Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, April 2, 2017
Sungai Sendat, Ulu Yam
Assalammualaikum semua,
Alhamdulillah, Allah bagi saya rasa seronok, rasa happy hari ni.
Minggu lepas ada orang PM saya, "Kak, nak pergi tak mandi air terjun?"
"Kat mana?"
"Ulu Yam,"
"Nak," Tanpa berfikir panjang, saya terus menyatakan persetujuan saya.
Seminggu dia tak update apa-apa fasal air terjun. Sayapun tak berharap sangat. Takut tak jadi. Sampailah saya terjumpa dia malam tadi. Lantas dia ingatkan pada saya,
"Kak, esok jadi tau,"
Waaahhh... Jadi rupanya. Best, best, best. Sayapun dah lama tak mandi air terjun.
Pagi ni, tengok-tengok kami tiga orang je yang pergi. Bagus jugak dia ni, tak ramaipun plan yang dah buat still nak on. Suka, suka, suka.
Taklah pagi sangat sebenarnya. Dalam kul 11.00 lebih kami bertolak ke Sungai Sendat.
Gila punya sejuk air dia. Dahlah cuacapun redup. Hujan dari malam tadi. Rasa sejuknya nak turun. Tapi dah jauh-jauh datang, turun jelah.
Kebetulan kami dapat pot yang best. Kami berendamlah bertiga. Pot saya kat mana lagi, tempat air terjunlah. Water massage katanya. Siap makan apam balik dan burger dalam air tuuu...
Abang jual burger siap pesan, kat atas dah gelap, kalau air keruh terus naik. Sebab itu tanda kepala air nak turun.
Alamak. Saya sedikit takut. "Tak apa kak. Boleh duduk lagi. air masih jernih. Kalau kepala air nak turun, daun dengan ranting akan turun dulu. Lepas tu baru air jadi keruh. Masa tu kena naik."
Sembang punya sembang. Gelak punya gelak. Makan punya makan, sejam lebih jugak kami berendam. Naikpun sebab tengok cuaca semakin gelap dan air makin laju.
Dah pulak tak ada tempat nak salin baju. Mujur saya bawa baju kelawar, salin jelah kat tepi kereta.
Balik tu, singgah makan kat Kedai Nasi Padang, Sri Kumbang Jati, Gombak. Otak lembu dan daging dinding kegemaran saya tak ada. Ambil perut lembu dan daging cincang jelah. Nama je daging cincang, dagingnya besar-besar. Yang penting, jus Avokado kegemaran saya ada.
Tamatlah aktiviti hari minggu saya pada minggu ini.
Siapa kata kita tak boleh enjoy the life bila ada kawan yang buang kita.
Kalau sorang yang tak nak kawan kita, percayalah, Allah akan bagi ganti yang lebih baik daripada tu.
Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment