SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, April 4, 2017

Sakit Yang Tak Tertahan

Assalammualaikum readers, Sebenarnya ada banyak benda yang saya nak cerita. Tapi masa tak mengizinkan. Tambah lagi saya rasa sakit menjelang waktu nak tidur. Sakit apa? Sakit gigi. Bila saya baring, sakitnya pasti menyerang sampai ke telinga. Ni masuk malam kedua. Sekarang rasa OK sebab saya telan ubat tahan sakit. Malam tadipun macam tu jugak. Pagi tadi saya ke Klinik Tang Lin ditemani Kak Sha. Doktor hanya rawat yang atas je. Dia tampal yang berlubang sedikit. Yang bawah tu dia suruh saya balik review. Kepala hotak dia nak balik review. Dia tahu tak sakit gigi tu macam mana rasanya??? Ni dah dua orang doktor yang saya jumpa tak nak buat apa-apa pada gigi saya yang satu ni. Alasannya, gigi cantik dan elok. Tampalanpun masih cantik. Saya peduli apa gigi cantik tak cantik? Saya tak nak tahu tampalan elok ke tidak. Yang saya tahu sekarang, gigi saya sakit. Pergi matilah dengan cantik tu. Doktor gigi ke bukan ni sebenarnya? Tak semestinya gigi tu cantik tak sakit. Gigi yang sakit tu kena nampak pada luaran ke rosaknya? Gigi sakit bukan sebab rosak dimakan ulat dan jangkitan kuman je. Ada banyak lagi faktor yang menyebabkan gigi sakit. Saya rasa ni mungkin ada kerosakan pada saraf atau akar lagi. Sebab sakitnya lain macam. Sama macam yang sebelum ni. Dia jugak yang cakap gigi saya ni kena scan. Dah tahu kena scan, scan jelah terus. Kenapa nak suruh saya ulang-ulang datang??? Saya ni bekerja makan gaji. Nanti apa pulak kata orang asyik keluar je waktu kerja? Saya balik office lagi hangin saya. Rasa sedih, rasa malu, rasa terkilan, rasa kesal. Boss saya cakap, bulan ni saya dah banyak pink form. Banyak apa? Ni minggu pertama bulan April kot. Cakap tak fikir, macam ni la. Minggu lepas dalam bulan Mac, saya terpaksa ke bank kerana ada urusan. Hari ni sebab gigi sakit. Dia suruh saya plan awal-awal. Boleh tak saya nak cakap kepala otak dia jugak??? Dia ingat sakit ni boleh diplan ke? Dia ingat saya suka sakit macam ni? Dia ingat saya saja-saja nak keluar waktu kerja? Saya bukan jenis macam tu. Nak keluarpun saya fikir banyak kali. Tapi dalam kes gigi ni, saya memang dah tak tahan. Sebenarnya dah banyak hari saya sakit gigi waktu malam macam ni ketika baring. Saya tak minta pergi klinik sebab saya rasa boleh bertahan. Nanti saya ambil cuti 10 HB nanti saya pergi klinik. Tapi sakitnya masya-Allah, memang saya dah tak boleh tahan sangat. Memanglah kat office tak nampak saya sakit. Tapi serius, saya memang sakit dan ianya sangat terasa bila saya baring. Ya Allah, kenapalah saya diuji macam ni? Dia cakap, takut orang kata saya gunakan Kak Sha sungguh-sungguh. Saya tak niatpun macam tu. Saya minta tolong dia teman sebab Klinik Tang Lin tu besar. Susah saya nak pergi sorang. Bukan saya bagi arahan kat Kak Sha, saya tanya dia boleh ke tak tolong saya. Dan dia kata boleh. Ada ke nak suruh saya plan sakit? Saya sangat terasa hati dengan statement dia. Siapa nak sakit? Saya tak naklah. Sayapun tak suka tinggalkan office waktu bekerja. Saya rasa malu. Saya rasa nak cili je mulut orang yang cakap dengan saya tu. Cubalah dia ambil kejap sakit saya ni. Baru dia tahu macam mana rasanya sakit gigi ni. Dahlah doktorpun tak guna otak, ni sorang lagi cakap tak pakai akal. Dah dua malam saya makan ubat tahan sakit. Takkan nak makan setiap malam sampai 10 HB nanti? Klinik Tang Lin pulak buka waktu office hour. Macam manalah nak buat. Esok, saya nekad, saya nak pergi klinik swasta. Biarlah bayar lebih, asalkan saya tak sakit. Betul orang kata, ada duitpun tak guna kalau menderita sakit. Duit tu boleh cari. Kesihatan tu penting. Kalau sakit, nak buat apapun susah. Saya rasa sakit, tertekan memikirkan soal doktor dan klinik, saya menangis sorang-sorang. Sebenarnya nangis tu lebih kepada sakit. Sakitnya tak tahu macam mana nak digambarkan. Sampai ke telinga. Saya call kawan saya. Dia kata, customer dia doktor gigi dan dia selalu ke klinik gigi tu. Esok, dia akan temankan saya ke sana lepas waktu kerja. Nak pergi klinikpun kena tunggu lepas waktu kerja. Menyampah!!! Ni saya mula rasa balik sakit gigi ni. Adoi, takkan nak makan ubat tahan sakit lagi?

No comments: