SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, January 23, 2022

In Person

Assalammualaikum korang, selamat petang sekali lagi. Nak cerita kejadian yang pernah saya alami suatu ketika dulu. Masa tu malas nak update. Biasalah, yang baca blog saya ni kadang-kadang bukan boleh duk diam mulut tu. Kat depan baik je tapi kat belakang nak mengata orang. Better korang tak payah baca blog saya ni kalau nak mengata. Mestilah saya akan tulis benda-benda yang saya suka kan. OK la, back to our story. Dinner corporate ni membuatkan kita kenal ramai orang. Masa nilah kita nak buat networking, nak tambah kenalan baru. Saya dijemput ke dinner DBKL ni untuk terima anugerah. Staff DBKL ni ramai jugaklah yang saya kenal sejak berpindah ke department baru ni. Puan Emilia mendekati saya dan bertegur-sapa. Tak semena-mena dia panggil kawan dia. Emilia: Yati, meh la sini. Puan Yati kalau tak silap nama kawan dia tu. Puan Yati pun mendekati kami. Emilia: Kenalkan, nilah Cik Tinta. Hah? Macam dah pernah mengumpat hal saya je ni? Hahahahaha.... Yati: Ooooo cantik orangnya. Emilia: Cik Tinta memanglah. Yati: Ingatkan dalam gambar je. Bila jumpa in person pun cantik orangnya. Hayyyooooo... tak tahu nak letak mana muka ni dan tak tahu nak bereaksi macam mana. Kang salah reaction, orang kata kita perasan pulak. Kalau korang, korang nak buat apa? Masa tu saya Cuma senyum je dan cakap “Tak adalah puan, biasa-biasa je,” Seingat saya, masa saya budak-budak dulu, saya pernah tengok wajah saya. Saya rasa tak lawa pun. Pandangan orang berbeza atau wajah saya memang dah berubah? Kalau Allah menampakkan yang indah-indah pada kita, alhamdulillah, kita syukuri seadanya. Jauhkan Ya Allah dari rasa riak dan takbur. Amin.

Make P:rem UV Defense Me Blue Ray Sun Fluid SPF50+

Assalammualaikum semua! Time rajin nak menuliskan, sekejap-sekejap je keluar entry baru. Hehehehe... Ni satu lagi produk Korea yang saya dapat dari Channel Noil Faizal. Hahahaha... asyik promot channel dia je hari ni. Bagi komisen sikit bang. :) Banyak juga saya cuba sun block or sun screen ni. Kebanyakannya tak sesuai dengan saya sebab dia akan menyebabkan kulit muka tambah berminyak, lepas tu timbul jerawat. Tu yang paling saya lemah tu bila naik jerawat. Kadang-kadang saya terpaksa pakai jugak terutamanya kalau nak pergi adventure activity. But for daily use, saya memang tak guna sun block. Saya pernah cuba Nutrimetics sun block. Apa jadi? Muka saya jadi bertambah burn. Lepas tu memang taklah saya guna sun block kecuali SK-ii. SK-ii macam saya cakap dalam entry sebelum ni. Memang sangat mesra kulit saya tapi kalau RM250 kau nak kena beli setiap bulan, memang taklah kan? Saya baca dan tengok Youtube, sun block or sun screen ni, or what so ever la yang korang panggil, sangat penting untuk melindungi kulit kita. Kulit kusam pun berpunca dari tiada protection ni jugak. No wonder la kulit saya kusam. Rupa-rupanya, nak guna sun screen ni pun kena pandai pilih. Pilih ikut jenis kulit. Kalau kau main pakai je, memang timbullah segala mak nenek kat muka kan? OK, saya tertarik dengan produk Korea lagi untuk sun screen ni. Masa saya tengok review tu, Mak P:rem ni ada tiga jenis sun screen, Sun Fluid, Sun Gel dan Sun Cream. Tapi tadi saya baca ada satu lagi pulak, Sun Calamine. Rasa nak try la pulak yang baru ni tapi takut. Mula-mula saya salah beli. Saya beli cream kalau tak silap. Sekali pakai, berminyak sangat muka. Bila dah berminyak, adalah tumbuhan nak tumbuh. Hadoi la. Saya kentalkan hati untuk beli yang Sun Fluid, alhamdulillah, bila saya kenakan pada kulit wajah, dia terus meresap ke dalam kulit dan tak berminyak. Kulit jadi lembap dan halus. Mulai dari hari tu, saya guna sun screen ni sampai hari ni. Jerawat pun alhamdulillah tak muncul. Apa yang bestnya, Sun Fluid ni didatangkan dalam kuantiti 200ml dan boleh juga dipakai pada badan. Ia merupakan fizikal sun screen. Nantilah dalam entry lain saya tulis apa maksud fizikal dan kemikal sun screen ni. Untuk kulit combination macam saya yang ada part yang berminyak ni, memang kena guna fizikal sun screen. Kalau tak, macam-macamlah nanti. RM100.00 lebih untuk 200ml, sangat berbaloikan? Yes! Mesra poket! Botol kedua pun dah nak habis saya guna. Alhamdulillah, satu demi satu saya jumpa produk wajah yang sesuai dengan saya. Koran guna apa? Mehlah share kat ruang komen kat bawah ni. Oh ya, saya letak kat sini bahan-bahan dan fungsi Sun Fluid kegemaran saya ni. Make P:rem's Blue Ray line counteracts the damage cause by hot Infrared waves and radiation by cooling down the skin surface by multiple degrees while still providing superior UVA and UVB protection. The milky texture of the Sun Fluid glides across skin, spreading evenly and disappearing within seconds. Formulated with hydrating Chia seed extracts and calming Centella extract, the Sun Fluid refreshes and soothes overheated skin to protect from sun damage. Ideal for all skin types, especially combo and oily facial and body skin. It is free of parabens, Sodium Lauryl & Laureth Sulfates and Synthetic dyes

Some by Mi: Yuja Blemish Care Serum

Assalammualaikum semua! Selamat petang! Dah setahun lebih rupanya saya tak update blog ni. Kenapa? Malas +layout blog yang tak berapa nak accessible ni. Hari ni ada mood, rasa nak update tentang penjagaan wajah. Kalau korang baca blog saya sejak dulu, saya memang pengguna SK-ii tegar. Tapi untuk tiga produk je hahahahahaha... Apa dia? Cleanser, toner dan essence. Sebab tiga produk ni, beli sekali boleh pakai setahun lebih. Untuk serum, moisturizer, sun block dan mask, memang tak berbaloi. Berbaloi dengan kulit tapi tak mesra beg duit. Kang kebulur tak makan pulak hehehehehe... Harga serum dan moisturizer SK-ii yang pernah saya guna RM500 ke atas untuk 50g/30ml sahaja. Sun block dia 30ml RM200 lebih, mask sheet dia RM57 sekeping. Dahlah semua benda alah ni teksturnya krim/gel/pekat. Pakai kena secukupnya dan setiap hari. Memang idok le kita kalau kena beli setiap bulan ni. Sayapun berkelanalah di google dan Youtube mencari review produk yang bagus. Saya nak cari produk Jepun sebenarnya. Saya perhatikan kulit saya ni suka produk Jepun. Tapi produk matahari terbit ni, bila masuk Malaysia je harga terus jadi harga kayangan. Walaupun, dekat negara dia produk tu murah dan dijual di kedai macam Seven11 tu je. Masuk Malaysia, hampeh! Sayapun bertemulah dengan satu channel Youtube ni. Noil Faizal nama dia. Kak Fatimah pun pernah suruh saya tengok channel youtuber ni. Dia selalu buat review produk penjagaan wajah. Lepas tu, review dia complete dengan bahan-bahan dan keterangan fungsi bahan. Best kan? Banyak jugaklah saya tengok review dia. Tapi semua produk tu tak menambat hati saya. Sejujurnya saya takut nak try produk baru. Takut tak sesuai. Kulit saya ni kalau dia tak suka dengan satu-satu produk tu, dia memang bagi reaksi. Setakat sikit-sikit tu tak apalah. Takut lebih je. Hehehehe... Suatu hari, Noil Faizal ni buat review tentang satu produk ni. Macam best je. Sebab dulu orang selalu tegur muka saya kusam. Tapi bila saya guna serum/moisturizer SK-ii, dia eloklah. Bila tak guna, dia kusam balik. Nama produk ni Some by Mi Yuja Blemish Care Serum. Produk dari Korea. Tak dapat Jepun, kita try la guna produk Korea. Noil Faizal ni memang banyak review produk Korea yang mesra poket. Bagi saya kalau setakat RM80-RM90 tu OK lagi la kalau nak kena beli dua bulan sekali ke, sebulan sekali kan? Taklah melampau sangat. Yuja ni merupakan keluarga buah sitrus. Kandungan Vitamin C dia tiga kali ganda lebih dari buah lemon. Dalam serum ni terdapat 82.3 percent ekstrak buah Yuja dan 5 percent Niacinamide. Kata Noil Faizal, walaupun kandungan Vitamin C yang banyak +niacinamide, dia tidak merensakan kulit dia. So, saya tertarik untuk mencubanya. Tapi kena ingat ye, kesan sesuatu produk tu tak sama kat setiap orang. Jangan nanti korang pergi try lepas tu kulit merensa korang marah saya pulak. Apa lagi, saya search online. Watson pun jual benda alah ni. Kalau watson atau Guardian jual, taklah takut sangat nak try kan? Kemasan kotak dan botol berwarna kuning sesuai dengan warna buah Yuja dan baunya sangat menyegarkan. Tidak terlalu kuat. Bau buah Yuja, bukan bau pewangi katanya. Saya try dalam takut-takut. Alhamdulillah, Ia mampu mencerahkan kulit wajah saya yang kusam. Bukan memutihkan ye. Mencerahkan atau mengembalikan warna asal kulit kita. Kawan kat pejabat pun tegur yang kulit saya semakin membaik. Tapi ingat, kalau nak kulit berseri, jangan pakai produk je beria. Minum air putih kena banyak tau. Mula-mula kulit saya berubah tu, ada orang ingat sebab foundation kulit saya jadi elok. Tapi ada kawan yang tengok saya lepas solat tanpa mekap bagi tahu kat kawan tu, sebenarnya bukan foundation yang buat kulit saya nampak macam tu. Tapi kulit saya sendiri yang dah berubah. Tak macam dulu. Saya rasa sebak. Betapa Allah tu memberi kepada kita jika kita berusaha. Tapi semua ni memerlukan komitmen dan kerajinan. At least, dua kali sehari, kena buat rutin penjagaan kulit tu. Macam saya, kena paksa diri minum air putih sebab saya kurang minum air. Bak kata Doktor Nordin Darus, air putih ni primadona penawar bagi penyakit apapun. Nak kulit segar dan berseri ni, kena buat rutin penjagaan yang penuh dengan turutan yang betul. Nanti saya akan share lagi produk lain yang saya gunakan dalam rutin harian saya. Sekarang ni saya nak try sleeping mask Yuja dan moisturizer Yuja ni. Some by Mi ni bukan ada satu range produk je. Dia ada beberapa range. Tapi setakat ni saya Cuma try range Yuja je. Tu pun baru nak try sleeping mask dan moisturizer dia. Moisturizer dia tu nampak mesra poket. 100ml kalau tak silap RM68 kalau dekat Zalora. Harapnya OK la. OK, nanti kita jumpa lagi dalam entry yang lain ye. Bye!