SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, April 27, 2017

Staff Purchase

Assalammualaikum semua, Saja nak sembang dengan korang dulu sebelum saya balik. Saya kat mana? Kat office la. Walaupun FB saya dah on, saya tetap suka bercerita di sini. Eksklusif di blog kononnya. Sebab kat sini, hanya orang-orang yang betul-betul nak tahu tentang saya je akan berkunjung ke sini. Kalau di FB tu, orang tak nak tahu fasal kitapun akan baca bila kita update. Cuma gambar saya je yang jadi hak FB setakat ni. Hehehehe... Kalau tiba-tiba nak letak gambar saya kat sini nanti tak tahulah kan. Hari ni, pagi-pagi saya dah hangin. Fasal transport la, apa lagi? Asyik nak kena pergi naik Air Asia naik grab je. Menyampah saya. Boleh adjust, tapi malas. Lepas tu, kita yang dah book lama ni pulak yang jadi mangsa dek orang yang last minute ni. Lily: Hari ni you all pergi naik Grab ya. Saya: Kenapa? Lily: Transport clash. Saya: Clash kenapa? Lily: Banyak schedule hari ni. Sibuk. Saya: Apa yang sibuk tu? Lily: Banyak tempat nak pergi, ambil ayamlah... Saya: Jangan cakap sibuk. I nak tahu, ke mana driver pergi? Dia ni tak boleh dibiarkan. Kadang-kadang, boleh adjust, tapi malas nak fikir. Penjaga transport dah mula berubah suara. Nak nangis. Dia ni memang ratu air mata. Pedulikan. Sebab dia ni perlu diberi pengajaran. Bla... Bla... Bla... Saya: Asyik suruh naik Grab je. Bukan murah nak pergi sana tu. Bagi tahu your boss, suruh dia manage betul-betul. Orang yang pergi dekat-dekatlah naik Grab. Kami nak advance. Lily: Sariza, you pergi ambil advance. Haaa... Ni lagi menimbulkan kemarahan saya. Dia yang patut sediakan advance, dia suruh assistance saya pulak. Saya: No, you yang ambil. Sebelum ni Zura yang bagi kami advance. Bukan kami pergi ambil. You jaga transport, you uruskanlah. Kenapa pulak kami nak kena buat? Kalau macam tu senang jelah kerja you. Main suruh je. Lagi dia nak nangis. Last-last boss saya kata, pakai duit dia. Ish... Lagi saya bengang. Boss saya ni mengada. Orang nak bagi pengajaran pada si Lily ni, dia pergi buat offer pulak. Lantak dialah, bukan duit saya, duit dia. Dah dia bermurah hati sangat. Tak apa, hari ni kau selamat, esok lusa siap kau. Dia ni memang suka mengelak kerja. Mujur bukan saya boss dia. Ah, boss dengan anak buah sama jelah. Tak lama lepas tu, terus mood saya baik. Kenapa? Staff Lancôme whatsapp me. 'Salam kak. Akak nak tak Perfume Lancôme Miracle? Saya boleh bagi akak staff purchase if akak nak. Ada orang order and canceled' Hehehe... Sebenarnya saya tak tahu bau Miracle ni macam mana. Esok baru nak pergi bau. Esok, kalau beli RM360.00 dapat baucer RM110.00 tau. Perfume tu tengok dululah. Saya nak beli sun block ni.

3 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

wow. best bau perfume tu. antara yang menjadi kesukaan saya. rezeki kan. siapa tahu!

qasehqasrina said...

Wow.. Perfume Miracle.. Akak memang suka gila time study dulu..sedap bau dia.

TINTA EMAS said...

Waaa... Ramai peminat Miracle sebenarnya. Saya dah pergi bau semalam. Tak kena dengan citarasa saya. So petang ni nak beli sun block je la. Budak yang baik dengan saya tu kerja hari ni. At least, dapatlah komisen kat dia kan walaupun tak beli perfume.