Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Imbas Kembali. Show all posts
Showing posts with label Imbas Kembali. Show all posts
Tuesday, October 22, 2019
Nama Siapa?
Haaaa... Kan dah gila nak update banyak cerita dah ni.
Masih lagi berkisarkan cerita Pulau Pinang last weekend.
Salah satu kelemahan saya, lambat mesra dan malu nak huha-huha. Kalau ramai orang, lagi saya tenggelam dan diam terus. Hehehehe...
Masa naik bas nak pergi Penang tu, saya naik lambat. So, saya duduk belakang sekali. Seronok jugak sesekali duduk belakang ni. Pakkal je ada lelaki dalam bas tu. Kalau semua perempuan, mesti saya dah tidur macam katil dah. Bas tak penuh. Ada jugak penumpang yang duduk sorang. So, saya duk belakang jelah. on off adalah orang datang duduk. Tapi tak selalu.
Saya memang suka buat hal sendiri kalau dah ramai-ramai dan kecoh tu. Saya segan nak kecoh-kecoh bila ada orang ramai. Masa pergi, office buka so, banyak hal office saya siapkan. Temujanji untuk GM, balas email dan lain-lain. Masa balik, lagi tak ramai dalam bas. Tapi saya tetap pilih untuk duduk sorang. Kat belakang jugak.
Sesekali Ita datang duduk dengan saya dan bersembang-sembang.
Masa naik dari berhenti kat RNR mana entah. Saya naik dan kongsi makan dengan Ita. Saya beli buah-buahan dan jagung cawan. Lepas tu Ita ke depan dan tinggallah saya sorang kat belakang. Saya makanlah buah saya beli tu. Buah potong dua bekas. Memang banyak. Dah kongsi pun ada lagi. So, saya berusaha menghabiskannya.
Dalam asyik duk makan buah, saya didekati oleh seseorang. Lelaki. Entah siapa mamat ni pun saya tak tahu. Hish, ada jugak yang datang. Saya ni bukan suka sangat nak tarik perhatian orang. Tapi bila orang datang nak bersembang, takkan menyombong pulak.
"Ni yang galit duk makan buah kat belakang ni, siapa nama?" Saya tak tahulah mamat ni volunteer ke driver bas. Yang confirm, dia bukan blind. Rata-rata blind dalam bas tu saya kenal walaupun tak kenal rapat. Saya diam. Takut dia tanya orang lain.
"Nama siapa yang makan buah sorang ni?" Ulang soalan. Dia masih setia berdiri berdekatan saya.
"Saya ke?" Saya nak kan kepastian.
"Yelah," Jawabnya masih menumpukan perhatian pada saya. Saya berhenti makan. Segan jugak makan sambil diperhatikan.
"Tinta Emas," Saya beritahu padanya nama betul sayalah. Takkan Tinta Emas kot. Berbelit-belit lidah dia nak sebut nama saya. Entah berapa kali ulang dan diajar baru betul.
"Bin? Eh, binti?" Tanyanya lagi.
Hadoi, nak binti sekali ke? Bukan urusan rasmi ni. Omel saya dalam hati. Jawab jelah. Saya tak suka nak macam-macam dengan orang yang baru saya kenal.
"Asal mana?" Tanyanya untuk soalan seterusnya.
"Kelantan," Jawab saya sepatah. Hish, buah aku belum habis ni. Boleh tak aku nak makan buah dulu? Dahlah jambu batu ni sedap dan rangup, kacau pulak. Asam pun banyak.
"Oooo... Orang Kelantan rupanya. Kelantan kat mana?" Laaa... Ada soalan lagi?
"Nilampuri," Jawab saya sepatah lagi.
"En. Asal mana?" Tanya saya kembali berbasa-basi. Nanti orang kata sombong pulak.
"Terengganu,"
"Kat mana?" Tanya jelah. Janji tak kaku.
"Kat Dungun. Pernah pergi Dungun?" Tanyanya pada saya.
"Dungun tak pernah. Kuala Terengganu dengan Besut pernahlah," Jawab saya.
"Kerja kat mana?" Soalan seterusnya menyusul.
Nak cakap kerja kat mana ek? Jujur jelah.
"Kat bangunan yang bas ni ambil penumpang hari tu," Jawab saya supaya senang dia faham. Bas kan ambil kami kat MAB. MAB ni kan pusat segala benda, pusat gathering, mesyuarat, aktiviti, membawang pun kat sini. Hehehehe...
"Oooo..." Saya pun tak tahu nak sembang apa dah.
Penumpang lain mula naik dan dia ke hadapan. Yelah, kalau tak nanti, susah nak ke depan kalau orang dah ramai.
Bagus, bolehlah saya habiskan jambu yang sedap ni.
Masa saya nak turun setelah sampai di office saya,
"Bye Tinta. Terima kasih,"
Aik, macam suara mamat tadi je. Apa yang terima kasih tu? Orang bye, kita bye jelah.
"OK. terima kasih jugak. bye," Jawab saya.
"Bye," Balasnya.
Saya terus turun dan ambil beg. Mujur Ita ada tolong ambilkan beg kat dalam perut bas. Tak payahlah susahkan orang lain nak-naknya orang yang tak dikenali. Malulah.
Friday, January 4, 2019
Siapa Kata Blind Tak Boleh Masak?
So nak cerita pasal belajar masak. Mummy selalu cakap dengan saya, "orang perempuan kalau tak pandai masak, jangan berangan nak kahwin,"
Saya memang minat nak masak. Sejak kecil, masa saya belum blind dulu, saya suka tengok rancangan masakan. Hahahaha... Tu yang masak susun bahan dalam pinggan cantik-cantik tu. Selalu kena perli dengan Haida dan Hana.
Masa sekolah dulu, saya minta dengan Cikgu Bakhtiar nak belajar masak. Cikgu ajar saya goring ikan dan daging burger. Macam tu jugak dengan mummy. Tapi bila dorang ajar, saya tak confident nak buat sendiri.
Mummy selalu cakap, "jap, bagi mummy ratakan jap. Lepas tu along kacau," Dalam hati saya, dah rata, buat apa saya kacau lagi. So, saya rasa bukan hasil masakan saya. Tak best!
Bila saya kat UiTM, saya datang ke rumah kawan kat Brickfields.
Saya cakap dengan Kak Miah, salah sorang penghuni rumah tu yang saya teringin nak belajar masak. Kak Miah cakap, Kak Suriani pandai masak. Tapi Kak Suriani tu totally blind. Saya terpaku. Totally blind boleh masak? Bestnya! Saya nak pandai macam dia. Kak Miah kata lagi, kalau blind, better blind yang ajar masak. Sebab blind je tahu macam mana nak ajar blind masak. Kalau orang normal ajar, sampai ke sudahlah blind tu tak pandai masak. Waaa... rela bangun pagi-pagi masuk dapur semata-mata nak belajar masak dengan Kak Suriani.
Adalah confident sikit bila dah belajar tu. Habis UiTM, Kak Miah, Kak Sida dan Mahsuri pindah Bandar Tasik Selatan. Sementara cari kerja, saya menumpang kat rumah dia orang. Kali ni, Kak Sida pulak ajar saya masak. Lepas tu, dia suruh saya masak sorang. Haaa... Macam-macam jadi bila saya masak sorang nak boleh ke pandai tu. Nanti la saya cerita dalam entri lain. Jadi, bila dia orang pergi kerja, saya akan masakkan untuk dorang semua makan. Yelah, lama mana sangat saya keluar cari kerja. Mahsuri ni pengkritik. Tapi pengkritik yang membina. Dia orang sabar je makan masakan budak baru belajar yang tak sedap. Hanguslah, terlebih masaklah, masinlah, macam-macamlah. Kata Mahsuri, masakan saya ada improvement. Sampailah dorang kata saya dah lulus untuk memasak.
Huuu... Bukan senang nak belajar masak tau. Rumah hamper terbakarlah, kulit melecurlah. Hahahah... Demi minat ku tahankan jua. Dan akhirnya Alhamdulillah, saya bolehlah masak untuk makan sendiri. Jangan tak tahu ya, Hakim pulak belajar masak dengan saya hahahahahahaha...
Dah dua tahun dah tak pegang dapur gas ni. Harap bila pegang nanti tak gabra heheehe... Yelah, asyik masak pakai steamer dan oven je. Buat sup ayam pun pakai steamer, tomyam pun steamer. Tak mencabar langsung. Steamer dan oven ni masak yang simple-simple bolehlah. Tu yang rasa bosan tu
Tapi kalau balik kampong, baik mama atau mummy tak bagi saya masak. Dulu mama kerja. Masa dia tak ada, saya curi-curilah masak. Bosankan, tak ada apa nak buat. Masa abah masuk wad dua tahun lepas, mama jaga abah. Acik pulak demam. Haaa... nilah peluang saya masak. Kesian acik demam. Tak adalah gabra pegang dapur walau lama dah tak masak.
Sebab tu saya tak suka bila ada blind yang kata dia tak boleh masak. Bila kahwin, suami je yang masak. Kitakan nak inclusive, so, kenalah buat apa yang orang lain buat Benda ni banyak jadi bila dorang kahwin dengan orang normal. So macam mana orang nak pandang kahwin dengan blind or dengan normal tu sama je kalau kita asyik memberi alas an tak boleh? Memanglah masak tu bukan wajib bagi isteri tapi kalau masak tu seratus pratus suami buat, itu tak kena bagi saya. Bukan takat masak. Ada jugak yang kahwin dengan orang normal, nak pergi LRT pun tak pandai. Baik lelaki baik perempuan. Kalau kau kahwin dengan orang yang sibuk, mati terus tak boleh bergerak ke mana-mana. hahahaha melampau la pulak sampai mati ibaratnya.
Sunday, December 30, 2018
Imam Zuhur Dalam Toilet
Bila ada masa terluang ni, banyak kenangan zaman sekolah dulu yang terimbau.
Kalau semalam cerita pasal Ustaz Ibrahim, hari ni nak cerita pasal ustazah sekolah agama, Cikgu Zaleha. Kita orang panggil cikgu je kat ustazah ni, tak panggil ustazah. Cikgu Leha.
Cikgu Leha ni guru besar sekolah agama Puteri Elizabeth. Dialah yang akan pastikan semua pelajar solat berjemaah waktu Zuhur dan Asar selain daripada mengajar sekolah agama.
Hari Jumaat, budak-budak lelaki pergi masjid solat Jumaat. Kami yang tinggal ni akan solat Zuhur di surau sekolah. Imamnya dari kalangan pelajar perempuanlah. Masa saya junior, ikut jelah senior jadi imam.
Tapiii... Bila saya jadi senior, sayalah yang disuruh menjadi imam. Cikgu Leha ni tak adil, asyik saya je kena jadi imam.
Cikgu: Dah Tinta, ke depan.
Saya: Kenapa saya kena duk depan?
Cikgu: Kamu jadi imam.
Pelajar senior lain ketawa perlahan sebab dia orang lepas.
Saya: Minggu lepas saya dah. Dah banyak kali dah cikgu
Cikgu: Eh, budak ni, banyak cakap. Lekas ke depan.
Cikgu Leha menolak saya ke depan.
Saya tarik muncung tak puas hati. Kenapa orang lain asyik selamat je?
OK, tak apa. Tahulah saya apa nak buat minggu depan.
Minggu depannya, bila loceng solat Zuhur berbunyi dan cikgu Leha round asrama, saya cepat-cepat beratur. Tapi bila barisan dah cukup dan lurus, ketika cikgu suruh bergerak ke surau, saya masuk semula ke asrama dengan alasan nak pergi toilet. Cikgu Leha suruh saya cepat. OK. Saya pun masuk toilet. Lepas masuk toilet, saya tunggu beberapa ketika di asrama sebelum ke surau. Bila dah agak-agak orang dah mula solat, baru saya naik ke surau. Hehehehe... Nakalkan? Cikgu Leha pun mula membebel marah saya lambat. Kalau nasib saya baik, saya jadi makmum masbuk. Kalau ramai yang lambat, saya kena jadi imam kedua. Hayyyoooo...
Bila difikirkan balik, apa yang susah sangat jadi imam tu? Nak solat jugak. Yang menyorok tu kenapa? Mungkin sebab tak puas hati orang lain tak kena kot. Hahahahaha... Bila cikgu tanya siapa nak jadi imam? Kawan-kawan mesti ramai-ramai sebut nama saya. Benganglah. Dia orang tu tak nak pulak jadi imam. So, tak payah lawan, kita buat cara lembut heheheehe...
Akhirnya, malas dah saya nak menyorok. Ikut jelah. Dan, Cikgu Leha ni selalu bawa saya balik rumah dia. Masakkan saya sedap-sedap. Kalau tak balik rumah dia pun, kalau saya minta nak makan mihun Singapura, dia mesti masakkan saya dan bawa satu bekas bagi saya kat sekolah. Siap dengan sambal kicap atau lada jeruk lagi. Cikgu Leha ni orang Singapura.
Kawan-kawan selalu kata saya anak cikgu. Bukan sorang cikgu ramai cikgu yang dorang kata mak sayalah, kakak sayalah, abanglah, ayahlah. Dah cikgu-cikgu tu baik dengan saya, saya baiklah. Lagipun ramai yang tahu saya ni manja dan hati tisu. Hehehe...
Rindulah zaman sekolah.
Saturday, December 29, 2018
Ketua Yasin Di Belakang Surau
Assalammualaikum semua.
Salam sejahtera.
OK, ada orang ajak saya sarapan esok. 7.30 pagi. Lama tak sembang katanya. Siapa lagi, En. Mahathir yang telah dianggap seperti abang sendirilah. Dahlah bukan main dia mengata saya masa call saya tadi. Memang esok sambung kena bahanlah nampaknya. Dia kalau bab mengata saya, bukan main lagi. Tak boleh kalah ni. Esok saya bahankan dia balik.
******************************
Masa saya kecil dulu, sekolah pendidikan khas ni ada dua je yang berasrama seluruh Malaysia. So, my parent kena pilih nak hantar saya ke Johor ke, ke Pulau Pinang? Dia orang pilih hantar saya ke JB sebab sekolah tu pakej dengan sekolah agama kerajaan negeri.
Tapi sekolah tu sendiri pun memang titikberatkan bab agama ni walaupun bukan under sekolah agama. Nama je Princess Elizabeth School tapi kami ni selalu kena paksa dalam bab agama ni.
Masa tu ada dua orang ustaz. Ustaz Ibrahim dan Ustaz Rashid. Kali ni saya nak cerita pasal Ustaz Ibrahim dulu atau kami panggil dia Cikgu Yim.
Setiap hari Khamis malam Jumaat lepas Maghrib, kami wajib baca Yasin dan Tahlil. Ketuanya budak-budak lelakilah. Dah namapun Yasin dan Tahlil. Takkan perempuan jadi ketua kot?
Entah mana Ustaz Ibrahim ni dapat idea entah. Dia tambah satu malam lagi untuk baca Yasin dan Tahlil lepas Maghrib iaitu hari Jumaat malam Sabtu. Ketuanya budak-budak perempuan dimulai dengan students form 5 sampai yang darjah enam. Katanya untuk pembelajaran. Biar budak perempuan pun mahir jadi ketua Yasin. Kalau budak lelaki tak ada, ada jugak orang boleh jadi ketua.
Memang berdebar masa notis ni naik. Kalau baca tak lancar, mesti kena ketawakan dengan budak-budak lelaki yang mahir jadi imam dan ketua Yasin sebab jadi ketua ni untuk semua termasuk students lelaki. Dorang tu dahlah suka ketawakan orang. Jadi, setiap hari Jumaat, mikrofon akan dipasang di surau perempuan selepas Maghrib.
Tahun pertama, turn saya lambat. Sebab saya bukan senior. Dia mula dengan pelajar senior. Tapi alhamdulillah, bila tiba turn saya, Allah izinkan saya untuk mengetuai Yasin dan Tahlil dengan lancar. Dah namanya ketua, bermula dari Ilahadratin nabi, sampailah ke Yasin, Tahlil dan doa Tahlil. Paling risau bab doa Tahlillah sebab doa Tahlil kan panjang. Saya tarik nafas lega setelah selesai membaca doa Tahlil. Kalau semua orang aminkan dan diam, tak ada yang bising dan Ustaz Ibrahim pun diam maknanya, lepaslah tu.
Tahun kedua, turn saya yang pertama ke kedua entah. Sebab saya senior masa tu. Dah ada pengalaman, so saya relax je.
Yang tak best tu, kalau ketua minggu tu tak ada, nama saya dipetik untuk ganti ketua minggu tu. Biasalah perempuan, ada waktu cuti kan? Setiap hari Jumaat masa Maghrib, saya mesti check, ada tak ketua Yasin minggu tu. Sekali dua ganti, OK la. Bila dah lama-lama, saya pun malas. Sebenarnya, lancar pun, saya tetap segan nak jadi ketua Yasin Tahlil depan bebudak lelaki tu. Ish, tak suka betul. Hahaha... Kat sekolah dulu, dorang kata saya ni anti lelaki. Yelah, budak lelaki selalu kena marah dengan saya. Dah perangai tak betul, marahlah.
Saya ni bukan baik sangat. Ada nakalnya jugak. Tapi nakal dalam diam heheehhe... Kalau saya tahu minggu tu ketua Yasin perempuan tak ada. Lepas Maghrib je, saya cepat-cepat keluar surau. Nak tahu saya pergi mana? Balik asrama tak boleh. Sebab Ustaz Ibrahim or waden ada kat luar surau. Saya akan ke belakang surau. Saya akan buka kain telekung, telekung saya akan angkat ke bahu dan saya duduk bersandar pada dinding surau diam-diam, siap duduk atas simen kau. Semua orang tak tahu saya kat mana. Seperti yang saya jangka, nama saya dipanggil untuk ganti ketua Yasin. Saya terus diam di belakang surau. Memang kecohlah dia orang cari saya hahahaha... Nakalkan? Ada yang cakap saya pergi toiletlah. Hadoi, dorang siap tunggu tu. Tapi bila dah lama tak datang-datang, orang lainlah kena. Yes! Selamat aku! Tulah saya fikir dulu. Sekali lagi yang saya akan lari, bila nak masuk doa Tahlil. Sebab bukan semua orang lancar baca doa tu walaupun buku di tangan. Kalau orang yang jadi ketua tu tak lancar, nanti saya jugak kena panggil.
Bila diingatkan kembali, nakal jugak saya ni heheehhe...
Saturday, September 1, 2018
Lebih Baik Marah Tinta
Assalammualaikum dan selamat pagi semua!
Alhamdulillah, pagi ni Allah bangunkan saya sekali lagi memberi saya peluang untuk menghirup udaranya di tanah ciptaannya. Hahahaha... Ada orang kata, penulisan saya kat blog ni skema. Saya cuba untuk tidak skema kat sini tapi entahlah... Mungkin ada yang terbawa-bawa kot. Tu korang belum baca saya punya surat rasmi, laporan dan kertas kerja saya di pejabat. OK la, OK la, saya cuba untuk tak skema kat sini. Cuba jadi macam sembang-sembang je.
******************
Ni nak cerita zaman sekolah dulu.
Kat sekolah tu ada empat quarters guru. Quarters pertama didiami seorang pemandu sekolah. Quarters kedua, ketua waden, quarters ketiga seorang pengasuh dan keluarganya, quarters keempat cikgu-cikgu anak dara. Ada satu ketika didiami oleh tujuh dara. Hahahaha... bukan tujuh dara miang keladi tau.
Ustazah Azlifah yang mengajar saya di sekolah agama antara yang mendiami quarters keempat. Lain-lain tu kebanyakannya waden. Kalau dah duduk sekali, mestilah dia orang banyak bercerita pasal kami murid-murid comel yang banyak kerenah ni kan? Hahahahaha... comel ke?
Saya adalah antara student yang sering diperkatakan. Menurut ceritanyalah. Entah ya entah tidak. Hahahahahaha....
Oh ya, masa kat sekolah dulu, saya ada kawan baik. Tapi kawan baik saya tu 360 darjah total perangainya, pemakaiannya, caranya, cara berfikirnya berlawanan dari saya. Saya namakan kawan baik saya tu sebagai Alia (bukan nama sebenar).
Suatu hari, Ustazah Azlifah bagi tahu dalam kelas:
Ustazah: Tinta, kamu tahu tak, waden-waden tu kata, antara awak dengan Alia, baik marah awak.
(Hah? Biar betul, nakal sangat ke saya ni? Maknanya ada potensi kena marah selalulah ni?)
Tinta: Kenapa pulak? Jahat sangat ke saya ni? Tak ada pulak waden-waden tu selalu marah saya. Kadang-kadang je saya kena marah.
(Jawab saya tak puas hati. Muka dah mula keruh. Satu kelas dah gelakkan saya. Entah kenapa entah ustazah ni tiba-tiba cakap macam tu?)
Ustazah: Sebab dia orang kata, kalau marah awak, awak tak melawan. Tak menjawab. Tengok air muka awak kena marah, sejuk je hati.
Saya: Laaa... Alia tu pun samalah ustazah. Alia tu lagi diam bila kena marah. Saya ada jugak merungut.
Ustazah: Yelah, awak tu merungut-rungut manja. Alia tu memang diam. Tapi reaksi muka dia, mata dia, nampak dia melawan dan tak puas hati. Alia tu keras orangnya. Nampak macam kurang ajar kalau kena marah. Mulut diam tapi degil.
Ya ke? Fikir saya dalam hati. Dah dia orang marah saya benda yang betul, saya nak lawan apa? Cuba marah kalau saya tak salah, mesti saya lawan jugak. Cuma mungkin cara saya lawan tu lainlah. Macam Mr. Diktator, selalu je saya lawan. Hahahahahaha....
Lagipun keluarga saya tu dari kecik lagi bila dia orang marah, dia orang selalu cakap jangan menjawab. So saya diamlah. Tapi abah pernah marah saya sebab tak menjawab. Masa tu saya pening. Rupa-rupanya, maksud abah, kalau betul, kena bagi tahu kita di tempat yang benar. Kena bela diri. Tapi kalau dah bersalah, terimalah hukumannya.
Simple!
Thursday, March 8, 2018
Boleh Saya Kawan Awak?
Assalammualaikum readers,
Dah balik kerja?
Hari ni, ada hal terjadi. Tapi entahlah, tak tahu nak cerita kat siapa. hal simple je. Tapi memang sifat perempuan kot suka bercerita dan buat luahan perasaan.
Ada orang tu pun sibuk hari ni. Kita balik kerja, dia pergi kerja pulak. Balik duduk Malaysia je la. Tapi kalau balik Malaysia pun belum tentu tak busy kan?
Dahlah, meh nak imbas zaman-zaman jadi pelajar baru kat sekolah rendah dulu.
Masa baru-baru masuk sekolah, saya rasa takut, malu dan entah apa-apa perasaan lagi entah.
Saya ni diam je budaknya dulu. Hahahaha... Sekarang pun diam jugak. Dengan orang tertentu je banyak cakap. Saya lebih suka mendengar dari bercakap. Jadi tukang soal bolehlah.
Masa sekolah rendah jugak, saya selalu dibuli. Saya pulak suka nangis. Nangis rindu abah, nangis kena buli. Adegan paling saya ingat saya nangis bawa skrin sidai tuala sebab kawan-kawan buli saya. Masa tu saya cuba untuk tidak menangis tapi saya tak mampu. Saya sedih sangat diperlakukan begitu dek kawan-kawan.
Ada jugak senior yang tak suka saya sebab saya manja. Bila saya nangis, dia mesti panggil Kak Ijam, pengawas Rumah Hijau yang saya diami waktu tu. "Kak Ijam, tengok adik kau tu, dah nangis dah. Asyik menangis je budak ni," Hahahaha... Manjakan? Sampai senior pun rimas.
Tapi kakak pengasuh dan HA ramai yang suka saya sebab saya tak banyak kerenah, ikut cakap dan masuk asrama dah pandai urus sendiri. Tak perlu dia orang nak mandikan or sikapkan rambut. Siap bangun paling awal. Waktu bangun 5.30 pagi, tapi saya bangun jam 5.00 pagi. Sampai Kak Suriani jadikan saya adik angkat dia. Siap bawa jumpa kakaknya dan anak saudaranya Nora. Kakaknya beritahu saya bahawa saya anak angkat dia. Nora kalau datang jumpa Kak Suriani yang lebih mesra dengan panggil Kak Ani mesti nak jumpa saya. Mesti ada je buah tangan yang dibawanya. Satu pemberiannya yang tak boleh saya lupa, patung yang dibuat sendiri daripada sponge badan. Hal ini membuatkan kawan-kawan cemburukan saya. Setiap kali Kak Ani or family Kak Ani jumpa saya, mereka mesti mengata saya dalam bahasa terbalik yang akhirnya saya fahami.
Mami suka bekalkan saya dengan makanan yang banyak. Biskut, asam, coklat dan macam-macam lagi. Saya suka makan dengan kawan-kawan sehingga ada kawan-kawan yang lapar akan minta makanan dengan saya. Akhirnya, Kak Lamah house mother Rumah Hijau simpan makanan saya. Lepas tu kakak-kakak HA yang lain pun buat benda yang sama. Mereka akan beri pada saya setiap hari dalam jumlah yang sedikit. Mereka tak mahu orang minta saya. Kadang-kadang, mereka suruh saya makan sambil sembang-sembang dengan mereka. Saya rasa kakak-kakak tu tahu kot saya kena buli.
Saya memang tak ramai kawan sebenarnya. Tapi kalau saya ada makanan kawan-kawan sukalah duduk dengan saya hahahaha...
Suatu hari, ketika saya duduk bersendirian di tepi longkang Rumah Hijau, seorang pelajar senior bernama Visalaci mendapatkan saya.
Visalaci: Awak ni Tinta Emas kan?
Saya: Ya.
Visalaci: Boleh saya kawan dengan awak?
Saya: Boleh.
Visalaci: Nama saya Visalaci.
Bibir saya menguntum senyum lebar. Rasa happy sangat sebab ada orang nak kawan dengan saya. Terharu pun ada.
Saya: Oooo... Awak darjah berapa?
Visalaci: Saya darjah lima.
Kami mula berbual dalam kekok.
Visalaci: Dia orang kata... Awak ni baik hati.
Saya: Siapa kata?
Visalaci: Budak-budak ni kata.
Sekarang, saya tak tahu ke mana Visalaci pergi. Harap dia bahagia dengan kehidupannya. Moga dia baik-baik saja.
Tuesday, February 6, 2018
Gurauan Yang Memerahkan Muka
Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman,
Terima kasih kerana masih sudi membaca catatan Cik Tinta yang tak seberapanya ni.
Hari ni mood nak balik lambat tu tiba. Tak tahulah kenapa.
Kerja dah siap, so kita sembang-sembang kejap sebelum Cik Tinta balik.
Tinta, tulis tu hati-hati, jangan salah. Buat malu je hahahaha... Kepada yang bagi komen dan betulkan ejaan Cik Tinta tu terima kasih ya sebab korang sangat peka kepada tulisan Cik Tinta. Tak sangka akan dapat perhatian sebegitu hahahahaha... Nampaknya, Cik Tinta bukan saja perlu berhati-hati dalam menulis status di Facebook, tapi juga perlu berhati-hati dalam menulis entri di sini. Cik Tinta sangat hargai perhatian semua. Dari jauh korang komen itu sangat memberangsangkan dan memberi Cik Tinta inspirasi untuk terus menulis. Kadang-kadang tu Cik Tinta tersalah tekan dan kadang-kadang pembetulan automatic kepada ejaan Cik Tinta. Lepas tulis, malas semak terus post. Tu yang jadi salah tu hahahaha...
OK. Cik Tinta nak bercerita pulak.
November tahun lepas, Cik Tinta telah menganjurkan satu karnival sukan di mana pesertanya datang dari jauh dan dekat termasuk Sabah dan Sarawak. Dah namanya penganjur, sebelum carnival berlangsung lagi, Cik Tinta dah sering bercakap dengan peserta dan kontinjen bagi memastikan carnival berjalan lancer. Ada yang cakap, tak sabar nak jumpa Cik Tinta. Ada yang tertanya-tanya, Cik Tinta ni yang mana satu? Teringin nak kenal orangnya. Muahahahaha... Cik Tinta ni biasa-biasa je tak perlu excited sangat nak jumpa Cik Tinta. Nanti sekali Cik Tinta marah, korang semua lari. Hahahaha...
Ada yang cakap nak belanja Cik Tinta makan sebab susah-susah uruskan kontinjen mereka. Laaa... Cik Tinta kan penganjur, so itu tanggungjawab Cik Tinta la uruskan korang. Tapi selagi Cik Tinta tak setuju nak makan bersama, selagi tu dia ulang cakap dan tak letak telefon. Oleh itu, Cik Tinta pun setujulah. Sebab Cik Tinta memang nak letak telefon cepat, banyak kerja, sibuk. Cik Tinta anggap ianya satu gurauan dan takkan terjadi. Sebaik sahaja Cik Tinta setuju dia cakap, "Saya anggap ini satu janji," Alamak! ah, tak apa. Nanti korang pun sibuk nak kejar masa untuk bertanding. Cik Tinta pun sibuk, lagi sibuk masa tu.
Tapi akhirnya janji itu dituntut. So gigihlah Cik Tinta keluar sarapan awal bersamanya di kedai. Terkejar-kejar makan sebab nak bersiap sedia untuk pertandingan yang akan berlangsung hari tu.
Masa tu, ada macam-macam ragam. Ada yang kelakar, mendebarkan, sedih, ada jugak yang buat Cik Tinta marah. Hehehe...
Pada hari terakhir sewaktu semua kontinjen nak balik ke tempat masing-masing, Cik Tinta pergilah berjumpa dengan kontinjen-kontinjen tu. Nak ucapkan selamat jalan. Almaklumlah, Cik Tinta kan tuan rumah. Akhir sekali, Cik Tinta bertemu dengan Kontinjen Sabah yang sedang berkumpul di dewan besar. Cik Tinta mohon maaf untuk semua kekurangan atau kesilapan sepanjang karnival berlangsung.
Ada beberapa orang bertanyakan, "Bila Tinta mahu pindah ke Sabah?" Saya tergamam. Tidak dapat menangkap maksud soalan itu.
Akhirnya, Cik Tinta jawab "Buat apa pindah Sabah? Tolong you all anjurkan karnival dua tahun lagi?" Sabah kan diminta jadi penganjur karnival sama untuk 2019.
"Laaa... Buat apa jadi penganjur, jadi orang Sabah teruslah," Jawab beberapa orang ahli kontinjen termasuk pengiring mereka.
"Macam mana nak pindah Sabah, saya kerja kat KL,"
Jawab beberapa orang perempuan yang mungkin seusia mama saya atau muda sedikit, "Boleh kami jadikan menantu. Kami ada anak lelaki,"
Oh my god! Saya tak tahu nak jawab apa. Pipi saya membahang panas dan pastinya kemerahan.
Nakal sungguh tetamu saya ni. Ingatkan lelaki muda je nakal. Yang mak-mak pun nakal. Janganlah buat Cik Tinta malu. Cik Tinta ni Nampak je garang, tapi malu bila diusik.
Thursday, February 1, 2018
Rambut Jadi Mainan
Bila bercerita fasal rambut, teringat saya zaman kanak-kanak saya. Zaman saya baru-baru menjejakkan kaki di sekolah rendah saya. Of cause la masa tu saya free hair. Kecik lagi kan? Masih pakai gaun kembang dan singkat. Masih pakai skirt pendek. Pergi sekolah pun pakai skirt. Bak kata cikgu saya, zaman saya nampak labu betis. Hahahahaha...
Ada sorang kakak ni nama dia Kak Jessica. Dia selalu datang jumpa saya. Kak Jessica suka main rambut saya. Dia suka belai rambut saya. Suatu hari, dia bawa saya ke bilik tiga Rumah Biru untuk perkenalkan saya kepada para pelajar sekolah menengah. Dia asyik cakap dengan kakak-kakak tu suruh tengok dan pegang rambut saya. Masa tu saya hanya diam dan tersenyum lalu membiarkan saja mereka main rambut saya. Ada juga yang suka tengok baju saya. Ada yang suka tanya saya macam-macam. Bila loceng berbunyi menandakan waktu makan pelajar tahap satu, mereka akan menghantar saya ke dewan makan.
Ada jugak kakak-kakak yang bosan meminta Kak Jessica membawa saya ke Rumah Biru sebab pelajar baru ditempatkan di Rumah Hijau. Ada di kalangan mereka yang suka sikatkan rambut saya dan mengikat rambut saya. Kadang-kadang mereka buatkan saya tocang. Hati yang rindu pada abah dan keluarga pun terubat.
Sunday, March 19, 2017
Cerita Zaman Sekolah
Cerita fasal makan, teringat zaman sekolah dulu.
Masa kat sekolah, saya ada sorang kawan baik. Sikap kami, cara kami dan pemikiran kami bertentangan. Tapi kami jadi kawan baik. Hahaha... Bolehlah kan? Saya air, dia api. Sayalah yang banyak mengalah dengan dia. Kalau gaduh, walaupun bukan salah saya, sayalah yang akan minta maaf dan berbaik dengan dia. Sebab tu kami boleh kawan lama.
Kat asrama dulu, kami mempunyai tempat di meja makan yang tetap. Tak boleh ubah-ubah. Kebetulan, saya semeja dengan dia. Bagi saya, waktu makan malam adalah waktu yang paling singkat. Loceng berbunyi pukul 6.30 petang. Beratur lagi, naik ke dewan makan kena satu asrama, satu asrama. Tak boleh serentak. Penghuni asrama yang naik dulu kena berdiri tunggu penghuni-penghuni dari asrama lain yang akan naik berbaris, satu demi satu untuk baca doa. Bila dah cukup semua, barulah ketua baca doa yang dipilih oleh pengasuh atau warden baca doa sambil diikuti oleh semua isi dewan makan. Lepas tu baru boleh duduk makan. Kalau kena warden yang tegas, tarik kerusi bisingpun kena bangun dan duduk balik tanpa kerusi berbunyi sewaktu ditarik untuk duduk.
Loceng Solat Maghrib akan burbunyi jam 7.00 malam. Paling lewatpun jam 7.15. Johor kan masuk waktu awal. Jaranglah nak dapat bunyi loceng Maghrib lewat. Wajib solat berjemaah. Kami kena ada awal di surau sebab nak ambil wudhuk dan sebagainya. Lepas tu kalau siapa dah ambil wudhuk, duduklah berzikir sama ada ikut kaset (masa tu orang masih guna kaset. CD tu belum popular) atau zikir tu diketuai oleh budak lelaki.
Yang ni memang jadi masalah kat saya hamper setiap hari. Kadang-kadang, loceng Maghrib berbunyi baru saya siap makan. Terkejar-kejarlah saya balik ke asrama ambil telekung dan bergegas ke surau. Selalunya, saya akan tinggal telekung kat surau masa on the way nak pergi makan supaya saya tak kelam-kabut. Kadang-kadang, loceng Maghrib dah lamapun, saya belum siap makan. Itu belum lagi saya makan bertambah. Kalau bertambah, lagilah lama. Jaranglah saya tambah nasi. Tapi warden dan pengasuh tak pernah marah saya makan lambat. Mungkin dia orang dah faham perangai saya kot. Yelah, dari umur Sembilan tahun duduk asrama. Membesar depan mata mereka. Confirm mereka faham sangat perangai saya. Kadang-kadang, warden akan makan bersama saya setelah semua pelajar siap makan sebab masa tulah masa makan mereka. Budak habis makan, baru dia orang makan. Pernah jugak imam dah rakaat pertama baru saya sampai surau. Tu kalau time Maghrib masuk awal. Jarang sangat saya siap makan awal. Kalau saya siap makan awal tu maknanya, saya makan tak habis sebab lauk pada hari tu saya tak suka. Selalunya kalau menu ikanlah saya akan siap cepat. Sekarang baru jatuh cinta kat ikan. Hahaha...
Tapi... Budak lelaki selalu kata saya makan banyak. Sebab dia orang selalu tengok saya habis makan lambat. Kadang-kadang saya rasa malu diejek begitu dek budak lelaki. Padahal, kawan baik saya yang makan banyak. Dia tu makan cepat. Saya belum habis makan, dia dah bertambah. Kadang-kadang, sempat dua kali dia tambah, baru saya habis makan. Gila punya lama saya makan.
Hehehehe... Bayangkan, kawan baik saya boleh makan Cucur Badak sebiji sekali masuk mulut. Sedangkan saya, berkali-kali gigit baru habis sebiji. Nampak tak macam mana bezanya saya dan dia makan. Hehehehe... Kalau awak baca blog saya ni, mesti awak ketawakan? Mesti awak ingat masa kantoi dengan Cikgu Hafiz awak makan Cucur Badak macam mana.
Zaman sekolah dah berlalu. Kini, yang tinggal hanya kenangan. Saya rindukan zaman sekolah. Rindukan kawan-kawan masa tu. Rindukan kakak-kakak pengasuh dan cikgu-cikgu yang banyak mengajar saya erti hidup.
Ya Allah,
Jagalah mereka semua untuk saya. Orang-orang yang saya rindu dan saya sayang.
Wednesday, February 15, 2017
Mungkin Ini Yang Terbaik
Tak ada mood. Nak bual-bual je kat sini. At least saya dah hantar report kat boss. Report boss satu lagi punya lepas 22 Februari baru boleh buat. After meeting. Boss lagi satu ni sedang bercuti di Hatnyai. So, kurang sikit arahan saya terima. Cuma pandai-pandai uruskan benda yang sepatutnya. Tapi hari ni malas! Tak ada mood. Tunggu masa jelah pergi Air Asia.
Dulu, saya selalu mengenang nasib. Alangkah bestnya kalau saya dapat kerja kerajaan. Masa depan terjamin. At least, kalau dapat gred 27 atau 41 gaji banyak. Belum campur elaun lagi.
Allah uji saya dengan bagi saya pergi interview, voice test untuk penyampai radio, physical accessment untuk PTD. Campur semua sekali rasanya lebih sepuluh kali saya pergi. Yang PTD tu, saya buat semua aktiviti walaupun dia kata, saya dikecualikan. Lari 2.4 KM pun saya buat. Sampai termengah-mengah orang yang guide saya tu. Semuanya sebab saya nak buktikan pada dia orang yang saya akan buat apa saja demi kerja saya.
Setiap kali keluar result, saya gagal. Masa tu, Allah saja yang tahu betapa kecewanya saya. Saya pernah menangis kerana kegagalan tu sebab saya terlalu berharap. Setiap kali saya kena panggil dengan SPA, saya mesti call abah dan mama minta mereka doakan saya Berjaya. Sampai suatu ketika, abah cakap, "Kau ni selalu kena panggil interview. Tapi kerja tak dapat jugak." Saya tahu, bukan niat abah nak lukakan hati saya. Abah dan mamapun terlalu mengharapkan agar saya dapat kerja yang elok. Jadi bila tak dapat, mereka pasti kecewa. Mulai daripada hari tu, saya tak cakap dah kat dia orang kalau saya kena panggil. Saya tak nak kecewakan dia orang lagi. Sedih? Mahunya tak sedih bila abah cakap macam tu. Tapi saya faham situasi abah. Dia terlalu risaukan saya yang bergaji terlalu kecik masa tu. RM850.00, apalah yang tinggal kat saya lepas tolak SOCSO, EPF, makan minum, sewa rumah dan tambang. Kalau saya jadi ibu bapapun, mesti saya risau memikirkannya.
Abah pernah cakap dengan saya, suruh saya balik rumah je. Abah kata, dia masih boleh tanggung saya. Abah kesiankan saya, susah-susah pergi kerja, gajinya tak seberapa. Nak beli pakaianpun kena kira-kira duit masa tu. Lama-lama sekali baru beli baju baru. Tapi saya tak nak. Saya nak usaha sendiri dan saya ni jenis aktif. Tak bolehlah saya nak duduk rumah sepanjang masa. Tepu otak saya. Biarlah gaji kecik, sekurang-kurangnya saya tak buang masa sia-sia.
Tahun 2007 dulu, saya pernah masuk berita TV 3. Cakap fasal pekerjaan di kalangan OKU. Saya kan selalu jadi kontroversi. Masa tu statement saya memang hot. Siap berbalas statement lagi antara pengerusi SPA dan menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ketika tu, Dato' Sri Shahrizat
Abdul Jalil rintitan daripada statement saya.
Kawan saya yang sama-sama bagi komen masa tu, dapat kerja kerajaan gred 41. Sorang lagi kawan yang tak bagi statement apa-apapun dapat gred 41.
Masa tu, saya rasa sedih, pilu. Saya yang penat-penat fight, masuk dialog dengan SPA, tak dapatpun masuk government. Orang lain tu, dapat pulak. Siap ada orang tu dapat pengecualian daripada bayar PTPTN. Bestnya, hutang hapus terus lepas tu dapat kerja gred 41. Alasan waktu permohonan pengecualian bayaran tu, dulu dia Nampak, now blind. So, tak ada kerja. Then application tu lulus. Sedangkan saya? Dahlah gaji kecik, PTPTN tetap kena bayar. Nak bayar pun kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak cukup duit. Bunga bertambah. Mujurlah mama bayarkan every month. Kesian mama. Kadang-kadang saya nangis sorang-sorang. Saya rasa tak adil. Yang senang bertambah senang. Yang susah, terus susah.
Lalu saya pujuk hati sendiri. Yang perempuan tu dapat gred 41 tak apalah. Dia lebih dulu menganggur dari saya. Dia kerja siang malam cari rezeki. Nak tanggung keluarga lagi kat kampung. Sedangkan saya, tanggung diri sendiri je. Tu pun abah dan mama ada bantu. Sebab tu Allah bagi dia dulu masuk government.
Yang lelaki tu pulak, diakan lelaki, nanti nak tanggung isteri dan anak-anak. Sebab tu Allah bagi dia masuk government dulu dari saya.
Bila fikir macam tu, saya jadi pasrah. Sekurang-kurangnya saya tak salahkan Allah dan takdir. Bukankah rezeki tu Allah dah tuliskan. Janganlah suka mengeluh Tinta, takut nanti jatuh berdosa pulak.
Allah memang suka uji saya dengan keperitan. Mungkin ada sebab. Mungkin ini amaran Allah supaya, bila saya senang, saya tak lupa daratan. Tak lupa orang susah.
Masa saya kerja kat production house dulu, masa gaji RM850.00 tu saya buat proposal. Rebut tander RTM untuk drama TV. Alhamdulillah. Saya Berjaya dapatkan tander tu.
Boss Tanya, saya nak buat skrip sendiri atau dia bagi orang lain buat? Eh, tak boleh jadi ni. Proposal saya, sayalah buat skrip. Saya kena buktikan pada boss, kawan-kawan sekerja yang saya boleh buat apa yang dia orang buat. Maka terhasillah skrip Drama Kebaya Biru. Kalau korang pernah tengok. Drama ni ditayangkan sempena hari raya tahun 2008. Masa tu kan nak raya. Saya naklah duit tambahan. Boleh belanja lebih sikit untuk raya.
Masa dia orang bincang fasal bayaran, saya dengar director cakap dengan boss, saya penulis baru. So, skrip saya murah sikit. Harga skrip penulis baru macam saya di pasaran masa tu, RM2,000.00. Paling rendah, RM1,500.00. Boss kata, saya in house staff so dia yang akan uruskan fasal bayaran saya. Bakhtiar Bolak, director tu baik sangat dengan saya.
Ya Allah, saya rasa seronok sangat masa tu. At least saya akan dapat RM1,500.00 duit tambahan. Saya mula berangan. Baju raya saya abah dah beli. Nanti saya nak belikan setiap orang dalam keluarga saya sesuatu yang boleh dipakai masa raya nanti. Duit lebih tu, saya boleh simpan.
Waaahhh...Semangat saya buat skrip mime tu. Siap, hantar RTM lepas tu RTM komen, betulkan balik. Skrip tu saya siapkan dalam masa tiga hari je sebab kejar dateline RTM. Sampai saya tak cukup tidur. Terpaksalah berjaga malam untuk siapkan skrip supaya tak lewat dari dateline. Lagipun apa salahnya usaha lebih, nantikan boss bayar harga skrip kat saya.
Tapi... Saya hampa. Allah uji saya lagi. Boss hanya bayar saya RM500.00 je dengan alas an saya inhouse staff. Allah je yang tahu betapa kecewanya saya masa tu. Saya nangis lagi. Tapi saya tetap belikan barang untuk setiap orang dalam keluarga saya. Sebab dah niatkan? Rasa tak sedaplah kalau tak tunaikan. Mungkin ietakat itu je rrezeki saya.
Lepas hari tu, saya rasa demotivated. Saya dah tak ada semangat nak buat proposal untuk rebut tander. Buat skrip apatah lagi. Boss tahu tak yang saya susah? Makanpun nak kena bercatu. Dahlah hari-hari saya kena naik LRT dari Taman Melati ke Masjid Jamik. Dari Masjid Jamik tukar naik Star LRT ke Ampang. Sampai Ampang, kena naik teksi pulak ke office. Teksi saja dah RM5.00. Petang-petang, tumpang kawan dari office ke LRT. Nak bagi duit, dia orang tak nak ambil. Tapi kadang-kadang dia orang bad mood masa hantar kita pergi LRT. Rasa hina sangat masa tu. Boss tahu tak yang saya ni susah? Dia tak apalah dah pakai BMW. Saya susah tetap susah. Saya nak makan lagi, tambang lagi, sewa rumah lagi. Lepas kejadian tu, saya dah tak mengharap dah dapat tander. Sama je bagi saya dapat tak dapat. Hidup saya tak berubahpun. Tu yang kecewa sangat bila tak dapat government. Saya tak sabar sangat nak tinggalkan production house tu. Saya rasa dianiaya.
Alhamdulillah, Allah dengar rintihan saya. Saya dapat kerja baru. Nantilah lain kali saya cerita fasal kerja baru tu.
Sampailah saya dapat kerja kat office saya ni. Dah masuk tahun keenam saya kerja kat sini. Saya sukakan kerja saya. Saya jugak suka dengan environment office ni walaupun saya tak ada kawan baik. Gaduh-gaduh sikit tu biasalah kan. Semua tempat ada gaduh dan politik. Janji kita buat kerja kita.
Kadang-kadang saya fikir apa hikmah Allah letak saya kat sini, bukan di government macam orang lain. Malahan, ada kawan yang kerja kerajaan dan tempat lain yang gah companynya cakap, saya bertuah dan untung jadi saya. Kalau boleh, dia orang nak jadi saya. Nak kerja macam saya, kat tempat saya. Mula-mula, saya pelik. Kenapa dia orang cakap macam tu sedangkan dia orang kerja government, kerja company besar, gaji best. Nak jadi saya pulak? Barulah saya tahu, kepuasan bekerja tu bukan terletak pada gaji yang besar tapi sejauhmana kita dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap kerja kita dan melaksanakan setiap kerja secara bebas dan berdikari.
Mungkin saya dilahirkan ke dunia ni sebagai pejuang untuk membela komuniti saya bukan sebagai seorang yang senang atau mendapat gaji besar dengan mudah. Mungkin saya mewarisi darah pejuang daripada arwah moyang lelaki saya dan mami. Saya perlu melalui duri ranjau sebelum senang. Itupun kalau ditakdirkan senang. Maka saya akan terus di sini selagi tak dapat government atau company kukuh. Kalau sampai pencenpun saya kat sini, saya redha. Saya cuba bayangkan, kalau orang yang dah dapat government atau company kukuh tu kat tempat saya, boleh ke dia orang fight macam saya buat? Boleh ke dia tangkis permainan politik pejabat ni? Boleh ke dia orang bersuara macam saya? Dan seandainya saya di tempat mereka. Boleh ke saya sabar menghadapi orang-orang yang tak yakin dengan saya setiap hari? Boleh ke saya bertahan kat sana? Boleh ke saya tahan tidak aktif dan agresif dalam melaksanakan kerja? Saya ni kan bukan seorang yang penyabar dalam kerja. Allah yang aturkan. Maka Allah tahu kita ni sesuai di mana. Dan dengan segala sifat yang Allah bekalkan pada saya, buat masa ni, saya amat sesuai di sini. Saya ni kan keras hati, tegas. So memang patutlah saya kat sini. Terima kasih Allah atas nikmat ini.
Dahlah, lain kali kita membebel lagi. Nak mekap pulak. Nak pergi Air Asia.
Tuesday, February 7, 2017
Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang
Assalammualaikum readers,
Kalau sudi, korang bacalah tulisan saya ni. Minggu ni, saya tak pergi Air Asia. So, banyak sikitlah updatenya.
Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak pulak.
Saya ni jenis stereotype perempuan. Dari kecil dah fiminin. Hehehe... Apa taknya, main anak patung je kerja saya. Main masak-masak, pondok-pondok. 90 pratus permainan sayapun mainan budak perempuan. Kecik-kecik lagi dah pandai minta mekap. Gaduhpun gaduh orang perempuan. Cubit-cubit, pukul-pukul, tolak-tolak, tarik-tarik rambut, gigit. Hahahaha perempuan sangatkan?
Apa yang saya tulis hari ni berdasarkan cerita mami dan ingatan saya yang terbatas. Maklumlah, masa tu saya terlalu kecil untuk ingat semua benda.
Umur empat tahun, saya dah naik kapal terbang. Kapal terbang termasuk salah satu mainan yang saya suka. Lepas tu, saya suka tengok kapal terbang lalu. Setiap kali dengar bunyi kapal terbang, walaupun tengah tidur, pasti saya berkejaran keluar rumah sebab nak tengok kapal terbang. Malam lagi saya suka. Sebab, kapal terbang cantik di waktu malam dengan lampu-lampunya.
Oleh kerana opsesnya saya terhadap kapal terbang, abah yang tak boleh naik kapal terbang kerana sakit telinga, belikan saya, angah, mama dan mami (nenek) tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur. Sementara abah ke KL dengan kereta. Tunggu kami kat sana. Abah saja je sponsor tiket, nak suruh mama dan mami bawa kami rasa naik kapal terbang. Waaaaahhhh... Excited sangat masa tu. Macam-macam saya Tanya pada mami fasal kapal terbang. Sehari sebelum naik tu, sibuk saya berangan fasal kapal terbang. Tiketpun asyik duk tengok je walaupun tak pandai membaca. Angah? Angah kecik sangat lagi masa tu.
Saya pilih untuk pakai baju gaun paling cantik yang saya ada masa tu untuk naik kapal terbang. Hehehe saya dengan angah macam kembar. Baju kami sama cuma warna je berbeza. Saya ingat lagi masa tu, kami pakai gaun kembang diperbuat daripada net lembut di bahagian luar. Saya memakai warna biru lembut manakala angah hijau lembut. Kami panggil baju berpusing. Bila pakai baju tu, kami suka berpusing laju supaya baju tu kembang dan cantik. Mami dan mama selalu marah kami. Mereka takut kami pening. Marah kami diam kejap. Lepas tu, buat lagi. Sayalah kepalanya. Angahkan kecik lagi. Angah ikut je.
Masa tunggu kapal tu, tak sabar rasanya. Lambat betul kapal sampai. Masa boarding, rasa seronok sangat bila pramugari sambut kami di pintu. Hehehe siap puji kami comel tuuuu... Tapi, kakak pramugari tu yang memukau mata saya. Cantiknyaaaa kakak pramugari ni. Patutlah mami selalu cerita yang pramugari tu cantik-cantik belaka. Aaaaahhhh... Cantiknya kebaya pendek yang dikenakan. Ada yang bersanggul, ada yang rambut separas bahu. Lawanya dia orang. Mata saya tak lepas memandang kakak-kakak pramugari yang lalu-lalang serve penumpang. Sayapun mula memasang angan, bila saya besar nanti, saya nak jadi pramugari yang cantik macam ni. Dia orang suka senyum. Bila mereka hidangkan air, tak sabarnya rasa nak tunggu giliran kami. Nak tengok kakak pramugari tu dari dekat dan nak cakap dengan dia. Pramugari bagi kami gula-gula. Tuhan je yang tahu macam mana happynya saya masa tu. Confirm, bila besar nanti, saya nak jadi pramugari.
Masa tu, terfikir jugak saya. Bila besar nanti, cantik ke saya? Tinggi ke saya? Sebab mami kata, nak jadi pramugari, kena cantik, tinggi dan langsing. Langsing ke saya nanti?
Mata saya memandang ke seluruh kapal terbang. Saya nak tengok puas-puas isi dalam kapal terbang supaya saya tak lupa untuk saya berangan. Takut dah tak dapat naik kapal terbang lepas ni. Hehehe... Tak sangkalah pulak bila besar selalu naik pesawat. Sampai sekarang saya rasa happy bila naik kapal terbang. Masa tu tak fikirpun takut kapal terhempas. Kalau boleh saya nak masuk dapur, nak tengok apa dia orang buat. Mami tak bagi. Hmmm... Nak buat macam mana, kita kecikkan? Ikut jelah cakap orang dewasa. Pramugarapun ada, handsome. Tertinjau-tinjau jugak saya mencari pilot. Tak nampakpun. Ah, pilot tu tak penting, janji dapat jumpa pramugari dan pramugara. Hahahaha tak sangka pulak sekarang ni entah berapa kali sebulan saya jumpa pramugari dan pramugara ni. Dah tak rasa apapun. Yang paling best tu, waktu kapal terbang naik dan mendarat. Rasa mencabar. Hehehe sampai sekarang saya suka part ni. Bila dah kat atas tu, tak rasa apapun. Rasa biasa je kecuali kalau dia langgar awan atau hujan yang beserta angin kuat. Rasalah mencabarnya. Rasa goyang-goyang. Kadang-kadang kecut perut jugak.
Satu lagi, bestnya suara kakak pramugari buat pengumuman. Best ke suara saya bila besar nanti nak jadi pramugari? Nak buat pengumuman dalam kapal terbang? Jadi, mula dari hari tu, saya berazam untuk jadi seorang yang cantik, tinggi, langsing, suara best dan pandai layan tetamu. Nak jadi pramugarilah katakan. Mujurlah saya tak tahu yang pramugari kena pandai berenang. Kalau tak, dari kecik lagi saya dah belajar berenang. Mesti mengamuk-ngamuk saya nak pergi kelas renang.
Bila kapal terbang mendarat di Airport Subang masa tu, rasa tak puas. 45 minit je dari KB ke KL time tu. Dengan sedih, saya mengikut mama dan mami melangkah keluar dari pesawat. Sibuk saya dan angah bercerita tentang kapal terbang dan pramugari kepada abah. Abah layankan aje. Abah senyum dan gelak je bila mulut anaknya bercerita macam berteh goring. Mami dan mama sesekali menyampuk. Saya cakap dengan abah, nanti nak naik lagi. Abah kata OK. Saya cakap lagi, bila besar Along nak jadi pramugari. Abah kata OK jugak sambil ketawa. Abahpun dah tahu perangai anaknya yang kuat berangan ni.
Lepas tu, saya mengamuk dekat mami, nak pakai baju kebaya. Baju kebaya labuh berwarna merah adalah baju kebaya yang pertama dalam hidup saya yang mami tempah.
Saturday, August 20, 2016
Masihkah Awak Ingat?
Awak,
Ingat tak, dulu kita bahagia. Bahagia sangat. Awak sangat baik dengan saya. Saya rindu awak, rindu sangat detik-detik waktu kita bersama.
Saya paparkan kembali kisah tiga tahun lalu untuk tatapan awak suatu masa nanti.
Thursday, February 28, 2013
Swiss Polo Dan Sole
Berjalan-jalan di shopping complex adalah aktiviti kegemaran aku. Lebih-lebih lagi pada awal bulan. Sebab apa? Sebab baru dapat gajilah :)
Petang Selasa lalu, aku ke Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju. Kebetulan ada sale pulak tu. Akupun apa lagi, memandangkan sendal untuk pergi dan balik kerja semuanya dah lunyai, jalan-jalan cari sendallah. Wow! Valentino Rody! Beli dua, RM79.00. Jarang dapat sale macam ni. Dahlah tu, kasut yang aku sukapun ada. Tadi kata nak beli sendal pergi dan balik kerjakan? Dah tukar agenda pulak, nak beli sekali kasut untuk pakai kat office. Tapi malangnya, sepasang lagi yang aku nak tak ada saiz. Almaklumlah, saiz aku ni kan, saiz standard so, cepatlah habis.
Lepas tu, aku pun tengok-tengok lagi. Wow! Swiss Polo! Sendal bertali hampir sama macam valentino yang aku nak, cuma tapak flat tak tinggi macam Valentino. Ok juga, boleh pakai untuk bersantai. Tapi... Sendal untuk pergi dan balik kerja dah tak ada ni. Mustahak tu. Mana boleh pakai kasut atau sendal office, cepatlah jahanam. Dahlah warna si Polo ni menarik, biru, merah dan oren kalau tak silap. Tapi yang masuk dengan aku biru. Lain dari yang lain. Naklah! Tapi nanti tak cukup duit pulak macam mana? Skin care pun nak kena beli juga ni :(
Aku bergerak pula ke Sole. Ada sendal yang sangat sesuai untuk pergi dan balik office. Cuba punya cuba warna merah tak ada saiz. Hitampun, hitamlah. Alamak... Sifir Ekonomi Asas masa Tingkatan 4 dulu bermain di fikiran. Bila ada kekurangan, kena buat pilihan, bila buat pilihan, mesti ada kos lepas, Huhuhu kos lepasnya, Swiss Polo biru aku tulah :(
A: Awak suka kasut biru tadi ke?
Tinta: Sukalah :(
A: OK, yang ni, saya belikan untuk awak.
Ha??? Belikan??? Maknanya... Belanjalah ye? Hahaha... Mata yang tadinya suram kembali menyinar. Senyum lebar ke telinga. Maka, berguguranlah daun-daun kering di musim luruh, digantikan dengan musim bunga yang mengasyikkan :) :) :)
Yes!!! Akhirnya... Sepasang Sole hitam dan sepasang Swiss Polo biru menjadi milikku yang mutlak!!! Hurray!!!
Kasut office, cari esok, J Card Sale, mesti harganya merudum murah. Misi seterusnyaaaa... :) Posted by
Friday, August 5, 2016
Gigi Untuk Senyuman
Hehehe fasal gigi lagi. Sebelum balik, hilangkan stress dengan berbual-bual bersama korang kat blog ni. Maklumlah, saya sorang-sorang kat sini. Nak sembang dengan siapakan? Perempuankan suka bercakap, duduk sorangpun nak sembang jugak. Dapat tulis kat blog nipun jadilah.
OK. Walaupun kebanyakan dentist kata gigi saya cantik, tapi gigi saya taklah secantik gigi Nora penyanyi bersuara gemersik tu. Sebab masa kecik dulu, bila gigi bergoyang je, saya suka main. Mama selalu marah saya tak bagi main. Mama takut gigi saya tak cantik. Masa tu, saya tak faham dengan mama. Dia selalu marah saya fasal gigi. Selalu paksa saya gosok gigi, tak bagi saya makan gula-gula. Lepas makan aiskrim dan gula-gula, mama selalu suruh saya gosok gigi. Lepas tu selalu nak tengok gigi saya. Kalau saya gigit gula-gula, mama mesti pukul saya. Mama suruh saya hisap je. Kalau tak, jangan makan gula-gula. Tention saya, dahlah masa kecik saya malas gosok gigi. Tak faham kenapa dititikberatkan sangat fasal gigi ni. Abah pulak, sedari kecil lagi dah kenalkan saya dengan pembersih mulut. Tapi tak ingatlah jenama apa yang abah selalu beli dulu. Bila saya masuk asrama, Cikgu Sharifah suka tengok barang-barang saya dan dia pelik tengok kanak-kanak usia 9 tahun dah pakai pembersih mulut. Mana saya tahu, dah abah saya bekalkan. Saya pakai jelah. Lagipun dah biasa dari kecik.
Dulu, saya selalu rasa rendah diri dengan sebatang gigi saya. Yang lain elok tersusun cuma yang satu ni agak terkeluar susunan. Tak bersyukur betul. Alah zaman jahiliah dulu.
Suatu hari, Mizi kawan saya tegur saya.
"Tinta, kau tahu tak kenapa senyuman kau manis?" Katanya tiba-tiba.
"Manalah aku tau," Jawab saya malas melayannya. Sebab dia ni suka kenakan saya. Adalah tu dia nak mengata saya. Saya berdoa agar dia tak perasan gigi saya yang satu tu. Kalau tak, habis kena bahan.
"Woi, aku tanya betul-betul ni," Dia tak puas hati sebab saya tidak mengendahkannya.
"Hmmm... Kenapa?" Saya paksa diri melayannya. Selagi tak layan, selagi tulah dia paksa saya bercakap dengannya.
"Sebab, kau ada satu gigi pemanis. Kau jangan buang gigi tu. Kalau kau buang, mesti kau senyum tak manis macam sekarang,"
"Hah? Gigi pemanis?" Saya mula memfokuskan perhatian padanya.
"Kau ada satu gigi yang tak tersusunkan? Gigi tu terkeluar sikit dari susunan,"
"Iiii... Kau ni, sampai situ kau tengok aku. Mengadalah," Marah saya padanya. Saya malu bila orang tengok gigi saya. Pada saya, tak cantik!
"Eh, aku tak main-mainlah. Aku serius. Mesti kau ingat aku main-mainkan? Sebab aku selalu kenakan kau,"
Taupun! Jawab saya dalam hati.
"Aku tahu, kau saja nak kenakan aku. Mentang-mentanglah gigi aku tak cantik!" Saya mula bengang.
"Tak. Aku buat kajian. Kenapa bila kau senyum nampak manis. So itulah kesimpulan daripada kajian aku," Hujahnya supaya saya mempercayainya.
"Kau ni tak ada kerja eh tengok gigi orang? Dah senyum memanglah manis! Semua orang senyum manis! Agak-agaklah," Saya makin bengang.
"Taklah, ngok. Kau ni degillah aku cakap. Tak semua orang senyum manis walaupun dia senyum. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku. Dulu, akupun ada gigi macam kau. Orang selalu kata aku senyum manis. Akupun macam kau jugak, tak suka dengan gigi tu sebab aku rasa tak cantik. Aku cabutlah. Lepas tu, senyum aku tak macam dulu. Sebab tulah aku cakap, kau jangan cabut. Nanti kau menyesal, macam aku. paham?" Katanya bersungguh-sungguh supaya aku tidak melakukan kesilapan yang sama.
Lepas dari hari tu, ada beberapa orang mengatakan perkara yang sama kepada saya. So, sekarang... Saya tak rasa rendah diri lagi dengan gigi ni. Malah saya bersyukur dengan adanya dia. Sekurang-kurangnya, saya dapat memberikan senyuman untuk merawat orang-orang yang sedang lara. Hehehehe perasan nak mampus!!! Biarlah, suka hatilah nak tulis apapun. Blog saya, diari saya. Tulah, lain kali, jangan mudah rasa tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Semuanya ada keindahannya.
Thursday, July 14, 2016
Lindor Pemberian Pramugari MAS
Waktu menunggu giliran keluar dari flight malam tadi, saya diminta duduk di kerusi first class. Pramugara dan pramugari malam tadi ramah-ramah semuanya. Pramugari datang kepada saya:
Pramugari: Suka coklat tak?
Tinta: Suka.
Pramugari: Ni, saya bagi coklat. Tapi kena makan cepat sebab coklat ni mudah cair.
(Sambil meletakkan di tapak tangan saya. Demi tersentuh di tangan, saya tahu itu Lindor kegemaran saya)
Tinta: Terima kasih. Lindor right?
Pramugari ketawa.
Pramugari: ha'ah, mana tahu?
Tinta: Mestilah tahu, kegemaran saya.
Pramugari: Oooo... Kalau macam tu saya bagi semua. Ala... Tapi tak banyak ada dua je lagi. So, empat je ada.
Tinta: Tak apa. Terima kasih banyak-banyak.
Lepas tu dengan bangganya dia bercerita dengan pramugara kawannya yang dia bagi saya coklat kegemaran saya.
P/S: Awak, ingat tak? Saya pernah bagi awak Lindor tapi awak cakap tak sedap sangat sebab rasa susu. Saya senyum je sebab, awak cakap tak sedap tapi harga coklat tu mahal. Satu tin kecilpun dah seratus lebih. Masa tu saya beli kat duti free airport waktu balik dari Hanoi. Sampai sekarangpun saya tak pernah cakap harga coklat tu kat awak. Takut awak rasa serba-salah sebab dah kompelen coklat saya tu tak sedap.
Repost: Bila Kita Membenci
Saya jumpa entri yang saya tulis pada 28 Julai tahun lepas. Masa tu, saya terasa hati dengan awak.
Awak, kalau awak baca entri ni, cubalah awak hayati post ni. Saya harap, awak tak marah fasal post ni.
Bila Kita Membenci
Malam ni, saya nak menulis tentang hati dan perasaan. Tentang cinta dan kelukaan. Untuk mencari cinta sejati itu ibarat mencari mutiara di laut lepas. Sukar dan menyakitkan. Beruntunglah mereka yang memiliki kebahagiaan saat kali pertama jatuh cinta. Allah telah menyelamatkan mereka dari rasa ngilu pedih akibat ditinggalkan. Hidup ini umpama kapal. Bila waktunya, kita akan berlabuh di suatu dermaga. Dan bila sampai saatnya pula, sauh harus dilepaskan untuk belayar. Sebelum kita dipertemukan dengan cinta sejati atau pasangan yang sesuai menurut janji Allah, pastinya kita akan merasa apa itu derita dan kecewa. Namun awaslah hati-hati amarah, andainya kita membenci si dia yang pernah kita tabalkan sebagai yang teristimewa di hati kita, ingatlah akan kebaikannya yang pernah kita banggakan, akan ketulusannya yang kita sukai suatu ketika dahulu. Janganlah kerana suatu kesilapannya, kita terus membencinya serta menghukumnya. Biar kita tersalah memaafkan dari salah menghukum. Jika kita merasakan sepanjang perhubungan kitalah yang sering bersusah-payah untuk si dia, carilah di celah-celah pengorbanan besar kita sekelumit usahanya untuk membahagiakan kita. Usah kita mendabik dada mengatakan bahawa kitalah yang sering bersusah-payah untuknya dan tidak dihargai. Mungkin itu hanya perasaan kita sedangkan niat si dia meminta sesuatu atau menegur kita demi mengeratkan perhubungan yang dirasakan semakin renggang. Usahlah kita sering mengeluh, melahirkan kebosanan kita menghadapi sesuatu perkara dalam perhubungan atau menzahirkan keletihan kita terhadap tingkah si dia, kerana mungkin si dia juga ada rasa bosan dan penat terhadap sikap kita namun disimpan kemas jauh di sudut hati demi menjaga hati kita serta tidak mahu mencemarkan ikatan yang dibina. Setiap kali amarah mengamuk jiwa, fikirkanlah tentang si dia, mungkin si dia juga pernah marah akan keterlanjuran kita, tapi dimaniskan wajahnya, dijaga tutur katanya sewaktu melahirkan kemarahan kepada kita kerana tidak mahu mengguris perasaan kita. Komunikasi antara kita dan si dia amat penting bagi mengekalkan kemaslahatan hubungan. Janganlah kita merasakan kita sudah lakukan yang terbaik dan si dia tidak berhak untuk menegur dan meminta sesuatu yang disukainya kerana, apa yang baik bagi kita, belum tentu baik bagi si dia. Berbicaralah sebanyak mungkin akan hal-hal perhubungan terutamanya untuk memperbaikinya. Tidak salah membincangkan tentang apa yang kita dan pasangan suka dan apa yang tidak disukai. Ketepikanlah sedikit keegoan kita untuk menerima pandangan pasangan demi menggapai kebahagiaan yang diimpikan. Sekian. Semoga kita semua akan dikurniakan dengan kebahagiaan dambaan insani bersama si dia yang telah dikirimkan Allah kepada kita. Jika para pembaca telahpun memiliki pasangan, berusahalah untuk saling membahagiakan kerana pasangan itu amanah Allah. Beruntunglah anda memiliki pasangan. Pasti hidup anda tidak sunyi seperti saya.
Sunday, July 3, 2016
Cinta Membawa Kekerasan Hati Angah
Sekarang, saya faham kenapa hati angah begitu keras kepada lelaki. Mana-mana lelaki yang dirasakan tidak serius dengannya, tanpa fikir panjang dan dengan cepat ditinggalkannya. Baginya, lelaki bukan sejenis makhluk yang boleh dibuat baik dan diberi muka kelak, akan merosakkan! Mungkin angah berpegang pada konsep, sebelum dia sakiti aku, biar aku tinggalkan dia dulu. Saya lihat, angah sangat mudah meninggalkan lelaki pantang ada sedikit salah.
Sebenarnya angah tak macam tu. Dia tak sezalim itu. Tapi, bila saya sendiri menghadapi apa yang dia alami, saya faham akan tindakannya. Cuma hati saya tak sekeras angah untuk buat apa yang dia buat. Nak salahkan dia seratus pratuspun tak boleh. Hanya Tuhan je tahu perasaan bila hati disakiti, bila cinta dikhianati. Kadang-kadang saya rasa, best jadi angah, tak ada siapa dapat sakitkan hati dia selepas peristiwa tu.
Antara kami adik-beradik, angahlah yang lebih dulu mengenal cinta. Cinta pertama angah, anak tauke minyak PETRONAS tempat angah bekerja semaasa tunggu result SPM. Saya tahu, cinta angah berbalas. Saya sering mendengar cerita angah tentang indahnya perasaan dilanda cinta. Sayalah pemegang mohor besar penyimpan rahsia angah masa tu.Cinta mereka berterusan sehingga angah menjalani kursus Asasi Undang-undang di UiTM yang juga tempat saya belajar. Saya juga tahu, cinta angah suci buat Zaki, anak tauke minyak tersebut. Kalau tidak, masakan hampir setiap minggu angah sanggup pulang ke Kelantan.
Segalanya bermula hampir 11 tahun lalu. Petang tu, saya terima panggilan dari angah yang tinggal di Kolej Teratai. Angah minta saya bersiap. Dia ajak saya ke Kompleks PKNS., tempat selalu kami pergi bila keluar. Angah kata, dia akan bergerak sekarang ke Kolej Seroja, asrama saya. Tanpa banyak soal, saya terus bersiap. Mungkin adalah benda yang dia nak beli atau dia bosan dan saja-saja nak ambil angin petang. Mungkin kami akan duduk-duduk di Tasik Shah Alam yang terletak berdekatan kompleks tersebut.
Sampai di PKNS,saya membeli barangan saya. Saya tengok angah OK je masa tu. Kalau tak silap, dia tak beli apa-apa. Lepas shopping, angah ajak saya minum di sebuah kedai dalam kompleks tersebut. Masa tu, sikap angah mula berubah. Mungkin penderitaan hatinya tidak terbendung lagi. Saya yang sememangnya peka akan perubahan suara orang, terus bertanyakan sebabnya. Angah menangis. Dalam esak yang menggila, angah menceritakan kepada saya bagaimana cintanya dikhianati. Saya lantas memeluk angah, menyalurkan kekuatan padanya. Pelukan saya berbalas, angah mencari kekuatan dalam kelukaannya yang dalam. Saya turut menangis.Saya tak pernah rasa sakit ditinggalkan lelaki tapi melihatkan angah menangis, saya dapat rasakan, betapa pedihnya perasaan angah. Tangisnya hiba memilukan. Saya bersimpati padanya. Saya terus meniupkan kata-kata semangat buatnya agar dapat menjadi penawar baginya. Ceritanya sungguh menyakitkan. Dia dicurangi. Dia menerima kekalahan di hadapan orang ketiga. Ya Allah, mengapa lelaki yang menyayahngi begitu mudah berubah. Tegarnya dia melukakan hati angah? 10 Tahun usianya lebih tua dari angah tidakkah mematangkan dia untuk berfikir sebuah erti cinta? Fikir saya. Dan kini saya faham semua tu.
Angah kuat. Dia tak selemah saya. Nekadnya, dia tidak akan memberi peluang lagi kepada lelaki untuk menyakitinya. Jika cinta tak kesampaian, dia tidak mahu kecewa lagi dan dia yang akan membuat keputusan.Akhirnya,angah berjaya menanamkan rasa benci kepada Zaki. Alangkah baiknya kalau saya dapat ikut jejak angah. Tapi saya ni banyak fikir. Fikir tidak mahu membenci, tidak mahu hati jadi keras dan apa yang penting, Tuhan tidak suika kita membenci.
Beberapa tahun kemudian, saya dengar, Zaki mula menyebut-nyebut tentang angah di hadapan adiknya yang terus menjadi sahabat angah. Pernah beberapa kali mereka ingin bertembung tetapi angah mengelak. Jika mahu bertemu Ayu, selalunya angah akan berjumpanya di luar, bukan di rumah mereka.
Akhirnya, Zaki ingin sekali bertemu angah. Tapi angah enggan mengingatkan apa yang telah dilakuikannya. Saya pernah menasihati angah supaya berjumpa dengannya, manalah tahu kalau memang jodoh angah bersamanya. Kata angah, cukuplah sekali. Sekali dia dikhianati, dia takkan berpaling lagi. Bertemupun dia tak mahu. Sehinggalah suatu hari, kami mendapat berita bahawa Zaki menghidap barah tahap empat. Dia terlantar di rumahnya yang berhampiran dengan rumah kami. Saya tak ingat, angah jumpa dia atau tidak sebelum kematiannya.
Sesungguhnya, cinta itu memberi kesan yang mendalam bagi kehidupan seseorang. Berfikirlah dulu sebelum melafazkan cinta kerana Allah menghisab apa yang kita lakukan walaupun dalam soal hati dan perasaan. Dan ingatlah, Allah itu Maha Adil dan Dia akan membalas dengan balasan yang setimpal atas semua perbuatan kita. Jangan sesekali kita menganiaya orang. Kesan dari kegagalan cinta pertamanya masih dapat dilihat pada diri angah hingga hari ni. Angah sangat keras dan kadang-kadang ego dalam soal ni. Saya tak salahkan dia, kerana sakit ditinggalkan amat dahsyat. Cuma saya je belum mampu menjadi seperti angah.
Tuesday, June 14, 2016
Pelikkah Bila Selalu Ke Surau?
Suatu soalan yang membuatkan saya terkedu dan sedikit terasa diajukan oleh seorang kawan. Tapi bila difikirkan balik, tak apalah. Mungkin Allah belum membuka hatinya untuk berfikir tentang hubungan antara hamba dan pencipta. Mungkin baginya sekadar mengusik dan bergurau. Tapi pada saya, ada banyak lagi hal lain yang boleh diguraukan. Dalam hal surau dan ibadah, bukan gurauan. Itu hak individu. Ianya terlalu peribadi apabila melibatkan agama. Soalan ini ditanyakan kepada saya beberapa bulan lalu tapi setiap kali saya teringatkan soalan ini, saya tertanya-tanya apa motif soalan tersebut dilontarkan pada saya. Memang saya tidak membawa penampilan warak pada zahir, tapi, tahukah dia hati saya? Tahukah dia amalan-amalan saya selama ini? Perlukah saya canangkan setiap amalan saya? Salahkah kalau saya cuba memperbaiki diri? Sebagai seorang kawan, tidakkah dia rasa syukur bila ada di kalangan kawan-kawannya yang cuba melakukan sesuatu untuk Tuhannya? Jika belum terbuka hati untuk ikut serta, berilah dorongan dan galakan. Pada saya, pakaian, mengunjungi surau belum bermakna seseorang itu baik. Sekurang-kurangnya dia cuba berbuat sesuatu untuk Tuhannya jika hatinya ikhlas. Hanya orang terdekat sahaja yang mampu menilai sikap dan sifat seseorang.
