SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, April 6, 2017

Klinik Doktor Zalinda

Assalammualaikum readers, Jarang dapat update blog sebab saya mula busy sekarang ni. Siap dibekalkan dengan kerja ada dateline lagi. OK, semalam saya ke Klinik Doktor Zalinda atas saranan sorang kawan. Dr. Azizah yang merawat saya melakukan x-ray kepada gigi saya yang sakit. Seperti lazimnya, doktor mengetuk gigi tersebut bagi mengetahui adakah gigi itu sakit. Dan seperti selalu, gigi saya tak sakit. Bukan susah sangatpun x-ray. Doktor Klinik Tang Lin je malas. Saya dipakaikan dengan alat seperti baju kemudian satu alat dimasukkan ke dalam mulut berdekatan gigi yang ingin dilihat. Saya diarahkan untuk memegang alat berkenaan kerana semua orang harus keluar dari bilik meningalkan saya seorang. Doktor juga harus keluar semasa sesi x-ray dilakukan. Setelah selesai, doktor memberitahu saya yang dia sedang menyediakan gambar dan mahu melihat masalah gigi saya. Seperti yang saya ramalkan, saya mengalami masalah akar gigi. Kata doktor, tampalan gigi yang sedia ada telah mendap ke bawah sehingga mengenai akar gigi saya. Hanya ada dua cara untuk menyelesaikan masalah ini iaitu cabut atau rawatan akar gigi. Saya memilih rawatan akar kerana gigi saya masih elok. Kosnya RM900. Saya rasa RM900 ni setelah diskaun sebab 4 tahun dulupun harganya dah RM900, takkan sekarang masih RM900 kan? Terima kasih sahabat sebab rekmen saya ke klinik ni. Kata doktor lagi, akar saya kelihatan bengkok. So, agak complicated masalah saya ni. Walau bagaimanapun, doktor tak boleh buat rawatan tu semalam sebab saya sedang sakit. Doktor bagi saya ubat tahan sakit dan antibiotik. Doktor siap pesan, bukan berhenti serta-merta sakit tu. Memangpun, malam tadi, tidur saya sering diganggu rasa sakit hingga buat saya menangis. Terlalu sakit. Malam ni tak tahulah, sebab belum baring. Temujanji seterusnya Isnin depan. Moga Allah permudahkan segalanya. Terima kasih sekali lagi buat kawan saya yang rekmen tu. Tolong doakan agar segalanya berjalan lancar ya readers.

No comments: