Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, April 16, 2017
Tentang Facebook
Sebenarnya bila bercakap tentang Facebook ni, ada macam-macam cerita di sebalik Facebook saya. Sama ada semasa saya masih ada di Facebook ataupun setelah saya menghilangkan diri di Facebook.
Hari ni saya nak cerita sikit je tentang gelagat friend saya di Facebook.
Kisah 1:
Saya pernah mendapat private message di FB dari seorang kenalan luar negara yang saya kenal sewaktu menghadiri confrence setelah saya memuatnaik status.
Friend: Tinta, I dont understand your status. Could you please write it in english?
Saya: Ooo... OK. I'm so sorry about that. I will do it.
Jadi, kalau sesiapa perasan, saat-saat akhir sebelum saya menutup Facebook saya, saya memuatnaik status dalam dwibahasa. Betul jugak. Kalau dia tak faham status saya, apa guna dia jadi friend saya di FB?
Kisah 2:
Saya pernah menerima personal message di FB dari seorang gigolo. Dia mahu berkawan dengan saya. Katanya, kehidupannya bosan meskipun dilimpahi harta yang melimpah-ruah. Dia hanya terperap di kondo dan melayan kemahuan mam nya apabila didatangi. Dia tidak boleh sesuka hati keluar bersosial. Malah, chatting dengan sayapun menjadi rahsianya.
Tapi, dia ni kita harus bijak menjadi kawannya. Sebab, dia melihat kita bukan sekadar melihat. Dia sering memberitahu saya bahawa dia berkehendakkan saya. Gila! Saya bukan jenis orang yang hidup dalam lingkungan itu.
Katanya, suatu hari nanti dia akan datang menemui saya. Saya kata, boleh. Datang pejabat.
Saya selalu mengingatkannya tentang Allah, mengajak dia berfikir apakah benar jalan hidup yang dipilihnya? Katanya, dia tahu dia salah. Tapi dia tak mampu keluar dari kehidupannya. Saya kata dia boleh. Yang penting, dia kena kuat.
Katanya, tapi, kalau dah rasa nikmat ni, susah untuk keluar. Saya kata dia boleh. Kalau nak rasa nikmat, kahwinlah.
Kata dia, kalau saya berubah, awak nak kahwin dengan saya?
Jawab saya, jodoh itu rahsia Allah. Kalau Allah kata kun faya kun, maka saya sebagai hamba akan menerima dengan redha.
Katanya, "Tinta, kalau saya berjaya berubah. Saya cari awak ya. Kita kahwin,"
Saya, "Janganlah berubah atas niat lain. Awak takkan berubah kalau macam tu. Berubahlah kerana Allah. Pasti Allah akan tunjukkan jalannya dan beri awak yang terbaik,"
Katanya lagi, "Maknanya, awak tak boleh terima saya?"
Saya, "Bukan macam tu. Insya-Allah, saya akan terima sesiapapun yang Allah takdirkan buat saya. Tapi awak tu. Kalau nak berubah, jangan sebab manusia. Berubahlah kerana Dia,"
Dan dia akan PM saya di FB bila dia free. Pendek kata, bila mam nya tiada di sisi atau tidak diminta melayan rakan business mam nya.
Mula-mula mendengar ceritanya, saya tergamam. Apa yang pernah saya baca dalam novel, diceritakan kepada saya secara rialiti. Dan saya tak sangka, perempuan zaman moden ni sampai ke tahap itu.
Awak yang Allah kurniakan dengan keindahan paras rupa yang sementara, saya doakan awak berubah. Sebagai kawan, saya tak nak kawan saya terus hanyut dalam tipu-helah dunia. Percayalah, walaupun kita sudah tidak berbalas message, awak tetap dalam ingatan saya. Macam manalah kehidupan awak sekarang kan?
Kisah 3:
Setelah saya tiada di FB.
Suatu hari, saya mendapat panggilan dari nombor yang tidak saya kenali. Nombor ini asing bagi saya. Bukan nombor Malaysia. Mungkin kerana saya tidak sempat menjawabnya, saya terima satu message berbunyi: "Tinta, awak tak apa-apakan? Awak sihat-sihat saja kan? Saya dah tak nampak awak di Facebook. Saya cari awak. Tapi tak jumpa. Kenapa Tinta?" - Terjemahan message tersebut.
Terima kasih kerana ada yang sudi mencari saya walaupun sekadar di FB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment