Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, April 8, 2017
Jawapan Yang Kerek
Assalammualaikum readers,
Buat apa tu? Jealousnya korang dapat bersantai di hari minggu ni. Saya? Saya masih di office. Hari ni dan esok saya ada kursus kat office. Sebenarnya kursus sampai pukul 5.00 je. Memandangkan saya nak cuti Isnin dan Selasa, kenalah stay back, siapkan apa yang patut. Jangan sampai sebab kita kerja orang lain tergendala. Yelah, saya kan jadi editor untuk news letter office ni. Sekarang ni masing-masing tengah sibuk buat persiapan untuk edisi pertama. Saya kena siapkan kerja-kerja menyunting lepas tu pas pada art designer pulak. Karang, kalau board members Tanya dia jawab tak siap sebab saya tak hantar bahan tak ke naya?
Dah, dah, fasal news letter ni nanti saya cerita lain kali. Nak cerita fasal kursus hari ni.
Kursus ni bawah HR. One of the HR Committee yang conduct kursus ni. Kursus ni untuk head of unit and immediate boss je termasuklah GM.
Minggu lepas, kami dipanggil, suruh jawab soalan accessment. Kata En. Omar yang conduct kursus ni, after analisis, dia tahu perangai setiap orang better than our husband/wife know us. Belahlah. Hanya Allah je yang tahu siapa kita sebenarnya.
Me? Just isi je. Memang saya isi jujur-jujur. Lantakkan.
So, pagi tadi, pagi-pagi dia dah sebut nama saya. Alaaahhh... Menyampah betullah. Saya tak suka orang kenal saya. Nak-naknya dalam kursus. Nanti asyik kena Tanya je. Macam mana dia tak sebut, kalau dah nama terpampang atas meja.
En. Omar: Tinta, what about you?
About me? Alamak, nak jawab apa ni? Apa soalan dia?
"Apa yang you rasa regarding your time management?"
Dua tiga orang yang jawab sebelum saya asyik kena hentam je. Aaaahhh... Dia ni, kadang-kadang kerek jugak. Suka hentam orang. Meh sini aku bagi jawapan kerek jugak. Fikir saya dalam hati.
Tinta: My time management is OK. Saya boleh buat banyak kerja dalam satu masa dan boleh siapkan kerja-kerja tu mengikut dateline yang ditetapkan.
Hahahaha tiba-tiba rasa macam masuk bakul angkat sendirilah pulak. Macam mana saya boleh berani jawab macam tu eh? Ah biarkan! Memang ya pun. Tanyalah boss saya atau sesiapa yang bagi kerja kat saya, ada ke saya buat lambat? Kalau adapun, sesekali sebab lupa atau memang betul-betul tak sempat. Mampus aku kena hentam jap lagi. Telinga saya dah rasa panas dah, sedia menadah hentaman En. Omar si mulut puaka ni.
Hahaha mesti ada staff yang sedang mengutuk saya dalam hati ni. Mesti ada jugak yang tak sabar nak dengar saya kena hentam. Kan ada orang yang tak puas hati dengan saya.
En. Omar: Yes, good. I do agree with her. Because she not only talk. She has a proof, she has supported documents. Kalau dia betul, takkan I nak hentam dia pulak? Dia memang macam tu. Her time management is good. Nak cepat je kerja dia. Degil sikit-sikit tu adalah.
Wallawei, macam mana pulak si mulut puaka ni boleh setuju dengan saya? Siap cakap good pulak tu.
Aik, macam mana dia tahu fasal saya ni? Result accessment tu ke? Ke Mejar Azhari dan Dr. Radha dah cerita kat dia fasal saya?
Ah, lantak dialah.
Huh! Saya lega.
Tapi yang tak best tu, dia ni suka sebut nama saya dari pagi sampai petang. Iiii... Tak ada orang lain ke dia nak Tanya? Tanya boss atas-atas tu dahlah. Saya tetap sayalah. Kalau saya tak setuju dengan dia, saya lawan balik. Pedulik hapa aku, depan boss tak boss. Depan GM tak GM. Biar GM baru ni tahu perangai saya. Jangan nak buat saya sesuka hati ya. Ni amaran awal. hahaha boleh tak gitu?
Lepas tu En. Omar siap cakap, saya tahu, dia marah saya dalam hati. Dia tu maksudnya sayalah. Tahu tak apa.
Amjat sempat datang kat saya dan cakap, "Aku tahu, kau banyak tak puas hati dengan argument dia kan?"
Saya: Memangpun.
Amjat: Bertabahlah, nak.
Saya: Berdoalah pak.
Jawab saya menyebabkan derai tawa kami pecah.
Waktu minum petang, lepas makan Seri Muka seketul, saya makan biskut Keri saya. Kebetulan boss saya yang duduk sebelah saya keluar sekejap. Tiba-tiba...
"Makan biskut special ke ni?"
Macam tak percaya je Pakcik Omar ni datang duduk kat sebelah saya.
"Ha'ah. Makanlah," Saya maniskan muka dan bahasa. Dah orang beramah-mesra, takkan kita tak layan kot. Nanti katanya sombong pulak.
Dia boleh pulak nak sembang-sembang dengan saya. Cakap baik-baik pulak tu. Katanya, apa yang saya buat dalam kerja saya ni dah betul cuma kena dapatkan lebih impak. Baiklah pulak, masa discussion tadi hentam aku. Siap cakap kat depan saya marah dia dalam hati. Pas tu kata dia tahu semua fasal saya. Dan saya dengan selamba jawab. "Ala, belum tentu betul."
En. Omar: Berapa boy friend yang you ada sekarang?
Saya terdiam dengan soalan tu. Orang argue fasal lain, Tanya fasal boy friend pulak.
Abang Nizam: Looking for.
Iiii... Geram pulak aku. Ada pulak yang menyibuk nak tolong jawabkan.
Seisi bilik mesyuarat gamat ketawa.
My boss: According to accessment En. Omar, berapa?
Saya:Haaa... Betul. yang En. Omar tahu berapa?
En. Omar: Saya tak perlu cakap.
Dia ketawa. Saya muncungkan bibir.
Sekarang sembang pulak dengan saya.
Lepas tu dalam lecture dia, dia sebut nama saya lagi. Dia kata, dia suka Tanya saya sebab saya muda. Lepas tu dengan nada mengusik, dia katasaya solo. Siap cakap, dalam kerja, kalau saya nak something, saya nak cepat, kalau lambat bagi, saya akan marah. Memang betulpun.
Sampai saya ucap terima kasih nak balikpun dia masih cakap saya marah dia.
Memanglah marah. Cakap kita tak faham organisasi kita pulak. Dia yang tak faham. Kata kita. Memanglah saya hot. Mencuka jelah muka saya bila tak setuju dengan dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment