Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, April 18, 2017
Whatsapp Yang Tak Disangka
Assalammualaikum readers,
Apa khabar semua?
Malam baru update blog. Hari ni busy.
Malam tadi, waktu saya bermalas-malasan kat atas katil, IPhone mengeluarkan bunyi personal whatsapp. Siapa pulak tu? Orang yang saya nanti, takkan whatsapp saya punyalah.
Sejak akhir-akhir ni, saya memang malas tengok Whatsapp. Sebab tulah lambat saya balas Whatsapp orang. Kadang-kadang, saya boleh biarkan Whatsapp tu berhari tak balas sebab saya tak buka Whatsapp langsung.
Biarlah saya abaikan Whatsapp dari saya hampa. Buka Whatsapp dari orang lain. Buka Whatsapp bukan dari orang yang saya tunggu.
Tak lama lepas tu, hati saya meronta-ronta nak tengok siapa yang Whatsapp saya sebenarnya. Saya dah bersedia dah untuk terima Whatsapp forward dari sesiapa. Itu yang selalu berlaku. Whatsapp yang dinanti tak kunjung tiba. Yang masuk, Whatsapp yang dia orang forward secara personal. Dahlah kat group hantar Whatsapp yang sama, bagi lagi kat personal. Malas saya layan.
'Salam Tinta Emas, saya Nabila dari Celebrate TV. Dulu buat program Raikan Wanita dengan awak dulu. Sekarang kami ada program baru untuk siaran bulan puasa. Saya nak tanya jika Tinta available pada ... April?'
Masakan saya lupa. Sampai sekarang duk tayang kat TV.
Saya ni bukan pelakon nak buat program mesti cari saya. Apa-apalah. Program apa pulak ni? Janganlah asyik benda yang sama bosanlah.
'Waalaikummussalam. Saya ingat, Nabila' Balas saya.
'Program apa? Available yang macam mana?'
'Awak free tak date tu?' Amboi, kereknya soalan. Saya bukan Puteri Impian ya yang takut dengan produser. Hehehehe...
'Nak datang office ke nak jumpa kat luar?'
'Actually date tu untuk shoot' Dia letak gambar senyum sambil kenyit mata pulak. Tahulah tu dia salah sebab bagi tahu saya last minute.
Nilah satu saya tak suka production house ni. Suka inform kita last minute. Dan-dan cakap, dan-dan tu nak. Hahaha... Saya pernah jugak buat macam ni masa kerja kat production house dulu. Hehehehe... Agaknya orangpun marah saya masa tu.
'Hah?????? Shoot apa ni?' Terperanjat saya. Mujur tak ada heart attack.
'Program apa dan kat mana?'
'Saya ni baru renovate rumah. Tupun tak siap lagi. Kalau datang rumah, rumah saya ni kosong. Tak ada apa hehehe'
Biar saya warning dia dulu sebelum dia buat gila nak shoot kat rumah saya.
'Program ini adalah program khas bersama Datuk Siti Nurhaliza. Ianya siaran untuk bulan puasa nanti'
'Jangan risau, kita shoot di tempat lain. Dah ada lokasinya.
Datuk Siti Nurhaliza? Kalau jadi, ni kali kedua saya jumpa Siti Nurhaliza.
Tiba-tiba hari ni cakap, nak date sehari sebelum date malam tadi. Mana boleh. Saya ada Air Asia. Kerja tu tanggungjawab saya. Tak ada maknanya saya nak batalkan kerja saya sebab shooting tu. Bagi saya, kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak, bukan rezeki sayalah. Saya kena jalankan tanggungjawab saya dulu. Memang shooting tu peluang. Tapi amanah tu lebih penting. Saya takkan kompromi dalam hal ni sebab shooting tu bukan periuk nasi saya. Kalau shooting tu kerja hakiki saya, saya akan beri dia prioritilah.
Saya bagi tahu Nabila, saya tak dapat penuhi hasratnya jika date baru tu. Kalau tak jadi, tak apalah. Nabila kata, Jadi. Cuma dia nak inform team dia yang saya memang tak boleh date baru tu. Dia akan bagi tahu yang saya hanya available pada date sebelumnya.
Saya tanya Nabila, date lama tu tak boleh ke?
Nabila kata, date lama tu ada. Tapi team dia nak saya datang sehari awal. Dah kenapa pulak? Kalau saya tak ada Air Asia bolehlah. Takkanlah semata-mata shooting saya nak tinggalkan kerja saya? Biarlah. Allah tahu apa yang terbaik buat saya. Saya kena rasional. Harus tahu apa yang perlu didahulukan. Kalau mereka tak boleh kompromi dengan saya tak apalah. Allah tahu apa yang terbaik kan? Kalau baik bagi saya, macam mana saya kata tak boleh ikut date dia orang, pasti Allah bagi. Kalau tak boleh, Allah pasti halang saya.
Malam ni, Nabila Whatsapp saya lagi.
'Salam Tinta, ... jadi. Untuk hari tu nanti, Tinta datang dah siap-siap make up tau. Baju sendiri. Choose the best one. Nanti saya bagi call time ya. Lokasi di ... KL,'
Alhamdulillah. Akhirnya saya dapat date yang saya nak. Maknanya, Allah bagi.
Ya Allah, Kau selalu beriku peluang yang tak disangka begini. Betapa kasih sayangMu itu agung padaku. Kau uji aku dengan memberi ku rasa lara dan derita. Tapi Kau juga memberi kemanisan dalam hidupku. Terima kasih Allah.
Celebrate TV, terima kasih kerana memberi penghargaan kepada saya. Terima kasih kerana memberi saya peluang dan ruang. Terima kasih kerana menyokong dan mendorong saya untuk melangkah ke hadapan walaupun saya tak punya apa-apa jika dibandingkan dengan orang lain. Sebenarnya saya boleh cadangkan orang lain jika mereka tak boleh dengan date saya. Tapi mereka mahukan saya. Mereka cuba untuk beri saya waktu yang saya selesa. Terima kasih, Kak Nazura, produser Celebrate TV lebih tepat lagi pemilik Celebrate TV.
Kak Nazura, agak-agaknya nanti, Raikan Cinta boleh bagi satu episod untuk saya tak? Dapatlah saya pergi honeymoon jauh sikit. Hehehe calonpun tak ada, sibuk nak Program Raikan Cinta. Hahahaha...
Terima kasih Allah, dalam masa orang membuang dan meminggirkan saya dari hidup mereka, Kau buka mata mereka yang lain untuk melihat saya. Melihat potensi diri saya seterusnya menghargai saya. Sesungguhnya, Kau tak pernah biarku keseorangan meskipun mereka menjauh. Oleh itu Allah, ambillah mereka yang tidak ikhlas padaku dan gantikanlah dengan orang-orang yang benar-benar jujur untuk menemani perjalanan saya ini. Saya perlukan mereka yang jujur dan ikhlas untuk ke atas. Dan saya mahu mereka terus menemani saya meskipun saya disinari dengan kejayaan.
Saya terus menghubungi orang-orang yang sentiasa memberi semangat kepada saya, menyampaikan berita ini dan mendapatkan pendapat mereka selain dari keluarga saya. Terima kasih Kak Fatimah, Kak Intan Rabizah dan En. Mahathir atas dorongan dan galakan.
Kak Fatimah kata, ini peluang untuk saya. Siap berangan benda yang saya tak pernah angankan lagi. Hehehe... Tapi tak ada orang nak makapkan saya kak. Sedih! Mekap sendirilah nanti. Minta-minta tangan ni boleh buat yang terbaik hari tu.
Kak Intan sebenarnya nak datang dari Perak, nak temankan saya. Tapi date tu Kak Intan ada meeting penting. Tapi Kak Intan kata, dia dah lama kenal saya. Dia yakin saya boleh walaupun saya pergi sorang. Kalaulah semua orang yakin dengan saya macam Kak Intan, pasti saya tak kecewa. Hehehe...
En. Mahathir pulak setuju dengan pilihan baju Scha Alyahya saya yang dia pilih untuk saya raya tahun lepas. En. Mahathir excited dengan berita ni. Siap tanya perlukan teman tak masa shooting? Biasalah En. Mahathir kan suka mengusik.
Nanti saya update bila saya balik dari shooting tu nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
assalamualaikum. lama tak letak komen di dinding blog ni. ^_^
maaf. pc saya baru dapat hari ni. lama kan. ililah bezanya. ini adalah tempoh paling lama saya tidak ber pc. biasanya 2nd day or 3rd day isu pc tu dah settle.
setiap dari kita punya rencah kehidupan berbeza. Allah beri awak nikmat dan kebahagiaan pada sisi yang lain. syukur selalu ya! saya doakan awak terus tabah dalam menghadapi getir liku kehidupan & saya turut mengharapkan doa tulus dari awak untuk kehidupan saya juga. bahagia itu adalah bila kita rasa bahagia dengan apa yang kita miliki. hehehe kirimlah salam saya kat datuk Siti tu ya!
Waalaikummussalam. Terima kasih atas doanya. Insya-Allah saya akan doakan awak.
Teruskan usaha Dik, buatlah dengan penuh kesungguhan dan minat,InsyaAllah hasilnya diluar dugaan. Abaikan dan campak kelaut insan2 hipokrit... Tu semua kanser yang berbahaya.. Teruskan usaha, Allah sentiasa bersamamu.
Terima kasih kak kerana memberi semangat kepada saya dan terima kasih kerana kerana selalu membaca blog ni. Sama-sama kita saling mendoakan ya.
Post a Comment