abang D, bersiar-siarpun masih ingat nak solat. Pada mulanya aku tanya dia pukul berapa. Bila 7.30, dia tanya aku nak caru surau tak? Sebenarnya, aku teragak-agak juga nak bagi tahu tapi sebab wajib aku tanyalah pukul berapa dengan harapan dia faham akan maksudku. Alhamdulillah, fahampun.

Friday, February 11, 2011

Di Mana Letaknya Kecantikan Seorang Wanita?

Kecantikan wanita, ada pada kehangatan sikapnya yang mampu menggetarkan sensitiviti dan kecintaan lelaki

Kecantikan wanita itu ada pada kelembutan sikapnya

Kecantikan wanita itu berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat, hingga lelaki merasa tenteram di sampingnya

Kecantikan wanita berada dalam senyumnya yang menambah kecantikannya serta membuat lelaki gembira

Kecantikan wanita itu berada pada intelektual. Bukan ilmu yang di peroleh dari ijazah formal, melainkan dari ilmu yang berasal dari sumber-sumber Islam yang jernih.

Kecantikan wanita di peroleh dari seberapa jauh pengetahuannya akan tanggung jawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak, masyarakat dan umat

Kecantikan wanita berada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi

Sumber: usi25.blogspot.com

Tidak, Bukan Itu Maksudku

Tersentak aku mendengar perkhabaran yang dibawa seorang teman. Teman itu inginkan kepastian daripadaku. Kepastian tentang satu entri yang aku tuliskan di sini lebih setahun lalu.

"Betulkah kau tulis kau cantik dalam blog kau?" Gulp! Soalan apa ni?
"Siapa cakap?" Dalam terkejut aku membalas soalan itu dengan soalan.
"Adalah orang cakap," Teman itu mahu merahsiakan.
"Cakap sajalah, aku takkan marah dia. Mungkin salah faham." Lama bersoal jawab, akhirnya ku tahu siapa gerangan orangnya yang berkata demikian.
"Dia baca blog aku ke?"
"Tak, yang bacanya sipulan (nama pembaca) dan sipulan tersebut memberitahu sipulan (nama pendengar) dan entah macam mana sipulan (nama orang ketiga) bercerita. Ada juga yang cakap, perlukah nak tulis fasal kau cantik kat blog?"
"Habis tu, kau tak baca blog aku untuk cari kebenaran?"
"Tak, akupun baru dengar cerita tu. Ada orang tanya aku, pernah tak kau cakap kau cantik pada aku? Aku cakap tak pernah pula," Aku cuba mengingati enteri-enteri yang pernah ku coretkan di sini. Oh, mungkin... Enteri ini:

Wednesday, October 21, 2009
You Are...

"Dont be sad, you are pretty, I'm telling the truth, you are pretty, girl." Itu kata-kata Ainol Zaffery, rakanku lewat panggilannya semalam.

Apakah itu satu pujian ikhlas atau kata-kata memujuk hatiku yang lara?

Subhanallah! Adakah tulisan yang ringkas ini sukar difahami? Atau... Mungkin bahasaku terlalu sukar untuk dimengertikan? Baiklah, biar aku huraikan di sini maksud enteri tersebut:

Enteri di atas, ku tulis tatkala hati bermuram durja akibat ujian melanda diri. Saat aku merasakan diriku terlalu kerdil dilempar ke tepi seolah-olah tiada guna langsung pada seseorang. Saat aku merasakan aku tidak layak mengecapi kebahagiaan. Saat aku merasakan yang bahagiaku telah berakhir dan tak akan ada lagi bahagia setelah itu. Ainol mengatakan, "Dont be sad, you are pretty, I'm telling the truth, you are pretty, girl." Itu kata-kata Ainol Zaffery, rakanku lewat panggilannya semalam. Ayat ini ku tulis sebagai terapi pemulih semangat tatkala Ainol memujukku agar tidak terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Lagipun, itu ayat Ainol bukan aku yang berkata demikian.

"Apakah itu satu pujian ikhlas atau kata-kata memujuk hatiku yang lara?" Ayat terakhir pada enteri tersebut menunjukkan bahawa aku meragui kata-kata Ainol tersebut. Aku sedia maklum, lelaki memang pandai memujuk dan mengayat. Aku juga tahu yang aku terlalu naif untuk membezakan pujian ikhlas atau sekadar pujian menyedapkan hati. Tambahan pula, aku maklum bahawa kecantikan itu amat subjektif. Kalau seseorang itu cantik di mata seseorang, belum tentu ia cantik pada pandangan orang lain. Lagipun, apa yang perlu dibanggakan pada cantik kalau diri serba kekurangan? Aku sendiripun merasakan yang aku dalam kategori orang yang biasa-biasa saja. Sebab itulah, aku tak pernah percaya dengan pujian-pujian sebegitu. Dan aku pun tidak berkecil hati kiranya orang tidak memujiku jauh sekali berasa iri apabila orang memuji orang lain di hadapanku. Masing-masing punya kelebihan. Bukankah kita ini manusia dan manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan?

Kalau aku merasakan aku ini cantik, pastinya percakapanku sentiasa berkisar ke arah itu. Dan pastinya jua penulisanku di blog ini sering mencoretkan pujian-pujian yang aku terima. Aku sendiripun berhati-hati dengan pujian, masakan aku dapat berbangga dan mengiakan pujian orang terhadapku. Aku sedar siapa aku. Enteri di atas BUKANLAH ditulis untuk memberitahu pembaca yang aku ini cantik. Sebaliknya, enteri di atas pembakar semangat untuk aku terus mencari kekuatan dalam mengejar kebahagiaan yang aku impikan.

Blog ini satu diari tempat luahan isi hati dan lakaran kisah kehidupan kita, jadi tidak salahkan kalau aku menulis sesuatu yang inginku luahkan??? Seandainya ada enteri yang tidak pembaca senangi, atau kandungan blog ini tidak disukai, maafkanlah dan anda berhak tidak membaca blog ini.

Kepada pengunjung yang tidak senang dengan enteri di atas, jangan risau, saya sedar diri saya siapa dan saya takkan sesekali cuba menandingi kecantikan atau populariti anda.

Kepada kawan yang rapat denganku, mengapa tidak ditanya hal tersebut padaku sendiri setelah mendengar berita demikian? Mengapa terus saja diceritakan kepada orang lain tanpa mendapatkan kepastian daripadaku atau sekurang-kurangnya membaca sendiri enteri tersebut dan seterusnya membuat penilaian sendiri?

Kepada insan yang pernah dekat denganku, mengapa terus diberi kepercayaan tatkala angin bertiup menyebar berita tersebut? Tidakkah engkau arif akan sikapku? Adakah kau telah lupa siapa aku?

Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku tahu sikap sebenar orang-orang di sekelilingku lebih-lebih lagi orang yang rapat dan amat aku percayai.

Kisah Cinta Romantis: Adam Dan Hawa

Kita hidup kerana-Nya melalui satu 'peristiwa' yang sama...

"Syurga yang serba nikmat...Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia di sana. Apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah dapat diperoleh dengan mudah. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak berhibur. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.


ADAM KESEPIAN

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Meskipun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


HAWA DICIPTAKAN

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tidak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.


PERTEMUAN ADAM DAN HAWA

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tidak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah-olah tidak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasi syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itulah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.


ADAM TERPIKAT

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku.. ..aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya meyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku.. ..aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namun haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tidak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.


PERKAHWINAN ADAM DAN HAWA

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.


MALAIKAT DAN PARA BIDADARI BERDATANGAN

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semulajadi.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.


MAHAR PERKAHWINAN ADAM

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat- Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu menghampiri isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah umat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)

subhanallah...

Sejarah telah mencatatkan cerita cinta agung yang diredhai Allah. Bukan kisah cinta sehidup semati Rumi dan Juli, pengorbanan kasih Shah Jehan terhadap Mumtaz dan bukan juga cinta abadi Qaisy dan Laila. Sama-samalah kita cuba ikuti dan teladani kisah cinta agung Yang Maha indah ini. Semoga cinta kita mendapat kurniaan rahmat dari Ilahi. Insya-Allah... Amin.

Sumber: www.malaysiaria.com.my

Wednesday, February 9, 2011

Abang Madi Gunung Tahan

Tiba-tiba rindu menggamit pada keindahan khazanah alam yang dimiliki Gunung Tahan. Serentak dengan itu, hati terusik mengimbau kenangan di Gunung Tahan yang masih segar dalam kotak fikiran. Telatah peserta ekspedisi, sukarelawan dan jurupandu arah gunung masih jelas terbayang. Ya Allah, alangkah indahnya andai masa-masa tersebut dapat diputar kembali. Meskipun penat mendaki, namun tawa dan senyum tetap menghiasi perjalanan yang sukar ke puncak dengan pelbagai peristiwa dan gurauan.

Lantas, telefon bimbit ku keluarkan dari tas tangan. Nombor-nombor tertentu ku tekan. Nada berbunyi namun tiada jawapan. Aku mencuba lagi. Panggilan bersahut. Abang Madi!!! Rindunya aku pada abang yang seorang ini. Walaupun kami jauh dan perkenalan kami bermula empat tahun lalu, hubungan kami tetap erat. Dari statusnya bujang hingga bertukar status suami kami masih erat. Persahabatan ini dieratkan lagi dengan perkenalan bersama keluarganya. Mak Ngah (ibu), abah (bapa), Amalina, Fizah dan Nurul (adik-adik) semuanya telahku kenali semasa aku berkunjung ke Kampung Pagi lebih kurang setahun lalu. Mereka terlalu baik dan mudah mesra. Sepanjang berada di sana, aku dan rakan yang menemaniku ke sana sentiasa dilayan baik oleh semua orang. Yang tak tahan tu, akulah yang sering menjadi sasaran usikan mereka. Abang Madi dah tentulah suka mengusik sejak dalam ekspedisi Gunung Tahan lagi. Tambah pula dengan jurupandu arah yang lain makin teruklah kena usik. Fizah, Mak Ngah dan paling tak sangka tu, abah yang agak seriuspun boleh mengusik dan menyakat aku??? Lucu bila diingatkan balik usikan-usikan mereka. Kini, kemesraan tersebut dieratkan lagi dengan kehadiran Kak Baiti sebagai isteri Abang Madi. Alhamdulillah, Kak Baiti amat memahami hubungan kami yang erat. Malah, dia juga menjalinkan hubungan baik denganku. Masa Abang Madi nak kahwin dulu, risaulah juga kalau isterinya cemburu akan kemesraan kami. Tapi alhamdulillah setiap kali aku menelefon Abang Madi, pasti aku akan turut berbual mesra dengan Kak Baiti.

Dalam perbualan pagi ini tawa tak habis-habis meletus dari mulutku dengan lawak Abang Madi. Dari belakang, aku turut terdengar gelak Kak Baiti yang sama-sama ketawa dengan lawak tersebut. Awal-awal aku dah tanya Abang Madi tentang Megat Panji Alam dan saudara-saudaranya. Siapa Megat Panji Alam? Kucing. Dulu sewaktu aku ke sana, aku ke Tempan (suatu tempat berdekatan rumah rakit milik keluarga Abang Madi, ada kebun limau dan tempat peliharaan ikan air tawar). Ada tiga ekor kucing Abang Madi yang manja sentiasa mengikutku. Abang Madi mengatakan yang tempat itu adalah kayangan dan kucing-kucing tersebut diperkenalkan padaku dengan nama-nama watak mitos dan dongeng rakyat. Sampai sekarang aku panggil kucing tu Megat Panji Alam. Yang lain tu aku tak ingatlah nama apa. Itu nama yang paling glamor. Sekarang ni kata Abang Madi, Megat dah ada anak, Malim Kundanglah apalah, entah apa-apa lagilah yang Abang Madi merepek tadi. Kak Baiti pula suruh aku ke sana. Katanya, asyik dengar suara dalam telefon je tapi tak kenal tuannya. Insya-Allah, jika ada kesempatan aku akan ke sana. Sayangnya, aku tak dapat berbual dengan adik-adik kerana mereka tinggal di asrama. Mak Ngah dan abah pula tiada di rumah.

Ya Allah, bahagianya aku rasa apabila hidup ini dikelilingi dengan orang-orang yang begitu baik dan mengambil berat tentang diriku. Aku rasa disayangi. Aku gembira begini. Syukur padaMu Ya Allah yang memberikan rahmat ini kepadaku. Kalau sebuah persahabatan itu dibina atas keikhlasan dan kejujuran pasti ianya akan berkekalan, Insya-Allah. Pasti dengki, iri dan cemburu sedaya mungkin dijauhkan. Kalau ada pun, pasti cepat-cepat akan dipadamkan. Tapi minta dijauhkanlah. Namun, hal ini memerlukan kerjasama dan persefahaman di kedua-dua belah pihak. Pihak yang satu mesti menjaga adab pergaulan dalam kemesraan dan pihak yang satu lagi perlu menjaga batas dan hati orang tertentu misalnya isteri.

Jika seorang lelaki baik dengan kita, jangan cepat menganggap lelaki itu mencintai kita. Jangan mudah menyalahertikan kebaikan seorang lelaki kerana mereka sememangnya dibekalkan dengan sifat penyayang dan prihatin yang tinggi. Mereka mengambil berat, selalu menghubungi tapi tidak semestinya mereka mencinta. Antara minat dan cinta juga berbeza. Mungkin lelaki meminati seorang perempuan tetapi tidak berhasrat untuk menjadikannya teman istimewa. Mungkin dia sukakan sesuatu kelebihan yang ada pada seseorang perempuan. Kalau kita mudah merasakan yang lelaki itu mempunyai perasaan pada kita dan kita dibuai perasaan, pasti kita akan kecewa jika itu tidak berlaku.