Suatu hari beberapa bulan yang lalu, saya bertandang ke meja seorang kawan sekadar untuk berbual-bual seperti selalu.
"Hai, selalu pergi surau sejak akhir-akhir ni?" Tanyanya dalam gurauan dan berbaur sinis. Saya terdiam. Apa harus saya katakan? Itu semua datangnya sendiri. Bukan saya buat-buat dan mahu tunjuk kepada orang. Tak sangka pulak ada yang perasan.
"Tak ada apalah. Biasa je," Ligat fikiran saya menerbitkan jawapan.
Sepanjang hari tu, saya asyik memikirkan soalannya. Tuhan, bila ada orang yang perasan, apakah saya dikira riak? Saya bukan warak dan alim. Saya manusia biasa yang banyak dosa dan salah. Sekadar meminta agar Tuhan memandang saya walaupun sepintas lalu. Memang kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baikpun salah. Buat jahat apatah lagi. Pergi surau tu bukanlah bermakna saya dah jadi orang lain. Dan bukan bermakna saya suci dari kesilapan.
Sunday, May 29, 2016
Engkau Ada Harta
Assalammualaikum semua,
Selamat berhari minggu. Duduk kat rumah ni tak sibuk sangat. So, hari ni saya mungkin akan tulis beberapa entri. Mula dengan entri ni ya.
Suatu hari, saya berbual-bual dengan housemate saya tentang takdir dan jodoh.Dalam sembang-sembang tu, ceritalah fasal budak batch saya yang melangsungkan perkahwinan semalam.
"Batch aku sorang demi sorang kahwin. Aku jugalah yang lewat. Tapi tak apalah, mungkin Allah tahu bila masa yang sesuai nak bagi aku jodoh," Kata saya kepada housemate.
"Tak apalah Cik Long, biar je apa orang nak kata. Dah jodoh tu kerja Tuhan, kita nak buat macam mana," Katanya dengan membahasakan saya Cik Long, panggilan yang selalu dia gunakan buat saya.
"Tulah, dia orang ni suka tanya. Macamlah aku tahu bila jodoh nak sampai. Kalau tahu senanglah. Aku paling tak suka orang tanya aku bila nak kahwin. Nanti aku nak tanya dia orang, bila nak mati? Kalau yang dah kahwin tu belum dapat anak, aku nak tanya dia, bila nak dapat anak. Sibuk hal orang. Kalau tanya aku bila nak makan tu bolehlah aku jawab,"
"Dia orang tu ngada-ngada. Yang selalu suka tanya orang macam tu, orang yang dah kahwinlah," Balasnya.
"Bukanlah aku nak sakitkan hati orang nak jawab macam tu, aku cuma nak dia orang faham, jodoh tu di luar kawalan manusia. Setakat ni aku jawab, suruh tanya Allah je. Bila tak tahan nanti aku jawab macam tu. Kalau orang tanya dia orang, tak boleh, tapi kalau dia orang tanya kita bukan main lagi. Kadang-kadang yang tanya tu bukan yang rapat dengan kitapun. Apa hak dia orang nak tanya?"
"Eh, tapi kau perasan tak sesuatu?" Tiba-tiba housemate saya mengajukan soalan.
"Apa dia?" Balas saya ingin tahu.
"Budak batch kau majoriti dah kahwin, ada anak, ada kereta. Kau tak ada semua tu," Saya ketawa.
"La... Memanglah,"
"Tapi... Ada sesuatu yang Cik Long ada, dia orang tak ada," Konon nak bagi suspenlah tu.
"Apa dia?"
"Harta. Cik Long ada rumah. Walaupun dia orang ada isteri, ada anak, ada kereta, ada yang kerja government dan gaji lebih besar dari Cik Longpun. Dan dia orang lelaki. Tapi, Allah belum bagi dia orang harta," Saya terkesima. Rasa terharu dan sebak segera datang. Betapa cantiknya susunan Allah itu. Saya tak pernah fikir sampai ke situ tapi housemate saya nampak akan kebaikan Allah pada saya dan memberitahu saya kisah indah Allah ini buat saya.
"Cik we, Cik Long tak pernah pulak terfikir sampai ke situ. Mungkin Allah nak lengkapkan hidup Cik Long dulu kot baru nak bagi Cik Long jodoh,"
"Mungkin. Cik Long bukan ada satu, ada dua rumah termasuk rumah pusaka yang mami nak bagi Cik Long tu. Andai katalah, jodoh Cik Long dengan awak, manalah tahukan kalau awak pergi dulu dari Cik Long, sebab hukum alamnya yang tua akan pergi dulu. Jadi, Allah tak nak Cik Long susah lepas dia tak ada. Jadi, Allah siapkan Cik Long dengan persediaan rapi untuk hadapi sebarang kemungkinan. Cik Long kan perempuan. Mesti Allah tahu Cik Long akan susah bila suami tak ada. Diapun siap-siapkan dulu Cik Long. Cuba Cik Long fikir, kenapa Allah tak bagi budak batch Cik Long tu harta sekarang sedangkan dia orang lelaki dan perlu tanggung anak isteri. Mesti Allah ada sebab yang kukuh kenapa Dia buat macam tu,"
"Betul juga kata Cik We tu. Cik Longpun tak terfikir fasal tu. Yelah, Dia lebih tahu tentang hambaNya. Kita bukan boleh pinjam buku Loh Mahfuz, selak tengok siapa jodoh kita, macam mana masa depan kita, kalau kita tahu semua tu senang. Tunggu je tak payah usaha,"
Perbualan malam itu tamat dengan rasa syukur saya pada Allah Yang Maha Dekat, Maha Baik dan Maha Indah.
Terima kasih Allah atas semua kebaikanMu pada saya.
Terima kasih Allah kerana menjaga saya.
Aku tahu, Engkau mengujiku kerana ingin menunjukkan kasih sayangMu padaku.
Friday, May 27, 2016
Sayang Rambut
Belum pukul 6.00 pagi, dah dua post saya tulis. Sementara nak tunggu Subuh, tulislah. Nanti tertidur pulak. Kalau korang tak larat baca, abaikan je.
Semalam, saya pergi cuci rambut. Tiba-tiba terimbau peristiwa beberapa tahun lalu. Kat Lawyat tu ada satu akademi rambut. Dulu saya suka pergi sana, masa adik saya stay kat KL. Kita boleh pilih siapa yang nak serve kita, profesional, senior atau junior. Bergantung kepada kualiti dan budget la.
Hari tu, terasa nak potong rambut pendek sebab dah lama saya berambut panjang. Sesekali nak ubah penampilan. Lalu saya bagi tahu tukang gunting tu. Diapun menjalankan kerjanya. Tak lama kemudian, siaplah dia menggunting rambut saya. Tapi... Dia tak gunting sampai paras yang saya nak. Saya mengarahkannya untuk menggunting lagi. Tak lama kemudian, sekali lagi dia siap menggunting. La... Kenapa tak gunting sampai paras yang saya nak. Ish, bengang jugaklah masa tu. I'll pay what.
"Kenapa tak gunting sampai sini?" Tanya saya agak bengang.
"Kenapa nak gunting pendek?"
"Ubah fesyen. Kenapa tak boleh?"
"Rambut you cantik ma. Sayang mahu potong pendek. Cukuplah sampai sini. Sayang ma" Saya terkedu. Ni rambut saya ke rambut dia? Yang dia sayang lebih tu kenapa? Rambut ni kan akan tumbuh lagi. Bukan saya nak kerintingkan rambut.
"Gunting lagi sikit," Pinta saya.
Tanpa banyak cakap, tukang guntingpun menggunting lagi. Tapi dari cara dia menggunting tu, saya tahu dia gunting tak sepenuh hati. Selesai menggunting, hasilnya tak sama macam yang saya nak. Dahlah malaslah. Berapa lama saya nak duduk kat kedai ni? Sampai malampun tak habis. Tak jadilah nak berambut pendek.
"Sudah ma. Sini sudah cantik. Rambut you banyak cantik ooo. Sayang mahu gunting ma. You jaga elok-elok,"
Dah saya pulak yang dipesannya. Hadoi, saya bukan nak rosakkan rambut, sekadar nak tukar fesyen. Bukan nak pendek macam lelaki. Tapi pendek yang ada style. Bukan mengubah struktur rambut.Kalau nak kerintingkan atau dibonding tu mungkinlah akan merosakkan rambut dengan penggunaan bahan kimia tu. Ni gunting je. Takkan merubah tekstur rambut. Penampilan je berubah. Kalau pendekkan nampak lain sikit, nampak kebudakan sikit. Ah, dahlah. Lain kalilah buat fesyen pendek. Apapun, terima kasih pada si tukang gunting yang sangat ambil berat fasal rambut saya.
Thursday, February 11, 2016
Salahkah Saya Cemburu?????
Facebook, sememangnya dunia maya yang entahkan betul entahkan tidak semua status di dalamnya. Walau apapun, bila kita komen di wall orang, kita masih lagi perlu menjaga adat sopan serta tatasusila. Memanglah kita boleh cakap, "FB saya, suka hati sayalah nak tulis apapun," Memang FB kita, tapi yang membacanya ramai. Tak pernahkah kita fikir kalau tulisan kita tu buat orang terasa, terluka, tersinggung dan cemburu? Pernahkah kita terfikir, hanya dengan satu komen kita boleh membuatkan hubungan orang bergoncang? "Suka hatilah nak tulis apa," Memang suka hati kita. Namun, perbuatan kita itu dinilai sama ada di alam maya mahupun alam nyata.
Hal ni saya alami sendiri. Kita harus ingat, bila kita berkenalan dengan seseorang, kemungkinan orang itu tidak memberitahu status sebenar dirinya adalah tinggi.
Sebagai seorang yang mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang... Tak salahkan kalau saya cemburu? Sebab cemburu tupun tanda iman asal tidak berlebihan. Kalau seorang perempuan menulis komen ayat-ayat dan panggilan manja seperti 'pipi gebu' dan sebagainya kepada orang yang bermakna dalam hidup kita, hati mana yang tidak cemburu? Ditambah pula dengan laporan balik ke kampung dan tiada line internet. Apa semua tu? Adakah suatu hubungan istimewa sedang terjalin? Memang salah tu bukan dari sebelah pihak. Saya amat faham itu. Tapi saya tak faham, kenapa ada orang yang suka komen demikian sedangkan saya yang secara rasmi berhubunganpun tidak pernah menulis sedemikian di FB.
Subscribe to:
Posts (Atom)