Tuesday, February 8, 2011

Mengantuk...

Dah banyak malam aku tidur lewat dari minggu lepas lagi. Malam tadipun tidur lewat. Mama datang, mestilah banyak cerita yang nak dibualkan. Ish, macam mana pula aku boleh tidur lewat ni? Biasanya aku tak tahan tidur lewat. Paling lewatpun pukul 11.00, habis lewat pukul 12.00. Sekarang ni rasa mengantuk sangat. Masa ni pula lambat betul berjalan. Aku dah tak sabar nak balik ni. Nak tidur! Buatlah apa yang patut dulu perlahan-lahan dalam ngantuk ni.

Katil!!! Nantikan kepulanganku.

Tilam yang empuk, bantal busuk kesayanganku, Teddy bear yang gebu, nantikan kehadiranku untuk melepas kantuk ini!!!!

Thursday, February 3, 2011

Kelebihan Hari Khamis

Kini, tibalah pula untuk kita mengetahui kelebihan Hari Khamis. Kita renungkan bersama:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya. (ketika ini, Yusof menjadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke Megeri Mesir juga pada hari ini untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari Khamis untuk mengajak Firaun menyembah Allah.
6. Rasulullah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas Perjanjian Hudaibiyah.

Sumber: permai1.tripod.com

Setakat ini saja buat hari ini :)

Wednesday, February 2, 2011

Peristiwa Hari Wilayah

Pagi semalam, aku bangun awal pagi. Kononnya bersemangat nak pergi tengok pameran Al-
Quran Braille Elektronik. Haida kata, Shafiri akan sertai kami dan En. Bokhari akan tunggu di LRT Masjid Jamek. Apa lagi, aku calllah Shafiri. Mamat ni suka lambat. Aku suruh dia siap. Dia suruh aku call dia bila aku nak keluar rumah. Maknanya, aku nak keluar rumah, dia baru nak siaplah tu. Tak lama kemudian, dia call lagi. Dia cakap dia tengah makan di kedai. OK, tak apa. Aku akan hubungi dia bila aku keluar rumah.

Dalam perjalanan ke Putra LRT aku call dia. Dia cakap diapun dalam perjalanan. Bila aku dan Haida dah naik LRT, aku hubungi dia lagi. Aku cakap, bila aku suruh dia naik LRT yang sampai di platform, baru naik. Bila LRT hampir sampai di stesen Wangsa Maju, dia cakap, dia tengah beratur beli tiket. OKlah, aku bagitahu dia yang aku dengan Haida akan turun di Wangsa Maju, tunggu dia dan Hafiz di platform. Naik satu LRT kan senang. Bila kami tunggu di platform, Shafiri telefon. "Aku dah naik LRT," Katanya. La... Mamat ni memang nak kena ni. Kita orang tunggu dia, dia tinggalkan kita orang? Sudahnya kami naiklah LRT seterusnya. Nak buat macam mana? LRT tadi dah jalan. Jadi, kami janji jumpa dia orang kat Masjid Jamek pula.

Setelah membeli tiket Star LRT, Kami naik ke platform. Semasa tulah Star LRT sampai. Kami berempatpun apa lagi berkejar-kejaranlah naik LRT. LRT hujung minggu ni lambat sikit. Malas nak tunggu. Kalau terlepas, berabadlah tunggu dia datang lagi. Dalam LRT, En. Bokhari call. La... Kami dah tinggal En. Bokhari pula. Haida suruh En. Bokhari naik LRT dan kami akan tunggu dia di platform LRT PWTC. Kamipun menunggulah di PWTC. Lebih kurang 15 minit menunggu, En. Bokhari call. La... Dia dah turun bawah. Memang adegan tinggal-meninggallah hari ni. Tak apa, sekurang-kurangnya, ada peristiwa yang nak dikenang bila tiba Hari Wilayah. :)

Kelebihan Hari Rabu

OK, kita teruskan pembacaan kita tentang peristiwa yang berlaku pada hari ini:

1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut-pengikutnya di Laut Merah.
3. Allah menghancurkan raja Namrud bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan tiupan angin yang kuat.

Sumber: permai1.tripod.com

Sekian buat hari ini :)

Tuesday, February 1, 2011

Kelebihan Hari Selasa

Masih lagi dalam topik kelebihan hari. Mari kita lihat pula apa kelebihan Hari Selasa:

1. wafatnya jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria juga wafat pada hari ini.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ini.
6. habil dibunuh pada hari ini.

Sumber: permai1.tripod.com